You are on page 1of 6

TAJUK SAJAK: MANA ORANG KITA (ADI DHARMA)

MAKSUD TAJUK: ORANG MELAYU BERUSAHA MEMAJUKAN DIRI

BENTUK SAJAK:

Sajak ini terdiri daripada 5 rangkap


Jumlah baris rangkap pertama ada 5 baris (quint)
Rangkap kedua dan keempat dan kelima ada 7 baris (septaim)
Rangkap ketiga ada 6 baris (sekstet)

Rima akhir rangkap pertama – a/b/c/d/d


Rangkap kedua – a/b/c/d/b/e/e
Rangkap ketiga – a/a/a/a/b/a
Rangkap keempat – a/b/b/c/b/b/d
Rangkap kelima – a/b/b/c/d/e/a

Jumlah suku kata antara 4 hingga 13 suku kata. Paling pendek rangkap pertama baris 1
(orang kita) dan paling panjang rangkap pertama baris 3 (tidak peraga diri demi harga
diri)

Pada keseluruhannya sajak ini berbentuk bebas iaitu tidak terikat kepada puisi lama seperti
pantun atau syair. Ini kerana jumlah baris, suku kata dan rima akhirnya yang tidak sama
atau tidak seimbang.

MAKSUD:

Rangkap 1:

Orang Melayu mempunyai sifat-sifat pemalu sebagai satu budaya di samping tidak
bermegah-megah kerana harga diri. juga bersifat emosional atau perasa, malah tidak
menunjuk-nunjuk (tidak riak) tentang diri dan sesuatu perkara.

Rangkap 2:
Orang asing (bukan Melayu) kurang bermoral (melulu), suka menunjuk-nunjuk diri dan
mengambil hati, berselindung atau oportunis (mengambil kesempatan), suka mengampu
sehingga orang laki-laki tua pun boleh terpedaya dan isterinya jadi tersinggung.

Rangkap 3:
Orang Melayu patuh dan menghormati orang tua di samping menjaga hubungan baik
sesama manusia untuk menjaga imej bangsa terhormat, budaya dan nilai-nilai murni.

Rangkap 4:
Orang asing tidak mempunyai pengaruh moral. Mereka boleh melakukan apa sahaja
asalkan betul menurut budaya mereka yang kadang-kadang bertentangan dengan orang
Melayu.

Rangkap 5:
Orang Melayu yang ternama dan terhormat dari keturunan Puteri Gunung Ledang yang
menjadi rebutan itu sudah tidak ada lagi. Ini menjadikan orang asing sering mendapatkan
kedudukan yang istimewa.

CORAK:

Satira – Menyindir, mengejek, mencemuh, dan menghina terhadap sesuatu kejadian dan
kehidupan. Iaitu menyindir orang Melayu yang terlalu bersifat pemalu, emosional sehingga
boleh menyebabkan mundur dan ketinggalan daripada bangsa lain.

Epigram – mempunyai mesej berupa nasihat, pengajaran dan didaktik moral. Dalam sajak
ini ia member pengajaran dan nasihat terutama kepada orang melayu agar berwaspada
selalu danjangan mudah terpedaya dengan kata-kata orang lain khususnya bagi orang
yang tidak dikenali.

Ode - berupa sanjungan atau memuja, menghormati serta mengangkat sesuatu yang
dibanggakan seperti pahlawan, bangsa, Negara, seni, kehidupan, alam dan tokoh-tokoh
tertentu. Dalam sajak ini ia lebih kepada sanjungan terhadap bangsa Melayu yang
mempunyai nilai moral dan budi pekerti yang tinggi.
ALIRAN:

Realisme - sesuatu yang mengungkapkan kehidupan secara real atau benar seperti yang
dapat dilihat di alam biasa atau dalam kehidupan seharian.

Sajak ini ada mengutarakan tentang golongan orang Melayu yang telah ditipu oleh orang
asing atau orang luar yang mana hal ini pernah terjadi di dunia nyata.

Didaktisisme - mendidik atau memberi panduan soal moral, etika dan keagamaan kepada
masyarakat pembacanya.

Idealisme

NADA:

Kecewa dan Protes - Kecewa dan Protes – kecewa dengan sikap sesetengah masyarakat
orang Melayu yang mudah percaya dengan kata-kata orang luar tanpa usul periksa atau
menyiasat terlebih dahulu tanpa memikirkan akibatnya di kemudian hari.

Harapan – Penyajak berharap bahawa orang Melayu tidak akan mudah terpedaya lagi serta
bangun bangkit daripada kemunduran dan maju dalam segala hal dan apa jua bidang
setanding dengan orang luar yang dikatakan sebagai negara yang maju lagi bertamadun.

Sindiran,

TEMA:

Kemajuan bangsa Melayu (moral, budaya dan ekonomi)

Budaya Melayu tidak sama dengan budaya asing kerana budaya melayu mempunyai harga
diri. Tema ini dapat dibuktikan dalam rangkap 1 dan ketiga menyatakan orang melayu
pemalu kerana mempunyai harga diri dan juga mempunyai nilai-nilai murni iaitu hormat-
menghormati dan taat. Dalam rangkap kedua dan ketiga pula menyatakan bahawa orang
asing tidak bermoral kerana terlalu bebas dan membanggakan diri. Tetapi budaya Melayu
sudah pupus kerana adannya pengaruh dari budaya asing yang membuat mereka bangga
seperti dalam rangkap kelima.

PERSOALAN:

Rangkap 1: mempunyai harga diri


Rangkap 2: tidak bermoral/ bangga diri/ memperdayakan
Rangkap 3: hormat-menghormati/ nilai murni/
Rangkap 4: tidak bermoral/ kebebasan/ perbezaan budaya
Rangkap 5: kepupusan budaya Melayu/ kebanggaan/ kejayaan

PERUTUSAN:

1. Sifat-sifat yang ada pada bangsa Melayu seperti pemalu dan menghormati orang tua
merupakan nilai murni bangsa Melayu.
2. Sebagai orang Melayu, kita tidak boleh terpedaya dengan kata-kata orang asing (orang
luar) tersebut kerana besar kemungkinan mereka mempunyai muslihat atau niat yang
jahat terhadap kita.
3. Orang Melayu perlu mempertahankan budaya sendiri supaya tidak dicemari oleh
budaya asing.
4. Orang Melayu hendaklah betul-betul berusaha untuk maju dan jangan terikut-ikut
dengan budaya suka disegani, emosional, sombong dan bermegah diri.
5. Orang asing berusaha untuk maju dengan cara mengambil kesempatan daripada
kelemahan orang Melayu sendiri.
6. Budaya asing tidak sesuai dengan budaya Melayu.
7. Budaya melayu semakin pupus kerana pengaruh dari budaya barat.
8. Sikap yang suka menunjuk-nunjuk, oportunis, mengampu, memperdayakan orang lain
merupakan sikap yang tidak bermoral.
9. Budaya orang asing dengan budaya orang Melayu sangat bertentangan dan berbeza
(tidak sama). Terutamanya dari segi kehidupan, moral, sosial dan sebagainya.
10. Sesungguhnya nilai-nilai moral yang negatif sudah setentunya akan mengundang
kepada gejala yang tidak diingini. Contohnya masalah sosial.

PENGAJARAN:

1. Kita terutamanya sebagai orang Melayu mestilah berhati-hati walau di mana kita berada
kerana tidak semua manusia yang mempunyai niat yang baik.
2. Kita janganlah mudah terpedaya dengan kata-kata manis orang di sekeliling kita kerana
kita tidak tahu dan tidak pasti akan niat seseorang itu sama ada ikhlas atau tidak
terhadap kita.
3. Sebelum bertindak dan melakukan sesuatu perkara, kita seharusnya berfikir dahulu
buruk dan baiknya akan kesan yang ditanggung terhadap sesuatu perkara itu. Jangan
ikut sesuka hati dan mengikut hawa nafsu sahaja.
4. Kita hendaklah percaya bahawa segala yang terjadi ada hikmahnya. Contohnya
penipuan. Mungkin apabila perkara sebegitu sudah terjadi baharulah kita menyesal dan
baharulah sedar akan kesilapan sendiri.
5. Budaya Melayu semakin pupus kerana datangnya pengaruh dari budaya luar atau Barat.
Tidak kiralah melalui media massa, elektronik, cetak dan sebagainya. Oleh kerana itu,
kita sebagai orang Melayu yang peka akan hal ini akan sentiasa bertanggungjawab serta
berusaha untuk meningkatkan dan memartabatkan bangsa Melayu daripada ditelan
oleh pengaruh-pengaruh luar.
6. Kita sebagai orang Melayu perlulah mempertahankan budaya sendiri supaya tidak
dicemari dan dijajah oleh budaya asing. Semakin negara kian maju dan berkembang,
orang asing atau orang luar tidak ketinggalan akan memesong minda orang melayu ke
jalan yang salah.

GAYA BAHASA:

Asonansi – huruf vokal ‘a’ enam kali: ‘sosial amalan bangsa’ (R3: B4)
Aliterasi – huruf konsonan ‘m’ tiga kali : ‘peraga diri mengulum senyum’ (R2: B3)
Anafora - ‘Tidak’ (R1: B3,4,5)
Simbol – ‘awan biru’ (R5: B6)
Gandaan – ‘sentuh-sentuhan’ (R1: B4), ‘tonjol-tonjolan’ (R1: B5), ‘usik-mengusik’ (R4: B3).
Bahasa Asing – ‘monopoli’ (R5: B7)
Personafikasi – ‘rambut mengintai......’ (R2: B4)

BIBLIOGRAFI DAN SUMBER RUJUKAN

Antologi Sajak Cermin Diri, 2001. Jabatan Perkembangan Kurikulum, Kementerian


Pendidikan: Brunei Darussalam.

Haji Nurazmi Kuntum, 2001. Ulasan Antologi Sajak Cermin Diri. Jabatan Pendidikan Bahasa
Institut Pendidikan Sultan Hassanal Bolkiah, Universiti Brunei Darussalam: Brunei
Darussalam.

Haji Nurazmi Kuntum, 2005. Memahami Sajak dan Novel. Dewan Bahasa dan Pustaka
Brunei: Bandar Seri Begawan.

You might also like