You are on page 1of 7

Saturday, June 20, 2009

Sejarah Pendidikan Jasmani.


Sejarah Pendidikan Jasmani.

Oleh msdn
ZAMAN PRIMITIF DAN PURBA AWAL:


Dalam masyarakat primitif, sukan dan pendidikan jasmani merupakan satu aspek yang amat mustahak
dalam kehidupan seharian. Masyarakat primitif yang kurang stamina, kemahiran, keteguhan dan
kegagahan akan merugikan komuniti mereka. Untuk mempertahankan komuniti dan kewujudan yang
berterusan sesuatu suku itu, para belia harus membina kekuatan, daya tahan, ketangkasan dan
kemahiran untuk menanggung kehidupan mereka.

Kanak-kanak pula akan mempelajari kemahiran melalui peniruan. Para bapa akan mengajar anak lelaki
tentang segala kemahiran yang diperlukan oleh seseorang pemburu atau pelayar. Di antara aktiviti
kemahiran termasuklah memanah, melempar gada dan lembing, memburu binatang, membuat senjata
dan sampan, menangkap ikan dan mendayung kolek. Aktiviti perkembangan fizikal adalah seperti
berenang, berlari, dan mendaki gunung. Aktiviti-aktiviti ini adalah satu keperluan yang diwajibkan oleh
setiap kanak-kanak dalam masyarakat primitif untuk menjamin kehidupan mereka.

Menari merupakan amalan mulia bagi masyarakat primitif. Ia adalah salah satu media utama dalam
proses komunikasi antara manusia dengan roh-roh atau tuhan. Masa dan tempat upacara serta tarian
diadakan akan ditentukan oleh adat resam suku kaum masing-masing.

SUKAN DALAM MASYARAKAT YUNANI PURBA:


Perkembangan pendidikan di Yunani dibahagikan kepada empat tahap:

1. Pendidikan Yunani Homer (zaman prasejarah hingga Olimpik 776 S.M).

2. Pendidikan Yunani Sparta (meliputi seluruh zaman sejarah Sparta).

3. Pendidikan Yunani Athens Awal (776 S.M hingga akhir Perang Parsi pada 480 S.M).

4. Pendidikan Yunani Athens Lewat (dari 480 S.M hingga penaklukan Mekadonia 338 S.M).
Yunani Homer
Tujuan utama pendidikan jasmani dan sukan adalah untuk
membentuk manusia petindak. Peperangan sering berlaku.
Maka, setiap warganegara merupakan perajurit dan
keadaan fizikal yang sihat dan kuat adalah sangat penting.
Senaman bertujuan menghasilkan kualiti-kualiti seperti
kekuatan, daya ketahanan, kepantasan dan keberanian
yang sangat diperlukan dalam peperangan. Di antara
aktiviti-aktiviti sukan yang dimainkan oleh kelas aristocrat
ialah perlumbaan kereta kuda, tinju, bergomol dan lari.
Bagi golongan askar, aktivitinya adalah seperti membaling
lembing, memanah dan mengangkat berat. Dalam zaman
ini, penduduknya boleh dikatakan melibatkan diri dalam
sukan yang memerlukan tenaga dan kekuatan.
Yunani Sparta
Sparta merupakan sebuah negara tentera. Semua rakyat
hanya mempunyai satu profesion iaitu sebagai askar, maka
pendidikan jasmani dan sukan serta semua pendidikan di
Sparta merupakan latihan untuk peperangan. Ini
bertujuan untuk membentuk setiap rakyat sebagai
petindak yang mempunyai kekuatan yang ganas, daya
ketahanan yang tinggi, semangat keteguhan dan
kegagahan serta kemahiran yenyera yang amat diperlukan.
Aktiviti-aktiviti yang dijalankan adalah seperti gimnastik,
lari dan lompatan serta permainan bola.
Aktiviti-aktiviti lain termasuk lawan pedang, acara
lompat, berenang, memburu, gusti, tinju, berjalan kaki,
lempar cakera dan baling lembing.
Yunani Athens Awal
Pendidikan jasmani di Athens mempunyai fungsi lagi selain
daripada untuk menyediakan warganegara di medan perang,
iaitu untuk nilai estetika dan harmoni. Bagi mereka, tubuh badan
adalah sama penting dengan otak. Oleh demikian sukan
dihubungkan dengan falsafah, muzik, sastera, lukisan dan
ukiran. Orang Greek yang menghargai kecantikan (fizikal)
menganggap bahawa gemuk, kurang segar, dan pertumbuhan
yang tidak wajar sebagau mengaibkan dan sebagai tanda kurang
pendidikan.
Di antara program pendidikan jasmani dan sukan bagi kanak-
kanak dalam lingkungan umur 7-12 tahun adalah seperti berlari,
lompatan, memanjat tali, permainan bola, baling lembing dan
lempar cakera bersaiz kecil. Bagi pelajar yang lebih besar (dari
segi umur), aktiviti lebih bertenaga seperti perlumbaan, baling
lembing dan lempar cakera bersaiz besar, lompatan, bertinju,
bergomol dan perlumbaan kereta kuda disediakan.
Yunani Athens Lewat
Selepas perang Parsi, Athens yang dahulu merupakan
masyarakat pertanian, telah berubah menjadi pusat
perdagangan dan sebuah pusat kosmopolitan.
Penduduknya mempunyai lebih banyak masa lapang
untuk perkembangan intelektual. Tujuan sekarang
ialah membentuk manusia bijak dan bukan lagi
manusia petindak. Antara aktiviti-aktiviti fizikal
termasuklah gimnastik, olahraga, lumba berperisai,
baling lembing, memanah, equestrian dan tinju.
Walaubagaimanapun, mereka lebih berminat menjadi
penonton daripada peserta.
SUKAN OLIMPIK
Sukan Olimpik diadakan sekali setiap empat tahun mulai tahun 776 S.M. sukan
ini dijalankan selama lima hari pada bulan Ogos tahun itu bersama-sama
dengan upacara menghormati Zeus (tuhan orang-orang Greek). Boleh
dikatakan segenap lapisan masyarakat seperti petani, golongan bangsawan, ahli
politik dan lain-lain mengambil bahagian. Jadi, perayaan Olimpik merupakan
satu acara mengadakan pertukaran kebudayaan yang berbeza antara negara-
negara kota.
Satu acara sahaja yang diadakan dalam sukan tahun 776 S.M itu, iaitu lumba
lari, dan johan utama adalah Coroibos dari Olis yang memenangi perlumbaan
stadium sejauh 170meter. Acara-acara sukan mula ditambah dengan adanya
perlumbaan jarak jauh, lempar cakera, lompat jauh, baling lembing, bergomol,
tinju dan sebagainya. Dalam tahun 393 (masihi), Maharaja Theodosius telah
menamatkan Sukan Olimpik yang telah diadakan selama 1503 tahun itu.
Usaha untuk menghidupkan semula Sukan Olimpik muncul pada akhir abad
ke-19. Pengasas Sukan Olimpik moden adalah Baron Pierre de Coubertin (1863-
1937), seorang Perancis. Berdasarkan pengaruh beliau, dipersetujui untuk
mengadakan Sukan Olimpik sekali setiap empat tahun, di mana semua bangsa
dijemput mengambil bahagian. Sukan pertama diadakan di Athens dalam
tahun 1896. Sejak itu, setiap empat tahun sukan ini diadakan.

You might also like