You are on page 1of 9

AMALAN-AMALAN SUNNAH PADA BULAN RAMADAN

Oleh Mohd Yaakub bin Mohd Yunus


Bulan Ramadan merupakan bulan yang penuh berkat. Allah melimpahkan kasih sayang-Nya
kepada seluruh hamba-hamba-Nya yang bertakwa. Ganjaran pahala kurniaan-Nya untuk hamba-
Nya yang beribadah pada bulan Ramadan juga berlipat kali ganda melebihi bulan-bulan yang
lain. Justeru itu tidak hairanlah sekiranya bagi golongan yang beriman mereka berlumba-lumba
untuk mempertingkatkan amal ibadah mereka pada bulan yang mulia ini. Berikut adalah
beberapa amalan-amalan yang disyari’atkan bagi seluruh umat islam sempena Ramadan al-
Mubarak ini.

Apabila seseorang melihat anak bulan untuk menentukan tarikh bermulanya bulan Ramadan, dia
hendaklah berdoa dengan doa yang telah diajar oleh Nabi s.a.w iaitu :

"Ya Allah munculkanlah anak bulan ini ke atas kami dengan membawa keberkatan,
keselamatan dan Islam. Tuhanku dan Tuhanmu adalah Allah." - Hadis riwayat al-Tirmizi, no:
3373.

Pada bulan Ramadan ini disyariatkan untuk berpuasa yakni meninggalkan makan dan minum
serta segala perbuatan yang keji dari terbit fajar sehingga terbenam matahari. Sabda Nabi:

"Telah tiba kepada kamu bulan Ramadan bulan yang penuh keberkatan. Allah telah
mewajibkan puasa ke atas kamu semua." - Hadis riwayat Ahmad, no: 9133.

Berpuasa bukan sekadar meninggalkan makanan dan minuman. Tetapi, untuk memperolehi
kesempurnaan di dalam berpuasa seseorang seharusnya juga meninggalkan perkataan-perkataan
yang keji serta perbuatan-perbuatan orang jahil. Rasulullah s.a.w bersabda:

"Puasa adalah perisai. Oleh itu, janganlah seseorang mengerjakan rafath (perkataan yang
keji) atau berbuat sesuatu perkara yang jahil (menyalahi hukum)." – Hadis riwayat al-
Bukhari, no: 1894.

Justeru, disunnahkan bagi orang yang berpuasa meninggalkan perbualan yang lagha (tidak
berfaedah), mengumpat, bercakap kotor, mencerca orang lain dan sebagainya. Puasa juga
mendidik seseorang untuk menjadi penyabar. Oleh itu, seseorang yang berpuasa disunnahkan
bersabar apabila dicerca mahupun diperangi oleh pihak lain dengan mengucapkan
“sesungguhnya aku sedang berpuasa” sebagaimana sabda rasulullah s.a.w:

"Puasa adalah perisai. Oleh itu, janganlah seseorang mengerjakan rafath (perkataan yang
keji) dan berbuat sesuatu perkara yang jahil (menyalahi hukum). Jika seseorang itu
diperangi atau dicaci, dia hendaklah berkata: Sesungguhnya aku sedang berpuasa (Nabi
menyebutnya dua kali). ” - Hadis riwayat Imam al-Bukhari, no: 1894.

Semoga melalui ucapan itu dapat mencegah pihak lain dari mencerca atau memeranginya.
Berbohong boleh mencacatkan kesempurnaan puasa. Oleh itu, syariat melarang seseorang
bercakap bohong ketika berpuasa dan Allah melarang keras perbuatan dengan ancaman tidak
akan menerima ibadah puasanya. Rasulullah s.a.w bersabda:
"Sesiapa yang tidak meninggalkan perkataan dusta dan melakukan perbuatan it uterus
menerus, Allah langsung tidak berhajat (memandang) perbuatannya yang meninggalkan
makan dan minum (puasa)." - Hadis riwayat al-Bukhari, no: 1903.

Umat Islam sepatutnya menggunakan kesempatan di bulan Ramadan yang penuh berkat ini
dengan menggandakan amal kebajikan seperti bersedekah. Rasulullah s.a.w yang sememangnya
terkenal dengan sifat dermawan sentiasa memperbanyakkan sedekah pada bulan Ramadan
berbanding bulan-bulan yang lain. Ibn Abbas r.a berkata:

Nabi s.a.w adalah manusia paling dermawan dalam hal kebaikan dan kemuncak sifat
dermawanan baginda itu ditunjukkan pada bulan Ramadan." - Hadis riwayat al-Bukhari, no:
1902.

Disunnahkan kepada seluruh umat Islam agar bertadarus (membaca dan mempelajari) al-Quran.
Sesungguhnya Rasulullah s.a.w bertadarus al-Quran bersama Jibril a.s pada setiap malam di
bulan Ramadan. Ibn Abbas r.a berkata:

"Jibril a.s menemuinya (Nabi s.a.w ) pada setiap malam di bulan Ramadan hingga bulan itu
berlalu. Nabi s.a.w memperdengarkan bacaan al-Quran kepadanya." - Hadis riwayat Imam al-
Bukhari, no: 1902.

Para salafussoleh adalah antara umat Nabi s.a.w yang diiktiraf sebagai generasi terbaik. Terdiri
daripada kalangan mereka para sahabat baginda s.a.w, para tabi’in dan tabi’ al-tabi’in. Mereka
amat mengambil berat amalan membaca al-Quran pada bulan Ramadan dan sudah menjadi
kelaziman bagi mereka mengkhatam al-Quran berkali-kali pada bulan Ramadan.Bulan Ramadan
adalah bulan di mana pintu Rahmat (kasih sayang) dan pintu keampunan Allah dibuka seluas-
luasnya serta ganjaran pahala dilipat gandakan kepada hamba-Nya tanpa batasan. Oleh itu, kita
hendaklah memperbanyakkan berzikir, berdoa dan memohon keampunan kepada-Nya kerana
pahalanya akan digandakan jauh lebih tinggi berbanding bulan-bulan yang lain.

Jika berkemampuan, berusahalah untuk mengerjakan ibadah umrah pada bulan Ramadan kerana
pahalanya menyamai pahala mengerjakan ibadah haji. Rasulullah s.a.w bersabda:

"Apabila datang bulan Ramadan, kerjakanlah umrah kerana sesungguhnya umrah pada
bulan Ramadan adalah menyamai haji." - Hadis riwayat al-Bukhari, no: 1782.

Menurut al-Hafiz Ibn Hajar al-'Asqalani r.h: "Pahala umrah pada bulan Ramadan menyamai
pahala haji. Tetapi, bukan bererti umrah tersebut dapat mengugurkan kewajipan haji.
Berdasarkan ijmak ulama, umrah tidak dapat menggantikan kewajipan ibadah haji hinggakan
orang yang telah melaksanakan umrah (pada bulan Ramadan) tetap berkewajipan
melaksanakan haji." – Rujuk Fathul Baari, jil. 10, ms. 27

Pada bulan Ramadan terdapat satu malam yang lebih mulia berbanding melakukan ibadah
selama seribu bulan yang dipanggil sebagai lailatulqadar. Firman Allah S.W.T:

"Sesungguhnya Kami telah menurunkan (al-Quran) ini pada malam al-Qadar. Menurut
pengetahuanmu, apakah yang kebesaran yang terdapat pada malam al-Qadar itu? Malam al-
Qadar lebih baik daripada seribu bulan. Pada Malam itu, para malaikat dan Jibril turun
dengan izin Tuhan mereka kerana membawa segala perkara (yang ditakdirkan berlaku pada
tahun berikutnya). Sejahteralah malam (yang berkat) itu hingga terbit fajar." - Surah al-Qadr:
1-5.

Justeru itu, kita semua hendaklah menggandakan ibadah kita pada sepuluh malam yang akhir di
bulan Ramadan terutamanya pada malam-malam yang ganjil, iaitu malam ke 21, 23, 24, 27 dan
malam ke 29 demi mendapatkan malam al-Qadar. Baginda bersungguh-sungguh merebut
peluang hidup untuk melakukan ibadah sambil beri’tikaf di masjid. Ketika beri’tikaf, umat Islam
dianjurkan memperbanyakkan ibadah sunat seperti solat, berdoa, berzikir, membaca al-Quran,
berselawat ke atas Nabi s.a.w, mempelajari ilmu-ilmu agama dan lain-lain. Aisyah r.a berkata:

"Rasulullah s.a.w bersungguh-sungguh beribadah pada sepuluh hari terakhir (bulan


Ramadan) yang tidak pernah dilakukannya pada waktu yang lain." – Hadis riwayat Muslim,
no: 1174.

Solat Tarawih atau Qiyam Ramadan merupakan satu sunnah yang amat dituntut. Umat Islam
perlu menghidupkan malam pada bulan Ramadan dengan amal ibadah seperti solat-solat sunat.
Rasulullah s.a.w bersabda:

"Sesiapa bersolat pada malam Ramadan dengan keimanan sebenar dan mengharapkan
ganjaran (daripada Allah), diampunkan dosa-dosanya yang telah lalu." – Hadis riwayat Imam
Muslim, no: 759.

Semoga huraian ringkas mengenai sunnah menyambut bulan Ramadan al-Mubarak ini dapat
meningkatkan keazaman semua pihak untuk mencontohi Rasulullah s.a.w demi memanfaatkan
keutamaan yang dianugerahkan oleh Allah pada bulan Ramadan al-Mubarak ini.
Kelebihan Ramadan
 Daripada Anas (r.a), Katanya: Bersabda Nabi (s.a.w) : Tiada daripada seorang hamba
apabila melihat ia sehari bulan Ramadan lantas dia memuji Allah  ( kerana kedatangan
bulan rahmat dengan kelebihan dan keistimewaanya) kemudian dibacanya Al-Fatihah
tujuh kali, melainkan diafiatkan Allah daripada sakit matanya pada bulan ini.

 Kelebihan bulan Ramadan dan keagungannya dengan adanya malam Lailatul Qadar yang
dirahsiakan, sehingga mendapat keampunan dan pahala serta darjat dan darjah tertinggi
bagi orang yang berjaya mendapatkan malam Lailatul Qadar dengan dipenuhi amal
ibadah dan bertaqwa kepada Allah, disamping sembahyangnya yang sunat , istiqfar,
tasbih dan berzikir sepenuhnya.

 Berkata Saidina Ali, Nabi (s.a.w) telah bersabda apabila engkau melihat sehari bulan
maka bacalah olehmu "AllahuAkbar" 3 kali, kemudian bacalah :

(Segala kepujian bagi Allah yang telah menjadikan aku dan telah menjadikan
engkau, dan telah menentukan bagi engkau pangkat-pangkat (darjah) dan telah
menjadikan engkau tanda (kekuasaan) bagi sekalian alam) nescaya bermegah
Allah akan Dia dengan malaikat dan firmanNya: Hai malaikat! saksikanlah kamu,
bahwa Aku telah merdekakan daripada api neraka, atau dibacakan :

(Ya Allah, zahirlah Ramadan atas kami dengan keamanan dan keimanan dan
dengan keselamatan dan keIslaman, Tuhanku dan Tuhan engkau Allah.)
 Bersabda Nabi (s.a.w) : Bahawa syurga berlenggang-lenggang ia dan berhias dari setahun
ke setahun kerana masuknya bulan Ramadan. Pada awal malam bulan Ramadan bertiup
angin di bawah Arasy bergeraklah daun kayu lemah-longlainya di dalam syurga.
Terdengarlah desiran daun-daun kayu, hembusan sang bayu syurga yang teramat
indahnya.Seni rentak lagunya menawan seluruh perasaan nurani. Maka berhiaslah
bidadari sekaliannya lalu berdirilah di atas puncak mercu syurga itu. Lantas bersuaralah
bidadari : Adakah orang yang hendak meminang kami kepada Allah, kata bidadari pula:
Apakah malam ini namanya? jawab Malek Ridwan (malaikat), Hai bidadari yang cantik
manis, inilah malam awal Ramadhan, Lalu Allah berfirman: Hai Ramadan bukalah pintu
syurga Bab AlJanan untuk orang-orang yang berpuasa daripada umat Muhammad (s.a.w).
Hai Malek Ridwan tutuplah pintu neraka Al-Jahim daripada umat Muhammad (s.a.w),
hai Jibrail belenggukan syaitan, lontarkannya ke dalam lautan supaya tidak
membinasakan umat Muhammad akan puasanya. Maka berfirman Allah pada tiap-tiap
malam Ramadan tiga kali : Adakah orang yang meminta ampun? Akan Aku ampunkan!

 Pada malam Lailatul Qadar menyuruh Allah Ta'ala akan Jibrail Alaihisalam turun ke
bumi, lalu turunlah Jibrail ke dalam perhimpunan malaikat ke bumi bersamanya bendera
hijau lalu dipacakkan ke atas Kaabah, baginya 600 sayapnya , setengahnya tiada dibuka
keduanya, melainkan pada malam Lailatul Qadar baharulah dibukakan keduanya, hingga
sampai dari timur ke barat ( Musyriq Ke Maghrib ). Untuk menyelamatkan umat
Muhammad, Lalu memberi salam kepada tiap orang yang berjaga pada malam Lailatul
Qadar beribadah kerana mencari keredaan Allah, dan orang-orang yang duduk beribadah,
orang yang sembahyang dan berzikir dan berjabat tangan sesama mereka mukmin dan
mengucap amin doa orang-orang mukmin hingga terbit fajar subuh....... berkata para
malaikat kepada Jibrail , apakah Allah berikan pada hajat orang mukmin dari umat
Muhammad (s.a.w)  pada bulan Ramadan ini? Berkata Jibrail bahawasanya Allah menilik
kepada  umat Muhammad yang berpuasa dan beribadah padanya dan dimaafkan mereka,
diampunkan dosa-dosa mereka, melainkan empat orang yang tiada diampunkan dosanya:
yaitu orang yang kekal minum arak, orang yang derhakakan ibubapanya, orang yang
memutuskan sillaturrahim dan orang yang tidak bercakap dengan saudaranya lebih dari 3
hari.

 Apabila pada malam akhir Ramadan dinamakan malam persalinan. Pada malam hari raya
Aidilfitri didatangkan Allah malaikat kepada tiap-tiap negeri turunlah mereka ke bumi,
berdiri pada permukaan jalan menyeru dengan suara yang kuat, semua mendengarnya
kecuali jin dan manusia berkata mereka, hai umat Muhammad keluarlah kamu
menghadap tuhan yang amat mulia (sembahyang raya di pagi raya) yang memberi
pemberian yang berpanjangan dan mengampun akan dosa-dosa yang besar. Apabila
tibalah umat Muhammad ke tempat sembahyang, firman Allah kepada maliakat : Hai
malaikatKu, apakah balasan orang yang mengambil upah apabila selesai kerjanya ?
Jawab malaikat , hai Tuhan kami, sempurnakanlah upahnya! Firman Allah bahawa Aku
saksikan kamu hai malaikatku, telah aku jadikan pahala mereka dari puasa mereka pada
bulan Ramadan mereka mendirikan sembahyang, ialah keredaanKu dan keampunanKu
kepada mereka! Maka firmannya lagi : Hai segala hambaku, pohonlah kamu kepada ku,
maka demi ketinggianku dan kebesaranku, tiada memohon kepadaku hari ini akak
sesuatu bagi agamamu dan duniamu, melainkan Aku kurniakan kepadamu! (Al-Hadith).

 Sabda Nabi (s.a.w) : Diberi kepada umatku lima perkara yang belum pernah diberi
kepada umat-umat dahulu sebelumnya :
o a) Bau mulut orang berpuasa lebih harum daripada kasturi di sisi Allah
o b) Segala perbelanjaan dan derita lapar selama puasanya adalah syurga
balasannya.
o c) Diampunkan dosa-dosa mereka pada malam Lailatul Qadar.
o d) Amalan yang dilakukan pada bulan Ramadan digandakan kepada 10 hingga
700 kali ganda, melainkan puasa maka ianya bagiKu, Aku balas kepadanya yang
berkuasa menahan syahwatnya, makan minumnnya kerana Aku.
o e) Dan mereka dikurniakan nikmat kepada mereka keseronokkan ketika berbuka
dan ketika menemui tuhan di akhirat.(Al-Hadith)

 Sabda Nabi (s.a.w) : Menunaikan yang sunat diberi balasan pahala fardhu, dan amal
fardhu diberi balasan 70 kali ganda. Bulan puasa adalah bulan sabar (sabar dalam berbuat
taat kepadaNya.), dan sabar itu adalah syurga balasannya bulan ini dilebihkan rezeki
kepada hambanya orang mukmin, diampunkan baginya dosa-dosa. Barang siapa memberi
makan kepada orang berpuasa pahalanya seperti memerdekakan hamba dan diampunkan
dosanya, berkata sahabat : Bagaimana kami tak sanggup memberi makan orang yang
berpuasa (berbuka puasa) ya Rasullullah - Allah memberi pahala ini kepada orang yang
memberi seteguk susu atau sebiji kurma atau segelas air, barang siapa kenyangkan orang
berpuasa diampunkan Tuhan dosanya, diminumkan Tuhan dari kolam Hudh sejenis
minuman yang tiada dahaga lagi kemudiannya hingga masuk ia ke syurga dan pahalanya
seperti pahala orang berpuasa. (Al-Hadith)

 Puasa menurut segala yang disuruh dan menjauh segala pantang larangannya,
diampunkan dosanya, dan bertasbih, bertahlil dibinakan rumah indah dalam syurga.
 Barang siapa hadir ke dalam majlis zikir pada bulan Ramadan, ditulis tiap langkahnya
ibadat setahun, dan pada hari Qiamat bersamaku di bawah Arasy. Siapa tetap berjemaah
dalam bulan puasa didirikan kota bercahaya indah, cemerlangnya , dan yang berbakti
kepada ibubapanya Allah memandang rahmat kepadanya, dan isteri yang berbuat sesuatu
mencari keredaan suaminya, maka pahala yang besar Allah kurniakan kepadanya , seperti
Siti Maryam dan siapa yang menyampaikan hajat orang mukmin, Allah menunaikan
seribu hajatnya, dan siapa bersedekah kepada fakir miskin (yang ada anak isteri) tiap
langkah dikurniakan kepadanya seribu kebajikan, dihapuskan seribu kejahatan dan
diangkatkan seribu darjat baginya. (Al-Hadith).

 Orang yang sembahyang bulan Ramadan tiap sekali sujud, dikurniakan kepadanya 1700
kebajikan, dan dibinakan rumah didalam syurga daripada permata bagi orang yang
berpuasa dan beribadat, 75000 malaikat meminta ampun baginya dari pagi hingga
tenggelam matahari, dan dibina sebuah mahligai baginya . (Al-Hadith)

 Pada hari Qiamat, Allah memerintah Malek Ridwan supaya dikeluarkan orang-orang
berpuasa daripada kuburnya dengan keadaan lapar dan dahaga, lalu disuruh Malek
Ridwan berikan segala keinginan mereka dari segala macam makanan dan minuman
syurga. Maka Malek Ridwan memerintah kepada anak-anak membawa talam-talam
makanan , minuman dan buah-buahan. Sebagai balasan berlapar di bulan Ramadan. (A-
Hadith)

 Orang mukmin yang tidur dalam bulan puasa kerana puasa Ramadan, dia membalikkan
badannya sambil meyebut Allah! maka kata malaikat kepadanya : Rahimakallah (Allah
Mencucuri Rahmat kepada kamu.)
o - Apabila  dia berdiri maka berdoalah hamparannya :  (Wahai Tuhanku,
kurniakanlah kepadanya hamparan permaidani  tebal kepadanya di dalam syurga)
o - Apabila memakai pakaian , berdoalah pakaian (Wahai Tuhanku, kurniakan
kepadanya pakaian syurga)
o - Apabila memakai kasut, berdoalah kasut  (Wahai Tuhanku, tetapkanlah atas
titian Siratul Mustaqim!)
o - Apabila memegang timba berdoalah pula timba : (Wahai Tuhanku kurniakan
kepadanya gelas syurga!)

o - Apabila mengambil air sembahyang , berdoalah air itu : (Wahai Tuhanku


sucikannya daripada segala dosa dan kesalahan!)

o - Apabila berdiri sembahyang , berdoalah rumahnya:  ( Wahai Tuhanku


cahayakanlah kuburnya dan luaskanlah , lapangkanlah kuburnya!)

o Serta menilik Allah kepadanya , maksudnya : HambaKu berdoa dan Aku


menerima! (Al-Hadith)

 Malaikat yang banyak muka bersujud kepada Allah pada hari Qiamat, satu muka sujud ,
satu muka melihat syurga, satu muka melihat neraka, satu muka melihat Arasy , lalu
berkata malaikat itu : Wahai Tuhanku , ampunlah umat Muhammad, kasihanilah mereka!
janganlah disiksa orang yang berpuasa Ramadan dari umat Muhammad! (Al-Hadith)


o Keredaan Allah (bagi orang yang taat)
o Keampuan Allah (bagi orang yang maksiat)
o Jaminan Allah (bagi orang yang taat)
o Kejinakan Allah (bagi orang yang tawakkal)
o Anugerah Allah (bagi orang yang benar).
 Ramadan, Ramada, ertinya : membakar - yakni menghapuskan dosa dosa
orang yang berpuasa dan beribadat bulan Ramadan.
 Ramadan ertinya bulan mendapatkan keredhaan Allah dan keampunan
bagi hambaNya. Orang yang mendapat keredhaan dan keampunan Allah
bererti memberi jaminan (kerana ibadatnya pada bulan mulia dengan
penuh taat) mendapat syurga anugerah Allah bagi hambaNya yang benar
benar melakukan ibadat kerana Nya pada bulan Ramadan termulia ini
dengan ganjaran pahala sehingga seribu kali ganda dan keampunan yang
banyak sekali, teristimewa pada malam Lailatul Qadar.

o "Bahawa di dalam syurga terdapat bilik bilik, dilihat dari luar nampak di
dalamnya dan dilihat dari dalam kelihatan di luarnya, berkata sahabat : untuk
siapakah ya Rasulullah? Lantas Baginda menjawab : Ialah bagi orang yang baik
percakapannya, bagi orang yang memberi makan makanan, bagi orang yang
sentiasa berpuasa, bagi orang yang sembahyang di tengah malam sedang manusia
banyak tidur." (Al Hadith)

 
o "Semulia mulia sedeqah ialah sedeqah pada bulan Ramadhan." (Al Hadith)


o "Puasa itu perisai dan sedeqah itu memadam kesalahan dosa sepertimana air
memadamkan api." (Al Hadith)

o "Siapa memberi makan ( berbuka puasa) kepada orang puasa makan baginya
seumpama balasan pahala orang yang berpuasa dengan tidak kurang sedikitpun ."
(Al Hadith)

 Sabda Nabi (s.a.w) : Tiada daripada seorang hamba berpuasa Ramadan, diam tiada
berkata yang sia sia dan daripada yang haram dan yang makruh, dan sentiasa menyebut
Allah (berzikrullah), menghalalkan yang dihalalkan Allah, mengharamkan akan yang
diharamkan Allah, tiada mengerjakan kejahatan, melainkan sehingga berakhir Ramadan,
telah diampunkan baginya segala dosanya, dan tiap tasbih, tiap tahlil, dibinakan sebuah
rumah yang terindah di dalam syurga daripada permata zamrud, di dalamnya daripada
yaqut merah indah, di dalam rangka permata itu (yaqut) terdapat sebuah khemah, di
dalamnya terdapat bidadari ( hurul ain isteri syurga). Terhias dengan permata bercahaya
indah yang menerangkan bumi seluruhnya.(Al Hadith)

 Sabda Nabi (s.a.w) : Bahawasanya bagi Allah beberapa kejadianNya, dijadikan mereka
supaya menyampaikan segala hajat orang dan supaya orang meminta tolong kepada Nya,
pada menyempurnakan segala hajat yang diperlukan, mereka itulah orang yang aman
daripada siksa Allah (Riwayat At Tibrani) (Al-Hadith)
 Sabda Nabi (s.a.w) : Bahawa pintu langit dan pintu syurga dibuka pada awal Ramadan
hingga akhir malam Ramadan, tiap orang yang bersembahyang pada malamnya
dituliskan baginya tiap satu sujud 1700 kebajikan, dibina rumah baginya di dalam  syurga
daripada yaqut merah indah, baginya 70 pintu daripada emas yang bertatah yaqut permata
yang merah, orang yang berpuasa pada awal Ramadan diampunkan segala dosanya 
hingga ke akhir bulan Ramadan, dibinakan baginya tiap tiap hari sebuah mahligai di
dalam syurga, mempunya 1000 pintu daripa emas, dan meminta ampun baginya 70 000
malaikat  dari pagi  hingga tenggelam matahari (Al Hadith)

 Sabda Nabi (s.a.w) : Kelebihan hari Jumaat pada bulan Ramadan atas segala hari yang
lainnya seperti kelebihan Ramadan atas segala bulan (Al Hadith)

 Barangsiapa mengerjakan ibadat pada bulan Ramadan dengan keimanannya dan


ikhlasnya kerana Allah, maka di ampunkan segala dosanya yang telah lalu (Al Hadith)

 Sabda Nabi (s.a.w) : Tidur orang yang berpuasa itu adalah ibadat, dan nafasnya itu adalah
tasbih, doanya itu mustajab, dosanya diampunkan Allah, dan amal ibadatnya
dilipatgandakan . (Al Hadith)

 Apabila berakhir bulan Ramadan, menangis wali-wali Allah kerana terpisahnya bulan
yang paling mulia yang digandakan ibadat berlipatkali ganda daripada bulan bulan yang
lainnya, bulan Allah mudah menerima ampun taubat hambaNya, bulan yang banyak
sekali diturun rahmat ke alam, bulan yang terdapat padanya malam Lailatul Qadar, suatu
rahmat dan rahsia yang dikurniakan kepada hamba hamba Nya yang  salihin, yang tidak
terdapat pada bulan bulan yang lainnya. Mereka menangis kerana belum tentu akan dapat
menemui bulan termulia ini pada tahun tahun hadapan, kiranya dipanjangkan umur.

 Apabila berakhirlah malam bulan Ramadan, menangislah tujuh petala langit dan tujuh
petala bumi, dan segala malaikat, jerana berlalu Ramadan berlalulah kelebihan, sebab
musibah bagi umatku, dan duduk segala malaikat bagi musibah, orang bertanya : Ya
Rasullullah, apa itu musibah ? Jawab rasullullah (s.a.w), Kerana segala doa padaNya itu
mustajab, sedakah makbul, segala kebajikan digandakan dan siksa kubur diangkat, maka
apakah musibah yang terlebih besar daripada ini bagi umatku?! (Al-Hadith)

 Malam Lailatul Qadar adalah malam rahsia, yang turunnya padanya malaikat Jibrail dan
beberapa malaikat dengan perintah Allah. Orang yang berjaga dengan malam ibadatnya
untuk mendapatkan malam Lailatul Qadar yang terahsia itu yang tidak diketahui oleh
manusia, hanya orang-orang solihin yang hampir, orang berusaha mendapatkan malam
mulia itu dengan berjaga malam pada sepuloh malam Ramadan yang terakhir maka
diampunkan tuhan segala dosanya. Di pahalakannya dengan banyak , dirahmatkannya
dengan limpah kurnia. Dan orang-orang solihin yang dikurniakan Allah mendapat malam
Lailatul Qadar itu satu keberuntungan kebahagiaan bagi akhirat, mendapat keampunan
dan rahmat terbesar, mendapat pimpinan Allah dalam hatinya, mendapat keredaan Allah
dalam hidupnya dunia dan akhirat.

 Malam Aidilfitri, malam raya, disunatkan kepada kita berjaga malam, beribadah,
bertakbir "AllahuAkbar" sepanjang malamnya. Akan mendapat keampunan yang banyak,
pahala yang besar, rahmat Allah tercurah kepadanya. Siapa yang menghidupkan dua
malam raya (AidilFitri & AidilAdha) dengan ibadatnya dan takbirnya , tiada dimatikan
hatinya pada hari yang dimatikan segala hati. (Al-Hadith).

You might also like