You are on page 1of 42

Jawapan

TOPIK 1: PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN


JASMANI
Latihan 1.1
1. Mempertingkat dan mengekalkan kecergasan berasaskan kesihatan dan
perlakuan motor.

2. Menguasai kemahiran asas pergerakan dan permainan mengikut kemampuan


diri.

3. Melakukan senaman dan aktiviti fizikal sebagai rutin harian.

4. Mengaplikasikan pengetahuan kesihatan dan keselamatan semasa menyertai


pelbagai kegiatan fizikal.

5. Membentuk sahsiah dan disiplin diri.

6. Membuat keputusan bijak dalam kehidupan.

Latihan 1.2
Zaman Neolitik Revolusi Pertanian merupakan zaman perubahan. Era ini merupakan
zaman pembangunan dalam bidang pertanian. Manusia tidak lagi perlu berpindah-
randah kerana amalan pertanian membantu manusia hidup setempat dengan
bekalan yang ada. Mereka tidak perlu lagi berpindah-randah. Ini semua berpunca
daripada penggunaan haiwan dan teknik pertanian yang dicipta oleh manusia.
Ianya merubah gaya hidup manusia zaman primitif ketika itu kepada gaya hidup
pertanian atau dikenali sebagai “agrarian”. Akibat daripada penggunaan teknologi
manusia mengamal gaya hidup “sedentary” akibat pengenalan teknologi yang
memudahkan mereka. Mereka sudah mula mengurangkan aktiviti kecergasan.

Latihan 1.3
1. Zaman Sebelum Penjajahan British

2. Zaman Pemerintahan British


JAWAPAN  171

3. Sebelum Merdeka

4. Selepas Merdeka

UJIAN 1
1. Masyarakat Yunani amat mengutamakan kesempurnaan fizikal. Kota yang
terkenal dalam bidang Pendidikan Jasmani ketika itu Sparta dan Athens
masing-masing mempunyai objektif Pendidikan Jasmani yang berbeza. Di
Sparta misalanya, objektif utama Pendidikan Jasmani ialah untuk menyumbang
kepada pembentukan tentera yang kuat. Manakala di Athens, objektif banyak
bertumpu kepada prinsip demokrasi. Penglibatan masyarakat Athens dalam
aktiviti fizikal adalah bertujuan untuk membina tubuh dan ingin menjadi sihat
agar hidup lebih aktif disamping mementingkan nilai estetik.
Sebagai satu perbandingan, tamadun, Greek adalah tamadun yang tiada tolok
bandingnya dalam aktiviti kecergasan. Idea terhadap kepentingan kecergasan
merupakan elemen yang membantu kemajuan tamadun Greek. Masyarakat
Greek ketika itu percaya terhadap keseimbangan antara kecergasan badan dan
otak. Kecergasan fizikal dan minda sama penting dalam menjana kesihatan
mental.
Aktiviti gimnastik dengan bantuan muzik merupakan antara pelajaran yang
penting dalam bilik darjah ketika itu. Mereka mengatakan pergerakan gimnastik
itu adalah untuk tubuh badan dan muzik itu untuk jiwa mereka. Gimnastik
diajar disebuah tempat yang dipanggil ‘Palaestras’. Ianya merupakan tempat
untuk remaja lelaki bagi melakukan aktiviti Pendidikan Jasmani. ‘Palaestras’
merangkumi sebuah gelanggang gimnastik dalam dewan dan gelanggang
untuk aktiviti luar seperti berlari,gusti dan melompat.
Apabila remaja ini menjadi dewasa antara umur 14 dan 16 tahun, tempat
mereka berlatih ini akan berubah ke sebuah tempat lain yang dipanggil
gimnasium. Di kedua-dua tempat ini, latihan diawasi oleh jurulatih kecergasan
yang dipanggil ‘Paidotrabe’.

2. • Berupaya mempertingkatkan dan mengekalkan kecergasan berasaskan


kesihatan dan perlakuan motor.
• Membantu menguasai kemahiran asas pergerakan dan permainan mengikut
kemampuan diri berdasarkan ketiga-tiga tunjang pembelajaran.
• Memperkenalkan senaman dan aktiviti fizikal sebagai rutin harian serta
dilaksanakan secara berterusan.
• Penerapaan kaedah mengaplikasikan pengetahuan kesihatan dan
keselamatan semasa menyertai pelbagai kegiatan fizikal.
172  JAWAPAN

• Menjadi agen pembentukan sahsiah dan disiplin diri yang sesuai dengan
norma-norma masyarakat.
• Melatih membuat keputusan bijak dalam kehidupan.

3. Aktiviti Pendidikan Jasmani kini telah melangkah ke era baru yang telah
mengalami perubahan sejak beribu tahun. Ketika zaman prasejarah kegiatan
jasmani dan kecergasan ketika itu didorong oleh perasaan untuk terus hidup
dan merupakan satu kegiatan harian (routine) yang dilakukan dikalangan
manusia. Antara contohnya seperti memburu serta berkumpul merupakan
aktiviti yang popular.

UJIAN 2
1. (i) Zaman Sebelum Penjajahan British
Ketika zaman sebelum penjajahan British, Negara ketika tidak langsung
memilki sistem pendidikan yang tersusun dan berbentuk formal.
Pendidikan ketika itu banyak tertumpu kepada kelas-kelas pengajian
yang tidakk formal sperti kelas agama. Manakala kedudukan Pendidikan
Jasmani ketika itu boleh dikatakan tidak diutamakan dan tidak memiliki
objektif yang jelas.
(ii) Zaman Pemerintahan British
Pihak British ketika menjajah Tanah Melayu telah mula memperkenalkan
sistem pendidikan yang diadun dengan pengaruh kebaratan mereka.
Pendekatan ini banyak tertumpu di negeri-negeri selat yang berada dalam
taklukan British. Kebanyakan sekolah diurus dan dibuka oleh mubaligh
Kristian dan juga syarikat-syarikat Inggeris.
Latihan jasmani yang diajar di sekolah-sekolah Melayu bermula daripada
darjah satu hingga empat hanya menjadi matapelajaran sampingan.
Selepas tahun empat, Pendidikan Jasmani diajar di Special Malay Classes.
Pada tahun 1856, ia diajar di dua buah sekolah Melayu di Singapura.
Namun, kurikulum Pendidikan Jasmani adalah terhad kerana kerajaan
British bersikap sambil lewa.
Sekolah Cina di Melaka menjadikan Pendidikan Jasmani sebagai mata
pelajaran lain pada tahun 1815. Pada tahun 1819, Pendidikan Jasmani
dijadikan sebagai mata pelajaran lain yang diajar di tiga buah sekolah
di Singapura. Pendidikan Jasmani ketika itu juga diajar di sekolah
menengah rendah seperti di Pulau Pinang, Kuala Lumpur, Ipoh dan
Muar dalam tahun 1923-1925. Bermula pada 1930-an Pendidikan Jasmani
diperkenalkan di sekolah menengah atas seperti di Pulau Pinang, Kuala
Lumpur dan lpoh. Manakala di Melaka dan Pulau Pinang, sekolah
Inggeris ditubuhkan daripada usaha para mubaligh Kristian pada tahun
1819.
JAWAPAN  173

(iii) Zaman Sebelum Merdeka


Pada zaman sebelum merdeka sekitar 1930-an, pelbagai usaha giat
dijalankan untuk menggubal sukatan pelajaran Pendidikan Jasmani.
Isi kandungan bagi sukatan pelajaran kebanyakanya mirip sukatan
latihan fizikal sekolah-sekolah di England. Pada tahun 1946 Maktab
Perguruan Sultan ldris, Tanjung Malim, Perak telah menggubal sukatan
latihan jasmani. Rentetan terhadap perubahan dasar mulai tahun 1952,
calon guru tempatan mula dihantar ke luar negara untuk dilatih sebagai
guru. Mereka dilatih dalam bidang Pendidikan Jasmani dan pendidikan
kesihatan di Kirby dan Brinsford Lodge.
(iv) Zaman Selepas Merdeka
Pada zaman selepas merdeka, sukatan pelajaran Pendidikan Jasmani
yang dihasilkan oleh Maktab Perguruan Sultan Idris digunakan pada
tahun 1950-an dengan beberapa penyesuaian dan pindaan. Sukatan ini
dikaji semula dan dalam tahun 1966, satu sukatan untuk kanak-kanak
lelaki dan perempuan telah disiapkan. Pendidikan Jasmani mula diberi
penghargaan pada tahun 1960 apabila Maktab Perguruan Ilmu Khas
memulakan Kursus Tambahan Setahun Pendidikan Jasmani. Kursus ini
diperluaskan untuk kaum wanita dalam tahun 1961.
Dalam tahun 1971, sukatan pelajaran Pendidikan Jasmani mula disemak
sekali lagi dan dikeluarkan dalam dua bahasa iaitu bahasa Melayu
dan bahasa Inggeris (Wee Eng Hoe, 2005). Pendidikan Jasmani telah
digabungkan pula dengan pelajaran kesihatan. Gabungan kedua-kedua
mata pelajaran ini kemudianya dijadikan sebagai satu mata pelajaran teras
yang wajib diikuti oleh semua pelajar di sekolah (Pusat Perkembangan
Kurikulum, 1998; Pusat Perkembangan Kurikulum, 1992)

2. (i) Memahami apa yang hendak dilakukan.


(ii) Membantu dalam menghasilkan keputusan yang lebih bermakna ketika
berhadapan dengan masalah.
(iii) Memahami dengan lebih mendalam mengenai nilai Pendidikan
Jasmani.
(iv) Memahami sumbangan Pendidikan Jasmani kepada masyarakat.
(v) Menjelaskan tugas guru Pendidikan Jasmani kepada masyarakat.
(vi) Menghargai dan mengambil kisah pencapaian murid melalui penglibatan
mereka di dalam program dibawah jagaan mereka.

3. Di negeri China pengajaran falsafah confucious menggalakkan penglibatan


dalam aktiviti kecergasan fizikal. Ketika itu jika manusia tidak melibatkan
diri dalam sebarang aktiviti kecergasan mereka akan dikaitkan dengan
penyakit yang memberhentikan fungsi organ dalaman atau kini dikenali
174  JAWAPAN

sebagai masalah sistem kardia. Ketika itu Kung-fu diperkenalkan sebagai


aktiviti yang membantu tubuh manusia menjadi sihat. Pergerakkan kung-fu
dicipta dan kaya dengan berbagai bentuk pergerakan fizikal yang dibahagikan
kepada beberapa bahagian seperti pergerakan kaki yang berbeza dan meniru
pergerakan binatang berlawan. Ketika itu juga wujud aktiviti kecergasan yang
lain seperti memanah, menari, lawan pendang dan gusti.
Di India pula berbeza, manusia dihalang daripada melibatkan diri dalam aktiviti
fizikal akibat daripada kepercayaan agama Hindu dan Buddha. Penumpuan
mereka hanya lebih kepada aktiviti berbentuk spiritual daripada mengamalkan
pergerakkan. Manusia ketika itu mengabaikan aktiviti kecergasan.
Walau bagaimanapun satu kaedah senaman yang mirip kepada Kung Fu
telah dicipta tetapi masih terikat dengan kepercayaan agama. Ianya dikenali
sebagai yoga. Yoga dipercayai telah wujud lebih lima ribu tahun. Yoga jika
diterjemahkan bermaksud penyatuan dan ianya merujuk kepada kepercayaan
falsafah Hindu yang percaya penyatuan terhadap tubuh, akal dan roh. Yoga
ini mula dicipta oleh mubaligh hindu yang hidup dalam kesederhanaan yang
berteraskan disiplin diri dan bermeditasi. Dari pemerhatian yang mereka
lakukan, pergerakkan haiwan dan kehidupannya menjadi asas kepada yoga.
Mereka percaya aktiviti ini dapat mendekatkan manusia dengan alam seperti
mana haiwan menyesuaikan diri dengan alam sekitar.
Aktiviti yoga atau nama lainnya Hatha Yoga ini telah mula dijadikan teknik
dalam beberapa program kecergasan terkini. Teknik posture badan dan teknik
pernafasan merupakan kaedah yang paling baik. Kelebihan yoga adalah
membantu organ berfungsi dengan baik dan meningkatkan tahap kesihatan
badan. Kelebihan beryoga ini juga telah mendapat tempat di Amerika masa
kini dipercayai lebih kurang dua belas juta orang mengamalkanya, di seluruh
Amerika.

TOPIK 2: Kepentingan pendidikan jasmani


Latihan 2.1
1. Mempertingkatkan dan mengekalkan kecergasan berasaskan kesihatan dan
perlakuan motor.

2. Menguasai kemahiran asas pergerakan dan permainan mengikut kemampuan


diri berdasarkan ketiga-tiga tunjang pembelajaran.

3. Menjadikan senaman dan aktiviti fizikal sebagai rutin harian serta dilaksanakan
secara berterusan.
JAWAPAN  175

4. Mengaplikasikan pengetahuan kesihatan dan keselamatan semasa menyertai


pelbagai kegiatan fizikal.

5. Membentuk sahsiah dan disiplin diri yang sesuai dengan norma-norma


masyarakat.

Latihan 2.2

(i) Menjana idea – Menjana idea secara spontan berkaitan dengan sesuatu
perkara.
(ii) Menghubung kaitkan – Membuat perkaitan untuk mencari sesuatu struktur
atau corak perhubungan.
(iii) Membuat inferens – Membuat kesimpulan awal sama ada benar atau tidak,
berdasarkan maklumat daripada pemerhatian.
(iv) Meramalkan – Membuat jangkaan terhadap sesuatu peristiwa berdasarkan
pemerhatian dan pengalaman yang lalu atau data yang boleh dipercayai.
(v) Membuat hipotesis – Membuat penyataan umum menghubungkaitkan
pembolehubah-pembolehubah bagi menerangkan sesuatu perkara atau
peristiwa. Kenyataan ini boleh diuji untuk membuktikan kesahihannya.
(vi) Mensintesiskan – Menggabungkan idea, unsur, item atau perkara yang
berasingan untuk menghasilkan gambaran yang menyeluruh dalam bentuk
penyataan, esei, lukisan dan artifak.
(vii) Mengitlak – Membuat penyataan umum terhadap keseluruhan kumpulan
maklumat berdasarkan pemerhatian ke atas sampel kumpulan itu.
(viii) Membuat gambaran mental – Membuat tanggapan atau membayangkan
sesuatu idea, konsep, keadaan atau gagasan dalam minda atau fikiran.
(ix) Menganalogi – Membentuk kefahaman tentang sesuatu konsep serta
mengaitkan konsep itu dengan perkara yang mudah, maujud dan mempunyai
ciri-ciri yang serupa.
(x) Mereka cipta – Menghasilkan sesuatu yang baru atau melakukan
pengubahsuaian kepada sesuatu yang sedia ada dalam bentuk maujud.

Latihan 2.3
(i) Pengajaran dan pembelajaran digunakan dalam aktiviti berpasangan dan
berkumpulan.
(ii) Tema yang digunakan menggambarkan nilai-nilai murni.
(iii) Latihan yang mengandungi permainan dan kemahiran perlu menggunakan
176  JAWAPAN

kaedah mencabar dengan ini nilai berdikari dan keyakinan diri boleh
diterapkan.
(iv) Penggunaan alatan dan arahan perlu tidak bertentangan dengan aspirasi dan
nilai agama, budaya serta norma masyarakat Malaysia.
(v) Penggunaan bahasa dan ayat dalam arahan melambangkan masyarakat
Malaysia yang bersopan.

UJIAN 1
1. Aktiviti tersebut boleh mengurangkan risiko kecederaan dan penyakit-penyakit
kronik. Kecergasan keseluruhan mencerminkan perasaan seseorang individu
tentang kehidupan serta keupayaan diri berfungsi dengan lebih cekap dan
berkesan.

2. • Kelajuan (Speed)
• Ketangkasan (Agility)
• Kuasa (Power)
• Imbangan (Balance)
• Masa reaksi (Reaction Time)
• Koordinasi (Coordination)

3. (i) Menciri – Mengenal pasti kateria serta unsur satu konsep atau objek
sebagai contohnya sifat, ciri dan kualiti.
(ii) Membanding dan membeza – Mencari persamaan dan perbezaan
berdasarkan kriteria seperti sifat, ciri, kualiti serta unsur satu peristiwa
atau objek
(iii) Mengumpul dan mengkelas – Mengumpul dan mengkelas objek atau
fenomena kepada kumpulan masing-masing berdasarkan kriteria tertentu
seperti ciri atau sifat.
(iv) Membuat urutan – Menyusun objek atau maklumat mengikut tertib
berdasarkan kualiti, kuantiti, ciri-ciri atau sifat.
(v) Menyusun mengikut keutamaan – Menyusun objek mengikut tertib
berdasarkan kepentingan atau kesegeraan.
(vi) Menganalisis – Mengolah maklumat dengan menghuraikan kepada
bahagian-bahagian yang lebih kecil bagi memahami sesuatu konsep atau
peristiwa serta mencari makna yang tersirat.
(vii) Mengesan pengaruh – Mengesan pandangan atau pendapat yang berpihak
atau menentang sesuatu.
JAWAPAN  177

(viii) Menilai – Membuat pertimbangan tentang sesuatu perkara daripada satu


kebaikan dan keburukan berdasarkan bukti atau dalil yang sah.
(ix) Membuat kesimpulan – Membuat pernyataan tentang hasil sesuatu kajian
berdasarkan kepada satu hipotesis atau mengukuhkan sesuatu perkara
berdasarkan penyiasatan.

4. Konstruktif adalah satu cara pembelajaran di mana murid membina sendiri


pengetahuannya atau konsep secara aktif. Pengetahuan dan pengalaman yang
sedia ada secara langsung akan membantu murid membina pengetahuannya
sendiri. Dalam proses ini, murid akan menyesuaikan pengetahuan yang
diterima dengan pengetahuan yang sedia ada untuk membina pengetahuan
baru.

5. Sikap,emosi, apresiasi dan nilai.

UJIAN 2
1. Mempamerkan kebolehan, penguasaan tugas, berkenaan social, kemenangan,
kemajuan besar dan kerjasama berpasukan.

2. • Kecergasan Fizikal
• Kecergasan Mental
• Kecergasan Sosial
• Kecergasan Emosi
• Kecergasan Rohani

3. (i) Mendapat latihan berfikir secara kritis dan kreatif semasa membuat
keputusan dan menyelesaikan masalah dengan bijak.
(ii) Mengaplikasikan pengetahuan, pengalaman dan kemahiran berfikir
secara lebih praktik sama ada di dalam atau di luar sekolah.
(iii) Menghasilkan idea atau ciptaan yang kreatif dan inovatif.
(iv) Mengatasi kesilapan-kesilapan berfikir terburu-buru, bercelaru, kabur
dan sempit.
(v) Meningkatkan aspek kognitif dan afektif dalam perkembangan intelek
mereka.
(vi) Bersikap terbuka dalam menerima dan memberi pendapat, membina
keyakinan diri untuk memberi hujah.
(vii) Membuat pertimbangan berdasarkan alasan dan bukti, serta berani
memberi pandangan dan kritik.
178  JAWAPAN

4. (i) Penglibatan aktif pembelajaran mengikut urutan pengalaman


pembelajaran.
(ii) Melakukan refleksi terhadap pengalaman dan pengetahuan sedia ada.
(iii) Abstrak fakta, pengasingan data atau struktur memainkan peranan
penting dari proses refleksi bagi tujuan membina skema tindakan dan
skema operasi baru.

5. (i) Berdikari
(ii) Bekerjasama
(iii) Menepati masa
(iv) Sabar
(v) Bersyukur
(vi) Cintakan negara
(vii) Bersikap positif

TOPIK 3: KONSEP DAN PEMBENTUKAN


KURIKULUM
Latihan 3.1
Kurikulum di takrifkan sebagai dokumen yang mengandungi rancangan pengajaran
dan pembelajaran yang mempunyai objektif psikomotor, afektif dan kognatif bagi
satu mata pelajaran. Dalam mereka bentuk kurikulum, falsafah pendidikan, budaya,
masyarakat merupakan komponen yang penting. Kurikulum juga didefinisikan
sebagai satu rancangan pendidikan yang mengandungi segala ilmu pengetahuan,
kemahiran, nilai dan norma serta unsur-unsur kebudayaan dan kepercayaan yang
menjadi pilihan masyarakat untuk diwariskan kepada satu generasi kepada satu
generasi lain

Latihan 3.2
(i) Seksyen 15 akta ini mentakrifkan bahawa sistem pendidikan kebangsaan
merangkumi pendidikan prasekolah, pendidikan sekolah menengah,
pendidikan lepas menengah dan pendidikan tinggi. Dengan ini kurikulum
pendidikan pra sekolah di gubal dan diseragamkan.
(ii) Seksyen 18 semua sekolah dalam sistem pendidikan kebangsaan wajib
menggunakan satu kurikulum piawai iaitu kurikulum kebangsaan.
JAWAPAN  179

Latihan 3.3
• Teori-teori berkaitan dengan kurikulum
• Falsafah pembentukan kurikulum
• Kriteria Pembentukan Kurikulum

UJIAN 1
1. Konsep kurikulum dikategorikan kepada lima,iaitu
(i) Kurikulum menjadi dokumentasi khas dan panduan. Kurikulum terdiri
daripada cadangan-cadangan berhubung dengan matlamat, objektif, ciri-
ciri pelajar, pengalaman pembelajaran, isi kandungan pelajaran,kaedah,
bahan dan cara penilaian.
(ii) Kurikulum perlu memberi tumpuan kepada kepada keadah penyampaian
yang lebih menarik. Kaedah ini membolehkan pelajar dapat menguasai
kemahiran dan isi kandungan dengan berkesan.
(iii) Kurikulum merupakan program pengajian yang merujuk kepada
matapelajaran yang diajar mengikut aliran atau jurusan yang
ditetapkan.
(iv) Kurikulum membentuk pengalaman pembelajaran yang terancang.
Kurikulum bukan saja membolehkan pelajar menimba ilmu tetapi juga
mencari dan mendapat pengalaman sebanyak mungkin.

Kurikulum juga mempunyai konsep tersirat. Semasa pelajar melalui


pembelajaran terancang, pelajar akan memperoleh nilai-nilai sampingan.
Contohnya interaksi dan komunikasi memainkan peranan penting bagi
menjadikan kanak-kanak lebih matang dan dewasa serta mempelajari nilai
dan etika dalam kehidupan bermasyarakat.

2. (i) Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) di gubal. KBSR menekankan


perkembangan individu secara menyeluruh yang merangkumi
pendidikan asas dan perkembangan bakat.
(ii) Kurikulum Baru Sekolah Menengah (KBSM) di gubal. KBSM menekankan
konsep pembelajaran secara menyeluruh dan bersepadu dengan
mengambil kira aspek kemahiran berfikir dan belajar.

3. Teori ini didukung oleh ahli-ahli akedemik seperti Dewey, Bobbit, Tyler, Taba,
Dull dan lain-lain lagi. Teori ini lebih berfokus kepada pendekatan tingka laku.
Kurikulum ini juga dikenali sebagai kurikulum tersukat ini adalah kerana
objektif pembelajaran kurikulum ini boleh ditentukan, sama ada tercapai
ataupun tidak.
180  JAWAPAN

Teori ini mementingkan proses pemindahan pengetahuan. Teori tradisional


menganggap proses pendidikan boleh dikenal pasti, di jelaskan dan dikawal.
Kurikulum dibina dengan mengambil proses pemecahan tingkah laku. Pengajar
bertindak sebagai penyampai maklumat dan dilatih dalam melaksanakan
kurikulum dengan berkesan.

4. Reka bentuk ini mementingkan konsep kendiri kepada pelajar, pelajar akan
belajar dan membina tugasan atas kesederan diri sendiri. Reka bentuk
berpusatkan humanistik menyepadukan unsur kognitif dan afektif. Reka bentuk
ini memberi penekanan isi kandungan, kognitif, pengalaman dan perasaan.
Dengan kata lain, reka bentuk berpusatkan humanistik menekankan secara
seimbang aspek pemikiran, perasaan dan amalan.Reka bentuk ini menekankan
kepada pendidikan dan pembangunan insan secara keseluruhan.

UJIAN 2

1. (i) Pendidikan suatu usaha yang berterusan


(ii) Memperkembang potensi individu
(iii) Perkembangan secara menyeluruh dan bersepadu
(iv) Insan yang seimbang dan harmoni
(v) Unsur intelek
(vi) Unsur harmoni
(vii) Unsur emosi
(viii) Unsur jasmani
(ix) Kepecayaan dan kepatuhan kepada Tuhan
(x) Rakyat Malaysia yang berilmu berpengetahuan
(xi) Rakyat Malaysia yang berketrampilan
(xii) Rakyat Malaysia yang berakhlak mulia
(xiii) Rakyat Malaysia yang bertanggungjawab
(xiv) Rakyat Malaysia yang berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri
(xv) Rakyat Malaysia yang dapat memberi sumbangan terhadap keharmonian
dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara
2. • Idealime
Idealime mengganggap ilmu di perolehi dari kebolehan berfikir. Menurut
Plato ilmu diperolehi melalui deria amat kekal dan lengkap. Menurutnya
lagi ilmu yang benar akan datang dari kebolehan berfikir. Idealisme
JAWAPAN  181

menganggap pengetahuan sebenarnya berlaku dalam fikiran yang


kadangkalan tidak dapat dinyatakan kebenarannya.
• Realisme
Realisme menolak pandangan idealime, realisme menganggap kebenaran
apa yang dapat dilihat dan ilmu yng terhasil dari penakulan tidak lengkap.
Menurut fahaman realisme ilmu harus mempunyai kaitan antara dunia
fizikal dan pemikiran manusia.
• Pragmatisme
Pragmatisme berpendapat sekiranya satu idea itu dapat di praktikkan
maka idea itu benar. Dengan kata lain idea yang sah adalah idea yang dapat
dibuktikan. Pragmatisme menganggap minda manusia bertindak dengan
aktif. Manusia berkebolehan untuk menaakul dan mempunyai gaya fikiran
yang pelbagai bagi menyelesaikan masalah dan membuat keputusan.
Falsafah ini menganggap pengetahuan bukan semata-mata ilmu tetapi
pengetahuan ialah keperluan menaplikasikan ilmu sebagai panduan
dan pedoman hidup. Dengan kata lain pendidikan bukan semata-mata
mengajar manusia menghafalkan ilmu tetapi menggunakan ilmu. Arah
aliran paramatisme dapat dilihat pada perubahan peperiksaan awam di
Malaysia. Sistem peperiksaan awam di Malaysia berubah dari soalan dalam
bentuk hafalan ke soalan yang berorentasi pemikiran.
• Perenialisme
Perenialisme adalah falsafah konservertif, tradisonal dan tidak fleksibal.
Falsafah ini menganggap manusia dan pendidikan berada dalam keadaan
tetap. Perbezaan manusia dengan haiwan ialah keupayaan manusia
berfikir, pendidikan ialah keperluan untuk hidup. Pelajar perlu melalui
proses pembelajaran yang tetap melalui pengajian berstuktur. Dalam
falsafah ini kurikulum perlu mempunyai displin, latiha tubi dan latihan
yang ketat. Di sekolah guru perlu mengajar dan murid sebagai penerima,
kurikulum yang terbina adalah muktamat.
• Esensialisme
Esensialisme menganggap kurikulum dan guru merupakan faktor penting
dalam pembelajaran. Faslsafah ini berpendapat ahli pendidik hendaklah
membezakan antara perkara yang diperlukan dan tidak diperlukan dalam
pendidikan. Kurikulum perlu dibina bagi memenuhi kehendak masyarakat
semasa dan pada masa yang sama mengutamakan tamadun ilmu yang
lampau serta merangsang kebijaksanaan akan datang.
• Progressivesme
Progressivesme menyatakan pembelajaran berlaku berdasarkan perubahan,
kemajuan dan bukan ketekalan. Falsafah ini memberi fokus kepada
pendekatan pengajaran dan pembelajaran berpusat pelajar dan pengajaran
melalui alat bantuan belajar.
182  JAWAPAN

Progressivesme lebih memberi penekanan pada demokrasi. Sekolah


perlu membina suasana demokrasi serta kerjasama antara pelajar bukan
mewujudkan persaingan. Guru berperanan sebagai faslitator bukan sebagai
guru tradisonal.
Falsafah ini menganggap perubahan yang dihasilkan bergantung kepada
kecenderungan dan minat pelajar. Pelajar harus diberi bimbingan untuk
mengubah pengalaman langsung menjadi pengetahuan. Pendidikan ialah
proses pembentukan yang berterusan kerana manusia terus hidup dan
berfikir.
• Rekonstrutionalisme
Falsafah rekonstrutionalisme menyatakan peranan pendidikan perlu
menerapkan tanggung jawap sosial serta melahirkan masyarakat berilmu.
Fahaman ini percaya manusia berupaya membina masyarakat baru melalui
perubahan yang berkesan dalam pendidikan dan masyarakat.
• Eksistensialisme
Falsafah Eksistensialisme mementingkan pendidikan melalui persekitran.
Guru beperananan membantu murid dalam proses penerokaan. Sekitaran
memainkan peranan penting dalam membina pendidikan. Dunia dilihat
sebagai bahan pembelajaran yang boleh ditafsirkan secara individu.

3. Reka bentuk ini boleh dikategorikan kepada 3:


(i) Berpusatkan Subjek
(ii) Berpusatkan Pelajar
(iii) Berpusatkan Masalah

4. Melahirkan insan yang seimbang dari segi keupayaan psikomotor, afektif


dan kognatif merupakan keperluan utama negara dalam membangunkan
modal insan. Sukatan Pendidikan Jasmani dilihat merupakan jalan pintas
untuk melahirkan generasi ini. Dalam kurikulum Pendidikan Jasmani unsur
psikomotor, afektif dan kognatif menjadi keutamaan.
Bagi membina unsur kesepaduan dan korelasi dalam kurikulum, sukatan
Pendidikan Jasmani telah menyelit unsur sains dalam matapelajaranya, oleh
itu kesepaduan mata pelajaran dapat di bentuk. Selain matapelajaran sains
mata pelajaran lain seperti matematik, sejarah dan lain-lain juga dapat di
sepadukan dalam mata pelajaran Pendidikan Jasmani.
Mata pelajaran Pendidikan Jasmani boleh mengaplikasikan kurikulum
berpusatkan pelajar. Contohnya bermainan merupakan kegemaran semulajadi
pelajar dengan itu sukatan Pendidikan Jasmani boleh menyelitkan unsur
permainan bagi menarik minat pelajar.
JAWAPAN  183

Pengabungjalinan nilai dengan mata pelajaran merupakan komponen utama


dalam kurikulum. Dalam sukatan Pendidikan Jasmani nilai murni seperti
kerja sama, kepimpinan dan pepaduan dapat di gabungkan dengan mudah.
Sukatan Pendidikan Jasmani berupaya menghindarkan masalah sosial dan
membina cara hidup sihat.
Mata pelajaran Pendidikan Jasmani dapat mengaplikasikan teori kurikulum
pramatism. Pemikiran kreatif, negatif, positif, analitis, logik, kritikal, emotif,
nilai, sistematik, intituitif dapat di bina dalam mata pelajaran Pendidikan
Jasmani. Contohnya kenapa pemain bola sepak bertubuh kecil lebih menonjol
sebagai pemain tengah. Pelajar akan berfikir secara analitis dan kritis untuk
memberi jawapan.

TOPIK 4: Kurikulum pendidikan jasmani


Latihan 4.1
1. Pendidikan Organik (Organic education)

2. Pendidikan Psikomotor (Psycomotor Education)

3. Pendidikan Karektor (Character Education)

4. Pendidikan Intelektual (Intelectual Education)

Latihan 4.2
Penggabungjalinan memainkan peranan penting dalam proses pengajaran dan
pembelajaran Pendidikan Jasmani. Melalui proses ini, beberapa kemahiran dapat
dikuasai serentak. Cara ini juga dapat mengelakkan kebosanan dalam proses
pembelajaran. Kemahiran-kemahiran boleh digabungjalinkan, sama ada kemahiran
yang terdapat dalam kemahiran Pendidikan Jasmani atau kemahiran daripada mata
pelajaran yang lain.

Latihan 4.3
Sukatan pelajaran disusun mengikut tiga tunjang pembelajaran, iaitu:

1. Kecergasan

2. Kemahiran

3. Kesukanan
184  JAWAPAN

Ujian 1
1. (i) Pendidikan Organik (Organic education): Pendekatan kepada pembangunan
fizikal yang bertumpu kepada aktiviti-aktiviti yang mampu meningkatkan
keupayaan fizikal dalam diri individu melalui peningkatan pelbagai
system organik dalam badan manusia.
(ii) Pendidikan Psikomotor (Psycomotor Education): Pendekatan pembangunan
motor yang bertumpu kepada kepentingan pergerakan fizikal yang lebih
bermakna dengan penggunaan tenaga yang seminimum mungkin serta
ianya dilaksanakan dengan efisyen, serta mengekalkan nilai estetika
pergerakan.
(iii) Pendidikan Karektor (Character Education): Pembangunan Mental atau
kognitif bertumpu kepada pengumpulan maklumat dan pengetahuan
dengan keupayaan berfikir dan mentasir maklumat.
(iv) Pendidikan Intelektual (Intelectual Education): Pembangunan sosial
bertumpu kepada membantu individu menyesuaikan diri dalam
kumpulan, masyarakat dan persekitaran dan bertindak memainkan
peranannya sebagai seorang ahli dalam satu masyarakat.

2. Kesinambungan yang wujud dalam matlamat utama aktiviti Pendidikan


Jasmani ialah meningkat dan membangunkan keupayaan murid dari aspek
psikomotor, kognitif dan afektif.

Kepentingan Pendidikan Jasmani dalam kurikulum sekolah adalah:


(i) Membangun dan meningkatkan keupayaan fizikal dan kecergasan
murid.
(ii) Membangunkan kemahiran pergerakan asas murid.
(iii) Memberi kefahaman kepada murid tentang keselamatan diri, alatan dan
tempat beraktiviti.
(iv) Memberi peluang dan ruang kepada murid mengenali dirinya.
(v) Menyemai budaya bergiat cergas sepanjang hidup.
(vi) Mengetahui isu-isu berkaitan Pendidikan Jasmani dan sukan yang boleh
memperbaiki dan mempengahruhi gaya hidup.

Ujian 2
1. (i) Individu yang terdidik melalui aktiviti fizikal amat menghargai
pengetahuan mengenai kepentingan kemahiran fizikal, tubuh badan dan
fungsinya.
JAWAPAN  185

(ii) Pendidikan Jasmani adalah kunci kepada kesihatan yang baik.


(iii) Pendidikan Jasmani yang baik akan berupaya menyumbang kepada
pembangunan positif individu.
(iv) Pendidikan Jasmani dapat membantu peningkatan prestasi akademik.
(v) Program Pendidikan Jasmani yang baik dapat membantu individu
memperoleh kemahiran sosialnya.

2. (i) Pengulangan (Repetition)


Ketiga-tiga tunjang pembelajaran adalah berulang dari tahun 1 hingga 6.
(ii) Kesepaduan (Intergartion)
Pengajaran bagi semua topik pelajaran perlu mengambil kira pendekatan
bersepadu dan merentasi kurikulum. Ianya juga perlu mengambil kira
kesepaduan berbentuk “Intra” (komponen utama dalam Pendidikan
Jasmani sendiri) dan “Inter” (komponen pelajaran lain yang boleh
intergrasikan seperti muzik dan matematik).
(iii) Progresif (Progression)
Penyusunan sukatan adalah bersifat ansur maju dan mengambil kira
keutamaan topik bermula dengan mudah dan beransur menjadi lebih
kompleks serta mendalam. Penyusunan ini juga disesuaikan dengan
peringkat umur pembelajaran murid yang bertujuan membantu
perkembangan mereka.
(iv) Skop (Scope)
Skop pula mengariskan sejauh mana sesuatu pengajaran itu perlu
disampaikan kepada murid.
(v) Turutan (Sequencing)
Konsep turutan ini bermaksud ianya berfungsi sebagai aturan sesuatu
sukatan pembelajaran yang bergerak selari dan berkesinambungan.

TOPIK 5: Penilaian dan pengukuran


dalam pendidikan jasmani
Latihan 5.1
Penilaian boleh di definisikan sebagai satu proses yang berupaya memberikan
maklumbalas terhadap pencapaian objektif pengajaran dan pembelajaran
murid serta dapat membantu guru dan murid meletakkan asas keberkesanan
pengajaran.
186  JAWAPAN

Latihan 5.2
Ujian jenis ini akan digunakan apabila guru ingin menilai tahap prestasi kemajuan
muridnya. Keputusan yang diperolehi daripada ujian ini tidak akan dibandingkan
dengan prestasi murid lain. Dalam penilaian jenis ini selalunya iannya digunakan
bagi menilai tahap kecergasan berkait kesihatan. Dalam bidang pendidikan, ujian
ini melibatkan pengukuran terhadap seseorang murid yang diasaskan daripada
jangkaan prestasi yang ada pada murid dinilai.

Latihan 5.3
1. Kecergasan berkait dengan kesihatan

2. Kecergasan berkait dengan perlakuan motor

Latihan 5.4
Elemen psikomotor merupakaan satu komponen yang dinilai oleh guru dalam
Pendidikan Jasmani. Ianya amat berkait rapat dengan kepantasan, kelenturan, daya
tahan, koordinasi saraf otot dan imbangan. Kesemua ini merupakan komponen
yang amat penting diterapkan dalam penguasaan kemahiran psikomotor dan
kecergasan murid. Komponen ini agak mudah dilaksanakan kerana keputusanya
mudah dicapai.

Ujian 1
1. Pengukuran boleh ditafsirkan sebagai satu kaedah yang bertumpu kepada
pemerolehan keputusan yang bersifat angka atau kuantitatif. Selalunya apabila
guru telah melaksanakan satu-satu pengukuran, keputusan pengukuran
tersebut perlu ditafsirkan dengan bentuk keputusan yang bermakna.Sebagai
contoh jika guru mengukur tahap kecergasan murid, apabila selesai, keputusan
yang diperolehu murid perlu ditafisrkan kepada bentuk yang bermakna.
Sebagai contoh anugerah emas bagi pencapaian dalam satu-satu komponen
pengukuran.

2. Sebagai seorang guru Pendidikan Jasmani and akan senantiasa terlibat dalam
penilaian pencapaian setiap murid dan menilai mereka dengan menggunakan
pelbagai jenis ujian. Pemilihan ujian yang tidak bersesuai dengan objektif
penilaian adalah merupakan satu sikap yang tidak bertanggungjawab. Sebelum
guru memilih satu-satu jenis ujian guru perlu mengetahui dan memikirkan
dua aspek penting dalam penilaian dalam PJ, iaitu:


JAWAPAN  187

(i) Apakah jenis yang akan digunakan seperti penilaian berasas kriteria
(criterion-reference measurement) atau penilaian berasas norma (norm-
reference measurement).
(ii) Mengetahui apakah kriteria utama yang memastikan, kebolehkepecayaan
dan kesahan terhadap sesuatu ujian.

3. Penilaian Formatif
Bentuk penilaian ini digunakan bagi mengenalpasti perkembangan
pembelajaran yang telah dilalui oleh murid semasa mereka mengikuti sebarang
kelas pelajaran. Ianya juga dapat membantu guru membimbing pelajar
yang agak ketinggalan supaya dapat dipertingkatkan kemajuannya secara
tersususun. Melalui penilaian jenis ini guru akan mengetahui keputusan yang
berupaya menjelaskan sama ada objektif sesuatu pembelajaran itu pada suatu
peringkat telah tercapai atau sebaliknya. Melalui maklumat yang diperolehi
ianya berupaya mempengaruhi corak pengajaran dan pembelajaran seterusnya.
Rujukan berasakan kriteria atau Criterion referenced sering digunakan dalam
penilaian jenis ini.

Contoh 1
Ketika guru sudah mengajar kemahiran sukan seperti tendangan asas dalam
permainan bolasepak . Sebelum guru beralih kepada kemahiran asas seterusnya
guru akan bertindak menguji semula latihan asas yang telah diberikan. Jika
guru telah berpuashati bahawa kemahiran tersebut telah dikuasai oleh
murid maka guru boleh beralih kepada kemahiran seterusanya beradasarkan
makulmat ujian yang telah dilaksanakan oleh guru itu sebelumnya. Jika
keputusan yang diterima sebaliknya guru boleh mengulangkaji dan menambah
latih tubi kemahiran itu ataupun bertindak memodifikasikan cara latihan yang
sedang diamalkan.

Contoh 2
Jika guru telah mengajar sesuatu topik yang berkaitan seperti Keselamatan
ketika beraktiviti dan guru telah memperjelaskan semua isi kandungan
pelajaran, guru boleh bertindak menguji secara lisan bagi melihat timbal-balas
akan aras kefahaman murid. Bila guru telah berpuashati dengan aras kefahaman
murid guru boleh melangkah ke bab pengajaran yang seterusnya.

4. (i) Kepantasan (Speed)


Kepantasan merupakan kemampuan seseorang individu melakukan
pergerakan pantas dalam tempoh yang singkat. Kepantasan yang
dipamerkan oleh seseorang individu itu amat berkait rapat dengan
kekuatan otot dan masa tidak balas.
188  JAWAPAN

(ii) Kuasa (Power)


Kuasa adalah kemampuan otot menghasilkan daya atau pergerakan yang
mendadak (explosive) dalam tempoh singkat. Sebagai contoh smesy yang
kencang dalam fasa pukulan badminton.
(iii) Ketangkasan (Agility)
Kebolehan melakukan pergerakan yang berulang-ulang ke arah yang
berbeza-beza dengan pantas dan efisien. Seseorang pemain yang tangkas
berupaya melakukan penukaran posisinya ketika mengawal imbangan
bola. Kaedah “Side-step” yang sering digunakan dalam teknik larian oleh
pemain ragbi untuk mengelirukan lawan di mana pemain menukar arah
secara tiba-tiba sambil membawa bola.
(iv) Koordinasi (Coordination)
Koordinasi adalah kebolehan seseorang individu menyelaraskan
pergerakannya bagi mendapatkan tindakan yang diinginkan. Seseorang
individu yang mempunyai tahap koordinasi yang tinggi akan
berupaya menguasai kemahiran bersukan dengan baik. Sebagai contoh
memerhatikan bulu tangkis dan membuat pukulan balas.

(v) Imbangan (Balance)


Keupayaan seseorang individu mengimbangi dan mengekalkan
keseimbangan badan ketika melakukan aktiviti pergerakan yang statik
atau bergerak. Imbangan terdiri daripada dua iaitu statik dan dan dinamik.
Statik ialah kebolehan seseorang individu itu mengekalkan kestabilan
dalam tempoh jangka masa tertentu manakala imbangan dinamik ialah
keupayaan mengimbangi badan ketika melakukan pergerakan.

(vi) Masa Tindak Balas


Masa tindak balas pula adalah jangka masa yang diambil bagi seseorang
individu bagi memulakan sesuatu tindakan atau pergerakan apabila
ianya dirangsang untuk bertindak. Dalam aktiviti yang melibatkan
sukan, masa tindak balas pemain dapat mempengaruhi keberkesanan
tindakannya. Dalam permainan hoki padang penjaga gol perlu
mempunyai masa tindak balas yang efisien bagi mengagalkan serangan
yang dibuat ke pintu gol. Begitu juga dengan permainan bola tampar
pemain yang lambat bertindak tidak akan dapat menyambut pukulan
yang kuat ke arah gelanggang yang dikawal olehnya.

5. Perkembangan afektif murid merupakan satu komponen yang telah digariskan


dalam pengisian matlamat pendidikan dan ianya perlu diterapkan dalam
dalam diri setiap murid yang mengikuti pelajaran Pendidikan Jasmani. Isi
kandungan pelajaran PJ yang menerapkan nilai-nilai murni seperti semangat
berkerjasama, mematuhi peraturan, disiplin, semangat kesukanan dan lain-
lain merupakan asas penting dalam PJ. Memang sukar untuk mengukur tahap
JAWAPAN  189

nilai-nilai murni yang ada pada murid dan merupakan satu perkara yang
agak subjektif dalam pengukurannya. Walau bagaimananapun guru-guru
perlu meneruskan usaha-usaha penerapan nilai-nilai murni ini dalam setiap
pengajaranya agar perkembangan afektif ini akan subur dalam perkembangan
setiap murid.

Ujian 2
1. (i) Menentukan aras kemampuan murid
(ii) Tumpuan kepada murid
(iii) Meransang dan memotivasikan murid
(iv) Menilai keberkesanan pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran
(v) Membantu dalam proses dokumentasi dan penyelidikan
(vi) Menentukan kumpulan murid berasakan kebolehan

2. Cirikan ujian berasaskan norma.


Ujian ini digunakan apabila guru yang ingin mentafsir kemajuan prestasi dalam
satu-satu ujian dan ianya berupaya membandingkan keputusan dikalangan
murid dalam satu darjah ataupun kumpulan. Perbandingan ini dilakukan
berdasarkan norma yang berupaya membadingkan keputusan diantara satu
sama lain. Kaedah sering digunakan oleh guru untuk menentukan gred yang
diperolehi oleh murid dalam satu-satu ujian. Norma dalam Pendidikan Jasmani
sering dikaitkan dalam pengukuran berat, tinggi,umur dan aras gred.

3. Penilaian Sumatif
Penilain jenis ini sering digunakan pada peringkat akhir sesuatu bab pengajaran.
Dalam sistem persekolahan dinegara ini penilaian ini dilakukan apabila
sesuatu bab itu telah dilaksanakan dengan jayanya dari aspek pengajaran
dan pembelajaran. Penilaian sumatif sering dilaksanakan di akhir penggal
persekolahan. Tujuan utama penilaian ini adalah untuk mengetahui tahap
penguasaan dan pencapaian murid bagi satu kelas atau kumpulan. Penilaian
yang digunakan juga adalah berbentuk permarkahan yang mengutamakan
aras gred atau diberikan pangkat kepada pencapaian yang dikuasai oleh
murid. Ujian rujukan kriteria dan rujukan norma sering digunakan dalam ujian
jenis ini.

Contoh 1
Diakhir sesuatu pengajaran seperti kemahiran sukan hoki murid telah diajar
semua kemahiran berkaitan, bagi tujuan penilaian guru boleh melaskanakan
satu permainan hoki bagi menilai akan kemampuan penguasaan oleh murid.
Guru bertindak memantau semua pengajaran yang telah disampaikan kepada
190  JAWAPAN

murid adakah ianya dikuasai dengan baik oleh murid atau sebaliknya, Guru
boleh menilai pelajar berasakan gred yang boleh digunakan seperti “Baik”,
“sederhana” dan “lemah”

Contoh 2
Guru boleh menggunakan penilaian yang bentuk bertulis bagi menguji
kefahaman murid pada akhiran penggal. Pelbagai soalan yang berbentuk
objektif boleh digunakan dan ianya perlu meliputi semua bab pengajaran.
Setelah pelajar menduduki ujian ini guru boleh memeriksa jawapan murid dan
seterusnya menetapkan kemahiran murid berasaskan markah yang berjaya
diperolehi oleh murid.

4. Bagi elemen ini pula ianya bertumpu kepada tahap kefahaman dan
pengetahuan murid dalam kesemua bab dalam Pendidikan Jasmani. Melalui
ujian seperti ini guru perlu melihat murid-murid dari aspek kefahaman dan
pengetahuan murid ketika murid sedang melaksanakan sesuatu bidang
kemahiran. Murid juga perlu diterap dan dilatih untuk mentafsir, mengguna
dan melaksanakan kemahiran berdasarkan teknik-teknik yang telah diajar
oleh guru. Apabila murid mula mempraktikan sesuatu kemahiran kefahaman
dan tahap pengetahuan yang sedia ada pada murid ini boleh dijadikan kayu
ukur kepada komponen kognitift. Saranan supaya diadakan pop-kuiz dan
soaljawab lisan megenai sesuatu kemahiran boleh digunakan bagi membantu
guru menilai kefahaman dan tahap pengetahuan yang ada pada murid.

TOPIK 6: Tafsiran sukatan pelajaran


pendidikan jasmani
Latihan 6.1
Perkembangan fizikal, perkembangan motor, perkembangan kognitif serta
perkembangan sosial, emosi dan afektif.

Latihan 6.2
Fleksibiliti merupakan kebebasan yang diberikan kepada guru‑guru Pendidikan
Jasmani untuk membuat penyesuaian mengikut keadaan di sekolah
masing‑masing.

Latihan 6.3
Rancangan untuk melaksanakan sukatan pelajaran secara terperinci mengikut
keperluan kelas yang diajar oleh seseorang guru.Rancangan kerja hanya merupakan
sebagai panduan untuk mempastikan pengajar tidak tersasar dari objektif asalnya.
JAWAPAN  191

Ujian 1
1. Pembangunan fizikal, pembangunan motor, pembangunan kognitif serta
pembangunan sosial, emosi dan afektif.

2. (i) Penglibatan murid secara aktif dan selamat.


(ii) Interaksi yang kreatif dengan bahan, alat dan rakan.
(iii) Penyimpanan rekod kegiatan murid sebagai bukti bahawa pembelajaran
telah berlaku.

3. Membuat kategori, menerangkan sebab, mengusul periksa andaian, membuat


ramalan, mencipta metafora dan mencipta definisi.

4. • Imej tubuh
• Kawalan objek
• Orientasi spatial (ruang)
• Kemahiran lokomotor dan bukan lokomotor
• Perkembangan kemahiran
• Kecergasan

Ujian 2
1. • Bahasa – penulisan mengenai sukan, sikap yang positif, kecergasan,
pengekalan aktiviti dan journal permakanan yang berkaitan dengan
kesihatan.
• Kajian sosial – perkaitan sukan dengan sejarah dan permainan daripada
pelbagai sosio budaya.
• Matematik – pengiraan markah di dalam sukan iaitu mencampur, menolak,
membahagi dan mendarab di dalam mendapatkan sesuatu keputusan.
• Sains – pendedahan kepada konsep pergerakan, otot, tuas dan fungsi-fungsi
tubuh manusia
• Muzik – penghasilan bunyi yang bersesuaian untuk pergerakan
manusia.
• Lukisan – melukis pelbagai simeteri dan bentuk yang dapat dilakukan oleh
badan manusia semasa melakukan aktiviti serta melabel tubuh manusia.

2. Sikap, apresiasi dan nilai

3. Perkembangan kognitif, afektif dan psikomotor.


192  JAWAPAN

4. Faktor-faktor yang mempengaruhi persekitaran pengajaran ialah saiz kelas,


peralatan dan kemudahan.

5. (i) Penyelarasan – Rancangan Kerja Tahunan (RKT) perlu dirancang secara


menyeluruh dan bersinambungan walaupun Rancangan Kerja Tahunan
dibahagi kepada penggal persekolahan. Guru hendaklah memilih
kegiatan yang lengkap misalnya kegiatan yang menunjukkan sifat ansur
maju dan kesinambungan.
(ii) Objektif – Sebelum seseorang guru dapat merangka Rancangan Kerja
Tahunan, objektif mata pelajaran hendaklah difahami terlebih dahulu.
(iii) Kemudahan Pendidikaan Jasmani – Kemudahan seperti padang atau
kawasan lapang yang berhampiran dengan sekolah, jenis dan bilangan
peralatan Pendidikan Jasmani, masa yang diperuntukkan untuk
pelajaran Pendidikan Jasmani dan sebagainya akan mempengaruhi
pilihan kegiatan yang dimasukkan ke dalam Rancangan Kerja Tahunan.
Kemungkinan menggunakan peralatan reka ganti (improvised apparatus)
hendaklah difikirkan juga.
(iv) Keperibadian murid‑murid – Rancangan Kerja Tahunan yang
dirancangkan itu mestilah sesuai dengan murid‑murid. Khususnya:
• Latar belakang murid‑murid – Pengetahuan mereka seperti jenis
kegiatan yang telah mereka pelajari dan tahap kemahiran mereka
dalam kegiatan ini perlu diberi.perhatian.
• inat serta kesediaan murid – Rancangan itu mestilah sesuai dengan
umur, kemampuan murid‑murid.
(v) Keperincian – Rancangan Kerja Tahunan bagi setiap semester
persekolahan mestilah menyatakan butir‑butir tentang pelajaran yang
dirancangkan. Dicadangkan bahawa catatan dibuat di dalam ruangan
dengan teratur di bawah tajuk‑tajuk yang dicadangkan.

TOPIK 7: Pengajaran dan pembelajaran


pendidikan jasmani
Latihan 7.1

• Kaedah dan teknik yang hendak digunakan


• Bahan bantu mengajar dan belajar yang tersedia
• Pengetahuan sedia ada pelajar
• Ciri-ciri pelajar
• Kepakaran guru
• Kawalan kelas
JAWAPAN  193

Latihan 7.2
• Guru menentukan kurikulum sendiri dan murid menetapkan matlamat untuk
membuat pilihan dan bertindak
• Mementingkan pembelajaran
• Murid menentukan tugasan sendiri
• tidak mementing Ujian piawai
• Gred bukan pengukur pengajaran
• Guru berperanan mencungkil potensi murid, memberi galakan dan maklum
balas pelakuan aktiviti

Latihan 7.3
Kelebihan Kelemahan
1. Kaedah yang berkesan 1. Tidak ambil kira perbezaan individu
(kesesuai perkembangan), anggap
2. Berfokus kepada yang ingin pelajar mencapai tahap pembelajaran
dipelajari dan kemajuan yang sama (kesesuai
umur kumpulan)
3. Tidak banyak peluang untuk salah
faham dan salah interpretasi 2. Lebih mementingkan matlamat atau
hasil pengalaman pembelajaran
4. Persekitaran pembelajaran yang daripada proses pembelajaran itu.
berstruktur

Latihan 7.4
Pengenalan
• Menerang dan menjelaskan skop pelajaran
• Memeberitahu pelajar apa yang dikehendaki daripada mereka
• Cuba membangkitkan minat
• Sentiasa senyum, menghadap kelas dan bercakap dengan pelajar termasuk
pelajar di barisan belakang.
Persembahan
• Kuat tetapi nada mesra
• Jelas percakapan dan pilih perkataan yang sesuai
• Huraikan istilah yang digunakan
• Bercakap dengan semua pelajar
194  JAWAPAN

• Menggunakan teknik-teknik lain seperti penyoalan, papan tulis, demonstarsi


dan lain-lain
• Ulang butiran penting
• Guna unsur kecindan namun tidak keterlaluan
• Mengetahui isi kandungan pelajaran dan yakin
Penutup
• Mengulangi point-point utama
• Menggalakkan perbincangan
• Meneguhkan point yang lemah

Ujian 1
1. Pendekatan merupakan pelbagai sumber latihan dan prinsip yang menjadi
pegangan dalam sesuatu pengajaran. Pendekatan merujuk kepada cara untuk
mencapai objektif jangka panjang dalam satu matapelajaran.

2. • Kurikulum yang ditetapkan oleh agensi pendidikan digunakan


• Mementingkan pengajaran
• Guru menentukan tugasan yang perlu dilaksanakan oleh pelajar.
• Tugasan yang sama diberikan kepada semua pelajar
• Guru menentukan ujian piawai
• Mengukur pengajaran dan pembelajaran mengikut gred
• Berfokuskan guru

3. • Guru memberi penerangan ringkas dan membuat demostrasi tentang


kemahiran yang akan dipelajari oleh pelajar.
• Pelajar berlatih.
• Guru memberi komen am tentang prestasi kelas.
• Jika perlu, guru memberi penerangan lanjut dan membuat demostrasi
lanjut.
• Pelajar berlatih. Guru memberi tunjuk ajar kepada pelajar yang memerlukan
bantuan secara individu atau atau berkumpulan.
• Pelajar menggunakan kemahiran yang dipelajari dalam aktiviti yang
sesuai
• Guru menilai perlakuan
JAWAPAN  195

4. Kelebihan
(i) Gaya ini menggalakkan interaksi antara pelajar
(ii) Gaya ini memupukan tahap pemikiran kognitif yang tinggi
(iii) Gaya ini menggalakkan ingatan tentang apa yang dipelajari.
Kelemahan
(i) Gaya ini lebih memakan masa
(ii) Sukar untuk melibatkan setiap pelajar dengan berkesan.
(iii) Pelajar yang lembab atau pelajar yang kurang kemahiran menyelesaikan
masalah tidak akan dapat menikmati pelajaran dengan sepenuhnya.

5. • Menetapkan tugasan yang diberikan kepada pelajar.


• Guru memberi arahan secara lisan atau menggunakan kad latihan
• Pelajar membuat latihan dalam masa yang diperuntukan oleh guru
• Guru memerhatikan pelakuan pelajar seterusnya memberi maklum balas
kepada pelajar tentang pelakuannya

6. (i) Setiap murid berpotensi untuk diajar oleh guru.


(ii) Pembelajaran boleh dipecahkan kepada beberapa unit kecil bagi
memudahkan pelajaran dikuasai
(iii) Pelajar perlu diberi masa yang mencukupi untuk menguasai sesuatu hasil
pembelajaran.
(v) Guru perlulah memberi arahan dengan jelas bagi setiap pengajaran dan
pembelajaran.

7. (i) Kemahiran menyoal,


(ii) Kemahiran mengurus aliran maklumat atau jawapan
(iii) Reaksi terhadap soalan pelajar. 

UJIAN 2
1. Kaedah juga di definisikan sebagai satu perancangan atau prosedur dalam
melaksanakan satu pengajaran yang teratur, kemas dan sistematik. Jika di
lihat dari segi objektif pengajaran kaedah mengajar bererti cara mendekati
sesuatu objektif dengan langkah-langkah yang tersusun dan teratur.

2. • Objekti-objektif yang hendak dicapai berbentuk jangka panjang


• Pendekatan berdasarkan teori dan model pengajaran.
196  JAWAPAN

• Merangkumi gaya, kaedah dan teknik yang akan digunakan


• Bersifat aksiomatik, iaitu diterima tanpa keraguan
• Mencerminkan satu falsafah.

3. • Kurikulum di bekalkan oleh kementerian pendidikan namun guru


mempunyai ruang untuk mencapai objektif kurikulum dengan cara
sendiri.
• Guru memilih kaedah pengajaran atan pembelajaran berdasarkan
kesesuaian pelajar dan kurikulum.
• Guru menganalisis ciri-ciri pelajar sebelum memberi tugasan keupayaan
pelajar.
• Ujian dilakukan berasaskan ciri-ciri pelajar,
• Pelajar dan sekolah mempunyai ruang untuk menilai diri sendiri.
• Memperluaskan penilaian gred dengan mempelbagai kayu pengukur,
penilai dan bentuk ujian
• Guru berperanan sebagai faslitator atau pengajar mengikut keperluan
objektif pembelajaran

4.
Kelebihan Kelemahan
1. Membolehkan pelajar menetapkan 1. Memakan masa yang panjang. Lebih
matlamat dengan cara mencapainya. masa untuk cuba-jaya, bersoal-
jawab.
2. Memberi kebebasan kepada pelajar
dan memberi peluang kepada 2. Memerlukan guru-guru untuk
mereka untuk bertanggungjawab. berlatih dan bersabar. Guru yang
tidak biasa dengan gaya inisentiasa
3. Mengambil kira perbezaan menghadapi masalah untuk
dikalangan pelajar. menggunakannya secara berkesan.

4. Memberi peluang kepada pelajar 3. Sukar untuk mengawal kelas.


merasai kejayaan pada tahap
kebolehan sendiri. 4. Sukar untuk memastikan
kesinambungan dalam pelajaran

5. (i) Kaedah Kuliah


(ii) Kaedah Demonstrasi
(iii) Kaedah Pembelajaran Masteri
(iv) Kaedah Pembelajaran Koperatif
JAWAPAN  197

(v) Kaedah Perbincangan


(vi) Kaedah Projek
(vii) Kaedah Pembelajaran Kolaboratif

TOPIK 8: TEORI-TEORI PERKEMBANGAN


MORAL
Latihan 8.1
Terdapat dua lokasi sekolah samada di kawasan bandar atau di luar bandar.

(a) Kawasan bandar


Kewujudan pertubuhan tertentu di bandar secara tidak langsung memberi
peluang kepada pihak sekolah menggunakan kepakaran yang ada. Kepakaran-
kepakaran yang terdapat di kawasan tersebut boleh dijadikan asas bagi
menjalankan aktiviti-aktiviti berdasarkan kepakaran yang terdapat di situ.
Di kawasan bandar terdapat guru‑guru yang mempunyai kepakaran khas.
Keadaan tersebut dirangsang oleh adanya persatuan-persatuan yang diikhtiraf
oleh badan-badan kebangsaan yang membolehkan guru mengambil bahagian
untuk mendapatkan sijil-sijil yang melayakkan mereka untuk mengajar
sesuatu kemahiran atau sukan.

(b) Kawasan luar bandar


Pemilihan aktiviti di luar bandar agak terhad kerana kepakaran dikalangan
guru dan orang luar amat kurang sekali. Aktiviti perlu dipilih mengikut
pekerjaan yang wujud di luar bandar s u p a y a p e n g l i b a t a n i b u b a p a
walaupun sedikit masih boleh digunakan ke arah pencapaian objektif gerak
kerja kokurikulum. Persekitaran sekolah luar bandar adalah berbeza dengan
persekitaran sekolah di bandar.
Masyarakat di luar bandar kebanyakannya terdiri dari golongan nelayan,
petani dan sebagainya. Maka penglibatan mereka dalam gerak kerja
kokurikulum sangat sedikit kerana mereka sibuk dengan tugas menyara
hidup. Selain itu kegiatan-kegiatan luar kelas juga terhad dan secara tidak
langsung menghadkan penyertaan murid-murid untuk terlibat dalam aktiviti
fizikal.

Latihan 8.2
Menjadi cergas melalui pembelajaran aktiviti fizikal dan amalan kecergasan
198  JAWAPAN

Latihan 8.3
1. Program Gerak Kerja Kokurikulum dalam Lingkungan Sekolah
(Intramurals).

2. Program Gerak Kerja Kokurikulum Dalam dan Luar (Extramurals).

3. Program Antara Sekolah.

UJIAN 1
1. Pemilihan alatan perlu berdasarkan kepada spefikasi umur dan pertandingan.
Perkara tama yang menjadi pokok dalam memilih alatan ialah faktor
keselamatan pengguna. Ada alat yang murah tetapi penggunannya membawa
kemudaratan kepada pengguna. Kualiti alat juga perlu dipertimbangkan
dalam memilih alatan, ada alatan yang murah tetapi perlu kerap di servis
atau di tukar.

2. Infrastruktur, perkembangan murid dan persekitaran

3. Pendidikan Jasmani adalah suatu medium yang dapat membantu di


dalam pembangunan social. Pendidikan Jasmani akan menolong individu
menyesuaikan diri dengan keadaan dan ahli masyarakat. Melalui kepimpinan
yang sempurna dan teratur akan menjadi Pendidikan Jasmani sebagai
jambatan utama untuk mencapai matlamat sosial. Purata umur merupakan
faktor yang perlu dititik beratkan kerana terdapat perbezaan kemahiran dan
pemikiran apabila melaksanakan sesuatu aktiviti pada peringkat umur yang
berlainan.
Aktiviti yang dipilih juga perlu mengambil kira bangsa dan agama di
kawasan setempat. Setiap bangsa mempunyai minat atau kecenderungannya
terhadap sukan tertentu. Contohnya, jika di sesuatu kawasan atau sekolah itu
mempunyai majoriti penduduk berbangsa Cina, adalah tidak sesuai diadakan
aktiviti seperti sepaktakraw kerana kebanyakan mereka lebih berminat pada
sukan bola keranjang. Latar belakang pendidikan dan keagamaan merupakan
faktor yang perlu diambilkira kerana aktiviti-aktiviti yang dirancang perlulah
bersesuaian dengan kehendak golongan tersebut.
Penglibatan pelajar di dalam aktiviti fizikal dapat memupuk integrasi
antara kaum. Melalui aktiviti-aktiviti sukan adalah diharapkan negara
dapat melahirkan rakyat yang sihat serta menggalakkan integrasi kaum
dan mengelakkan daripada berlaku perselisihan faham. Jiwa ahli-ahli sukan
akan ditanam dengan sikap bekerjasama dan toleransi di gelanggang sukan.
Penyertaan pelajar dalam aktiviti fizikal membolehkan mereka berinteraksi
dengan rakan sebaya dan mewujudkan perpaduan sesama mereka.
JAWAPAN  199

4. Budaya setempat
Guru Pendidikan Jasmani yang mahir berupaya memanipulasikan aktiviti
mengikut keperluan masyarakat setempat. Penumpuan kepada aktiviti
kemahiran motor yang digunakan dalam aktiviti masyarakat setempat
merupakan salah satu langkah untuk membina semangat, meningkatkan
prestasi juga minat dan menggalakkan pelajar bergiat lebih aktif dalam aktiviti
Pendidikan Jasmani.
Kepercayaan, pembentukan sosial, bangsa, agama atau kumpulan sosial
adalah perkara-perkara yang terlibat di dalam proses sosialisasi murid. Mereka
belajar, membentuk tingkahlaku berdasarkan budaya setempat. Keadaan ini
berlaku hasill dari interaksi mereka dengan masyarakat.

Projek dalam Pendidikan Jasmani seperti kem bola sepak atau pendidikan
luar, merupakan satu cara pengajaran amali yang memberi peluang kepada
pelajar untuk mempelajari kemahiran‑kemahiran tertentu dengan lebih
terperinci dalam tempoh masa yang lebih panjang. Projek dalam Pendidikan
Jasmani dianggap berkesan untuk memupuk keseimbangan perkembangan
mental dengan perkembangan rohani, jasmani dan sosial pelajar. Projek dalam
Pendidikan Jasmani di sekolah boleh memberi arah dan hala tuju kepada
pelajar supaya menceburkan diri dalam aktiviti yang berfaedah. Projek juga
dapat merangsang penglibatan masyarakat setempat yang mempunyai
kemahiran
Ekoran daripada penglibatan aktif dalam aktiviti fizikal dan pengetahuan
dalam bidang kemahiran‑kemahiran gerakan yang dipelajari ketika sekolah
adalah diharapkan berjaya memupuk gaya hidup yang sihat selepas alam
persekolahan. Hasilnya masyarakat Malaysia yang mempunyai kecergasan
mental juga fizikal yang sihat akan lahir dan kesemua aspek ini akan
merangsang pembentukan budaya setempat yang positif.

Pengaruh politik
Aktiviti Pendidikan Jasmani seharusnya dirancang untuk memperkukuhkan
interaksi antara pelajar dan sekaligus memupuk integrasi antara kaum
dalam masyarakat majmuk Malaysia. Pendidikan ini juga boleh memupuk
sifat kesopanan, berdikari, kerajinan bekerja, berdisiplin dan patuh kepada
undang‑undang yang membentuk pelajar menjadi warganegara yang berguna.
Kriteria pemilihan aktiviti Pendidikan Jasmani perlu mengambil kira dengan
keadaan politik tempatan.

UJIAN 2

1. (i) Program Intramurals


Program intramurals melibatkan semua pelajar tetapi merupakan
program pengukuhan dan pengayaan kurikulum yang diajar dalam kelas
200  JAWAPAN

Pendidikan Jasmani. Program gerak kerja kokurikulum dalam lingkungan


sekolah (intramurals) melibatkan semua pelajar; mereka wajib memilih
persatuan dan unit beruniform yang diminati.
(ii) Progr am Extramurals
Program extramurals melibatkan pelajar‑pelajar yang lebih mahir dari
pelajar dalam program intramurals. Program extramural melibatkan
mereka yang mempunyai kemahiran yang melebihi rakan. Contohnya
mewakili rumah dalam kejohanan olahraga antara rumah. Dengan kata
lain program extramurals pula menjalankan kegiatan dalam lingkungan
sekolah
(iii) Program antara Sekolah
Program antara sekolah meliputi pertandingan peringkat daerah, negeri
atau kebangsaan. Pemilihan murid keperingkat ini adalah melalui
program-program yang telah dilaksanakan pada peringkat awal iaitu
intramurals dan ektramurals. Mereka yang terbaik akan mewakili sekolah
keperingkat yang seterusnya. Tujuan penyelarasan program adalah
untuk mempastikan segala perancangan aktiviti sukan dijalankan seiring
dengan sekolah-sekolah di Malaysia.
Majlis Sukan Sekolah-sekolah Negeri mengendalikan program antara
sekolah pada pusingan awal dan tujuannya ialah untuk memilih peserta
yang terbaik untuk mewakili negeri. Pendedahan murid kepada aktiviti-
aktiviti tersebut memberikan peluang untuk mereka melibatkan diri ke
peringkat yang lebih tinggi secara tidak langsung meningkatkan semangat
bertanding dan memotivasikan mereka untuk berusaha lebih keras untuk
mencapai matlamat.

2. Fisioligikal, pengetahuan, sosial dan emosi murid pada sesuatu peringkat.

3. Merupakan salah satu langkahuntuk membina semangat, meningkatkan


prestasi juga minat dan menggalakkan pelajar bergiat lebih aktif dalam aktiviti
Pendidikan Jasmani.

4. Guru Pendidikan Jasmani yang mahir berupaya memanipulasikan aktiviti


mengikut keperluan masyarakat setempat. Penumpuan kepada aktiviti
kemahiran motor yang digunakan dalam aktiviti masyarakat setempat
merupakan salah satu langkah untuk membina semangat, meningkatkan
prestasi juga minat dan menggalakkan pelajar bergiat lebih aktif dalam aktiviti
Pendidikan Jasmani.
Kepercayaan, pembentukan sosial, bangsa, agama atau kumpulan sosial
adalah perkara-perkara yang terlibat di dalam proses sosialisasi murid. Mereka
belajar, membentuk tingkahlaku berdasarkan budaya setempat. Keadaan ini
berlaku hasill dari interaksi mereka dengan masyarakat.
Projek dalam Pendidikan Jasmani seperti kem bola sepak atau pendidikan
JAWAPAN  201

luar, merupakan satu cara pengajaran amali yang memberi peluang kepada
pelajar untuk mempelajari kemahiran‑kemahiran tertentu dengan lebih
terperinci dalam tempoh masa yang lebih panjang. Projek dalam Pendidikan
Jasmani dianggap berkesan untuk memupuk keseimbangan perkembangan
mental dengan perkembangan rohani, jasmani dan sosial pelajar. Projek dalam
Pendidikan Jasmani di sekolah boleh memberi arah dan hala tuju kepada
pelajar supaya menceburkan diri dalam aktiviti yang berfaedah. Projek juga
dapat merangsang penglibatan masyarakat setempat yang mempunyai
kemahiran
Ekoran daripada penglibatan aktif dalam aktiviti fizikal dan pengetahuan
dalam bidang kemahiran‑kemahiran gerakan yang dipelajari ketika sekolah
adalah diharapkan berjaya memupuk gaya hidup yang sihat selepas alam
persekolahan. Hasilnya masyarakat Malaysia yang mempunyai kecergasan
mental juga fizikal yang sihat akan lahir dan kesemua aspek ini akan
merangsang pembentukan budaya setempat yang positif.

TOPIK 9: Pembestarian dalam pengajaran


dan pembelajaran
Latihan 9.1
Sekolah bestari berkonsepkan Institusi pembelajaran yang telah direka semula
secara menyeluruh dari segi amalan Pengajaran & Pembelajaran dan pengurusan
sekolah untuk menyediakan pelajar yang seimbang dari intelek, rohani, emosi dan
jasmani bagi menghadapi zaman maklumat.

Latihan 9.2
Ciri-ciri pembelajaran berpusatkan ialah:
• Pelajar mengambil bahagian dengan aktif.
• Pembelajaran dapat merangsang dan memberi peluang kepada pelajar
berinteraksi dalam antara pelajar tanpa batas sempadan.
• Pelajar digalakkan berinteraksi dengan guru.
• Pelajar dapat berinteraksi dengan resos yang disedia oleh guru.
• Pelajar diberi kebebasan untuk mengemukakan hujah atau pandangan dengan
bukti konkrit dan saintifik.

Latihan 9.3
Guru Pendidikan Jasmani perlu merancang aktiviti berdasarkan ciri-ciri pelajar.
202  JAWAPAN

Sebelum merancang aktiviti guru perlulah menganalisi, membuat pegamatan


dan pemerhatian tentang ciri-ciri pelajarnya. Contohnya bagi pelajar yang belajar
menggunakan gaya visual, guru boleh merancang aktiviti mengajar menggunakan
perisian multimedia interaktif tentang teknik-teknik sukan dalam Pendidikan
Jasmani. Bagi pelajar audiotori pula guru boleh meminta pelajar ini melatih teknik
yang di pelajari.
Dalam merangka dan merancang pendekatan pembelajaran guru Pendidikan
Jasmani perlu merangka pendekatan yang sesuai dengan aktiviti. Guru boleh
menyediakan soalan yang memcabar dan memerlukan kajian contoh kenapa
badminton mempunyai fizikal yang rendah seperti Ardy Wiranata boleh menguasai
gelangang badminton dunia. Bagi mencari jawapan ini pelajar akan mengabungkan
teori sains dengan sukan. Pelajar akan mengakses maklumat secara kendiri untuk
mencari jawapan. Pelajar juga akan mencari maklumat dengan menggunakan
internet (kaedah pembelajaran berbantukan komputer).
Dalam strategi pembelajaran, guru memikirkan strategi pembelajaran yang sesuai
digunakan berdasarkan pelajar dan objektif pembelajaran. Bagi mencapai objektif
pembelajaran dan meningkatkan keselamatan, strategi direktif digunakan bagi
aktiviti berisiko tinggi yang memerlukan pemerhatian guru. Unsur kerjasama amat
penting dalam Pendidikan Jasmani, pelajar perlu berkerjasama untuk menjayakan
objektif pembelajaran. Dalam keadaan ini guru boleh menggunakan strategi
koperatif.
Bagi menilai kemahiran dalam Pendidikan Jasmani guru perlu membuat penilaian.
Ujian kardiovaskular boleh dijadikan kayu pengukur untuk menguji keberkesanan
Pendidikan Jasmani dengan kesihatan kardiovaskular. Rekod ujian kardiovaskular
perlu disimpin oleh guru dengan baik. Pelajar juga boleh diminta menyediakan
portfolio bagi membentuk kefahaman yang mendalam terhadap sesutu sukan.
Penggunaan pengajaran menggunakan teknik kemahiran berfikir seperti membuat
klasifikasi, menerangkan sebab dan membuat ramalan selalu digunakan dalam
mengajar matapelajaran Pendidikan Jasmani. Terdapat berbagai lagi teknik dan cara
yang boleh dilakukan oleh guru Pendidikan Jasmani untuk membentuk pengajaran
dan pembelajaran bestari.

UJIAN 1
1. • Mencapai matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan
• Membangunkan tenaga kerja untuk Zaman Maklumat

2. (i) Ciri-ciri Pelajar


(ii) Pendekatan pelajaran
(iii) Strategi pembelajaran
(iv) Intergrasi kemahiran generik
JAWAPAN  203

3. • Memberi fokus tugasan kepada pelajar yang bersesuaian


• Membentuk dan mengajukan soalan bersifat terbuka.
• Memberi masa kepada pelajar mengemukakan respon
• Menglibatan pelajar berasaskan kekuatan dan kelemahan pelajar.
• Menggalakan dan memberi peluang seluas-luasnya kepada pelajar untuk
berinteraksi secara individu, kelas atau kumpulan.
• Menyediakan prosedur pemantauan aktiviti pelajar
• Merancang dan membuat penilaian secara kolaboratif.

4. • Mengakses maklumat
• Mencari maklumat
• Meneroka maklumat
• Menerima maklumat
• Mengumpul maklumat
• Memproses maklumat
• Menggunakan maklumat

5. Perbezaan di antara pembelajaran koperatif dan pembelajaran kolaboratif:

Pembelajaran Koperatif Pembelajaran Kolaboratif


Satu strategi pembelajaran berteraskan Berasaskan kepada idea bahawa
pasukan kecil. Setiap murid bertanggungjawab pembelajaran adalah satu tingkah laku
tentang pencapaian kumpulan. sosial. Pembelajaran berlaku melalui
perbincangan atau komunikasi fizikal
atau virtual.
Setiap ahli bergantung dalam menentukan Tiada perjanjian atau pergantungan
kejayaan pasukan. dalam kolaborasi bersama.
Peranan guru sebagai fasilitator, Pemantauan guru pada tahap minimum
menstrukturkan dan memantau aktiviti dan tidak berstruktur.
pasukan mencapai objektif.
Hasil secara kumpulan. Hasil secara individu.

6. • Pengajaran Berbantukan Komputer


• Pembelajaran Berbantukan Komputer

Ujian 2
1. (i) Sekolah Bestari dihubungkan dengan jaring kawasan tempatan (LAN)
204  JAWAPAN

yang membolehkan perkongsian maklumat supaya dapat menggalakan


kerjasama antara pelajar dan guru untuk meningkatkan kualiti pengajaran
dan pembelajaran.
(ii) Sekolah ini juga dihubung melalui jaring kawasan luas (WAN) yang
menyediakan sumber-sumber melalui “on line” untuk membolehkan
guru-guru dan pelajar mendapat maklumat dari rumah.
(iii) Sekolah bestari disesuaikan mengikut kehendak guru pelajar dan
pentadbir dengan menyediakan pelbagai perisian aplikasi
(iv) Guru berperanan sebagai faslitator yang bertanggung jawab menyediakan
situasi yang menggalakan pembelajaran terarah kendiri secara
berdikari
(v) Pentadbir berfungsi sebagai pengurus berkesan.

2. Nyatakan 3 gaya pembelajaran VAK?


(i) Visual
(ii) Audiotori
(iii) Kinestatik

3. Pembelajaran Masteri
Tajuk pembelajaran dipecah-pecahkan kepada beberapa sub tajuk yang
mengikut pemeringkatan pembelajaran. Setelah menguasai sesuatu sub tajuk
pelajar boleh berpindah ke sub tajuk seterusnya. Pembelajaran Masteri memberi
peluang kepada pelajar menguasai sesuatu sub tajuk sebelum berpindah sub
tajuk yang lebih sukar.
Pembelajaran Kadar Kendiri (PKK)
Dalam pembelajaran kadar kendiri pelajar diberi tanggungjawab mengawal
kadar kemajuan pembelajaran mereka melalui modul pembelajaran yang
dibuat berperingkat . Setelah menguasai sesuatu modul tertentu pelajar akan
terus ke tahap yang lebih tinggi atau topik lain.
Pembelajaran Terarah Kendiri (PTK)
Pembelajaran yang digerakkan oleh motivasi daripada dalam diri pelajar.
Objektif utama ialah pembelajaran terarah kendiri ialah mempertingkatkan
dan menguasai konsep pembelajaran sepanjang hayat. Pelajar menentukan
apa yang seharusnya dilakukan, menentukan matlamat, jadual pembelajaran,
mengurus dan laksanakan mod pembelajaran dan menilai hasil pembelajaran
kendiri.Pembelajaran Terarah Kendiri mendidik pelajar menjadi pelajar yang
berdikari dan berdisplin tinggi.
Pembelajaran Akses Kendiri (PAK)
Pembelajaran akses sendiri berlaku tanpa pengawalan secara langsung
daripada guru. Pelajar disediakan bahan resos yang sesuai dengan topik dan
JAWAPAN  205

hasil pembelajaran tertentu. Bahan pembelajaran akan ditempatkan di dalam


bilik akses kendiri. Pelajar akan mengakses maklumat.

4. • Pengajaran dan pembelajaran berpusatkan guru


• Berfokuskan kepada kemahiran asas
• Melatih mengikut prosedur tertentu

5. • Kaedah menilai yang menyeluruh dan holostik dibina


• Mengesan kemajuan pelajar secara lebih fleksibel
• Mengambil kira tahap kesediaan pelajar
• Mengambil kira tahap kecerdasan pelajar

6. • Membanding beza
• Membuat klasifikasi
• Menerang sebab
• Mengesahkan sumber maklumat
• Membuat ramalan
• Usul periksa andaian
• Meneliti bahagian kecil dan keseluruhan
• Membuat inferens
• Membuat generalisasi

TOPIK 10: Pendidikan jasmani suaian


Latihan 10.1
Pendidikan Jasmani suaian didefinisikan sebagai pelaksanaan Pendidikan Jasmani
yang berdasarkan kurikulum Pendidikan Jasmani tetapi diubahsuai berdasarkan
kekangan dan batasan pelajar yang mengikutinya.

Latihan 10.2
• Pengasingan (isolation) mengasingkan orang kurang upaya dengan
masyrakat.
• Penolakkan yang dicerminkan oleh hasrat ibu bapa untuk menghantar orang
kurang upaya keasrama berasaskan dasar pengasingan.
206  JAWAPAN

• Pelindungan yang terlampau, oleh kerana rasa takut terhadap kekurangan ahli
keluaraga yang kurang upaya, orang kurang upaya tidak dibenarkan keluar
dan bercampur dengan masyarakat.
• Mengharapkan perubahan yang drastik dari slot pemulihan.
• Sifat terlalu kasihan dan bersimpati sehingga tidak memberi ruang orang kurang
upaya berdikari.

Latihan 10.3
• Pengetahuan mengenai perkembangan motor menyediakan maklumat
mengenai keadaan dan urutan perkembangan kemahiran motor asas yang
normal. Perkembangan ini berkaitan dengan hasil kematangan biologi dan
interaksi persekitaran.
• Memberi “insinght” mengenai kewujudan faktor-faktor perbezaan individu
dari segi kadar perkembangan dan pembentukan kemahiran motor spesifik.
• Pengetahuan mengenai perkembangan motor memberi idea terhadap
perkembangan kemahiran normal bagi populasi individ u berkeperluan
Istimewa.

1. Objektif-objektif pengajaran bagi pelajar istimewa haruslah nyata, bermakna


dan dirancang unruk jangka masa yang pendek.

2. Tahap Berasingan
Pada tahap berasingan pelajar ini dipisahkan dengan pelajar normal secara
keseluruhan. Pengajaran pada tahap ini membolehkan guru memberi
perhatian sepenuhnya kepada golongan pelajar istimewa ini. Guru juga mudah
merancang aktiviti yang bersesuaian bagi golongan pelajar ini.

Tahap berasingan di bahagikan kepada 3 kategori:
(i) Institusi Khas
Pelajar ini di kumpulkan dalam satu kelas dan juga satu sekolah yang
mempunyai ketidakupayaan yang sama. Contoh institusi ini ialah sekolah
kanak-kanak buta.

(ii) Program bersendirian khas


Pelajar berada di rumah pakar atau guru akan datang mengajar,
melawat dan merawat pelajar ini di rumah. Pelajar ini juga dikawal oleh
keluarga.
(iii) Program berasingan di sekolah khas
Pelajar istimewa dari pelbagai kategori ni di kumpulkan untuk belajar
dalam satu sekolah dalam satu daerah atau kawasan. Contoh institusi ini
ialah sekolah pendidikan khas.
JAWAPAN  207

Tahap Integrasi Persekitaran


Maksud integrasi persekitaran ialah pelajar di integrasikan kedalam sekolah biasa
atau bilik darjah biasa bagi memberi peluang pelajar ini menikmati kemudahan
belajar dalam keadaan normal supaya mereka berpelung menikmati segala
kemudahan dalam keadaan normal seperti pelajar biasa.
Tahap integrasi boleh dibahagikan kepada 3:
(i) Program khas sepenuh masa
Pelajar istimewa ini dimasukan kekelas biasa untuk mengikuti pelajaran biasa
bagi semua mata pelajaran.
(ii) Program khas sepenuh masa yang diawasi
Pelajar istimewa ini dimasukan kekelas biasa untuk mengikuti pelajaran biasa
bagi semua mata pelajaran tetapi di awasi oleh seorang guru.
(iii) Program khas separuh masa
Pelajar istimewa ini dimasukan kekelas biasa untuk mengikuti pelajaran biasa
bagi mata pelajaran tertentu sahaja.

3. • Mengumpulan data berdasarkan ujian dan rekod


• Menginterprestasi data melalui proses analisis 
• Membuat keputusan berdasarkan maklumat yang diperolehi    

4. • Tindakan susulan: Merupakan peringkat memantau kemajuan dan


pencapaian kemahiran motor
• Penilaian: Merupakan peringkat mengukur keberkesanan program bantuan
yang diaplikasikan
• Pengajaran: Merupakan peringkat mengaplikasiakan program bantuan
• Perancangan: Merupakan peringkat membentuk objektif pendidikan jangka
panjang jangka pendek dan modul pengajaran
• Pentafsiran: Merupakan peringkat intepretasi tahap keupayaan motor
semasa
• Pengujian: Merupakan Peringkat mengumpul data dan mengenali prestasi
semasa

5. • Penapisan dan rujukan


• Diagnosis dan penempatan
• Pengajaran dan kemajuan pelajaran
• Klasifikasi sukan    
208  JAWAPAN

UJIAN 2
1. (i) Fizikal
Pendidikan ini lebih memberi tumpuan kepada aspek struktur anatomi
individu. Kawalan postur adalah merupakan asas yang perlu di bina
bagi membolehkan individu mengalami perkembangan, pertumbuhan
dan kematangan motor bersesuaian dengan umur bagi menyediakan
pelajar untuk mempelajari kemahiran motor yang lebih kompleks. 
Tumpuan utama dalam latihan fizikal ini ialah dua aspek iaitu postur
statik (keseimbangan) dan juga postur yang dinamik (pergerakan).   
(ii) Motor
Aspek motor memberi tumpuan kepada perihal kuantiti pergerakan
yang mampu dipamerkan. Motor ini juga melibatkan beberapa prinsip
asas seperti kekuatan, kelenturan, dayatahan kardiovaskular dan otot,
ketangkasan, kepantasan dan kelajuan. Di dalam Pendidikan Jasmani
suaian aspek ini perlu difokus selepas tahap minimum aspek fizikal dan
motor mampu di capai.
Motor juga tertumpu kepada perihal kualiti pergerakan individu dan
perlakuan harus kearah mencapai tahap berkemahiran. Faktor asas yang
terlibat ialah:
• Imej tubuh
• Kawalan objek
• Orientasi spatial (ruang)
• Kemahiran lokomotor dan bukan lokomotor
• Perkembangan kemahiran
• Kecergasan  
(iii) Permainan  
Permainan merupakan tempat untuk pelajar mengaplikasikan
aspek fizikal, motor dan kecergasan. Aktiviti permainan memberi ruang
kepada pelajar istimewa melibatkan diri dalam berkomunikasi dan
melibatkan diri dalam aktiviti sosial. Secara tradisinya aktiviti permainan
ini melibatkan aktiviti-aktiviti sukan dan rekreasi. 

2. (i) Kegelisahan atau keraguan melayan orang yang kurang upaya dalam
interaksi
(ii) Tidak menerima orang kurang upaya sebagai sebahagian daripada
masyarakt serta mengasingkan mereka daripada masyarakat
(iii) Mengambarkan orang kurang upaya sebagai orang yang terlalu tidak
berupaya dan mengharapkan simpati daripada masyarakat
JAWAPAN  209

(iv) Menafikan hak orang kurang upaya dalam masarakat contohnya


menafikan hak mereka untuk mendapat pendidikan
(v) Mengejek, mencaci serta merendahkan nama baik orang kurang upaya

3. (i) Memberi kesedaran kepada pelajar normal tentang kehadiran kanak-


kanak istimewa
(ii) Memberi peluang kanak-kanak istimewa menyesuaikan diri seterusnya
menyertai aktiviti-aktiviti yang disediakan
(iii) Dapat meningkatkan konsep kendiri dan menyakinkan kanak-kanak
istimewa bahawa mereka standing dengan kanak-kanak normal

4. Pendekatan Kategori 

Perlaksanaan program Pendidikan Jasmani ini menerusi kategori berdasarkan


keupayaan spesifik individu dalam populasi khas. Pendekatan kategorini
khusus kepada keupayaan spesifik yang sama. Pendekatan kategori ini amat
berkesan dalam urusan pentadbiran dan tujuan pembiayaan program, selain
daripada menumpukan kepada ketidakupayaan spesifik. 

Berbagai jenis kategori yang boleh kita gunakan dalam mengkategori pelajar
istimewa diantaranya ialah:
(a) Kategori yang melibatkan ketidakupayaan berdasarkan fungsi yang
terjejas dan dijelaskan dengan lebih umum. Contohnya cacat pendengaran
sebagai satu kumpulan Guru juga boleh
(b) Kategori berdasarkan tahap fungsi psikomotor. Di mana ia melibatkan
keupayaan motor, ujian kemahiran bateri ujian
(c) Kategori melibatkan ketidakupayaan untuk menjalani perkembangan
yang normal. Kategori ini melibatkan pencapaian individu dalam proses
perkembangan motor.
Keadaan di mana kes kurang upaya digolongkan mengikut bagaimana
sensori, integrasi dan respon motor terjejas. Individu yang terjejas fungsi
penglihatan atau pendengaran digolongkan dalam ketidakupayaan
dari segi SENSORI (cacat Visual). Individu yang mengalami masalah
pembelajaran (Learning Disability) digolongkan dalam ketidakupayaan
INTEGRASI (Rencat Mental). Individu yang mengalami masalah fizikal
dan neurologi pula digolongkan dalam ketidakupayaan respon MOTOR
(Kecacatan Neorologi).  

Pendekatan Tanpa Kategori


Pendekatan ini tidak berdasarkan kategori ketidakupayaan spesifik. Pendekatan
tanpa kategori lebih kepada tahap keupayaan motor dan pengkhususannya
210  JAWAPAN

adalah lebih bersifat umum dan ini membolehkan interaksi yang lebih luas. 
Pendekatan ini juga dianggap berkesan di dalam bidang pendidikan kerana
dapat menghindarkan tanggapan yang negatif kepada populasi ini dari
populasi umum dan persepsi streotaip. 
Pendekatan tanpa kategori juga bertujuan mengurangkan fokus terhadap
kategori tradisional. Pendekatan tanpa kategori mengemukakan sistem
kategori alternatif. Keadaan di mana kes kurang ketidakupayaan psikomotor
digolongkan kepada tahap-tahap seperti ringan (mild), sederhana (moderate),
serius (severe) dan teruk (profound).
Di antara ujian-ujian yang dijalankan ialah Ujian Bruniks - Oseretsky dan
Ujian Motor Kasar Ulrich. Kanak-kanak dalam kes-kes yang ringan dilihat
sebagai mempunyai keupayaan untuk berfungsi secara lebih baik berbanding
kanak-kanak kes serius dan teruk. Pendekatan seumpama ini adalah dianggap
menggalakkan proses pembelajaran dan keupayaan untuk berfungsi jika dilihat
dari perspektif perkembagaan yang meliputi keseluruhan domain kognitif,
afektif dan psikomotor.
Sistem tanpa kategori ini memfokuskan kepada keupayaan individu (bukan
label spesifik) untuk menjalani program Pendidikan Khas. Semua kes kurang
upaya atau tidak upaya digolongkan sebagai ketidakupayaan perkembangan
(development disability). pendekatan tanpa kategori ini melibatkan penilaian
seseorang individu berdasarkan tahap fungsi biologi atau motor. Sistem
kategori ini tidak melibatkan ketidakupayaan yang spesifik.  
5. Umur kronologi ialah umur sebenar pelajar mengikut tahun.
Umur perkembangan perkembangan fizikal pelajar istimewa dilihat dari sudut
kematangan psikomotor.

6.
JAWAPAN  211

Tahap Pasif
Pada tahap ini guru perlu menggerakkan pelajar mengikut julat pergerakkan
yang mampu dihasilkan. Pergerakan pelajar ini bergantung sepenuhnya
kepada guru.

Tahap Bantuan
Pelajar yang berada pada tahap ini bergantung separa kepada bantuan guru.
Pelajar ini berupaya menggerakkan beberapa sendi dengan sendiri tanpa
bantuan guru.

Tahap Aktif
Pelajar mampu mencapai julat pergerakkan yang lengkap. Pelajar ini hanya
bergantung sedikit saja pada bantuan guru. Pada tahap ini pelajar sudah
mencapai kekuatan dan fleksibiliti yang sesuai dengan umur kronologi (UK)

Tahap Rintangan
Peringkat ini merupakan permulaan kemampuan bagi pelajarb menipulasi
daya isometrik dan isokinetik.

Nyatakan dua komponen objektif-objektif pengajaran bagi pelajar istimewa?

Jawapan:
• Tingkalaku yang dapat diperhatikan
• Kriteria untuk kejayaan berlandaskan bilangan kali berdasarkan peratus
gerakbalas.

You might also like