You are on page 1of 28

DIARRHOEA

Diarrhoea adalah suatu gejala abnormal yang boleh berlaku kepada sisitem penghadaman.
Najis yang dikeluarkan kelihatan lembik atau cair serta mempunyai bau yang berlainan. Ini
disebabkan oleh pergerakan peristalsis yang lebih cepat dari normal. Cara ternakan
mengeluarkan najis juga abnormal dan ini boleh dijadikan kriteria untuk mendapat diagnosa
tentang penyakit.
Pergerakan peristalsis yang cepat (hyperperistalsis) akan membawa mucosa usus, darah, cecair
atau makanan ternakan bersama najis yang akan membantu anda membuat diagnosa.
Diarrhoea adalah suatu keadaan yang dihasilkan oleh penyakit atau agen penyebab yang
tertentu. Akibat dari keadaan itu, ernakan akan kekurangan air, tenaga, menjadi lemah dan
boleh membawa kematian kepada ternakan.
Aetiologi ( Penyebab )

-Pengurusan
- Makan terlebih

- Kebersihan susu, alatan, pekerja

- Bancuhan susu yang tidak sesuai

- Makan yang tidak sesuai.


- Parasit
- Cacing
- Kekurangan zat makanan - copper dan cobalt
- Bahan-bahan kimia - keracunan
- Agen fizikal

- Penyakit
- Bakteria

- Virus

- Fungus

- Protozoa

Tanda-tanda klinikal

- Berak cair (diarrhoea) - kerosakan dalam penyerapan


- dehydration ( kekurangan air)
- Sakit di bahagian abdoman
- Septocaemia, toxaemia
- pyrexia (susu naik)
- lemah dan lesu
- anorexia (kurang selera)
- berat badan berkurangan
- kematian jika tidak diberi rawatan yang sesuai

Perubahan kepada najis


- Keadaan najis - cair, lembek dan keras
- bau yang berlainan
- perubahan warna najis - merah, hitam, kuning, putih, hijau, coklat dll.

** Jika diarrhoea disebabkan oleh faktor pengurusan tiada terdapat perubahan suhu.
Sebaliknya jika disebabkan oleh mikro organisma maka akan terdapat perubahan suhu.
Cara membuat diagnosa:
- penelitian tentang latar belakang kes serta pemeriksaan klinikal yang rapi terhadap ternakan.
- keadaan perubahan kepada najis
- mengambil contoh yang sesuai seperti calitan najis, kikisan rektal (rectal pinch), najis, serum
dan sumber makanan.
- Kaitan perubahan suhu dengan keadaan diarrhoea.
Rawatan
Prinsip rawatan diarrhoea:-

- membunuh serta mengawal agen penyebab


- menggantikan air serta electrolyte yang telah hilang
- mengasingkan ternakan terlibat serta menukar cara pengurusan terutama tentang
pemakanan.
- Memberi ubat untuk menghalang pengeluaran mucosa serta mengurangkan pergerakan usus
- Penggunaan antibiotik yang sesuai untuk membunuh serta mengawal pembiakan organisma
- Penggunaan ubat membunuh cacing (anthelminthes) atau ubat pembunuh protozoa
(coccidiostat) yang sesuai.
- Pemberian cecair dan electrolyte yang sesuai dengan kadar yang betul dengan keadaan
dehydration.
- Ubat-ubat boleh diberi melalui mulut, suntikan subcut atau i/v untuk tambahan cecair dan
secara i/m untuk antibiotik.
- Memberi metabolic stimulant atau heamatinic untuk menembalikan selera makan ternakan.

Pengawalan
- Mengawal ternakan /orang/kenderaan keluar masuk ke kawasan anda;
- Memberi suntikan pelalian (vaccination) yang sesuai (salmonella vaccine, rotairus/-
coronavirus/E.coli vaccine dan lain-lain.
- Meletakkan ternakan yang sama umur setempat'
- Membersihkan kandang dengan disinfectant yang sesuai serta berkesan;
- Faktor pengurusan:

- Pemberian susu yang sesuai.

- masa pemberian susu yang sesuai

- kebersihan alat yang digunakan.

- air yang bersih

- asingkan ternakan yang sakit


- Pemberian ubat pembunuh cacing dengan cara yang berprogram yang sistematik;
- Rawatan awal untuk diarrhoea serta mengetahui agen penyebab dengan secepat mungkin

RADANG AMBING SUSU ( Matitis)

Tanda-tanda klinikal
- Keadaan mastitis boleh dibahagikepada beberapa bahagian:
a. peracute mastitis
b. acute mastitis
c. Subacute mastitis
d. chonic mastitis
e. sub klinikal mastitis
- dalam keadaan acute / subacute biasanya tanda-tanda klinikal adalah
setempat.
diambing susu (tetek) - bengkak
- merah
- panas
- keras
- sakit bila disentuh
- fungsi terganggu (pengeluaran menurun)
- tanda-tanda keseluruhan
- demam (pyrexia)
- severe depression
- anorexia
- rebah dan terbaring
- kematian
- perubahan kepada susu
- bertukar warna - kuning/merah
- keadaan - pekat/merah
- bau
- untuk subklinikal mastitis, tiada perubahan yang nyata kepada susu.
Penyakit hanya boleh dikenal melalui
- pemeriksaan serum (clinikal pathology)
Cara membuat dianosa
- Pemeriksaan klinikal - tanda-tanda klinikal yang nyata
(strip cup - Perubahan warna/keadaan/bau)
- Merasa dan meraba ambing susu
- Membuat california rapid mastitis test (CNRT /CMT RMT)
untuk mengira sel leukocytes dalam susu.
Ujian-ujian yang boleh dilakukan dimakmal:
Susu - bacteriology (culture untuk mengetahui agen penyebab.
- milk ring test
serum - cell count (inflamatory reaction)
Rawatan
Rawatan mastitis bergantung kepada keadaan mastitis dan bilangan tetek yang terlibat.
- Jika hanya satu tetek (teat yang terlibat biasanya tiada perubahan
pada suhu badan. Oleh kerana tiap-tiap satu tetek tidak berhubung
antara satu dengan yang lain maka punca jangkitan utama adalah
sentuhan dari pekerja/alatan yang digunakan untuk memerah serta
kehadiran mikro oranisma
Untuk rawatan
- bersihkan kawasan terlibat menggunakan air suam bersama
antiseptik. Tujuan air suam digunakan adalah untuk membantu dalam
pengaliran darah yang boleh menambah pengeluaran susu. Antiseptik
pula untuk membunuh atau menghalang pembiakan kuman di
kawasan ambing susu.
- Perlu dikaitkan perubahan suhu badan untuk menentukan keadaan
mastitis hanya setempat atau sistemik.
- perah susu ditetek yang terlibah/semua tetek sehingga habis.
- bersihkan semula menggunakan air suam bersama antiseptik tadi.
- masukkan intra mammary infusion (antibiotik seperti orbenin LA,
diproca, mamiject, mastalone dan lain-lain)
- rawatan diberi selama 3 - 5 hari bergantung kepada tindakbalas
ternakan.
- rawatan secara sistemik diberi jika perlu dengan menggunakan
antibiotik yang sesuai serta berkesan bersama infusion yang diberi.
- semasa rawatan susu mesti diperah setiap hari.
- selepas rawatan mesti juga diperah tetapi masih belum boleh
diminum sebelum 6 - 7 hari kemudian.
Pengawalan
: Kebesihan pemerah/peralatan/ternakan sebelum dan selepas
memerah
: Susu mesti diperah sampai habis tetapi tidak kuat atau lama
sehingga merosakkan ambing susu.
: Rawatan lembu kering perlu diberi kepada lembu yang telah kering
sebelum dilepaskan untuk pembiakan seterusnya.
: Kurangkan stress kepada ternakan.
: Asingkan ternakan yang terkena mastitis dan beri rawatansecara
individu
: Mastitis merupakan suatu penyakit yang dihasilkan oleh cara
pengurusan yang kurang baik serta kebersihan yang tidak dijaga
dengan betul.
RADANG SENDI (Arthritis/Joint iII )
Radang pada tisu-tisu yang terlibat dengan sendi, permukaan sendi dan selaput sinovial.
Acute serous arthritis:-
- sebab kemalangan (trauma)
- melibatkan permukaan sendi yang mengeluarkan cecair jernih dan berair
lebih dari normal.
- selaput sinovial - merah, bengkak dan panas.
Purulent arthritis (bernanah):-
- melibatkan navel infection (navel ill)
- luka dekat atau dalam sendi
- melalui sistem edaran darah
Aetiologi ( Penyebab )
- kemalangan (trauma)
- jangkitan dari luka pada tisu-tisu lembu
- melalui edaran darah hasil jangkitan pada ambing susu, navel ill, ekor |
yang digigit putus, dehorning, castration dll.
- keujudan mikro organisma
Eischerichia coli
Corynebacterium necrophorus
Sphaerophorus necrophorus
Streptococcus spp.
staphlococcus spp.
Tanda-tanda klinikal
- sendi bengkek (satu atau kesemua sekali )
- sakit apabila disentuh
- ternakan menjadi tempang kerana enggan menggunakan kaki (lameness)
- kawasan sekeliling sendi bengkak dan panas
- suhu naik jika semua atau lebih dari satu sendi
- penurunan berat badan
- anorexia.
Contoh-contoh yang boleh diambil.
: Swab dari sendi
Rawatan
: Acute serous arthritis
- ternakan perlu direhatkan
meletakkan air sejuk atau ais untuk mengurangkan sakit.
- jika sendi terlalu bengkak, keluarkan cecair dengan cara 'strile'.
- beri suntikan intra theca (i/t) antibiotik dan cortico steriod (perlu
keluarkan sedikit sinovial fluid sebelum memasukan ubat)

Purulent arthritis
- ubat antibiotik/antibakterial secara sistematik dan setempat (local).
- buangkan cecair setiap hari atau buat saliran
- guna phenylbutazone/cortico steriod untuk mengurangkan sakit
- asingkan ternakan terlibat.
Pengawalan
: Beri rawatan pusat menggunakan iodine (navel ill)
: Jangan biar ternakan (anak) berada dalam keadaan yang basah atau
lembab yang sesuai untuk pembiakan kuman.
: Asingkan ternakan yang berpenyakit.
: Elakkan stress.
: Lantai kandang jangan terlalu keras dan kasar yang akan merosakkan
sendi.

ABSCESS

Apabila terdapat bengkak (swelling) di badan ternakan, beberapa diagnosa:-

abscess
tumour/warts
hematoma
edema/cyst/vesicle

Abscess

: bengkak dan mempunayi nanah didalamnya.


: setempat atau keseluruhan
: boleh menyebabkan susu badan naik

Rawatan

aspirate untuk menentukan benar-benar abscess


belah dan keluarkan nanah
bersihakan dengan antiseptik
letak antibiotik cream

Tanda-tanda klinikal

bengkak
bernanah
lembut apabila ditekan
mengganggu fungsi biasa ternakan

hematoma

bengkak
mengandungi darah beku dan cecair
biasanya bermula dengan accident/trauma
Rawatan

aspirate
jika terlalu besar, buang melalui surgery galakan aluran darah-sejuk/pana.

tumour

keras
mempunyai ciri-ciri tertentu

edema

cecair dalam bengkak

vesicle

cecair

KEMBONG ( Bloat / Rumen tympany )

Penyakit kembong belaku apabila didapati pembesaran rumen dan


reticulum (perut di bahagian abdomen kiri). Penyakit kembong ini
mengakibatkan kerugian melalui kematian kepada ternakan. Selain
daripada itu ia boleh mengurangkan kadar pengeluaran serta
membataskan penggunaan berbagai jenis rumput-rumput kepada
ternakan.
Kejadian kembong perut biasanya bertambah dalam pengurusan
yang menggunakan baja yang banyak pada pasture dan apabila
ternakan makan daun-daun kayu seperti daun ubi dan nangka
terlalu banyak.

Aetiology (sebab-sebab kembong)

Sebab utama kejadian kembong adalah apabila kadar gas yang


dihasilkan melebihi kadar pengeluaran gas (eructation).
Gangguan yang terjadi menyebabkan gas yang dihasilkan
terkumpul di dalam rumen yang kemudiannya membesar.
Kelebihan gas yang dihasilkan adalah kerana mikro organisma
dalam rumen dan juga oleh gangguan secara tidak langsung
terhadap pengeluaran gas.
Jenis-jenis penyakit kembong

a. Gangguan secara fizikal (Physical disturbance)


- sekatan kepada esophagus (esophageal obstruction)
- abscess, adhesion, radang perut (gastritis)
- terlebih 'froth' dalam rumen
- kedudukan abomasum yang salah (displace abomansum)
b. Gangguan secara 'biochemical'
- makan daun-daun kayu yang beracun
- terbanyak makan dedak/palm kernel cake (PKC)
- 'sensitize' kepada uba-ubat
- kerosakan kepada sistem saraf

Gangguan melalui penyakit 'entero toxemia' dan keracunan


c nitrate.
Jika diperhatikan dengan betul, kita dapati penyakit kembong
boleh dibahagi kepada dua sebab utama. Pertama
disebabkan pengeluaran gas yang berlebihan dari yang
dikeluarkan dari tubuh ternakan. Ini disebabkan oleh faktor-
faktor pemakanan dan juga terdapat banyak gas 'foam' di
dalam rumen. Kedua, disebabkan oleh sekatan kepada
pergerakan gas yang dihasilkan secara fizikal.

Faktor utama
masa dan keadaan ternakan
adalah
jenis makanan
keadaan tanah (kandungan zat)
Tanda-tanda klinikal
- pembesaran bahagian kiri abdomen (para lumbarfossa)
- ternakan menjadi resah - selalu duduk dan bangun
- kurang makan dan minum
- ternakan berada dalam kesakitan terutama di bahagian
abdomen kiri.
- ternakan terbaring dalam kesakitan
- kematian
- kadar pernafasan bertambah dan ternakan menjadi sesak
nafas (dyspnoea)

Rawatan

Asas utama dalam rawatan kembong adalah untuk mengetahui


sebab ianya terjadi. Adakah disebabkan oleh penghasilan gas
yang terlalu banyak atau terdapat sekatan kepada
pengeluaran gas dari rumen.
Dalam penyekit kembong selain dari pengeluaran gas, ada juga
terdapat buih (foam/frothy material) dan kedua-duanya perlu
dikeluarkan untuk menjamin rawatan yang sesuai.
Untuk rawatan, anda perlu:-
- memasukkan tiub perut (stomach tube) melalui mulut untuk
mengeluarkan gas yang terdapat dalam rumen.
- memberi ubat menahan kembong (anti bloat/anti foam
agents) seperti Bloat guards yang diberi ke dalam rumen.
- memberi minyak kelapa (kelapa sawit/minyak masak) dengan
tujuan memendakkan buih supaya memberi peluang
kepada pengeluaran gas (100-500 ml)
- mengeluarkan gas dengan menggunakan ; trocar atau
benda-benda tajam di sebelah kiri abdomen (bahagian atas).
- selain dari itu anda juga boleh menggunakan teknik
pembedahan seperti 'rumenotomy' untuk mengeluarkan gas.
Pengawalan penyekit kembong
Bagi menjamin ternakan yang sehat sepanjang masa anda harus
menjalankan beberapa kaedah pengurusan bagi mengawal
penyakit kembong. Anda perlu memerhati agar dedak atau PKC
yang diberikan kepada ternakan tidak terlalu halus.Kehalusan
makanan seperti ini akan mempercepatkan pengeluaran gas serta
menghasilkan buih yang banyak. Selain
dari itu daun-daun kayu yang dimakan oleh ternakan juga perlu
diberi perhatian. Jika terlalu banyak akan menyebabkan kembong
kerana lebih gas dihasilkan.
Anda juga perlu memberi perhatian kepada pembajaan pastura
yang terlalu banyak. Keadaan tanah yang sesuai dengan zat
makanan yang cukup juga membantu dalam pengawalan
penyakit kembong.
Selain dari faktor masa dan keadaan sekeliling yang terlalu
memberi tekanan (stress) kepada ternakan juga boleh
menyebabkan kembong terjadi. Anda seharusnya memberi
pengubatan serta nasihat kepada penternak bagi mengawal
penyakit kembong ini

LUKA BERULAT ( Maggot Wound/Myiasis/Screw worm infestation)

Jangkitan terhadap luka oleh larva-larva Chrysomia bezziana. Tempat-tempat yang


selalu diserang adalah pusat (navel), bibir faraj, prepuce, tanduk (selepas dehorning),
bahagian-bahagian muka, tetek dan mata. Ia bermula dari muka yang tidak dirawat
dengan betul. Ini akan menyebabkan lalat bertelur dan seterusnya menjadi perinngkat larva.
Proses ini mengambil masa antara 48 hingga 72 jam.
Larva hidup dalam keadaan yang kurang oksigen serta memakan tisu di sekelilingnya.
Ini akan mengakibatkan perdarahan (bleeding) dan kerosakan pada bahagian yang
terlibat.
Faktor-faktor pendorong:
a. Baka : Baka Zebu (KK, Brahman & Kacukan) biasanya lebih tahan dari
serangan ini.
b. Kawasan-kawasan yang basah serta busuk di bahagian badan – pusat, kawasan dubur
dan
lain-lain.
c. Luka-luka cairan serum yang dihasilkan bertindak dengan bacteria dan mengeluarkan
bau
yang busuk.
d. Faktor pengurusan yang kurang sesuai.
Akibat luka berulat:
a. Berat badan ternakan menurun
b. Kurang selera makan.
c. Ternakan jadi gelisah kerana gatal
d. Jangkitan sampingan – secondry bacterial infection
e. Kematian disebabkan toxaemia

Prinsip-prinsip rawatan
a. Bersihkan kawasan terlibat dengan air suam (warm water) atau ‘mild antiseptic’
b. Keluarkan ulat yang berada di luar dan boleh dilihat
c. Bunuh ulat dengan menggunakan :
- negasunt powder
- coopex healing oil
- malathion
- chloroform
- turpentine
- 3% hydrogen perixide

d. Biarkan selama satu hari


e. Keluarakan semua ulat-ulat yang sudah mati
f. Letakkan semula ubat-ubat jika masih terdapat ulat-ulat yang masih hidup.
g. Ubat0ubat ‘topical’ (setempat) untuk rawatan luka seperti lorexene cream, antibiotik
cream
dan iodine boleh juga digunakan untuk membantu proses penyembuhan (healing
proses)

Pengawalan

a. Pengurusan yang betul dan sesuai. Elakkan dari ternakan merempuh pagar duri
dengan memberi makanan dan munuman yang secukupnya.
b. Pemeriksaan yang rapi kepada ternakan untuk mengubati luka-luka (2 kali
seminggu)
c. Elakkan dari melakukan pembedahan yang tidak perlu.
d. Anak-anak yang baru lahir, sapukan iodine pada kawasan pusat.
e. Adakan ‘regular dipping’ untuk menghapuskan atau mengurangkan kutu yang
boleh
menyebabkan ternakan luka akibat gigitan atau gatal-gatal.

*** Gusanex spray hanya merupakan fly repellent (menghalau lalat) tetapi ia tidak
membunuh maggots)

PENYAKIT KULIT ( Skin diseases)


Perubahan kepada kulit ternakan boleh disebabkan oleh penyekit secara
keselurohan (generalized disease), kekurangan zat atau mungkin oleh penyakit yang
hanya menyerang pada bahagian kulit (locally)
Tanda-tanda klinikal:
Pemeriksaan yang rapi perlu dibuat dengan mera dan meraba bahagian yang
terlibat.
Contoh-contoh makmal yang boleh diambil adalah:
: kikisan kulit (skin scrapping) - mikroskop
- staining
- Culture
: swabs
: biopsy
a. Perubahan kepada kilang peluh/kilang sebum – kering, sejuk
b. Perubahan kepada keadaan kulit atau bulu.
c. Perubahan warna kulit/bulu
d. Kenyataan tentang keadaan penyakit : saiz
Dalam penyakit (depth)
Taburan penyakit
Kawasan-kawasan terlibat
e. Latar belakang kes : keadaan ternakan lain
: kes baru/berulang dan lain-lain.

***
Papiles(pimples)
Nodules
Nodes solidelevation
Vesicles – small swelling (serum/lymph)
Bulla, blister, blen – small swelling
Scabs – dried exudates
Scales – dry expoliation of skin (mengelupas)
Excoriation – superficial discountinuty
Fissures – crakes which penetrate more deeply usually sub-cut.
Prinsip-prinsip rawatan:
a. Buangkan bulu atau kotoran di kulit untuk meletakkan ubat (topical application)
b. Membuat diagnosa yang tepat terhadap penyakit.
c. Membuat ‘sensitivity test’ untuk bacteria.
d. Mengeluarkan agen penyebab (causative agent) – allergic.
e. Menghalang kerosakan seterusnya melalui ‘scratching’ (menggaru) dengan
menggunakan ubat mengandungi anasthetic.
Pengkelasan Penyakit Kulit
1. Virus - generalies infection
- local infection
2. Bakteria - generalized infection
- local infection
3. Fungsi
4. Metazoan parasites - arthropods
5. Agen-agen fizikal - trauma
- UV light
6. Keracunan (intoxication)
7. Penyakit allergic.

MILK FEVER (demam susu / hypocalcaemia / parturient paresis)


Keadaan yang berlaku selepas melahirkan anak yang menyebabkan circulatory
collapse, lumpuh, rebah dan depress. Ini adalah kerana kekurangan zat kalsium dan juga
magnesium di dalam badan ternakan.
Aetiologi (penyebab)
Biasa berlaku pada ternakan yang gemuk (fat), yang banyak mengeluarkan susu
(high producers) dan yang mempunyai masalah dalam factor-faktor fisiologikal seperti
beranak, kelaparan atau terlalu sejuk.
Lembu jersey lebih susceptible kepada keadaan ini.

Hypocalcaemia (penurunan kadar kalsium dalam badan dari 10mg% kepada


antara 3-7%)

Penurunan kadar kalsium juga dengan kadar magnesium dalam badan. Jika
terdapat kekurangan kedua-dua keadaan lumpuh dan terbaring akan menjadi
lebih serius.

Tanda-tanda klinikal.

Biasa berlaku dalam jangka masa 72 jam selepas melahirkan anak yang bermula
dengan dystokia/kesusahan melahirkan anak. Boleh berlaku beberapa
minggu/bulan selepas beranak.

Tanda-tanda di peringkat awal.

- ternakan jadi lemah di bahagian kaki


- rebah/terbaring di bahagian sternum (dada)
- kepala berpaling kebelakang.
- Anorexia
- Bahagian kaki dan telinga jadi sejuk
- Suhu normal atau sub normal
Tanda-tanda akhir
- tiada pergerakan rumen/usus (atonic)
- ternakan lemah, lesu
- coma: terbaring (lateral recumbency)
- Kematian
Rawatan
Rawatan awal biasanya akan memberi kesan yang lebih baik.
Memberi tambahan kasium dan magnesium kepada ternakan.
a. Calcium borogluconate ( secara i/v, subcut, i/p)
b. MIFEX – Calcium & Magnesium bersama.
Akan terdapat kesan jika rawatan yang diberi sesuai dengan penyakit dalam satu
jam
pertama
Jika terdapat ketosis, boleh diberi 50% dextrose sebanyak 250-500 ml.
Kawalan.
Memberi kandungan phosphorus yang tinggi bersama kandungan calcium yang rendah
dalam makanan. Ini akan membolehkan ternakan menggunakan sumber kalsium dari tulang
untuk mendapatkan kalsium (kos yang tinggi)
Memberi suntikan Vit. D (20 –30 million iu) selama 5-7 hari sebelum beranak

Reduce stress

Susu diperah sampai habis

Memberi perhatian yang lebih kepada ternakan yang menghadapi masalah dalam
beranak (dystokia).

KEGUGURAN ( abortion)

Penyakit

Tanda-tanda klinikal

Kadar Keguguran

Masa Keguguran

Brucellosis
( Brucella abortus)
Keguguran
90%
6 bulan
Trichormoniasis
(Tr. Foetus)
Keguguran infertility
5 – 30%
2 – 4 bulan
Vibriosis
(Camphlobacter Foetus)
Infertility abortion prolonged diestrus
5 – 20%
5 – 6 bulan
Leptospirosis
(L. pomona dan L. hardjo)
Abortion
Demam
25 – 30%
6 bulan
Infectious
Bovine rhinotracheitis

25 – 30%
6 bulan
Mycoses
(Aspergillus, Absidia)

6 – 7%
3 – 7 bulan
Kekurangan Zat
Bila-bila masa boleh berlaku

Faktor-faktor genetik
Bila-bila masa boleh berlaku

Keracunan (intoxication)
Bila-bila masa boleh berlaku

Accident / physical injuries


Bila-bila masa boleh berlaku

Salmonellosis abortion
6 bulan
Unknown
( tiada sebab )

Lebih kurang 30% dari kes

Cara membuat diagnosa


: Mengetahui peringkat bunting (stage of pregnancy)
: Mengambil contoh darah ibu dan anak
: Menentukan samada anak mati di dalam atau diluar kandungan rahim.
: Mengambil contoh uri/fetus/abomasum
: Mengambil latar belakang kes tentang
- lain-lain penyakit dikawasan
- pergerakan ternakan
- faktor pengurusan
- program yang telah dijalankan dikawasan
Pengawalan
: Mengawal pergerakan ternakan
: Memberi ubat pelalian (Vaccination) yang sesuai.
: Mengambil contoh serum untuk ujian bagi menentukan status kumpulan ternakan dari
sebarang
micro organisma.
: Asingkan ternakan yang terlibat.

TEMPANG ( Lameness)

Ini adalah disebabkan oleh:

: Foot rot

: arthritis

: laminitis

: Luka mekanikal – kena paku / kaca, kemalangan dan lain-lain.


Pneumonia ( Radangan paru-paru )

Pneumonia atau radangan paru-paru adalah radangan yang berlaku kepada parenchyma
paru-paru dan bronchioles. Tanda-tanda umum yang boleh dilihat adalah kadar pernafasan
yang cepat, batuk, bunyi pernafasan yang tidak normal dan juga toxemia jika keadaan
tersebut disebabkan oleh bakteria.
Aetiologi:

Pneumonia boleh disebabkan oleh jankitan virus, bakteria, fungsi, parasit metazoan,
bahan-bahan kimia dan faktor fizikal. Pneumonia juga boleh menyebabkan 'secondry infection'
dan menjadikan keadaan lebih komplek. Viral pneumonia biasanya berlaku di kalangan anak-
anak lembu.
Bagi bakteria pneumonia pula, bakteria-bakteria yang biasanya terlibat adalah:

Pasteurella multocida
Pasteurella haemolytica

Klebsiella spp
Streptococcus spp

Pseudomonas pseudomallei
Corynebacterium spp
Parasit juga boleh menyebabkan pneumonia.

Dictyocaulus viviparus (lung eorm)

Enzootic pneumonia biasanya berlaku kepada anak-anak lembu yang dikumpulkan


bersama.
Kulat-kulat (fungsi) juga boleh menyebabkan pneumonia.

Cyptococcus, Histoplasma, Coccidioides, Blastomyces, Aspergillus.


Satu lagi sebab pneumonia adalah kerana kecuaian kita. Ini adalah 'aspiration
pneumonia'
yang disebabkan oleh faktor pengurusan.
Jangkitan:

Kejadian pneumonia biasanya bergantung kepada keadaan ternakan, jenis kuman atau
keadaan yang terlibat dan juga kekuatan kuman terlibat.
Debu-debu, partikel-partikel kecil biasanya memasuki rongga hidung dan terus ke paru-
paru. Ternakan akan menunjukkan tindak balas seperti mengeluarkan mucus, cecair jernih
(berhingus) atau seterusnya menjadi kuning apabila dijangkiti kuman, batuk untuk
mengeluarkan bahan asing atau bersin serta lain-lain cara ketahana
Tanda-tanda klinikal:

Pernafasan cepat dan ringkas.


Sesak nafas

Batuk

Bersin

Nasal discharged

Demam (fever)

Anorexia

Lemah secara keselurohan

Kurus

Boleh mengakibatkan 'secondry infection'

Pyrexia

Diagnosa:

Diagnosa dibuat pemeriksaan klinikal

- dengar bahagian paru-paru

- tanda-tanda klinikal

- latar belakang kes (chronic - fungi)

Rawatan:

Untuk bakteria
- asingkan lembu terlibat, guna broad spectrum antibiotik dihydrostreptomcin & penicillin
sulphonimide.

Untuk fungi

- tiada rawatan yang benar-benar effective

Tylosin

* Amphotericin

Aspiration pneumonia

- Antibiotik

beri rehat dan diam

galak batuk

Kawalan:

Prevent stress

Prevent contact with effected animals

Perumahan yang baik

beri colostrum selepas dilahirkan

kumpulkan mengikut umur

rawat tanda-tanda awal.


Penyakit-penyakit Anak

Penyakit Perintal ( perintal diseases)

1.
Penyakit fetal (fetal diseases)

Penyakit fetus semasa berada dalam uterus eg. prolong gestation,


congenital defect, abortion, fetal death.
2.
Semasa melahirkan anak (parturient diseases)

-dystokia, injury to skeleton or soft tissues.


3.
Post natal disease (selepas dilahirkan)

a. Early post natal disease (jangkamasa 48 jam)

eg. malnutrition - poor milking

hypothermia due to expose to cold, colibacillosis, navel infection.

b. Delayed post natal disease (2-7 hari)

eg. ditinggalkan ibu, starvation, colibacillosis.

c. Late post natal disease (1 - 4 minggu)

eg. white muscle disease, entero toxaemia, colibacillosis.

Penyiasatan dalam kematian anak (neonatal death)


1.
Tentukan masa bunting untuk menentukan keadaan bukan keguguran. Sample serum ibu
diperlukan untuk pemeriksaan serologi.
2.
Kumpulkan data berkenaan tersebut. Latar belakang kes yang cukup rapi serta dengan
keadaan penyakit
3.
Lakukan post mortem terhadap anak yang mati. Tentukan anak itu mati di dalam atau di luar
uterus. Anggaran berat badan anak penting.
4.
Hantar tisu anak dan placenta ke Makmal untuk pemeriksaan. Pemeriksaan pathological dan
microbilogical seperti Brucella abortus, Leptospira pomona/harjo, E. Coli, Salmonella dan
Rotavirus.
5.
Buat penyiasatan terhadap pengurusan ternakan.
6.
Tentukan ibu mengeluarkan susu.
Pada keadaan biasa, uri (placenta) akan dikeluarkan selepas melahirkan anak. Uri
dikeluarkan dalam masa 24 jam. Jika tidak dikeluarkan dalam jangkamasa 48 jam - 92 jam, ia
digelar Retained placenta (lekat uri).
Retained placenta boleh berlaku disebabkan oleh kesusahan semasa melahirkan anak
(dystokia), keguguran (abortion), jangkitan penyakit secara 'inherited' (faktor genetik).
Tanda-tanda
klinikal: Uri tidak dikeluarkan selepas 48 jam uri tergantung, biasa berdarah
dan bau busuk selepas keguguran atau melahirkan anak

RETAINED PLACENTA (Lekat uri)

Pada keadaan biasa uri (plecenta) akan dikeluarkan selepas melahirkan anak. Uri
dikeluarkan dalam masa 24 jam. Jika tidak dikeluarkan dalam masa 48 jam – 92 jam, ia digelar
Retained placenta ( lekat uri ).

Retained plecenta boleh berlaku disebabkan oleh kesusahan semasa melahirkan anak (
dystokia ), keguguran ( abortion ), jangkitan penyakit secara ‘inherited’ ( factor genetic ).

Tanda-tanda : Uri tidak dikeluarkan dalam masa 48 jam uri tergantung, biasa berdarah Klinikal
dan bau busuk selepas keguguran atau melahirkan anak.

Rawatan : Rawatan yang paling sesuai sekali adalah tiada rawatan. Jika kita mula
menarik keluar uri besar kemungkinan semasa melahirkan anak seterusnya perkara yang
sama akan berlaku semula. Tentukan ternakan mendapat rehat yang cukup, makanan dan
minuman yang bersih serta menentukan keadaan suhu ternakan.

- Anda juga boleh memberi ‘passaries’ ( compron/bolus) sahaja dan lihat


perkembangan ternakan.

- Anda boleh cuba menarik uri perlahan-lahan dan jangan sampai berdarah
dan
memotong uri yang terkeluar. Passaries juga perlu diberi.

- Anda boleh menarik uri, masukkan passaries dan beri antibiotik secara
sistematik.

- Anda boleh bersihkan uterus dengan menggunakan anti septic.

KMnO 4

Acriflavin (1:1000)

- Cuba menarik uri dengan memicit cotyledon. Masukkan passaries serta


memberi antibiotik secara sistematik

METRITIS/ENDOMETRITIS/PYOMETRA
Metritis - Radangan pada uterus (rahim)
Endometritis - Radangan pada selaput yang melindungi rahim uterus )
Cervisitis - Radangan pada cerviks.

Aetiologi ( penyebab )

: Masaalah dalam proses melahirkan anak ( dystokia )

: Masaalah dalam pembiakan.

: Dalam kes lekat uri ( retain placenta )

Tanda-tanda Klinikal :

: Keluar cecair yang bernanah dan berdarah dari rahim.

: Suhu badan naik.

Rawatan :

: Memberi intra yterine pessaries – antibiotik/antibakteria.

: Membersihkan rahim denga antiseptik.

Pyometra

Radangan pada mucosa rahim yang menyebabkan pertambahan nanah ( accumulation of


pus ) dalam rahim yang tertutup.

Aeitologi ( penyebab )

: Jangkitan selepas beranak/ jangkitan pada rahim akibat lekat uri yang tidak dirawat.

Tanda-tanda klinikal :

: Anestrus
: Terdapat nanah (pus) dalam rahim ( melalui pemeriksaan rectal )

Rawatan :

: Memberi suntikan diethyltisboestrol ( 15-50mg ) untuk mengeluarkan nanah.

: Membersih rahim dengan antiseptik.

: memberi intra uterine pessaries.

: Memberi suntikan antibiotik secara sistematik


Foot Rot ( Interdigital necrobacillosis)

Penyakit radang kuku atau foot rot adalah suatu jankitan necrotic yang melibatkan kulit dan
tisu-tisu lembu di bahagian kuku.

Agent Aetiologi (Penyebab)

: Kerosakan kulit, bahagian kuku atau luka yang menyebabkan oleh benda-benda tajam. Ini
akan
menyebabkan pembiakan kuman di kawasan luka tersebut.

Fusobacterium necrophorum
(Sphaerophorus necrophorous)

Tanda-tanda klinikal

: nekrotik di kawasan kulit/kuku.


: mungkin melibatkan lebih dari satu kaki
: terdapat cairan di kawasan nekrotik
: bengkak, merah & sakit bila disentuh
: Tempang
: anorexia
: demam
: barat badan menurun
: pengeluaran susu menurun
: toxaemia dan seterusnya rebah dan kematian

Cara membuat diagnosa

: dari latar belakang kes


: dari pemeriksaan klinikal

Rawatan:

: Bersihkan kawasan terlibat dengan menggunakan antiseptik yang sesuai eg. savlon, dettol,
acriflavin
dll.
: Beri antibiotik/antibakterial secara sistemik eg. sulphanimides, terramycin dll.
: Rawatan setempat
- bersihkan tempat
- buang bahagian yang nekrotik dan kulit yang sudah mati
- jika terdapat nanah, buat aliran untuk mengeluarkannya.
- letak/sapu kawasan denganlarutan copper sulphate 5%, formalin 2% atau foot aerosol
(spray)
- balut kawasan terlibat (bandage)
-tukar balut setiap hari serta teliti keberkesanan rawatan
Pengawalan

: gunakan foot bath (copper sulphate 5%) satu atau dua kali sehari.
: perhatian yang lebih terhadap tanda-tanda klinikal ternakan kerana ternakan yang
terkena foot rot akan merosot keadaan dengan cepat sekali. Ini adalah kerana
kawasan tersebut sentiasa terdedah kepada kotoran najis dan alam sekeliling.

Muntah (Vomiting)

Kerosakan motor yang komplek yang melibatkan sistem penghadaman. Ianya merupakan
mekanisma keselamatan bagi ternakan yang bergerak secara anti-peristalsis untuk
mengeluarkan bahan-bahan lebihan atau toxin. Keadaan ini jarang berlaku pada ruminan
yang mempunyai fungsi yang tertentu bagi mengunyah semula makanan

Leptospirosis
Agen Penyebab
: Leptospira pomona
: Leptospira hardjo
: Leptospira icterohaemorrhagine
Punca jangkitan
: secara langsung melalui gigitan, air kencing VD, menelan dan menghidu organisma.
: secara tidak langsung melalui tanah, makanan yang tercemar oleh organisma.
: melalui vektor-kutu.
Tanda-tanda klinikal
: Septicaemia
: Hemolytic icterus (jaundice)
: Haemoglobinuria
: Anaemia
: Demam
: Inappaetance
: Dyspnoea
Pengeluaran susu turun
: Perubahan warna susu (kuning kemerahan) dan pekat tanpa tanda-tanda bengkak.
: Keguguran (7 bulan)
: Bagi anak, demam panas, haemoglobinuria, jaundice, anorexia dan kematian.
Cara membuat dianosa
: mengambil paired serum( selang 2 minggau)
: Culture dalam media
: Menghantar 'aborted fetus'
: Tanda-tanda klinikal (ketiadaan bengkak pada ambing susu walaupun terdapat
perubahan pada warna dan keadaan susu.
: Memeriks air kencing untuk Leptospira.
Rawatan
: Rawatan supportive untuk anaemia -blood transfusion (i/v)
: Antibiotik - dihydro streptomycin - tetracycline
Kawalan
: Vaccination (bacteria)
: Pengurusan
- Kebersihan
- asingkan lembu/babi
- sumber minuman
- pergerakan ternakan

CONTAGIOUS BOVINE PLEUROPNEUMONTA (CBBP)

Contagious bovine pleuro pneumonia adalah suatu penyakit yang senang berjangkit dan
mengakibatkan kerugian besar. Mempunyai ciri-ciri jangkitan septicaemia dalam paru-paru
yang serius dan pleurisy.

Agen Penyebab

: Mycoplasma mycoides var. Mycoides

Punca jangkitan

: Menghidu rengisan dari ternakan berpenyakit (jangkitan terus)

Tanda-tanda klinikal.

: Masa incubation 3-6 minggu (6 bulan)


: suhu naik 41.5oC
: Anorexia dan pergerakan rumen terhenti
: Kesusahan untuk bernafas
: Kadar pernafasan singkat dan cepat.
: Kulit jadi kering dan kusut.
: Batuk (mengeluarkan rengisan)
: berat badan menurun
: Cecair yang pekat keluar dari mulut dan hidung.
: Keadaan semakin teruk, kesusuhan untuk bernafas, ternakan rebah dan kematian
dalam beberapa jam.

Rawatan

: Rawatan tidak berapa sesuai dan biasanya ternakan dihapuskan


: Sulphadimine, tylosin tartrate (10 mg/kg) boleh digunakan.

Post Mortem
: Terdapat cecair yang pekat dan berwarna kuning dalam rongga thorax (sampai 10 liters)
Septa interlobular - tebal
: Pleuritis

Cara membuat dianosa

: Dari latar belakang kes, tanda-tanda klinikal dan post mortem.


: Membuat complement fixation test (CFT) atas serum.
: Membuat ujian bacteriology dan histology dari nasal, swab, paru-paru ternakan.

Pengawalan

: Dikawasan yang belum pernah kena penyakit, ternakan yang berpenyakit harus dihapuskan.
: Menjaga kebersihan kawasan / kandang
: Vaccination ( veksin yang dilemahkan)
: Mengawal pergerakan ternakan.

MELIOIDOSIS

Penyakit yang menyerang manusia, biri-biri, kambing, kuda, babi dan kadangkala lembu.
Menyebabkan kematian kepada manusia.

Agen penyebab

: Pseudomonus Pseudomallei (from negatif rod)

Punca jangkitan

: Dari makanan / minuman / tanah

Tanda-tanda klinikal

: Ternakan jadi lemah, tempang


: Batuk dan kesusahan bernafas
: Cecair pekat warna kuning keluar dari hidung
: Kematian
: Keguguran boleh berlaku

Cara membuat diagnosa

: Dari pengenalan organisma dalam cecair atau serum (CFT)


: Multiple abcess in organ - paru-paru, spleen, hati dan nodus limfa.

Rawatan

: Tiada rawatan dicadangkan kerana merbahaya kepada manusia.


: Organisma sensitif kepada tetracycline dan kanamycin

Pengawalan
: Tiada veksin yang berkesan
: Faktor kebersihan
: Menghapuskan ternakan berpenyakit dengan membakar

TETANUS (LOCKJAW)

Penyakit berjangkit yang melibatkan semua ternakan dan manusia dengan ciri-ciri
hyperaesthesia, tetany dan convulsion. Toxemia disebabkan oleh neuro dari tisu yang dijangkiti
oleh clostridium tetani.

Agen penyebab

Clostridium tetani - toxin yang dihasilkan

Punca jangkitan

: Melalui luka, najis, castration dan docking.

Tanda-tanda klinikal

: Masa incubation - 10 - 14 hari


: Keadaan otot bertambah tegang, bermula di bahagian kepala,
kesusahan untuk mengunyah / makan, leher menegang, lock jaw.
: Prolapse of third eye lid.
: Kaki tegang dan lurus.
: Kalau disentuh akan menyebabkan pergerakan yang lebih
(hyperaesthesia).
: Suhu naik 42 - 43oC.
: Spasm dan kematian.

Diagnosa

: Dari tanda-tanda klinikal dan latar belakang kes cultralize dari tempat
jangkitan

Rawatan

: Objektif rawatan adalah untuk menghapuskan organisma, neutralize


toxin, relax otot untuk mengembalikan keadaan pernafasan.
: Suntikan anti-tixin (300,000 iu/12 jam).
: Bersihkan kawasan luka dengan antiseptik.
: Suntikan antibiotik spektrum luas (penicillin, brood spectrum
antibiotik)
: Relax otot (Chlorpromasine) - 1.0 mg/kg berat badan secara i/m
: Simpan ternakan dalam tempat gelap.

Pengawalan:

: Kebersihan semasa membuat program pengurusan seperti,


castration, dehorning dan lain-lain.
: Suntikan tetanus toxoid (immunity)
- 2/3 suntikan
1 - sertamerta
2 - 1 - 2 bulan
3 - 8 bulan

INFECTIOUS KERATO - CONJUNCTIVITIS (PINK EYE)

Agen penyebab

Moraxella boris (gram negatif)

Punca jangkitan

: Dari rengisan atau debu atau vektor


: Biasa dalam keadaan kering

Tanda-tanda klinikal

: Conjuctivitis
: Lacrimation (mata berair)
: Cornea opacity, bleharospasm
: Luka susperficial dalam mata.
: Kadar kematian (mortality) rendah tetapi morbidity (kejadian) sampai
50%.
: Kalau sembuh, imminity terbentuk sampai 2 tahun.

Rawatan

: Antibiotik (spray atau eye cream)


1% oxytetracycline
Sodium bromide eye oitment
(0.5 - 1%)
10% larutan zinc sulphate
penicillin, chlocompherical

Dermatophilosis
Jangkitan kulit ternakan yang disebabkan oleh bacteria

Dermatophilus Congolensis (Mysoti dermatitis) - active


- actinous
- actinomycetc

You might also like