You are on page 1of 10

Perundangan Islam

 Perundangan Islam dinamakan shariah.Shariah menggariskan peraturan hidup


individu dan kolektif(kumpulan).
 Peraturan ini mencakupi Semua bidang kehidupan spt
Keagamaan,moral,keluarga,sosial,ekonomi,kewarganegaraan dll.

1. Disyariatkan oleh Allah s.w.t (Al quran dan Al sunnah)


2. Dicipta oleh manusia :- tidak menyentuh hal agama,ijtihad,sahabat & berasaskan
al Quran dan Al sunnah.

Matlamat Perundangan Islam:-

1. Amal makruf nahi mungkar.


2. Menjaga keamanan /kebajikan manusia.
3. Menjaga keadilan semua manusia.
4. Menjaga hak Allah dgn mendptkn rahmatNya.

Perbezaan di antara Shariah dan undang-undang ciptaan manusia.

Shariah Undang-undang ciptaan manusia


Tetap Boleh diubah
Hukum Allah s.w.t Dibentuk oleh badan kuasa politik tertinggi
Tidak mempunyai batas sempadan Terdapat pengecualian kpd individu tertentu
konsep “dosa” dan “pahala” Tiada konsep dosa dan pahala
“Kedaulatan” hanya kp Allah SWT shj Tertumpu kp negara,raja dan rakyat

Perbezaan di antara Shariah dan Fikh.


Syari’ah:

Dari segi pengertian lebih umum daripada fikh.


Fikh lahir daripada shariah kerana syariah bersifat tetap.
Shariah persoalannya berbentuk prinsip dan dasar.

Fikh:
Ulamak fikh mengembangkan hukum-hukum (berijtihad).
Berkembang dan persoalan berbentuk cabang.
Hukum-hukum dikembang mengikut kegiatan manusia.
Hukum dikeluarkan menurut nas-nas Al-quran,sunnah dan ijma’.
Perlaksanaan boleh bergantung kepada masa dan suasana.

Persoalan shariah dan fikh meliputi Hak Allah ke atas hamba seperti ibadah dalam
rukun Islam, cth solat,puasa dll
Juga Hak Hamba sesama hamba bertujuan mengatur hidup, cth jual beli, munakahat,
jenayah dll.
KEISTIMEWAAN PERUNDANGAN ISLAM.

1. RABBANI ( KETUHANAN)
# merupakan peraturan dan ajaran Allah yang Maha berkuasa kepada manusia.
# bersumberkan Al-Quran dan Al-Sunnah.
# Allah mengetahui apa yang diwahyukan dan lebih tahu maslahat yang wujud.

2. ALAMIYYAH (UNIVERSAL)
# Bukan untuk golongan tertentu sahaja , pedoman semua.
# Tidaklah kami mengutuskan engkau (wahai Muhammad) melainkan untuk
menjadi rahmat sekelian alam.

3. SYUMUL (MENYELURUH)
# Mencakupi semua aspek kehidupan manusia.

4. THABAT ( KEASLIAN DAN KEABADIAN / MANTAP)


# Sumbernya mempunyai sifat asli yang tetap dan kekal dalam nas tanpa
penyelewengan.
# Al-quran sebagai mukjizat dan terpelihara.
# As-Sunnah sebagai rujukan kedua.

5. AL-MURUNAH ( MUDAH DAN MENGHILANGKAN KESULITAN)


# Tidak menyusahkan umatnya.
# Paraktikal dan tidak mengenakan perundangan diluar kemampuan manusia.
Eg. Puasa = Boleh tinggalkan jika uzur syari’.

6. MEMELIHARA KEMASLAHATAN UMMAH. (KEPENTINGAN MANUSIA)


# Melindungi ummatnya.

7. KEADILAN.
# keadilan sejagat atau mutlak dapat dilaksanakan apabila manusia
melaksanakan syariat Allah.
# Peranan keadilan ini memberi jaminan dan keselamatan kepada akal, diri,
harta benda dan keperluan manusia.
Sumber Hukum Shariah

Terbahagi kepada dua:-
1. Sumber asli berlandaskan Al quran dan Al sunnah
2. Sumber-sumber sekunder pula berdasarkan Al-ijma’ dan al-ijtihad.

Sumber-sumber Asli:-

Al Quran Al Sunnah
Mukjizat Allah s.w.t diturunkan kpd Nabi Segala yang disandarkan kpd Nabi Muhammad
Muhammad s.a.w melalui Jibrail. (perbuatan,perkataan,pengakuan)
terdpt 330 surah Al-Quran drpd 6,666 ayat yg Diriwayatkan dpd Rasullullah oleh para
terdpt dlm Al-Quran menyentuh perundangan. sahabat ,tabi’in dan seterusnya ditulis oleh
ulamak Hadis.
140 ayat ibadah dan taharah Al sunnah – sumber hukum syari’ah
70 ayat kekeluargaan,30 ayat jenazah, 20
ayat kehakiman

Sunnah melengkapi al-quran dan sunnah bukan hukum

Sunnah melengkapi Al Quran Sunnah bukan hukum


Menegaskan hukum yang telah terdapat Perkara-perkara yang dilakukan oleh
dalam al -Quran Rasullullah s.a.w Cth: Bangun,duduk,dll
(kecuali diperintahkan baginda)
Menjelaskan dengan terperinci apa yang Perkara-perkara duniawi yang dilakukan
tidak ada dalam al-Quran. oleh Rasululullah berdasrkan pengalaman
baginda. Cth berniaga, berperang, dll

Menetapkan hukum yang tidak terdapat Perkara yang khusus bagi baginda .Cth
dalam al-Quran ,tetapi hukum ini bertetapan puasa tanpa buka, wajib bertahajjud dll.
dengan prinsip umum dlm al-Quran.
Sumber-Sumber Sekunder

1. Al –ijma’:
kata sepakat ulamak Islam yg mujtahid pada suatu masa tertentu selepas
kewafatan Nabi s.a.w mengenai hukum shari’ah. Terdapat 2 jenis ijma’ :-
i. ijma’ sarikh – berlaku apl semua mujtahid memberi persetujuan mereka.
ii. ijma’ sakuti – berlaku apb sebahagian shj menyatakn persetujuan
sedangkan yg lain diam dan tidak membantah.

2. al-Qiyas :
Menyandarkan / membuat hukum baru kepada sesuatu yang ada hukumnya
dari nas kerana ada persamaan illah. Cth arak – haram –kerana memabukkan.
Oleh itu Tuak - haram – kerana memabukkan.

3. Al- ijtihad
Pemahaman nas dlm mengeluarkn hukum.
Cthnya batal atau tidak air sembahyangkrn sentuhan lelaki dan perempuan
.Menurut Mazhab Shafi’e (batal)dan hanafi (tidak batal).

4. al- Istihsan
Beramal dengan dalil yang lebih kuat.
cthnya bayaran ketika memasuki tandas awam,mengikut kaedah asal,sewa
tidak diharuskan kecuali dengn menentukan kadar dan tempoh masa.Ttp ijma’
ulama mengharuskan berdasarkn keperluan org ramai.

5. al-masalih al-mursalah
Iaitu maslahah(manfaat atau kepentingan) yg tidak dinyatakan halal atau
haramnya oleh shari’ah.
cthnya: pengumpulan Al quran dlm btk mushaf olh khalifah uthman

6. Sadd al-dharai
Iaitu penutupan semua jalan yang membawa kpd kerosakan
Cth:mengharamkan pergaulan bebas bg mencegah berlakunya perbuatan zina.

7. al-‘Urf/al-‘Adah
Iaitu adat resam yang tidak bercanggah dengan islam.
Cth:brg-barabg hantaran di samping mahar dlm urusan perkahwinan. Barang
hantaran adalah adat dan mahar adlh wajib.

8. al- Istihab
penetapan hokum bhw sesuatu keadaan itu tetap sperti sedia kalasehingga ada
dalil yang menunjukkannya bhw keadaan itu tdk benar & perlu diberi hokum
lain krn wujudnya dalil.
Cth: semua jenis binatang laut halal dimakan pd hokum asalnya, kecuali
apabila ianya didapati membawa kemudharatan kepada manusia.
UNDANG-UNDANG JENAYAH ISLAM
PENGENALAN
 Jenayah menurut istilah shariah ;
Jenayah merupakan larangan yang ditetapkan oleh Allah dan jika
larangan ini diingkari , hukuman akan dikenakan.
 Menurut para Fuqaha’ ;
Perbuatan atau prilaku yang jahat dilakukan oleh seseorang untuk
mencerobohi atau mencabul kehormatan jiwa atau tubuh badan
seseorang dengan sengaja.

 Undang-undang Jenayah dalam Islam :- HUDUD , QISAS & TAKZIR

1. HUDUD
Takrif : Hudud kata jamak Al-Had bererti kawalan atau cegahan.
Menurut Fuqaha’ : Hudud merupakan keseksaan yang bentuknya telah
ditetapkan dan diwajibkan oleh syarak dan dilaksanakan bagi tujuan
melaksanakan hak Allah.

Hudud mempunyai dua ciri penting :


1. Merupakan keseksaan yang rigid bentuknya, tidak boleh berubah dan diubah.
2. Dikenakan bagi tujuan menjamin hak Allah atau menjaga kemaslahatan
awam.

Kesalahan2 Hudud ada TUJUH :


1. Zina i. Zina Muhsan ii. Zina Ghairu Muhsan. (An-Nur : 2)
2. Qazaf ; menuduh berzina ( An-Nur 4)
3. Sharb Al-Khamr ; minum arak ( Al-Maidah : 90)
4. Sariqa ; mencuri ( Al-Maidah : 38)
5. Hirabah ; menyamun ( Al-Maidah : 33)
6. Ar-Riddah ; Murtad ( Al-Baqarah : 217)
7. Al-Bagha : Memberontak ; (Al-Hujurat: 9)

2. QISAS DAN DIAT


Takrif Qisas : Keseksaan2 (kesalahan membunuh atau mencederakan) yang
bentuknya telah ditentukan oleh syarak dan dilaksanakan bagi tujuan menjaga
kepentingan individu.

Kesalahan Yang Dihukum Dengan Qisas :-


1. Jenayah membunuh. ( Al-Baqarah :178)
2. Jenayah memukul dan mencederakan. (Al-Maidah :45)
3. Jenayah menggugurkan kandungan.

Jenayah membunuh dibahagikan kepada TIGA :-


1. Pembunuhan secara sengaja. = wajib qisas.
2. Pembunuhan menyerupai sengaja.= tidak wajib qisas tetapi kena diat
mughallazah. (berat)
3. Pembunuhan yang tidak sengaja. = tidak wajib qisas tetapi kena diat
muhaffafah (ringan)

Takrif Diat : Diat ialah harta yang wajib dibayar dan diberikan oleh
penjenayah kepada waris mangsa sebagai ganti rugi kerana melakukan jenayah
seperti mencederakan anggota badan atau melukakan atau membinasakan.

Diat : hukuman yang ditentukan syarak sebagai ganti qisas yang tidak
dilaksanakan.

a. Diat Mughallazah (berat) ; dikenakan bagi orang yang melakukan


pembunuhan yang serupa dengan sengaja dan pembunuhan yang sengaja
tetapi dimaafkan oleh waris.

Dikatakan berat kerana 100 ekor unta.(30 unta 3 thn, 30 unta 4 thn, 40 unta
bunting )

b. Diat Muhaffafah (ringan) ; kesalahan pembunuhan yang tersalah / tak


sengaja. (20 unta betina 2 thn, 20 unta jantan 2 thn, 20 unta betina 3 thn, 20
unta betina 4 thn)

3. TAKZIR
Takrif : Hukuman atau keseksaan yang tidak ditentukan dengan jelas oleh
syarak dan dilaksanakan sama ada untuk menjamin kepentingan
individu atau kepentingan awam (hak Allah) dalam semua kes
melainkan kes hudud dan qisas.

Para Fuqaha’ membahagikan Takzir kepada dua :-


1. Takzir sebagai Hak Allah : suatu yang menyentuh kepentingan umum
dan yang dapat mencegah keburukan dalam masyarakat.
2. Takzir sebagai hak individu : suatu yang menyentuh maslahat dan
kepentingan individu.
KEHAKIMAN
A . HAKIM @ QADHA
1. PENGENALAN.

Dari segi bahasa:


Al-Qadha dari segi bahasa ialah menghukum, memisah dan memutuskan.

Dari segi syarak:


Para ulama telah mendefinisikan istilah Al-Qadha dengan beberapa takrif, diantara
lainnya:
a. Menyelasaikan persengketaan dan perbalahan.
b. Memberitahu mengenai hukum syarak di atas jalan ilzam (mengikat).
c. Menghukumkan di antara dua orang yang bersengketa atau lebih dengan hukum
Allah.
d. Menghentikan persengketaan dan memutuskan perbalahan dengan cara
tertentu.
e. Perkataan yang mengikatkan, terbit daripada pihak berkuasa tertinggi.

2. KUASA MELANTIK HAKIM

Perlantikan hakim tidak boleh dilakukan dengan permohonan atau permintaan, ia


hendaklah datang dari pihak berkuasa.

2.1 Khalifah
Pada dasarnya khalifah atau sultan (ketua negara) yang membuat
perlantikan para hakim
2.2 Naib khalifah
Khalifah boleh memberi mandat kepada seorang untuk melantik hakim tetapi
seorang itu tidak boleh melantik dirinya atau sanak-saudaranya.
2.3 Ketua Pemberontak
Kalau seorang muslim yang adil tidak menerima perlantikan dari pihak
amir(pemberontak) dari dua wilayah yang terpisah,nanti orang zalim akan
menjawat jawatan itu.
2.4 Pemerintah yang Kafir
Berlaku dimana orang kafir menguasai negara Islam dan perlu seorang
muslim itu meminpin golongan muslim yang lain dengan cara keadilan
berteraskan syarak.
2.5 Amir-amir & Para Hakim Wilayah
Wakil-wakil khalifah melantik hakim-hakim di wilayah masing-masing.
2.6 Ketua Hakim
Mempunyai mandat dan kuasa yang diberi oleh khalifah melantik para hakim
di seluruh negara.
2.7 Ahli fikir & Ilmuan
Dalam keadaan darurat, ulama’ dan ahli fikir akan dilantik menjadi hakim
untuk mengadili permasalahan yang berlaku.

3. SYARAT-SYARAT HAKIM

Tidak kesemua syarat-syarat ini disepakati (Ittifaq) oleh para fuqaha kerana ada di
antaranya yang dipertikaikan.
3.1. Baligh, Berakal dan Merdeka

3.2. Islam : Orang Kafir tidak boleh membicarakan secara mutlak semua kes
orang Islam.
3.3. Adil : Tidak sah melantik orang fasiq.

3.4 Mujtahid : Tidak sah melantik orang jahil dan juga muqallid. (Al-mawardi ;
mengetahu 4 asas hukum syarak iaitu Al-quran, Sunnah,
pendapat ulama salaf & Qias.)

3.5 Lelaki : Jumhur ulama, mengatakan bahawa lelaki menjadi syarat


perlantikan hakim. Tidak sah wanita.

3.6 Kesempurnaan Pancaindera : Tidak pekak, bisu dan buta.

3.7 Syarat-syarat lain*


* kuat, bukan keras atau kasar,lemah-lembut,bukan dhaif,tidak berputus
asa,berhati-hati,tidak pelupa,tidak mudah ditipu,jujur,warak dan jauh dari
sifat tamak pandai menjalankan Qias (perbandingan) , memahami ayat-
ayat A-Quran dan hadit-hadit nabi

4. ETIKA HAKIM DAN SARAAN

Seorang hakim terikat kepada banyak etika yang merangkumi etika berkaitan perlantikan,
permohonan, gerak laku dalam dan luar mahkamah secara umun dan khusus , antaranya : -

4.1 DILARANG HAKIM MENJALANKAN PERNIAGAAN.


4.2 HADIAH UNTUK HAKIM ADALAH DILARANG
4.4 AKHLAK SEORANG HAKIM. Bermaruah,kurang bercapur gaul dengan
orang, tidak mengunjungi tempat yang tidak sesuai dll. Sifat2 yg hebat.
4.5 KETIKA DALAM MAJLIS KEHAKIMAN ; menundukkan pandangan,
tidak meninggikan suara, menghukum dalam keadaan tenang, tidak
terpengaruh, berhati,memuliakan saksi, tidak menghakimi kaum
kerabat dll.
4.6 REZEKI HAKIM ; bulanan dari Baitul Mal. Harus hakim diberi gaji atas
kerjanya.

B. PERSAKSIAN (AS-SYAHADAH)

Persaksian adalah satu saluran untuk mesabitkan kebenaran yang didakwa.

Syahadad dinamakan Al-bayyinah iaitu keterangan, kerana syahadah dapat


menerangkan sesuatu yang ada di dalam jiwa seseorang dan menjelaskan
kenebaran pada sesuatu yang dipertikaikan.

SYARAT-SYARAT SAKSI
1. Seorang yang baligh .
2. Mengetahui sesuatu yang disaksikan.
3. Saksi iti orang Islam. Kesaksian non muslim tidak diterima terhadap orang
Islam.
4. Saksi adil ; iaitu istiqamah dengan agamanya, menjahui dosa-dosa besar
dan berupaya menghindarka dosa kecil.
5. Tidak ada keraguan pada kesaksiannya. Punca keraguan ini seperti wujud
permusuhan, kepentingan, persyarikatan, hubungan keluarga dll.
6. Sejahtera daripada kecacatan. Menpunyai penglihatan.

Dan saksi-saksi itu juga mestilah mempunyai mempunyai sifat-sifat yang


digariskan oleh Allah dan RasulNya di dalam Quran dan Hadith supaya tidak
berlaku kezaliman ke atas orang yang dihakimi dan diadili dan saksi juga
tidak boleh menyembunyikan perkara-perkara yang dipersaksikannya dan
hendaklah menyempurnakannya semata-mata kerana Allah.

B. PENDAKWAAN , PEMBUKTIAN DAN KETERANGAN.


Dakwa dalam kehakiman Islam ialah perkataan yang diterima hakim.
Orang yang berkata demikian adalah untuk menuntut haknya yang tertentu
terhadap orang lain. Ketika berlaku persengketaan atau mempertahan hak
dirinya.

Dakwa pada istilah syarak memerlukan beberapa unsur :-


1. Al-Muddar = Orang yang menuntut hak.(plaintif)
2. Al-Mudda’a ‘alaihi = Yang didakwa.(defendan)
3. Al-Mudda’a bihi = sesuatu yang dituntut.
4. Da’awa = perkataan daripada pendakwa .

Pembuktian dan keterangan :-

Orang yang mendakwa dan didakwa berhak mengemukan pembuktian dan


keterangan masing-masing.

Susunan alat-alat bukti bagi pembuktian :-


1. Al-Iqrar = mengaku atau membuat pengakuan.
2. As-Syahadah = kesaksian. Menurut syarak , suatu perkhabaran
yang benar di majlis kehakiman dengan lafaz syahadah(menyaksi)
untuk membuktikan dan mensabitkan hak ke atas orang lain.
3. Al-Yamin wa al-Nukul = sumpah syar’i yang ditawarkan ke atas
yang kena dakwa dan mendakwa.
4. Al-Qara’in = qarinah atau tanda atau alamat yang dijadikan bahan
bukti.
5. Al-Qiyafah = pembuktian untuk menyabitkan nasab berdasarkan
persamaan diantara seorang dengan seorang.
Mazhab Muktabar
4 Mazhab yang diiktiraf (muktabar) iaitu:-

MAZHAB PENGASAS
Mazhab Shafi’e Imam Shafi’e r.a
Mazhab Maliki Imam Malik r.a
Mazhab Hanbali Imam Ahmad ibn Hanbal
Mazhab Hanafi Imam Abu Hanifah

 Perbezaan hanya dari sudut furu/cabang tidak pada aqidah.

 Faktor berbezaan :-
1.

2.

3.

4.

LATIHAN 11
1. Huraikan TIGA keistimewaan perundangan Islam. (3m)

2. Jelaskan maksud istilah berikut dengan contoh : Ijmak, Ijtihad, Qias dan
Ihtihsan. (4m)
3. Jelaskan maksud Hudud, Qisas dan takzir dengan contoh. (6m)

4. Jelaskan TIGA hikmah jika hudud dilaksanakan. (3m)

You might also like