You are on page 1of 12

PENDAHULUAN

Persehafaman kerjasama kerajaan menerusi akhbar utusan Malaysia dan akhbar Berita Harian
halaman Minda pengarang sentiasa

Bahasa mempunyai tiga sistem iaitu sistem fonologi, tatabahasa dan semantik. Tatabahasa
bahasa Melayu pula terbahagi kepada dua iaitu morfologi dan sintaksis. Tatabahasa ialah aspek
yang terpenting dalam system bahasa kerana ketika kita berbahasa kita menggunakan tatabahasa
sebagai peraturan tertentu.

Menerusi Minda Pengarangnya, Berita Menitik beratkan kepersisan bahasa terutama dari aspek
morfologi dan sintaksisnya.
1 (a) DEFINISI

i) Definisi Morfologi – Asmah hj. Omar

Tokoh bahasa terkenal, Nik Safiah Karim (1996) berpendapat morfologi ialah bidang
ilmu bahasa yang mengkaji struktur, bentuk dan juga penggolongan kata. Proses pembentukan
kata dalam sesuatu bahasa merupakan proses penyusunan morfem menurut peraturan sistem
morfologi bahasa itu. Dalam kebanyakan bahasa, proses pembentukan perkataan melibatkan
pengimbuhan. Imbuhan bermaksud unit-unit bahasa tertentu yang ditambahkan pada bentuk-
bentuk lain yang menyebabkan perubahan makna nahunya dan dibahagikan kepada empat jenis
iaitu awalan, akhiran, sisipan dan apitan. Beliau juga menjelaskan bahawa perkataan dalam
sesuatu bahasa dapat digolongkan  ke dalam golongan tertentu berdasarkan beberapa kriteria,
antaranya kriteria struktur fonologi atau bunyi, kriteria struktur morfem, kriteria sintaksis, dan
kriteria semantik. Perkataan ialah satu unit ujaran yang bebas dan mengandungi makna, yang
terdiri daripada satu atau gabungan beberapa bentuk bunyi bahasa. Perkataan dapat dibahagikan 
kepada empat jenis iaitu kata tunggal, kata terbitan, kata majmuk dan kata ganda.
Abdullah Hassan pula berpendapat morfologi ialah satu bidang ilmu yang mengkaji
bentuk perkataan. Bentuk perkataan pula terbahagi kepada enam iaitu kata nama (nama, ganti
nama, bilangan dan penjodoh bilangan), kata kerja (melampau dan tidak melampau), kata
adverba (tempat, aspek dan bandingan), kata sifat (keadaan dan dinamik), kata tugas (positif,
negetif dan kata depan), kata partikel (Tanya, tegasan dan seruan).

Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga (2008) : Morfologi merupakan antara cabang linguistik yang
mengkaji struktur pembentukan kata dan penggolongan kata. Morfem ialah unit yang terkecil
dalam bahasa yang berfungsi gramatis atau yang menjalankan tugas nahu, serta tidak dapat
dipecah-pecahkan lagi. Ada dua jenis morfem, iaitu morfem bebas dan morfem terikat. Morfem
bebas ialah morfem atau kata yang dapat berdiri sendiri sebagai satu kata yang utuh dan
bermakna serta tidak dapat dipecahkan kepada unit yang lebih kecil lagi. Morfem terikat
sebaliknya kerana bersifat tidak sempurna sekiranya tidak digandingkan dengan morfem bebas.
Sesuatu perkataan dibentuk daripada satu morfem atau lebih. Misalnya, bagi perkataan makan,
terdiri daripada satu morfem, iaitu morfem bebas, manakala makanan terdiri daripada dua
morfem, iaitu makan sebagai morfem bebas dan –an sebagai morfem terikat. Oleh sebab itu, ada
perbezaan yang jelas antara morfem dengan perkataan, iaitu semua perkataan ialah morfem
tetapi tidak semua morfem itu menjadi perkataan. Perkataan berbentuk bebas, yang bermakna,
dan dapat berdiri sendiri, misalnya kereta, kerusi, pengajar, dan kehakiman sedangkan awalan
peng- dalam pengajar dan apitan ke-…-an dalam kehakiman menjadi morfem terikat dan
bukanlah perkataan.

Tatabahasa Dewan edisi baharu menjelaskan bahawa proses pembentukan kata dalam sesuatu
bahasa ialah proses penyusunan morfem menurut peraturan sistem morfologi bahasa itu. Proses
morfologi ialah suatu proses yang mengubah bentuk sesuatu morfem dan perubahan ini bertujuan
untuk menambah sesuatu makna kepada morfem tersebut. Dalam kata lain yang lebih mudah,
proses morfologi bermaksud cara sesuatu perkataan itu dihasilkan atau diterbitkan daripada
bentuk dasarnya. Berdasarkan bentuk dan struktur kata baharu yang dihasilkan, proses morfologi
itu dapat dibahagikan kepada beberapa jenis, iaitu pengimbuhan, pemajmukan, penggandaan,
dan pengakroniman.
Rumusan Morfologi

Morfologi merupakan satu bidang yang mengkaji bagaimana perkataan dibina.Kajian ini lebih
tertumpu dan berfokus kepada unsur-unsur yang membentuk perkataan,proses-proses perkataan
dan bentuk perkataan yang terhasil. Morfologi merupakan kajian yang spesifik dan terperinci
mana ia berfokuskan kepada struktur dalaman bahasa yang melibatkan perubahan struktur kata,
golongan kata dan juga maksud makna kata.

Definisi Sintaksis

Sintaksis dipinjam daripada perkataan Yunani iaitu „suntutein‟ yang bermaksud


menyusun atau susunan. Dalam bidang linguistik, pengertian sintaksis membawa kepada
pembentukan ayat. Bidang kajian sintaksis ini dipelopori oleh Noam Chomsky. Menurut beliau,
sintaksis ialah cabang ilmu yang mengkaji bentuk, struktur dan binaan atau konstruksi ayat.
Menurut Nik Safiah Karim (2008), sintaksis dapat ditakrifkan sebagai bidang ilmu bahasa yang
mengkaji bentuk, struktur, dan binaan atau konstruksi ayat.. sintaksis juga dikenali sebagai kajian
tentang hukum atau rumus tatabahasa yang mendasari kaedah penggabungan dan penyusunan
perkataan atau kelompok perkataan untuk membentuk ayat dalam sesuatu bahasa. Selain itu,
kajian sintaksis juga melibatkan aspek perbezaan binaan ayat melalui jenis-jenis ayat dan ragam
ayat.

Asmah (1968) menyatakan bahawa sintaksis adalah bahagian daripada linguistik deskriptif dan
sinkronis yang mempelajari kombinasi kata-kata dalam rangkai kata dan ayat.
“Ayat ialah unit paling tinggi dalam skala tatatingkat nahu. Dalam perkataan lain, dalam
tatabahasa tidak ada unit yang lebih tinggi yang mempunyai ayat sebagai unsurnya. Ayat terdiri
daripada klausa yang disertai dengna intonasi ayat yang lengkap, iaitu yang dimulai dengan
kesenyapan dan diakhiri dengan kesenyapan dan intonasinya mengatakan bahawa ayat itu
sempurna dan selesai”

Menurut Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga (2008) sintaksis ditakrifkan sebagai bidang ilmu yang
mengkaji bentuk, struktur dan binaan ayat atau konstruksi ayat. Sintaksis bukan sahaja mengkaji
proses pembinaan ayat tetapi juga hukum atau rumus tatabahasa yang mendasari kaedah
penggabungan dan penyusunan perkataan atau kelompok perkataan bagi membentuk ayat dalam
bahasa. Tatabahasa tradisional berpendapat, sintaksis ialah “sehimpunan kata yang menyatakan
fikiran yang lengkap”. Tatabahasa struktur menyatakan “ujaran yang terdiri sendiri dan bebas
daripada ujaran-ujaran yang lain.

Menurut pendapat Leonard Bloomfield pula, sintaksis ialah “… a construction or form which, in
the given utterance, is not part of any larger construction”. Tatabahasa TG (Transformasi
Generatif) Jacobs & Rosenbaum menyatakan sintaksis ialah”… a sentence is a string of word
but not every strings of words is a sentence”.”A sentence is a structured string whose words fall
into natural groups”.

Abdullah Hassan (2006) dalam buku bertajuk Sintaksis Bahasa Melayu ada menyatakan unsur-
unsur yang dikaji dalam sintaksis adalah ayat, klausa dan frasa.Menurut Abdullah Hassan (2006)
lagi dalam buku Linguistik Am yang memeriha lsintaksis melibatkan hubungan gramatis antara
kata dengan kata, frasa dengan frasadan ayat dengan ayat bagi membina ayat.

Menurut Za’ba, sintaksis bermaksud “…apa-apa susunan perkataan yang cukup memberi faham
atau terjadi daripada sesuatu benda dan cerita dan hal benda itu; kerana apabila kita bercakap tak
dapat tidaklah bercakapkan sesuatu benda dan menceritakan apa halnya benda itu”. Ia juga
merupakan ayat yang terdiri dari subjek dan predikat”.

St. Takdir Alisjahbana menyatakan sintaksis ialah satuan kumpulan kata yang terkecil yang
mengandungi fikiran yang lengkap.
Rumusan

Sintaksis bukan saja bidang linguistik yang mengkaji proses pembinaan ayat tetapi juga
hukum yang menentukan bagaimana perkataan di bina dalam ayat. Terbina daripada rentetan
kata yang digabung dan disusun mengikut rumus dan hukum tatabahasa, Ayat merupakan
tatatingkat / hirarki tertinggi bermula wacana, ayat, klausa, frasa, kata, morfem dan fonem yang
terkecil sekali. Sintaksis dapat dilihat bagaimana ayat dibina, ini kerana sintaksis merupakan
pelengkap dan lanjutan kepada proses morfologi. Tanpa sintaksis, morfologi tidak dapat berdiri
sendiri. Begitu juga sintaksis kerana kedua-dua kajian ini amat berkait rapat dan saling
bergantungan antara satu sama lain.

b) ANALISIS ASPEK MORPOLOGI

i) Morfem

Morfem ialah unut-unit tatabahasa yang menjadi unsur perkataan. Merupakan unit
terkecil dalam bahasa dan berfungsi gramatis. Terbahagi kepada dua mengikut sifatnya iaitu
morfem bebas dan morfem terikat.

ii) Pembentukan kata

Nik Safiah Karim dan rakan (1996):

Perkataan ialah satu unit ujaran yang bebas dan mengandungi makna, yang terdiri daripada satu
atau gabungan beberapa bentuk bunyi bahasa. Perkataan dapat dibahagikan kepada 4 jenis iaitu
kata tunggal, kata terbitan, kata majmuk dan kata ganda.

(a) Kata Tunggal


Kata tunggal ialah bentuk kata yang terdiri daripada hanya satu bentuk dasar, iaitu tidak
menerima apa-apa bentuk imbuhan atau kata dasar yang lain. Kata tunggal mengandungi satu
suku kata atau lebih daripada satu suku kata.

i. Kamu.
ii. Sudah?
iii. Ini?

Contoh:

iv. di mana?
v. ke Kuala Lumpur
vi. dari Terengganu

Akronim ialah kata singkatan yang terbentuk dengan menggabungkan huruf awal suku kata atau
gabungan kombinasi huruf awal dan suku kata daripada satu rangkai kata, dan ditulis serta
dilafazkan sebagai kata yang wajar(Tatabahasa Dewan 1996).

(b) Kata Terbitan

Kata terbitan ialah bentuk kata yang mengandungi kata dasar yang mendapat atau menerima
imbuhan sama ada awalan, akhiran, apitan atau sisipan. Menurut Nik Safiah karim (1996): Kata
terbitan ialah bentuk perkataan yang dihasilkan melalui proses pengimbuhan, iaitu proses yang
menggandingkan imbuhan pada kata dasar.

(c) Kata Majmuk

Bentuk kata majmuk lahir melalui proses pemajmukan, iaitu proses yang merangkaikan dua kata
dasar atau lebih dan bentuk yang terhasil membawa makna tertentu. Kata majmuk dieja terpisah
dan bertindak sebagai satu unit. Kata majmuk tidak boleh menerima sebarang penyisipan unsur
lain.
(d) Kata Ganda  

Proses penggandaan ialah proses yang menggandakan kata dasar. Tiga jenis penggandaan iaitu

i. Penggandaan penuh – menggandakan keseluruhan kata dasar sama ada


mengandungi imbuhan atau pun tidak
ii. Penggandaan separa – menggandakan sebahagian kata dasar, di hadapan
atau di belakang kata dasar
iii. Penggandaan berentak – berentak pengulangan vocal, berentak
pengulangan konsonan dan berentak bebas.Menurut Nik Safiah Karim dan
rakan (1996), proses pembentukan kata dalam sesuatu bahasa merupakan
proses penyusunan morfem menurut peraturan sistem morfologi bahasa itu.
Dalam kebanyakan bahasa, proses pembentukan perkataan melibatkan
pengimbuhan.

Morfem dan, ia, tak,


Kata Tunggal bahasa, Melayu, sekian, lama, rasmi, negara, kita, namun, kini, masih. Tidak,
sempurna, tidak, bukan, saja, orang, malah, dalam, masyarakat, sendiri,
sentiasa, sistem, Oktober, yang, bulan, tiap, tahun, satu, lagi, ilmu, bidang,
komersial, ekonomi, usaha, itu, sukar, jika, rakyat, acuh, sentaisa, asing, jiwa,
bangsa, maruah, taraf, pada, niat, murni, hanya, dapat, semua, pihak, acara,
rasmi, Tan Sri Muhyiddin Yasin, ketika, 2010, kelmarin, peranan, utama, tanda,
harus, kuasa, bagi, iklan, betul, banyak, kawasan, baru, taman, gedung, sikap,
kurang, tegas, nama, era, atas,
Kata menjadi, kebangsaan, sehingga, penggunaannya, digunakan, secara, meluas,
Terbitan menyeluruh, di kalangan, dinafikan, kerajaan, berusaha, dinafikan,
memartabatkan, memperkasakan, khususnya, menerusi, pendidikan,
diistiharkan, sebagai, membuktikan, termasuk, bagaimanapun, mencapai,
matlamatnya, bersikap, sebaliknya, menggagungkan, ungkapan, menunjukkan,
memuliakan, keperibadiaan, sesuatu, kemajuan, tamadunnya, tumpuan,
memacu, menaik, kehidupan, diiringi, kedudukan, dicapai, urusan,
melancarkan, menegaskan, berkuasa, tempatan, memainkan, membantu, di
tempat, menguat kuasakan, di papan, memastikan, setiap, menggunakan,
sebaliknya, digantikan, kebelakangan, dimajukan, perumahan, bangunan,
dilaksanakan, pembangunan, perpaduan, mengabaikan, mencemarkan,
kebangsaan, memainkan, menyisihkan, mengutamakan, didaftarkan,
perumahan, membuatkan
Kata samada, tanggungjawab, Timbalan Perdana Menteri,
Majmuk
Kata Ganda masing-masing, undang-undang, beli- belah,
Akronim PBI (pihak berkuasa tempatan), SSM (suruhanjaya syarikat Malaysia)

Analisis Sintaksis
Definisi Ayat:

“Ayat ialah unit tatabahasa paling tinggi letaknya dalam susunan tatabahasa dan mengandungi makna
yang lengkap. Ayat boleh terbentuk daripada satu perkataan atau susunan perkataan yang pengucapannya
dimulakan dan diakhiri dengan kesenyapan, serta mengandungi intonasi yang sempurna

Jenis ayat dapat dibahagikan kepada empat iaitu:

 Ayat Penyata
Ayat yang diucapkan dengan maksud membuat pernyataan. Ayat penyata mempunyai tujuan
menyatakan atau memberi keterangan tentang sesuatu hal. Ayat jenis ini disebut juga ayat berita
atau ayat keterangan. Contoh ayat penyata dalam petikan minda pengarang ini ialah:
Ayat Tanya
Ayat tanya ialah ayat yang digunakan untuk tujuan menanyakan sesuatu hal.

Ayat tanya dapat digolongkan kepada dua jenis iaitu:

i. Ayat tanya tanpa kata tanya; dan


ii. Ayat tanya dengan kata tanya.

Ayat Perintah
Ayat perintah ialah ayat yang diucapkan dengan tujuan untuk menimbulkan sesuatu tindakan.

Ayat perintah boleh dibahagikan kepada empat jenis, iaitu:

iii. Ayat suruhan;


iv. Ayat larangan;
v. Ayat silaan; dan
vi. Ayat permintaan.

Ayat Seruan

Ayat Seru Tanpa Kata Seru (Cth : Comelnya bayi ini!

Ayat Seru Dengan Kata Seru (Cth : Wah, comelnya bayi ini!)

kata seru – aduh, oh, wah, cis, eh, wahai dan sebagainya.

BENTUK-BENTUK AYAT

Ayat-ayat bahasa Melayu dibahagikan dua iaitu Ayat Tunggal dan Ayat Majmuk Ayat Tunggal
mengandungi satu subjek dan satu predika juga sebagai ayat selapis. Ayat gabungan ialah ayat
yang terdiri daripada dua atau lebih ayat yang digabungkan menjadi satu ayat dengan
menggunakan kata penghubung seperti dan, serta, atau, tetapi, lalu, dan terbahagi kepada dua ai

Ayat Majmuk dikenali sebagai ayat berlapis.

Ayat ini mengandungi dua atau lebih ayat ayat tunggal.

Ayat majmuk terbahagi kepada tiga golongan iaitu :

 Ayat Majmuk Gabungan


 Ayat Majmuk Campuran
 Ayat Majmuk Pancangan

Ayat pancangan

Ayat pancangan ialah ayat gabungan yang terdiri daripada satu ayat besar dan satu klausa (ayat
kecil).

 Keluarga Ali berpindah ke Kuala Lumpur kerana penukaran kerjanya.


 Jika hari hujan, saya tidak akan keluar dari rumah.
 Angkatan tentera British tertewas di Singapura walaupun mempunyai lebih askar berbanding
dengan tentera Jepun.

WALAUPUN bahasa Melayu sekian lama menjadi bahasa rasmi negara dan bahasa kebangsaan
kita, namun sehingga kini penggunaannya masih tidak sempurna. Ia tidak digunakan secara
meluas dan menyeluruh, bukan saja di kalangan orang bukan Melayu malah dalam masyarakat
Melayu sendiri. Tidak dinafikan kerajaan sentiasa berusaha memartabat dan memperkasakan
bahasa Melayu khususnya menerusi sistem pendidikan negara. Oktober yang diisytiharkan
sebagai Bulan Bahasa Kebangsaan tiap tahun membuktikan satu lagi usaha kerajaan
memperkasakan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu, termasuk dalam bidang komersial dan
ekonomi. Bagaimanapun usaha itu sukar mencapai matlamatnya, jika rakyat bersikap acuh tak
acuh dengan bahasa kebangsaannya sendiri, sebaliknya sentiasa mengagungkan bahasa asing.
Ungkapan ‘bahasa jiwa bangsa’ menunjukkan betapa bahasa mencerminkan keperibadian
sesuatu bangsa, sama ada maruah, kemajuan dan tamadunnya. Tumpuan kerajaan memacu
kemajuan ekonomi dan menaik taraf kehidupan rakyat sentiasa diiringi dengan usaha
mengangkat bahasa Melayu pada kedudukan dihormati. Niat murni ini hanya dapat dicapai jika
semua pihak memainkan peranan serta tanggungjawab masing-masing dengan mengutamakan
bahasa Melayu dalam setiap urusan termasuk acara rasmi. Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri
Muhyiddin Yassin, ketika melancarkan Bulan Bahasa Kebangsaan 2010, kelmarin menegaskan
pihak berkuasa tempatan (PBT) perlu memainkan peranan utama membantu kerajaan
memperkasakan penggunaan bahasa kebangsaan di tempat awam dengan menguatkuasakan
undang-undang iklan di papan tanda. PBT harus menggunakan bidang kuasa yang ada bagi
memastikan setiap papan tanda dan iklan menggunakan bahasa Melayu yang betul.

Kebelakangan ini banyak kawasan baru yang dimajukan sama ada taman perumahan, bangunan
komersial atau gedung beli-belah tidak menggunakan bahasa Melayu, sebaliknya menggunakan
bahasa Inggeris. Sikap kurang tegas sesetengah PBT menyebabkan banyak nama asal sesuatu
tempat termasuk yang mempunyai nilai sejarah dihapuskan dan akhirnya nama itu lenyap
daripada peta asal. Ia sebaliknya digantikan dengan perkataan dalam bahasa Inggeris, kononnya
bertujuan memberi imej baru agar kedengaran lebih berprestij dan komersial. Sikap ‘toleransi’
PBT dalam meluluskan penggunaan perkataan Inggeris pada papan tanda dan nama projek baru
menyebabkan banyak kawasan perumahan, pusat komersial dan pembangunan baru membuatkan
kita seolah-olah bukan berada di Malaysia. Agensi kerajaan, seperti Suruhanjaya Syarikat
Malaysia (SSM) juga mesti mengutamakan bahasa Melayu bagi setiap nama perniagaan
didaftarkan. Justeru, pihak terbabit mesti mencari jalan bagi memastikan setiap pembangunan
dilaksanakan tidak menyisihkan bahasa kebangsaan. Dalam hal ini Dewan Bahasa dan Pustaka
(DBP) perlu memainkan peranan lebih agresif dan bertindak tegas ke atas mana-mana pihak
yang mengabaikan atau mencemarkan bahasa kebangsaan. Kita perlu akui peranan bahasa
Melayu sangat penting dalam memupuk perpaduan di kalangan rakyat pelbagai kaum di negara
ini. Oleh itu, program pembangunan bahasa Melayu mesti dirangka dan dilaksanakan bagi
memperkasakan penggunaannya dan ketahanan bahasa itu sendiri dalam mendepani cabaran era
globalisasi.

You might also like