You are on page 1of 8

Tugas utama seorang pengajar atau guru adalah untuk memudahkan pembelajaran para

pelajar. Untuk memenuhi tugas ini, pengajar atau guru bukan sahaja harus dapat
menyediakan suasana pembelajaran yang menarik dan harmonis, tetapi mereka juga
menciptakan pengajaran yang berkesan. Ini bermakna guru perlu mewujudkan suasana
pembelajaran yang dapat meransangkan minat pelajar di samping sentiasa memikirkan
kebajikan dan keperluan pelajar.

Dalam sesi pembelajaran, guru kerap berhadapan dengan pelajar yang berbeza dari segi
kebolehan mereka. Hal ini memerlukan kepakaran guru dalam menentukan strategi
pengajaran dan pembelajaran. Ini bermakna, guru boleh menentukan pendekatan,
memilih kaedah dan menetapkan teknik-teknik tertentu yang sesuai dengan
perkembangan dan kebolehan pelajar. Strategi yang dipilih itu, selain berpotensi
memeransangkan pelajar belajar secara aktif, ia juga harus mampu membantu
menganalisis konsep atau idea dan berupaya menarik hati pelajar serta dapat
menghasilkan pembelajaran yang bermakna.

Perlunya guru menarik perhatian pelajar dalam sesuatu pengajaran, aktiviti-aktiviti yang
dipilih hendaklah yang menarik dan mempunyai potensi yang tinggi untuk membolehkan
isi pelajaran dan konsep-konsep yang diterjemahkan secara jelas. Aktiviti harus boleh
mempengaruhi intelek, emosi dan minat pelajar secara berkesan.

Dalam merancang persedia mengajar, aktiviti-aktiviti yang dipilih perlu mempunyai


urutan yang baik. Ia perlu diselaraskan dengan isi kemahiran dan objektif pengajaran.
Lazimnya aktiviti yang dipilih itu adalah gerak kerja yang mampu memberi sepanuh
pengaruh terhadap perhatian, berupaya meningkatkan kesan terhadap intelek, ingatan,
emosi, minat dan kecenderungan serta mampu membantu guru untuk menjelaskan
pengajarannya.

Dalam merancang aktiviti mengajar yang berkesan dan bermakna kepada para pelajar,
guru haruslah memikirkan terlebih dahulu tentang kaedah dan teknik yang akan
digunakan. Pemilihan strategi secara bijaksana mampu menjamin kelicinan serta
keberkesanan penyampaian sesuatu subjek atau modul.

Penggunaan kaedah dan teknik yang pelbagai akan menjadikan sesuatu pengajaran itu
menarik dan akan memberi ruang untuk membolehkan pelajar terlibat secara aktif dan
bergiat sepanjang sesi pengajaran tanpa merasa jemu dan bosan. Dalam pengajaran dan
pembelajaran, terdapat beberapa kaedah dan teknik yang berkesan boleh digunakan oleh
guru. Oleh yang demikian pemilihan terhap kaedah dan teknik pelulah dilakukan secara
berhati-hati supaya cara-cara ini tidak mehalang guru melaksanakan proses pembentukan
konsep-konsep secara mudah dan berkesan. Kaedah projek yang diasaskan oelh John
Deney misalnya, menggalakkan pelajar mempelajari sesuatu melalui pengalaman,
permerhatian dan percubaan. Pelajar merasa seronok menjalankan ujikaji aktiviti lain
yang dilakukan dalam situasi sebenar dan bermakna. Biasanya kaedah ini memberi
peluang kepada pelajar menggunakan kemudahan alat deria mereka untuk membuat
pengamatan dan penanggapan secara berkesan. Dari segi penggunaan teknik pula, guru
boleh menggunakan apa sahaja teknik yang difikirkan sesuai sama ada teknik menerang,
teknik mengkaji, teknik penyelesaian mudah, teknik bercerita dan teknik perbincangan.
Penggunaan contoh-contoh adalah asas dalam pengajaran dan pembelajaran. Hal ini
kerana ia dapat melahirkan pemikiran yang jelas dan berkesan. Biasanya seorang guru
menerangkan idea-idea yang komplek kepada sekumpulan pelajar, guru itu dikehendaki
memberi contoh-contoh dan iluktrasi. Idea yang abstrak, konsep-konsep yang baru dan
susah, lebih mudah difahami apabila guru menggunakan contoh-contoh dengan ilutrasi
yang mudah dan konkrit. Misalnya, dalam bentuk lisan iaitu dengan mengemukakan
analogi, bercerita, mengemukakan metafora dan sebagainya. Contoh-contoh boleh juga
boleh ditunjukkan dalam bentuk visual, lakaran, ilustrasi dan lain-lain.

Kaedah pengajaran yang tidak berkesan dan membosankan merupakan salah satu punca
matapelajaran pembelajaran tidak diminati. Menurut Koh Boh Koon (1992) proses
pengajaran di dalam kelas seharusnya melibatkan dua pihak guru-pelajar. Sekiranya guru
hanya menitikberatkan menghabiskan silibus berbanding aspek penghayatan dan
penerapan nilai agama boleh menyebabkan interaksi dua hala ini hilang fokus. Kesannya
pelajar hilang minat (Atan Long, 1982)

Antara dilema yang dihadapi oleh pelajar masa kini ialah hilangnya konsep ta’dib dalam
pendidikan. Pendidikan itu hanya berbentuk pembelajaran untuk mencapai
kecemerlangan dalam peperiksaan tetapi kurang memberikan penekanan terhadap
mendidik, mengajar adab serta membentuk akhlak. Berbalik, masalah yang utama iaitu
kebanyakan penerapan dan penggunaan kaedah, strategi dan teknik mengajar oleh guru-
guru tidak dapat menarik minat pelajar. Punca utama pelajar menjadi bosan atau tidak
berminat untuk mengikuti sesuatu mata pelajaran ialah kurangnya pemahaman yang akan
berakhir dengan kekecewaan dan kebencian terhadap mata pelajaran tersebut. Ianya
berpunca daripa kurangnya penerapan pembelajaran berpusatkan pelajar, tetapi lebih
kepada berpusatkan guru. Kaedah tradisional yang digunakan kebanyakan guru iaitu
kaedah kuliah dan kaedah penerangan terutamanya yang lebih berbentuk teori dan fakta
akan membuatkan pelajar bosan dan kurang berminat untuk mengikuti pengajaran dan
pembelajaran dalam kelas.

Guru banyak menggunakan kaedah penerangan di dalam kelas (kuliah/ syarahan). Ilmu
lebih berbentuk hafalan di mana guru lebih kepada pendekatan meminta pelajar membuat
nota dan hafal. Tiada berbincangan secara berkumpulan di kalangan pelajar digalakkan
untuk membolehkan berlakunya proses penukaran. Pelajar lebih banyak bergantung
kepada guru untuk memahami sesuatu topik yang diajar Pengajaran kadang kala
membosankan keranan tiada aktiviti yang melibatkan penglibatan aktif pelajar dibuat.
Guru lebih menumpukan kepada penyediaan dari segi nota yang lengkap dan kerja
rumah/ latihan secara individu. Pengajaran guru banyak bergantung kepada buku teks
tanpa sebarang aktiviti yang menarik

Masalah ini dibuktikan melalui satu kajian yang telah dilakukan oleh Affandi bin Ag.
Ghani dalam tesis yang bertajuk “Persepsi pelajar terhadap penggunaan buku teks jawi
Pendidikan Islam dalam pembelajaran: Satu kajian ke atas pelajar tingkatan 4, Sekolah
Menengah Kebangsaan Kota Masai, Johor Bahru”. Petikan di dalam tesis beliau
menyebut “Semasa proses pengajaran dalam kelas, guru lebih suka menggunakan buku
teks sebagai bahan pengajaran yang utama. Guru yang menggunakan buku teks
sepenuhnya dalam pengajaran akan menyebabkan timbulnya rasa bosan di kalangan
pelajar terutamanya bagi pelajar yang cergas. Oleh itu, guru mestilah merancang kaedah,
bahan, dan aktiviti yang sesuai bagi menghidupkan suasana pengajaran dan pembelajaran
di dalam kelas. Aktiviti dan latihan juga perlulah dipelbagaikan dan bukannya hanya
tertumpu kepada buku teks semata-mata.”

Justeru, jelaslah bahawa kaedah pengajaran dan masa kini perlu mengalami proses
tranformasi. Kaedah pengajaran dan pembelajaran yang berpusatkan guru perlu diubah
kepada berpusatkan pelajar bagi memastikan mereka memahami dan merasakan
keperntingan subjek ini bukan sahaja di dalam peperikasaan tetapi di dalam pengamalan.
kehidupan sebenar. Transformasi dan penambahbaikan yang dilakukan akan
mememastikan pelajar-pelajar meminati subjek ini sekaligus merubah paradigma mereka
sebelum ini terhadap subjek Pendidikan Islam.

Pernyataan Masalah

Proses pengajaran dan pembelajaran memerlukan pelbagai kaedah dan pendekatan


digunakan. Kebanyakan guru biasanya menyampaikan pengetahuan berasaskan isi
kandungan dan berpusatkan pengajaran itu sendiri. Matlamat guru hanyalah ke arah
menyediakan pelajar untuk menduduki peperiksaan pada setiap hujung tahun. Apa yang
terjadi adalah proses pembelajaran hanya berlaku secara dasar sahaja. Tidak
mementingkan pemahaman pelajar samada benar-benar menguasai kemahiran atau pun
tidak. Adakalanya setiap konsep yang disampaikan tidak jelas dan berada jauh di luar
konteks sebenar.

Persembahan pengajaran yang hanya melibatkan guru semata-mata memberi implikasi


yang kebanyakannya pelajar tidak melibatkan diri secara aktif sewaktu sesi pengajaran
dan pembelajaran (P&P). Sewaktu P&P dijalankan, mereka seringkali mengantuk,
bermain, bersembang dan tidak menumpukan perhatian kerana pengajaran hanya satu
hala sahaja tanpa melibatkan penyertaan aktif pelajar. Selain itu, didapati kaedah
penyampaian objektif pengajaran seperti ini tidak begitu berkesan mungkin kerana
kaedah yang kurang bersesuaian.

Strategi berpusatkan pelajar dapat menggalakkan pelajar bertanggungjawab dan


melibatkan diri bagi membantu mereka memahami bagaimana untuk belajar. Kaedah ini
boleh dilakukan dengan mewujudkan iklim bilik darjah yang dapat memperkembangkan
kreativiti pelajar supaya pelajar dapat menyertai aktiviti pengajaran dan pembelajaran
secara aktif. Komunikasi berbentuk dua hala antara guru dan pelajar dalam aktiviti soal
jawab amat sesuai digunakan apabila maklumat tidak disampaikan secara berkesan
berbanding dengan strategi berpusatkan guru dan matlamatnya adalah untuk
memperkembangkan kemahiran pemikiran kritis serta kreatif.. Dalam melaksanakan
pembelajaran berpusatkan pelajar , pelajar-pelajar akan diberi tugasan tertentu sama ada
secara individu atau kumpulan dan mengikut tahap kebolehan pelajar. Pelajar
kemudiannya akan mendapatkan maklumat daripada pelbagai sumber untuk
menyiapkannya. Semasa proses menyiapkan tugasan, pelajar-pelajar digalakkan sentiasa
berhubung dengan guru. Dalam perkembangan berkaitan, guru berperanan sebagai
fasilitator dan satu perkara yang perlu diberi perhatian ialah guru mesti memantau proses
yang dilakukan oleh pelajar sepanjang masa dan secara berterusan. Dengan lain
perkataan, guru hendaklah memastikan diri mereka mudah diakses oleh para pelajar pada
setiap masa dan untuk tujuan tersebut,

Langkah yang terakhir dalam pembelajaran berpusatkan pelajar ialah pembentangan hasil
tugasan Semasa pembentangan, rakan-rakan sebaya digalakkan memberi pendapat,
pandangan atau mengemukakan soalan. Ini akan menggalakkan pemikiran secara kreatif
dan kritis di kalangan para pelajar.

Sehubungan dengan itu, pelajar haruslah dilatih dengan kemahiran berfikir pada
peringkat yang lebih tinggi. Pelajar harus dilatih dengan kemahiran berfikir secara
kritikal, menganalisa maklumat serta mengsistesiskan maklumat bagi menyelesaikan
masalah dalam pelbagai konteks. Oleh itu, kajian harus dijalankan untuk melihat sejauh
manakah keberkesanan pembelajaran berpusatkan pelajar di dalam pengajaran
Pendidikan Islam.

4.0
Pembelajaran berpusatkan pelajar

Keefe, 1979 dalam Suhaida Abdul Kadir, 2006. Strategi pembelajaran merujuk kepada
ciri istimewa kepunyaan seseorang pelajar untuk memperlihat, berinteraksi, dan bergerak
balas dalam suatu suasana pembelajaran). seseorang pelajar dikatakan bertanggungjawab
terhadap pembelajarannya sendiri, tetapi guru juga memainkan peranan yang penting
sebagai penggalak dan pemudahcara melalui pelbagai strategi pengajaran yang digunakan
(Giam Kah How, 2000). Definisi khas bagi Pembelajaran berpusatkan pelajar ialah
Tumpuan kepada perkembangan pembelajaran pelajar sebagai individu, memberi pilihan
kepada pelajar jenis pengetahuan dan apa yang ingin dipelajari, serta mewujudkan
kolaborasi iaitu membina pengetahuan dan persekitaran positif yang melibatkan penilaian
berterusan dengan sikap guru yang mendengar pandangan pelajar dan melibatkan pelajar
untuk merancang sesuatu proses pengajaran dan pembelajaran.

Definisi Pembelajaran berpusatkan pelajar juga boleh dijelaskan dengan erti kata lain,
pelajar bertanggungjawab atas pembelajarannya dengan terlibat dalam komunikasi dua
hala antara guru dan pelajar. Selain itu, guru melibatkan pelajar secara terus dalam
menemui pengetahuan iaitu dengan bertindak hanya sebagai fisilitator manakala pelajar
yang mencari dan menentukan sumber dan bahan pengajaran mereka sendiri, guru hanya
memantau contohnya dengan mencadangkan bahan- bahan

penagajaran dan pembelajaran yang mencabar pengetahuan sedia ada pelajar dan
seterusnya menberikan pemahaman konsep baru yang mendalam kerana pembelajaran
yang melibatkan interaksi sosial; menggunakan sekolah, pekerjaan, rumah dan komuniti
sebagai sumber dan menggunakan aktiviti luar untuk meningkatkan pemnbelajaran.
Selain itu, Pembelajaran berpusatkan pelajar mewujudkan pengalaman pembelajaran
yang dapat menarik minat pelajar serta menggalakkan penglibatan mereka dalam proses
pengajaran dan pembelajaran. Ini turut memberikan peluang kepada pelajar untuk belajar
secara individu, kumpulan dan kelas serta melibatkan mereka dalam membentuk proses
pembelajaran melalui rundingan berasaskan kekuatan dan kelemahan
7
mereka sendiri. Namun begitu guru perlu mewujudkan prosedur pemantauan agar pelajar
bertanggungjawab ke atas apa yang dipelajari oleh mereka
Menurut Syidam Abdullah, 2008 terdapat beberapa prinsip pembelajaran
berpusatkan pelajar iaitu :
i.Daya berfikir, minat dan perbezaan individu pelajar merupakan pertimbangan
utama dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
ii.Aktiviti-aktiviti pengajaran dan pembelajaran dirancang untuk melibatkan pelajar
secara aktif, dimana guru hanya sebagai fasilitator.
iii.Pembelajaran terarah kendiri dan akses kendiri diberi keutamaan.
iv. Penekanan diberikan terhadap penilaian kendiri.

Menurut Freiberg, 1996 dalam Giam Kah How, 2000 terdapat strategi yang berpusatkan
pelajar seperti main peranan, simulasi dan pengajaran reflektif. Di sini, disenaraikan
antara strategi pembelajaran berpusatkan pelajar antaranya adalah:
i. Kaedah Koperatif

Pendekatan koperatif ialah pembelajaran yang melibatkan pelajar bekerjasama untuk


belajar dan bertanggungjawab ke atas setiap ahli kumpulannya (Suhaida Abdul Kadir,
2002) .Ciri-ciri penting kaedah koperatif ialah sekumpulan pelajar boleh dikuasai oleh
seorang ahli sahaja iaitu ketua kumpulan. Walaupun penyelesaian terhadap sesuatu
masalah merupakan pandangan seorang sahaja, semua ahli dalam kumpulan akan
bekerjasama untuk menyelesaikan masalah tersebut, juga dalam pembelajaran koperatif,
mesti ada tanggungjawab berkongsi dikalangan pelajar. Guru perlu prihatin untuk
memberikan ganjaran dan pengiktirafan diberi kepada kumpulan yang menunjukkan
prestasi yang baik. Ini juga memotivasikan mereka untuk mencapai sesuatu matlamat.
Guru hendakalah memupuk sikap positif seperti bekerjasama,, bertolak ansur dan tidak
mementingkan diri agar objektif kumpulan tercapai serta guru juga hendaklah melatih
kemahiran sosial dan memupuk konsep kendiri untuk membantu ahli kumpulan mencapai
objektif dan mengekalkan hubungan positif.
8
ii. Pendekatan Kumpulan
Pelajaran
secara
kumpulan
berlandaskan
prinsip-prinsip

psikologi kemasyarakatan dan dinamik kumpulan. Ciri-cirinya, aktiviti secara kumpulan


harus mempunyai satu tujuan. Guru perlulah memilih prosedur pengajaran secara
kumpulan yang boleh membantu pelajar mencapai objektif spesifik, tanggung jawab guru
untuk mengenal pasti tajuk yang sesuai untuk kerja kumpulan, penglibatan pelajar secara
aktif dalam kumpulan, kerja kumpulan yang berkesan akan wujud jika individu diberi
tanggungjawab, Semangat berkerjasama dalam kumpulan harus dipupuk. Selain itu,
kelebihan pengajaran secara kumpulan ialah membolehkan pelajar, mengenalpasti,
menganalisis dan menyelesaikan
masalah secara koperatif
iii. Teknik Perbincangan

Perbincangan merupakan satu aktiviti berkumpulan dimana pelajar berinteraksi sesama


mereka dan membincangkan sesuatu isu atau masalah. Ciri-ciri Pentingnya, pelajar
berpeluang mengemukakan isu-isu, pendapat dan idea-idea mengenai sesuatu topik dan
guru bersama pelajar akan membuat rumusan pada akhir sesi perbincangan, pelajar akan
memberi reaksi atau tindakbalas tentang topik atau masalah dan perbincangan
dilaksanakan dibawah kawalan guru, perbincangan dapat dilaksanakan dalam semua mata
pelajaran dan sebarang situasi bilik darjah dan tujuan utama perbincangan ialah untuk
menggalakan pelajar mengembangkan kemahiran diri dalam mengemukakan hujah,
pendapat, menyoal serta menyelesaikan masalah (Azela Abdullah, 2009).
iv. Penyelesaian Masalah

Penyelesaian masalah merupakan proses mental yang memerlukan seseorang itu berfikir
secara kreatif dan kritis dalam mencari idea-idea alternatif and langkah- langkah tertentu
untuk mengatasi kekurangan dan seterusnya menyelesaikan masalah yang dihadapi. Ia
juga adalah satu cara menggunakan daya pemikiran bagi mengendalikan satu-satu situasi
yang sukar, mengatasi halangan, menghasilkan sesuatu yang diingini, dan menyelesaikan
sesuatu yang rumit.
9

Aspek penting yang perlu diketahui ialah Tujuan penyelesaian masalah ialah ia
membolehkan pelajar berfikir secara rasional, logik dan objektif apabila menghadapi
masalah, mempertingkatkan daya berfikir pelajar secara kreatif dan kritis dan
kelebihannya adalah mewujudkan proses pembelajaran yang berpusatkan pelajar dan
mengakibatkan penglibatan aktif pelajar dalam pelajaran.
v. Kaedah Simulasi

Simulasi merupakan satu gambaran abstrak sesuatu situasi sebenar yang memerlukan
pelajar berinteraksi sesama sendiri berdasarkan peranan masing- masing untuk
menyelesaikan sesuatu masalah atau isu. Ciri-ciri Pentingnya, ia merupakan satu
pembelajaran melalui pengalaman. peserta belajar daripada kesilapan dan berpeluang
untuk meningkatkan diri dalam situasi yang berikutnya, dalam simulasi, peranan peserta
agak luas, kerana peserta bukan sahaja dikehendaki memegang peranan sebagaimana
yang ditentukan tetapi mereka perlu berbincang dan memberi sumbangan kepada
perserta-perserta bagi membuat keputusan, peserta dikehendaki berinteraksi secara
dinamis dalam sistem yang berkaitan, membuat keputusan dan menyelesaikan masalah
yang dihadapi, tujuan simulasi ialah ia membolehkan pelajar menggunakan bahasa
dengan lebih berfungsi dan memberi pelajar peluang berinteraksi dan berkomunikasi
dengan berkesan, kebaikan teknik ini ialah ia membolehkan pelajar berbincang dan
berfikir secara kreatif, analisis dan kritis.
vi.Kaedah Strategi Main Sambil Belajar

Strategi main sambil belajar adalah aktivikti yang dijalankan secara spontan yang
membawa kepada pembelajaran. Antara jenis-jenis permainan dalam pengajaran-
pembelajaran ialah manipulatif, fizikal dan permainan bahasa, permainan manipulatif
termaksuk teka-teki, jadual bernombor, domino, catur dan congak, permainan fizikal
dalam pendidikan jasmani di mana daya fizikal digunakan dalam pergerakan, kordinasi,
kecekapan, dan kemahiran fizikal, permainan bahasa dimana aktiviti pengajaran-
pembelajaran bahasa mengandungi unsur bermain dengan menggunakan bahan-bahan
dan daya kreativiti pelajar untuk mewujudkan suasana belajar yang menyeronokkan dan
bermakna,
10

kebaikan teknik ini ialah merangsangkan motivasi belajar kesan daripada keseronokkan
bermain dan ia juga mengembangkan daya imaginasi untuk membantu kanak-kanak
menyelesaikan masalah.
vii. Kaedah Projek

Projek adalah satu kaedah yang mana pelajar menjalankan sesuatu eksperimen atau
aktiviti didalam situasi yang sebenar dan menghasilkan sesuatu (Ee. A.M. 1997). Ia
merupakan sesuatu aktiviti dijalankan oleh pelajar didalam atau diluar bilik darjah dan
mereka belajar melalui proses menghasilkan sesuatu. Ciri-ciri Pentingnya, tujuan kaedah
projek ialah memperkembangkan daya kreatif pelajar dan meluaskan pengalaman pelajar
semasa menjalankan projek, ia juga membantu pelajar bekerjasama dan menanamkan
sikap positif dalam menghasilkan sesuatu projek, memperkembangkan pembelajaran
melalui pengalaman melaksanakan aktiviti, projek yang hendak dibuat hendaklah
bermakna dan membawa manfaat kepada pelajar, bahan-bahan yang diperlukan untuk
projek hendaklah mudah diperolehi, projek yang sesuai dengan objektif pelajaran,
kelebihan kaedah projek ialah pelajar memperoleh kejayaan dan perasaan dan kepuasan
jika dapat meyelesaikan projek serta pengetahuan yang di perolehi kekal dan berkesan.
viii.Kaedah Lawatan

Lawatan ialah satu aktiviti sokongan yang membolehkan pelajar memerhati apa yang
mereka telah belajar dalam situasi sebenar. Pelajar dapat mengumpul maklumat secara
langsung dan guru boleh mengajar sesuatu yang tidak boleh dibawa masuk ke dalam bilik
darjah, tujuan lawatan ialah meningkatkan pemahaman sesuatu konsep kerana
pengalaman secara langsungmenggalakkan penggunaan pelbagai deria dan ini membawa
kesan kepada pembelajaran, memberi peluang kepada pelajar untuk memerhati perkaitan
antara bahan maujud dan proses-proses yang berlaku, kaedah ini juga menggalakkan
pelajar untuk mengaitkan pengalaman diluar bilik darjah dengan pembelajaran
kandungan disekolah.
11
Kesimpulan
Pengajaran dan pembelajaran merupakan suatu medan, tempat melahirkan insan-insan
berkualiti mulia, sebagaimana yang diharapkan di dalam falsafah pendidikan Negara.
Selaras dengan itu, isu kaedah pengajaran merupakan isu yang tidak lapuk, ia sentiasa
dikaji dari semasa ke semasa bagi memastikan kualiti pendidikan Negara berada ditahap
yang diharapkan.

You might also like