You are on page 1of 3

SINOPSIS

Aku seorang pesara guru tua, berada di pejabat seorang Pegawai Muda sedang berbincang mengenai
hasratnya untuk mendirikan institusi pendidikan berbahasa pengantar Melayu agar anak-anak tempatan akan
dapat Berdikari. Tetapi hasrat murninya itu disanggah oleh Pegawai Muda bekas anak didiknya itu yang kini
berpendidikan Barat. Ia menyifatkan menegakkan dan mendaulatkan Bahasa Ibunda itu bahasa ilmu adalah
ibarat “sebatang lilin yang menerangi siang hari”. Aku amat kecewa dengan sikap Pegawai Muda itu. Aku
amat simpati dengan para remaja yang menganggur dan tercicir dari kalangan penuntut Tingkatan 5 dan 6.
Aku jadi mengelabah apabila Pegawai Muda itu mengendalikan 3 risiko: pertama Bagaimana Sambutan ibu
bapa? Kedua; mampukah aku memberikan biasiswa kepada lepasan muridnya? Dan ketiga; Apakah dasar
sekolah aku selaras dengan dasar pelajaran negara? Aku yang telah berkorban jiwa raga dan harta benda
berupa rumah, tanah, wang lebih empat ratus ribu ringgit hasil Tiga Puluh tahun berkerja sebagai guru
Aliran Melayu dan baksis isterinya yang bersara menjadi gelabah. Aku semakin panik apabila teringat
ratusan borang yang telah diedarkan,satu pun belum dikembalikan. Pengertian isterinya yang mencadangkan
agar hasrat mereka itu dialih kepada sebuah “Yayasan” menyuburkan semula cita-citanya yang hampir layu
itu dengan suatu harapan anak-anak mereka yang menuntut diluar negara akan membantu, iaitu Kamal dan
Alif. Aku begitu optimis akan suatu masa hadapan bagi bangsanya yang agak cerah.

PERISTIWA PENTING

1) Aku berada dalam bilik pejabat pegawai muda bekas anak didiknya.

2) Aku optimis dapat meyakinkan Pegawai Muda itu akan hasrat nya kerana dulu mereka pernah sama-
sama memperjuangkan “Bahasa jiwa Bangsa” dan kempen “minggu Bahasa” semasa ia di sekolah
menengah.

3) Aku jadi sangsi akan sokongan Pegawai Muda itu terhadap hasratnya ke arah mendaulatkan bahasa
ibunda sebagai bahasa ilmu.

4) Pegawai Muda memandang sinis akan pernyataan Aku. Ia menganggap mendewa-dewakan hak milik
bangsa adalah umpama “lilin menerangi siang hari” dan mengagungkan kejayaan Barat.

5) Aku merasa tergores tetapi sabar dan tahu diri.

6) Pegawai Muda persimis terhadap bangsa Melayu kerana tidak mampu mengangkat martabat bahasa
Melayu sebagai bahasa ilmu dan membentak Aku dengan kasar.

7) Pegawai Muda merendah-rendahkan kewibawaan MABBIM.

8) Aku merendah diri dan memendam rasa.

9) Pegawai Muda menurunkan suara dan cuba mengutarakan risiko yang bakal dihadapi oleh Aku.

10) Aku jadi gelabah memikirkan risiko dan merasa dirinya terhina dan tertekan.

11) Aku dan keluarga telah berkorban harta, wang ringgit, begitu banyak untuk merealisasikan
hasratnya.

12) Isteri Aku mencadangkan agar ditukar kepada sebuah “Yayasan”.

13) Isteri serahkan dua sampul surat daripada anak-anak mereka Kamal dan Alif . Surat itu meminta
mereka pulang untuk membantu ayah mereka.
Gaya Bahasa

Gaya bahasa dalam sesebuah cerpen banyak memberi tenaga untuk menghidupkan jalan cerita supaya terus
menarik. Dalam cerpen ini, aspek bahasa memang dapat dimanipulasikan dengan begitu menarik sekali.
Beberapa unsur bahasa dalam cerpen ini termasuklah bahasa Brunei, kata-kata asing, bahasa pengorangan,
bahasa perbandingan, peribahasa, simbol, kata-kata perulangan dan kata-kata falsafah atau nasihat.

1. Bahasa Brunei
Penggunaan bahasa Brunei banyak digunakan dalam monolog dalaman. Ini menepati latar dan
persoalan yang hendak disampaikan. Watak-watak terdiri daripada orang tempatan dan pengarang
perlu menerapkan bahasa tempatan di samping mengambil kira bahawa pembaca juga terdiri dari
orang tempatan juga.

Bahasa Brunei Maksud


Mengias Mengenepikan
Gaat-menggalati Segan-silu
Gelabah Panik/risau
Merangkak lidud Bergerak secara perlahan sekali
Silu Sedih/nyilu

2. Bahasa Pengorangan
Bahasa pengorangan juga dikenali sebagai personafikasi iaitu bahasa yang menjadikan sifat-sifat
orang kepada benda yang bukan orang. Dengan kata lain, objek digambarkan bertindak seperti
manusia. Hal ini banyak digunakan dalam cerpen ini iaitu diantaranya:
 Padanya dua puluh tahun yang lalu bertunas kembali. (hlm 88)
 ...kelihatan menikmati udara saljinya dengan asyik. (hlm 88)
 ...merupakan sebatang lilin yang menerangi siang hari.” (hlm 89)
 ...seperti seekor anjing kurap yang cuba menyalak gunung. (hlm 91)

3. Bahasa Perbandingan (Simile)


Bahasa perbandingan bermaksud kata-kata yang membandingkan sesuatu perkara dengan perkara
yang lain. Kata-kata demikian selalunya menggunakan perkataan seperti bagai, macam, seperti dan
seumpamanya. Antara yang digunakan dalam cerpen ini ialah:
 ...seolah-olah melemparkan paku buah keras ke dalam lubuk hatiku. (hlm 89)
 Mereka itu seolah-olah nampak diriku ini seperti seekor anjing kurap... (hlm 91)

4. Simbol
Simbol terbahagi kepada tiga iaitu simbol universal (statis), simbol khusus (ambiguiti) dan simbol
yang berubah-ubah. Antaranya ialah:
 Bahasa jiwa bangsa. Ini bermaksud bahawa bahasa adalah identiti sesuatu bangsa. Dengan
kata lain, bahasa menunjukkan bangsa.
 Sebatang lilin. Lilin dianggap sebagai simbol orang yang berbakti sering menjadi mangsa
dan hasil perjuangannya akan dinikmati orang lain.
 MABBIM. MABBIM merupakan suatu badan yang berhasrat sekurang-kurangnya menyatu-
padukan bahasa antara tiga buah negara iaitu Malaysia, Brunei Darussalam dan juga
Indonesia.
 Yayasan. Ia merupakan suatu institusi bukan kerajaan yang berhasrat untuk membela nasib
anak bangsa yang tercicir.
 Universiti. Ia melambangkan institusi tertinggi tempat menimba ilmu. Dan Universiti luar
negeri masih dianggap berkeliber dari Universiti tempatan.

5. Bahasa Asing
 Bahasa Inggeris. Di antara perkataan itu ialah Lawyer dan engineer.

You might also like