You are on page 1of 14

KERTAS KERJA PERKHEMAHAN PENGAKAP 2010

SMK (BESTARI PERDANA) KUALA KUBU BHARU


DI PADANG SEKOLAH SMK KKB

PENGENALAN

Pengakap merupakan unit beruniform yang tertua di Malaysia serta ditubuhkan sebelum
kemerdekaan Tanah Melayu lagi. Ilmu-ilmu kepengakapan diperturunkan dari generasi
ke genarasi secara tersusun dan mempunyai struktur pentadbirannya yang tersendiri.
Slogan ‘Sekali Berpengakap Terus Berpengakap’ menjadi slogan keramat bagi ahli-ahli
pengakap.

Sehubungan dengan itu, pihak Unit Pengakap SMK Kuala Kubu Bharu berhasrat
mengadakan perkhemahan dua hari satu malam di sekolah. Ahli pengakap akan
didedahkan dengan ilmu asas perkhemahan dan sekaligus mereka berpeluang menambah
koleksi Lencana Kepandaian dan Lencana Kemahiran mengikut bidang masing-masing.

Ahli Pengakap juga dilatih agar hidup bersosial secara sihat dan pada masa yang
sama tidak meminggirkan keperluan rohani melalui aktiviti-aktiviti yang disusun padat
dan kemas. Adalah diharapkan ahli pengakap akan terus berdidiplin dan bijak mengurus
masa seterusnya menjadi warganegara Malaysia yang berketrampilan serta berhemah
mulia.

OBJEKTIF

1. Memantapkan kemahiran mendiri, melipat dan menyimpan khemah dengan


betul.
2. Membaharui Persetiaan Pengakap untuk semua ahli.
3. Menggunakan kemahiran ikatan dalam kehidupan seharian.
4. Menjadikan ahli pengakap yang berdisiplin tinggi dan sentiasa patuh akan
arahan.
5. Merealisasikan Persetiaan dan Undang-undang pengakap pada setiap masa.

TEMA

Sekali Berpengakap Terus Berpengakap

SASARAN

Semua 80 ahli baru pengakap Muda, Pengakap Remaja.

TARIKH

10 hingga 11 November 2010 (Rabu dan Khamis)


SUMBANGAN

RM10 seorang

SENARAI JAWATANKUASA

Pengerusi : Tn. Hj. Manap bin Jarkasi


Naib Pengerusi 1 : En. Abd. Aziz bin Mohamed Yussof
Naib Pengerusi 2 : Pn. Zalita bt. Osman
Naib Pengerusi 3 : Pn. Maniza bt. Yusof
Ketua Perkhemahan : Puan Roslah Makh Hassan
Setiausaha Program : En. Suhaini bin Samsudin
Ketua Jurulatih : Pn. Siti Safiah bt. Sulaiman

AHLI JAWATANKUASA PELAKSANA

BIL Bidang Tugas Pemimpin Catatan


- mencatat kehadiran ahli
- memungut sumbangan
Pn. Wan Shamsiah bt. pendaftaran
Wan Yusoff - bekerjasama dengan AJK
1 Pendaftaran
Pn. Zarina bt. Zainal penempatan
Abidin - mengumpul barang
makanan yang dibawa
peserta.
- menguruskan penempatan
Pn. Ruzita binti Abdullah
khemah peserta.
Penempatan En. Mohd. Rafizi bin
2 - memastikan proses
Perkhemahan Rafie
penempatan peserta dan
guru/juru latih lancar.
- menguruskan disiplin dari
awal hingga akhir dalam
keadaan baik.
- Memastikan perkhemahan
Keselamatan dan
3 Pn. Azura bt. Draman berjalan dengan suasana
disiplin
harmoni.
- Membuat rondaan malam
- Melantik AJK berkaitan

4. Makanan Pn. Siti Roha bt. Haris - memastikan pengagihan


En. Zulkornain bin makanan berjalan lancer
Zainuddin - melantik dalam kalangan
Pn. Juraidah bt. Jamhari ahli Pengakap Kelana
Pn. Salina bt. Mohd. membantu menyediakan
Yatim makanan
Pn. Roslah bt. Makh
Hassan
Pengakap Kelana PPU

- memastikan kebersihan
surau, tapak perkhemahan
5 Kebersihan Pn. Hjh. Shirine bt. Shafie dan sekitarnya dalam
keadaan baik di sepanjang
perkhemahan.
- memastikan nama pelajar
mengikut kad pengenalan.
- Menaip nama pelajar
Pn. Azma Shakirah bt.
6 Sijil dengan betul.
Mohd. Fauzi
- Menguruskan majlis
penyampaian sijil di akhir
perkhemahan.
- Memastikan dokumentasi
disediakan di akhir
Buku program / Pn. Nurizan bt. Mohamed perkhemahan.
7
dokumentasi Anwar - Menyediakan ‘pamplet’
mudah berkaitan
perkhemahan.
- Menyediakan kain rentang
Puan Roslah Makh sebagai publisiti selewat-
8 Kain rentang
Hassan lewatnya seminggu
sebelum perkhemahan.
En. Azizuddin bin - Melantik jurulatih
Zainuddin - Memastikan setiap stesen
Tn. Hj. Rohaizad bin ada jurulatih atau pegawai
Mokhtar bertugas
9 Aktiviti
Ahli Pengakap Kelana - Memastikan semua
dan Remaja/Muda yang aktiviti berjalan lancar.
terpilih.
ANGGARAN PERBELANJAAN PERKHEMAHAN

Sumber Kewangan

1. Pendaftaran Peserta RM10.00 x 80 = RM800


2. Sumbangan sekolah RM200 = RM200
========
JUMLAH RM1,000

Anggaran Kos

1. Makan malam/tgh RM3 x 90 x 2 kali = RM540


Sarapan pagi RM2 x 90 x 1 kali = RM180
Minum petang RM1 x 90 x 1 kali = RM90
2. Sijil dan hadiah RM1 x 90 = RM90
3. Perbelanjaan runcit RM100 = RM100
===========
JUMLAH PERBELANJAAN RM1,000
TENTATIF PROGRAM

HARI/MASA AKTIVITI CATATAN


Pembahagian
Pendaftaran Patrol mengikut
RABU
Taklimat perkhemahan jantina.
Mendirikan khemah AJK Pendaftaran
0730
Pembahagian patrol

Perhimpunan Patrol Pn. Siti Safiah


Upacara Naik Bendera
- Negaraku
0900 - Lagu Negeri selangor
- Doa
- Taklimat Kem Komandan

Sistem Stesen

Stesen A Pn. Zarina Zainal


Pakaian seragam keahlian pengakap Abidin

Stesen B Pn. Siti Roha bt.


Prinsip Rukun Negara Haris
1000
Stesen C
Lambang Pengakap Malaysia dan lambing Pn. Siti Safiah bt.
Pengakap Dunia Sulaiman

Stesen D
Persetiaan Pengakap dan Undang-undang
Pengakap

1230 Makan Tengah hari AJK Makanan


Solat Zohor berjemaah Tn. Hj. Rohaizad
1300
bin Mokhtar
1400 Sistem Stesen

Stesen A Pn. Hjh. Shirine


Hormat Pengakap dan Cogan Kata pengakap bt. Shafie

Stesen B Pn. Siti Safiah bt.


Sejarah Pengakap Malaysia & Sejarah pengasas Sulaiman
Pengakap, Lord Baden Powell

Stesen C Pn. Azma


Simpulan dan Ikatan Shakirah bt.
- Buku Sila Mohd. Fauzi
- Bunga Geti
- Simpul Manuk
- Tindih kasih
- Lilit Dua Simpul
- Lilit Pemati Biasa

Stesen D Pn. Azura bt.


Permainan Pengakap Draman

Solat Asar Berjemaah Tn. Hj. Rohaizad


1610
bin Mokhtar
Kecergasan dan Kesegaran Jasmani

Stesen A En. Azizuddin


Asas Perbarisan bin Zainuddin

Stesen B Pn. Siti Safiah bt.


Kawad Tongkat Sulaiman
1700 - 1800
Stesen C En. Mohd. Rafizi
Halangan Komando bin Shafie

Stesen D Pn. Ruzita binti


Melipat dan mengibarkan bendera Abdullah

Persiapan diri Kuliah bertajuk


Solat Maghrib berjemaah / Kuliah Moral “Tanggungjawab
Tazkirah Kepengakapan Mendidik Jiwa Murni Seorang Ahli
1900 – 2100
Solat Isyak berjemaah pengakap” oleh
Tn. Hj. Rohaizad
bin Mokhtar.
2100 Persediaan Lencana Usaha AJK Aktiviti

Cita-cita Pengakap  Semua peserta


1. Bendera Malaysia dan Bendera Negeri masing- perkhemahan
masing  akan
2. Lagu Negaraku dan lagu negeri masing- dikumpulkan di
masing  Bilik Mesyuarat
3. Menaikkan bendera  dan diberi
4. Nama orang-orang kenamaan  penerangan dan
5. Persetian Pengakap & Undang-undang pertunjukan slaid
Pengakap  berkaitan
Persediaan
B. Kecergasan dan Kesegaran Jasmani  Lencana Usaha.
1. Asas perbarisan 
2. Kawat tongkat 
3. Isyarat-isyarat tangan Pengakap  Penceramah
4. Halangan komando  Jemputan
5. Melipat dan mengibarkan bendera  daripada Pasukan
latihan Daerah
C. Kemahiran Berpengakap  Husel.
1. Menjaga dan menyimpan pisau serta parang 
2. Simpula & ikatan : - 
    -  Simpul Himpit 
    -  Simpul Pulih 
    -  Bunga Geti Ganda 
    -  Lilit Balak 
    -  Lilit Taut-line 
    -  Ikat Seraya 
    -  Ikat Serong 
3. Undang-undang Lalulintas Jalanraya 
4. Memilih tapak perkhemahan 
5. Keperluan peribadi untuk berkhemah 
6. Alatan pertolongan cemas peribadi 
7. Menghidupkan api 
8. Berkhemah sekuran-kurangnya 1 malam 
9. Arah mata angin dan mengenali peta topo 
10. Isyarat sulit Pengakap 
11. Mengembara 6km 

D. Kecenderungan dan Minat 


1. Kraftangan 
2. Plaster cast 
3. Rekod 12 orang sahabat pena 

E. Perkhidmatan 
1. Balutan anduh 
2. Tindakan kecemasan 
3. Memandu orang 

Selamat Malam Bestari AJK


2300
Keselamatan
AJK Kebersihan
KHAMIS Persiapan diri
Solat Subuh berjemaah
0500 - Tazkirah

Selamat pagi Bestari AJK Aktiviti


0700 - kawad tongkat
- lawatan ke tapak perkhemahan
0800 Sarapan pagi AJK Makanan
- Istiadat Pengakap AJK Aktiviti
- Negaraku
- Negeri Selangor
- Doa

Mengembara 6km AJK Makanan


sila sediakan
- mendapatkan tandatangan dan cop sekitar pekan minum dan
Kuala Kubu Bharu (pejabat pos, balai polis trafik, makan tengah
0930 – 1130
hospital, Baitul Hasanah dan Kedai Runcit) hari kepada
- Melukis Menara Jam (berhadapan Pejabat petugas luar.
Trafik).
Pn. Siti Safiah bt.
Sulaiman
Makan tengah hari AJK makanan
1130
Majlis Penutup dan Penyampaian Sijil AJK Aktiviti
- Berkumpul di Astaka Pn. Nurizan bt.
1200 - 1300 - Ucapan Pengerusi Majlis Mohamed Anwar
- Ucapan Pengetua Cemerlang
- Penyampaian Sijil dan Lencana Usaha
Melipat khemah AJK Penginapan
- Gotong-royong amal bersih kawasan AJK Kebersihan
1300 – 1350
perkhemahan.

BERSURAI
1350
Peralatan / Keperluan yang perlu dibawa semasa perkhemahan

1. Khemah (jika ada)


2. Sepasang uniform pengakap lengkap
3. Pakaian Solat (muslim)
4. Baju T
5. Tali pengakap (belajar ikatan dan simpulan)
6. Berus gigi
7. Sabun mandi
8. Tuala mandi
9. Lampu suluh (pastikan berfungsi dengan baik)
10. Seluar sukan
11. Stoking
12. Buku log
13. Alat tulis
14. Pinggan
15. Cawan
16. Kain lap (untuk lap khemah)
17. Telur ayam 4 biji
18. Beras satu cawan
19. Sardin Cap Ayam saiz besar
20. Susu pekat manis – 1 tin
21. Lain-lain peralatan yang difikirkan perlu

CATATAN : Perlu diingatkan bahawa, ahli pengakap tidak membawa terlalu banyak
pakaian kerana perkhemahan hanya dijalankan di sekolah sahaja. Cuma dua hari satu
malam sahaja. Peralatan berharga seperti telefon bimbit, dan barang kemas diLARANG
sama sekali.
UNDANG-UNDANG PERKHEMAHAN

1. Dilarang berkelakuan sumbang, berjudi atau bergaduh.

2. Tidak dibenarkan keluar dari tapak perkhemahan selepas 12.00 malam kecuali

jika terdapat aktiviti yang dilakukan selepas waktu tersebut atas arahan pegawai

bertugas pada waktu tersebut.

3. Tidak dibenarkan memasuki kawasan perkhemahan wanita bagi lelaki dan

sebaliknya kecuali kepada pegawai / guru bertugas.

4. Ahli pengakap hendaklah sentiasa mematuhi arahan ketua dan mengikuti prinsip

yang terkandung dalam undang-undang pengakap.

5. Tidak dibenarkan menyalakan sebarang api di dalam khemah kerana dikhuatiri

akan mengakibatkan kebakaran.

6. Jangan sesekali memasang ubat nyamuk di dalam khemah untuk mengelakkan

kebakaran dan pelajar lemas dengan asap ubat nyamuk.

7. Sentiasa menjaga keselamatan diri dan laporkan kepada guru bertugas sekiranya

terdapat masalah yang tidak dapat diselesaikan sendiri.

8. Ahli pengakap dikehendaki memakai pakaian seragam lengkap setiap kali

melakukan aktiviti kecuali senaman pagi.

9. Beratur ketika ingin mengambil makanan dan buangkan sisa makanan ke dalam

tong sampah yang disediakan.

10. Hendaklah sentiasa bersabar dan menyedari bahawa perkhemahan tidak sama

seperti di rumah, jadi segala kekurangan hendaklah dihadapi dengan hati yang

tabah dan anggaplah kepayahan itu sebahagian daripada proses pembelajaran!


SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN
KUALA KUBU BHARU
JALAN KOLAM AIR
44000 KUALA KUBU BHARU TEL: 03-60641162

Ruj. Kami : SMKKKB / PGK/10/02/03


Ruj. Tuan :
Tarikh : 25 Oktober 2010

Kepada :
Semua ibu/bapa/penjaga,
Ahli Pengakap Kumpulan 10 SMK Kuala Kubu Bharu

Tuan / Puan,

PERKHEMAHAN KEPANDAIAN PENGAKAP

Dengan segala hormatnya, saya merujuk kepada perkara di atas.

2. Adalah dimaklumkan bahawa Pengakap Kumpulan 10, SMK Kuala Kubu Bharu bercadang
mengadakan Perkhemahan Kepandaian Pengakap mengikut maklumat berikut :

2.1 Tarikh : 10 & 11 November 2010 (Rabu & Khamis)


2.2 Tempat : SMK Kuala Kubu Bharu
2.3 Pendaftaran : 7.30 pagi 10 November 2010 (Rabu)
2.4 Waktu balik : 1.50 petang 11 November 2010 (Khamis)
2.5 Sumbangan : RM10 seorang (Sijil & Pengurusan)

3. Tujuan perkhemahan tersebut diadakan untuk membantu ahli pengakap melengkapkan lencana
kemahiran yang patut mereka perolehi disamping memberi pendedahan aktiviti kokurikulum di luar bilik
darjah yang dirancang.

4. Tuan/Puan boleh mengembalikan surat persetujuan ibu/bapa/penjaga yang telah lengkap diisi serta
kembalikan kepada Cikgu Roslah bt. Makh Hassan atau Cikgu Suhaini bin Samsudin pada atau sebelum 8
November 2010.

Sekian, terima kasih.

Yang menjalankan tugas,

--------------------------------------
(MANAP BIN JARKASI)
Pengetua Cemerlang,
SMK Kuala Kubu Bharu.

s.k.,

1. Yang di-Pertua, PIBG


2. Penolong Kanan Kokurikulum
3. Fail
Lampiran B

SURAT KEBENARAN IBU BAPA / PENJAGA

Bahawa saya bernama ___________________________________________________


(Nama Bapa / Penjaga)
beralamat

_______________________________________________________________________
(Alamat)
memberi kebenaran kepada anak saya bernama _________________________________
(Nama Anak .)

___________________________ Nombor Kad Pengenalan _______________________


Perkhemahan Kepandaian Pengakap
dalam Tingkatan __________ untuk menyertai
(Nama tempat)

Di SMK Kuala Kubu Bharu 10 & 11 November 2010


____________________ bertarikh ____________________________

menambah ilmu dan kemahiran kepandaian pengakap


bertujuan _________________________________________________________ yang
dianjurkan

oleh pihak SMK KUALA KUBU BHARU, HULU SELANGOR.

Saya faham segala peraturan yang telah ditetapkan oleh penganjur seperti yang tercatat di
atas dan berjanji tidak akan menuntut, mendakwa pihak penganjur sekolah, Jabatan dan
Kementerian Pelajaran jika berlaku sebarang kemalangan atau kecederaan yang menimpa
ke atas diri anak saya semasa mengikuti aktiviti perkhemahan atau semasa perjalanan
pergi dan balik dari aktiviti tersebut.
Saya juga maklum bahawa pihak sekolah telah mengambil langkah-langkah perlu untuk
menjamin keselamatan anak saya.

Pengakuan dibuat oleh: Saksi

........................................
(Tanda tangan) (Tanda tangan)

........................................ .......................................
(Nama) (Nama)
.

Tarikh : _______________ No. telefon : __________________


SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN
KUALA KUBU BHARU
JALAN KOLAM AIR
44000 KUALA KUBU BHARU. TEL: 03-
60641162

Ruj. Kami : SMKKKB / PGK/09/02/02


Ruj. Tuan :
Tarikh : 25 Oktober 2010

Kepada :
Pegawai Kesihatan Daerah,
Pejabat Kesihatan Daerah Hulu Selangor,
44000 Kuala Kubu Bharu.

Tuan,

Permohonan Semburan ” Fogging ” Sempena Perkhemahan Kepandaian Pengakap

Dengan hormatnya saya ingin menarik perhatian tuan kepada perkara di atas.

2. Dimaklumkan bahawa Pasukan Pengakap Kumpulan 10, SMK Kuala Kubu Bharu akan mengadakan
perkhemahan dan bermalam di kawasan sekolah. Sehubungan dengan itu, pihak sekolah memohon diadakan
semburan ’fogging’ pada :

Tarikh : 10 November 2010 (Rabu).


Tempat : SMK Kuala Kubu Bharu.
Masa : Waktu yang sesuai.
Peserta : 40 orang dan 10 orang guru/pembantu.

3. Guru yang bertanggung jawab menguruskan perkhemahan tersebut ialah Cikgu Suhaini bin Samsudin. Jika
terdapat sebarang pertanyaan sila hubungi beliau di talian 019-576 0787.

Sekian, terima kasih,

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Yang menjalankan tugas,

--------------------------------------
(MANAP BIN JARKASI)
Pengetua Cemerlang,
SMK Kuala Kubu Bharu.

s.k.,

1. Yang di-Pertua, PIBG


2. Penolong Kanan Kokurikulum
3. Fail

You might also like