Welcome to Scribd, the world's digital library. Read, publish, and share books and documents. See more
Download
Standard view
Full view
of .
Save to My Library
Look up keyword
Like this
2Activity
0 of .
Results for:
No results containing your search query
P. 1
bahan lucah ?

bahan lucah ?

Ratings:

5.0

(1)
|Views: 611 |Likes:
Published by roszelan

More info:

Published by: roszelan on Jul 22, 2008
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as TXT, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

05/09/2014

pdf

text

original

 
Apakah Itu Bahan Lucah?Istilah lucah selalu disebut dan dikaitkan dengan sesuatu keadaan, perbuatan,perkataan, objek, gambar, gerakan, pakaian, malah cara memandang, menghidu,menggerakkan bibir, aksi jari-jemari dan sebagainya lagi yang kurang menyenangkankerana dianggap tidak beradab atau melanggar tatasusila. Pendek kata, secaraumumnya segala perbuatan zahir yang menimbulkan rasa tidak senang hati atauberunsur provokasi atau mengghairahkan boleh ditakrifkan sebagai lucah. Di Timur,di dunia Melayu ini apa yang boleh dianggap atau ditakrif sebagai lucah lebihbanyak dan lebih meluas.Menurut Kamus Dewan, lucah bererti hina, keji, sangat rendah, tidak senonoh, tidaksopan. Kelucahan pula bermaksud kecabulan, kehinaan dan kekejian. Di Indonesiapula, istilah lucah dianggap sinonim dengan istilah cabul, cabo, cendala, dukana,gasang, jalang, jangak, lacur, lanji, sundal, amoral, asusila, carut, cemar,cendala, dursila, jangak, jorok, keji, kotor, mesum, porno, saru, vulgar; korup,nista, dan rendah. Oleh kerana takrifnya luas, maka apa yang ditakrif sebagailucah seolah-olah bergantung kepada persepsi setiap orang yang menilainya.Sesuatu perkataan mungkin mempunyai maksud yang berbeza bergantung kepada kawasan.Sebagai contoh, perkataan "berahi" pada orang Pantai Timur bermakna suka ataugemar, tapi di Pantai Barat ia boleh ditakrif sebagai perkataan lucah ataumencarut. Perkataan "*****" di Pantai Barat bermakna "membuka atau membelah"contohnya mengopek kelapa, tapi di Pantai Timur ia bermaksud payudara.Lucah hampir pasti dikaitkan dengan seks, hinggakan mungkin ada orang menganggapbahawa jika sesuatu itu menyentuh hal seks, maka ia lucah. Untuk mendalaminya,mari kita amati istilah seksi. Menurut Kamus Oxford, seksi ada dua makna, pertama(sesuatu) yang berkaitan atau berkenaan dengan seks, kedua ialah (sesuatu) yangmenyebabkan keinginan seks. Jika melihat majalah yang memaparkan gambar wanitaberbikini, sebahagian orang tidak menganggapnya lucah walaupun perbuatanmendedahkan aurat dan melihat aurat yang terdedah itu adalah perbuatan mungkarlagi berdosa. Melihat gambar wanita yang berbikini boleh menyebabkan lahirnyakeinginan seks dalam diri seseorang yang melihatnya, dan (pada hemat saya) itusudah masuk ke dalam takrif lucah. Mungkin anda tidak setuju dengan kenyataansaya, namun saya harap ia difikir-fikirkan.Mendedahkan aurat ini tidaklah sehingga telanjang bogel barulah ditakrifkansebagai lucah. Begitu jugalah perbuatan sumbang seperti berpeluk dan bercium dikhalayak ramai, tidaklah sehingga berzina di khalayak ramai barulah ditakrifkansebagai lucah. Pendek kata, segala perbuatan berunsur seks yang menimbulkan rasakurang senang di hati yang melihatnya, atau yang membangkitkan ghairah,memberahikan atau berunsur provokasi boleh ditakrifkan sebagai lucah. Maknanya,jika anda menonton tv dan melihat pelakonnya berpeluk atau bercium, ia bolehditakrifkan sebagai menonton adegan lucah, sebab ia dilakukan di khalayak,walaupun mereka berlakon sebagai suami isteri. Maknanya, tidak semestinya andamenonton video lucah barulah ia menjadi sebenar lucah.Mungkinkah sesuatu bahan ilmiah yang membicarakan mengenai seks juga dianggaplucah? Apakah bezanya bahan lucah berbanding bahan ilmiah? Sebagai contoh, seorangpakar sakit tuan atau sakit puan terpaksa menggunakan istilah-istilah yang biasadigunakan oleh orang ramai bagi menerangkan sesuatu keadaan. Contohnya, merekaterpaksa menggunakan istilah zakar, faraj, payudara dan sebagainya dalamrencananya atau ceramahnya atau penerangannya. Begitu juga halnya sebuah bukumengenai seksologi, atau buku biologi atau yang sepertinya, yang berunsur ilmiah,tapi menyebut istilah atau pendekatan yang boleh menimbulkan rasa kurang senang dikalangan pembaca. Maknanya, pentakrifan lucah boleh menjadi amat luas hinggamerangkumi hal-hal yang seperti ini hingga mungkin akan menyukarkan pula untuk
 
berkongsi maklumat mengenai perkara-perkara yang perlu dan elok diketahui.Ada orang berpendapat bahawa setiap wanita dan lelaki yang mendedahkan auratnyaadalah bahan lucah. Maknanya, bahan lucah itu berada di sekeliling kita. Merekamenyatakan bahawa pendedahan aurat itu boleh menimbulkan rasa kurang senang dihati orang yang melihatnya, boleh membangkitkan ghairah, memberahikan, atauberunsur provokasi. Bukan setakat mereka yang betul-betul berbogel saja yang patutditakrifkan sebagai berkelakuan lucah. Mereka berpendapat bahawa menutup auratadalah salah satu usaha murni bagi membendung jenayah rogol. Wanita di Afghanistanmerasa lebih selamat di zaman Taliban. Bila kerajaan Taliban jatuh, AmerikaSyarikat telah membawa masuk tv satelit yang memaparkan berbagai aksi seks dinegara itu, dan ini mungkin menjadi antara faktor mengapa jenayah rogol meningkatdengan mendadak di negara tersebut.Mari kita renungkan apakah "lucah" menurut Islam. Dalam surah Al-Baqarah Ayat 197Allah berfirman (maksudnya): “Barang siapa yang menetapkan naitnya dalam bulan-bulan tersebut untuk mengerjakan haji, maka janganlah ia bercakap lucah (rafath).Menurut Ibnu Umar, “Rafath” ialah bersetubuh dan bercakap mengenainya”. Ata’ binAbi Rabah berpendapat , “Rafath ialah bersetubuh dan mengucapkan kata-kata lucah.Hukumnya adalah haram”.Imam Ghazali ketika membicarakan mengenai dosa lidah boleh membinasakan seseorangdalam kitabnya Ehya ulum al-Din menyebut: "Antara dosa lidah ialah: menuturkankata-kata yang keji (al-fuhsy), memaki (al-sab), dan menggunakan bahasa yang lucah(bazaah al-lisan)". Memulakan perbincangannya beliau menyebut: "Perkara-perkara diatas adalah tercela, dilarang dan sumbernya adalah daripada sifat keji dantercela". Imam Ghazali seterusnya membawa beberapa Hadis yang melarang umat Islammelakukan perbuatan-perbuatan yang keji tu. Antaranya Hadis-Hadis berikut yangbermaksud: "Hendaklah kamu menjauhkan daripada menuturkan kata-kata yang keji danperbuatan menyebarkan kekejian" (al-Hakim dan Ibnu Hibban); "Bukanlah mukmin (yangbaik) itu: Pencela, pelaknat, penutur kata-kata yang keji dan orang yang lucahpercakapannya" (al-Hakim dan al-Darqutani); "Syurga adalah haram dimasuki olehorang yang keji percakapannya" (Ibnu Abi al-Dunya dan Abu Naim); "Wahai Aisyah!Kalaulah kata-kata yang keji itu seorang lelaki, maka ia adalah lelaki yang jahat"(Ibnu Abi al Dunya); "Kata-kata yang lucah dan perbuatan mendedahkan perkara yangtidak harus didedahkan itu adalah dua cabang daripada sifat-sifat munafik" (al-Tirmizi).Setelah menyebut Hadis-Hadis di atas, Imam Ghazali mengulas : "Itulah Hadis-Hadisyang mencela percakapan yang keji (al-fuhsy). Adapun takrif dan hakikatnya ialah:mengungkapkan perkara yang kotor dengan ungkapan yang terang. Kebanyakannyaberlaku pada perkataan yang menyatakan hubungan kelamin dan perkara yang berkaitandengannya (seperti alat-alat kelamin). Kerana menjadi kebiasaan bagi orang-orangyang rosak akhlaknya menggunakan ungkapan yang nyata dan keji pada perkara-perkaratersebut. Tetapi orang-orang yang soleh mengelak dari menyebut perkara-perkaratersebut secara terang, sebaliknya mereka menyatakannya dalam bentuk kiasan denganmenyebut perkataan yang hampir dan berkaitan dengannya. Terdapat perkataan lucahyang dianggap keji menyebutnya, yang mana kebanyakannya digunakan untuk memaki danmenghina. Perkataan tersebut berbeza-beza daripada segi kejinya; sebahagiannyalebih keji daripada yang lain, dan kadang-kadang ia berbeza-beza mengikut adatsesebuah negeri" (Lihat al-Ghazali, al-Ehya’, jld 3).Antara sifat yang sangat dipertahankan oleh Islam ia mempunyai kaitan yang rapatdengan iman, ialah sifat malu. Orang yang suka menggunakan perkataan yang lucahdan keji mencerminkan ketandusan sifat tersebut dalam dirinya. Sabda Nabi s.a.w.(maksudnya): "Malu itu sebahagian daripada iman, dan iman itu dalam syurga;manakala kelucahan adalah daripada perangai yang kasar (al-jafa’), dan perangaiyang kasar itu dalam neraka" (al-Bukhari dan al-Baihaqi). Memandangkan pentingnya

Activity (2)

You've already reviewed this. Edit your review.
1 thousand reads
1 hundred reads

You're Reading a Free Preview

Download
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->