You are on page 1of 9

1. Pendahuluan.

Dia-lah Allah, yang menjadikan segala yang ada di bumi untuk kamu dan
dia berkehendak menuju langit, lalu dijadikan-Nya tujuh langit. Dan dia
maha mengetahui segala sesuatu.

(Surah Al-Baqarah, ayat:29)

Terjemahan dari petikan Surah Al-Baqarah di atas membuktikan Allah S.W.T telah

mencipta sesuatu penuh dengan berbagai muslihat semata-mata bagi manusia

menerokainya, menggunakannya dan mempraktikkannya sebaik mungkin pada jalan

yang benar dan lurus lebih-lebih lagi dalam dunia pendidikan moden ketika ini. Segala

yang dicipta-Nya mempunyai berbagai hikmah kelebihan untuk digunakan bagi

memudahkan pengajaran guru dan pemahaman pelajar (Zelzy Shahar Al-Johary, 2007).

Dalam erti kata lain, segala yang tercipta oleh-Nya boleh digunakan sebagai alat bantu

mengajar (ABM).

Alat bantu mengajar adalah faktor terpenting dalam menentukan kejayaan program

pembelajaran, meransang keinginan pelajar-pelajar untuk mengetahui sesuatu dan

untuk menjadikan proses pembelajaran lebih baik dan menarik. Terdapat banyak jenis

alat bantu mengajar yang boleh digunakan di dalam proses pengajaran dan

pembelajaran antaranya ialah penggunaan gambar.


2. Penggunaan Gambar.

Penggunaan gambar merupakan salah satu alat (bahan) penting dalam proses

pengajaran dan pembelajaran terutama sekali dalam mata pelajaran sejarah. Di dalam

buku teks sejarah, jelas bahawa banyak gambar hiasan yang bukan sahaja sebagai

ilustrasi malah sebagai bukti sejarah terhadap sesuatu peristiwa. Kepentingan gambar

sebagai alat bantu mengajar bersesuaian dengan pepatah Cina, ‘sekeping gambar lebih

bermakna daripada seribu perkataan’.

Gambar dapat menerangkan hal, peristiwa atau perkembangan dengan lebih mudah

berbanding dengan penjelasan yang panjang lebar. Penggunaan gambar sebagai alat

bantu mengajar juga dapat memberikan gambaran yang konkrit dan menarik selain

daripada menjadikan mata pelajaran sejarah lebih bersifat kreatif dan kurang

membosankan.

3. Tujuan Penggunaan Gambar.

Seperti alat bantu mengajar yang lain, penggunaan gambar sebagai alat bantu

mengajar juga mempunyai tujuannya yang tersendiri. Antara tujuannya ialah ;

a) menarik minat pelajar.

b) mengenal pasti fakta seperti tokoh, benda, objek, peristiwa atau kejadian.

c) memudahkan kefahaman pelajar.

d) membantu pelajar mengimbas kembali pengalaman lama dan mempelajari

pengalaman baru.

e) menimbulkan persoalan kepada pelajar.


f) membangkitkan rasa ingin tahu dan berusaha membuat penyelidikan.

g) membantu memperbaiki skil memerhati.

4. Jenis Gambar

Terdapat beberapa jenis gambar yang boleh digunakan bagi tujuan pengajaran dan
pembelajaran Sejarah seperti gambar foto, gambar lakaran dan lukisan (Abd. Rahim
Abd. Rashid, 1997). Manakala Zelzey Shahar Al-Johary berpendapat gambar itu dapat
diklasifikasikan kepada 9 jenis gambar iaitu gambar foto, bersiri, lakaran dan lukisan,
kepingan wang kertas dan syiling, peta dan glob sejarah, kartun, kad aktiviti sejarah,
poskad, poster, setem dan sampul surat pertama.

Contoh Gambar Foto:

Gambar Sultan Omar Ali Saiffuddien.


Gambar pegawai tentera Askar Melayu Brunei pada tahun 1960an di Port Dickson.

Contoh Lakaran Dan Lukisan:

Lukisan suasana Perang Kastila.


Lakaran Awang Semaun

5. Kriteria-Kriteria Penggunaan Gambar Bagi Pengajaran Sejarah.

a) Kesesuaian gambar yang digunakan bagi sesuatu topik pelajaran itu penting.

b) Gambar yang digunakan itu perlu bersatu dengan isi mata pelajaran sejarah.

c) Gambar itu juga perlu adanya keseimbangan dari aspek warna dan saiz. Ia

merujuk kepada saiz gambar yang besar besar dan warna yang jelas dan terang.

d) Gambar yang dipilih itu perlu dinilai dengan sebaik yang mungkin supaya tidak

menyentuh isu-isu sensitif sehingga menimbulkan konflik.


6. Aktiviti Projek Yang Melibatkan Penggunaan Gambar.

Aktiviti projek penggunaan gambar dalam pengajaran sejarah boleh dibahagikan

kepada dua bahagian iaitu:

a) Aktiviti projek secara individu.

b) Aktiviti projek kumpulan.

c) Aktiviti projek yang melibatkan pelajar serta keluarga.

Aktiviti projek secara individu merujuk kepada pelakasanaan satu projek yang boleh

dibuat dan sesuai dengan kebolehan yang ada pada pelajar berkenaan. Aktiviti projek

kumpulan pula merujuk kepada pelaksanaan satu projek yang dibuat oleh sekumpulan

pelajar yang terdiri beberapa orang ahli. Manakala aktiviti projek yang melibatkan

pelajar serta keluarga ialah satu tugasan projek yang diberikan oleh guru sejarah

dengan memberi arahan bertulis kepada pelajar serta ahli keluarga pelajar tersebut.

Tujuannya adalah untuk membolehkan ahli keluarga turut serta memahami topik

pelajaran sejarah yang dipelajari oleh anak-anak mereka di sekolah.

7. Pembahagian Fasa (Peringkat) Penggunaan Gambar Bagi Satu Sesi


Pengajaran Matapelajaran Sejarah.

Penggunaan gambar bagi satu sesi pengajaran mata pelajaran sejarah boleh ditinjau

melalui 3 aspek yang penting. Ia bertujuan untuk menimbulkan minat para pelajar

untuk mengikuti mata pelajaran sejarah. Selain ini, pembahagian fasa (peringkat itu

juga akan mewujudkan keberkesanan pembelajaran sejarah di kalangan pelajar.


Langkah Persediaan Penggunaan Gambar

Bagi Satu Sesi Pengajaran Dan Pembelajaran Sejarah.

Fasa (Peringkat) Cadangan Penggunaan Gambar

Fasa 1
(Permulaan) Induksi Set

Fasa 2
(Pertengahan) Variasi Aktiviti

Fasa 3
(Akhir/Pertengahan) Latihan

Rajah 1.

Rajah 1 di atas merupakan strategi untuk mengadaptasi teknik penggunaan gambar

bagi satu sesi pengajaran sejarah yang boleh digunakan oleh guru. Penggunaan fasa

pertama (fasa 1) yang berfungsi sebagai induksi set berpotensi untuk menarik

perhatian para pelajar untuk mengikuti topik pelajaran sejarah yang selanjutnya.

Induksi set juga berkeupayaan untuk meningkatkan daya ingatan para pelajar kerana

set induksi tersebut kebiasaannya terdapat kata kekunci untuk para pelajar memahami

isi pelajaran yang dianjurkan (disampaikan) oleh guru.

Fasa kedua (fasa 2) pula merujuk kepada penggunaan gambar yang diselangi dengan

aktiviti. Penggunaan gambar bagi sesuatu aktiviti ini memainkan peranan untuk

mewujudkan interaksi semasa proses pengajaran dan pembelajaran dijalankan. Proses

interaksi ini boleh diperhatikan kepada tiga aspek yang penting iaitu:
a) Interaksi guru dan pelajar

b) Interaksi dalam lingkungan pelajar sahaja.

c) Interaksi perseorangan dengan objek (gambar).

Pertama, interaksi guru dengan pelajar ialah hubungan yang berbentuk dua hala iaitu

guru dengan para pelajar. Antara aktiviti yang relevan dengan penggunaan gambar ini

ialah guru menunjukkan sekeping atau beberapa keping gambar untuk sesi soal jawab

atau mengadakan aktiviti analisis terhadap gambar yang telah ditunjukkan.

Kedua, interaksi dalam lingkungan pelajar pula merujuk kepada aktiviti soal jawab atau

analisis dalam bentuk kelompok yang lebih mesra dikenali sebagai aktiviti berkumpulan.

Setiap kumpulan yang terdiri daripada beberapa orang ahli akan berinteraksi untuk

menganalisis gambar yang diberikan oleh guru. Para pelajar adalah digalakkan untuk

berbincang mengenai isi pelajaran sejarah yang berkaitan dengan gambar yang telah

diagihkan.

Ketiga, interaksi perseorangan dengan objek (gambar) ini merujuk kepada aktiviti yang

bersifat individu (perseorangan). Guru memberikan sekeping gambar atau beberapa

keping gambar kepada pelajar dan pelajar tersebut diminta untuk menyiasat,

menjelaskan, menerangkan atau menceritakan perihal yang berkaitan dengan gambar

secara individu. Maksud interaksi perseorangan dengan gambar juga boleh difahami

dengan pepatah Cina yang berbunyi ‘sekeping gambar lebih bermakna daripada seribu

perkataan’. Ini kerana gambar dapat menerangkan sesuatu hal, peristiwa atau
perkembangan dengan lebih mudah berbanding dengan penjelasan yang panjang lebar.

Gambar dapat memberikan gambaran yang konkrit dan menarik.

Dalam fasa kedua yang melibatkan aktiviti penggunaan gambar ini boleh ditinjau

melalui dua teknik iaitu guru sendiri yang menyediakan gambar atau pelajar sendiri

yang diminta untuk mencari gambar yang dikehendaki oleh guru sebagai pelaksanaan

aktiviti nanti.

You might also like