You are on page 1of 18

Mengapa Melayu sukar lakukan perubahan politik?

Date: Wednesday, October 28 @ 20:09:51 PDT


Topic: Fokus Isu

Oleh WAN ABDUL RAHMAN WAN AB LATIFF

ANTARA fakta penting yang terhasil dari pilihan raya umum ke-


12 ialah betapa pengundi Melayu secara umumnya masih bersama
Umno/BN. Perubahan undi (swing) di kalangan pengundi Melayu
hanya, secara purata, 5% berbanding pengundi Cina (30%) dan
pengundi India (60%).

Pengundi Melayu yang berubah (iaitu menyokong Pakatan Rakyat) adalah


pengundi Melayu yang berada di bandar dan pinggir bandar. Mereka terdedah
dengan perkembangan komunikasi dan teknologi maklumat (ICT) yang
membolehkan mereka akses kepada media alternatif bagi mendapat maklumat
politik.

Pengundi Melayu di kampung-kampung tradisional yang akses mereka kepada


ICT adalah rendah sekaligus tidak mendapat maklumat alternatif politik, maka
fahamlah kita kenapa mereka masih mendokong ‘status-quo’ iaitu Umno/BN.
Aspek perbandaran (urbanisasi) dan pendedahan kepada finomena ICT
membuktikan bahawa budaya politik Melayu bukan sesuatu yang statik malah
ia bersifat dinamik.

Pengundi Melayu juga merupakan ‘teras’ kepada politik Malaysia, dalam


ertikata untuk menguasai politik Malaysia, sesuatu parti yang bertanding perlu
terlebih dahulu menguasai undi orang Melayu. Beberapa pilihan raya kecil
yang diadakan setakat ini memperlihatkan undi Melayu kepada calon Pakatan
Rakyat menurun.

Dalam kes yang unik seperti pilihan raya kecil Bagan Pinang sokongan
pengundi Melayu kepada PAS menurun sekitar 14% berbanding pilihan raya
umum 2008. Ini amat difahami kerana pengundi Melayu adalah secara
umumnya lebih ‘koservatif’ dan sekaligus ‘stabil’ berbanding undi bukan
Melayu (khususnya Cina) yang lebih ‘rasional’ dan sekaligus bersifat ‘anjal’.

Selain pengundi Melayu dari kampung-kampung tradisional, keputusan pilihan


raya umum ke-12 memperlihatkan betapa kuatnya pengaruh Umno/BN di
kalangan pengundi-pengundi Melayu yang berada di rancangan-rancangan
FELDA yang telah menyumbang sekitar 40 kerusi parlimen kepada Umno/BN.
Ini ada kaitan dengan hakikat betapa kuat dan ketatnya nilai organisasi
(FELDA) mencengkam pergerakan peneroka.

Harga kelapa sawit yang tinggi turut menyumbang kepada kestabilan sokongan
politik di kalangan penoroka kepada Umno/BN. Walaubagaimana pun,
sokongan politik yang kuat di kalangan penghuni FELDA terhadap Umno/BN
bukanlah sesuatu yang bersifat kekal kerana faktor ini boleh berubah dan
hadhirnya faktor ‘generasi kedua’ dan ‘generasi ketiga’ di kalangan peneroka
FELDA memperlihatkan hakikat bahawa peneroka FELDA pun mempunyai
dinamika untuk berubah.

Berlatarbelakangkan realiti politik di atas, tulisan ini coba menganalisis secara


umum sifat budaya politik Melayu dan kaitannya dengan finomena perubahan
politik khususnya dalam konteks politik Malaysia.

Budaya politik sesebuah komuniti perlu difahamai kerana budaya politiklah


yang mempengaruhi pembinaan pandangan dunia atau tasawwur politik ahli
komuniti berkenaan. Tasawwur politik seterusnya mempengaruhi tindakan
politik; dan dalam konteks perbincangan kita melalui peti undi.

Dengan memahami secara mendalam apa itu budaya politik Melayu, maka PAS
dapat mengemukakan beberapa pendekatan dan program (strategi) yang selari
dengan kahendak budaya politik Melayu; dan ini sekaligus dapat menarik ‘hati
dan pemikiran’ pengundi Melayu bagi menyokong perjuangan PAS khususnya
semasa pilihan raya.

Definisi budaya politik

Secara mudah, budaya politik dapat didefinisikan sebagai satu himpunan nilai,
sentimen dan ilmu yang bersifat asas yang menyumbang kepada rupa bentuk
(form) dan isi (substance) terhadap proses politik. Proses politik terpenting
ialah pilihan raya itu sendiri.

Secara lebih lanjut, nilai, sentimen dan ilmu yang dimiliki oleh sesaorang
individu membentuk ‘pandangan dunia’ (world-view) atau tassawur tentang
politik. Pemahaman individu tentang politik akan membentuk sikap beliau
terhadap politik. Akhirnya, sikap politik ini akan mempengaruhi tindakan
politik individu berkenaan.

Dalam kerangka budaya politik ini (mengikut penulis paling autoritatif dalam
bidang ini iaitu Almond dan Verba) terdapat tiga bentuk
pengundi/warganegara. Pertama, pengundi yang bersifat parochial atau
mempunyai pandangan yang sempit.

Kelompok pengundi ini mempunayi kesedaran yang rendah terhadap peranan


kerajaan dalam kehidupan mereka. Kedua, pengundi yang boleh dikelompok
sebagai subject. Kumpulan ini sedar mengenai peranan kerajaan tetapi tidak
bersedia untuk berbeza pendapat dengan kerajaan. Ketiga, pengundi yang boleh
dikategori sebagai participant.

Pengundi kategori ini bergerak cergas, malah kadang-kadang berbeza


pandangan dengan pihak kerajaan, dalam mempengaruhi perjalanan kerajaan
dan mereka turut terlibat dengan perubahan yang berlaku. Ini bermakna mereka
bersedia untuk menerima perubahan politik dan bersedia untuk menanggung
risiko perubahan tersebut. Sekiranya dalam sesebuah masyarakat sebahagian
besar dari anggotanya adalah terdiri dari kelompok participant maka lebih
senang untuk menjana perubahan politik.

Berdasarkan keputusan pilihan raya umum ke-12 yang lepas, sebahagian besar
dari pengundi India dan Cina dapat dikategorikan sebagai participant dan
pengundi Melayu tergolong dalam kategori sama ada subject atau parochial.

Budaya politik Melayu tradisional

Dari segi analisis akademik satu persoalan penting yang selalu dikemukakan
ialah sejauhmanakah masih relevannya budaya politik Melayu tradisional
dalam konteks politik Melayu moden. Ia sekaligus merujuk kepada factor
feudalisme dan persoalan pergantungan politik.

Karya Melayu klasik seperti Sejarah Melayu (SM) memberi gambaran yang
agak baik dan tepat mengenai sifat budaya politik Melayu tradisional. Peranan
Sultan begitu menonjol yang mentadbir negeri-negeri tertentu.

Sultan mempunyai kuasa mutlak ke atas tanah jajahan takluknya dan ke atas
rakyat yang mendiaminya. Dalam mentadbir negerinya Sultan biasanya dibantu
oleh golongan pembesar yang menjawat jawatan seperti Bendahara,
Temenggung dan sebagainya. Legitimasi dan kehebatan para Sultan kadang-
kadang diperkukuhkan dengan elemen magis dan mitos.

Mereka dikatakan memiliki kuasa luar biasa yang terangkum dalam konsep
daulat. Atas hakikat memiliki kuasa dan sifat-sifat istimewa inilah
menyebabkan rakyat mematuhi Sultan secara total. Dari gambaran yang ringkas
ini memperlihatkan kepada kita betapa sistem politik feudalisme telah
mempersiapkan persekitaran yang berbaja bagi wujudnya finomena politik
pergantungan atau kepatuhan secara yang agak menyeluruh.

Apakah benar bahawa di bawah sistem politik feudalisme penguasaan pihak


aristokrat begitu menyeluruh sifatnya? Apakah pembesar dan rakyat biasa tidak
ada ruang langsung untuk menyuarakan sikap dan pandangan yang berbeza?

Sejarah Melayu memperlihatkan kepada kita hakikat bahawa di samping


adanya pembesar seperti Hang Tuah yang patuh kepada Sultan, kita juga
diperkenalkan dengan pembesar seperti Hang Jebat yang menentang keputusan
Sultan. Kajian oleh penulis seperti Gullick, seorang pengkaji yang autoritatif
dalam bidang ini, menonjolkan beberapa fakta yang menarik.

Gullick dalam tulisannya yang berjudul Indigenous Political Systems of


Western Malaya yang pertama kali diterbitkan dalam tahun 1958, mengkaji
sistem politik feudal atau tradisional Melayu di negeri-negeri Melayu Pantai
Barat Semenanjung Malaysia (Malaya) pada abad yang ke lapan belas iaitu
sebelum pemerintahan Inggeris.

Kajian Gullick mendapati, disebabkan faktor komunikasi, ada segelintir


pembesar yang tidak menyerahkan cukai yang dipungut kepada Sultan.
Pembesar-pembesar ini juga mempunyai daerah pentadbiran yang bersifat
autonomi.

Perkara yang sama berlaku di kalangan rakyat. Rakyat memprotes tindak-


tanduk pembesar yang dilihat sebagai sesuatu yang tidak adil dengan cara
berpindah dan membuka penempatan baru. Ini adalah satu perkara yang senang
dilakukan kerana tanah yang belum diterokai dan dimiliki pada masa itu adalah
luas.

Rumusan yang dapat dikemukakan berdasarkan kepada perbincangan ringkas


di atas ialah sistem feudalisme yang sepatutnya melahirkan finomena
pergantungan politik bukanlah sesuatu yang bersifat menyeluruh, total atau
monolithic. Ada ruang-ruang di mana pembesar boleh membebaskan diri
mereka dari cengkaman istana. Begitu juga dengan rakyat.

Salah satu kaedah bagi menghindar dari terjebak dengan politik pergantungan
ialah dengan berdikari terutama yang berkaitan dengan aktiviti ekonomi.
Bersedianya rakyat untuk berdikari dalam kehidupan mereka mempunyai
implikasi politik jangka panjang yang penting. Kecenderungan untuk merantau
adalah merupakan salah satu manifestasi dari kehidupan yang berdikari. Ini
berlaku kepada masyarakat Kelantan yang suka merantau ke pelbagai ceruk
rantau bagi mencari rezeki.

Masyarakat yang berdikari adalah juga merupakan masyarakat yang berani


mengambil risiko dalam hidupnya. Dari segi personaliti, anggota masyarakat
ini amat individualistik sifatnya; tetapi sekiranya asas budayanya tercabar
mereka boleh berubah kepada yang bersifat kolektif.

Personaliti individualistik-kolektif sepertimana yang dimiliki oleh anggota


masyarakat Kelantan, yang merantau dan berdikari, telah membentuk budaya
politik mereka yang bersifat, memimjam kata-kata Professor Roff, self-
determining.

Ini bererti mereka tidak ragu-ragu untuk merubah bentuk kehidupan mereka,
termasuk kehidupan politik mereka. Mereka bersedia untuk menukarkan
kerajaan yang mereka lihat ‘melakukan dosa’ terhadap masyarakat awam.
Maka berlakulah pertukaran pemerintahan yang bersilih-ganti antara PAS dan
UMNO di Kelantan.

Bertahannya pemerintahan PAS di Kelantan di bawah pimpinan Tuan Guru Nik


Ab. Aziz kerana rakyat awam melihat kerajaan pimpinan tidak melakukan
‘dosa-dosa besar’ yang mewajarkan ianya diganti dengan Umno.

Budaya politik melayu moden

Apa yang menarik berhubung dengan peranan unsur feudalisme dalam politik
Melayu moden ialah pandangan yang dikemukakan oleh Chandra Muzaffar.
Chandra Muzaffar dalam tulisannya berjudul "The Protector?" berhujah
bahawa selepas Malaya mencapai kemerdekaan, elemen feudalisme dalam
masyarakat Melayu yang dulunya adalah milik golongan Raja/Sultan sekarang
telah dipindahkan kepada Umno.

Pihak Raja/Sultan hanya mempunyai kuasa simbolis yang terangkum dalam


idea ‘Raja Berperlembagaan’. Dalam hal ini, pihak golongan aristokrat
merasakan hak mereka ‘dirampas’ oleh Umno. Seperti anggota masyarakat
Malaysia lain, mereka juga tidak begitu gembira dengan finomena ‘dominasi
Umno’.
Mereka mempunyai pengalaman yang pahit apabila bertarung dengan Dr.
Mahathir, pada ketika ini menjawat jawatan Presiden Umno. Atas hakikat ini,
secara umumnya, pihak istana juga turut bergembira dengan keputusan pilihan
raya umum ke 12 yang baru lalu yang telah menamatkan ‘dominasi Umno’
dalam politik Malaysia.

Menangnya calon-calon Menteri Besar pilihan pihak istana dalam kes Perlis
dan Terengganu membenarkan hujah ini.

Besar kemungkinan disebabkan masih wujudnya elemen feudalisme baru (neo-


feudalism) dalam bentuk parti (Umno) yang menyebabkan masyarakat Melayu
tidak mendokong satu ideologi politik yang radikal. Sejarah pemerintahan
kolonial Inggeris mempunyai saham yang tersendiri kenapa budaya politik
Melayu tidak yang bersifat radikal berbanding budaya politik masyarakat
Melayu di Indonesia.

Pemerintahan kolonial Belanda di Indonesia menggunakan pendekatan


berkonfrantasi dengan masyarakat tempatan; sebaliknya pihak Inggeris di
Malaya lebih mirip untuk menggunakan pendekatan diplomasi.

Hakikat budaya politik Melayu moden tidak berkecenderungan untuk bersifat


radikal dibuktikan oleh kajian M.G.Swift ke atas masyarakat Melayu tani di
Jelebu, Negeri Sembilan,dalam tahun 1960-an. Hasil kajian ini memperlihatkan
bahawa orang Melayu tidak akan melakukan perubahan yang radikal (radical
change).

Dalam kes amuk ia lebih bersifat emosional dan tidak rasional. Berdepan
dengan finomena eksploitasi dalam hubungan sosial harian, apa yang berlaku
pada masyarakat Melayu Jelebu ialah ‘kesedaran sinis’ (cynical awareness)
bukan ‘kesedaran radikal’ (radical awareness).

Perkara yang sama juga dibuktikan oleh kajian Scott dalam tahun 1980-an di
sebuah kampung di Kedah. Hasil kajian diterbitkan dibawah tajuk Weapons of
the Weak. Dalam kes masyarakat kampong di Kedah yang dikaji oleh Scott,
mereka menggunakan ‘kesedaran sinis’ sebagai senjata untuk mengkritik
golongan yang mengeksploitasi mereka.

Misalnya, mereka menceritakan tentang keburukan pimpinan yang menindas


mereka, yang terdiri dari orang yang kaya di kampung tersebut, dengan
menggunakan bahasa yang ‘sinis’. Mereka lakukan ini biasanya di tempat-
tempat awam seperti kedai-kedai kopi. Dari satu segi mereka telah berjaya
menyedarkan masyarakat kampung tentang keburukan kelompok yang
mengeksploitasi mereka.

Kesedaran ini bukan dicapai dengan serangan lisan secara keras dan langsung
tetapi dengan secara lembut dan tidak langsung (secara ‘sinis’). Dalam hal ini
mereka telah bertindak sebagai opinion leaders dalam masyarakat mereka.

Dari segi strategi politik, pendekatan ini adalah satu pendekatan yang berkesan
terutamanya bagi menyakin dan menarik perhatian pengundi atas pagar. Umno
telah menggunakan strategi ini secara berkesan di pilihan raya kecil Manek
Urai.

Mereka menyediakan pimpinan pendapat (opinion leaders) dan menempatkan


mereka di lokasi-lokasi strategik seperti kedai kopi dan gerai-gerai nasi lemak.
Mereka secara sinis bercerita mengenai kelemahan PAS kepada pengunjung
kedai kopi dan gerai-gerai nasi lemak.

Walau apa pun tafsiran kita terhadap tindak-tanduk petugas Umno, ia


memperlihatkan bahawa mereka faham apa itu budaya politik Melayu dan
mereka mengemukakan pendekatan yang sesuai dalam usaha mereka untuk
menarik sokongan.

Masyarakat Melayu yang masih terikat dengan budaya feudalisme baru, turut
menjadikan budi sebagai teras kepada budayanya. Dikatakan bahawa budi
sebagai teras budaya tidak ada pada bangsa Cina dan India.

Secara mudah berbudi dapat ditafsirkan sebagai sesuatu pertolongan dari


sesaorang kepada sesaorang yang lain tanpa dipinta. Yang mendasari perbuatan
ini ialah keikhlasan tindakan atau dilihat sebagai sesuatu yang ikhlas. Umno
dalam pilihan raya kecil Manek Urai menggunakan pendekatan ini secara
berkesan.

Di antara modus operandi yang digunakan ialah di mana seorang penyokong


Umno yang tidak dikenali datang ke Manek Urai (besar kemungkinan beliau
orang Kelantan yang bermastautin di Lembah Klang), dengan kereta yang
tersergam indah, singgah tepi jalan untuk membeli durian. Kebetulan musim
pilihan raya kecil Manek Urai adalah musim durian gugur.

Pemandu kereta yang penuh bergaya terus ke gerai durian. Mak Cik, tuan
punyai gerai, adalah juga seorang pengundi. Selepas tawar-menawar, tuan
kereta memilih satu biji durian dengan harga katakan RM 5, terus dibuka untuk
dimakan.

Selepas menikmati durian tersebut, beliau mengeluarkan wang bernilai RM50


untuk membayar harga durian. Disebabkan tuan gerai baru saja membuka
gerainya, maka beliau tidak mempunyai duit yang cukup untuk memulangkan
lebihan wang tersebut (RM 45).

Dalam keadaan ‘tertekan’ tersebut maka berkatalah tuan punya kereta: "Tak
apalah kalau Mak Cik tak ada duit. Mak Cik boleh simpan bakinya (RM 45).
Cuma satu saja ambo (saya) nak benar-benar mintak tolong dari Mak Cik iaitu
tolonglah sokong Umno/BN".

Beginilah budi dieksploitasi secara halus bagi tujuan politik. Ini berlaku dalam
komuniti Melayu luar bandar.

Kesedaran ke arah perubahan politik sesuatu kelompok masyarakat biasanya


dikaitkan dengan faktor perbandaran atau urbanisasi. Keputusan pilihan raya
umum ke-12 baru-baru ini membenarkan hakikat ini. Masyarakat Melayu di
bandar terutamanya mereka yang terdiri dari kelas menengah telah bertindak
untuk mengundi pembangkang.

Contoh yang paling jelas dalam hal ini ialah menangnya calon pembangkang
(PKR) bagi kawasan parlimen Kuantan. Faktor migrasi luarbandar ke bandar
dan faktor perbandaran itu sendiri adalah faktor-faktor penting yang merubah
sifat budaya politik Melayu.

Harus ada satu mekanisme khas bagi mengukur tahap perbandaran dalam satu-
satu lokaliti. Perlu ada satu pendekatan atau program khas bagi menangani
finomena ini. Sebagai contoh, perlu ada program khas bagi mendekati pekerja-
pekerja kilang, pekerja kedai makan dsbnya dalam usaha menarik sokongan
mereka.

Telah disentuh secara ringkas sebelum ini bahawa orang Melayu secara
umumnya tidak bersedia untuk mengambil risiko, terutamanya dalam
menerima sesuatu perubahan yang baru diperkenalkan kepada mereka.
Menolak perubahan (resistance to change), walau bagaimana pun, bukan
budaya yang bersifat mutlak bagi masyarakat Melayu.

Kajian dalam bidang sosiologi pembangunan memperlihatkan kepada kita


sesebuah masyarakat akan berubah sekiranya mereka sendiri melihat perubahan
itu dan perubahan itu bersifat positif. Ini dikenali sebagai kesan dari
persembahan secara praktikal pembaharuan yang ingin diperkenalkan
(demonstration effects) Sebagai contoh, dalam kes tanam padi dua kali setahun.

Buat permulaannya, besar kemungkinan para petani akan sangsi terhadap


pembaharuan tersebut; tetapi apabila dibuktikan ianya sesuatu yang praktikal
dan mengungtungkan maka mereka menerima perubahan tersebut dengan cara
yang baik. Dalam konteks Islam, ini merupakan satu bentuk dakwah-bil-hal
yang lebih berkesan berbanding dakwah-bil-lisan.

Bertahannya PAS di Kelantan begitu lama kerana pentadbiran negeri melalui


model Membangun Bersama Islam (MBI) telah mengadunkan kedua-dua
pendekatan berikut secara yang sepadu. Kuliah-kuliah ilmu oleh Tuan Guru
Menteri Besar pada pagi Jumaat boleh di lihat sebagai dakwah-bil-lisan
sementara program-program yang dijalankan berdasarkan petunjuk Illahi
seperti program kifaalah boleh difahami sebagai dakwah-bil-hal.

Kesimpulan

Makalah ringkas ini telah menganalisis sifat budaya politik Melayu yang tidak
bersifat radikal dan kurang cenderung untuk mengambil risiko. Perlu difikir
pendekatan dan program yang sesuai bagi menangani hakikat ini disamping
memahami hakikat bahawa sebagai sebuah komuniti yang senantiasa terdedah
kepada perubahan ( yang tidak mungkin dapat dibendung sepenuhnya),
masyarakat Melayu akan turut berubah.

Dalam konteks ini salah satu angkubah yang mendorong perubahan ini ialah
fenomena ‘perbandaran’ (urbanization). Dari sudut ini, budaya politik Melayu
yang bersifat ‘konservatif’ dan sekaligus ‘stabil’ akan turut bersifat ‘dinamis’
dan bersedia untuk menerima perubahan.

Kerelevanan nilai-nilai Islam yang melangkaui sempadan bandar-luar bandar


mampu digarap sebagai instrumen politik bagi memenangi hati dan minda
pengundi Melayu, tak kira di mana mereka berada.

Pengarah Pusat Penyelidikan PAS Pusat

esas-desus awal tahun 2010 ialah pilihan raya kecil P.094 Hulu Selangor bakal diadakan
berikutan keadaan ahli parlimennya, Dato' Dr Zainal Abidin Ahmad (KeADILan) yang menjalani
pembedahan di Hospital Pantai. Perkara itu disahkan menerusi blog Dato Seri Anwar Ibrahim, 18
September 2009). Maka, sejak itu timbul sangkaan kemungkinan kekosongan kerusi bagi
parlimen Hulu Selangor.

Selepas itu, pada Januari 2010 timbul lagi propaganda BN yang memainkan isu kononnya berlaku
peletakan jawatan ahli parlimen Hulu Selangor, Dr. Zainal Abidin Ahmad. Namun perkara itu
dibidas oleh pimpinan PKR dalam Majlis Makan Malam anjuran KeADILan Hulu Selangor pada 2
Januari lalu. Tan Sri Khalid Ibrahim menegaskan, tiada kekosongan bagi parlimen itu dan Dr.
Zainal akan bertugas seperti biasa.

Menurut Pengarah Strategik PKR, Tian Chua Chang berkata, timbul peletakan jawatan MP Hulu
Selangor itu ada kaitannya dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib akan mengadakan
satu program Umno di kawasan itu. Sedangkan sebelum ini, sepanjang menjadi Timbalan
Perdana Menteri beliau tidak pernah datang di Hulu Selangor sejak 10 tahun lalu termasuklah di
era Abdullah Ahmad Badawi.

Namun, takdir Ilahi siapa yang sangka. Pada jam 9.30 malam Jumaat 25 Mac lalu, ahli parlimen
Hulu Selangor, Dr. Zanal Abidin telah kembali ke rahmatullah di rumahnya dekat Jalan Cheras,
Kajang selepas mengalami barah otak sejak sekian lama.

Dalam rakaman takziah Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang
(Harakahdaily, 26 Mac) menzahirkan bahawa pemergian Zainal itu bukan sahaja dirasai oleh ahli
keluarga Allahyarham dan penduduk Hulu Selangor, tetapi juga merupakan satu kehilangan
besar kepada seluruh pejuang keadilan ke arah perubahan politik yang lebih baik di Malaysia.
Beliau juga berharap semoga seluruh anggota keluarga beliau bersabar dengan ketentuan dan
ujian dari Allah SWT ini.

Datuk Seri Anwar Ibrahim pula dalam rakaman takziahnya menyatakan pemergian beliau,
seorang sahabat dan rakan seperjuangan, pastinya amat dirasai. Persahabatan kami bermula
tatkala di Universiti Malaya lagi.

“Kami bersama-sama bergiat dalam PBMUM memperjuangkan kedudukan Bahasa Melayu sebagai
bahasa kebangsaan. Allahyarham merupakan sosok sederhana dan murah dengan senyuman.
Namun ketegasan menentang kezaliman membuatkan beliau memilih wadah Keadilan.
Rakaman takziah parlimen

Sementara pada Isnin lalu (29 Mac), Persidangan Dewan Rakyat menghadiahkan bacaan al-
Fatihah dan bertafakur seketika serta mengucapkan takziah atas pemergian Datuk Dr Zainal
Abidin Ahmad itu. Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar
berkata anggota Dewan dan pihak Parlimen seluruhnya merakamkan ucapan takziah dan
mendoakan semoga tuhan mencucuri rahmat ke atas roh Allahyarham dan ditempatkan di antara
roh orang yang soleh.

Pilihan raya kecil

Ekoran daripada kematian itu, pihak Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) telah bermesyuarat
pada hari ini (2 April) bagi mengadakan pilihan raya kecil. Keptusan mesyuarat itu diumumkan
Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd. Yusof iaitu tarikh penamaan calon jatuh pada Sabtu 17
April dan pengundian pada Ahad 25 April. Ini bermakna SPR dan parti-parti politik (BN dan
Pakatan Rakyat) mempunyai masa 15 hari lagi ke arah persiapan penamaan calon. Sementara
tempoh rasmi berkempen adalah tujuh hari bermula sehari selepas pencalonan dan tamat sehari
sebelum pengundian. Ini bermakna pihak SPR telah memperuntukkan tempoh kempen paling
singkat seperti mana pilihan raya kecil Bagan Pinang (pencalonan 3 Oktober, pengundian 11
Oktober 2009).

Tempoh kempen yang singkat sudah tentu akan memberi kelebihan kepada BN, kerana
keupayaan jentera kempen BN akan menggunakan semua aparatus kerajaan Pusat, termasuk
penglibatan langsung semua kementerian dan menteri berkaitan. Pun begitu, tempoh kempen
singkat dikatakan sesuai dengan keadaan kemelut ekonomi sekarang, dan ia sudah tentu dapat
menjimatkan perbelanjaan parti-parti berkempen.

Pilihan raya umum 2008

Kemenangan Datuk Dr Zainal Abidin Ahmad dari KeADILan di parlimen Hulu Selangor pada
pilihan raya umum (PRU) 2008 adalah kemenangan tipis. Allahyarham menewaskan calon
Barisan Nasional (BN) Timbalan Presiden MIC, Datuk G. Palanivel dengan majoriti tipis hanya198
undi. KeADILan memperoleh 23,177 undi, manakala BN mendapat 22,979 undi. Jadual 1
berikutnya adalah butiran keputusan PRU 2008 bagi parlimen Hulu Selangor.
Jadual 1:

PRU 2008:keputusan P.094 Hulu Selangor

Kemenangan KeADILan adalah mewakili Pakatan Rakyat dan kekalahan MIC adalah kekalahan
BN. Menurut demokrasi, keputusan pilihan raya umum lalu adalah satu bukti penolakan rakyat
kepada BN. Meskipun keputusan itu pada majoriti tipis, ia cukup untuk mengatakan bahawa
rakyat Hulu Selangor sudah menolak BN dan calon MIC.

Analisis keputusan PRU 2008

Berpandukan pemerhatian kepada keputusan PRU 2008 di parlimen Hulu Selangor, menunjukkan
Pakatan Rakyat lebih popular berbanding BN. Namun, keputusan di dewan undangan negeri
(DUN) untuk ketiga-tiga DUN dalam parlimen Hulu Selangor membuktikan Pakatan Rakyat begitu
tercorot berbanding BN. Pakatan Rakyat telah kalah kesemua tiga DUN (N.05 Hulu Bernam, N.06
Kuala Kubu Baharu, dan N.07 Batang Kali). Calon Pakatan Rakyat yang bertanding di DUN adalah
diwakili parti PAS di Hulu Bernam, DAP di Kuala Kubu Baharu dan KeADILan di Batang Kali.

Namun, keputusan PRU 2008 itu (seperti dalam Jadual 1) boleh dikatakan sebagai kemenangan
terpilih ekoran daripada pengaruh peribadi Allahyarham Dr Zainal Abidin mengatasi Palanivel.
Sudut pandangan ini dilihat logik apabila membandingkan keputusan PRU 2008 dengan PRU
2004.
Pada PRU 2004, jelas didapati pengaruh Pakatan Rakyat jauh tercorot berbanding BN, apabila
mencapai kemenangan dengan majoriti besar sebanyak 14,483 undi sedangkan PRU 2008 BN
tewas hanya 198 undi.

Bandingan populariti pengaruh Pakatan Rakyat dengan BN bagi dua pilihan raya umum tersebut
digambarkan dalam Jadual 2 berikut.

Jadual 2:

Bandingan PRU 2004-2008: P.094 Hulu Selangor

Secara jelas, undi Pakatan Rakyat dari PRU 2004 ke PRU 2008 melonjak besar sebanyak 9,853
undi dan BN pula merosot 4,828 undi. Sokongan pengundi kepada Dr. Zainal Abidin amat kuat,
mungkin kerana Allahyarham adalah bekas Timbalan Menteri Besar ketika Anwar Ibrahim masih
dalam Umno. Pencalonan beliau di Hulu Selangor telah mengubah sokongan pengundi yang
menolak BN di kubu BN yang diwakili MIC.
Hakikat tersebut dianggap benar apabila membandingkan undi-undi diperoleh calon-calon DUN
dalam parlimen Hulu Selangor dari Pakatan Rakyat dalam PRU 2008. Pakatan Rakyat didapati
telah kalah di semua DUN dengan purata 2,118 undi. Jadual 3 berikut menjelaskan analisis ini di
setiap DUN.

Jadual 3:

PRU 2008:keputusan setiap DUN di Hulu Selangor

Daripada Jadual 3, menunjukkan kekalahan terbesar Pakatan Rakyat berlaku di DUN Hulu
Bernam, diikuti Batang Kali dan Kuala Kubu Baharu. PAS bertanding Hulu Bernam mungkin kalah
teruk kerana kira-kira 1,000 pengundi Orang Asli dan Melayu luar bandar tidak bersedia
melakukan perubahan. Sementara DAP kalah tipis di Kuala Kubu Baharu, dikaitkan dengan
sokongan agak baik kalangan pengundi Cina dan India kerana di situ komposisi pengundi
melebihi 50 peratus bukan Melayu. Di DUN Batang Kali pula adalah DUN campuran kaum yang
ditandingi calon KeADILan, namun pengaruh BN khususnya Umno agak kuat di kalangan orang
Melayu. Mungkin kerana DUN ini adalah tapak politik asal bagi bekas Menteri Besar Selangor, Tan
Sri Muhammad Mohd Taib.

Justeru itu, kemenangan Pakatan Rakyat pada PRU 2008 lalu adalah kuat dipengaruhi oleh faktor
peribadi Allahyarham Dr Zainal Abidin yang merupakan tokoh politik lama berkecimpung dalam
Umno (sebelum menyertai KeADILan) dan banyak berjasa kepada rakyat.

Peluang Pakatan rakyat di Hulu Selangor

Secara bandingan undi Pakatan Rakyat yang diperoleh di DUN dengan parlimen didapati
perbezaannya agak besar, kira-kira 3,069 undi lebih besar di parlimen. Jadual 4 berikut
menerangkan fakta ini.
Jadual 4:

Tanggapan umum, sudah pasti rahsia besar Pakatan Rakyat boleh menang di parlimen pada PRU
2008 lalu adalah kombinasi isu-isu politik ketika itu dan disokong kuat oleh pengaruh peribadi
calon Pakatan Rakyat, Dr. Zainal Abidin. Sebenarnya pengaruh isu politik hanya berupaya
melonjak sokongan kira-kira 9,000 undi sahaja. Namun, sokongan peribadi kepada Allahyarham
Dr. Zainal Abidin mampu menarik kira-kira 800 undi lagi. Atas jumlah undi inilah, Pakatan Rakyat
menang di parlimen Hulu Selangor.

Sehubungan itu, peluang Pakatan Rakyat untuk menang pada pilihan raya kecil nanti amat kuat
bergantung pada siapa calon yang boleh mengatasi pengaruh peribadi calon BN. Atas hujah ini,
rasanya Pakatan Rakyat tidak ketandusan tokoh untuk diberi mandat bertanding. Mungkin ia
terletak kepada keputusan parti KeADILan yang memiliki status-quo bertanding di kerusi Hulu
Selangor untuk menentukan calon nanti.

Apa yang penting Pakatan Rakyat sewajarnya rasional dan membuat pertimbangan tepat bagi
memenangi hati pengundi. Keutamaannya hendaklah kepada calon yang terbaik pada perkiraan
pengundi tempatan yang bersifat campuran kaum. Masa yang ada kurang lebih 15 hari lagi
adalah masa yang sesuai untuk meninjau pandangan pelbagai pihak bagi memilih seorang calon
yang terbaik.

Di samping, faktor pelengkap ke arah kemenangan pilihan raya kecil nanti adalah bergantung
pada sejauh mana Pakatan Rakyat sebagai sebuah kerjasama politik yang menyaingi BN mampu
mengolah gaya persembahan di pentas politik baru ini.
Bagi memenuhi nilai-nilai politik baru tersebut, medan pilihan raya kecil Hulu Selangor ini adalah
peluang bagi Pakatan Rakyat membina keutuhan dan perpaduan dalaman, mempamerkan
keupayaan jentera parti dan kerajaan Negeri Selangor pimpinan Pakatan Rakyat hendaklah cepat
menangani isu-isu rakyat. Sekali gus berlakunya kebersamaan pemimpin dengan rakyat bagi
memenangi pilihan raya kecil ke-10 ini. Selamat berjuang memenangi hati nurani rakyat. Semoga
kemenangan berpihak kepada Pakatan Rakyat.

Oleh :
Wan Nik Wan Yussof
Setiausaha Politik Menteri Besar Kelantan
Faktor kemenangan PAS di Bukit Gantang

Wan Nik Yusof Ngah 


Mon | Apr 06, 09 | 4:46:57 pm MYT
Berdasarkan mood pengundi yang disokong oleh rakyat Perak dari pelbagai kaum,
Pakatan Rakyat boleh diisytihar menang! Kenyataan ini boleh dikongsi bersama
berasaskan senario yang wujud di Bukit Gantang.

Iklan   Berdasarkan sambutan pada penamaan calon yang


  menyebelahi Pakatan Rakyat apabila perarakan itu
    disertai kira-kira 50 ribu rakyat yang datang
menzahirkan sokongan tinggi terhadap Dato Seri Mohammad Nizar Jamaludddin (Ir
Mohd Nizar) selaku calon. Pada pusingan awal ini, majoriti mood rakyat yang disokong
oleh senario hangat politik Perak sejak berlaku rampasan mandat rakyat pada 5-6 Februari
lalu boleh diratingkan sebagai menang Pakatan Rakyat.

Kesannya rakyat telah bangkit (dalam perarakan calon Pakatan Rakyat) bagi menyatakan
bangkangan terhadap tindakan anti sistem yang dimulakan oleh Dato' Seri Mohd Najib
yang menggunakan taktik permainan kotor.

Apabila berlakunya pilihan raya kecil Bukit Gantang, maka ruang terbuka luas bagi rakyat
membuktikan mandat rakyat pada pilihan raya umum 2008 adalah masih kekal.

Justeru itu, pilihan raya kecil kali ini adalah peluang membuktikan bahawa rakyat tidak
merestui kerjatangan Mohd Najib yang baru dilantik sebagai Perdana Menteri pada 3 Mac
lalu.

Selanjutnya, bagi membuktikan bantahan rakyat Perak terhadap permainan kotor


rampasan mandat rakyat itu, ia telah diterjemahkan melalui sambutan hangat kempen
calon Pakatan Rakyat dan isu-isu yang disampaikan kepada setiap pengundi.

Ia disusuli dengan sambutan luar biasa kehadiran kali pertama Presiden PAS dan
Mursyidul Am PAS ke Bukit Gantang, diikuti dengan Penasihat Umum KeADILan yang
ceramahnya berdepan dengan halangan polis atas alasan akan membawa kesesakan teruk
trafik.

Mood tersebut berkekalan sebaik sahaja Ir Mohd Nizar diamanahkan sebagai calon yang
berdepan dengan calon BN dan Bebas.

Calon BN mahupun Bebas adalah memiliki populariti yang jauh tercorok berbanding Ir
Mohd Nizar. Setiap kali kempen peribadi anjuran calon PAS secara langsung mahupun
tidak adalah mendapat publisiti percuma beberapa media perdana (kerana melaporkan isu-
isu manipulatif seperti peristiwa tazkirah di Masjid Simpang). Begitu juga media
berbahasa Mandarin turut melapor secara terperinci pergerakan kempen calon Pakatan
Rakyat itu.

Kesemua senario itu, membawa kepada ramalan awal perjalanan kempen adalah berpihak
kepada Pakatan Rakyat, maka Pakatan Rakyat layak menang.

Sehinggalah Timbalan Presiden Umno, Muhyidin dan Dr Zambry Menteri Besar


'rampasan mandat rakyat' begitu tertekan. Begitu pula, Naib Presiden Umno, Zahid
terpaksa berkempen secara 'unIslamic' menggunakan hiburan 'panas' (disertai tarian gadis
terdedah) untuk meraikan kumpulan pengundi muda Cina!! Gambar Malaysiaikini
membuktikan.

Walaupun itu adalah melanggari nilai-nilai masyarakat Melayu Bukit Gantang, ia terpaksa
dilakukan demi meraih simpati pengundi Cina yang sedang menolak calon BN yang mirip
wajah Dr Zambry itu.

Begitu pula di dalam usaha memenangi jiwa 'agama' pengundi Melayu, Muhyidin telah
terpaksa menjadi imam solat di salah sebuah masjid diikuti dengan majlis sumbangan
'wang' untuk pengerusi-pengerusi masjid (bukan rasuah kerana ia dibuat atas nama agensi
kerajaan, walaupun tujuannya untuk meraih undi). Sedangkan berapa lama dah UMNO
memerintah Perak, dan berapa banyak pungutan zakat dibuat dan sudah jutaan ringgit
projek pembangunan masjid diluluskan dalam bajet kerajaan... masjid yang ada terus
diabai sehingga berlaku pilihan raya kecil barulah disalurkan sumbangan untuk
pembangunan masjid!

Pihak bukan BN mempersoalkan: Tindakkah itu satu cara memperalatkan masjid dan
imam serta pengerusi masjid; menerima wang politik yang mirip kepada rasuah. Mungkin
Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) boleh mentafsirkan itu sebagai
rasuah dari pemimpin Umno untuk kelompok pengundi!

Sekiranya pengundi Melayu Bukit Gantang dalam memahami tindakan sumbangan wang
politik itu adalah amalan rasuah dan amalan rasuah pengundi adalah tradisi kempen
pilihan raya BN, maka fahaman ini akan menyebabkan pengundi Melayu bakal
melakukan react dengan mengundi calon PAS Ir Mohd Nizar layak berada dipihak
menang!
Meskipun calon PAS menerima serangan peribadi yang teruk dalam dua isu utama:
penderhaka dan boneka Cina. Kedua-dua isu ini dinilai oleh pemerhati bebas sebagai
chewgum yang terlekat dalam ketiadaan air liur sahaja.

Ini bermakna pengundi muda yang bermaklumat tidak mudah dipengaruhi. Kerana dua isu
ini adalah 'klasik' dan bersifat order lama. Hal ini memungkin pengundi muda kekal
bersama Pakatan Rakyat yang statusnya majoriti mengundi Pakatan Rakyat. Rating ini
adalah melayakkan Pakatan Rakyat menang!

Bagaimana pula pengundi wanita? Apakah dengan peralihan pimpinan wanita Umno,
kekalahan Rafidah Aziz yang sekian lama membawa imej wanita Perak dalam arus
nasional masih membawa kelebihan kepada calon BN.

Apa yang berlaku, segelintir pengundi wanita diberitahu 'calon kite' adalah peminat pusat
hiburan di Danok. Lalu pemerhati luar yang mendapat respon, betapa Danok itu adalah
lokasinya di Thailand adalah pusat hiburan yang berat kepada 'kemaksiatan'.

Apakah wanita Bukit Gantang boleh menerima seorang 'calon kite' yang memiliki
kegemaran demikian? Persoalan ini terjurus kepada kain pemidang yang tertulis huruf
besar "DANOK" berwarna biru.

Ia boleh jadi satu isyarat daripada kumpulan wanita prihatin ditujukan kepada Ismail
bukannya Kamarul bukan juga Ir Mohd Nizar.

Jika tafsiran ini tepat, sudah pasti pengundi wanita tidak akan berfikir banyak kali untuk
tidak mengundi BN dalam pilihan raya kecil Bukit Gantang!

Layaknya Pakatan Rakyat dapat memenangi hati wanita, kerana Ir Mohd Nizar dilihat
bebas dengan imej "DANOK".

Daripada analisis senario di atas, blog ini merumuskan: Dalam kempen yang normal,
tanpa penglibatan ugutan pihak samseng terhadap pengundi Cina dan India, mahupun
Melayu, maka Pakatan Rakyat menguasai kempen dan layaknya mencapai kemenangan.

Namun Tuhan yang Esa adalah perancang mutlak, manusia sekadar merancang untuk
mencapai segala tujuan. Tujuan itu tetap tercapai bila diizin-Nya.

(Penulis adalah Setiausaha Jabatan Pilihan Raya PAS Pusat, yang juga bekas Ahli
Parlimen Bachok, analisis beliau boleh dilayari di greencresent-wanibrah.blogspot.com -
Editor) - mr 

You might also like