You are on page 1of 4

Sinopsis Cerita

Cerita ini berkisar di persikataran kampong air. Terdapat sebuah titian di antara rumah Liau
Tangah dengan Liau Bakar yang merupakan satu-satunya titian sebagai laluan bagi pengguna di
kawasan tersebut untuk menuju ke Jambatan besar dari sebelah barat rumah Liau Tangah. Titian
ini telah dirobohkan oleh Liau Tangah disebabkan oleh perasaan marah setelah mendapati
anaknya patah tangan kerana jatuh ditolak oleh anak Liau Bakar dari atas titian itu.Tambahan
lagi, desakan daripada mulut isterinya Piah yang sangat becok menambahkan lagi perasaan
marah Liau Tangah lalu Liau Tangah merobohkan titian yang dibinanya sendiri pada satu ketika
dahulu. Akibat daripada titian yang roboh itu, pengguna-pengguna titian tersebut tidak dapat
menyeberang untuk menuju ke rumah Liau Bakar dan seterusnya menuju ke Jambatan Besar
kecuali dengan turun ke tanah yang becak, itupun jika air tuhur

Sejak titian itu roboh, Liau Tangah kadang-kala menerima sindiran, senyuman dan gurauan yang
sinis dari pengguna-pengguna yang dikenalinya terutamanya Samsu, Bahar, Cikgu Ahmad,
Budin,dan juga Saman yang terkenal dengan “Jaguh Ibun”. Mereka ini merupakan mangsa titian
roboh. Tindakan Liau Tangah merobohkan titian itu sekaligus memperlihatkan kewibawaan dan
kerendahan budi Liau Tangah yang selama ini dihormati oleh orang-orang kampong. Perasaan
kesal juga menghantui pada diri Liau Tangah setelah menyedari bahawa titian itu merupakan
penghubung silatulrahim dengan jiran-jiran. Keadaan lebih parah lagi apabila budak Mahri yang
menjadi mangsa titian roboh itu terkena sengatan tuka-tuka semasa Mahri turun ketanah becak.
Liau Tangah dan Piah cemas melihat keadaan Mahri menjerit-jerit meminta tolong kerana
terkena sengatan itu. Piah berkejar ke rumah-rumah jiran meminta tolong untuk mencari
penambangdan menjerit-jerit memanggil nama-nama yang tidak disenanginya selama ini
termasuklah Liau Bakar. Tidak lama kemudian datanglah Liau Bakar dengan sebuah perahu
tambang memberi pertolongan. Mujurlah sifat murni itu masih bertapak di hati Liau Bakar.
Peristiwa penting

1. Titian dirobohkan yang menghala ke rumah liau bakar


2. Liau tangah merasa tersingung oleh senyuman budin itu, seolah-olah memperli
kerendahan budi dan akhlaknya meroboh titian
3. Aku merasa serba salah menyaksikan telatah jiran-jiran seperti saman, samsu, bahar dan
cikgu ahmad melalui tanah becak di kawasan titian roboh
4. Kesalan abu begitu mendalam memikirkan peristiwa yang berlaku beberapa hari yang
lalu meroboh titian. Ia telah melakukan suatu penganiayaan bukan sahaja terhadap orang
lain tetapi juga pada dirinya sendiri
5. Menurut kemahuan isterinya piah itulah puncanya titian roboh, sekaligus turut
merobohkan status kewibawaannya sebagai orang tua yang dihormati di kampong ayer
6. Aku merasa berdosa dan bodoh. Baginya kerobohan titian itu beerti kerobohan
akhlaknya dan orang yang memutuskan silaturahim tidak akan masuk syurga kerana
itulah liau tangah menghadapi konflik
7. Piah isteri liau tangah menyatakan perbuatan meroboh titian itu sudah wajar. Anak
mereka mahri patah tangan jatuh ditolak oleh anak liau bakar di titian itu
8. Piah marah-marah dan menengking liau tangah bahawa perbuatan liau tangan memalukan
kerana baru sekejap titian dirobohkan, tetapi liau tangah membina semula titian itu
9. Mahri balik dari kedai runcit haji damit. Budak itu turun mengharung air pasang
dikawasan titian roboh dan tiba-tiba mahri menjerit dan mengadu ia telah disengat oleh
tuka-tuka
10. Liau tangah cemas kerana bekas sengatan di tapak kaki itu sudah banyak mengeluarkan
darah mencapai tahap yang membimbngkan
11. Liau tangah menyuruh piah meminta tolong kepada jiran-jiran. Piah memanggil liau
bakar dan menyebut-nyebut nama orang-orang yang tidak disenanginya iaitu saman,
samsu, bahar dan cikgu ahmad
12. Sebentar kemudian kedengaran motor sangkut penambang dari arah rumah liau bakar
iaitu rumah yang selama ini dianggapnya berpenghunikan jembalang dan kini datang
menolong mereka
Tema

Cerpen titian memaparkan tema mengenai konflik masyarakat iaitu ia mengemukakan suatu
kehidupan biasa di kampong ayer yang berjiran sebelah menyebelah. Titian dan penambang
merupakan lambang penghubung silaturahim. Kedua-dua perkara ini merupakan keperluan bagi
penduduk kampong ayer yang mana ia adalah untuk kunjung mengunjungi antara satu dengan
yang lain.

Titian dan penambang mempunyai peranan yang penting dalam kehidupan masyarakat kampong
ayer. Jika ianya tidak ada maka masalah akan timbul seperti susah untuk berjalan dan
sebagainya.

Persoalan

1. Masyarakat
Ianya boleh dilihat dalam keluarga liau tangah. Ia digambarkan sebagai keluarga yang
individualistik, egostik dan tidak ada sifat toleransi. Jika sifat ini diamalkan maka ia
boleh mencetuskan gejala ketegangan hubungan dan sebagai batu penghalang ke arah
penghidupan yang rukun damai dan harmoni.

2. Hubungan semasa jiran tetangga


Seorang yang hidup bermasyarakat hendaklah tolong menolong. Misalnya menolong
orang yang dalam kesusahan adalah merupakan amalan dasar hidup yang rasional yang
mana ia boleh memperluaskan dan memperkembangkan lagi hubungan silaturahim antara
jiran dan bersatu padu kearah hidup yang harmoni dan sentiasa bekerjasama dalam
masyarakat.

3. Rumah tangga
Sebagai seorang isteri yang memiliki sifat kasar, suka memerintah suami, banyak cakap
dan suka menengking, ia akan membawa lebih banyak keburukkan dari kebaikan.
Misalnya seorang suami akan terjejas kewibawaannya jika masyarakat mengetahui
perkara tersebut.

4. Bermusuhan
Kita seharusnya memiliki sikap suka berkawan kerana barangsiapa yang suka
bermusuhan maka seseorang itu akan disisihkan oleh masyarakat. Ini terbukti bahawa
dalam cerpen titian, keluarga liau tangah telah disisihkan dan ia dapat dilihat ketika piah
meminta tolong kepada jiran-jirannya tiada sesiapapun yang datang menolong kecuali
jiran yang dimusuhinya iaitu liau bakar.
5. Ketegangan
Ketegangan berlaku akibat dari anak liau bakar telah menolak anak liau tangah iaitu
mahri sehingga mengakibatkan mahri patah tangan dan hubungan sesama jiran menjadi
tegang dan mengakibatkan permusuhan berlaku diantara dua keluarga tersebut.

You might also like