Welcome to Scribd, the world's digital library. Read, publish, and share books and documents. See more ➡
Download
Standard view
Full view
of .
Add note
Save to My Library
Sync to mobile
Look up keyword
Like this
25Activity
×
0 of .
Results for:
No results containing your search query
P. 1
Rancangan Tempatan Padang Terap

Rancangan Tempatan Padang Terap

Ratings:

4.63

(16)
|Views: 9,965|Likes:

More info:

Published by: Hamizaili B Abd Hamid on Jul 22, 2008
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as PDF, DOC, TXT or read online from Scribd
See More
See less

06/20/2013

pdf

text

original

 
LAPORAN RANCANGAN TEMPATAN DAERAH PADANG TERAP 2002 – 2012
3.0WAWASAN, KONSEP DAN STRATEGI PEMBANGUNAN3.1PENGENALAN
Melalui Rancangan Tempatan Daerah Padang Terap 2002-2012, suatu rangka kerja pembangunan telahdisediakan bagi memandu pembangunan di Kawasan RT sepanjang tempoh berkenaan. Senario semasapembangunan memperlihatkan Kawasan RT adalah sebuah daerah luar bandar yang mengalami senariopembangunan yang rendah di Negeri Kedah. Dengan adanya rangka kerja pembangunan ini, Kawasan RTdijangka akan melalui suatu proses transformasi yang dapat meningkatkan senario pembangunannya padamasa hadapan. Laporan Teknikal telah dapat mengenalpasti kekuatan, kelemahan, peluang dan halangandalam memajukan Kawasan RT. Adalah dirancang dalam tempoh 10 tahun ini, Kawasan RT akan memilikiasas-asas yang kukuh sebagai persediaan menghadapi senario pembangunan yang lebih bersemarakselepas tempoh berkenaan. Sebagaimana wawasan oleh Negeri Kedah untuk mencapai status negeri majupada Tahun 2010 dan Negara Malaysia pula mencapai status negara maju pada Tahun 2020, maka rangkakerja ini akan menyediakan perancangan-perancangan yang selari dengan hasrat tersebut. Di era NegaraMaju dan Negeri Maju, Kawasan RT wajar menjadi sebuah Daerah Luar Bandar Yang Maju. Dalam kontekskesalinghubungan antara kawasan bandar dan luar bandar, Kawasan RT akan mengukuhkankepentingannya yang tersendiri sebagai salah satu entiti dalam sistem perbandaran. Konsep PembangunanPilihan telah disediakan bagi menggambarkan bentuk pelaksanaan rangka kerja ini dalam konteks reruang.Strategi-strategi pembangunan turut digariskan bagi menggerakkan rangka kerja pembangunan Kawasan RTdalam tempoh 2002-2012.
3.2PERSPEKTIF PEMBANGUNAN NEGARA DAN NEGERI PADA MASA HADAPAN3.2.1Dasar Wawasan Negara (2001-2020)
Di peringkat negara, Dasar Wawasan Negara (2001-2020) telah menggantikan Dasar PembangunanNasional (1991-2000) bagi meneruskan usaha mencapai Wawasan 2020. Dasar Wawasan Negaramenetapkan matlamat iaitu:-“Untuk membentuk satu Bangsa Malaysia yang progresif dan makmur yang hidup dalam keharmonian sertaberkongsi untung nasib sepenuhnya dengan saksama. Pertumbuhan ekonomi akan terus diusahakan disamping tumpuan kepada pengurangan kemiskinan dan penyusunan semula masyarakat serta penguranganketidakseimbangan sosial, ekonomi dan wilayah. Di samping meningkatkan tahap kebendaan dankemakmuran, usaha khusus akan diambil untuk menanam nilai sosial dan kerohanian bagi mengimbangsikap kebendaan yang keterlaluan. Dasar Wawasan Negara juga akan terus memberi keutamaan kepadapembangunan yang mampan dan mesra alam untuk memastikan alam sekitar yang bersih, sihat dan menarikserta berupaya memenuhi aspirasi negara”.Dalam memandu pembangunan negara menjadi negara maju, Dasar Wawasan Negara menggariskan terasutama dasar:-
Membina bangsa yang berdaya tahan dengan memupuk perpaduan, menyemarakkan semangatpatriotik, menaikkan kematangan politik, membina masyarakat supaya lebih sanggup bertolak ansur dan penyayang yang tersemat dengan nilai positif serta meningkatkan kualiti hidup dan keutuhanekonomi;
Mewujudkan masyarakat yang saksama melalui pembasmian kemiskinan dan penguranganketidakseimbangan di kalangan dan di dalam kumpulan etnik serta wilayah;
Mengekalkan pertumbuhan ekonomi yang tinggi dengan mengukuhkan sumber pertumbuhan,institusi kewangan dan korporat serta pengurusan ekonomi makro;
Mempertingkatkan daya saing untuk menghadapi cabaran globalisasi dan liberalisasi;
Membangunkan ekonomi berasaskan pengetahuan sebagai langkah strategik untuk meningkatkannilai ditambah semua sektor ekonomi dan mengoptimumkan daya pemikiran bangsa;
Mengukuhkan pembangunan sumber manusia untuk menghasilkan tenaga kerja yang berkebolehan,produktif dan berpengetahuan;
Meneruskan pembangunan alam sekitar yang mampan untuk meneguhkan pertumbuhan jangkapanjang.Rangka Rancangan Jangka Panjang Ketiga (RRJP3 2001-2010) digubal bagi merealisasikan Dasar Wawasan Negara bagi tempoh 10 tahun yang pertama. Ianya mengandungi dasar dan program untukmeneruskan kemajuan pembangunan negara untuk tempoh berkenaan. Secara hierarkinya, Dasar WawasanNegara dan RRJP3 akan turut diadaptasi dan diperincikan pelaksanaannya di peringkat negeri.
3.2.2Wawasan Kedah Maju 2010
Negeri Kedah Darul Aman telah meletakkan sasaran untuk menjadi negeri maju 10 tahun lebih awal daripadasasaran Wawasan 2020. Perspektif pembangunan negeri telah menetapkan Wawasan Kedah Maju 2010sebagai halatuju pembangunan negeri. Matlamat wawasan berkenaan adalah:-“Mencapai taraf Negeri Maju menjelang Tahun 2010 dengan ekonomi yang mampan dan masyarakat yangprogresif. Kemajuan yang ingin dinikmati bukan terhad kepada kemajuan ekonomi dan kebendaan semata-mata tetapi kemajuan yang seimbang dalam aspek sosial, politik, kebudayaan dan kerohanian”.Empat teras strategik telah dikenalpasti sebagai pemacu pencapaian Wawasan Kedah Maju 2010 iaitu:-i. Membangunkan ekonomi yang dinamik, progresif, kompetitif dan berdaya tahan.
Berusaha untuk mencapai kadar pertumbuhan KDNK sebanyak 15% setahun.
BAB 3.0: WAWASAN, KONSEP DAN STRATEGI PEMBANGUNAN
 
3-1
 
LAPORAN RANCANGAN TEMPATAN DAERAH PADANG TERAP 2002 – 2012
Tumpuan kepada sektor perindustrian, teknologi maklumat dan komunikasi, pelancongan, pertaniandan prasarana.
Memupuk pembentukan sebuah ekonomi berasaskan pengetahuan.
Pembangunan sumber manusia.ii. Melaksanakan pembangunan yang seimbang dan membentuk masyarakat yang saksama.
Menghapuskan kemiskinan di kalangan golongan termiskin dan mengurangkan kemiskinan relatif.
Menggalakkan penyertaan bumiputera dalam aktiviti utama ekonomi.
Mewujudkan koridor pembangunan merentasi daerah mundur.
Meningkatkan kemudahan prasarana, utiliti dan kemudahan sosial di luar bandar.
Membangunkan program pembangunan usahawan yang bersepadu.
Meningkatkan pengawasan alam sekitar dan pengawalan pencemaran.
Meningkatkan kepekaan terhadap kepentingan alam sekitar di kalangan generasi muda.iii. Mewujudkan masyarakat yang berilmu dan jatidiri.
Meningkatkan kualiti hidup penduduk.
Meningkatkan kemudahan pendidikan.
Menggalakkan konsep pembelajaran sepanjang hayat.
Mendorong pembentukan masyarakat penyayang.
Memupuk pembangunan rohani dan moral di kalangan generasi belia.
Menyediakan keperluan perumahan, riadah dan sukan.iv. Mengukuhkan institusi dan jentera pentadbiran bagi melaksanakan program pembangunan Kedah Maju2010.
Membentuk Kerajaan Elektronik bagi meningkatkan kecekapan.
Mempertingkatkan jentera perancangan pembangunan negeri.
Menyediakan kemudahan latihan dan kelengkapan.
Memperkukuhkan kedudukan kewangan negeri.Pelan Tindakan Kedah Maju 2010 mengandungi perincian sasaran, dasar dan program yang akanmenyokong pencapaian wawasan ini. Pelaksanaannya adalah menyeluruh iaitu memerlukan tindakan dansokongan dari semua peringkat pentadbiran. Rangka Kerja Pembangunan Kawasan RT yang disediakanakan turut dipengaruhi oleh Pelan Tindakan Kedah Maju 2010 dan Wawasan Kedah Maju 2010.Senario pembangunan akan membentuk gambaran negeri maju seperti mana dihasratkan oleh WawasanKedah Maju 2010. Ia juga akan menetapkan sasaran-sasaran terhadap beberapa pembolehubah bagimemandu pelaksanaan pembangunan. Senario pembangunan yang menjadi pilihan adalah bersifat ‘highperformance’ iaitu satu unjuran pada kadar yang tinggi untuk melonjakkan pembangunan negeri. Senario inimenghendaki Pelan Tindakan Kedah Maju 2010 memperkenalkan dasar dan program baru yang lebihberkesan untuk dilaksanakan dalam tempoh Tahun 2001 hingga Tahun 2010. Dasar dan program baru initurut berupaya mengatasi pencapaian dasar dan program terdahulu yang terkandung di dalam PelanTindakan Pembangunan Kedah (KDAP 1991-2000) (rujuk Jadual 3.2.1).
Jadual 3.2.1:Senario Pembangunan Kedah Maju 2010Pembolehubah2010Kadar Pertumbuhan Tahunan Purata (Peratus)2000-2010
Penduduk (000)1,881.31.6
KDNK (Harga 1987)
Jumlah KDNK (RM Juta)KDNK per Kapita (RM)36,762.019,540.715.08.5
Struktur Ekonomi Mengikut Sektor (Peratus Sumbangan Kepada KDNK)
Sektor UtamaSektor KeduaSektor Tertiari14.040.046.010.514.517.5
Pasaran Buruh
Tenaga Buruh (‘000)Gunatenaga (‘000)Kadar Pengangguran (Peratus)1,346.11,318.02.13.03.1-
Kemiskinan
Kadar Kemiskinan (Peratus)Isirumah Termiskin3.51,000.0--
Imbangan Wilayah(KDNK per Kapita)
KedahMalaysiaKedah / Malaysia19,540.725,148.70.788.55.6-
Sumber: Pelan Tindakan Kedah Maju 2010, UPEN Kedah Darul Aman (2001)
3.2.3Rancangan Struktur Negeri Kedah 2002-2020
Rancangan Struktur Negeri Kedah 2002-2020 adalah bertujuan untuk menyediakan satu rangka pelan spatialyang seimbang, mampan, cekap serta bersepadu dan strategik untuk menggalakkan pembangunan ruangfizikal yang optima di Negeri Kedah berdasarkan matamat yang telah ditetapkan di peringkat negara dannegeri ke arah melahirkan pembangunan mampan dan mengelakkan percanggahan penggunaan sumber.Rancangan Struktur Negeri Kedah 2002-2020 telah mengemukakan pendekatan pembangunan berasaskanKonsep Tertumpu – Berselerak Tertumpu bagi memandu arah pembangunan di Negeri Kedah sehinggaTahun 2020.Penterjemahan konsep ini dalam konteks Negeri Kedah memperlihatkan tumpuan pembangunan dikawasan-kawasan pembangunan utama seperti Alor Star, Sungai Petani dan Kulim akan dipertingkatkan dandiperkukuhkan selaras dengan peranan dan fungsi pusat-pusat tersebut. Kepesatan pembangunan di
BAB 3.0: WAWASAN, KONSEP DAN STRATEGI PEMBANGUNAN
 
3-2
 
LAPORAN RANCANGAN TEMPATAN DAERAH PADANG TERAP 2002 – 2012
bandar-bandar utama ini dan pusat-pusat petempatan utama yang berada di dalam lingkungannya akanmembentuk beberapa kornubasi. Bagi mewujudkan keseimbangan pembangunan di Negeri Kedah,pembangunan akan diselerakkan ke pusat-pusat pertumbuhan berhierarki Pusat Separa Wilayah dan PusatPetempatan Utama bagi membuka peluang kepada pembentukan pusat-pusat pertumbuhan baru di setiapdaerah. Pembangunan juga akan dihubungkan antara satu sama lain melalui Koridor Pembangunan yangmenghubungkan Pusat Separa Wilayah dan Pusat Petempatan Utama berasaskan jaringan sistempengangkutan.Melalui konsep ini, pembangunan di Kawasan RT sehingga Tahun 2020 akan melibatkan:-
Pembangunan berselerak tertumpu ke Kuala Nerang dan Kota Putra sebagai Pusat PetempatanUtama di Kawasan RT.
Pembangunan yang dihubungkan antara satu sama lain melalui koridor-koridor pembangunan danpusat-pusat pertumbuhan baru yang terdapat di sepanjang koridor. Koridor pembangunan akanmenyediakan tanah-tanah berpotensi bagi menampung serakan pembangunan dari pusatpertumbuhan baru yang terdapat di Kawasan RT.Dalam melaksana Konsep Tertumpu – Berselerak Tertumpu, Rancangan Struktur Negeri Kedah 2002-2020mengesyorkan beberapa strategi pembangunan:-i.Strategi Pembangunan Penduduk Dan Sumber Manusia
Ketidak seimbangan agihan penduduk yang melibatkan Kawasan RT akan diatasi melaluipenyusunan semula taburan penduduk dengan menggalakkan pembangunan ke pusat-pusatpertumbuhan yang diwujudkan.
Penyediaan gunatenaga yang mencukupi dan berkualiti di Kawasan RT akan dilaksanakan melaluipembangunan sumber manusia yang berkemahiran dan berpendidikan selari dengan kehendakpasaran.ii.Strategi Pembangunan Petempatan Dan Koridor Pembangunan
Penumpuan pembangunan di Kuala Nerang dan Kota Putra akan memastikan dan memperkukuhkanpusat-pusat pertempatan berkenaan sebagai Pusat Petempatan Utama seperti mana hierarki danfungsi yang ditetapkan.
Kepesatan pembangunan di Pusat Petempatan Utama ini akan diserakkan ke kawasan sekitarnyamelalui koridor pembangunan dan pusat pertumbuhan baru yang terdapat di Kawasan RT.iii.Strategi Pembangunan Perindustrian
Strategi pembangunan perindustrian akan menjadikan Kawasan RT sebagai Pusat PertumbuhanIndustri Sekunder. Pusat Pertumbuhan Industri akan diwujudkan di Naka. Kuala Nerang dan KotaPutra akan memainkan peranan yang penting dalam menyokong pembangunan Pusat PertumbuhanIndustri di Naka.
Sebagai Pusat Pertumbuhan Industri Sekunder, Kawasan RT akan menumpukan kepada IndustriKecil dan Sederhana berasaskan sumber seperti Industri Biotech, Industri Hiliran PertanianKomersial dan Industri Berasaskan Kayu.iv.Strategi Pembangunan Pelancongan
Strategi pembangunan pelancongan melibatkan strategi untuk meningkatkan pendapatanpelancongan dan menumpukan pelancongan domestik untuk Tanah Besar Negeri Kedah sertamenumpukan pelancongan domestik dan antarabangsa untuk Langkawi. Berdasarkan strategipembangunan ini, Langkawi telah disyorkan sebagai Zon Pelancongan Utama manakala KawasanRT disyorkan sebagai Zon Pelancongan Eko. Kedapatan sumberjaya pelancongan ekologimelibatkan hutan simpanan, tanah tinggi, tasik dan sungai akan menjadikan Kawasan RT sebagaidestinasi pelancongan kedua pentingnya selepas Langkawi dan sebagai destinasi pelanconganutama bagi Tanah Besar Negeri Kedah.
Cadangan-cadangan am yang perlu diberi perhatian dalam pembangunan pelancongan adalah dariaspek kemudahsampaian, kemudahan sokongan pelancongan, daya tarikan dan sikap sertakemahiran sumber manusia.v.Strategi Pembangunan Sistem Pengangkutan Dan Perhubungan
Strategi pembangunan sistem pengangkutan dan perhubungan adalah untuk mewujudkan sistemhierarki jalan yang teratur bagi membentuk rangkaian jalan yang efisien untuk memastikan tahapkemudahsampaian yang tinggi serta meningkatkan mobiliti penduduk dan barangan di antara koridor pembangunan.
Strategi pembangunan yang melibatkan Kawasan RT adalah cadangan lebuhraya TEKIH danCentral Spine Road serta cadangan naiktaraf Jalan Alor Star – Kuala Nerang – Kota Putra, JalanSintok – Padang Sanai dan Jalan Kuala Nerang – Pedu.vi.Strategi Pembangunan Kawasan Sensitif Alam Sekitar 
Strategi pembangunan akan menjurus kepada usaha bagi menyepadukan pertimbangan alamsekitar ke dalam perancangan pembangunan gunatanah melalui penumpuan kepadapenguatkuasaan undang-undang dan peraturan alam sekitar.
Strategi pembangunan juga melibatkan langkah memantau dan memelihara kualiti air, udara danparas hangar dengan cara menggalakkan kitaran semula bahan buangan, penggunaan bahanapiyang efisien, pengurusan sistem kumbahan dan pelupusan sisa pepejal dengan penggunaanteknologi terkini dan menggalakkan penanaman pokok.
Pembangunan di Kawasan RT perlu berpandukan kriteria pembangunan yang ditetapkan melaluiDarjah Kesensitifan Kawasan Sensitif Alam Sekitar. Darjah Kesensitifan di Kawasan RTmemperlihatkan Darjah Kesensitifan Tinggi dan Sederhana meliputi sebahagian besar kawasanutara, timur dan selatan Kawasan RT. Manakala Darjah Kesensitifan Rendah tertumpu di kawasantengah dan barat Kawasan RT.
3.3WAWASAN PEMBANGUNAN RANCANGAN TEMPATAN DAERAH PADANG TERAP 2002-2012
BAB 3.0: WAWASAN, KONSEP DAN STRATEGI PEMBANGUNAN
 
3-3

You're Reading a Free Preview

Download
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->