You are on page 1of 57

PERKEBUNAN SAYURAN

PENDAHULUAN

 Menanam sayur merupakan aktiviti yang berfaedah.


 Tidak memerlukan kawasan yang luas atau menggunakan tenaga
yang banyak.
 Sayur-sayuran adalah salah satu punca bagi sumber vitamin dan
pembekal utama zat makanan.
 Ia juga dapat membantu menghadamkan bahan-bahan makanan
lain.
 Penanaman sayur-sayuran dapat memberikan kita beberapa
manfaat seperti menyihatkan badan, membekalkan sayur-sayuran
segar yang bersih serta menjimatkan belanja.
 Jika diusahakan secara komersil ia dapat memberikan
keuntungan yang tinggi.
KEPENTINGAN TANAMAN SAYUR-
SAYURAN:

i. Sebagai sumber makanan - membekalkan nutrien


untuk kesihatan.
ii. Membekalkan karbohidrat , protein,vitamin, garam
mineral dan bertindak sebagai pelawas.
iii. Bahan pelawas yang terkandung dalam sayur-sayuran
membantu pergerakan makanan dalam salur
pencernaan dan seterusnya dapat mengelakkan
sembelit.
KEPENTINGAN TANAMAN SAYUR-
SAYURAN:

iv. Untuk memperolehi sayur-sayuran yang segar.


v. Menjimatkan perbelanjaan keluarga.
vi. Dapat dijadikan sebagai salah satu bahan
eksport negara.
v. Dapat mengurangkan perbelanjaan mengimport
sayur-sayuran
Jenis-jenis Perusahaan Sayur-
sayuran di Malaysia :
 Perkebunan sendiri :
hasil sayur-sayuran adalah untuk menampung
keperluan sendiri dan keluarga.
 Perkebunan pasaran :
hasil dari perkebunan ini adalah untuk pasaran
tempatan
 Perkebunan trak :
hasil-hasilnya dipasarkan di pasaran luar
KAEDAH PENANAMAN SAYUR-
SAYURAN

1. Penanaman di atas batas


2. Hidroponik
3. fertigasi
4. Aeroponik.
JENIS SAYUR-SAYURAN
 terbahagi kepada 5 bahagian besar :
1. Jenis daun
 Contoh : Sawi bunga, sawi putih, bayam,
kangkung, kobis dan yang lainnya akan
memberikan unsur-unsur mineral seperti besi
dan kalsium.
 Sayuran ini juga membekalkan vitamin A dan
vitamin C.
 Sayuran jenis daun hijau muda seperti kobis,
sawi hijau dan kailan juga membekalkan zat-zat
makanan yang sama.
1. Sayur jenis daun

Kobis cina Kangkung

Saderi
Bayam hijau
Salad
1. Sayur jenis daun

Ladang sawi di kawasan


dataran rendah.

Kailan Asparagus
JENIS SAYUR-SAYURAN
2. Jenis buah
 Contoh : Cili, terung, tomato, timun, peria,
bendi dan petola.
 Buah yang berwarna merah, kuning atau oren
akan membekalkan vitamin A. Semua sayuran
dalam kumpulan ini akan memberikan mineral-
mineral dan vitamin-vitamin yang menyedapkan
lagi makanan.
Sayuran jenis buah
Sayuran jenis buah
Samb…
3. Jenis Kekacang
 Sayuran kekacang antaranya ialah kacang botor/kelisa,
kacang panjang, kacang buncis, kacang soya dan kacang
hijau.
 Sayuran ini sangat penting kerana di samping mengandungi
zat-zat makanan, ia juga mengandungi protein.
 Penting untuk dimakan terutamanya jika sumber protein yang
lain seperti ikan, daging, dan telur berkurangan dalam
hidangan seharian.
Samb…
 Sayuran kekacang juga banyak membekalkan
vitamin B yang diperlukan untuk kesihatan
badan.
Sayur jenis kekacang
Sayur jenis kekacang
JENIS SAYUR-SAYURAN
4. Jenis Akar /Ubi
 Contohnya ubi keledek, ubi keladi, ubi kayu, lobak, lobak
merah.
 Ubi yang berwarna putih membekalkan karbohidrat yang
penting untuk menghasilkan tenaga, juga banyak memberikan
vitamin dan mineral.
 Ubi yang berwarna kuning seperti karot dan ubi keledek
membekalkan tenaga dan juga banyak membekalkan vitamin
A.
 Lobak putih, sengkuang, keladi, halia, bawang merah juga
termasuk dalam sayuran jenis akar.
Sayur jenis akar/ubi
JENIS SAYUR-SAYURAN
5. Sayuran Jenis Bunga
 Contohnya kobis bunga dan brokoli.
 Biasanya ditanam di kawasan dataran tinggi dan
berhawa dingin.
 Masih lagi diimport dari Australia, Indonesia dan Amerika
Syarikat.
 Beberapa varieti yang sesuai dengan suhu panas iaitu
yang boleh berbunga telah dikenalpasti.
 Bijibenih varieti jenis ini diimport dari Taiwan, Jepun,
Australia dan Holland.
Sayur jenis bunga
PEMILIHAN TAPAK
TANAMAN DAN PENYEDIAAN
BATAS
 bergantung kepada beberapa faktor:
1. Tanah kawasan terbaik mestilah rata
(memudahkan membuat batas). Tanah /
kawasan cerun landai boleh juga
digunakan tetapi tanaman memerlukan
teres dan saliran.
2. Mestilah berdekatan dengan bekalan air
Contoh : Sungai, parit besar, perigi atau
bekalan air paip / tangki.
PEMILIHAN TAPAK
TANAMAN DAN PENYEDIAAN
BATAS
Faktor Pemilihan Tapak
PEMILIHAN TAPAK
TANAMAN DAN PENYEDIAAN
BATAS
3. Tapak tanaman mestilah di tempat yang
terbuka dan tidak terdapat pokok-pokok
besar (masalah akar pokok akan
menganggu tapak penanaman) atau
bangunan yang melindungi cahaya matahari
 Pokok-pokok yang berhampiran (buluh atau pokok
pagar) jika dibiarkan akan menandingi tanaman
untuk mendapatkan sumber-sumber dari tanah.
 Menjadi sumber kepada perosak dan penyakit.
PEMILIHAN TAPAK
TANAMAN DAN PENYEDIAAN
BATAS
4. Tanah yang baik untuk sayuran ialah peroi
dan subur (mempunyai saliran yang baik).
Tanah peroi mudah dikerjakan sama ada ia
basah atau kering.
5. Berhampiran dengan jalanraya untuk
kemudahan pemasaran hasil dan juga
membawa input pertanian (baja, racun\ serangga
dan alatan ladang) ke kebun sayur.
6. Tanah loam adalah tanah yang terbaik kerana
mengandungi bahan organik.
Samb…

Tanaman salad di
tanah gambut
PERSEDIAAN TANAH
A. MENGGEMBUR
 Kawasan tanaman hendaklah dibersihkan dari sebarang
tumbuhan
 Kerja mengembur dimulakan setelah kerja pembersihan
tapak selesai dilakukan.
 Tanah dicangkul atau dibajak bagi memecahkan ketulan
tanah yang besar menjadi kecil.
 Rumput yang separuh reput dibenamkan ke dalam tanah
atau diambil untuk dibuat kompos.
 Bagi kawasan yang luas jentera pembajak boleh digunakan.
 Tanah biasanya digembur sedalam 30cm.
Membersihkan Tapak
Samb…

 Menggembur bermaksud menghancurkan tanah


supaya menjadi halus dan sesuai untuk
percambahan bijibenih.
 Tujuan menggembur tanah:
i. Memperbaiki pengudaraan tanah, saliran dan membuang
akar-akar rumpai.
ii. Membunuh mikro organisma/perosak yang berbahaya
kepada tanaman sayuran dengan cara mendedahkannya
kepada cahaya matahari atau dimakan oleh
serangga/pemangsa lain.
 Tanah dibiarkan selama seminggu supaya kapur
yang telah ditabur dapat bertindakbalas.
MENGUJI PH TANAH:

 Skala pH yang digunakan untuk menyukat


keasidan tanah.
 Skala pH berfungsi untuk menentukan
kandungan asid tanah sama ada:
i. Berasid – nilai pH < 7
ii. Neutral – nilai pH = 7
iii. Beralkali – nilai pH >7
 Meter pH digunakan untuk menyukat nilai
keasidan larutan atau tanah.
Samb…
 Kebanyakan tanah di negara kita adalah jenis
berasid di mana nilai pHnya di antara 4.2 –
4.8
 Julat pH yang sesuai untuk menanam sayur-
sayuran ialah antara 5.5 – 6.5
 Tanah berasid boleh diperbaiki melalui proses
pengapuran.
Konsep pH

1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14
0 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14

Neutral
Asid Alkali

Skala pH
Takrif pH Tanah

Ke an atau Ke an
sesuatu jenis tanah

Nilai pH ditentukan oleh


kepekatan ion Hidrogen
(H+)
Kesan-Kesan pH Tanah

Ketersediaan
Nutrien
Penyakit
Tumbuhan

Aktiviti
Mikroorganisma
Boron
Kalsium
Klorin
Kuprum
Ferum

Magnesium
Mangan
Molibdenum
Nitrogen
Fosforus

Kalium

Sulfur
Zink

Pengaruh pH tanah terhadap


KETERSEDIAAN
Nilai pH
4 5 6 7 8 9

Cacing
Bakteria

Pengaruh pH tanah
terhadap
AKTIVITI
MIKROORGANIS
MA
PENYAKIT TUMBUHAN

Apa terjadi kepada


1. Pembiakan Patogen ?
2. Pengambilan nutrien?
3. Nodul akar ?
B.
PENGAPURAN

 Ialah proses mencampurkan kapur dengan tanah


yang berasid..
 Tujuan pengapuran:
i. Membantu pembebasan nutrien fosforus
daripada tanah.
ii. Membekalkan nutrien kalsium dan
magnesium (jika guna kapur dolomite)
iii. Meninggikan aktiviti mikro organisma
dalam tanah yang membantu proses
pereputan bahan organik dan mengikat
nitrogen.
PENGAPURAN
iv. Mengurangkan kemasaman atau
keasidan tanah.
v. Memperbaiki sifat fizik tanah
terutamanya yanah berliat supaya
menjadi lebih peroi.
 Bahan kapur yang biasa digunakan:
a. kapur tohor - Kalsium oksida
b. abu kapur @ kapur karang laut.
c. batu kapur hancur - kalsium karbonat
d. batu kapur dolomite – kalsium magnesium
karbonat.
Samb…..

 pengapuran dilakukan sekurang-kurangnya seminggu


sebelum membaja asas dengan bahan organik.
 batu kapur atau kapur dolomite ditabur di permukaan batas
dan digaulkan dengan tanah menggunakan cangkul.
 Bagi tanah di kawasan yang terlalu berasid, akan
menghalang pertumbuhan sayur-sayuran dan hasilnya
merosot.
 Kapur perlu diberikan mengikut kadar yang disyorkan,
biasanya 1-2 tan/hektar dalam tempoh 2 minggu sebelum
menanam.
Samb….

 Kapur biasanya ditabur pada permukaan


tanah dan digaul dengan menggunakan
cangkul atau secara pembajakan.
 Untuk mendapatkan kesan yang sebaik-
baiknya, kapur diberikan sekurang-kurangnya
satu minggu sebelum pemberian bahan
organik.
PENYEDIAAN BATAS
 Saliran yang baik merupakan keperluan yang penting
bagi pertumbuhan sayur.
 Batas diperlukan bagi memperbaiki saliran dan
pengudaraan terutamanya bagi jenis tanah yang
kurang baik salirannya.
 Tanah mestilah mempunyai saliran air yang baik,
cukup dengan bahan organik, boleh menahan air dan
tidak dipenuhi oleh batu-batu.
 Jika tanah terlampau keras, terutamanya di lapisan
bawah, maka penyerapan air ke dalam tanah
amatlah sukar.
Samb…

 Arus air dalam tanah yang terlalu tinggi boleh


merencatkan pertumbuhan akar atau
penakungan air menyebabkan akar terendam
dan reput.
 Saliran air tanah boleh dibaiki dengan
membuat parit dan menggemburkan tanah.
 Kawasan kebun juga mestilah tidak
mempunyai lekuk atau lopak supaya air tidak
bertakung selepas hujan.
Samb…
 Jika tanah tidak begitu subur, perlu
diperbaiki dengan menggunakan bahan
organik seperti tahi lembu atau tahi ayam,
mengapur, baja dan bahan-bahan yang
lain.
MEMBINA BATAS
 Dilakukan setelah siap kerja menggembur.
 Menggunakan cangkul atau jentera kecil.
 Tujuan membina batas ialah:
i. Memudahkan kerja penjagaan
ii. Mengelakkan tapak tanaman daripada dipijak.
iii. Memperbaiki saliran dan pengudaraan tanah.
Membina Batas
Menggembur Batas
MEMBINA BATAS

Kebun yang baik haruslah mempunyai sistem batas dan saliran


seperti yang ditunjukkan dalam gambar.
c. BAHAN ORGANIK:
 Membaiki kesuburan dan struktur tanah.
 Tanah yang berpasir tidak dapat menakung air secukupnya
untuk keperluan pokok.
 Dengan penambahan bahan organik, tanah berpasir akan
lebih subur, boleh memegang air dan struktur tanah akan
menjadi lebih baik.
 Tanah liat pula agak sukar dikerjakan seperti untuk
mencangkul atau membajaknya terutamanya apabila
berkeadaan lembap.
 Jika kering, tanah liat menjadi keras dan padat. Dengan
penambahan bahan organik, struktur tanah liat akan dapat
diperbaiki dan seterusnya kerja pembajakan dapat
dijalankan.
Samb…
 Bahan organik membekalkan nitrogen, mineral
dan unsur-unsur lain untuk pertumbuhan sayur-
sayuran apabila mengalami proses pereputan.
 Bahan organik biasanya disediakan daripada
rumput yang reput, tahi lembu atau tahi ayam,
daun-daun reput dan tanah gambut.
 Ia boleh mencegah tanah berliat daripada
terlampau keras, mencegah air daripada meresap
keluar dan menghalang rumpai tumbuh jika
dibuat sungkupan.
Sungkupan

1. Batas yang disiapkan dibina, ditutup dengan sungkupan.

2. Sungkupan ialah daun-daun lalang atau pelepah


kelapa yang diletakkan di atas batas.

3. Tujuan sungkupan ialah untuk mengelakkan hakisan.

4. Batas dibiarkan selama seminggu sebelum aktiviti


menanam dijalankan.
Sungkupan
Contoh Batas Yang Telah Siap
RUMUSAN
Pemilihan tapak

Membersihkan tapak

Menggembur tanah + Kapur

Membina batas + Baja asas

Penyemaian / penanaman anak benih

Sungkupan

You might also like