Professional Documents
Culture Documents
i) Pendahuluan
- Karangan yang ditulis mempunyai pengenalan pendahuluan.
Pendahuluan yang menarik pada perenggan pertama karangan
calon boleh menjadi tarikan kepada pemeriksa untuk
membacanya
- Pelbagai teknik atau pendekatan boleh digunakan bagi
menghasilkan pendahuluan yang menarik seperti :-
Mahu cepat Kaya ? Sudah tentu ramai daripada kita akan menjawab
`ya'. Keinginan ini bertapak dalam hati kita memandangkan
kehendak yang tidak pernah puas. Keadaan ini mendorong ramai
daripada kita terjebak dengan Skim Cepat Kaya yang ditawarkan.
Pelaburan yang dikatakan mendapat pulangan cepat dan banyak
dalam tempoh sebulan mengaburi mata kita.
(c) Pendahuluan berbentuk definisi
Contoh :
Contoh :
iii) Setelah semua isi ditulis, calon akhiri penulisan dengan kesimpulan / penutup.
Kesimpulan ini seharusnya diolah dengan cukup menyakinkan dan mantap.
Penutup yang ditulis tidak seharusnya mengulang isi yang telah ditulis.
. Kelemahan dan kesilapan yang sering berlaku dalam karangan calon ialah :-
a) Kelemahan isi
b) Kelemahan bahasa
c) Kelemahan pemerengganan
d) Kelemahan pengolahan
e) Kesilapan format
Ciri-ciri karangan yang tidak baik
a) Pengenalan
Takrif definisi tidak tepat
c) Pemerengganan
Tidak sesuai dan kadang-kadang isi bercampur aduk
dalam satu perenggan atau perenggan yang dibuat tidak
mengandungi isi baru.
Bercampur-aduk, tidak seimbang, tidak teratur dan tidak
kemas.
Perenggan yang dibuat ada yang terlalu panjang, ada
yang terlalu pendek.
d) Bahasa
Bahasa lemah, tidak lancar
Berbelit-belit, sukar difahami
Ejaan dan tatabahasa banyak kesalahan
Struktur ayat terhad, kosa kata tidak tepat
Jumlah bilangan perkataan sangat kurang, tidak
memenuhi syarat
e) Format
Tidak menepati atau tidak mengetahui langsung format
yang dikehendaki
Tidak dapat membezakan kehendak karangan sama ada
karangan berformat atau tidak berformat
f) Tulisan
Tidak jelas, sukar dibaca dan difahami
Mengelirukan, comot, terdapat banyak kesalahan ejaan
Terlalu kecil tulisan dan tidak kemas
Panduan Karangan Berformat Surat Kiriman Rasmi
Panduan menulis
1. Jenis surat kiriman rasmi yang perlu calon tulis dalam peperiksaan SPM termasuklah :-
a) Surat aduan
b) Surat permohonan
c) Surat rayuan
d) Surat bantahan
e) Surat cadangan
Tajuk : Sebuah syarikat pemaju perumahan telah meratakan tanah di atas bukit bagi
projek perumahan yang baru. Anda
mewakili penduduk di kawasan perumahan di bawah bukit menulis surat bantahan kerana
projek baru tersebut mendatangkan masalah kepada penduduk berhampiran.
Tuan,
Merujuk perkara di atas, saya mewakili penduduk Lembah Buana ingin membuat aduan
bantahan kepada pihak tuan kerana pembinaan projek perumahan baru di atas bukit
berhampiran tanah kami.
2. Projek baru di atas bukit yang sedang diusahakan oleh pihak tuan amat kami kesali.Ini
kerana banyak kesulitan telah menimpa kami yang berada di bawah bukit tersebut.
Antara masalahnya ialah banjir kilat. Dengan keadaan musim hujan sekarang, dalam
bulan ini sahaja, sudah sepuluh kali kami terpaksa membersihkan rumah masing-masing.
3. Air hujan yang membawa lumpur kuning ini juga merosakkan perabot kami. Setiap
kali banjir, kami terpaksa menggulung permaidani dan sebagainya bagi mengelakkannya
rosak. Bagi barang-barang yang berat dan sukar dipindahkan, terpaksalah berendam di
dalam air berlumpur tersebut. Bayangkanlah berapa lama terpaksa kami menghadapi
banjir kilat ini ? Keadaan ini akan lebih serius setelah siap projek perumahan di atas
bukit tersebut.
4. Selain banjir kilat yang mengotori rumah kami, dikhuatiri juga hakisan tanah yang
serius akan berlaku di lereng-lereng bukit tersebut. Keadaan ini amat merbahaya kepada
penduduk sekitar. Setiap kali hujan yang lebat, kenderaan kami yang keluar masuk dari
perumahan ini menghadapi masalah . Tanah runtuh yang berlaku menghalang perjalanan
kami. Kami amat risau sekiranya tanah yang runtuh akibat bukit yang digondolkan akan
dibawa oleh hujan yang lebat terutama pada waktu malam ketika penghuni sedang
tidur.Keadaan yang serius ini sememangnya boleh meragut nyawa penduduk yang tidak
sempat menyelamatkan diri.
5. Selain daripada masalah yang terpaksa ditanggung oleh penduduk sekitar Lembah
Buana, projek ini juga memberi kesan besar kepada manusia sejagat. Dengan
penebangan pokok-pokok di atas bukit tersebut, pihak tuan telah merosakkan keindahan
alam semulajadi. Tumbuh-tumbuhan yang menghijau juga dimusnahkan, sedangkan
khazanah ini amat bernilai pada kita dan generasi akan datang. Kesegaran udara di
kawasan akan terjejas. Lapisan ozon juga semakin nipis akibat pembakaran pokok dan
pemusnahan hutan di atas bukit tersebut.
6. Projek yang diusahakan oleh pihak tuan di atas bukit tersebut sesungguhnya telah
merosakkan ekologi semulajadi secara tidak langsung. Pemusnahan flora dan fauna ini
akan memberi kesan kepada manusia. Janganlah kerana keuntungan yang diperolehi,
pihak tuan membuat kesilapan dan terpaksa bertanggungjawab di atas nyawa dan risiko
yang dialami oleh penduduk di sekitar kawasan ini.
7. Pembakaran hutan bagi meratakan bukit oleh pekerja tuan juga telah menyebabkan
pencemaran udara. Asap hitam yang berkepul-kepul ini tidak baik kepada penduduk di
sekitar malahan manusia sejagat. Tindakan ini secara tidak langsung telah menambahkan
pencemaran alam sekitar. Isu pencemaran alam tidsk dapat diselesaikan selagi adanya
sikap rakus manusia terus menggondolkan hutan- hutan yang ada.
8. Bantahan ini juga dilakukan demi keselamatan penduduk yang akan mendiami rumah
yang sedang diusahakan oleh pihak tuan. Pernahkah pihak tuan terfikir akan keselamatan
mereka yang akan membeli rumah di atas bukit tersebut ? Kecerunan yang tinggi ke
bukit tersebut ditambah ketiadaan pokok-pokok akibat ditebang akan menyebabkan
hakisan tanah mudah berlaku. Ambillah iktibar daripada kejadian `Highland Tower' yang
telah mengorbankan banyak nyawa di Ulu Kelang beberapa tahun yang lampau.
Mahukah kita tragedi ini berulang ?
9. Justeru itu, kami amat berharap pihak tuan akan segera memberhentikan projek ini
bagi mengelakkan masalah serius daripada timbul. Sekiranya pihak tuan berkeras enggan
membatalkan projek ini, saya tidak teragak-agak melaporkan perkara ini kepada pihak
atasan agar tindakan undang-undang dapat diambil. Demi kebaikan semua terutama bagi
mengelakkan ada nyawa yang terkorban, kami amat berharap pihak tuan dapat
mempertimbangkan bantahan ini dengan bijak.
...................................
Panduan menulis
1. Mula dengan menulis alamat pengirim di sebelah kanan surat.
2. Diikuti tarikh surat di bawah alamat pengirim.
3. Selang sebaris tulis dengan ringkas kata pembuka kata
4. Tulislah kata ganti diri penerima ikut kesesuaian siapa yang
menerima surat tersebut.
5. Perenggan isi ditulis ke dalam sedikit.Tulislah beberapa
perenggan.
6. Penutup surat disudahi dengan kata-kata penghargaan dan
ucapan terima kasih. (Jika diperlukan)
7. Pengakuan penulis ditulis di bawah selang beberapa baris. Huruf
pertama mestilah huruf besar. Diikuti tanda koma (,) perlu diingat,
pengakuan pengirim harus diletakkan di sebelah kanan surat
berbeza dengan surat rasmi.
Tajuk : Sahabat pena anda di luar negara telah menulis surat menceritakan musim
menuai di negaranya. Dalam suratnya dia telah meminta anda menceritakan musim buah-
buahan yang sedang berlaku di Malaysia. Tuliskan surat tersebut selengkapnya.
166, Kampung Batu,
46500, Mukim Wakaf,
Baru, Kelantan.
10 Jun 2001
Yang dikasihi sahabatku Aryanti yang berada di Bandung, Indonesia dengan iringan doa
agar sentiasa berada dalam
keadaan sihat.
Saudari,
Surat saudari telah saya terima beberapa hari yang lalu. Saya sungguh seronok
mendengar suasana menuai di tempat saudari. Sungguh meriah dan menarik.
Keadaannya agak berbeza dengan musim menuai di negara saya. Oh, ya hampir saya
terlupa menjawab pertanyaan saudari. Sememangnya sekarang merupakan musim buah-
buahan di negara kita.
Sekiranya saudari berkunjung ke negara saya, saudari boleh lihat sepanjang jalan,
berbagai-bagai jenis buah-buahan dijual. Ini termasuklah buah durian, buah rambutan,
buah jambu, buah tembikai, buah betik, buah manggis dan gebagainya. Sesungguhnya
saya bertuah dilahirkan di bumi hijau yang subur dengan iklim yang sesuai untuk
pelbagai jenis buah-buahan iini. Untuk pengetahuan saudari, buah strawberi, buah epal
dan buah anggur yang hanya tumbuh di negara barat juga ada ditanam di negara saya
iaitu di tanah tinggi Cameron, Pahang juga terkenal sebagai tempat pelancongan yang
menarik.
Saudari,
Buah-buahan di negara saya ada yang bermusim seperti buah langsat, buah durian,
buah manggis, buah duku, buah rambutan dan banyak lagi. Sekarang kebetulan musim
buah-buahan tersebut. Di dusun-dusun termasuklah di ayah saya yang dibina pondok-
pondok khas bagi memudahkan kami menunggu, menjaga mahupun mengutip buah-
buahan tersebut. Pemilik dusun amat sibuk sekali mengejar tupai, kelawar, burung dan
sebagainya yang merosakkan buah-buahan yang harum dan manis. ketika ini amat
meriah sekali di kampung kerana lori dan kereta keluar masuk ke kampung untuk
membeli buah-buahan tersebut daripada dusun. Ini lebih murah dan segar buahnya
kerana baru dipetik daripada kebun. Orang bandar terutamanya seronok membeli buah-
buahan daripada pekebun kerana dapat memetiknya sendiri.
Setiap petang setelah menyiapkan kerja sekolah, saya akan sibuk di kebun ayah
saya untuk membantunya memetik buah-buahan tersebut untuk dijual kepada peraih
yang datang. Kami selalunya membawa bekal dan menghabiskan masa bersama di
pondok sambil berehat sambil memerhatikan buah-buahan tersebut daripada dicuri oleh
binatang atau kanak-kanak yang nakal. Ketika ini murahlah rezeki kami sekeluarga.
Saya juga akan diberi upah oleh bapa kerana membantunya menjaga dan memetik buah-
buahan tersebut. Saudari Aryanti tahu, apakah buah yang paling popular di negara saya
di kalangan para pelancong ? Jawapannya adalah buah durian.
Banyak buah yang sedap dan manis digemari oleh pelancong tetappi buah yang
paling popular ialah buah durian. Rasanya manis, berlemak dan harum sekali.
Pelancong-pelancong asing yang tidak pernah merasai buah ini, sekali rasa terus
menyukainya. Ini menyebabkan buah durian dapat dijual dengan mahal sekiranya
buahnya elok dan sedap. Pembeli tidak lokek membeli asalkan ada jaminan. Sesetengah
pelancong terus memakan buah tersebut di gerai kerana jika ada yang isinya tidak elok,
boleh ditukar oleh penjual tanpa mengenakan bayaran. Tetapi awas saudari, buah ini
tidak boleh terlalu banyak dimakan kerana kita boleh demam atau sakit tekak akiba
kepanasan ! Buah durian ini juga istimewa kerana boleh dibuat tempoyak untuk
dimakan dengan nasi. Tempoyak ini boleh disimpan lama. Nantilah saya akan hantar
sebotol untuk saudari cuba keenakan tempoyak ini.
Saya terpaksa berhenti di sini kerana malam sudah larut. Saya harap saudari
mendapat pengetahuan daripada maklumat yang diberi ini. Bagaimanapun, kalau saudari
ingin merasai suasana ini, maka berkunjunglah ke negara saya. Saya akan berasa
gembira melihat kedatangan saudari.
Sekian terima kasih.
Yang
benar,
Aini
Modal Karangan: Karangan Berformat Ucapan/ Ceramah/ Syarahan/ Pidato
Panduan menulis
1. Karangan berformat ucapan, ceramah, syarahan dan pidato mempunyai format yang
sama dari segi penulisan iaitu :-
2. Perbezaan antara karangan-karangan berformat di atas hanya dari segi tujuan tujuan
majlis, intonasi penyampaian serta laras bahasa yang digunakan. Calon boleh
membezakannya dari soalan yang dikemukakan.
Tajuk : Anda selaku pengerusi Persatuan Bulan Sabit Merah di sekolah telah
bekerjasama dengan pihak Hospital Besar Kuala Lumpur (HBKL) untuk memberi
penerangan tentang pendermaan darah sempena minggu kempen menderma darah di
sekolah anda. Tuliskan selengkapnya ceramah tersebut.
Yang dihormati Tuan Pengerusi Majlis, Dr.Izanuddin dari Hospital Besar Kuala
Lumpur, Tuan Pengetua, guru-guru dan para pelajar sekalian, Selamat pagi dan Selamat
sejahtera saya ucapkan. Di sini saya juga ingin merakamkan terima kasih kepada tetamu
kita Dr. Izanuddin yang datang khas dari Hospital Besar Kuala Lumpur kerana sudi turut
serta menjayakan minggu kempen menderma darah warga sekolah Panglima, Pauh Lima
Kuala Lumpur. Terima kasih juga kepada pihak sekolah kerana memberi peluang kepada
saya memberi penerangan tentang pendermaan darah. Selepas ceramah ini saya amat
berharap para guru dan pelajar akan beramai-ramai ke pusat kegiatan pelajar menyambut
seruan dengan mendermakan darah bagi menambahkan bank Darah Hospital Besar
Kuala Lumpur.
Guru-guru dan pelajar-pelajar sekalian,
Menderma darah ditarifkan sebagai pemberian darah secara sukarela oleh individu
yang sihat tubuh badannya. Perbuatan ini merupakan perbuatan yang mulia di sisi
masyarakat mahupun agama. Titisan darah yang kita dermakan akan membolehkan insan
yang memerlukan mempunyai harapan diselamatkan. Di hospital bekalan darah sentiasa
tidak mencukupi untuk membantu pesakit. Bayangkan sekiranya saudara mara kita tenat
dan memerlukan darah dimasukkan ke hospital tetapi pada masa itu bekalan darah sudah
kehabisan. Apakah yang terjadi kepada saudara mara kita yang berada dalam kecemasan
ini ? Justeru itu adalah penting kita memastikan bank darah di hospital sentiasa
mempunyai bekalan.
Sudah tiba masanya kita menunaikan tanggungjawab sosial menyambut seruan
mendermakan darah demi menyelamatkan nyawa keluarga kita mahupun mereka yang
malang.Walaupun pihak hospital ada mewajibkan keluarga yang menggunakan darah
dari bank darah menggantikan darah yang digunakan tetapi kita masih perlu tampil
mendermakan darah. Ini kerana banyak darah yang diperlukan setiap hari. Jadi,
bersempena minggu menderma darah ini saya berharap hadirin sekalian tidak teragak-
agak mendaftarkan diri sebagai penderma.
Hadirin sekalian,
Kita sebagai warga sekolah panglima yang muda dan bertenaga ini, tidak
seharusnya keberatan menjayakan kempen ini. Selain daripada amal jariah, tindakan
menderma darah tidak akan menjejaskan kesihatan kita. Jadi kita tidak perlu risau atau
ragu-ragu untuk berbuat demikian. Pegawai yang bertugas di gelanggang sana akan
membuat pemeriksaan terlebih dahulu bagi memeriksa kesihatan anda. Sekiranya
kesihatan anda terjejas, anda tidak akan dibenarkan mendermakan darah. Masa yang
diambil hanya lebih kurang sepuluh minit sahaja. Pendermaan darah yang dilakukan
tidak menyakitkan langsung. Jadi saya amat beharap anda sekalian tidak akan risau atau
takut untuk menderma.
Banyak kempen telah diadakan oleh pihak hospital bagi menyeru orang ramai
mendermakan darah mereka. Hari ini pihak hospital datang dengan harapan yang tinggi
semoga ramailah warga sekolah ini yang akan mendermakan darah. Saya amat berharap
harapan mereka tidak akan dikecewakan sebarang pertanyaan dan keraguan boleh
dikemukakan kepada saya atau Doktor Izanuddin sebentar lagi. Sekianlah dahulu
ceramah saya tentang kempen menderma darah. Saya serahkan majlis ini kembali kepada
pengerusi.
Tajuk : Sekolah anda talah melancarkan kelab jenayah. Anda selaku ketua kelab tersebut
diminta menyampaikan syarahan bertajuk : Cara-cara mencegah jenayah kepada pelajar.
Tuliskan selengkapnya teks syarahan tersebut.
Salam sejahtera saya ucapkan kepada yang berusaha Tuan pengetua, Encik Low
Seek Li, Penolong kanan Puan Sabariah, Penolong Kanan Hal Ehwal Pelajar Puan
Halijah, guru-guru dan rakan-rakan sekalian.
Terlebih dahulu saya ingin merakamkan ribuan terima kasih kepada pihak sekolah
kerana memberi kesempatan kepada saya untuk menyampaikan syarahan bertajuk "Cara-
cara mencegah jenayah di kalangan pelajar". Selaku Ketua kelab jenayah yang baru
diperkenalkan di sekolah kita, saya berasa tajuk ini amat sesuai dipertengahkan kepada
pelajar. Sejak akhir-akhir ini, kita sering mendengar isu jenayah hangat diperkatakan. Di
dada akhbar, isu ini boleh dikatakan setiap hari terpampang. Kejadian membunuh,
merompak, memeras ugut, penderaan, kejadian rogol dan sebagainya begitu menakutkan
dan membimbangkan kita.
Hadirin yang saya muliakan, jenayah bermaksud tingkahlaku yang menyalahi
undang-undang negara. Mereka yang terlibat dalam perbuatan jenayah ini terdiri
daripada manusia yang tidak berakhlak, jahat, tidak mendapat didikan agama dan
kebiasaannya berasal daripada keluarga yang runtuh atau bermasalah. Tanpa mengira
golongan tua, muda, pelajar mahupun kanak-kanak kita tetap terdedah kepada ancaman
yang berbahaya. Justeru itu, kita harus turut serta memainkan peranan dan memikul
tanggungjawab membanteras kejadian jenayah tersebut. Kita tidak seharusnya
membiarkan pihak polis semata-mata memikul tugas berat ini. Dengan kerjasama semua
pihak, barulah penjenayah-penjenayah tersebut dapat dihalang.
Hadirin yang saya hormati, terdapat banyak langkah yang boleh kita lakukan bagi
menggerakkan diri daripada terancam. Langkah pertama yang perlu kita lakukan ialah
tahu memilih kawan ketika dalam pergaulan. Statistik menunjukkan faktor-faktor utama
penyebab remaja terlibat dalam jenayah berpunca daripada pengaruh rakan. Kita
seharusnya rasional dan hanya memilih mereka yang berakhlak tinggi sebagai rakan kita.
Jauhilah diri daripada mereka yang liar, tidak senonoh dan jahat kerana sahabat begini
akan menjerumus kita kepada kegiatan yang tidak sihat dan salah.
Hadirin yang saya hormati, jiran merupakan orang yang paling hampir dengan kita
dan boleh menghulurkan bantuan. Justeru itu, peranan jiran adalah penting. Dengan
adanya hubungan yang baik dan semangat kejiranan sudah pasti jenayah seperti kecurian
yang berlaku di sekitar perumahan kita dapat dihalang. Apabila kita pulang ke kampung
atau bercuti, jiran boleh membantu kita menjaga rumah terutama daripada dipecah
masuk. Bayangkan sekiranya hubungan jiran renggang kerana hidup seperti `Enau dalam
belukar melepaskan pucuk masing-masing', jenayah sudah pasti mudah berlaku di
kawasan perumahan . Ini yang dikatakan rumah jirandimasuki pencuri pada siang
haripun tiada sesiapa yang menyedarinya.
Hadirin yang saya hormati, sekian sahaja syarahan saya tentang peranan kita bagi
mencegah jenayah. Dengan memainkan peranan masing-masing dan tidak meletakkan
tanggungjawab mencegah jenayah di bahu pihak polis semata-mata. Sudah pasti jenayah
dapat dikurangkan. Sekian terima kasih.
Panduan Karangan Format Skrip Drama
Panduan menulis
Format ini merupakan penulisan yang baru. Calon perlu mempelajarinya kerana bermula
pada tahun ini, selari dengan pembelajaran mata pelajaran sastera di sekolah
dimaklumkan bahawa terdapat soalan keenam dalam Kertas 1 berbentuk kesusasteraan
termasuklah penulisan skrip drama.
Karya :
Watak :
Masa :
Tempat :
Sinopsis :
Dialog :
Modal Karangan: Karangan Format Skrip Drama
Roslan anak tunggal Pak Aziz dan Mak Bedah. Beliau lulusan Universiti
Sinopsis :
dan telah menerima tawaran
berkhidmat dalam angkatan tentera sebagai kapten. Bapanya amat bangga
dengan anaknya ini kerana dia sendiri bekas askar. Bagaimanapun ibunya
tidak bersetuju Roslan menerima tawaran kerja ini. Roslan serba salah
kerana dia sendiri mempunyai cita-cita lain.Tetapi dia juga ingin
menunaikan keinginan dan kebanggaan ayahnya. Malangnya Raslan maut
dalam kemalangan sebelum menerima jawatan tersebut.
Pentas menggambarkan ruang dengan sebuah meja dan lima buah kusyen
Latar :
lapuk. Pak Aziz sedang membaca
suratkhabar apabila didatangi isterinya dengan hidangan teh dan
sepinggan kuih.
Mak Bedah : Bang, ada berita menarik ke ? Asyik betul membaca. Berhentilah
Pak Aziz : Hai, apa dah jadi sekarang ni ? Hari-hari ada kejadian membunuh
Mak Bedah : Nasib baik anak kita Roslan baik budi pekerti. Dah berjaya pula
Pak Aziz : Ya lah tu. Eh Roslan pergi mana ? Ajaklah dia minum sama.
Mak Bedah : Ada di biliknya. Tak keluar-keluar sejak tadi. Nanti saya panggil dia.
Pak Aziz : Lan, bagaimana dengan tawaran kerja tu ? Dah buat keputusan
Mak Badah : Fikirlah masak-masak Lan. Mak kalau boleh tak mahu Lan bekerja
Pak Aziz : Mana sama Bedah ? Aku kerja selama 20 tahun hanya sebagai askar
Roslan : Inilah yang saya sedang fikir. Antara hadapan mak dan ayah, saya
Mak Bedah : Mak bukan membantah Lan. Mak cuma fikir kalau boleh carilah
Roslan : Ayah, emak. Lan nak keluar sekejap. ada hal mustahak.
Pak Aziz : Yalah... Roslan dah dapat kerja sebagai askar.
Mak Bedah : Saya bimbanglah bang. Kerja askar ni berbahaya. Kena masuk
Pak Aziz : Ha! Ha! Ha! (ketawa). Itu yang awak bimbangkan. Itu perkara kecil,
Mak Bedah : Maksud abang, ayah askar, anak askar pun nak jadi askar juga?
Pak Aziz : Tapi tidaklah macam saya, saya dulu prebet, sepuluh tahun menjadi
Mak Bedah : Saya rasa elok Roslan cari kerja lain. Apa kata orang nanti, keluar
Polis II : Kami ingin bertanya adakah Encik Roslan anak En. Aziz.
2. Berita yang kita tulis biarlah seperti betul-betul berlaku, logis dan padat.
a) When (bila) - Bila peristiwa itu berlaku !
b) Where (di mana) - Di mana tempat kejadian ?
c) Who (siapa) - Siapa yang terlibat ?
d) What (apa) - Apa yang akan dilaporkan ?
e) Why (mengapa) - Mengapa kejadian itu berlaku ?
f) How (bagaimana) - Bagaimana boleh berlaku ?
4. Susunlah ikut peristiwa utama didahulukan dan kurang penting di akhir perenggan.
5. Bahasa yang digunakan mesti ringkas, mudah difaham, ringkas tetapi padat matlamat.
6. Berita yang ditulis haruslah benar dan menyakinkan pembaca. Oleh itu calon
digalakkan menyelitkan pandangan / pendapat pikah-pihak tertentu atau sedutan kata
orang berkenaan.
7. Terdapat perbezaan untuk menulis karangan
a) berformat Berita sesuatu kejadian untuk siaran akhbar/majalah.
b) berformat Rencana untuk siaran akhbar / majalah.
8. Karangan berformat Berita
(a) (b) (c) (d) (e)
KUALA LUMPUR, Isnin - Sebuah makmal sekolah
(a) Nama tempat ditulis dengan Huruf Besar di sebelah kiri.
(b) Tanda koma (,) perlu diikuti selepas nama tempat.
(c) Hari kejadian selepas tanda koma.
(d) Tanda sempang (-) perlu ditulis selepas hari ditulis
(e) Isi Utama (berita kejadian)
Karangan SPM 8:
Panduan menulis
4. Pendahuluan bagi karangan berformat ini perlu ditulis beberapa baris ayat dalam satu
perenggan sebelum perbualan bermula. Masukkan persoalan yang akan dibincangkan dan
tokoh yang ditemu ramah.
Datuk Terlebih dahulu selamat pagi dan terima kasih maklumat kepada
Lim : saya menyampaikan kepada masyarakat
tentang program pendermaan organ. Sebagai langkah pertama kami telah
mendekati badan bukan kerajaan pihak swasta termasuk kerajaan serta
badan-badan agama untuk menerang tentang kampen yang diadakan. Kami
amat berharap dengan kempen den penjelasan ini sama pihak
dapat memahami dan menerimanya. Isu ini tidak harus dianggap seensitif
tema seharusnya masyarakat boleh menerimanya secara terbuka.
Datuk, biasanya penderma organ ini terdiri daripada bangsa apa? Ini kerana
Wartawan :
apabila menyentuh isu
pendermaan organ masyarakat terhalang dengan hukum agama dan
sebagainya.
Datuk Sememangnya betul. Masalah besar yang kami hadapi adalah daripada
Lim : masyarakat beragama Islam. Mereka
risau dan kurang berkeyakinan bahawa tindakan pendermaan organ ini
dibenarkan dalam Islam. Di sini kami bekerjasama dengan FKIM bertujuan
supaya FKIM boleh membantu menjelaskan fatwa ini kepada masyarakat
Islam. Ramai penderma datang daripada mereka yang beragama Buddha
dan Kristian. Ini kerana dalam kedua-dua agama ini tidak timbul sebarang
penentangan agama dalam soal menderma organ.
Diwawancara Oleh,
Ieva Shanmugan
(IEVA SHANMUGAN)
Wartawan Utusan Malaysia
Panduan Karangan Berformat Cereka
Panduan menulis
1. Karangan jenis ini boleh dikeluarkan pelbagai bentuk soalan seperti :-
2. Bagi menulis karangan berformat cerita atau cereka (cerpen). Ini yang paling penting
ialah calon mempunyai bahasa yang baik dan cerita yang menarik.
3. Ini bermakna pengolahan cerita oleh calon amat penting bago memastikan cerita itu
menarik dibaca.
4. Mereka diberi bergantung kepada kekuatan bahasa dan isi cerita yang menarik.
Tajuk : Lengkapkan karya anda dengan bermula " Matahari siang panas membahang.
Belakang bajuku basah oleh peluh yang menyimbah. Langkahku kini semakin lemah.
Namun tekadku bulat",......"
Matahari siang panas berbahang. Belakang bajuku basah oleh peluh yang
menyimbah. Langkahku kini semakin lemah. Namun demikian, tekadku bulat. Aku mesti
ke Toko Mukmin. Menurut kawan-kawanku di situlah dapat kutemukan buku Ekonomi
yang kucari-cari selama ini. Ah, berapa lama lagi perluku jalan? Kakiku sudah mahu
terputus rasanya.
Lega benar rasanya apabila toko buku itu kini sudah di depan mata. Pintunya
segera kubuka. Hawa dingin terasa dengan serta-merta. Aku berasa amat selesa.
Kemudian, aku menuju ke rak-rak buku yang memang banyak terdapat di situ. Aku
mancari-cari rak buku yang menempatkan buku-buku Ekonomi.
Ketika sedang mencari-cari itu, aku ternampak akan seorang budak lelaki.
Pakaiannya sudah lusuh dan penuh dengan tampalan. Matanya liar memperhatikan buku-
buku yang tersusun rapi di situ. Eh, budak itu mahu mencuri ke? Berdetik dalam hatiku.
Aku mula menaruh prasangka buruk terhadap budak lelaki itu. Aku pun
mengintip segala pergerakannya. Dari satu rak ke satu rak aku mengikutinya. Tiba-tiba
budak lelaki itu berhenti di suatu rak yang menempatkan buku-buku Sains. Agak lama
juga dia membelek judul-judul buku Sains yang terdapat di situ.
Kemudian,budak lelaki itu mengambil sebuah buku Sains. Dikeleknya buku Sains
itu dengan erat lalu segera berlalu dari situ. Sangkaku, dia mahu mencuri buku tersebut.
Aku pun mula berjalan dengan cepat agar perbuatannya dapatku halang.
Sangkaanku tadi meleset sama sekali. Rupa-rupanya, budak lelaki itu menemui
penjual buku. Aku pun berhenti di rak buku yang berdekatan dengan mereka. Aku
berpura-pura membaca buku sebuah buku sambil memasang telinga. Aku men-
dengar dia bertanyakan buku Sains itu kepada penjual buku tersebut.
"Berapa harganya, Encik?"
"Enam ringgit sembilan puluh sen,"jawab penjual buku itu.
Wajah budak lelaki itu muram apabila mendengar harga yang disebut oleh penjual
buku itu. Air mukanya jelas menampakkan kekecewaan. Tanpa berkata apa-apa, ia
berjalan keluar. Langkahnya lemah longai.
Tetapi sebaik-baik saja ia sampai di pintu kedai itu, ia berpatah balik. Kelihatan ia
belum berputus asa. Wajahnya membayangkan sebuah harapan. Dia melangkah laju
menuju kepada penjual buku itu.
"Encik, wang saya cuma empat ringgit. Dapatkah Encik menjual buku itu dengan
harga empat ringgit kepada saya? Nanti, bakinya akan saya bayar beransur-ansur,"
katanya dengan penuh harapan.
Penjual buku memandang budak itu dengan wajah yang tenang. Kemudian ia
bertanya," Ingin benarkah engkau akan buku itu?"
"Ya, Encik. Saya ingin sekali memilikinya. Sudah empat buah toko buku yang
saya datangi, dan semuanya menyatakan harga yang sama. Harga buku itu tidak boleh
dikurangkan lagi," kata budak lelaki itu dengan nada perlahan menggambar-
kan kehampaan.
"Encik, keluarga saya miskin. Saya tidak dapat ke sekolah lagi, tetapi jika ada
masa terulang saya belajar sendiri di rumah. Teman-teman saya yang di sekolah
menggunakan buku Sains itu. Mereka mangatakan bahawa buku Sains itu sangat baik.
Saya tidak mahu ketinggalan. Saya ingin menjadi orang terpelajar. Saya tidak mahu
keinginan saya itu terhalang oleh kemiskinan," kata budak lelaki itu dengan panjang
lebar.
"Oh, kuat sungguh semangat dan azammu untuk menimba ilmu!" Penjual buku itu
kelihatan kagum apabila mendengar penjelasannya.
Aku pun berasa kagum apabila mendengar penjelasannya itu. Rasa kesal
menyelubungi diriku kerana menyangka yang bukan-bukan terhadap budak lelaki itu.
Aku mula berasa kasihan kepadanya.
"Baiklah. Kauambillah buku Sains ini dan bayarlah empat ringgit dahulu. Bakinya
kaubayar kemudian. Untuk pengetahuanmu, ada padaku sebuah buku Sains yang itu juga
tetapi yang sudah digunakan. Harganya cuma dua ringgit saja."
"Tetapi buku itu masih dapat digunakan untuk belajar?" budak lelaki itu bertanya.
Kelihatannya dia cukup berhati-hati. Dia mahu memastikan bukan buku lain yang
ditawarkan kepadanya.
"Ya, cuma buku itu sudah agak usang," jawab penjual buku itu pula.
"Oh, jika begitu saya ambil yang itulah. Dengan ini, baki wang saya ini dapat saya
gunakan untuk membeli buku-buku yang lain. Alangkah senangnya hati saya dapat
bertemu dengan Encik," kata budak lelaki itu dengan girangnya.
Penjual buku itu kelihatan hairan dan semakin tertarik kepada anak miskin itu.
Ketika ia membungkus buku itu, ia menyelipkan sebatang pensel yang baru dan sebuah
buku tulis.
"Ini kuhadiahkan kepadamu oleh sebab aku kagum melihat kesungguhan hatimu
untuk menuntut ilmu. Jika demikian sifatmu sentiasa pasti segala cita-citamu dapat
tercapai".
Terkebil-kebil mata budak lelaki itu apabila mendengar kata-kata penjual buku
tersebut. Secara spontan dia menjabat tangan penjual buku itu dan berulang-ulang
mengucapkan terima kasih. Kemudian, sambil terseyum lebar, anak miskin itu pun
beredar.
Kuperhatikan anak miskin itu dengan rasa terharu. Kasihan anak miskin itu. Dia
gigih sekali. Cita-citanya tinggi. Aku mendoakan kejayaannya. Jika aku berpeluang
bertemu dengan dia, ingin aku berkenalan dan bertanya khabarnya. Mungkin nanti kami
dapat berbincang dan belajar bersama. Setelah membayar buku Ekonomi yang kupegang,
aku melangkah keluar dari toko tersebut dengan satu tekad yang baru "Akan kugenggam
bara sampai menjadi arang". Aku pasti akan berusaha sehingga menara gadingku jejaki !
Sesungguhnya aku berterima kasih kerana terjumpa budak itu pada hari ini.
Panduan Karangan Jenis Laporan
3. Harus diingati penulis isi harus kepada satu pihak saja, rujuk soalan sama ada anda
sebagai pencadang atau pembangkang.
(a) Pendahuluan
- masukkan definasi taajuk (kata-kata aluan tidak
diperlukan )
6. Bahasa yang digunakan mestilah tegas, jelas, tepat dan mudah difahami.
Modal Karangan: Karangan format perbahasan (Pertandingan)
Salam sejahtera saya ucapkan kepada Tuan pengerusi majlis, pada hakim yang
arif lagi bijaksana, barisan pembangkang yang saya segani, para pengetua, guru-guru dan
rakan-rakan sekalian. Berdirinya saya di pentas ini untuk membidas dan menafikan
dakwaan pihak pencadang yang mengatakan kemasukan buruh asing lebih banyak
mendatangkan keburukan daripada kebaikan.
Hadirin sekalian,
Sebelum saya mematah-matahkan hujah lawau, izinkan dahulu saya memberi
definasi tajuk kita pada pagi ini. Pekerja asing merusut karus bermaksud tenaga kerja
yang datang dari negara lain seperti Indonesia, Bangladash, Filipina, Thailand, dan
sebagainya. Keburukan pula dimaksudkan sesuatu yang tidak baik, buruk atau
kepincangan. Kami selalu pihak pembangkang tidak menyokong tajuk di atas bahawa
pekerja asing lebih banyak mendatangkan keburukan daripada kebaikan.
Hadirin dan hadiran yang dimuliakan,
Sebentar tadi pihak pencadang ada mengatakan bahawa kemasukan buruh asing
telah merebut peluang pekerjaan rakyat Malaysia sehingga bertambahnya pergangguan.
Saya ingin menolak sekeras-kerasnya dakwaan ini kerana faktor yang mendorong pekerja
asing diambil adalah untuk mengisi kekurangan tenaga pekerja di sektor perladangan,
pembinaan daan sebagainya sebelum kemasukan mereka terdapat kekosongan kerja di
bidang ini untuk diisi oleh pekerja Malaysia. Tetapi "tepuklah dada tanyalah selera,"
mengapa mereka sanggup menganggur daripada bekerja di bidang tersebut? Jawapannya
mereka memilih pekerjaan, mereka enggan bekerja di bidang ini, mereka hanya mahu
bekerja di pejabat-pejabat. Maka pekerja asing diambil bagi mengisi kekurangan ini.
Jelas terbuktilah bahawa kedatangan mereka tidak patut dikatakan menutup periuk nasi
rakyat Malaysia atau menjadi takluk bertambahnya pergangguan. Inilah bidasan saya
yang pertama.
Hadirin sekalian,
Bidasan saya yang kedua terhadap hujah pencadang yang tidak berpijak di bumi
nyata. Kemasukan pekerja asing telah dituduh oleh pihak pencadang telah membawa
masalah sosial dan jenayah di negara kita. walaupun benar ada pekerja asing yang
ditangkap kerana terlibat dengan jenayah tetapi persoalannya bilangannya hanya kecil
sahaja berbanding dengan jumlah mereka yang ke negara kita semata-mata untuk bekerja
keras mencari rezeki secara aman. Janganlah kerana " Nila setitik rosak susu
sebelanga".Janganlah kita terlalu emosi melepaskan tuduhan kepada semua pekerja asing
hanya kerana segelintir yang tidak tahu mengenang budi dan melakukan jenayah. Kita
hendaklah berfikiran matang dan aktif dengan mempertimbang secara menyeluruh wahai
pihak pencadang.
Hadirin dan hadiran sekalian yang saya muliakan,
Di sini, izinkan saya menegakkan kebenaran dengan hujah pertama saya iaitu
kemasukan pekerja asing sebenarnya mendatangkan kebaikan dan kemakmuran negara
kita bukannya keburukkan. Kemasukan mereka bagi mengisi. kekurangan buruh di sektor
perladangan merupakan rahmat kepada kita. Bayangkan sektor perladangan contohnya
kelapa sawit, nanas dan sebagainya perlu dipetik hasilnya segera sekiranya sudah matang.
Ketiadaan pekerja di ladang ini akan menyebabkan keluaran pertanian ini rosak. Jadi kita
harus berterima kasih kerana dengan adanya pekerja asing ini, keluaran pertanian dapat
dipetik mengikut masa yang tepat. Tanyalah pemilik ladang masalah yang mereka hadapi
sebelum kemasukan pekerja asing. Keluaran pertanian ini tidak dapat dipetik tepat pada
masanya kerana rakyat tempatan enggan bekerja di ladang kerana upah yang rendah.
Negara juga akan menghadapi kerugian sekiranya tiada pekerja asing di sini.
Hadirin-hadiran sekalian,
Negara kita pesat membangun seiring dengan kemakmuran dan kemajuan yang
kita nikmati. Ini bermakna pembangunan yang dilakukan dengan mendirikan bangunan-
bangunan merca langit di bandar-bandar besar. Begitu juga di kawasan luar bandar
pembangunan yang dilakukan melibatkan pembinaan sekolah, hospital, kilang-kilang dan
sebagainya. Untuk menyiapkan bangunan-bangunan dan kemudahan-kemudahan ini
memerlukan pekerja yang banyak dalam sektor pembinaan. Sekali lagi masalah ketiadaan
pekerja di sektor ini berlaku kerana sebagainya yang kita tahu rakyat tempatan memilih
pekerjaan, mereka tidak berminat bekerja dalam sektor ini kerana kerjanya memenatkan
dan upahnya tidak seberapa. Sekiranya upah yang tinggi diberi kepada pekerja, masalah
yang ditanggung bukan majikan tetapi semua rakyat terutama yang berpendapatan rendah
akan tersepit. Ini kerana hanya bangunan, rumah dan sebagainya pasti akan dinaikkan
kerana majikan menanggung kos yang tinggi tetapi, keadaan ini tidak berlaku kerana
buruh-buruh asing ini sanggup melakukan pekerjaan ini dengan upah yang lebih rendah.
Jelaslah kemasukan pekerja asing sekali lagi membawa kebaikan kepada kita dan
mempercepat pembangunan di negara kita secara tidak langsung. Bayangkan tanpa
tenaga buruh yang murah daripada mereka, banyak pembangunan seperti pembinaan
jalan raya, kemudahan prasarana dan sebagainya akan tergen-
dala !
Sebagaimana yang saya tegaskan dari awal lagi, kita seharusnya sentiasa
berfikiran rasional dan terbuka. Oleh itu, hujah saya yang ketiga ialah sebagai rakyat
negara ini, kita seharusnya mempunyai kebersihan mental. Kita seharusnya menganggap
kemasukan pekerja asing sebagai pesaing positif yang boleh mendorong kita untuk lebih
rajin berusaha bagi menandingi kemampuan pekerja asing. Sekiranya, sikap ini dapat kita
tanam di dalam diri kita, sudah tentulah kita dapat meningkatkan kualiti kerja untuk
membangunkan negara yang mewah dan makmur ini. Ternyatalah kemasukan pekerja
asing membawa kebaikan kepada kita dan bukannya keburukan sebagaimana tuduhan
para pencadang.
1. Karangan ini memerlukan pengetahuan yang luas, fikiran yang matang daripada calon
tinggi bagi mengubas isi dengan baik.
Contoh :-
3. Markah calon bergantung kepada isi yang matang, logis dan hujah mantap
serta menyakinkan di samping bahasa yang gramatis.
Panduan menulis
a) Teknik huraian
Salah satu peribahasa yang sesuai dijadikan teladan bagi masyarakat ialah
peribahasa berbunyi "Berjagung-jagung dahulu sementara menanti padi yang masak".
Maksud peribahasa ini ialah kita perlu berusaha secara kecil-kecilan atau membuat kerja
sampingan sementara menunggu kejayaan atau hasil yang lebih besar. Lahirnya
peribahasa ini mungkin masyarakat dahulu menggunakan pengalaman petani yang
membuat kerja sambilan menanam jagung sementara menunggu untul menuai padi.
Dengan sanggup berusaha lebih, petani tersebut mendapat hasil yang lebih.
Ambillah iktibar dari peribahasa ini dalam menjalani kehidupan harian kita,
Sebagai pelajar misalnya boleh menghayati peribahasa yang berbunyi "Berjagung-jagung
dahulu sebelum menanti padi yang masak" dengan melakukan activiti berfaedah seperti
bekerja sementara menuggu keputusan peperiksaan SPM diumumkan. Dengan tindakan
positif ini pastinya pelajar akan mendapat faedah . Apabila keputusan diumumkan,
pelajar juga mempunyai wang saku untuk berbelanja. Sebaliknya jika pelajar malas,
hanya duduk tanpa berbuat-buat apa di rumah maka pelajar telah mensia-siakan masa
yang berharga.
"Berjagung-jagung dahulu sebelum menanti padi masak" juga boleh mendidik
pelajar agar memaksimumkan masa dengan berfaedah misalnya pada cuti yang panjang
sebelum sesi persekolahan dibuka semula. Bagi sesetengah pelajar yang berminat dan
tiada kemahiran komputer, menaip dan sebagainya boleh menggunakan masa yang ada
untuk belajar menguasai bidang tersebut. Kemahuan ini sudah tentu berfaedah dan
memberi ganjaran yang baik kepada pelajar tersebut dalam menambahkan ilmu dan
kemahiran memandangkan persaingan yang sengit dan mencubar sekarang. Oleh itu
pelajar sememangnya wajar memenuhi dada dengan pelbagai kemahiran.
Mesej mendidik di dalam peribahasa ini sememangnya sesuai untuk diaplikasi
oleh sesiapa saja bukan hany pelajar. Bagi siswazah yang sedang menanti tawaran kerja
yang bersesuaian dengan kelulusannya, boleh menjadikan peribahasa ini sebagai
pedoman. Ini bermakna siswazah tersebut tidak seharusnya menganggur sementara
menunggu kerja yang sesuai dengan kelulusannya. Siswazah tersebut sepatutnya buatlah
kerja yang patut dahulu sekurang-kurangnya boleh menanggung makan minumnya
daripada mengangur di rumah sehingga membebankan ibu bapa.
Bagi nelayan, kehidupan mereka sering tersepit terutama apabila tibanya
musim tengkujuh pada bulan November dan Disember. Berjagung-jagung dahulu
sementara menanti padi masak" harus dicontohi oleh nelayan berkenaan. Pada musim
tengkujuh, memandang laut berombak dan bahaya jika turun ke laut maka wajarlah
nelayan melakukan kerja-kerja lain seperti menjahit jala, menganyam tikar, membuat
sangkar burung dan apa-apa saja yang berfaedah mengikut kemahiran yang ada. Kerja-
kerja sambilan ini sudah pasti mendatangkan faedah dan memberi rezeki kepada petani
tersebut.
Sebagai rumusnya, setiap daripada kita seharusnya tidak hanya berpeluk tubuh
jika ingin kehidupan yang lebih baik. Ini bererti kita perlu rajin berusaha meningkatkan
taraf hidup dengan activiti berfaedah sementara menuggu hasil yang lebih besar.
Sekiranya kita tidak ingin ketinggalan sememangnya kita perlu sanggup berusaha. Ini
kerana peribahasa Melayu juga ada mangatakan "yang bulat tidak akan datang bergolek
dan yang pipih tidak akan melayang. Sesungguhnya peribahasa warisan masyarakat lama
kita memainkan peranan besar dalam mendidik masyarakat.
Panduan Karangan Berformat Ulasan
Panduan menulis
1. Format ulasan ini agak jarang terdapat dalam soalan peperiksaan Bahasa
Melayu Kertas 1.
2. Calon diminta membuat
a) Ulasan buku (pernah keluar dalam peperiksaan SPM)
b) Ulasan sesuatu tajuk
c) Ulasan sesuatu kejohanan yang disaksikan
d) Ulasan drama, cerpen ulasan filem dan sebagainya (masih
baru dalam peperiksaan)
Pengarang:
Ketebalan:
Harga:
Pengulas:
Perenggan 1: (Memperkatakan Biodata pengarang, pengenalan
buku)
Perenggan 4 : Kelebihan
Perenggan 5 : Kelemahan
Perenggan 6 : Penutup.
Modal Karangan: Karangan berformat Ulasan
Novel konserto Terakhir diilhamkan oleh saudara Abdullah Hussien seorang
novelis yang terkenal. Beliau menulis pelbagai genve yang bermutu termasuk cerpen,
biografi, autobiografi, drama dan sebagainya di samping novel. Beliau banyak
memenangi pertandingan dalam penulisan. Novel Konserto Terakhir yang dihasilkan
pada tahun 1980 dianggap novel bermutu sehingga dipilih sebagai teks komponen sastera
dalam pengajaran novel di sekolah-sekolah bagi pelajar-pelajar tingkatan 5.
Novel Konserto Terakhir ini sememangnya menarik untuk dibaca oleh pelajar.
Kisah yang dipaparkan tidak membosankan malahan apabila kita membaca, kita tidak
sabar-sabar untuk menghabiskannya kerana ingin mengetahui cerita selangjutnya apa
yang akan berlaku kepada Hilon sebagai watak utama dalam cerita ini. Hilmi yang diberi
watak sebagai seorang pemuda yang miskin datag ke rumah Datuk Johari yang dianggap
bapa saudaranya untuk mencuba nasib membebaskan diri daripada belenggu kemiskinan.
Kehadirannya paling tidak disenangi oleh Datin Salmah Isteri Datuk Johari kerana Hilmi
seorang yang tidak berpendidikan, begitu hina di mati Datin Salmah dianggap tidak
setaraf dengan keluarganya yang kaya raya.
Di rumah Datul Johari, Hilmi terpaksa menjadi tukang kebun sahaja kerana tiada
pekerjaan yang sesuai dengan kelulusannya yang hanya setakat darjah Empat. Hilmi tidak
pernah merungut dengan pekerjaan tersebut malahan tekun menjaga kebunnya sehingga
begitu cantik dan mengagumkan semua tetamu Datin Salmah. Di rumah Datuk Johari,
Hilmi begitu meminati piano setelah mendengar Hayati anak Datuk Johari
mengalunkannya. Bagaimanapun Hilmi hanya melihat dari jauh kerana Datin Salmah
begitu membencinya. Hayati gadis lincah yang bertunang dengan Mohsin begitu
menawan hati Hilmi. Bagaimanapun perasaan ini dia pendamkan sendiri dalam hatinya
kerana jurang mereka amat jauh.
Semasa keluarga Datin Salmah bercuti di Eropah, Hilmi telah curi-curi bermain
piano tersebut. Di samping itu dia telah belajar muzik dengan Bakal setelah
diperkenalkan oleh Mamat. Hayati mulai meyenangi Hilmi terutama setelah mendengar
Hilmi bermain pianonya. Bagaimanapun perhubungan baik ini terbatas kerana dihalang
oleh Datin Salmah. Akibat risau akan perhubungan Hayati dan Hilmi yang semakin
intim, Datin Salmah telah menghalau Hilmi dari rumahnya.
Dari sini Hilmi menyambungkan minatnya dan kerjayanya dalam muzik dengan
bantuan Bakar. Dia menjadi pemuzik yang muda dikenali ramai. Ketika itu juga Hayati
telah berhijrah ke London setelah berkahwin dengan Mohsim kerana memenuhi
kehendak Datin Salmah. Hilmi juga akhirnya berkahwin dengan Azizah, anak gadis
Bakar. Bagaimanapun perhubungan mereka tidak berpanjangan kerana sikap Azizah yang
keras hati dan mencemburui hubungan baik Hilmi dengan Hayati. Hilmi bertungkus
lumus dengan kerjanya tanpa mempedulikan kesihatan badan. Apatah lagi dia berjaya
dipilih mengadakan orkestra di Dewan Tunku Lanselor. Malangnya Hilmi telah jatuh
sakit dan dihantar ke hospital. Hayati yang muncul pada hari itu telah menjadi
penyelamat meneruskan persembahan Hilmi. Pengarang Abdullah meleraikan cerita ini
dengan kejutan apabila di hospital Hilmi dikatakan anak Datuk Johari dan Hayati
merupakan adik tirinya. Pembaca diberi kejutan sekali lagi apabila diakhirkan cerita
dengan kematian Himmi juga Datuk Johari yang tidak dijangka langsung oleh pembaca.
Inilah antara keistimewaan novel nukilan Abdullah Hussien. Beliau menyusun
plot ceritanya dengan begitu teliti. Pelajar mudah memahami ceritanya kerana plotnya
berkembang dengan teratur. Bahasanya juga mudah difahami. Saudara Abdullah Hussein
berjaya memasukkan kejutan yang mana tidak diduga langsung oleh pembaca pada akhir
cerita. Di samping unsur kejutan yang dimasukkan dalam kerjaya ini, pelbagai teknik
lain digunakan dalalm novel ini seperti dialog, monolog, imbasan kembali, saspens, dan
sebagainya. Teknik plot yang pelbagai ini sudah telah mewarna novel ini menyebabkan
pembaca tidak terasa bosan untuk menghabiskannya.
Watak Hilmi yang begitu lurus, mulia, berbudi pekerti begitu mengagumkan kita.
Keadaan ini berbeza dengan watak Datin Salmah yang begitu sombong, menghina Hilmi
sehingga kita begitu membenci wataknya. Inilah kejayaan pengarang kerana mampu
menghidupkan watak-watak tersebut dengan baik sekal. Nilai dan pengajaran juga
banyak terdapat dalam novel ini. Nilai dan pengajaran ini boleh dihayati oleh pembaca
untuk dijadikan teladan. Nilai seperti kasih sayang, kegigihan, hormat-menghormati,
ikhlas, persaudaraan dan sebagainya harus dibaca oleh pelajar khasnya kerana nilai dan
pengajaran ini memberi manfaat kepada pelajar sekalian.
Keseluruhannya pada hemat saya novel ini amat baik dan patut dibaca oleh
pelajar-pelajar bukan setakat untuk peperiksaan tetapi menghayati dan menghargainya
sebagai satu genre yang bermutu. Sebenarnya novel ini juga sesuai dibaca oleh
masyarakat umum kerana tema dan persoalan yang dibawa sesuai untuk semua pembaca.
Namun, sebagai pelajar sewajarnya kita membaca karya ini kerana kegigihan Hilmi yang
berkelulusan darjah empat berusaha keras untuk berjaya dalam hidup seharusnya menjadi
inspirasi kepada pelajar bagi mengubah masa depan masing-masing.
Bahagian merumus karangan
.Keperluan peperiksaan
1.Soalan ini merupakan soalan pertama dalam kertas 2 Bahasa Melayu.
2.Soalan ini wajib dijawab.
3.Peruntukan markah yang diberikan ialah 30%
4.Panjang rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.
5.Soalan ini menguji kebolehan dan keupayaan pelajar mentafsir, menilai, serta
merumus pelbagai jenis bahan (petikan/grafik) dengan cekap, kritis dan kreatif.
Di samping itu, calon perlu juga mempunyai pengetahuan isu - isu semasa.
Latihan SPM
Soalan 1
Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian rumuskan kesan-kesan kedatangan
buruh asing ke negara kita.Panjang rumusan hendaklah antara 100 hingga 120 patah
perkataan.
Sumbangan dan peranan tenaga buruh asing dalam pertumbuhan ekonomi negara
amat penting.Kemasukan beramai-ramai tenaga kerja asing ini banyak membantu
memajukan negara kita.Walau bagaimanapun, kehadiran mereka di Malaysia sudah
mencapai tahap yang membimbangkan. Implikasi daripada lebih sejuta orang yang
tidak dapat dikesan tentang latar belakang dan pekerjaan mereka sudah tentu
menyusahkan semua pihak.
Kedatangan buruh asing tidak begitu diambil berat oleh kerajaan pada tahun 1970-
an dan 1980-an kerana kekurangan tenaga buruh dalam beberapa sektor terutama sektor
perkilangan dan perladangan.Walau bagaimanapun, terdapat bukti bahawa banyak di
kalangan buruh asing yang telah menukar bidang pekerjaan mereka ke bidang yang
disertai oleh pekerja tempatan seperti peniaga kecil-kecilan, juruteknik dan penyelia
kilang. Keadaan ini boleh menggugat bukan sahaja pendapatan pekerja tempatan, tetapi
juga kedudukan ekonomi penduduk tempatan. Kehadiran buruh asing juga telah
meningkatkan lagi pertambahan penduduk di sesebuah tempat. Kesannya dapat
memberi persaingan kepada penduduk tempatan dan meningkatkan lagi harga rumah
dan keperluan asas yang lain.
Kehadiran buruh asing yang meningkat juga memberikan kesan sosial yang
penting kepada penduduk tempatan.Sering kedengaran bahawa buruh asing
terutamanya pendatang tanpa izin melakukan pelbagai kegiatan jenayah seperti
rompakan, pecah rumah dan penyeludupan.Penglibatan dalam kegiatan seperti ini boleh
mengugat keselamatan sosial dan penduduk. Selain jenayah tersebut, kedatangan buruh
asing, mempergiat kegiatan pelacuran dengan adanya peningkatan kegiatan rumah urut,
bar dan tempat karaoke. Terdapat juga laporan tentang segelintir buruh asing yang cuba
menyebarkan agama lain kepada masyarakat Melayu yang beragama Islam di
Malaysia. Keadaan ini boleh mengancam keselamatan negara dan akidah masyarakat
Melayu.
Dari segi politik dan pentadbiran, pihak berkuasa gagal menggubal satu undang-
undang untuk mengawal kebanjiran buruh asing.Keadaan ini boleh menjejaskan
pandangan masyarakat luar terhadap negara kita.
Peraturan yang lebih ketat dan tegas perlu diambil dalam menangani masalah ini.
1. Rumusan Anda
Jawapan
Soalan 1:
Petikan ini merumus tentang perkembangan teknologi maklumat
serta kebaikan dan keburukannya.
Latihan SPM 2
Soalan 1
Baca rencana di bawah ini dengan teliti.Kemudian, tulis suatu rumusan tentang kesan
penggunaan teknologi maklumat dinegara kita.Panjang rumusan anda hendaklah antara
100 hingga 120 patah perkataaan.
Kempen kesedaran teknologi maklumat telah dilancarkan oleh Perdana Menteri,
Datuk Seri Dr.Mahathir Mohamad pada 11 Oktober 1997.Hampir semua rakyat
Malaysia tahu akan teknologi maklumat ini kerana promosi dan publisiti mengenainya
dibuat dengan begitu agresif dan meluas.Setiap hari,pihak media massa menyiarkan
sesuatu yang berkaitan dengan teknologi maklumat bagi menyedarkan masyarakat
betapa pentingnya teknologi itu untuk kehidupan yang lebih sejahtera pada masa
hadapan.
Sebenarnya secara sedar atau tidak sedar, manusia menggunakan teknologi
maklumat setiap hari.Penggunaan teknologi maklumat banyak membantu bidang
perniagaan dalam operasinya.Selain itu, penggunaan teknologi maklumat dapat
mempermudah perhubungan antara sesama pekerja dan sesama pelanggan, sama ada
yang dekat atau yang jauh menerusi e-mel dan faksimili.Sistem ini memungkinkan
pekerja dan pelanggan berinteraksi dengan lebih berkesan.Justeru, teknologi maklumat
bukan saja diyakini dapat memberikan pulangan yang menguntungkan dalam bidang
perniagaan tetapi juga dapat menjadi agen yang mampu mengubah seluruh struktur dan
budaya masyarakat.
Namun,dalam keghairahan kita menjulang teknologi maklumat ini, kita tidak
seharusnya lupa dan lalai akan kesan negatif yang dibawanya.Dengan menggunakan
teknologi canggih ini,pihak musuh dapat mencuri segala maklumat dalam sesebuah
negara yang mungkin menjejaskan keselamatan negara tersebut.Hal ini diakui sendiri
oleh pakar-pakar teknologi maklumat sehingga mendorong pelbagai usaha dilakukan
untuk membendungnya.
Dengan adanya usaha ini,diharapkan kepercayaan orang ramai terhadap transaksi
melalui internet dapat dipulihkan.Hal ini memang perlu dilakukan kerana pada masa
akan datang banyak urusan lagi yang akan dijalankan melalui internet.
Dari aspek sosial, kesan negatif yang timbul daripada penggunaan internet
memang cukup jelas. Kesan ini dapat dilihat, terutamanya dari sudut ketagihan
penggunaan internet. Hal ini diserlahkan dengan bercambahnya kafe siber yang
menyediakan kemudahan untuk membuat perayauan dalam internet. Seseorang
mungkin berada di hadapan komputer berjam-jam lamanya untuk melayari laman web
yang berlainan dan yang bercanggah dengan budaya serta nilai murni masyarakat.
Ternyatalah bahawa penggunaan teknologi maklumat dengan segala kemudahannya
itu perlu diawasi.Jika penggunaannya dibiarkan tanpa pengawasan,pasti akan timbul
gejala sampingan yang tidak diingini.Oleh itu,semua pihak perlu mengambil tindakan
yang wajar bagi menangani unsur-unsur negatif,khususnya bahan-bahan lucah yang
disalurkan melalui internet.
(Dipetik dan diubahsuai daripada rencana peranan Teknologi Maklumat dalam
Menghadapi Alaf Baru oleh Ismail Abdullah, dewan Siswa,Ogos 1999)
1. Rumusan Anda
Jawapan
Soalan 1:
Petikan ini merumus tentang perkembangan teknologi maklumat
serta kebaikan dan keburukannya.
Latihan SPM 3
Soalan 1
Baca petikan di bawah ini dengan teliti dan buat satu rumusan tentang kepentingan
semangat sukarelawan diwujudkan di kalangan generasi muda di negara.Panjang
rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.
Dalam usaha menggilap dinamisme di kalangan generasi muda, kerajaan telah
mengatur pelbagai strategi baru.Salah satu langkah terbaru ialah melancarkan program
sukarelawan ala "peace corps" atau pasukan khidmat bakti yang dikenali
"Yayasan Salam".
Program ini bertujuan menghidupkan semangat sukarelawan yang semakin pudar
di kalangan belia negara ini sedangkan semangat ini merupakan elemen penting bagi
melahirkan masyarakat maju yang seimbang,salah satu matlamat wawasan
2020.Melalui program ini,golongan muda yang mempunyai kepakaran tertentu seperti
doktor,jurutera,atau peguam boleh melakukan khidmat sosial di dalam negara atau di
luar negara terutamanya di kawasan pedalaman yang masih mundur.Kehadiran
sukarelawan ini akan meningkatkan kualiti hidup masyarakat yang masih dicengkam
kemiskinan dan kemelaratan.Langkah ini juga dapat membantu kerajaan mengatasi
masalah kekurangan tenaga mahir dan profesional
untuk berkhidmat di sana.Memang sedikit benar golongan profesional yang berminat
bertugas di luar bandar.selain itu,usaha ini akan dapat membentuk generasi ala acuan
Malaysia yang lebih mengutamakan kepentingan masyarakat daripada diri sendiri.
Malaysia yang mencatat rekod sebagai negara paling pesat membangun,tidak
ghairah mengajar kemajuan ekonomi sehingga menghakis nilai-nilai murni masyarakat
termasuk semangat sukarelawan.Semangat ini perlu disemai bagi melahirkan golongan
muda yang berjiwa murni dan bersedia memberi khidmat sukarela tanpa mengharapkan
ganjaran dan pangkat.Masalah sosial seperti penagihan dadah dapat dikurang apabila
golongan profesional sanggup membuka pejabat atau klinik pada waktu tertentu bagi
memberi perkhidmatan kaunseling dan rawatan secara percuma atau bayaran yang
minimum.
Sejarah telah membuktikan banyak negara mengalami keruntuhan dalam unsur ini
sehingga pembinaan masyarakat berjiwa murni untuk generasi baru terlalu sukar.
Justeru itu cabaran yang menanti untuk menghidupkan semangat ini semula
sememangnya besar.Tugas ini tidak seharusnya dipikul oleh pihak kerajaan semata-
mata,sebaliknya hal ini menjadi satu agenda semua pihak daripada institusi keluarga
sehinggalah kepada parti-parti politik.Penghidupsuburan semangat ini amat perlu demi
melahirkan generasi yang muda lebih komited,dedikasi dan prihatin
kepada segala tugas yang dilakukan dan sifat-sifat ini adalah resipi kepada
kecemerlangan Malaysia era baru nanti.
Kesedaran dan kesungguhan untuk menjayakan misi kerohanian ini perlu ada.
Dengan demikianlah semangat sukarelawan akan benar-benar sebati dalam kehidupan
rakyat Malaysia.
(Diubahsuai daripada Lidah Pengarang Utusan Malaysia)
1. Rumusan Anda
Jawapan
Soalan 1:
Petikan ini membincangkan kepentingan semangat sukarelawan
sebagai ejen perubahan pembangun negara.
Semangat sukarelawan ini penting dipupuk bagi melahirkan
masyarakat yang maju dan seimbang. Kepakaran yang dimiliki oleh
mereka boleh membantu pendudukdi luar bandar meningkatkan
kualiti hidup. Masalah kekurangan tenaga mahir di luar bandar dapat
diatasi. Khidmat yang dihulurkan akan memperlihat generasi ada
acuan Malaysia yang mengutamakan kepentingan masyarakat
daripada diri. Generasi yang komited, dedikasi dan prihatin dapat
dilahirkan juga.
Semangat sukarelawan ini dapat mengelakkan belia terjerumus
dalam masalah sosial. Sebaliknya konsep murni masyarakat
penyayang dapat dibentuk daripada belia yang ada semangat
sukarelawan. Kesimpulannya, kesedaran semua pihak agar mengikis
sikap mementingkan diri sendiri perlu demi menggalakkan lebih
ramai belia terlibat sebagai sukarelawan.
(112 patah perkataan)
Latihan Essei 4
Latihan SPM 4
Soalan 1
Telitikan perangkaan peruntukan pembangunan perkhidmatan kesihatan di bawah,
kemudian tulis satu rumusan tentangnya.Panjang rumusan hendaklah tidak melebihi
120 patah perkataan.
RANCANGAN MALAYSIA KEEMPAT :
PERUNTUKAN PEMBANGUNAN PERKHIDMATAN KESIHATAN.
Program Peruntukan (jutaRM) Perbelanjaan (juta RM)
Perkhidmatan rawatan
2070.3 1943.2
kesihatan
Hospital-hospital 1537.0 1477.8
Naik taraf dan ubahsuai 533.3 465.4
Perkhidmatan kesihatan
293.6 280.2
awam
Kesihatan bandar 66.5 62.2
Kesihatan luar bandar 131.8 123.2
Kesihatan alam sekitar 95.3 94.8
Perkhidmatan kesihatan lain 134.5 128.3
Jumlah 2498.4 2351.7
Sumber: Rancangan Malaysia Ketujuh 1996 - 2000
1. Rumusan Anda
Jawapan
Soalan 1:
Jadual berikut menunjukkan peruntukan pembangunan perkhidmatan
kesihatan dalam Rancangan Malaysia.
Peruntukan terbanyak diberi dalam perkhidmatan rawatan
kesihatan ialah RM 2070.3 juta.Ini diikuti oleh hospital sebanyak RM
1537.0 juta.Peruntukan terendah diagihkan untuk kesihatan bandar
iaitu sebanyak RM 66.5 juta manakala kesihatan alam sekitar adalah
sebanyak RM 95.3 juta.Jumlah peruntukan pembangunan kesihatan
adalah sebanyak RM 2498.4 juta.Bagaimanapun,yang dibelanjakan
hanya RM 2351.7 juta.Ini bermakna sejumlah RM 136.7 juta yang
tidak digunakan.
Peruntukan yang banyak dalam perkhidmatan kesihatan
mencerminkan kerajaan mengambil berat akan kesihatan rakyat.Dasar
kerajaan ternyata kurang difokuskan di kawasan bandar
memandangkan penduduk penduduk bandar telah
mempunyai taraf kesihatan yang baik.
Kesimpulannya, rakyat yang mempunyai kesihatan yang baik
merupakan pemangkin kepada pembangunan negara dan wajar diberi
keutamaan.
(114 patah perkataan)
Pemahaman
Soalan 3
iii) Soalan 3(a) berbentuk pemahaman berdasarkan petikan petikan umum
iv) Soalan 3(b) berbentuk pemahaman petikan genre prosa moden sama ada
vi) Soalan 3(d) berbentuk pemahaman puisi moden atau tradisional.
vii) Soalan bahagian ini menguji kebolehan dan keupayaan pelajar membaca,
i) Bagi setiap bahagian, satu petikan (sedutan) daripada teks akan disediakan
1)Petikan yang dikeluarkan termasuklah rencana, ceramah, syarahan, berita dan
sebagainya.
4)Bagi soalan KBKK terutama yang menanya pendapat, calon perlu berfikir sendiri
jawapannya.
Baca petikan di bawah dengan teliti dan jawab soalan-soalan di bawah dengan ayat
sendiri.
Tindakan kerajaan dalam dua dekad belakangan ini dengan bersikap terbuka dalam
mengeluarkan lebih banyak permit untuk menerbitkan bahan bacaan demi
mengembangkan industri penerbitan negara. Tindakan kerajaan ini telah berjaya
meningkatkan minat membaca di kalangan rakyat.Satu ketika dahulu kadar membaca di
negara hanya dua muka surat seorang
bagi setahun tetapi kini meningkat kepada dua buah buku seorang setiap setahun. Kadar
celik huruf mencapai 90 peratus antara tertinggi di dunia.Dasar kerajaan mewujudkan
masyarakat berilmu juga dapat ditingkatkan.
(Disesuaikan daripada "yang lucah dan yang miskin dalam penerbitan kita", Dewan
Masyarakat, Februari 2001)
Skima
jawapan :-
-minat membaca di kalangan rakyat meningkat daripada dua muka surat kepada kepada
dua buah buku setahun.
S2) Apakah yang dimaksudkan dengan pernyataan bahan bacaan yang dihidangkan
mengandungi berbagai-bagai "sampah sarap" ? (2M)
Skima
jawapan :-
-tidak mendidik pembaca kepada berilmu berjiwa murni (Terima mana-mana 3 isi)
S3) Pada pendapat anda, mengapakah penerbitan buku-buku picisan ini begitu
membimbangkan ibu bapa yang mempunyai anak-anak remaja ? (5M)
Skima
jawapan :-
-usia remaja masih muda, mudah terikut-ikut/terpengaruh
-belum matang, tidak boleh membuat pertimbangan baik buruknya apa yang dibaca
-keinginan untuk mencuba dan suka mengikut perasaan boleh membawa remaja
terjerumus dengan anasir tidak sihat/menjatuhkan maruah.
-tidak membentuk remaja berilmu dan berjiwa murni sebaliknya remaja tidak produktif.
(Terima mana-mana 3 isi)
Latihan Bab : Pemahaman Petikan
Aspek keselamatan dan keamanan dalam sesebuah negara menjadi intipati terpenting
dalam memastikan dunia dan penduduk negara khususnya, berada dalam
Sehubungan itu, polis dianggap tonggak utama dalam memainkan peranan mengawal
dan menjaga keselamatan negara.Pengisytiharan 25 Mac sebagai Hari Polis meletakkan
anggota polis sebagai salah satu golongan terpenting dalam sesebuah negara dan tahun ini
merupakan sambutan Hari Polis kali ke-194.
Pada umumnya, sambutan Hari Polis yang diadakan adalah bertujuan untuk
menghargai jasa dan pengorbanan anggota polis yang berkhidmat pada masyarakat dan
negara.
Tanggungjawab besar yang dipikul oleh setiap anggota polis melayakkan mereka
diraikan dalam sambutan khas yang telah ditetapkan.Malah pada hari tersebut juga,
anggota polis dan orang awam yang telah menyumbangkan khidmat cemerlang turut
diberi surat penghargaan terhadap sumbangan mereka.
Dalam mesyuarat EXCO Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (YPJM) pada tahun
lepas, Menteri Pertahanan, Datuk Seri Najib Tun Razak yang mempengerusi-
kan mesyuarat itu telah memutuskan untuk mengadakan Minggu Pencegahan Jenayah
sempena sambutan Hari Polis pada tahun 2001 ini.
Program selama seminggu itu mendapat kerjasama polis bagi meningkatkan kesedaran
pencegahan jenayah di kalangan masyarakat.Satu jawatankuasa telah dipengerusikan oleh
Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Jamil Johari dibentuk untuk merangka program
pada sepanjang minggu itu.
Berdasarkan sambutan Hari Polis pada tahun lepas, polis Kuala lumpur telah berusaha
mengurangkan indeks kadar jenayah kepada 15 peratus berbanding 20 peratus pada tahun
sebelumnya.
Oleh itu, bertepatan dengan mottonya `Mesra, Cepat dan Betul', pihak polis berusaha
untuk memberikan khidmat yang terbaik untuk memerangi dan mengurangkan kadar
jenayah yang berlaku di negara ini.
Usaha ini juga adalah susulan kepada kempen `Tahun Memerangi Jenayah 2000' yang
dilancarkan oleh Ketua Polis Negara, Tan Sri Norian Mai pada sambutan Hari Polis yang
lepas.
Kempen pencegahan jenayah yang berkonsepkan mesra rakyat ini diperkukuh- kan
dengan menambahkan bilangan pondok polis, menambahkan kehadiran anggota polis
selain merapatkan hubungan dengan masyarakat setempat di setiap negeri.
Oleh itu, dalam memastikan keamanan dan keselamatan negara terjamin, kerjasama
antara masyarakat dan pihak polis harus diperkukuhkan untuk kebaikan bersama.
1.
2.
Nyatakan aktiviti dan matlamat diadakan minggu Pencegahan Jenayah pada tahun ini.
3.
Tugas anggota polis adalah mulia dan amat diperlukan tetapi pada pendapat
anda,mengapakah bidang ini kurang diceburi oleh belia ? (4M)
Jawapan
Contoh Jawapan daripada Hall Master:
2.
Skima jawapan :-
Meningkatkan kesedaran Pencegahan Jenayah di kalangan
masyarakat.
berusaha memberi khidmat terbaik memerangi dan
mengurangkan jenayah di negara ini.
3.
Skima jawapan :-
1. Aspek komponen kesusteraan Melayu bermula pada tahun 2001 akan diuji dalam
soalan 3 Kertas 2. Soalan ini terbahagi kepada:
i. 3b - sama ada cerpen atau drama
ii. 3c - soalan ulasik
iii. 3d - soalan daripada puisi tradisional atau moden
3. Soalan yang diuji dipetik daripada Antologi "Anak Laut" yang dipelajari di tingkatan
4 dan Antologi "kerusi" yang dipelajari di tingkatan 5.
1. Dijangkakan cerpen dan drama akan diselang-seli diuji setiap tahun.
2. Cerpen dalam Antologi "Anak Laut" terdapat enam tajuk iaitu :
i. Tragedi
ii. Virul Zel untuk Abal
iii. Aku, Kris dan Kristal
iv. Sebutir pasir di kaki
v. Di sisi Rinda
vi. Mariah
6. Daripada 12 cerpen yang dipelajari (tingkatan 4 dan 5) serta drama 6 tajuk hanya
satu soalan akan dikeluarkan dalam peperiksaan SPM.
Kehendak Peperiksaan
3. Petikan akan disediakan. Bagaimanapun kajian dan pembacaan calon secara
menyeluruh terhadap teks tersebut akan memanfaatkan calon.
4. Apabila mempelajari drama atau cerpen seharusnya calon dapat menganalisa ciri-
cirinya seperti
"Terima kasih, Annyas.Kini setiap tidurku akan lebih bermakna lagi. Akmal
mengucup dahi Annyas.
"Selamat hari lahir ; esok harinya bukan ?" Annyas mengangguk. "Selamat kau
sampai ke Abtonia".
Kucupan terlerai.Annyas bingkas memacu Eustary lantas menguja ke udara.Dia
tidak menoleh lagi.Melihat Akmal tertinggal begitu, amat menggigit tampuk hatinya.
Namun Akmal terus menghantar Annyas dengan pandangan mata sehingga bentuk
Eustary menjadi sebutir bintang semula.
"Semoga kita bertamu lagi, Annyas!" Akmal berbisik. "Semoga kau bertemu dengan
tunanganmu".
(Dipetik daripada cerpen "Annyas Sophillea" karya Nijah Haron, terbitan Dewan Bahasa
dan Pustaka)
S1)Apakah maksud rangkai kata `Sisipkan di bawah ranjang' dan `lantas menguja ke
udara' dalam petikan di atas ? (3M)
Skima jawapan :-
-`Sisipkan di bawah ranjang' bermaksud memasukkan
atau menyelitkan di bawah katil manakala Lantas
menguja ke udara' bermaksud lalu menaikkan ke udara.
(2 markah)
S3)Jelaskan watak dan perwatakan Akmal yang terdapat dalam cerpen ini. (4M)
Skima jawapan :-
-Akmal merupakan seorang pemuda yang berasal dari
bumi.
-Beliau berperwatakan sebagai seorang yang ikhlas, baik
hati dan sanggup
berkorban dengan melakukan pengorbanan yang tidak
terkira nilainya.
-Akmal juga bersifat penyayang dan iklas, buktinya beliau
mendoakan agar Annyas Sophillea dapat bertemu semula
dengan tunangnya.
Drama "Jangan Bunuh Rama-Rama" karya Noordin Hassan.
Baca petikan drama di bawah ini dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang
berikutnya dengan menggunakan kata-kata anda sendiri. (10M)
Luka di tangan, luka di kaki, luka di muka sebab mengejar seekor rama-rama yang
kecil tetapi paling cantik sekali.Hamba tak pernah temui seekor yang sebegitu
indah.Tiba-tiba, hamba tergelincir, terus jatuh ke dalam telaga.Air di dalamnya sedang
mendidih bergelagak.Ya Allah, pedihnya bukan kepalang.Hilang malu, hamba menjerit-
jerit.Tak tahu berapa lama hamba terapung di atas air yang sedang mendidih itu.Tiba-tiba
rama-rama yang kecil tadi datang semula dan memerhati hamba yang berada di dalam
keadaan yang sebegitu daif sekali.Rama-rama itu pun terbang berlegaran sambil
mengipas-ngipas hamba dan air yang panas itu dengan sayapnya yang kecil dan sebegitu
cantik sekali.
Baca petikan cerpen di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan berikutnya
dengan menggunakan perkataan anda sendiri.
S2) Sekiranya anda George Bulang, apakah tindakan yang anda ambil untuk menebus
dosa anda membunuh Iswan ? (4M)
Skima jawapan :-
Sekiranya saya George Bulang, tindakan yang akan saya untuk
menebus dosa saya membunuh Iswan ialah saya akan lebih berhati-
hati ketika berada di jalan raya supaya tidak terlibat dalam
sebarang kemalangan jalan raya lagi.Di samping itu, saya akan
belajar bersungguh-sungguh supaya berjaya dalam pelajaran untuk
mengharumkan nama sekolah dan dapat berbakti kepada
negara.Saya juga akan sentiasa mendampingi Pak Ismawan supaya
tidak kesunyian akibat kehilangan Iswan.Malah, jika Pak Ismawan
mahu saya sanggup menjadi anak angkatnya untuk menggantikan
tempat Iswan.
S3) Jelaskan nilai dan pengajaran yang anda peroleh daripada cerpen di atas. (3M)
Skima jawapan :-
Satu nilai kemanusiaan berdasarkan petikan cerpen di atas ialah
sanggup berterus-terang dan mengaku kesalahan yang telah
dilakukan serta meminta maaf kepada orang yang terlibat
dengan kesalahan kita, tabah hati menghadapi dugaan contohnya
Pak Ismawan tabah menerima takdir kematian Iswan, sedia
memaafkan, tidak berdendam. Pak Ismawan memaafkan George
Bulang yang telah insaf.
Pengajaran:
a) remaja di bawah umur tidak boleh memandu motokar,
terutamanya jika tiada lesen memandu.
Soalan 3C - Klasik
Kehendak peperiksaan:
a. Sabor
b. Kezaliman Membawa Padah
c. asal Usul Raja kecil
d. Kepahlawanan Tun Beraim Bapa
5. Daripada 8 teks klasik yang dikaji, hanya satu petikan yang akan dikeluarkan
dengan mengandungi 2 soalan.
6. Bentuk solan yang ditanya juga terdiri daripada
a. tema
b. plot
c. watak dan perwatakan
d. gaya bahasa
e. nilai dan pengajaran
f. latar
"Sabor"
3(c) Baca petikan cerita di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan berikutnya
dengan menggunakan perkataan sendiri.
Pada malam itu Siti Saidah pun sangat keluh kesah, tiadalah boleh
tidur daripada sangat berahinya akan Sabor, tiadalah cinta yang lain
melainkan Sabor juga siang malam.Maka Siti Saidah itu ada
bermukah dengan semata-mata, tiada mengetahui peri perbuatannya
Siti Saidah itu bermukah dengan jauhari, siang dan malam tiada
berkeputusan perbuatannya itu.Akan Jibor itu pun sekali-kali tiada
ia tahu akan perbuatan isterinya itu dengan jauhari itu.
Setelah ia melihat rupa paras Sabor, akan jauhari pun ia lupalah,
melainkan Saborlah pula dikasihi sayangnya yang tersurat di dalam
mata hatinya.Setelah datanglah kepada dua puluh hari Sabor duduk
di rumah Jibor saudaranya itu, maka Siti Saidah pun bertambah-
tambah berahinya seperti majnum lakunya, telah tiada tertahan
hatinya.
Pada suatu malam Jibor makan majun.Maka Jibor pun khayali, tiada
khabarkan dirinya seperti orang mati.Setelah dilihat oleh Siti Saidah
hal suaminya itu, maka ia pun keluar mendapatkan Sabor, dilihatnya
Sabor sedang tidur, tiada khabarkan dirinya.Maka oleh Siti Saidan
dipadamkannya pelita, maka dipeluknya, diciumnya Sabor.
S1) Apakah perbuatan salah laku yang dilakukan oleh Siti Saidah terhadap suaminya ?
(4M)
Skima jawapan
Perbuatan salah laku yang dilakukan oleh Siti Saidah terhadap
suaminya ialah dia telah curang terhadap suaminya dengan melakukan
zina dengan jauhari.Di samping itu, dia telah menaruh hati dan jatuh
hati kepada iparnya, Sabor.Malah, apabila Jibor dalam keadaan khayal,
dia telah pergi ke bilik Sabor lalu memeluk dan mencium Sabor.
S2) Pada pendapat anda, adakah wajar Siti Saidah jatuh hati kepada Sabor? Huraikan.
(4M)
Skima jawapan
Pada pendapat saya, Siti Saidah tidak wajar jatuh hati kepada Sabor
kerana dia sudah bersuami dan dia perlu cinta pada suaminya serta
setia padanya.Perbuatan itu juga akan mendedahkan dirinya untuk
melakukan maksiat dengan Sabor dan seperti yang diketahui,
perbuatan maksiat ditegah oleh Agama Islam.Dengan itu, Siti Saidah
telah mendedahkan dirinya kepada perbuatan yang dilarang oleh
Agama Islam, iaitu menghampiri maksiat dan membelakangkan
suaminya.
3(c) Baca petikan klasik di bawah ini dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang
berikutnya dengan menggunakan kata-kata anda sendiri. (8M)
Maka Paduka Seri Maharaja pun segera naik gajah lalu keluar
diiringkan oleh segala para menteri, sida-sida, hulubalang,
sekalian.Telah datang ke pantai maka baginda pun hairan melihat
perihal todak ini.Barang orang yang dilompatinya itu tiada
selamat.Maka makin banyak orang mati ditikamnya oleh todak
itu.Maka baginda pun menitahkan sekalian orang berkubukan betis,
maka dilompati oleh todak itu terus ke sebelah.Adapun todak itu
seperti hujan rupa datangnya, orang mati pun terlalu banyak.
Maka pada antara itu berkata seorang budak."Apa kerja kita
berkubukan betis ini ? Kita perdayakan diri kita demikian ini jika
kita berkubukan batang pisang alangkah baiknya".
Skima jawapan
Paduka Seri Maharaja memerintahkan supaya rakyat jelata menjadi
benteng di tepi pantai ketika todak menyerang Singapura.
S2) Pada pendapat anda, adakah anda bersetuju dengan buah fikiran budak itu? Berikan
huraian anda. (5M)
Skima jawapan
Saya bersetuju dengan buah fikiran budak itu kerana
dengan berkubukan betis seperti titah baginda hanya akan
mencederakan rarkyat.
cadangan berkubukan batang pisang sangat sesuai kerana tidak
mencederakan rakyat jelata.
mucung tajam ikan todak akan terperangkap keranamelekat
pada batang pisang.
Soalan 3C - Klasik
Kehendak peperiksaan:
a. Sabor
b. Kezaliman Membawa Padah
c. asal Usul Raja kecil
d. Kepahlawanan Tun Beraim Bapa
5. Daripada 8 teks klasik yang dikaji, hanya satu petikan yang akan dikeluarkan dengan mengandungi
2 soalan.
6. Bentuk solan yang ditanya juga terdiri daripada
a. tema
b. plot
c. watak dan perwatakan
d. gaya bahasa
e. nilai dan pengajaran
f. latar
8. Penguasaan perbendaharaan bahasa klasik dengan baik banyak membantu calon. Oleh itu calon
dinasihatkan merujuk kamus istilah klasik.
9. Apabila menulis jawapan, calon digalakkan menggunakan bahasa sendiri (bahasa moden).
Tingkatan 4-5: Bahasa Malaysia-Pemahaman Puisi Moden
Puisi (Soalan 3d)
Kehendak peperiksaan
1. Puisi yang akan dikemukakan dalam soalan 3(d) kertas dua berdasarkan teks
"Anak Laut" dan "Kerusi" yang dikaji di Tingkatan Empat dan Lima.
2. Puisi ini terbahagi kepada puisi tradisional yang terdiri daripada :-
a. pantun
b. syair
c. gurindam
d. seloka
soalan pemahaman
soalan kemahiran berfikir secara kreatif
soalan komponen Kesusasteraan Melayu
Ciri-ciri puisi tradisional
Pantun
a. pantun 2 kerat
b. pantun 4 kerat
c. pantun 6 kerat
d. pantun 8 kerat
e. pantun 10 kerat
f. pantun 12 kerat
g. pantun 14 kerat
h. pantun berkait
Contoh
Pisang emas dibawa belayar,
Syair
boleh dikategorikan sebagai syair agama, syair sejarah, syair nasihat, syair
romantis, syair kiasan dan sebagainya.
Gurindam
ditulis dengan baris pertama berupa Syarat manakala baris kedua berupa Akibat
Contoh
Apabila terpelihara lidah - Syarat nescaya dapat daripadanya faedah
Seloka
bermaksud gurau senda yang diungkapkan dalam bahasa puisi. Seloka juga boleh
berbentuk sindiran tetapi secara lembut.
setiap rangkap seloka mempunyai empat baris (Tetapi ada seloka yang kurang
atau lebih daripada 4 baris)
Isi seloka berbentuk nasihat dan pengajaran, tetapi disampaikan dalam nada
menyindir.
Sajak walaupun dikenali sejak dahulu lagi, tetapi dianggap sebagai prosa moden.
Sajak ditulis dalam rangkap.
Jumlah rangkap tidak dihadkan (Bebas), tetapi ditulis dalam bentuk yang tetap sama ada tiga baris
serangkap, empat baris serangkap dan sebagainya.
maksud puisi
tema dan persoalan
mesej/pengajaran
nilai pengajaran
Gaya Bahasa
Ciri-ciri bahasa
Unsur-unsur bahasa
Pengulangan perkataan
Pengulangan baris
Pengulangan rangkap
Metafora (perbandingan langsung atau terus tanpa menggunakan kata `bak', `ibarat' dan
sebagainya.
Imejan (gambaran yang timbul tentang sesuatu pengalaman, perasaan, pendengaran yang berjaya
dihalusi oleh penyajak dan memberi kesan kepada pembaca).
Contoh :- Jernih pagi berkaca, di ruang jendela senyummu melampai, menyemai kasih di dada.
Inversi (urutan kata yang menyimpang daripada kebiasaan dengan tujuan untuk membalikkan kata
atau ayat tertentu supaya menjadi baris yang menarik/ berkesan).
Nada
Melankolik (murung)
Romantis
Patriotik
Sinis
Protes
Bentuk
Rima akhir
Bilangan rangkap
Bilangan baris
Baca syair di bawah ini dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya
dengan menggunakan kata-kata anda sendiri.
(Adibah Amin)
Skima jawapan
rakyat semua haruslah bersatu padu dan bersepakat, ada
persefahaman
S2)Pada pendapat anda, apakah yang dimaksudkan oleh penyair yang mengatakan "Kenyanglah yu bila
jong pecah , hitamlah tanda dalam sejarah" ? (3M)
Skima jawapan
negara musuh akan mendapat faedah sekiranya rakyat berpecah-
belah dan bermusuhan
Skima jawapan
Nilai
Perpaduan contohnya bersatu padu mempertahankan kedaulatan
negara.
Kerjasama contohnya bersama-sama bersepakat dan bersatu
menentang cabaran demi negara
Cinta kepada negara contohnya sanggup berjuang walaupun bahaya
dan menyakitkan demi mempertahankan negara.
Pengajaran
Kehendak SPM
1)Soalan ini merupakan soalan tambahan dalam kertas 1103/2 Bahasa Melayu. Sebelum
ini tidak terdapat soalan kajian novel dalam peperiksaan SPM.
2)Soalan-soalan yang dikemukakan adalah berdasarkan salah satu daripada novel-novel berikut :-
Novel Tingkatan 4
a)Terminal Tiga karya Othman Putih
Novel Tingkatan 5
e)Konserto Terakhir karya Abdullah Hussien
4)Soalan bagi genre novel ini merangkumi 15 markah dan wajib dijawab.
5)Hanya dua soalan dikemukakan dalam bahagian ini. Kedua-duanya wajib dijawab.
c)plot
d)latar
e)gaya bahasa
8)Bentuk-bentuk yang dikemukakan tidak berfokus pada novel tertentu sebaliknya soalan
tersebut berbentuk umum, maka calon boleh menggunakan mana-mana teks yang dibaca
sebagai rujukan jawapan.
a)Tema ialah persoalan pokok atau persoalan utama dalam sesebuah karya sastera.
b)Tema ini hanya dapat dikesan setelah selesai karya itu dibaca.
c)Persoalan pula merujuk perkara-perkara lain yang lebih kecil yang berkaitan dengan
tema disampaikan oleh pengarang dalam karyanya.
2)Watak dan perwatakan.
a)Watak ialah pelaku atau karakter yang diberi peranan untuk menggerakkan cerita.
b)Watak tidak semestinya manusia. Boleh juga terdiri daripada binatang, pokok atau
alam.(terutamanya di dalam cerita kanak-kanak)
e)Dalam aspek watak dan perwatakan terdapat beberapa istilah berkaitan yang perlu
calon ketahui ialah :-
watak ini berbeza daripada watak dinamik kerana watak ini tidak
mengalami sebarang perubahan dari awal hingga ke akhir cerita
watak yang tidak berkembang, tidak kompleks dan hanya satu aspek
sifatnya
watak ini hanya terdapat dalam cerita rakyat. Watak ini merujuk kepada
watak yang konvensional seperti watak nenek kebayan
3)Latar
a)Latar merujuk ruang, masa, tempat, waktu dan suasana berlakunya cerita dalam
sesuatu karya.
merujuk masa atau tempoh sesuatu peristiwa seperti latar masa perjajahan-
siang atau malam
b) Contohnya, sekiranya plot disusun dengan teratur mengikut urutan (kronologi), tidak
kronologi atau songsang iaitu yang kemudian didahulukan.
c) Binaan plot dilihat pada permulaan cerita, perkembangan, perumitan, klimaks (puncak)
dan peleraian (pengakhiran cerita)
d)Teknik plot
v) teknik imbas muka (meramal dan melihat bayangan akan datang)
vi) teknik kejutan (perubahan cerita oleh pengarang secara tiba-tiba tanpa diduga
oleh pembaca)
vii) teknik konflik (konflik antara watak dengan watak lain atau bertentangan dalam
diri watak)
5)Gaya bahasa
i) Diksi
Contoh :- Prosa tradisional, pengarang menggunakan bahasa seperti arakian, al-
kisah dll.
iii) Simik
Contoh :- Dia menolak daun pintu untuk menonjolkan wajah daun sirehnya yang
bermaksud wajahnya bujur seperti daun sireh.
v) Hiperbola
Contoh :- Seribu lautan, sanggup direnangi, sejuta bintang, sanggup dilewati.
vi) Sinkaf
a) Nilai dalam cereka merujuk kepada nilai-nilai murni seperti dalam pendidikan moral.
Contoh - kasih sayang, sedia mengakui kesalahan diri, keikhlasan dan sebagainya yang
terdapat dalam novel "Konserto Terakhir"
b) Pengajaran merujuk kepada amanat yang ingin disampaikan oleh pengarang dalam
bentuk suruhan atau larangan. Contohnya,
iii) Kita haruslah rajin berusaha bagi mencapai kejayaan dalam hidup.
Pemarkahan
a) Calon dikehendaki merujuk markah pada soalan bagi merangka isi jawapan yang perlu
ditulis.
b) Kebiasaannya satu isi perlu disusuli dengan contoh huraian bagi memperoleh
2 markah.
c) Ini bermakna sekiranya terdapat 8 markah, maka perlu diberi empat isi disusuli contoh
setiap satu.
a) Dalam sesebuah novel watak utama dan watak sampingan akan beraksi untuk
Skima jawapan :-
Watak utama Watak sampingan
-hanya seorang -lebih daripada seorang
b)Berdasarkan novel yang anda kaji, nyatakan empat pengajaran yang menarik perhatian
anda untuk dijadikan pedoman. (8M)
Skima jawapan :-
merujuk novel konserto terakhir karya Abdullah Hussien yang
kaji.Antara pengajaran yang amat sesuai dijadikan pedoman
ialah :-
jangan kerana pangkat yang tinggi kita memandang rendah dan
menghina orang yang miskin. Contohnya :- Datin Salmah ialah
orang bandar yang berpangkat tetapi melayan Hilmi, anak buah
suaminya dengan teruk sekali.
jangan mementingkan materialistik semata-mata sehingga
meruntuhkan rumah tangga yang dibina. Contohnya :- Azizah,
isteri Hilmi ialah seorang yang mengukur kebendaan dan tidak
mempercayai suami telah membawa kepada keruntuhan
perkahwinan yang dibina.
untuk berjaya, kita perlu rajin berusaha, cekal dan tidak berputus
asa. Contohnya :- Hilmi yang mengalami kehancuran rumah
tangga dan kekecewaan begitu tabah dengan minatnya sehingga
usahanya membuahkan hasil.
jangan mengabaikan keagamaan melakukan larangan Allah kerana
terlalu moden dan kebaratan.
pelbagai teknik agar novel yang dihasilkan berjaya menghilangkan rasa bosan
pembaca. Berdasarkan novel yang anda kaji, bincangkan tiga teknik yang
Skima jawapan :-
melalui novel konserto terakhir, Abdullah Hussien telah
menggunakan enam teknik dalam menggerakkan cerita tersebut.
Teknik plot ini termasuklah teknik dialog, teknik monolog
dalaman, teknik imbas kembali, teknik saspens, teknik kejutan dan
teknik pemerian.
Teknik dialog merupakan teknik yang ketara digunakan.
perkembangan cerita dilakukan melalui perbualan watak-watak
yang ada. perbualan atau dialog ini berlaku sekurang-kurangnya
melibatkan dua watak, contoh dialog atau perbualan antara Hilmi
dan Hayati. " Ya ? Ada apa ?" Matanya menyelidiki pemuda itu
dari kaki ke kepalanya. "Saya Hilmi,"ujar pemuda itu cuba mahu
memperkenalkan dirinya. " Hilmi " Hayati mengulangi dengan
nada agak keras.
Teknik imbas kembali.
Abdullah Hussien menggunakan teknik ini apabila Datuk Johari
teringat kembali apa yang telah berlaku ketika beliau berada di
kampungnya.
Contoh - Tujuh belas tahun lamanya dia tidak pulang ke kampungnya itu. Sejak bapanya
meninggal. Pada hari bapanya meninggal dunia, dia hanya kembali untuk beberapa jam
saja dan kemudian setelah mayat bapanya dikuburkan, diapun pulang ke Kuala Lumpur.
Teknik monolog
Ini bermaksud watak tersebut berbicara seorang diri. Kebiasaannya mereka berbicara
sendirian meluahkan suara hatinya. Contoh dalam novel `Konserto Terakhir' Hilmi sering
bermonolog seperti petikan berikut :-
"Kalian saja yang akan menghiburkan aku nanti, wahai bunga-bungaku "
katanya dalam hati.
4(b)Tema dan persoalan merupakan inti pati penting yang cuba digambarkan oleh
penulis dalam setiap karyanya. Huraikan tema dan persoalan menarik yang ter-
Skima jawapan :-
Tema dalam "Konserto Terakhir" ialah ketabalan hati seorang
pemuda kampung mengharungi pelbagai cabaran sehingga
akhirnya berjaya dalam hidup, menjadi seniman agung.
Contoh Hilmi watak utama dalam novel ini, hanya seorang pemuda miskin, tidak
berpelajaran telah dihina oleh makciknya orang kaya di bandar dan kekecewaan terus
berlaku dalam hidupnya apabila dia gagal berkahwin dengan Hayati sepupu yang
dicintainya. Tetapi dengan hati yang tabah dia terus berusaha mempelajari muzik yang
diminati sehingga berjaya menjadi seniman terkenal.
a)sikap masyarakat bandar yang berpangkat yang memandang rendah terhadap orang
kampung yang dianggap hina dan memalukan.Contoh - Datin Salmah, yang selalu
menghina Hilmi dan ahli keluarganya yang datang dari kampung.
Latihan 1 : Novel
Jawab kedua-dua soalan.
a) Jelaskan citra masyarakat yang terdapat dalam novel yang telah anda kaji. (7M)
1. Jawapan anda di sini/penerangan anda
Tatabahasa (Bhg 1)
Tatabahasa
1. Bermula tahun 2001, bahagian tatabahasa yang dahulunya soalan 4 akan ditukar
menjadi soalan nombor
Kehendak Peperiksaan
3. Calon mungkin dikehendaki membina ayat bagi menunjukkan Perbezaan Jelas antara
pasangannya.
4. Ayat yang dibina mesti menggunakan kata yang diberikan tanpa mengubah seperti
tidak boleh menambahkan imbuhan, menggandakannya atau menjadikannya sebagai
peribahasa.
5. Setiap kata yang dibina mestilah dibina dalam satu ayat sahaja.
6. Calon sepatutnya membina ayat majmuk bagi mendapat markah yang baik sesuai
dengan pelajar.
7. Ayat yang baik juga seharusnya menunjukkan maksud yang jelas. Ini bermakna ayat
yang kurang jelas maksud. Ini bermakna ayat yang kurang jelas maksud tidak akan diberi
markah penuh.
8. Ayat juga sepatutnya gramatis menepati hukum tatabahasa dan ejaan yang diberi
adalah betul.
9. Calon boleh membina ayat yang terdiri daripada Ayat Penyata, Ayat Tanya, Ayat
Perintah, Ayat Seruan atau Ayat Pasif.
10. Memandangkan ayat yang dibina tidak boleh diubah atau ditambahkan inbuhan maka
bagi Kata Dasar (tanpa imbuhan) yang diberi, calon perlu membina Ayat Pasif atau Ayat
Perintah.
11. Ingat, jangan memasukkan dua kata yang diuji dalam satu ayat.
Tatabahasa (Bhg 2)
Pada umumnya, ada 12 jenis soalan membina ayat. Salah satu daripada jenis-jenis itulah
yang akan dikemukakan.. Jenis-jenisnya ialah:
a. kata ganda
b. kata dasar dan kata terbitan
c. kata yang hampir sama maknanya
d. pasangan kata dasar dan kata ganda seluruh
e. pasangan kata homograf
f. pasangan kata terbitan
g. pasangan kata ganda seluruh dan kata majmuk
h. pasangan kata dasar dan kata ganda berimbuhan
i. pasangan kata kasar dan kata kata majmuk
j. pasangan kata ganda seluruh dan kata terbitan
k. pasangan kata ganda seluruh dan kata terbitan
l. kata banyak makna
1. Calon mingkin dikehendaki membina ayat daripada sepasang atau 2 pasangan kata ganda.
2. Pasangan kata yang diberikan mungkin terdiri daripada sepatah kata atau daripada penggandaan.
Contoh :
agar - agar-agar
tua - tua-tua
jarang - jarang-jarang
Contoh :
bela-bela
sepak-sepak
rendang-rendang
1. Calon dikehendaki membina ayat daripada sepasang atau 2 pasangan kata yang diberikan.
2. Kata-kata tersebut terbentuk daripada kata dasar yang sama yang boleh terdiri daripada awalan, awalan
rangkap, akhiran dan apitan.
Contoh :
perjawatan - menjawat
penjelasan - menjelaskan
pelancaran - melancarkan
Tatabahasa (Bhg 3)
1. Calon dikehendaki membina ayat daripada sepasang atau 2 pasangan kata yang diberikan.
2. Jenis kata ganda seluruh yang terdiri pelbagai kelas.
Contoh :
makan-makan - makan-minum
lambat-lambat - lambat-laun
pahit-pahit - pahit-maung
panas-panas - panas terik
Contoh :
mimpi - termimpi-mimpi
kata - kata-mengatakan
malam - semalam-malaman
habis - habis-habisan
Contoh :
1. Calon dikehendaki membina ayat daripada sepasang atau 2 pasangan kata yang diberikan.
2. Pasangan kata ganda dan kata berimbuhan yang diberikan itu terbit daripada kata dasar yang sama.
3. Jenis kata ganda pula kemungkinan daripada kata ganda seluruh dari pelbagai kelas pula.
Contoh :
bulat-bulat - membulatkan
rata-rata - meratakan
masak-masak - memasakkan
terang-terang - menerangkan
J. Membina Ayat Daripada Pasangan Kata Yang Berbeza Maknanya Tetapi Hampir Sama Bunyinya
1. Calon mungkin diberikan tugas membina ayat daripada sepasang atau 2 pasangan kata yang diberikan.
2. Perkataan yang diberikan itu hampir sama bunyinya tetapi berbeza ejaan dan maknanya.
Contoh :
belot - belut
cocok - cucuk
a) Belot - belut
i) Anggota perompak itu telah belot terhadap ketuanya.
ii) Nelayan itu telah menangkap beberapa ekor belut untuk dijual.
b) cocok - cucuk
i) Kain yang dibeli oleh Aida cocok dengan warna kulitnya yang kuning langsir itu.
ii) Kami sekeluarga gemar akan sate ikan cucuk yang dijual di restoran itu.
Tatabahasa (Bhg 4)
Contoh :
a) haus
b) dalam
a) haus
- Setelah berjam-jam berjalan mengelilingi bandar raya Kuala Lumpur telah kami berasa haus.
- Kakak terpaksa membeli kasut yang baru kerana tapak kasutnya sudah haus.
Latihan Tatabahasa 1
Latihan 1 : Tatabahasa
Bina ayat bagi setiap kata di bawah bagi menunjukkan perbezaan maksudnya. (4m)
(i)
seloroh - seluruh
(ii)
semesta - semester
(i)
(a) "Saya hanya seloroh, janganlah kamu berkecil hati atau
menganggap kata-kata ini serius pula." kata Aminah
(b) Seluruh penduduk kawasan Gombak mengalami gangguan
elektrik lebih kurang dua jam kerana ribut semalam.
null
Contoh Jawapan daripada Hall Master:
(ii)
(a) Kehidupan di alam semesta ini sememangnya tiada yang kekal
melainkan Tuhan.
(b) Cuti semester yang menjelang tiba ini akan saya isikan dengan
kerja-kerja yang berfaedah.
null
Latihan Tatabahasa 2
Latihan 2 : Tatabahasa
(i)
melapah-lapah
(ii)
menunda-nunda
(i)
Harimau yang lapar itu melapah-lapah bangkai lembu yang
dijumpainya kerana terlalu lapar.
Bandingkan dengan Jawapan Anda
null
Contoh Jawapan daripada Hall Master:
(ii)
Pihak mahkamah tidak sepatutnya menunda-nunda perbicaraan itu
lagi keran orang ramai sudah marah dan tidak sabar menunggu
keputusannya.
null
Latihan Tatabahasa 3
Latihan 3 : Tatabahasa
Ayat di bawah terdapat kesalahan-kesalahan kata yang perlu dibetulkan. Kenalpasti dan
betulkan kesalahan tersebut dengan menyalin ayat itu semula.
(i)
Perahu-perahu nelayan itu dirantai pada tiang kayu di pengkalan agar tidak hanyut
dibawa arus.
(ii)
Sebagai rakyat yang taat sedia, kita perlulah mendokong dan menjayakan seruan
kerajaan agar
dapat mensensasikan wawasan 2020.
(i)
Perahu-perahu nelayan itu ditambat (diikat) pada tiang kayu di
pangkalan agar tidak hanyut dibawa arus.
null
Contoh Jawapan daripada Hall Master:
(ii)
Sebagai rakyat yang taat setia, kita perlulah mendukung dan
menjayakan seruan kerajaan agar dapat merealisasikan wawasan
2020.
null
Karangan Jenis Gambaran
Ceritakan suasana dan keadaan ketika itu. Nyatakan tindakan yang anda
lakukan untuk menyelamatkan anak jiran anda.
Contoh karangan
Karangan Jenis Fakta
Soalan : Amalan hidup berjiran sudah semakin dilupakan, terutamanya oleh penduduk
bandar.
Latihan 7 : Tatabahasa
Soalan 1
Sambungkan ayat-ayat di bawah dengan menjadikannya tiga ayat sahaja.
Masalah kebebasan hidup di kalangan remaja di negara kita hari ini perlu
diberi perhatian oleh semua pihak. Masalah ini tidak harus dibiarkan. Kesannya
dapat menjejaskan pembangunan negara. Masalah kebebasan hidup remaja
berlaku di bandar. Masalah ini turut berlaku di luar bandar. Pengaruh budaya
barat sudah lama menulari jema mereka. Mereka mencari-cari identiti. Mereka
mengejar keseronokan hidup. Kepincangan kekeluargaan memburukkan
keadaan. Pengaruh rakan sebaya juga memainkan peranan. Video-video lucah
yang berlambah di pasaran. Semua faktor ini telah menyebabkan kita sukar
temu remaja berkualiti.
Jawapan
Latihan Bab: Tatabahasa
Soalan 1
I. Masalah kebebasan hidup di kalangan remaja di negara kita hari
ini perlu diberi perhatian oleh semua pihak dan tidak harus
dibiasakan kerana kesannya dapat menjejaskan pembangunan negara.
1. Baca arahan dahulu sama ada menulis semula dialog ke dalam bentuk laporan biasa
dengan menggunakan cakap pindah atau menulis semula laporan biasa ke dalam bentuk
dialog menggunakan cakap ajuk.
2. Baca petikan yang diberikan dengan teliti untuk memahami maksud keseluruhannya.
3. Calon perlu bijak menggunakan tanda baca yang sesuai sama ada menulis semula
dialog atau laporan biasa.
4. Selain itu calon perlu menggunakan kata ganti diri, masa dan tempat yang sesuai.
5. Jawapan calon yang ditulis dan bentuk-bentuk dialog atau laporan biasa mestilah
gramatis dari segi bahasanya.
6. Apabila membuat Cakap Pindah, Kata Tanya yang ada perlu ditukarkan supaya
menjadi ayat penyata. Cakap Pindah ini perlu ditulis dalam satu perenggan sahaja.
1. Calon mungkin dikehendaki menyambung ayat-ayat dalam petikan menjadi dua, atau
tiga atau empat ayat.
2. Baca dan fahami keseluruhan petikan itu. Kemudian cari ayat-ayat yang mempunyai
kaitan atau gagasan sama disambungkan dengan kata hubung yang sesuai sebagai satu
ayat.
3. Baca arahan betul-betul untuk memastikan berapa binaan ayat yang diperlukan.
Kegagalan mematuhi arahan ini akan menyebabkan kehilangan markah.
4. Kata Hubung yang boleh digunakan ialah Kata Hubung Gabungan, Kata hubung
Rancangan (Relatif atau Komplemen) atau Kata Hubung Keterangan.
1. Calon mungkin dikendaki memisahkan ayat atau ayat-ayat dan petikan menjadi 8
atau 10 ayat pendek.
2. Calon hendaklah membaca dan memahami keseluruhan petikan yang diberikan untuk
memperoleh idea keseluruhannya.
3. Calon perlu menguraikan idea-idea dalam ayat-ayat menjadi satu idea diungkapkan
dalam satu ayat.
1. Baca dan fahami ayat-ayat atau petikan yang berkaitan untuk memperoleh gambaran
atau idea keseluruhannya.
2. Perhatikan binaan ayat atau binaan ayat-ayat dalam petikan untuk menentukan
kedudukan kata yang tertinggal.
3. Calon hendaklah tentukan kelas kata yang tertinggal itu agar sesuai dengan struktur
ayat berkenaan apabila disiapkan.
1. Baca petikan yang diberikan dengan teliti. Kemudian fahami maksud keseluruhan
ayat.
Modul SPM 1 - Aspek
Menyambungkan Ayat
Sambungkan ayat-ayat di bawah supaya menjadi tiga ayat sahaja tanpa mengubah
maksud dan struktur aya
Jawapan :
Jawapan :
Modul SPM 3
"Ada apa mak menyuruh saya balik ni?" tanya Hassan kehairanan.
"Tak ada apa-apa. Cuma mak perlikan cap jari kau tu." Jelas Mak Temah sambil
tersengih.
"Nak buat apa dengan cap jari sama mak?" soal Hassan lagi.
"Aku beli tanah untuk kau." Jelas Mak Temah.
"Tanah siapa yang mak beli?" Tanya Hassan.
"Tanah Pak Long kau. Dia nak berpindah ke tanah rancangan. Tanah tapah rumahnya dia
jual kepada mak.
Mak fikir letak terus nama kau lebih elok." Jawab Mak Temah.
"Mak mengapa risau tentang saya? Mana mak dapat duit yang banyak untuk
membelinya?" Tanya Hassan
dengan hairan.
"Wang yang kau kirim setiap bulan tu lah. Tambah duit jual padi yang ak habis dimakan,
cukuplah tu."
Jawab Mak Temah dengan bangganya.
Jawapan :
Dengan penuh kehairanan, Hassan menanya ibunya sebab menyuruhnya pula.
Dengan tersengih Mak Temah menyatakan tidak ada apa-apa kecuali dia memerlukan cap
jari Hassan. Hassan menanya maknya hendak buat apa dengan cap jarinya. Mak Temah
menjelaskan bahawa dia membeli tanah untuk Hassan. Hassan lalu bertanya ibunya tuan
punya tanah yang dibeli oleh maknya. Mak Temah memberitahu Hassan bahawa tanah
itu dibeli daripada Pak Long Hassan. Kerana dia akan berpindah ke tanah rancangan.
Tambah Mak Temah lagi tanah tapak rumah itulah yang dijual kepadanya. Jadi Mak
Temah Berpendapat lebih elok terus meletakkan nama Hassan. Hassan bertanya ibunya
mengapa perlu risau tentang dirinya, lagipun dia hairan dari mana maknya dengan
mendapatkan wang yang banyak itu. Mak Temah dengan bangga menjawab bahawa
wang itu dikumpulkan daripada kiriman Hassan setiap bulan di tambah dengan wang
jualan lebihan padi yang dimakan telah mencukupi untuk dibayar tanah tersebut.
Modul SPM
4
Alia menegur Susan sebab dia kelihatan muram. Susan memberitahu bahawa
dompetnya telah hilang. Sudah puas dia mencarinya tetapi tidak dijumpai. Alia bertanya
bagaimana dompet itu boleh hilang. Susan memberitahu bahawa dia ke perpustakaan
pada pagi tadi kemudiannya telah singgah di kantin tetapi didapati dompet tersebut telah
tiada. Alia bertanya Susan sama ada dia telah ke perpustakaan dan mencarinya di sana.
Susan menjelaskan bahawa dia telah ke sana dan memesan pustakawan memberitahunya
jika ada orang terjumpa dompet itu. Alia menaya jumlah wang dalam dompet tersebut.
Susan memberitahu hanya sepuluh ringgit tetapi yang dia risaukan ialah agar dapat
kembali kad pengenalannya.
Jawapan :
Modul SPM 5
Dalam ayat-ayat di bawah, terdapat beberapa patah kata yang tertinggal. Kenal pasti dan
salin ayat dengan memasukkan kata-kata yang tertinggal itu.
2. Pada waktu petang dia suka menghabiskan dengan membaca yang dipinjamnya dari
perpustakaan bergerak.
3. Walaupun pendapat diperoleh tidak lumayan, petani-petani itu tetap terus bercucuk
tanam kerana ini punca rezeki mereka.
Jawapan :
1. Kebanyakan pelancong asing yang mengunjungi negara kita kagum akan kebudayaan
masyarakat majmuk.
2. Pada waktu petang dia suka menghabiskan masa dengan membaca buku yang
dipinjamnya dari perpustakaan bergerak.
3. Walaupun pendapat yang diperoleh tidak lumayan, petani-petani itu tetap terus
bercucuk tanam kerana ini merupakan punca rezeki mereka.
Latihan Esei: Tatabahasa 1
Soalan
Tukarkan Cakap Ajuk kepada Cakap Pindah.
Rina: Kau nak ke mana tu, Salleh? Mengapa tak makan
dahulu?
Rina: Itulah kau. Dulu bapa nak pindahkan tanah itu kepada
nama kau, kau tolak. Kalau tidak, taklah jadi macam ini.
Soalan
Tukarkan Cakap Pindah berikut kepada Cakap Ajuk.
Soalan 1
Singh : Sejak bila saudara tinggal di sini?
Badrul : Sudah lima tahun. Mengapa?
Singh : Bagaimana dengan keselamatan di sini?
Badrul : Kecurian sering berlaku di sini. Minggu lalu sahaja
beberapa buah rumah telah dimasuki
pencuri. Nasib baik tuan rumah tidak diapa-apakan.
Singh : Oh, kalau begitu Rukun Tetangga perlu ditubuhkan
segera untuk mengawal keselamatan kampung di sini.
Badrul : Memang baik cadangan itu. Saya setuju.
Latihan 4 : Tatabahasa
Ayat-ayat di bawah terdapat beberapa kesalahan kata yang perlu diperbetulkan. Salin
semula ayat dengan kata-kata yang telah dibetulkan.
(i)
Otak yang cergas datang dari badan yang sihat dan pemakanan yang betul.
(ii)
Semut-semut yang merangkak di kawasan tumpahan gula itu telah dihalau oleh ibu.
Latihan Bab: Tatabahasa
(i)
Otak yang cerdas datang daripada badan yang sihat dan pemakanan
yang betul.
Contoh Jawapan daripada Hall Master:
(ii)
Semut-semut yang merayap di kawasan tumpahan gula itu telah
dinyahkan oleh ibu.
Latihan 5 : Tatabahasa
Ayat-ayat di bawah terdapat beberapa kesalahan kata yang perlu diperbetulkan. Salin
semula ayat dengan kata-kata yang telah dibetulkan.
(i)
Tiada apa yang arwah sampaikan sebelum dia terakhir menghembuskan nafasnya.
(ii)
Tatkala Amran tiba di pantai itu, terdapat beberapa kanak sedang mengejar-kejar di
pengigian pantai.
(iii)
Oleh kerana hari hampir gelap, dia mengambil keputusan menggunakan jalan pintasan
supaya cepat tiba ke rumah.
3. Jawapan anda di sini/penerangan anda
Latihan Bab: Tatabahasa
(i)
Tiada apa-apa yang arwah sampaikan sebelum dia menghembuskan
nafas terakhir.
Contoh Jawapan daripada Hall Master:
(ii)
Tatkala Amran tiba di pantai itu, terdapat beberapa kanak-kanak
sedang berkejar-kejaran di pergigian pantai.
Contoh Jawapan daripada Hall Master:
(iii)
(iii) Oleh sebab hari hampir gelap. dia mengambil keputusan
menggunakan jalan pintas supaya cepat tiba ke rumah.
Latihan 6 : Tatabahasa
(i)
(ii)
Penerbitan buku picisan di pasar berlambak-lambak amat membimbang ibu bapa.
(iii)
Keruntuhan akhlak kalangan remaja memang disedari oleh kita tetapi untuk
mengatasinya amat sukar.
3. Jawapan anda di sini/penerangan anda
Latihan Bab: Tatabahasa
(i)
Dia menafikan tuduhan itu apabila polis menyoal dia berkali-kali.
Contoh Jawapan daripada Hall Master:
(ii)
Penerbitan buku picisan di pasaran berlambak-lambak amat
membimbangkan ibu bapa.
Contoh Jawapan daripada Hall Master:
(iii)
Keruntuhan akhlak di kalangan remaja memang kita sedari tetapi
untuk mengatasinya amat sukar.