Welcome to Scribd, the world's digital library. Read, publish, and share books and documents. See more
Download
Standard view
Full view
of .
Save to My Library
Look up keyword
Like this
5Activity
0 of .
Results for:
No results containing your search query
P. 1
Lipatan Geologi

Lipatan Geologi

Ratings: (0)|Views: 98 |Likes:
Published by Zainal Arifin

More info:

Published by: Zainal Arifin on Oct 27, 2010
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOCX, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

12/20/2012

pdf

text

original

 
LIPATAN
 
Geometri dan Pengelasan Lipatan
 
y
 
Lipatan merupakan struktur seperti gelombang yang terhasil akibat canggaan perlapisan,foliasi dan permukaan planar yang lain pada skala yang berbagai.
y
 
Lipatan terbentuk di persekitaran canggaan yang berbagai, daripada permukaan kerak  bumi yang rapuh hingga ke bahagian dalam bumi yang mulur.
y
 
Lipatan boleh berbentuk secara terbuka dan landai hingga ke sangat ketat dan berlakusecara berasingan atau berkumpulan.
y
 
B
atuan mungkin mengalami satu episod perlipatan atau lebih, sehingga menyebabkan pertindihan beberapa generasi lipatan.
y
 
S
emasa mengkaji lipatan, ada tiga skala digunakan untuk memudahkan penerangan, iaitustruktur mikroskopik (dilihat di bawah mikroskop), mesoskopik (saiz daripada sampeltangan hingga singkapan) dan makroskopik (saiz peta atau lebih besar).
y
 
ebanyakan kajian geometri lipatan melibatkan pengukuran pada skala mesoskopik, danskala yang lain menguatkan lagi cerapan kita.
B
iasanya struktur berskala kecil akanmenyerupai struktur berskala besar dan sebaliknya.
Anatomi Lipatan Ringkas
 Rabung ± Crest; Palung ± Trough;
S
ayap ± Limb; Engsel ± Hinge; Garis Engsel ± Hinge Line;Paksi Lipatan ± Fold Axis; Garis Paksi ± Axial Line;
S
atah Paksi ± Axial Plane; Tunjaman ± Plunge; Lipatan Menunjam ± Plunging Fold; Arahrebahan lipatan tidak simetri ± Vergence;
Jenis Lipatan
 Antiklin ± Anticline;
A
ntiforn ± Antiform;
S
inklin ± 
S
yncline;
S
inform ± 
S
ynform;
ubah ± Dome; Lembangan ± 
B
asin;
S
inklin antiform ± Antiformal syncline; Antiklin sinform ± 
S
ynformal anticline; Homoklin ± Homocline; Monoklin ± Monocline; Teres ± Terrace; Lipatan berbentuk silinder ± Cylindrical fold; Lipatan tidak berbentuk silinder ± Noncylindrical fold;Lipatan tegak ± Upright fold; Lipatan terbalik ± Overturned fold; Lipatan rebah ± Recumbentfold; Lipatan tidur ± Reclined fold; Lipatan terbuka ± Open fold; Lipatan ketat ± Tight fold;Lipatan isoklinal ± Isoclinal fold; Lipatan selari ± Parallel fold; Lipatan membulat ± Concentricfold; Lipatan berbentuk usus ± Ptygmatic fold; Lipatan serupa ± 
S
imilar fold; Lipatan chevron ± Chevron fold; Lipatan kink ± 
ink fold; Lipatan tidak harmoni ± Disharmonic fold
Pengelasan Lipatan
 
 
y
 
Ada beberapa pengelasan yang digunakan oleh pengkaji tertentu dengan penekanan yang berbeza. Ada yang berdasarkan kepada bentuknya dan ada berdasarkan kepadamekanisma pembentuknya.
y
 
Antara yang lebih terkenal adalah pengelasan John Ramsay, di mana beliaumenggunakan isogon sebagai petunjuk secara tidak bias kelas lipatan tertentu.
y
 
Isogon adalah garis yang menyambung titik pada sayap lipatan yang mempunyaikemiringan yang sama. Taburan garis isogon ini samada selari, mencapah ataumenumpuh menjadi asas pengelasan ini.
y
 
Mengikut pengelasan Ramsay ada 3 kelas lipatan.
elas pertama menunjukkan isogonyang menumpuh, sementara kelas 2 dan 3 menunjukkan isogon yang selari danmencapah, masing-masing.
M
ekanik Lipatan
 
y
 
Perlipatan dipengaruhi oleh suhu, tekanan, cecair dan sifat badan batuan (komposisi,tekstur dan sifat setiap lapisan).
y
 
Mekanisma perlipatan merangkumi pemampatan atau pemendekkan (buckling), pembengkokkan (bending), aliran fleksur (flexural flow) dan aliran pasif (passive flow).
S
etiap mekanisma ini disertai oleh gelincir fleksur (flexural slip).
y
 
Untuk lapisan mengekalkan ketebalannya semasa ia dilipat, gelincir fleksur berlakusepanjang sempadan perlapisan.
esan gelinciran ini diperhatikan daripada kehadirankesan gores-garis (slickenside) pada permukaan lapisan.
y
 
Mekanisma pembengkokkan melibatkan arah canggaan yang tegak dengan sesuatulapisan dan biasanya menghasilkan lipatan yang terbuka, seperti kubah, lembangan dangerbang.
y
 
Pembengkokkan boleh berlaku bila ada objek tertentu (seperti intrusi batuan igneus,struktur dupleks) berada di bawah sesuatu lapisan.
y
 
Pemampatan/Pemendekkan (buckling) melibatkan arah canggaan yang selari dengan perlapisan. Pada suhu yang rendah, buckling disertai oleh gelincir fleksur.
y
 
S
ebelum
buckling 
berlaku lapisan biasanya dipendekkan secara mendatar dan ditebalkansecara menegak dengan lapisan.
y
 
Variasi daripada
buckling 
adalah
kinking 
.
 Kinking 
ini biasanya berasosiasi dengan batuanskis dan membentuk lipatan
chevron
. Ia terhasil akibat daripada proses gelincir fleksur yang terkekang.
 
y
 
Mekanisma aliran fleksur (flexural flow) berlaku bila sebahagian lapisan bersifat mulur dan sebahagian bersifat rapuh. Lapisan yang bersifat rapuh mempengaruhi bentuk lipatanyang terhasil.
y
 
Mekanisma aliran pasif (passive flow) melibatkan aliran mulur pada keseluruhan batuan.Perlapisan, foliasi atau jalur hanya menjadi lapisan petunjuk. Aliran pasif ini hanya berlaku pada batuan di mana tidak ada perbezaan kemuluran antara lapisan danmenghasilkan lipatan serupa.
y
 
ombinasi antara beberapa mekanisma di atas sering berlaku atau bersaingan pada persekitaran tekanan dan suhu yang berbagai.
y
 
Dekat permukaan bumi, gelincir fleksur dan
buckling 
 biasa berlaku.
B
ila lipatan menjadilebih ketat, geseran antara lapisan meningkat dan gelinciran sukar berlaku. Pada peringkat ini mekanisma yang menghasilkan ira mengambilalih untuk proses canggaanseterusnya.
Lipatan Kompleks
 
y
 
Lipatan kompleks berlaku apabila satu set lipatan ditindih oleh satu atau lebih set lipatan baru, samada akibat arah daya yang sama atau berlainan.
y
 
B
entuk lipatan bertindih ini adalah berkaitan dengan orientasi kedua-dua set lipatan itudan juga sifat fizikal batuan yang tercangga.
y
 
Dua episod perlipatan boleh dipisahkan oleh masa beberapa saat sahaja atau berjutatahun, atau berlaku secara berterusan.
y
 
B
atuan bersifat mulur membolehkan lipatan kompleks terhasil.
eadaan ini biasanyaterdapat di kawasan teras pergunungan, di kawasan zon subduksi dan kawasan sesar transform di mana mampatan, metamorfisma dan ricihan berterusan berlaku.
y
 
S
ecara amnya ada tiga jenis lipatan bertindih.
Jenis 1 - Struktur Kotak Telur atau Corak Kubah dan Lembangan
.Ia berlaku bila dua set lipatan tegak bertemu atau berinteraksi pada sudut besar.
Jenis 2 - Corak Boomerang
 Ia berlaku bila lipatan yang dengan paksi permukaan miring (e.g. lipatan isoklinal) dan lipatandengan paksi permukaan tegak (e.g. lipatan tegak) bertemu/berinteraksi pada sudut yang besar.
Jenis 3 - Corak Hook 
 

Activity (5)

You've already reviewed this. Edit your review.
1 hundred reads
Ishak Mulu liked this
Ndah Nha Aindah liked this
morowali liked this
ariojudo liked this

You're Reading a Free Preview

Download
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->