You are on page 1of 15

DASAR EKONOMI BARU (DEB) (1970–1990)

PELAJARAN 8
DASAR EKONOMI BARU (DEB)
(1970–1990)

Selepas membaca pelajaran ini, anda seharusnya dapat:

✔ Menghuraikan peristiwa yang membawa kepada


pelaksanaan Dasar Ekonomi Baru; dan

✔ Membincangkan matlamat DEB.

123
P E N G A J I A N K E N E G A R A A N M A L AYSIA

124
DASAR EKONOMI BARU (DEB) (1970–1990)

KANDUNGAN

• Pengenalan 127
• Peristiwa 13 Mei 1969 127
• Hasil Penyiasatan 130
• Tindakan Kerajaan 130
• Dasar Ekonomi Baru (DEB) 132

125
P E N G A J I A N K E N E G A R A A N M A L AYSIA

126
DASAR EKONOMI BARU (DEB) (1970–1990)

PENGENALAN

Dasar pemerintahan Inggeris yang mengamalkan kaedah


“divide and rule” atau pecah dan perintah telah menimbul-
kan implikasi yang buruk terhadap perpaduan masyarakat
Malaysia. Pengelasan kaum mengikut jenis pekerjaan dan
sistem pelajaran yang berbeza telah mengurangkan tahap
interaksi penduduk Malaysia yang terdiri daripada pelbagai
rumpun etnik yang berbeza. Tindakan penjajah yang meng-
asingkan kaum mengikut bidang ekonomi dan persekitaran
tempat tinggal, misalnya orang Melayu kebanyakannya me-
netap di kawasan luar bandar dan bekerja sebagai petani dan
nelayan, orang Cina menetap di kawasan bandar dan ka-
wasan perlombongan serta bekerja sebagai peniaga dan pe-
lombong bijih timah manakala orang India kebanyakannya
tinggal di kawasan ladang-ladang dan bekerja sebagai bu-
ruh, telah menimbulkan kecurigaan antara satu dengan
lain.

PERISTIWA 13 MEI 1969


PERISTIWA

Peristiwarusuhan kaum yang berlaku pada 13 Mei 1969


telah mendedahkan manifestasi sebenar perasaan tiga etnik
yang terbesar di Malaysia. Apabila negara mencapai
kemerdekaan, kita dapati bahawa orang Melayu agak ter-
tinggal dari segi penguasaan ekonomi dan juga pendidikan
manakala orang Cina pula setapak di hadapan dengan
menguasai bidang perniagaan dan bidang ekonomi lain.
Golongan bumiputera merasa gusar akan tertinggal dan
tertindas di bumi sendiri akibat kemiskinan. Masyarakat
Cina dan India pula bimbang tentang syarat-syarat hak
kerakyatan walaupun sebahagian besar daripada mereka ber-
sedia untuk menumpahkan kesetiaan kepada Malaysia.

127
P E N G A J I A N K E N E G A R A A N M A L AYSIA

W alaupun terdapat perbezaan dan pengasingan an-


tara kaum dan tidak ada dasar perpaduan yang khusus
dilaksanakan selepas kemerdekaan hingga tahun 1969,
rakyat pelbagai keturunan ini telah dapat hidup dengan
aman. W alaupun wujud pertelingkahan kaum yang meletus,
misalnya selepas tamat perang Dunia Kedua pada tahun
1946, ia adalah akibat daripada salah faham dan syak wa-
sangka yang timbul kesan daripada pendudukan Jepun.
Dasar Jepun yang anti-Cina dan pro-Melayu telah mem-
bangkitkan kemarahan orang Cina. Apabila Jepun menyerah
kalah, orang Cina yang kebanyakannya merupakan anggota
Bintang Tiga yang bernaung di bawah PartiKo munis Ma-
laya telah mengambil kesempatan sebelum ketibaan Ing-
geris untuk membalas dendam. Ketika darurat, iaitu dari
tahun 1948–1960, berlaku peristiwa pertelingkahan kaum
yang melibatkan anggota Parti Kaum Malaya yang keba-
nyakan terdiri daripada orang Cina dengan pasukan kesela-
matan yang kebanyakan anggotanya terdiri daripada orang
Melayu. Dalam hal ini, ia belum lagi boleh dianggap sebagai
ancaman kepada negara. Bibit-bibit pertelingkahan kaum
ke mudiannya merebak sepertiyang berlaku ketika menyam-
but kenaikan taraf Bandaraya Pulau Pinang pada tahun
1956, di Pangkor pada tahun 1960, di Bukit Mertajam pada
tahun 1966 dan di Pulau Pinang pada tahun 1967, tetapi
peristiwa ini semuanya dapat dibendung. Perasaan anti-
Cina dan anti-Melayu ini kemudiannya kembali membara
apabila Singapura yang dipimpin oleh Lee Kuan Yew mula
memperjuangkan konsep “Malaysia untuk orang Malaysia”
yang secara tidak langsung turut mempertikai kedudukan
dan hak istimewa orang Melayu dan kemudiannya mem-
bawa kepada penyingkiran Singapura dari Malaysia pada
tahun 1965.
Pertelingkahan kaum memuncak dalam sejarah
Malaysia apabila tercetusnya satu peristiwa yang dike-
nali sebagai Peristiwa 13 Mei 1969. Peristiwa yang telah

128
DASAR EKONOMI BARU (DEB) (1970–1990)

mengorbankan banyak nyaw a dan harta-benda ini turut


mendedahkan kepincangan sebenar yang dialami negara.
Peristiwa ini berlaku sebaik sahaja keputusan pilihan
raya umum 1969 diketahui. PartiPerikatan yang sebelum
ini menerajui kepimpinan negara mendapat sedikit majoriti
w alaupun cukup untuk menubuhkan kerajaan. Parti-part i
pembangkang pula berjaya menambahkan bilangan kerusi.
Di Selangor, tidak ada partiyang berjaya mencatat keme-
nangan majoriti. Bagi meraikan kejayaan pertambahan
bilangan kerusi yang dimenangi, parti pembangkang
kemudiannya telah mengadakan perayaan dan perarakan
yang bertujuan lebih untuk menghina orang Melayu di
Kuala Lumpur. Kata-kata kesat yang dilemparkan dan
slogan-slogan yang membangkitkan kemarahan orang
Melayu turut diarak. Sebagai membalas tindakan tersebut,
parti UMNO turut mengadakan perayaan kemenangan
balas. Akibat daripada emosi dan kata-kata yang mem-
bangkitkan perasaan serta kurangnya kaw alan daripada
kedua-dua pihak, tercetuslah tragedi di Kuala Lumpur yang
telah mengakibatkan kehilangan jiwa dan kerosakan harta-
benda. Menurut seorang sarjana, Goh Cheng Teik (1971),
rusuhan etnik 1969 berlaku kerana perubahan imbangan
kuasa antara orang Melayu dengan orang Cina. Andaian
yang dipegang selama ini ialah perimbangan kuasa berlaku
kerana kuasa politik dipegang oleh orang Melayu dan kuasa
ekonomi dipegang oleh orang Cina. Menurut beliau, keme-
nangan orang Cina yang menganggotai parti pembangkang
DAP dan Gerakan telah menyebabkan orang Melayu
merasakan bahawa imbangan kuasa mulai memihak kepada
orang Cina. Kebimbangan ini diperkuatkan lagi dengan
tindak-tanduk penyokong-penyokong Gerakan dan DAP
yang terdiri daripada orang-orang Cina yang mengeluar-
kan kata-kata kesat dan menghina kedudukan orang Me-
layu.

129
P E N G A J I A N K E N E G A R A A N M A L AYSIA

HASIL PENYIASATA N
PENYIASAT

Penyiasatan rasmi yang dijalankan mendapati bahawa antara


punca yang mendorong timbulnya perasaan kebencian
antara kaum ialah kerana kempen pilihan raya yang ber-
langsung selama 6 minggu (dianggap terlalu panjang).
Semasa berkempen, calon-calon yang berucap telah meng-
gunakan isu-isu berbentuk perkauman bagi meraih simpati
daripada pengundi-pengundi serta memastikan kemenangan
mereka. Ungkit-mengungkit dan tindakan mempersoalkan
persetujuan-persetujuan yang telah dicapai antara para
pemimpin semasa proses menuntut kemerdekaan telah
diperkecil-kecilkan dan diputarbelitkan. Hak istimewa orang
Melayu telah dipersoalkan seolah-olah semua rancangan
kerajaan adalah untuk kepentingan masyarakat Bumiputera
semata-mata. Persetujuan tentang bahasa kebangsaan dan
dasar pelajaran kebangsaan yang telah dipersetujui semua
pihak pada tahun 1956 juga telah diungkit semula seolah-
olah bahasa Cina dan Tamil tidak mempunyai tempat lang-
sung dalam dasar tersebut. Di samping itu, kerakyatan
rakyat bukan Melayu turut dipersoalkan. Kempen-kempen
yang berjalan telah membangkitkan perasaan dan kebencian
antara kaum dan akhirnya, perarakan kemenangan sele-
pas pilihan raya umpama mancis api yang menyalakan
emosi perkauman yang meluap sehingga mengakibatkan
tercetusnya pertelingkahan kaum yang serius pada 13 Mei
1969.

TINDAKAN KERAJAAN

Peristiwa berdarah 13 Mei telah memaksa kerajaan untuk


mengisytiharkan perintah darurat. Duli Yang Maha Mulia
SeriPaduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, atas nasihat

130
DASAR EKONOMI BARU (DEB) (1970–1990)

Perdana Menteri dengan serta-merta telah mengisytihar-


kan darurat di seluruh negara. Pengisytiharan ini telah
diwartakan dan berkuat kuasa pada 16 Mei 1969. Peng-
isytiharan ini telah menyebabkan Sistem Kerajaan Ber-
parlimen digantung. Atas perakuan Perdana Menteri, Duli
Yang Maha Mulia SeriPaduka Baginda Yang di-Pertuan
Agong telah melantik Tun Razak bin Dato Hussein, Tim-
balan Perdana Menteri pada waktu itu sebagai pengarah
Majlis Gerakan Negara (MAGERAN) yang bertanggung-
jawab menjalankan kuasa pemerintahan bagi Persekutuan
berdasarkan kuasa yang diwakilkan oleh Yang di-Pertuan
Agong.
M AGERAN berfungsi untuk:
a) mengembalikan keamanan dan undang-undang
negara;
b) menentukan pentadbiran yang licin dan sempurna;
c) mengembalikan suasana harmoni dan kepercayaan
antara kaum di seluruh negara.

Bagi memastikan keberkesanan MAGERAN, sebuah


lagi organisasi penting telah ditubuhkan iaitu Majlis Perun-
dingan Negara yang bertanggungjawab untuk membincang
dan meneliti isu-isu perpaduan negara serta mencari jalan
menyelesaikan masalah masyarakat berbilang kaum. Hasil
perbincangan dan pemerhatian yang dilakukan oleh Majlis
Perundingan Negara, satu masalah ketara yang dikenal pasti
ialah struktur masyarakat majmuk Malaysia. Masyarakat
Malaysia masih terbahagi atas dasar keturunan, agama dan
pekerjaan. Perpaduan yang hendak dicapai bukan sahaja
melibatkan penyatuan kaum tetapi juga penyatuan ekonomi
dan sosial. Bertolak dari situ, Majlis Perundingan Negara
telah bersetuju membentuk satu ideologi negara yang
kemudiannya dikenali sebagai Rukun Negara yang mem-
punyai lima prinsip utama iaitu:

131
P E N G A J I A N K E N E G A R A A N M A L AYSIA

Kepercayaan kepada Tuhan


Kesetiaan kepada Raja dan Negara
Keluhuran Perlembagaan
Kedaulatan Undang-Undang
Kesopanan dan Kesusilaan

Selain dari itu, Majlis Perundingan Negara juga telah


bersetuju untuk membentuk Dasar Ekonomi Baru yang
akan menjadi jentera bagi menyusun semula masyarakat dan
membasmi kemiskinan. Kerajaan juga telah bersetuju untuk
membentuk sebuah organisasi yang diberi nama Jabatan
Perpaduan Negara yang bertanggunjawab untuk menyelaras
kerja-kerja muhibah. Di samping Jabatan Perpaduan
Negara, Majlis Muhibah dan Pejabat Muhibah di peringkat
pusat, negeri, daerah dan kawasan telah ditubuhkan di ba-
w ah peruntukan Peraturan-Peraturan Perlu (Majlis-Majlis
Muhibah) 1969 yang telah diwartakan pada 18 Julai 1969.

DASAR EKONOMI BARU (DEB)

Dasar Ekonomi Baru ialah satu bentuk perancangan yang


dilancarkan oleh kerajaan dalam tahun 1970 melalui Ran-
cangan Malaysia Kedua yang bertujuan untuk membetulkan
ketidakseimbangan sosio-ekonomi yang wujud di negara
ini. Matlamat utamanya ialah perpaduan negara. Menyedari
hakikat bahawa matlamat untuk mewujudkan sebuah
negara yang mempunyai rakyat yang bersatu padu hanya
boleh dicapai sekiranya penduduknya menikmati peng-
agihan ekonomi yang seimbang, DEB telah dirancang de-
ngan mengambil kira kemiskinan serta ketidakupayaan
sesetengah kaum untuk bersaing dengan kaum yang lain.
Di samping itu, DEB yang digubal juga mengambil kira ke-
adaan ekonomi yang tidak seimbang antara kaum. W ujud-

132
DASAR EKONOMI BARU (DEB) (1970–1990)

nya kemiskinan dengan sendirinya telah menimbulkan kete-


gangan antara golongan yang berharta dan yang tidak ber-
harta. Sewaktu tercetusnya peristiwa 13 Mei 1969, masalah
kemiskinan di Malaysia sebenarnya bukan merupakan ma-
salah orang Melayu sahaja tetapi juga masalah kaum-kaum
yang lain. Apa yang memburukkan lagi keadaan ialah orang
Melayu lebih banyak menghadapi kemiskinan berbanding
kaum-kaum yang lain. W alaupun Malaysia mengalami
pertumbuhan ekonomi yang baik, tetapi yang jelas ialah
orang Melayu masih jauh ketinggalan dan kurang mampu
bersaing dengan kaum-kaum lain. DEB dirancang sebagai
satu program jangka panjang yang akan berjalan selama
20 tahun, berm ula dari tahun 1970 hingga tahun 1990.
Rancangan-rancangan pembangunan di bawah Dasar
Ekonomi Baru dijalankan menerusi strategi serampang dua
mata:-
(i) pembasmian kemiskinan tanpa mengira kaum;
(ii) penyusunan semula masyarakat untuk mengurangkan
dan seterusnya menghapuskan pengenalan kaum
mengikut fungsi-fungsi ekonomi.
Bagi memastikan matlamat untuk menghapuskan
kemiskinan tercapai, strategi ditumpukan untuk mengha-
puskan kemiskinan di kawasan luar bandar dan kawasan
bandar. Berdasarkan banci penduduk 1970, didapati bahawa
kira-kira 49.3% daripada semua keluarga miskin di Malaysia
berpendapatan di bawah garis kemiskinan (pendapatan
garis kemiskinan tahun 1970 ialah RM200) dan kira-kira
86% daripada jumlah itu berada di kawasan luar bandar.
Bagi mencapai matlamat, kerajaan telah melaksanakan
pelbagai perkhidmatan dan kemudahan awam melalui
kemudahan pendidikan, kesihatan, bekalan air dan elektrik.
Di samping itu, keutamaan juga diberikan kepada golongan
miskin untuk mendapatkan bantuan seperti progra m
bantuan subsidi baja, biasiswa pelajaran dan buku teks,

133
P E N G A J I A N K E N E G A R A A N M A L AYSIA

makanan tambahan kepada kanak-kanak serta progra m


rumah murah. Menjelang tarikh akhir pelaksanaan DEB,
matlamat untuk membasmi kemiskinan telah tercapai.
Laporan Rancangan Malaysia Keenam telah menunjukkan
bahawa kadar kemiskinan negara pada tahun 1990 ialah
17.1% berbanding 49.3% pada tahun 1970.
Bagi memastikan matlamat yang kedua dalam DEB
tercapai, kerajaan telah cuba memperbaiki keadaan ekonomi
dan pada masa yang sama, menghapuskan pengenalan
kaum mengikut fungsi-fungsi ekonomi. Berasaskan pada
ketidakseimbangan antara kaum, kerajaan telah melancarkan
beberapa program seperti perindustrian dan perdagangan,
pertanian, perlombongan, pembinaan, pengangkutan dan
pertanian. Bagi menjayakan matlamat yang kedua dalam
DEB ini juga, beberapa strategi telah dirancang, antaranya:
(i) Meninggikan daya pengeluaran dan taraf kehidupan
golongan miskin di luar bandar;
(ii) Mengurangkan keadaan yang tidak seimbang dalam
struktur guna tenaga supaya penyertaan pelbagai kaum
dalam sektor utama akan mencerminkan kedudukan
tenaga buruh mengikut komposisi kaum menjelang
tahun 1990;
(iii) Menambah dengan cepat bahagian rakyat Malaysia da-
lam pemilikan sektor produktif.Perhatian khusus akan
ditumpukan kepada kaum Bumiputera yang agak
ketinggalan jika dibandingkan dengan kaum-kaum
lain;
(iv) Mempastikan pembentukan sebuah masyarakat
perdagangan dan perindustrian di kalangan orang Me-
layu dan kaum Bumiputera supaya mereka dapat
menguruskan dan memiliki sekurang-kurangnya
30% daripada semua jenis peringkat kegiatan eko-
nomi.

134
DASAR EKONOMI BARU (DEB) (1970–1990)

Secara keseluruhanya DEB telah berjaya membawa


perubahan dalam tempoh 20 tahun pelaksanaannya, khu-
susnya dalam mencapai matlamat membasmi kemiskinan.
Namun begitu, usaha untuk menyusun semula guna tenaga
perlu diperhebatkan lagi kerana matlamat yang ditetapkan
tidak tercapai sepenuhnya. Bagi memastikan matlamat ini
tercapai, kerajaan telah membentuk Dasar Pembangunan
Nasional yang merupakan kesinambungan pelaksanaan
DEB.

SOALAN PERBINCANGAN 1

Jelaskan langkah yang dijalankan oleh kerajaan selepas


peristiwa 13 Mei 1969.

RINGKASAN PELAJARAN 8

1. Peristiwa 13 Mei telah mendedahkan kepincang-


an negara dalam masalah hubungan kaum.
2. Hasil penyiasatan mendapati bahawa peristiwa
ini tercetus kerana isu-isu perkauman telah di-
bangkitkan semasa pilihan raya umum 1969.
3. Peristiwa 13 Mei telah menyebabkan kerajaan
mengisytiharkan darurat dan MAGERAN telah
dibentuk untuk menjalankan pemerintahan.
4. Bagi mengeratkan hubungan kaum, kerajaan
telah membentuk Rukun Negara sebagai ideologi
negara.
5. Dasar Ekonomi Baru telah dibentuk untuk mem-
betulkan ketidakseimbangan sosio-ekonomi serta

135
P E N G A J I A N K E N E G A R A A N M A L AYSIA

mempunyai matlamat membasmi kemiskinan dan


menyusun semula pengenalan kaum mengikut
fungsi ekonomi.

SOALAN KENDIRI

1. Jelaskan kenapa tercetusnya peristiwa 13 Mei 1969.

JAW AP
AW AN
PA

Soalan Perbi ncangan 1


Perbincangan
Kerajaan telah mengisytiharkan darurat di mana sistem
kerajaan berparlimen telah digantung dan MAGERAN telah
ditubuhkan. Kerajaan telah menubuhkan Majlis Perunding-
an Negara dan seterusnya membentuk Rukun Negara seba-
gai ideologi negara. Kerajaan juga telah melancarkan DEB.

Soalan Kendiri 1
Peristiwa 13 Mei merupakan salah satu rentetan peristiwa
kesan daripada penjajahan Inggeris. Dasar pecah dan
perintah telah memencilkan hubungan antara kaum,
ditambah lagi dengan pengagihan kekayaan yang tidak sama
rata. Kemuncak daripada keadaan ini, semasa kempen
pilihan raya 1969, isu perkauman telah dibangkitkan dan
perarakan selepas pilihan raya telah menimbulkan kemarah-
an dan mencetuskan peristiwa berdarah 13 Mei.

RUJUKAN

1. Asnarulhadi Abu Samah dan Jayum A. Jaw an 1997.


Kenegaraan Malaysia. Universiti Putra Malaysia.

136
DASAR EKONOMI BARU (DEB) (1970–1990)

2. Lotfi Ismail 1980. Sejarah Malaysia 1400–1963. Utusan


Publications & Distributors.

3. Negara Kita: Sejarah, Pentadbiran dan Dasar-Dasar Pem-


bangunan 1982. INTAN.

4. Malaysia Kita: Panduan dan Rujukan Untuk Peperiksaan


Am Kerajaan 1991. International Law Book Services.

137

You might also like