You are on page 1of 11

1

TARBIYYAH DAN TA’DIB:


SATU ANALISIS PERBANDINGAN

Oleh:
WAN ALI AKBAR BIN WAN ABDULLAH (P54586)
SUMBER-SUMBER PENDIDIKAN ISLAM (GGGC 6423)
SARJANA PENDIDIKAN ISLAM, UKM

Pengenalan

Pendidikan merupakan satu proses yang penting dalam menentukan turun naik sesuatu tamadun dan
menentukan masa depan seseorang individu samada di dunia dan juga akhirat. Sabda Rasulullah
saw:

‫من أراد الدنيا فعليه بالعلم ومن أراد األخرة فعليه بالعلم ومن أرادمها فعليه بالعلم‬

Maksudnya: sesiapa yang mahukan dunia, maka dia perlukan ilmu dan sesiapa yang
mahukan akhirat, maka dia perlukan ilmu, dan sesiapa yang perlukan kedua-duanya,
maka dia perlukan ilmu.

Namun, terdapat perbezaan kepada penterjemahan istilah pendidikan dari Bahasa Melayu
kepada Bahasa Arab di kalangan ‘ulama’. Setiap perbezaan itu disebabkan oleh perbezaan konsep,
pemahaman, pendekatan dan tafsiran kepada tujuan pendidikan itu sendiri.

Menurut Dr Soleh bin Ali Abu ‘Arrad (2007), wujudnya kepelbagaian istilah disebabkan tiada
istilah yang disebut secara langsung dalam al-Quran dan as-Sunnah untuk menafsirkan pendidikan.
Dalam kitab-kitab lama dan terkini, terdapat sekurang-kurangnya 10 istilah yang digunakan oleh

‘ulama’ untuk menterjemahkan pendidikan, antaranya at-Tansyi’ah ( ‫)التنشئة‬, al-Islah (‫)اإلصالح‬, at-

Ta’dib (‫ )التأديب‬atau al-Adab (‫)الأدب‬, at-Tahzib (‫)التهذيب‬, at-Tathir (‫)التطهري‬, at-Tazkiyah (‫)التزكية‬,

at-Ta’lim (‫)التعليم‬, as-Siyasah (‫)السياسة‬, an-Nash wal Irsyad (‫واإلرشاد‬ ‫ )النصح‬dan al-Akhlaq (‫األخال‬
‫)ق‬.

Namun, di antara sepuluh istilah yang disebutkan tersebut, terdapat tiga istilah yang
disebutkan di dalam al-Quran dan al-Hadith dan sering diguna pakai. Antara istilah yang biasa

digunakan adalah at-Ta’lim yang berasal dari perkataan ‘allama ( ‫علم‬


َّ ) – yu’allimu (‫يعلم‬
ّ ) – ta’lim (
2

‫)تعليم‬ yang membawa maksud untuk mengetahui dan mendapat maklumat. Ta’lim, menurut
Halstead (2004):

refers to the imparting and receiving of knowledge, usually through training,


instruction or other form of teaching.

Dalam al-Quran, istilah ta’lim ini terkandung dalam firman Allah swt dari Surah al-Baqarah,
ayat 31 yang berbunyi:

‫ص ِادقِني‬ ِ ِ
َ ‫ض ُه ْم َعلَى الْ َمالَئ َكة َف َق َال أَنبِئُويِن بِأَمْسَاء َه ُـؤالء إِن ُكنتُ ْم‬
َ ‫آد َم األَمْسَاء ُكلَّ َها مُثَّ َعَر‬
َ ‫وعلَّ َم‬
َ
Maksudnya: dan Dia (Allah) telah mengajarkan Nabi Adam as akan segala nama benda-
benda, kemudian ditunjukkannya kepada malaikat lalu Dia berfirman: terangkanlah
kepada-Ku nama-nama benda ini kesemuanya jika kamu tergolong dalam golongan yang
benar.

Selain istilah at-Ta’lim, istilah lain yang biasa digunakan ialah at-Tarbiyyah. Allah swt
menggunakan kalimah rabbayani dalam firman-Nya dari Surah al-Isra’, ayat 24:

ً‫صغِريا‬ ِّ ‫الذ ِّل ِم َن الرَّمْح َِة َوقُل َّر‬ ِ


َ ‫ب ْارمَح ْ ُه َما َك َما َربَّيَايِن‬ ُّ ‫اح‬
َ َ‫ض هَلَُما َجن‬
ْ ‫واخف‬
ْ
Maksudnya: dan hendaklah kamu merendah diri kepada keduanya kerana kasih
sayangmu, dan doakanlah (untuk mereka dengan berkata): Wahai Tuhanku! Cucurilah
rahmat kepada mereka berdua sebagaimana mereka telah mencurahkan kepada kami
kasih sayang mereka dalam memelihara dan mendidikku semasa kecil.

Selain al-Quran, ada juga Hadith yang mencadangkan istilah lain selain istilah-istilah yang
disebutkan di atas, iaitu dari sabda Rasulullah saw:

‫أدبين ريب فأحسن تأدييب‬

Maksudnya: Tuhanku (Allah) telah mendidikku dan menjadikan pendidikanku yang


terbaik.

Daripada ketiga-tiga istilah yang biasa digunakan ini, istilah at-Ta’lim dilihat tidak begitu
menepati maksud pendidikan kerana ia lebih kepada proses pemindahan maklumat dan informasi
daripada al-mu’allim kepada pelajar tanpa wujudnya penerapan unsur-unsur nilai akhlak dan adab
(Syed Muhammad Naquib al-Attas, 1980) kerana tujuan pendidikan pendidikan itu sendiri
sebenarnya bukan sahaja berfokus kepada pengumpulan ilmu semata-mata tetapi juga tidak
ditinggalkan maksud sebenar penerimaan dan pengumpulan ilmu itu sendiri iaitu ‘ubudiyyah dan
khalifatullah berdasarkan Falsafah Pendidikan Islam (FPI) yang berbunyi:
3

Pendidikan Islam adalah suatu usaha berterusan untuk menyampaikan ilmu, kemahiran
dan penghayatan Islam berdasarkan al-Quran dan Sunnah bagi membentuk sikap,
kemahiran, keperibadian dan pandangan hidup sebagai hamba Allah yang mempunyai
tanggungjawab untuk membangun diri, masyarakat, alam sekitar dan negara ke arah
mencapai kebaikan di dunia dan kesejahteraan abadi di akhirat (Bahagian Kurikulum
KBSM 2002).

Jadi, hanya at-Tarbiyyah dan at-Ta’dib yang akan dibuat perbandingan dalam perbahasan
kecil ini.

Definisi at-Tarbiyyah

At-Tarbiyyah dari segi bahasa berasal dari perkataan perbuatan ( ‫ )الفعل‬Bahasa Arab iaitu raba (‫)ربا‬
yang membawa maksud tambah atau subur. Ini dapat dilihat daripada firman Allah swt dari Surah
al-Hajj ayat 5:

ٍ ِ‫ت ِمن ُك ِّل َز ْو ٍج هَب‬


‫يج‬ ْ َ‫ت َوأَنبَت‬
ْ َ‫ت َو َرب‬
ْ ‫َنزلْنَا َعلَْي َها الْ َماء ْاهَتَّز‬
ِ
َ ‫ض َهام َد ًة فَِإ َذا أ‬
َ ‫َوَتَرى اأْل َْر‬
Maksudnya: Dan kamu lihat bumi ini kering, kemudian apabila Kami turunkan air di
atasnya, hiduplah bumi itu dan suburlah dan menumbuhkan berbagai macam tumbuh-
tumbuhan yang indah.

Kalimah at-Tarbiyyah ( ‫ )الرتبية‬merupakan masdar (‫ )مصدر‬bagi perbuatan ( ‫ )الفعل‬rabba (‫)َربَّى‬.


Ada sekurang-kurangnya dua ayat dari al-Quran al-Karim yang menggunakan kalimah rabba,
antaranya firman Allah swt dari Surah al-Isra’, ayat 4:

ً‫صغِريا‬ ِّ ‫الذ ِّل ِم َن الرَّمْح َِة َوقُل َّر‬ ِ


َ ‫ب ْارمَح ْ ُه َما َك َما َربَّيَايِن‬ ُّ ‫اح‬
َ َ‫ض هَلَُما َجن‬
ْ ‫واخف‬
ْ
Maksudnya: dan hendaklah kamu merendah diri kepada keduanya kerana kasih
sayangmu, dan doakanlah (untuk mereka dengan berkata): Wahai Tuhanku! Cucurilah
rahmat kepada mereka berdua sebagaimana mereka telah mencurahkan kepada kami
kasih sayang mereka dalam memelihara dan mendidikku semasa kecil.

Selain itu, Allah berfirman dalam Surah asy-Syu’ara’ ayat 18:


ِِ ِ ِ ْ‫ك فِينَا ولِيداً ولَبِث‬
َ ‫ت فينَا م ْن عُ ُم ِر َك سن‬
‫ني‬ َ َ َ َ ِّ‫ال أَمَلْ نَُرب‬
َ َ‫ق‬

Maksudnya: Fir'aun menjawab: Bukankah kami telah mengasuhmu di antara (keluarga)


kami, waktu kamu masih kanak-kanak dan kamu tinggal bersama kami beberapa tahun
dari umurmu.
4

Daripada maksud kedua-dua ayat di atas, tarbiyyah menurut Halsted (2004):

refers to the development of individual potential and to the process of nurturing and
guiding the child to a state of completeness or maturity.

Adapun, dari sudut istilah, terdapat ramai ulama’ dan pemikir yang mendefinisikan at-
Tarbiyyah al-Islamiyyah, antaranya Zaghlul Roghib an-Najjar (1416) yang menyebut:

Undang-undang tarbiyyah yang disandarkan kepada Islam dengan maknanya yang


syumul (menyeluruh).

Manakala, Miqdad Yaljan (1409) pula menyebut at-Tarbiyyah al-Islamiyyah sebagai:

Menyediakan seorang Muslim dengan penyediaan yang sempurna daripada seluruh


sudut di semua peringkat (umur) untuk kehidupan di dunia dan akhirat dengan prinsip,
pegangan dan jalan tarbiyyah yang didatangkan oleh Islam.

Daripada banyak definisi yang diutarakan oleh para ulama’, disimpulkan oleh Dr Soleh bin
Ali Abu ‘Arrad (2007) sebagai menyebut maksud at-Tarbiyyah al-Islamiyyah:

Peraturan tarbiyyah yang menyeluruh yang menekankan kepada penyediaan seorang


insan atau manusia yang soleh dengan sempurna dari segala sudut kehidupan dunia dan
akhirat yang bersandarkan kepada syariat Islam yang utama.

Definisi at-Ta’dib

At-Ta’dib juga berasal dari perkataan Bahasa Arab dari kalimah addaba ( ‫ب‬
َ ‫ – )َّأد‬yuaddibu (‫– )يؤَّدب‬
ta’dib (‫ )تأديب‬yang membawa maksud penyucian atau membersihkan seseorang daripada kekotoran
(Kamarul Azmi & Abdul Halim, 2007). Berkata Ali Idris (1985):

Orang-orang terdahulu dari kaum Arab menggunakan kalimah ta’dib lebih daripada
kalimah tarbiyyah dan dimaksudkan oleh kalimah al-Adab dalam suasana Arab ketika
itu adalah kemuliaan dan ketinggian peribadi seseorang … dan demikian yang
dimaksudkan oleh ta’dib dari sudut hubungan antara manusia atau insan dengan insan
yang lain.

Ada beberapa hadith yang menggunakan kalimah addaba – yuaddibu, antaranya:-

 Sabda Rasulullah saw daripada Jabir bin Samrah dalam riwayat at-Tarmizi:

‫ألن يؤدب الرجل ولده خريٌ من أن يتصدق بصاع‬


5

Maksudnya: Seorang lelaki yang mendisiplinkan anaknya itu lebih baik daripada
memberi sedekah.

 Sabda Rasulullah saw daripada Ayyub bin Musa daripada ayahnya daripada datuknya dalam
riwayat at-Tarmizi:

ٍ ‫ما حنل وال ٌد ولده أفضل من‬


‫أدب حسن‬

Maksudnya: tidak selesai tanggungjawab seorang bapa kepada anaknya sehingga dia
memberikan didikan adab yang kepada anaknya itu.

 Sabda Rasulullah saw daripada Anas ra dalam riwayat Ibn Majah:

‫ وأحسنوا أدهبم‬، ‫أكرموا أوالدكم‬

Maksudnya: Muliakanlah anak-anak kami dan ajarkanlah adab yang baik kepada
mereka.

Penggunaan kalimah ta’dib sebagai menafsirkan maksud pendidikan dipopularkan oleh


Profesor Syed Muhammad Naquib al-Attas ketika memberikan ucapannya dalam “First World
Conference on Islamic Education” yang diadakan di Mekah pada 1977. Gagasan pendidikan
sebagai ta’dib oleh Syed Muhammad Naquib al-Attas adalah bersandarkan kepada hadith
Rasulullah saw yang menyebut:

‫أدبين ريب فأحسن تأدييب‬

Maksudnya: Tuhanku (Allah) telah mendidikku dan menjadikan pendidikanku sebagai


pendidikan yang terbaik.

Menurut Syed Muhammad Naquib al-Attas:

Adab is the discipline of body, mind and soul; the discipline that assures the recognition
and acknowledgement of one’s proper place in relation to one’s physical, intellectual
and spiritual capacities and potentials; the recognition and acknowledgement of the
reality that knowledge and being are ordered hierarchically according to their various
levels (maratib) and degrees (darajat).

Ta’dib, menurut Halstead (2004):

Refers to the process of character development and learning a sound basis for moral and
social behaviour within the community and society at large.
6

Kedudukan Hadith Addabani Rabbi Faahsana Tadibi

Adalah dirasakan penting untuk membincangkan dan membicarakan sedikit mengenai taraf dan

kedudukan hadith addabani rabbi faahsana ta’dibi (‫ت أدييب‬ ‫)أدب ين ريب فأحس ن‬ kerana hadith ini
menjadi asas kepada konsep ta’dib yang diperkenalkan oleh Prof SMN al-Attas. Dalam bukunya
tidak disebutkan asal-usul hadith ini.

Hadith ini secara jelas tiada disebutkan dalam mana-mana Sunan Sittah ( ‫س تة‬ ‫)س نن‬ dan

Muwatta’ li Malik (‫ملالك‬ ‫)موطاء‬.

Menurut ‘Atiyyah Saqor (1997) ketika membahaskan tentang hadith ini:

Didatangkan hadith ini daripada riwayat yang disebut oleh al-Askari dalam kitabnya al-
Amthal, as-Sarqasti dalam kitabnya ad-Dalail, as-Suyuti dalam kitabnya al-Jami’ as-
Soghir, Ibn as-Sam’ani dalam kitabnya Adab al-Imla’ dan Abu Na’im al-Asfahani dalam
kitabnya Tarikh Asfahan. Diambil hadith ini kebanyakannya daripada riwayat Umar bin
al-Khattab … adapun riwayat Abu Na’im daripada Umar, sanadnya dhoif, riwayat al-
Askari daripada ‘Ali, sanadnya dhoif jiddan seperti yang disebut oleh al-Sakhowi dan
riwayat as-Sarqosti daripada Abu Bakr, sanadnya syadidud dho’fi … dan Ibn Taimiyyah
menyebut: tidak diketahui adanya sanad yang tsabit.

Terdapat ramai lagi ulama’ yang memberikan ulasan menolak hadith ini, ataranya:-

 Al-Imam asy-Syaikani dalam kitabnya al-Fawakih al-Majmu’ah (1020) dan kitab Tazkiratul
Maudhu’at (87).
 Al-Askari dalam al-Amthal dengan mengatakan bahawa sanadnya ghorib.
 al-Albani dalam Salsalatul Hadith ad-Dho’ifah 101/1-102

Oleh itu, hadith ini pada dasarnya tidak boleh dijadikan hujah berdasarkan kesepakatan
ramai ulama’ yang menyatakan kedudukannya sebagai hadith dhoif , hadith dhoif jiddan atau
syadidud dho’fi, namun disebabkan komen ulama’, antaranya Ibn Taimiyyah yang menyebutkan
bahawa maknanya sohih (betul), maka diterima hadith ini untuk perbincangan dari segi maknanya.
Wallahu’alam.

Perbandingan Antara Ta’dib dan Tarbiyyah

Pada 1977, hasil daripada First World Conference on Islamic Education, telah disepakati bahawa
pendidikan didefinisikan sebagai at-Tarbiyyah, at-Ta’dib dan at-Ta’lim secara bersama. Namun,
dipertikaikan oleh Prof Syed Muhammad Naquib al-Attas sendiri semasa Persidangan Kedua
Mengenai Pendidikan Islam di Islamabad. Beliau berkata:
7

Ta’dib already includes within its conceptual structure the element of knowledge (ilm),
instruction (ta’lim), and good breeding (tarbiyyah), so that there is no need to refer to the
concept of education in the Islam as tarbiyyah – ta’lim – ta’dib all together. Ta’dib is
then the precise and correct term to denote education in the Islamic sense.

Prof SMN al-Attas berpendapat bahawa kalimah at-Ta’dib lebih khusus berbanding at-
Tarbiyyah. Bahkan, katanya istilah at-Tarbiyyah yang digunakan oleh orang Arab sekarang terlalu
luas skopnya dan maknanya menyebabkan ianya dilihat kurang sesuai untuk menggambarkan
pendidikan berbanding at-Ta’dib. Bahkan, pemilihan istilah ta’dib adalah dibuat kerana matlamat
atau tujuan akhir pendidikan itu adalah untuk membentuk manusia yang berkeperibadian baik.
Keperibadian yang baik itu adalah keperibadian yang universal atau sempurna (al-insanul-kamil).
Ini selari dengan apa yang disebutkan oleh Prof Dr Abdul Halim Mat Diah dalam rumusan
karangannya bertajuk “Tujuan Pendidikan Islam”:

Ungkapan yang paling lengkap dan menyeluruh tentang tujuan umum pendidikan Islam
ialah: Bahwa tujuan umum pendidikan Islam ialah untuk membentuk peribadi Muslim
yang seutuhnya.

Prof Dr Rosnani Hashim adalah antara tokoh pemikir yang menyokong dan mempunyai
pendapat yang sama dengan Prof SMN al-Attas yang memperjuangkan pendidikan sebagai at-
Ta’dib. Menurut Rosnani Hashim (2001), pendidikan dengan maksud at-ta’dib merujuk kepada
disiplin jasmani, akal dan rohani secara bersepadu dan seimbang serta berkait dengan konsep
akidah.

Namun, Dr Yaacob Yusoff menggunakan hujah yang hampir sama dengan SMN al-Attas dan
Dr Rosnani Hashim untuk menggambarkan tarbiyyah. Menurut beliau (1995):

Entiti-entiti atau komponen-komponen diri manusia itu sendiri membentuk skop dan
dimensi tarbiah dalam Islam. Biasanya dirujuk dalam tiga aspek; al-ruh, al-jasad dan
al-‘aql. Dengan itu tarbiah bersifat rohani, jasmani dan aqli (spiritual, fizikal dan
kognatif).

Begitu juga dengan Kamarul Azmi dan Dr Abdul Halim Tamuri (2007) yang menyebut:

Konsep Tarbiyyah lebih menjurus kepada penumpuan pendidikan jasmani, rohani dan
pemantauan perkembangan fizikal seseorang individu.

Disinilah timbulnya persoalan kerana kesemua pemikir ini menggunakan hujah yang sama
untuk menyifatkan kedua-dua istilah yang disifatkan berbeza iaitu ta’dib dan tarbiyyah. Sifat yang
dimaksudkan itu ialah rohani, jasmani dan aqli. Jika komponen itu boleh menggambarkan kedua-
dua istilah itu, maka adakah kedua-dua istilah itu membawa makna yang sama?

Dalam hal ini, Dr Yaacob Yusoff menambah:


8

Saya berpendapat mungkin penggunaan perkataan ta’dib (addabani) oleh Rasulullah saw
adalah merujuk kepada kekhususan baginda kerana sifatnya yang sudah suci dan jauh
sekali dari nilai-nilai kebinatangan, sedangkan manusia biasa masih sebaliknya. Dengan
itu, penggunaan tarbiyyah masih boleh dipakai dengan tidak menafikan dimensi-dimensi
lain untuk orang awam seperti kita. Ia juga mempunyai konotasi bila dirujuk kepada
perkataan rab itu sendiri sebagai salah satu dari konsep Tuhan disamping Ilah. Tetapi
sudah tentunya konsep yang lebih tepat ialah ta’dib itu sendiri sebagai sesuatu yag lebih
menepati nilai manusia sebagai objek yang mempunyai adab dan nilai hidup.

Maksudnya, walau ada perbezaan pendapat, namun solusi akhirnya bagi kesemua pemikir ini,
mereka sepakat bahawa ta’dib adalah lebih bersesuaian berdasarkan matlamat akhir pendidikan
iaitu penerapan nilai dan adab dalam kehidupan.

Amjad Hussain pula melihat tarbiyyah dari sudut yang berbeza. Beliau (2004) berpendapat,
penggunaan kalimah at-Tarbiyyah (rabbayani) dalam Surah al-Isra, ayat 4 untuk menterjemahkan
pendidikan Islam adalah bermaksud untuk memelihara dan menjaga kanak-kanak. Bagi beliau,
tarbiyyah lebih mengfokuskan kepada bimbingan zaman anak-anak, kanak-kanak hingga zaman
remaja dan tidak mencakupi pendidikan dan bimbingan untuk golongan dewasa. Ini kerana
golongan dewasa kebiasaan hidup berdikari dan tidak secara langsung mendapat pendidikan dari
ibubapa lagi. Jadi, ia tidak menggambarkan pendidikan secara keseluruhan. Oleh itu, pendidikan
dengan maksud tarbiyyah berdasarkan Surah al-Isra ayat 4 ini tidak menepati sunnah Rasulullah
saw yang menyifatkan pendidikan sebagai satu proses sepanjang hayat iaitu proses yang bermula
dari lahir hingga ke akhir hayat.

Saya secara peribadi lebih setuju dengan penggunaan istilah tarbiyyah dan ta’dib secara
bersama untuk menggambarkan pendidikan dan ditinggalkan ta’lim. Ini kerana ta’lim itu lebih tepat
untuk menggambarkan pelajaran berdasarkan firman Allah swt dalam Surah al-‘Alaq, ayat 4-5 yang
berbunyi:

‫نسا َن َما مَلْ َي ْعلَ ْم‬ ِ َّ ِ ِ َّ ِ


َ ‫ َعل َم اإْل‬.‫الذي َعل َم بالْ َقلَم‬
Maksudnya: (Tuhanmu) yang mengajarkan kamu dengan pen. Mengajar manusia yang
tidak mengetahui.

Berdasarkan ayat di atas, dapat difahami bahawa ta’lim itu adalah perpindahan ilmu dari guru

kepada pelajarnya. Dan di awal surah juga disebutkan kalimah iqra’ ( ‫ )اقرأ‬yang membawa maksud
bacalah. Maksudnya, pelajaran dan pengetahuan dapat diperolehi walau dengan pembacaan, tanpa
perlu kepada guru. Namun, untuk pendidikan, guru adalah merupakan syarat yang utama. Tidak
mungkin seorang pelajar mendapat pendidikan yang baik tanpa guru. Tanpa guru, seorang pelajar
itu akan sesat. Itulah realiti yang berlaku kepada dunia Barat sekarang. Itulah juga dilema yang
dihadapi oleh dunia pendidikan Islam termasuklah di Malaysia. Seorang guru tidak bertindak

sebagai pendidik. Pendidik, biasanya diterjemahkan sebagai murabbi (‫ )مريب‬atau muaddib (‫)مؤدب‬.
9

Namun, guru biasa diterjemahkan sebagai muallim ( ‫ )معلم‬atau mudarris (‫)م درس‬. Maksudnya,
perpindahan maklumat, pelajaran dan pengetahuan berlaku tanpa adanya penerapan nilai. Maka,
ta’lim tidak boleh diterjemahkan sebagai pendidikan.

Manakala, tarbiyyah dan ta’dib, bagi saya merupakan unsur yang tidak boleh dipisahkan
untuk menterjemahkan pendidikan. Ta’dib membawa unsur penerapan nilai, adab dan akhlak dalam
pendidikan, manakala tarbiyyah pula membawa unsur akidah. Saya tidak merasakan tepat untuk
meletakkan unsur akidah dalam ta’dib seperti yang diperjelaskan oleh Prof SMN al-Attas dan Prof
Rosnani Hahsim kerana dari segi bahasa sendiri ianya sudah tidak tepat. Ta’dib seperti yang telah
dijelaskan dalam definisi ta’dib dan disebutkan dalam banyak nas dari hadith hanya
menggambarkan proses penerapan nilai, adab dan akhlak. Tidak terdapat unsur akidah seperti yang
ditafsirkan oleh kedua-dua pemikir itu. Jadi, diperlukan kalimah tarbiyyah yang mempunyai
kalimah rab seperti yang disebutkan oleh Dr Yaacob Yusoff untuk diserapkan unsur akidah dalam
pendidikan.

Seperti yang semua sedia maklum, akidah, feqah dan adab atau akhlak merupakan tiga aspek
utama dalam Islam yang saling berkait dan tidak boleh dipisahkan dalam menggambarkan Syariah
Islamiyyah secara keseluruhannya. Dalam perjalanan dakwah Rasulullah saw, 13 tahun (setengah
pendapat mengatakan 10 tahun dan setengah yang lain mengatakan 15 tahun) baginda berada di
Mekah, baginda saw tidak begitu memfokuskan kepada feqah. Tidak ditinggalkan hukum-hukum
dalam feqah secara keseluruhan seperti kewajipan solat, namun yang lebih dipentingkan adalah
akidah dan akhlak. Kerana akidah yang menuntut Allah sebagai satu-satunya entiti yang patut
disembah dan akhlak yang diterjemahkan oleh Rasulullah saw dalam kehidupannya sehingga
digelar al-Amin itulah yang membawa kepada kejayaan dakwahnya di Mekah dan menarik ramai
orang untuk memeluk Islam tanpa mengira bangsa, kedudukan dan keturunan. Bahkan, praktis
ilmu feqah seperti solat yang mula diwajibkan sejak dari Mekah juga sebenarnya kerana
kewujudan unsur akidah. Firman Allah swt dalam Surah Taha, ayat 12:

‫اعبُ ْديِن َوأَقِ ِم الصَّاَل ةَ لِ ِذ ْك ِري‬


ْ َ‫انَّيِن أَنَا اللَّهُ اَل إِلَهَ إِاَّل أَنَا ف‬
Maksudnya: Sesungguhnya Aku adalah Allah, tiada tuhan kecuali Aku, maka sembahlah
Aku dan dirikanlah solat untuk mengingati-Ku.

Dalam solat, Muslim menunjukkan ketaatan dan kehambaan hanya kepada Allah, Kerana itu, saya
lebih menyetujui ta’dib dan tarbiyyah secara bersama untuk menterjemahkan pendidikan.

Namun, jika diminta untuk dipilih satu saja istilah antara kedua-dua istilah ini, saya lebih
setuju dengan penggunaan istilah tarbiyyah. Ini kerana dalam tarbiyyah juga merangkumi serba
sedikit maksud akhlak. Sebagai contoh, dalam firman Allah swt dalam Surah al-Isra yang menggesa
anak supaya mendoakan kerahmatan Allah kepada ibubapanya kerana kasih sayang yang mereka
curahkan daripada kecil. Dapat difahami bahawa salah satu unsur tarbiyyah adalah kasih sayang. Ini

berdasarkan lafaz rabbayani (‫ )ربي اين‬dalam ayat ini yang boleh diqiaskan melalui penggunaan
10

kalimah kama (‫ )كما‬kepada lafaz irhamhuma (‫)ارمحهما‬. Adanya dalam tarbiyyah unsur rahmat dan
kasih sayang (Rosnani Hashim, 2004). Kasih sayang adalah salah satu daripada sifat dalam akhlak.
Berbanding istilah ta’dib yang jika dilihat penggunaannya dalam nas, tidak merangkumi sama
sekali unsur akidah. Ta’dib, menurut Rosnani Hashim (2004), lebih member penekanan kepada
penyuburan adab.

Bahkan, istilah tarbiyyah juga digunakan dengan meluas dalam menafsirkan maksud
pendidikan. Contohnya jika ditafsirkan fakulti pendidikan, tiada universiti atau jabatan yang
menggunakan ta’dib sebagai menafsirkan pendidikan. Ringkasnya, Kuliyyah Ta’dibiyyah itu tidak
wujud sama sekali di dunia ini. Namun, berbeza dengan Kuliyyah Tarbiyyah kerana terdapat
banyak universiti yang menggunakan nama itu, Antaranya, al-Madinah International University,
Zayed University di UAE, Ain Syams University dan banyak lagi. Maksudnya, secara ijma’, dunia
mengakui bahawa tarbiyyah adalah perkataan yang lebih sesuai berbanding ta’dib untuk
menafsirkan pendidikan. Wallahu’alam.

Kesimpulan

Setelah melalui perbahasan dan perbincangan tadi, dapat saya simpulkan bahawa pada pendapat
saya, pendidikan jika ingin diterjemahkan, memerlukan konsep ta’dib dan tarbiyyah secara bersama
kerana dalam konsep ta’dib terdapatnya unsur adab dan akhlak, manakala dalam konsep tarbiyyah
adanya unsur akidah. Namum jika perlu dipilih hanya satu istilah, saya secara peribadi lebih
cenderung kepada penggunaan tarbiyyah.

Prof SMN al-Attas memperkenal konsep ta’dib apabila mengenangkan keadaan adab dan
akhlak manusia secara umumnya dan pelajar secara khususnya yang sangat teruk dan semakin
kritikal pada masa kini. Maka, kerana itu dilihat konsep ta’dib lebih sesuai untuk pendidikan. Dan
tidak dapat dinafikan adab dan akhlak itu adalah matlamat akhir pendidikan.

Walau bagaimanapun, apapun istilah yang digunakan, samada ta’dib atau tarbiyyah, peranan
guru dalam mendidik pelajar tetap tidak berubah. Pendidikan bukan sahaja diberikan dalam kelas,
namun juga di luar kelas. Penerapan nilai akhlak akan terus dilakukan. Teguran demi teguran bukan
untuk mencari kesalahan, tetapi untuk memperbetulkan pelajar demi masa depan, bukan sahaja di
dunia, bahkan juga di akhirat. Dunia hanya sementara, akhirat yang abadi menunggu. Dunia hanya
tempat mengumpul bekalan, akhirat itulah tujuan akhirnya. Kerana itulah, penciptaan manusia di
muka bumi ini bukan hanya untuk menjadi pentadbir iaitu khalifah, tetapi juga sebagai hamba yang
tunduk dan patuh tanpa berbelah bagi kepada-Nya. Firman Allah swt dalam Surah az-Zariyat, ayat
56:

ِ ‫وما خلَ ْقت اجْلِ َّن واإْلِ نس إِاَّل لِيعب ُد‬


‫ون‬ ُْ َ َ َ ُ َ ََ
Maksudnya: Tidak aku ciptakan jin dan manusia kecuali untuk beribadat kepada-Ku.
Bibliografi
11

Al-Quran al-Karim

Abdul Halim Mat Diah, Tujuan Pendidikan Islam.

Al-Attas, Syed Muhammad Naquib (1980), The Concept of Education in Islam, Kuala Lumpur:
ISTAC

Amjad Hussain (2004), Islamic Education: why is there a need for it?, Journal of Beliefs & Values,
25 (3)

Kamarul Azmi Jazmi & Abdul Halim Tamuri (2007), Pendidikan Islam: Kaedah Pengajaran dan
Pembelajaran, Johor: UTM

Hassan Langgulung (2001), Islamisasi Pendidikan dari Perspektif Metodologi, Jurnal Pendidikan
Islam, 9 (3)

J. Mark Halstead (2004), An Islamic Concept of Education, Comparative Education, 40 (4)

Miqdad Yaljan (1989), Ahdaf at-Tarbiyyahal-Islamiyyah wa Ghoyatuha, ar-Riyadh: Dar al-Huda lit
Tasyri’ wat Tauzi’

Rosnani Hashim (2001), Kurikulum Pendidikan dari Perspektif Islam dalam Konteks Pendidikan
Islam di Malaysia, Jurnal Pendidikan Islam, 9 (4)

________ (2004), Falsafah Penyelidikan Pendidikan dari Perspektif Islam: Konsep dan Matlamat,
Jurnal Pendidikan Islam 11 (1)

Yaacob Yusoff (1995), Cabaran Tarbiah Dalam Era Dakwah, Jurnal Usuluddin, No. 3

Zaghlul Roghib an-Najjar (1996), Azmat at-Ta’lim al-Mu’asir wa Hululuha al-Islamiyyah, ar-
Riyadh: ad-Dar al-Alamiyyah lil Kuttab al-Islamiyy

http://www.ismail.com.my/quranM.htm diakses pada 11 Oktober 2010

http://saaid.net/Doat/arrad/17.htm diakses pada 11 Oktober 2010

http://www.alazhr.com/ diakses pada 12 Oktober 2010

http://www.kl28.com/ diakses pada 12 Oktober 2010

You might also like