You are on page 1of 10

SULIT

PERDAGANGAN
MEI
2010
1 ¼ JAM

PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN 2010


SEK. MEN. AGAMA DAERAH BATANG PADANG
TINGKATAN 5

PERDAGANGAN KERTAS 1
Satu jam lima belas minit

JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA


DIBERITAHU

1. Kertas ini mengandungi 40 soalan objektif

2. Jawab SEMUA soalan


________________________________________________________________

Kertas soalan ini mengandungi 10 halaman bercetak

Lihat sebelah
SULIT
ARAHAN : Setiap soalan diikuti oleh empat pilihan jawapan iaiti A, B, C dan D. Pilih satu
jawapan sahaja yang paling tepat. Jawab semua soalan.
1
1 . Jadual 1 menunjukkan penyata pendapatan dan perbelanjaan Encik Roslee.

Berapakah jumlah perbelanjaan Encik Roslee untuk memenuhi keperluannya?

A RM210
B RM420
C RM1 380
D RM1 800

2. Antara pernyataan berikut, yang manakah benar tentang keperluan manusia?

A Keperluan manusia terlalu banyak dan tidak terbatas masa kini


B Keperluan manusia perlu dipenuhi supaya hidup lebih selesa dan seronok
C Keperluan fisiologi lebih utama daripada keperluan keselamatan, sosial dan
rohani
D Keperluan asas manusia berubah berdasarkan pendapatan, umur, dan cita rasa
seseorang

3. Rajah menunjukkan Hierarki Keperluan Maslow.

X merupakan

A keperluan asas
B keperluan penghargaan
C keperluan kasih sayang
D keperluan keselamatan

4. Perdagangan merupakan

2
A satu cabang daripada seluruh proses pengeluaran
B semua kegiatan membeli dan menjual barang dan perkhidmatan
C perkhidmatan untuk memudah dan menggerakkan aktiviti perniagaan
D pengagihan bahan mentah dari sektor utama kepada pengeluar

5. Dua cabang utama perdagangan ialah


I pengkhususan
II perniagaan
III perkhidmatan langsung
IV bantuan perniagaan

A I dan II
B I dan III
C II dan IV
D III dan IV

6. Antara berikut, yang manakah benar berkenaan perniagaan?


A Merupakan proses menghasilkan barang-barang dan perkhidmatan.
B Merupakan proses mencipta nilai faedah ke atas barang-barang dari segi tempat
dan masa.
C Berjual beli untuk mendapat keuntungan.
D Bertujuan mendapatkan wang untuk memenuhi keperluan manusia.

7. Tujuan perniagaan adalah untuk


A memenuhi keperluan dan kehendak
B mendapat keuntungan
C mendapat nilai faedah
D mendapat dividen

8. Rajah berikut merupakan satu jenis saluran agihan yang melibatkan hanya satu kumpulan
perantaraan

Apakah X, Y, dan Z?

A Pengeluar Ejen Pengguna


B Pengeluar Pemborong Pengguna
C Ejen Peruncit Pengguna
D Pengeluar Peruncit Pengguna

9. Saluran agihan yang paling sesuai untuk memasarkan mesin, jentera dan kenderaan ialah
A pengeluar ---> pengguna
B pengeluar ---> ejen ---> peruncit ---> pengguna
C pengeluar ---> peruncit ---> pengguna
D pengeluar ---> pemborong ---> pengguna
10. Jober para ialah

3
A pemborong yang membekalkan barang-. barang kepada peruncit dengan
mengawasi pergerakan stok barang.
B pasar borong di mana peruncit dapat membeli barang secara pukal dengan
harga yang rendah.
C peniaga yang membeli pelbagai jenis barang daripada pelbagai pengeluar dan
menjualnya kepada peruncit.
D peniaga yang menyediakan kemudahan penyimpanan, pengangkutan dan
memberi kredit kepada pelanggan.

11. Berikut adalah sebab pemborong memerlukan gudang. Yang manakah tidak
memanfaatkan pengguna?
A Menyimpan keluaran bermusim
B Melakukan kerja akhir
C Menyimpan stok untuk tujuan spekulasi
D Membeli secara pukal

12. Pilih pernyataan yang benar tentang broker.


I Broker membantu menemukan penjual dan pembeli
II Broker tidak mempunyai hak milik terhadap barang dagangan
III Broker mewakili pihak penjual
IV Broker memberi bantuan kewangan kepada penjual

A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D II dan IV

13. Semua pernyataan berikut adalah benar kecuali


A melalui bayaran tertunda, pembeli mempunyai hak milik ke atas barang setelah
membuat bayaran pendahuluan
B penjual boleh menarik balik barang yang dijual secara bayaran tertunda jika
pembeli gagal menjelaskan bayaran
C melalui bayaran sewa beli, hak milik ke atas barang hanya berpindah kepada
pembeli setelah menjelaskan semua bayaran
D penjual boleh mendakwa pembeli jika pembeli gagal menjelaskan semua
bayaran bagi barang yang dibeli secara bayaran tertunda

14. Pemborong membeli barang-barang secara pukal daripada pengilang kerana


A dapat menjimatkan kos pengendalian gudang
B dapat menikmati kemudahan kredit yang disediakan oleh pengilang
C dapat memperoleh diskaun niaga yang tinggi
D dapat membekalkan barang secara pukal kepada peruncit

15. Pemborong berfungsi sebagai pemodal kepada pengeluar dengan cara


A menyediakan kemudahan pergudangan
B membeli secara pukal
C membeli secara tunai
D memberi kredit kepada pengeluar

16. Sistem perbankan Islam (SPI) mengamalkan konsep berikut kecuali

4
A perkongsian untung dan rugi.
B persyarikatan.
C pembahagian faedah secara tetap.
D simpanan dengan jaminan.

17. Antara berikut pernyataan yang manakah benar tentang Bank Saudagar?
I Bank Saudagar menyediakan perkhidmatan kepada saudagar, syarikat, dan
orang ramai
II Bank Saudagar membantu pelabur individu, syarikat, dan kerajaan
menguruskan pelaburan
III Bank Saudagar membantu syarikat melakukan pengambilalihan dan
percantuman syarikat-syarikat
IV Bank Saudagar membantu syarikat berhad menerbitkan syer dan
menyenaraikannya di pasaran saham

A I dan II
B II dan III
C III dan IV
D I dan IV

18. Antara langkah-langkah Bank Negara untuk mengawal kestabilan ekonomi adalah dengan
cara
I menambah atau mengurangkan nisbah rizab berkanun.
II mengurus kadar faedah oleh bank.
III menyediakan Biro Kredit.
IV menggalakkan orang ramai menyimpan wang.

A I, II dan III
B I, II dan IV
C I, III dan IV
D I, II, III dan IV

19. Semua pernyataan yang berikut adalah benar tentang Biro Kredit kecuali
A ditubuhkan oleh Bank Negara Malaysia.
B menjelaskan cek-cek antara bank perdagangan.
C mengawasi pengeluaran cek tak laku.
D menentukan peraturan dan denda ke atas pemegang akaun semasa yang
mengeluarkan cek tak laku.

20. Antara berikut, pernyataan yang manakah benar tentang SPI?


I Konsep perkongsian untung rugi diamalkan
II Unsur riba dan maisir tidak dibenarkan
III Simpanan diterima daripada orang ramai berdasarkan prinsip Mudharabah
IV Simpanan daripada syarikat swasta dan kerajaan diterima untuk tujuan
pelaburan
A I, II dan III
B I, III dan IV
C I, II dan IV
D II, III dan IV
21.Puan Sarah seorang ibu tunggal yang berusia 30 tahun mempunyai 4 orang anak. Beliau

5
membiayai perbelanjaan keluarga dengan menjual nasi lemak setiap hari. Beliau bercadang
membeli polisi insurans bagi keperluan di hari tua.

Antara berikut polisi yang manakah paling sesuai untuk Puan Sarah?

A Polisi hayat sementara


B Polisi hayat seumur hidup
C Polisi bayaran terhad
D Polisi endowmen

22. Peranan insurans dalam ekonomi sesebuah negara termasuk semua yang berikut kecuali

A membantu mengembangkan aktiviti perniagaan.


B memudah dan melicinkan aktiviti perdagangan.
C melindungi perniagaan daripada keadaan ekonomi yang melambung dan
meleset.
D melindungi peniaga daripada kehilangan dan kerosakan harta benda.

23.Antara berikut, risiko yang manakah boleh diperhitungkan?


I Kecurian
II Gempa bumi
III Rompakan
IV Pencemaran

A I dan II
B I dan III
C II dan IV
D III dan IV

24.Antara berikut, yang manakah menerangkan prinsip indemniti?

A Insured akan dipulihkan kepada kedudukan kewangan asal selepas


sesuatu kerugian
B Insured dikehendaki memberi semua maklumat yang benar kepada pihak
kedua
C Insured akan mengalami kerugian sekiranya berlaku risiko yang diinsuranskan
D Ganti rugi hanya akan dibayar kepada insured jika kerugian berpunca
daripada risiko yang diinsuranskan

25. Berikut adalah peranan pengangkutan dalam membantu perdagangan kecuali

A mengelakkan pembaziran barang-barang.


B membantu pengeluar memperkenalkan keluarannya kepada pengguna.
C memperluaskan pasaran sesuatu barang.
D menggalakkan pengeluaran secara besar-besaran.

26. Pengangkutan dapat membantu pertumbuhan ekonomi negara melalui

6
A pembukaan kawasan perusahaan baru.
B pengeluaran secara besar-besaran
C pemasaran barang ke luar negara.
D mengurangkan pengangguran.

27. Antara berikut, faktor yang manakah perlu dipertimbangkan oleh peniaga apabila memilih
jenis pengangkutan? [2004]
I Nilai barang
II Jenis barang
III Harga pasaran barang
IV Kos pengeluaran barang

A I dan II
B I dan III
C II dan IV
D III dan IV

28. Berikut adalah tugas-tugas Lembaga Pelabuhan kecuali

A mengutip cukai bagi pihak kastam.


B mengawal lalu lintas di pelabuhan.
C menyediakan bantuan pelayaran.
D menyediakan tempat untuk membaiki kapal.

29. Antara berikut, keterangan tentang perkhidmatan mel yang manakah


tidak benar?

30. Arahan daripada ibu pejabat Tabung Haji dapat disampaikan kepada cawangan-
cawangan di seluruh negara.

Berdasarkan maklumat di atas,apakah peranan komunikasi?

A Memudahkan kawalan dan pengurusan perniagaan


B Mempertingkatkan sistem urusan bank
C Mempercepatkan urusan perniagaan
D Dapat menyebarkan maklumat

31. Antara alat pembayaran yang disediakan oleh Pos Malaysia ialah

7
I wang pos.
II cek kembara.
III kiriman wang
IV kiriman wang telegraf

A I,II dan III


B I,II dan IV
C I,III dan IV
D II,III dan IV
32. Antara berikut, pasangan manakah tidak benar tentang perbezaan antara kiriman wang
dan wang pos?

33. Ciri-ciri X di atas ialah


I ruang yang luas.
II pengurusan yang cekap.
III kesesuaian gudang dengan barang.
IV insurans.

A. I, II dan III
B. I, II dan IV
C. I, III dan IV
D. II, III dan IV

34. Bagaimanakah pergudangan dapat menstabilkan harga sesuatu barangan?


A. Dengan cara memudahkan kerja-kerja akhir dilakukan
B. Melalui proses penyimpanan dan pengedaran pada masamasa yang sesuai
C. Dengan menjamin keselamatan barang
D. Dengan mengelakkan kerosakan dan pembaziran

8
35. Ciri-ciri gudang yang baik ialah
I sesuai dengan barang yang disimpan.
II terletak di tempat yang dapat menjimatkan kos dan mempercepatkan proses
pemindahan barang-barang.
III peralatan yang terhad supaya kos pergudangan dapat dijimatkan.
IV mengamalkan pengkhususan dalam pengurusan.

A. I, II dan III
B. I, II dan IV
C. I, III dan IV
D. II, III dan IV

36. Terletak di kawasan pelabuhan

Menyimpan barang-barang bercukai yang cukainya belum dijelaskan

Maklumat di atas merujuk


A gudang berbon
B gudang awam
C gudang pemborong
D gudang penstoran sejuk.

37. Antara berikut, yang manakah TIDAK BENAR tentang peranan promosi?
A Promosi mengelakkan wujudnya keadaan lebihan atau kurangan permintaan di
pasaran
B Promosi memujuk dan mempengaruhi pengguna membeli barang dan
perkhidmatan
C Promosi membantu peniaga mewujudkan permintaan terhadap keluaran baru
D Promosi mengekalkan permintaan pelanggan yang sedia ada

38. Mengapakah seorang pengeluar itu perlu menonjolkan kelebihan barangan keluarannya
kepada orang ramai? [2001]
I Menambah keuntungannya
II Melahirkan kesetiaan terhadap barangan keluarannya
III Menyaingi pesaingnya
IV Memberi maklumat tentang harga dan kualiti sesuatu

A I, II dan III
B I, II dan IV
C I, III dan IV
D II, III dan IV

9
39.

Jenis promosi yang dimaksudkan dalam pernyataan di atas ialah


A pengiklanan.
B publisiti.
C jualan terus.
D promosi jualan.

40. Encik Raiffaris telah menubuhkan Pusat Tusyen ABM di Port Dickson. Beliau telah
mengedarkan risalah untuk memberitahu orang ramai di sekitar Port Dickson mengenai
pusat tuisyen tersebut.

Mengapakah beliau memilih media tersebut?


I Kos menyediakan risalah adalah mudah
II Dapat diedarkan dengan mudah
III Dapat menyampaikan maklumat kepada pengguna sasaran
IV Sebaran maklumat yang meluas

A I, II dan III
B I, II dan IV
C I, III dan IV
D II, III dan IV

- KERTAS SOALAN TAMAT -

Disediakan oleh Disahkan oleh

................................................. .......................................
(MOHD HAILISAM B SAMIHONO) (PN ZAINUN BT DAUD)
Guru Mata Pelajaran Guru Kanan Teknik dan Vokasional
Perdagangan SMA Daerah Batang Padang

10

You might also like