You are on page 1of 3

Regangan dan kelebihannya

Asas pemanasan badan


Pemanasan badan ialah melakukan aktiviti aerobik ringan dan kardiovaskular aktiviti.
Aktiviti aerobik ringan bermaksud aktiviti yang melibatkan gerakan-gerakan pada setiap
anggota badan yang terlibat. Aktiviti ini amat penting untuk dilakukan untuk
membolehkan badan kita berada dalam keadaan bersedia sebelum kita melakukan
aktiviti yang lebih lasak. Aktivtiti kardiovaskular ialah aktiviti yang meningkatkan suhu
badan dan kadar pernafasan kita. Contoh aktiviti kardiovaskular ialah berlari setempat
selama beberapa minit.

Aktiviti pemanasan badan ini adalah sangat penting di dalam sukan. Ini adalah kerana
aktiviti inikan menyebabkan tubuh badan kita dapat bersedia dari segi mental dan fizikal
sebelum kita melakukan aktiviti yang lebih lasak. Pemanasan badan ini berperanan
untuk mengelakkan kita tercedera semasa melakukan regangan. Aktiviti pemanasan
badan adalah tidak sama dengan aktiviti regangan. Pemanasan badan dilakukan
sebelum melakukan regangan. Setelah kita melakukan regangan barulah kita boleh
melakukan aktiviti yang lebih lasak. Apa bila kita mengikut turutan ini, badan kita akan
lebih bersedia untuk melakukan aktiviti yang lasak. Apabila kita melakukan aktiviti
pemanasan badan, suhu badan akan naik. Dengan erti kata lain, aktiviti pemanasan
badan inni telah meningkatkan suhu badan dan suhu otot pada badan.

Aktiviti pemanasan badan ini mempunyai kelebihannya yang tersendiri.berikut adalah


kelebihan aktiviti pemanas badan

 kita telah meningkatkan suhu badan dan kadar pernafasan.


Apabila kadar pernafasan telah meningkatkan, jantung kita telah bersedia untuk
kita melakukan aktiviti yang memerlukan banyak oksigen sepeeti berlari. Apabila
suhu otot meningkat, otot bersedia untuk mengecut dan mengendur dengan
selasa tanpa berlaku kekejangan.
 Meningkatkan jumlah nutrien dan oksigen kepada otot
Apabila kadar pernafasan kita meningkat, proses penghantaran oksigen dan
nutrien kepada otot adalah mencukupi. Apabila oksigen dan otot mencukupi, otot
dapat menjalankan tugasnya dengan betul dan sempurna. Dengan ini,
kekejangan atau kecederaan dapat dielakkan.
 Kalori mudah dibakar.
Suhu badan yang telah meningkat memudahkan kalori di dalam badan mudah di
bakar.

Regangan
Regangan bermaksud aktiviti memanjangkan otot-otot supaya otot-otot menjadi lebih
elastik. Apabila otot menjadi elastik, segala pergerakan yang memerlukan otot untuk
mengendur dengan banyak dapat kita lakukan tanpa kita merasakan kesakitan kepada
otot tersebut. Ini kerana otot telah bersedia semasa proses regangan ini. Kesan
daripada aktiviti regangan ini ialah kita dapat meningkatkan proses pengawalan otot.
Fleksibiliti tubuh badan kita juga dapat ditingkatkan dan pergerakan anggota badan
dapat dilakukan lebih luar biasa daripada yang asal

Kelebihan regangan adalah seperti berikut :

1. Meningkatkan batas pergerakan


Apabila otot telah menjadi elastik, otot berkebolehan untuk mengendur dengan
lebih banyak. Apabila otot dapat mengendur lebih banyak, banyak pergerakan
dapat dilakukan. Pergerakan yang terbatas mungkin dapat dilakukan apabila kita
melakukan regangan terlebih dahulu. Contohnya, jangkauan melunjur.
2. Mengurangkan risiko kecederaan
Apabila otot telah diregangkan atau dilonggarkan, otot dapat mengendur dengan
sempurna. Jika kita melakukan aktiviti yang lasak tanpa melakukan regangan,
otot masih dalam keadaan sejuk dan tidak elastik. Jika otot diregangkan secara
tiba-tiba, otot akan mengalami kejutan dan kita akan mengalami kecederaan dan
kesakitan.
3. Mengelakkan kecederaan selepas bersukan
Dengan melakukan regangan, kecederaan selepas bersukan dapat dielakkan. Ini
kerana otot akan mengendur dan otot telah mendapat haba dan oksigen yang
cukup semasa regangan tadi. Jadi, otot akan bertindak dalam keadaan yang
terbaik semasa bersukan. Oleh itu, kecederaan selepas bersukan dapat
dielakkan.
4. Merelakskan otot
Apabila otot mengecut dan mengendur semasa melakukan aktiviti regangan tadi.
Otot akan dapat digunakan dengan sebaiknya dan tidak berada dalam keadaan
terkejut apabila ia perlu mengendur atau mengecut. Otot akan berada dalam
keadaan relaks.

Selepas kita melakukan aktiviti bersukan atau aktiviti yang lasak, kita perlu
menyejukkan badan. Menyjekkan badan bukan bermakna kita menyejukkan badan
dengan angin. Menyejukkan badan bermaksud menguranakan aktiviti yang dilakukan
tadi secara beransur-ansur. Contohnya jika kita berjoging 2.4 KM, kita tidak boleh terus
berhenti selepas tamat. Kita perlu berjalan sehingga kita merasa selesa dengan
keadaan yang baru iaitu berhenti daripada keadaan asal iaitu berlari. kita juga perlu
melakukan proses menyejukkan badan untuk anggota badan yang lain juga. Antara
kepentingan menyejukkan badan ialah :

1. Merendahkan kadar denyutan jantung kepada keadaan normal


2. Mengembalikan semula fasa pernafasan kepada keadaan normal
3. Merelakskan otot-otot badan
4. Dapat membuang toksin dan mengelakkan ketegangan otot

You might also like