You are on page 1of 47

Tema 1: Kemahiran Amali

Penduduk dan Sumber

HURAIAN SUKATAN PELAJARAN

Elemen Kemahiran Huraiannya


Graf Membina dan mentafsirkan graf garis (poligraf) dan
graf bar.
Rajah dan Carta Membina dan mentafsirkan rajah:( Rajah Piramid, Rajah
bulatan berbahagi dan Rajah Segiempat Bujur
Berbahagi)
Peta Tematik Membina dan mentafsirkan peta Koroplet, Peta Titik,
Peta Bulatan Berkadar dan Peta Aliran.

HASIL PEMBELAJARAN

Setelah mempelajari tema ini pelajar akan dapat:

 Membina pelbagai jenis graf, rajah/carta dan peta tematik dengan


mengaplikasikan teknik kartografi yang betul.
 Mentafsirkan pola atau corak yang terhasil daripada graf, rajah/carta dan peta
yang dilukiskan.
 Menganalisiskan sebab-sebab sesuatu pola/corak yang terhasil.
 Meramalkan fenomena geografi yang boleh terjadi akibat pola/corak tersebut.

FOKUS PEMBELAJARAN

Kemahiran amali penduduk dan sumber menumpukan kepada kemahiran membina,


mentafsir dan menganalisis pelbagai jenis data penduduk seperti kadar kelahiran, kadar
kematian, kepadatan penduduk, data migrasi, data umur dan jantina serta lain-lain ke
dalam bentuk graf, carta, rajah dan peta tematik (peta koroplet, peta titik, peta bulatan
berkadar dan juga peta aliran).

1.1 MEMBINA DAN MENTAFSIRKAN GRAF.

1.1.1 a) Membina Graf Garis.


Konsep: Graf garis ialah garisan yang menyambungkan titik-titik (poin) di atas kertas
graf yang mengandungi paksi X dan paksi Y. Di peringkat ini graf garis yang hendak
dibina ialah graf garis banyak (poligraf).

Gerakerja Membina Graf Garis (Poligraf):

Langkah 1: Telitikan data yang diberi dalam soalan dan kenalpastikan nilai maksima
serta nilai minima.

Langkah 2: Pilih satu skala yang sesuai yang boleh meliputi semua data dan boleh
diplotkan di dalam sehelai kertas graf sahaja. Sebaiknya skala yang dipilih tidak terlalu
besar atau terlalu kecil sehingga mencacatkan kesan nampak (Visual impact) graf garis
yang dilukis itu.

Langkah 3: Sediakan paksi X dan paksi Y di atas kertas graf. Paksi X mewakili tahun
manakala paksi Y mewakili nilai. Tandakan nilai bagi setiap 1 CM di atas paksi Y dan
nyatakan unitnya dihujung paksi tersebut.

Langkah 4: Tandakan setiap nilai data yang terdapat dalam soalan. Penandaan nilai
mestilah bermula di atas paksi X. Sambungkan setiap nilai menjadi garisan-garisan. (Ingat
– Plotan bagi graf garis mestilah bermula di atas Paksi X, tidak boleh sama sekali dijarakkan dari
paksi X. Oleh sebab itu bagi nilai yang pertama di atas paksi Y iaitu 0 dan tahun yang pertama di
atas paksi Y mestilah bermula di persilangan paksi X dan Y tersebut)

Langkah 5: Lengkapkan graf anda dengan tajuk, skala dan petunjuk. Tajuk mestilah di
tulis di ruang /bahagian atas graf, skala mestilah ditulis di bawah daripada tajuk iaitu
disebelah pepenjuru kiri manakala petunjuk boleh ditulis di hujung setiap garisan yang
telah diplot itu).

Lihat Contoh 1 di bawah:

Jadual 1 menunjukkan penduduk di wilayah-wilayah terpilih dunia dari tahun 1900


hingga tahun 1990.

Jadual 1: Penduduk di wilayah-wilayah terpilih di dunia 1900 – 1990 (Juta orang)

Wilayah Tahun
1900 1930 1950 1970 1990
Afrika 120 155 200 344 648
Amerika Latin 63 109 163 283 448
Amerika Utara 81 135 167 228 276
Asia 915 1072 1376 2056 3108
Eropah 423 532 576 705 786
a) Berdasarkan jadual 1, lukis graf garis untuk menunjukkan pertambahan
penduduk di wilayah-wilayah terpilih di dunia dari tahun 1900 hingga 1990.

Lihat graf garis yang telah dilukis di sebelah


Graf garis menunjukkan penduduk
di wilayah-wilayah terpilih di dunia dari tahun 1900 hingga 1990.
1.1.1 b) Menganalisis dan mentafsir Graf Garis.

Menganalisis graf garis memerlukan kemahiran mengadunkan pengentahuan sedia ada


dengan pola atau bentuk graf yang terhasil. Komponen penganalisisan dan pentafsiran
merangkumi pola atau corak graf yang terhasil, sebab-sebab mengapa pola tersebut
bersifat demikian dan juga elemen kajian masa depan (KMD) seperti mencadangkan
langkah, meramalkan kesan jangka panjang dan sebagainya. Terdapat empat jenis pola
atau corak atau trend atau arah alir yang boleh dikenalpasti dari sesebuah graf garis.
Iaitu :

i) Pola atau trend peningkatan atau penurunan secara mendadak.


ii) Pola atau trend peningkatan atau penurunan secara gradual (perlahan-
lahan)
iii) Pola atau trend yang stabil – konstan (garis lurus yang mendatar)
iv) Pola atau trend yang tidak stabil/tidak menentu – mengalami kenaikan dan
penurunan dalam tempoh masa yang tertentu.

Lihat contoh soalan pentafsiran di bawah:

b) Berdasarkan graf garis yang telah anda lukis pada soalan (a)

i) Nyatakan wilayah yang mengalami pertambahan penduduk yang


paling pesat

Jawapannya:

Wilayah yang mengalami pertambahan penduduk yang paling pesat ialah wilayah
ASIA.

ii) Huraikan mengapa berlakunya pertambahan penduduk yang pesat di


wilayah tersebut.

Jawapannya:

Kepesatan pertumbuhan penduduk di Asia berlaku selepas tahun 1950. Ini disebabkan
oleh beberapa faktor. Antaranya:

(1) Peningkatan kadar kelahiran dan pengurangan kadar kematian ekoran daripada
kemajuan taraf kesihatan serta teknologi perubatan yang dapat mengawal pelbagai
penyakit merbahaya serta dapat mengurangkan resiko kematian bayi di samping
meningkatkan jangka hayat penduduk.

(2) Aras kesuburan (Fertiliti) wanita yang tinggi berkaitan dengan peratus penduduk
dalam kumpulan umur subur yang ramai (misalnya 15 hingga 44 tahun) serta amalan
perkahwinan pada usia muda khususnya di negara-negara Asia yang sedang
membangun.

(3) Kegagalan Program Kawalan Penduduk/Perancangan keluarga di sesetengah


negara Asia yang disebabkan oleh taraf pendidikan yang masih rendah, halangan agama,
adat dan status quo masyarakat. Kegagalan program perancangan keluarga boleh juga
dikaitkan dengan keperluan buruh/tenaga kerja oleh sesebuah keluarga khususnya dalam
sektor pertanian tadisional.

(4) Bertambahnya pengeluaran sumber-sumber makanan khususnya pada era revolusi


hijau yang memungkinkan pertumbuhan pesat penduduk Asia dapat ditampung daripada
mengalami krisis makanan dan kebuluran. Kedapatan lebih banyak sumber makanan
berzat/berkhasiat serta amalan pemakanan/diet yang seimbang di kalangan penduduk
telah menjamin kesihatan penduduk bertambah, kadar kematian berkurangan,jangka
hayat meningkat yang seterusnya mendorong peningkatan kelahiran.

(5) Kestabilan politik. Tamatnya perang dunia ke dua (1939 - 1945) mengurangkan
kematian penduduk secara besar-besaran akibat peperangan. Di samping memberi ruang
kepada negara-negara Asia mengubah polisi kependudukan dan sosio-ekonomi negara
masing-masing ke arah pertambahan penduduk, peningkatan tenaga buruh dan kemajuan
ekonomi.

c) Pilih sebuah negara di Asia, jelaskan kesan pertumbuhan penduduk yang


pesat terhadap sumber alam di negara tersebut.

Jawapannya:

Memilih sebuah Negara di Asia yang mengalami pertumbuhan penduduk yang pesat
seperti Indonesia, Filipina, India, Bangladesh dll yang sesuai.

Pertumbuhan penduduk yang pesat memungkinkan sumber-sumber alam sesebuah


negara diteroka dan dieksploitasi sepenuhnya bagi menampung pertumbuhan tersebut.
Ini akan menimbulkan kesan:

(1) Tekanan terhadap sumber alam khususnya terhadap sumber tanah. Persaingan
guna tanah untuk petempatan,pertanian,perindustrian,pembandaran,infrastruktur dan
sebagainya menjadi semakin hebat apabila penduduk bertambah. Kesannya saiz tanah
secara relatifnya menjadi semakin sempit, harganya semakin mahal.

(2) Kepupusan/kehabisan sumber alam khususnya jenis sumber yang tidak boleh
diperbaharui seperti sumber mineral: - sumber bahan api fosil, bijih timah, bijih besi
emas dan lain-lain akibat pengeluaran berlebihan bagi menampung keperluan penduduk
yang bertambah dengan pesat. Dalam keadaan sumber tersebut tidak boleh diganti
maka kesan jangka panjangnya ia diancam kehabisan/kepupusan.
(3) Pencemaran dan kemusnahan/kerosakan sumber seperti sumber udara dan air
akibat pertambahan industri,kenderaan,pembuangan sisa domestik yang biasanya sejajar
dengan pertumbuhan penduduk yang pesat. Termasuk juga kesan hakisan tanih serta
tanah runtuh.

(4) Berkurangnya sumber-sumber makanan khususnya yang berasaskan hasil-hasil


pertanian, sumber perikanan dan penternakan relatif dengan keperluan penduduk yang
bertambah dengan pesat. Pengeluaran sumber-sumber makanan tersebut tidak sepadan
dengan pertambahan penduduk.

(5) Kesan positif. Pembangunan sumber alam meningkat, sumber tidak terbiar
membazir kerana mempunyai tenaga kerja yang cukup untuk menjana dan
membangunkannya.
1.1.2 a) Membina Graf Bar.

Konsep: Graf bar atau graf palang ialah graf yang mempunyai turus-turus secara
menegak. Pada amnya graf bar terdiri daripada tiga jenis iaitu graf bar komponen, graf bar
kompaun dan juga graf bar cermin . Graf bar komponen atau graf bar majmuk mempunyai
turus yang bertingkat-tingkat manakala graf bar kompaun mempunyai turus yang
berbaris-baris. Graf bar cermin pula mempunyai nilai paksi tegak yang positif dan
negatif. Paksi X berada di tengah graf, di sebelah atasnya paksi Y yang bernilai positif
manakala di sebelah bawahnya ialah paksi Y yang bernilai negatif.
Gerakerja Membina Graf Bar:

Langkah 1: Telitikan data yang diberi dalam soalan dan baca soalan dengan teliti.
Kenalpastikan kaedah graf bar yang hendak dibina samada bar kompaun, bar komponen
atau graf bar cermin. Misalnya jika data itu melibatkan perubahan (angka positif dan
negatif) maka graf bar yang sesuai dibina ialah graf bar cermin.

Langkah 2: Kenalpastikan nilai maksima serta nilai minima dalam data tersebut. Pilih
satu skala yang sesuai yang boleh meliputi semua data dan boleh diplotkan di dalam
sehelai kertas graf sahaja. Sebaiknya skala yang dipilih tidak terlalu besar atau terlalu
kecil sehingga mencacatkan kesan nampak (Visual impact) graf bar yang dilukis itu.

Langkah 3: Sediakan paksi X dan paksi Y di atas kertas graf. Paksi X mewakili
tahun/elemen/unsur manakala paksi Y mewakili nilai. Tandakan nilai bagi setiap 1 CM di
atas paksi Y dan nyatakan unitnya dihujung paksi tersebut.

Langkah 4: Tandakan setiap nilai data yang terdapat dalam soalan. Penandaan nilai
mestilah dijarakkan dari paksi Y (sebaik-baiknya berjarak 1 CM). Seterusnya buat plotan
bar atau turus mengikut nilai-nilai data yang terdapat dalam soalan. (Ingat – Plotan bagi
graf bar mestilah dijarakkan antara satu bar dengan bar yang lain. Oleh sebab itu plotan bar
adalah berlawanan dengan plotan graf garis. Jika graf garis perlu rapat dan bermula di atas paksi
Y manakala plotan bar mesti renggang dari paksi Y dan renggang antara bar-bar yang dibina)

Langkah 5: Lengkapkan graf anda dengan tajuk, skala dan petunjuk. Tajuk mestilah di
tulis di ruang /bahagian atas graf, skala mestilah ditulis di bawah daripada tajuk iaitu
disebelah pepenjuru kiri manakala petunjuk di tulis di ruang bawah graf bar).

Lihat Contoh 2 di sebelah:


Contoh 2:

Jadual 2 di bawah menunjukkan bilangan migrasi masuk dan migrasi keluar di beberapa
buah negeri terpilih Semenanjung Malaysia pada tahun 1998.

Jadual 2: Bilangan migrasi masuk dan migrasi keluar


di beberapa buah negeri terpilih Semenanjung Malaysia pada tahun 1998.

Negeri Bil.Migrasi Masuk Bil.Migrasi keluar


(orang) (orang)
Johor 30 838 26 880
Kedah 19 357 16 266
Kelantan 11 069 14 113
Terengganu 14 979 9 361
Pahang 25 957 23 635
Melaka 9 161 11 993
Perak 25 753 35 317
Selangor 61 048 38 536
Pulau Pinang 12 664 16 736

a) Berdasarkan jadual 2, lukis sebuah graf bar yang sesuai untuk menunjukkan
bilangan migrasi bersih mengikut beberapa buah negeri terpilih di Semenanjung
Malaysia pada tahun 1998.

Penyelesaian: Oleh kerana soalan meminta calon melukiskan graf bar yang
menunjukkan Migrasi Bersih, maka calon mestilah dahulu mengira nilai migrasi bersih
bagi setiap negeri dengan menggunakan formula berikut:

Migrasi Bersih = Migrasi Masuk ▬ Migrasi Keluar.

Jika nilai migrasi bersih yang diperolehi mempunyai nilai positif dan negatif maka graf
bar yang perlu dilukis ialah graf bar cermin. Sekiranya nilai yang diperolehi positif
sahaja atau negatif sahaja maka calon boleh memilih untuk melukis graf bar komponen
atau graf bar kompaun bergantunglah kepada kesesuaiannya.
Berdasarkan nilai migrasi bersih yang diperolehi itu, pilih satu skala yang sesuai bagi
mewakili semua data. Bahagikan nilai migrasi bersih dengan skala anda untuk
memperolehi panjang setiap bar yang akan dilukis nanti.

Lihat Jadual nilai migrasi bersih dan panjang setiap bar di sebelah:

Jadual : Nilai Migrasi Bersih dan Panjang Setiap Bar.

Skala yang dipilih: 1 CM = 2000 Orang.

Negeri Bil.Migrasi Masuk Bil.Migrasi keluar Migrasi Bersih Panjang bar


(MM) (MK) (MM – MK) 1cm = 2000 org.
Johor 30 838 26 880 3 958 1.9 cm
Kedah 19 357 16 266 3 091 1.5 cm
Kelantan 11 069 14 113 –3 044 – 1.5cm
Terengganu 14 979 9 361 5 618 2.8cm
Pahang 25 957 23 635 2 322 1.1 cm
Melaka 9 161 11 993 –2 832 – 1.4cm
Perak 25 753 35 317 –9 564 – 4.7cm
Selangor 61 048 38 536 22 512 11.2cm
Pulau Pinang 12 664 16 736 –4 072 – 2.0 cm

Lihat graf bar yang dilukis di sebelah:


Graf bar menunjukkan migrasi bersih bagi beberapa buah negeri
Terpilih di Semenanjung Malaysia pada tahun 1998.
1.1.2 b) Menganalisis dan Mentafsir Graf Bar.

Sepertimana graf garis, graf bar juga perlu dianalisis dan ditafsirkan daripada segi
polanya, sebab-sebab, kesan serta cadangan mengatasi hasil daripada sesuatu bentuk bar
yang terhasil. Di peringkat ini calon mestilah berupaya mengadunkan pengentahuan yang
dimilikinya dengan kemahiran amali yang dibuat.

Lihat contoh soalan analisis di bawah.

b) Mengapakah sesetengah negeri di Pantai Barat Semenanjung Malaysia mengalami kadar


migrasi masuk yang tinggi berbanding dengan negeri-negeri di pantai timur dan utara
semenanjung.

Jawapannya:

1. Mengenalpasti dengan tepat negeri di pantai barat yang mempunyai kadar migrasi masuk
yang tinggi - Selangor dan Perak.

Sebab-sebab: (Boleh dibincangkan secara perbandingan antara faktor tarikan dan faktor
tolakan - judul isinya masih lagi sama). Antara sebab-sebab yang boleh dibincangkan ialah:

1. Peluang perkerjaan. Peluang perkerjaan yang luas dan tawaran gaji yang lumayan
terutamanya dalam sektor perindustrian dan perkhidmatan khususnya di bandar-bandar besar
dalam negeri yang berkenaan.- berbanding dengan negeri-negeri pantai timur dan utara
semenanjung.

2. Peluang pendidikan. Peluang pendidikan tinggi juga lebih luas dan terbuka khususnya di
negeri Selangor. Boleh dibuktikan dengan nama-nama IPTA atau IPTS - boleh dibuat
perbandingan dengan negeri-negeri lain.

3. Faktor Urbanisasi. Tarikan kemudahan bandar yang begitu banyak di negeri-negeri pantai
barat berbanding dengan negeri-negeri lain. Bandar yang lebih besar,lebih maju/pesat
membangun yang menawarkan pelbagai kemudahan yang menarik.

4. Faktor sistem pengangkutan. Faktor pemangkin migrasi. Sistem pengangkutan yang


cekap,cepat, canggih dan jaringan yang padat akan memudahkan pergerakan, meningkatkan
darjah ketersampaian antara negeri-negeri pantai barat dengan negeri-negeri yang lain.
1.1.3 a) Membina Carta Pai (Rajah Bulatan Berbahagi).

Carta pai mempunyai beberapa nama seperti Rajah Bulatan Berbahagi dan juga Simbol
Bulatan Berkadar. Ia terdiri daripada bulatan yang dipecahkan kepada segmen –segmen
atau sektor-sektor mengikut nilai sudut yang telah dikira. Terdapat tiga pengiraan
penting untuk membina sesebuah carta pai iaitu, pengiraan skala jejari bulatan, pengiraan
sudut sektor dan juga pengiraan peratus sudut sektor.

Gerakerja Membina Carta Pai (Rajah Bulatan Berbahagi):

Langkah 1: Telitikan data yang diberi dalam soalan dan kenalpastikan berapa buah
carta pai yang perlu dibina berasaskan kehendak soalan.

Langkah 2: Campurkan semua nilai data mengikut sektor bagi tujuan mencari jejari.
Nilai jejari boleh dikira dengan menggunakan formula berikut:

Jejari = √ jumlah

Apabila sudah dipuncakuasaduakan maka nilai yang diperolehi bukan lagi dalam unit
biasa tetapi bertukar menjadi UNIT PUNCAKUASADUA.

Langkah 3: Berdasarkan nilai puncakuasadua ini, pilih satu skala yang sesuai yang boleh
diguna untuk mengira panjang jejari. Bahagikan nilai puncakuasa dua yang diperolehi
dalam langkah (2) di atas dengan nilai skala yang telah dipilih itu. Sebaiknya panjang
jejari mestilah sesuai untuk menghasilkan bulatan agar tidak terlalu besar atau terlalu
kecil.

Langkah 4: Kirakan sudut sektor bagi setiap elemen yang terdapat dalam jadual
dengan menggunakan formula berikut:

Nilai Bagi Setiap Elemen


x 360°
Jumlah Keseluruhan Elemen

Langkah 5: Membuat plotan. Melukis bulatan dengan menggunakan jangka lukis


berdasarkan panjang jejari yang telah dikira dan juga menandakan bukaan sudut sektor
bagi setiap elemen yang telah dikira dengan menggunakan jangka sudut di dalam bulatan
berkenaan.

Langkah 6: Mengira peratus setiap sudut sektor dengan menggunakan formula berikut:

Nilai Bagi Setiap Elemen


x 100%
Jumlah Keseluruhan Elemen

Nilai peratus ini mestilah dimasukkan ke dalam setiap bukaan sudut sektor bulatan
tersebut. (Ingat !, nilai peratus yang perlu ditulis dalam setiap bukaan sudut sektor dan
bukannya nilai sudut berkenaan)

Langkah 7: Lorekan atau warnakan setiap sudut sektor dengan lorekan atau warna yang
berlainan dan seterusnya lengkapkan carta pai anda dengan tajuk, skala dan petunjuk.
Tajuk mestilah di tulis di ruang /bahagian atas carta, skala mestilah ditulis di bawah
daripada tajuk iaitu disebelah pepenjuru kiri manakala petunjuk boleh ditulis di bahagian
bawah carta pai anda itu.

Lihat Contoh 3 di bawah:

Jadual 3 di bawah menunjukkan jumlah penduduk mengikut kumpulan umur di Malaysia


pada tahun 2000.

Kumpulan Umur Jumlah Penduduk (‘000) orang


Bawah 15 tahun 7, 684
15 - 64 tahun 14, 681
Lebih dari 65 tahun 898
Jumlah 23,264

Berdasarkan jadual 3 di atas siapkan sebuah rajah bulatan berbahagi bagi menunjukkan
jumlah penduduk mengikut kumpulan umur di Malaysia pada tahun 2000.

Langkah 1: Mengira skala jejari: Formula: √ JUMLAH

= √ 23,264,000

= 4823.27 unit puncakuasadua


Skala Jejari = 1 CM = 1000 unit puncakuasdua

= 4823.27 ÷ 1000
Panjang jejari = 4.823 CM.

Langkah 2: Mengira sudut sektor dan peratus sudut sektor. (Lihat Jadual di bawah)

Kumpulan umur Jumlah Sudut Sektor : % sudut sektor


Penduduk Formulanya: Formulanya:

Nilai x 360º Nilai sudut sektor x 100%

Jumlah 360º
Bawah 15 tahun 7,684,000 7,684,000
x 360º 118.9º x 100 = 33.02%
23,264,000
=118.9º 360º
15 – 64 tahun 14,681,000 14,681,000
x 360º 227.2º x 100 = 63.11%
23,264,000
=227.2º 360º

Lebih 65 tahun 898,000 898,000


x 360º 13.9º x 100 = 3.86%
23,264,000
=13.9º 360º

Lihat Rajah Bulatan Berbahagi yang dilukis di sebelah:


Rajah Bulatan Berbahagi menunjukkan jumlah penduduk
mengikut kumpulan umur di Malaysia pada tahun 2000.
1.1.4 a) Membina Rajah Piramid.

Konsep: Rajah piramid adalah sejenis graf bar yang telah dibentukkan seperti piramid. Ia
menunjukkan struktur umur dan jantina penduduk di sesebuah negara pada tahun-tahun
tertentu. Sifatnya berlapis-lapis bermula dengan struktur umur yang paling muda, diikuti
peringkat umur dewasa dan diakhiri dengan golongan tua di puncaknya. Ciri Jantina pula
berada di sebelah kiri dan kanan rajah tersebut. Daripada rajah piramid ini kita boleh
mentafsirkan pelbagai ciri demografi dan juga ciri pembangunan yang telah, sedang dan
akan dialami oleh sesebuah negara. Diantaranya seperti nisbah jantina, kadar kelahiran
dan kadar kematian, jangka hayat penduduk, kaitannya dengan transisi demografi,struktur
guna tenaga dan nisbah tanggungan, taraf kesihatan penduduk, tahap pembangunan yang
dicapai oleh sesebuah negara dan sebagainya.

Gerakerja membina rajah piramid.

Langkah 1: Telitikan data yang diberi dalam soalan dan baca soalan dengan teliti.
Kenalpastikan kaedah rajah piramid yang diperlukan oleh soalan.

Langkah 2: Kenalpastikan nilai maksima serta nilai minima dalam data tersebut. Pilih
satu skala yang sesuai yang boleh meliputi semua data dan boleh diplotkan di dalam
sehelai kertas graf sahaja. Sebaiknya skala yang dipilih tidak terlalu besar atau terlalu
kecil sehingga mencacatkan kesan nampak (Visual impact) graf bar yang dilukis itu.

Langkah 3: Di atas sehelai kertas graf (biasanya dibuat melintang), bahagikan secara
seimbang antara jantina lelaki dan perempuan. Di tengah-tengah kertas graf tersebut
(sebaik-baiknya berjarak 2 CM) Susunkan kumpulan umur yang dimulai dengan
kumpulan umur paling muda sebagai tapak piramid manakala kumpulan umur paling tua
sebagai puncak piramid.

Langkah 4: Tandakan nilai-nilai mengikut skala di bahagian tapak piramid yang


mewakili jantina lelaki dan perempuan bermula dengan nilai 0 di sempadan kumpulan
umur masing-masing. Berdasarkan data-data yang diberi dalam soalan, sila buat plotan
bar. Panjang bar bagi setiap kumpulan umur dan jantina adalah bergantung kepada nilai
data dalam soalan yang diplot berdasarkan skala yang telah ditetapkan. Kedudukan bar-
bar ini adalah bertindan mengikut kumpulan umur tersebut.

Langkah 5: Lengkapkan rajah piramid anda dengan tajuk, skala dan petunjuk. Tajuk
mestilah di tulis di ruang /bahagian atas rajah, skala mestilah ditulis di bawah daripada
tajuk iaitu disebelah pepenjuru kiri manakala petunjuk di tulis di ruang bawah rajah.
Lihat Contoh 4 di sebelah:

Jadual 4 menunjukkan struktur umur dan jantina penduduk Malaysia pada tahun 1997.

Jadual 4: Struktur umur dan jantina penduduk Malaysia, 1997.

Kumpulan Umur Lelaki Perempuan


(‘ 000) (‘000)
0 - 9 2612 2455
10 - 19 2357 2225
20 - 29 2017 1876
30 - 39 1653 1584
40 - 49 1168 1111
50 - 59 684 656
60 - 69 386 414
70 dan lebih 206 261

a) Berdasarkan jadual 4, lukis rajah piramid yang sesuai untuk menggambarkan


struktur umur dan jantina penduduk Malaysia pada tahun 1997.

Lihat rajah Piramid di sebelah untuk menunjukkan struktur umur dan jantina penduduk Malaysia
bagi tahun 1997.
Rajah Piramid menunjukkan struktur umur dan jantina penduduk Malaysia bagi tahun 1997.
1.1.4 b) Menganalisis dan Mentafsir Rajah Piramid.

Daripada rajah piramid ini kita boleh mentafsirkan pelbagai ciri demografi dan juga ciri
pembangunan yang telah, sedang dan akan dialami oleh sesebuah negara. Diantaranya
seperti nisbah jantina, kadar kelahiran dan kadar kematian, jangka hayat penduduk,
kaitannya dengan transisi demografi,struktur guna tenaga dan nisbah tanggungan, taraf
kesihatan penduduk, tahap pembangunan yang dicapai oleh sesebuah negara dan
sebagainya.

Lihat contoh di bawah:

b) Berdasarkan rajah yang telah anda lukis pada soalan (a),

i) Jelaskan cirri-ciri utama penduduk Malaysia pada tahun 1997,

ii) Huraikan kesan-kesan ciri kependudukan tersebut terhadap keadaan sosial


dan ekonomi di Malaysia.

Jawapannya:

b) i) Sila rujuk rajah - Ciri-Ciri Utama Penduduk Malaysia, 1997 ialah:

1. Tapak yang lebar - Menunjukkan kadar kelahiran masih lagi tinggi/terus


meningkat dan kadar kematian semakin merosot. Hal ini disebabkan oleh peningkatan
taraf kesihatan, program perancangan keluarga yang kurang berkesan dan amalan
perkahwinan di usia muda masih berlaku.

2. Puncak semakin sempit - Jangka hayat masih lagi rendah. Kumpulan umur tua
sedikit relatif dengan kumpulan umur yang lain. Hal ini disebabkan oleh teknologi
perubatan yang ada masih tidak berupaya untuk mengawal penyakit merbahaya seperti
jantung, darah tinggi, kencing manis. Disamping amalan pemakanan yang tidak
seimbang dan kesedaran penjagaan kesihatan yang masih rendah.

3. Komposisi umur - Golongan muda (bawah 20 tahun - kanak-kanak dan belia)


masih ramai berbanding dengan golongan dewasa dan tua iaitu kira-kira 44% daripada
jumlah penduduk negara. Ini menggambarkan nisbah tanggungan masih lagi besar
khususnya di usia persekolahan.

4. Ciri Jantina. Walaupun rajah piramid kelihatan seimbang tetapi pada


keseluruhannya penduduk lelaki lebih ramai daripada perempuan melebihi hampir 500
000 orang. Bilangan penduduk lelaki mengatasi perempuan bagi setiap kumpulan umur
kecuali pada kumpulan umur (60 - 69 tahun dan 70 tahun ke atas). Ini menunjukkan
warga tua perempuan lebih ramai berbanding lelaki.

b) ii) Kesan-kesan ciri kependudukan tersebut terhadap keadaan sosial dan


ekonomi di Malaysia.

1. Pertumbuhan penduduk yang agak pesat sebagai satu aset membekalkan tenaga
kerja/tenaga buruh pada masa hadapan untuk mempercepatkan lagi pembangunan
sektor-sektor ekonomi seperti pertanian, perindustrian,perkhidmatan dan sebagainya.
Kumpulan umur dewasa yang sedia ada (20 - 59 tahun) juga merupakan kumpulan
umur yang produktif membantu memesatkan pertumbuhan ekonomi negara.

2. Memperluaskan pasaran domestik. Pertumbuhan penduduk yang agak pesat


menjamin peningkatan permintaan barangan dan perkhidmatan dan seterusnya
menambahkan pengeluaran. Kumpulan umur dewasa yang ada dengan kuasa beli yang
agak tinggi juga menjamin pertambahan permintaan dan penawaran. Pasaran domestik
menjadi semakin besar/kuasa-kuasa pasaran semakin kuat dan kesan positif dari
perluasan pasaran diperolehi .

3. Perlunya pertambahan peluang pekerjaan agar sejajar dengan peningkatan


penduduk dan keperluan guna tenaga dalam negara. Pertambahan peluang pekerjaan
dalam semua sektor amat penting demi mengelakkan pengganguran pada masa
hadapan. Peluang pekerjaan perlu ditambah dalam sektor ekonomi moden seperti
perindustrian dan perkhidmatan.

4. Pertambahan perbelanjaan kerajaan. Perbelanjaan yang besar amat diperlukan


dalam menyediakan kemudahan asas; pendidikan, kesihatan, reakreasi dan lain-lain
bagi menampung keperluan penduduk yang ramai khususnya di bandar-bandar besar
akibat migrasi penduduk muda. Disamping itu keperluan peruntukan yang khusus
untuk menampung kebajikan warga tua yang semakin bertambah seperti rumah-rumah
kebajikan, perubatan percuma, faedah persaraan dan sebagainya.
1.1.5 ) Membina dan Mentafsir Peta Tematik.

1.1.5 a) Membina Peta Koroplet (Peta Lorek)

Peta Koroplet (Choropleth) atau peta lorek adalah sebuah peta taburan yang bertujuan
untuk menunjukkan kepadatan/densiti sesuatu data yang diwakilinya. Peta koroplet atau
Peta lorekan bernilai ini mewakili sesuatu selang jeda yang dilukiskan di dalam ruang-
ruang yang berbeza nilainya dan dibezakan daripada segi kepadatan ton lorekannya.
Peta ini selalunya digunakan untuk menunjukkan taburan khususnya kepadatan
penduduk dan juga ekonomi kerana kedua-dua data ini mudah dikumpulkan. Apa yang
perlu di dalam pembinaan peta lorek ialah satu set data dan sebuah peta lakar yang
menunjukkan sempadan pentadbiran yang sejajar dengan kawasan data yang diwakili
seperti sempadan peringkat negara, negeri,daerah, mukim dan lain-lain Untuk
memahami bagaimana peta lorekan ini dibuat sila ikuti contoh 5 di bawah;

Jadual 5 menunjukkan jumlah penduduk dan keluasan tiap-tiap negeri di Malaysia pada
tahun 1996.

Jadual 5: Jumlah penduduk dan keluasan tiap-tiap negeri di Malaysia pada tahun 1996.

Negeri Penduduk Keluasan


(' 000) (KM²)

Johor 2 496.2 18 986


Kedah 1 505.9 9 426
Kelantan 1 411.1 14 983
Melaka 576.5 1 650
Negeri Sembilan 797.9 6 643
Pahang 1 213.9 35 965
Perak 2 083.3 21 005
Perlis 213.2 795
Pulau Pinang 1 209.9 1 031
Sabah 2 456.8 73 620
Serawak 1 919.3 124 449
Selangor 2 909.7 7 956
Terengganu 948.4 12 955
WP Kuala Lumpur 1 358.9 243
WP Labuan 67.9 91
Berdasarkan jadual 5,

a) Hitung kepadatan penduduk negeri-negeri di Malaysia pada tahun 1996.

Jawapan: Lihat penghitungan kepadatan penduduk di dalam jadual di bawah.

Formula Kepadatan: Jumlah Penduduk ÷ Luas Kawasan

Jadual : Kepadatan penduduk negeri-negeri di Malaysia pada tahun 1996.

Negeri Penduduk Keluasan Kepadatan


(' 000) (KM²) (Orang / KM²)

Johor 2 496.2 18 986 131.5


Kedah 1 505.9 9 426 159.7
Kelantan 1 411.1 14 983 94.2
Melaka 576.5 1 650 349.4
Negeri Sembilan 797.9 6 643 120.1
Pahang 1 213.9 35 965 33.8
Perak 2 083.3 21 005 99.2
Perlis 213.2 795 268.2
Pulau Pinang 1 209.9 1 031 1173.5
Sabah 2 456.8 73 620 33.4
Serawak 1 919.3 124 449 15.4
Selangor 2 909.7 7 956 365.7
Terengganu 948.4 12 955 73.2
WP Kuala Lumpur 1 358.9 243 5592.2
WP Labuan 67.9 91 746.2

b) Berdasarkan hitungan yang telah anda buat pada soalan (a), gunakan peta 1 untuk
melukis peta koroplet bagi menunjukkan kepadatan penduduk negeri-negeri di Malaysia
pada tahun 1996.

Gerakerja Membina Peta Koroplet:

Langkah 1. Tentukan dan tuliskan tajuk yang betul di ruang paling atas peta. Sesuatu
tajuk mestilah dapat menunjukkan kaedah yang diguna dan apa yang diwakilinya. Contoh
: “Peta Koroplet Menunjukkan Kepadatan Penduduk Bagi Negeri-Negeri Di Malaysia Pada
Tahun 1996”.

Langkah 2. Memilih Skala Jeda Yang Sesuai. Dalam hal ini terlebih dahulu anda
patut;

2.1 Meneliti data-data yang diberi dan perhatikan angka maksimun, minimun
dan taburannya bagi tujuan menguji beberapa angka jeda yang sesuai. Seboleh
mungkin angka atau selang jeda yang dipilih, mestilah boleh mewakili kesemua
data yang ada. Ini bermakna tidak ada satu data pun yang tidak boleh dimasukkan
ke dalam mana-mana kelas yang dibuat nanti.
2.2 Menguji beberapa angka jeda. Oleh kerana angka ratus adalah angka yang
paling banyak berulang iaitu di enam negeri maka angka jeda yang sesuai adalah
antara angka 100 hingga 999. Untuk lebih mudah pilihlah angka-angka seperti
100, 200, 300 dan sebagainya. Katakan saya memilih angka 100 sebagai selang
jedanya. “ Skala Jeda: 100 orang/km persegi”. Ingat!. Selang Jeda ini
mestilah sama atau seragam antara had kelas bawah dengan had kelas atas atau
antara satu kelas dengan kelas yang lain

Langkah 3: Membentukkan kelas-kelas Lorekan. Jumlah kelas yang paling


sesuai ialah antara 4 hingga 7 kelas. Supaya semua data boleh dimasukkan dalam
mana-mana kelas anda patut menggunakankaedah kelas terbuka bagi kelas terbawah dan
kelas teratas. Lihat Contoh berikut:
Skala Jeda: 100 Orang/Km Persegi.

Kelas 1 : ≤ 100 Kelas terbuka.

Kelas 2 : 101 ▬ 200

Kelas 3 : 201 ▬ 300

Kelas 4 : 301 ▬ 400


Kelas 5 : ≥ 401 Kelas terbuka.

Langkah 4: Memilih Skema Lorekan Yang Betul dan Sesuai. Skema lorekan yang
dipilih mestilah dapat menunjukkan perbezaan kepadatan. Justeru ton lorekannya
bermula dengan jarang dan semakin lama semakin padat. Dalam hal ini ada dua skema
lorekan yang boleh dipilih iaitu;

Kelas 1

Kelas 2

Kelas 3

Kelas 4

Kelas 5

Langkah 5: Membuat Plotan, tajuk, skala dan Petunjuk. Sila lorekkan (dengan
pensel sahaja) negeri-negeri mengikut skema lorekan yang telah dipilih. Bagi negeri
yang padat ton lorekannya mestilah lebih gelap berbanding dengan negeri yang jarang
kepadatan penduduknya. Apabila membuat plotan, calon mestilah berhati-hati untuk
menghasilkan plotan yang kemas, bersih dan sempurna. Lengkapkan peta koroplet anda
dengan tajuk, skala dan petunjuk. Tajuk mestilah di tulis di ruang /bahagian atas peta,
skala mestilah ditulis di bawah daripada tajuk iaitu disebelah pepenjuru kiri manakala
petunjuk di tulis di ruang bawah peta.

Lihat peta koroplet yang dilukis di sebelah:


Peta Koroplet Menunjukkan Kepadatan Penduduk
Bagi Negeri-Negeri Di Malaysia Pada Tahun 1996
1.1.5 b) Menganalisis dan mentafsir Peta Koroplet (Peta Lorek)

c) Berdasarkan peta koroplet anda itu, analisakan sebab-sebab mengapa negeri-


negeri di Pantai Barat Semenanjung lebih padat penduduknya berbanding dengan negeri-
negeri di Pantai Timur Semenanjung?.

Dengan merujuk kepada peta koroplet yang dilukis, jelas menunjukkan negeri-negeri
pantai barat semenanjung mempunyai kepadatan yang tinggi berbanding dengan negeri-
negeri di pantai timur. Hal ini disebabkan beberapa faktor seperti berikut:

1. Sejarah pembangunan ekonomi yang lebih awal berlaku di kawasan pantai barat
semenanjung berbanding dengan kawasan pantai timurnya. Sejak era penjajah lagi
negeri-negeri pantai barat menjadi tumpuan pembangunan ekonomi berikutan daripada
adanya potensi sumber yang banyak. Sebagai contoh Lembah Kelang di Selangor dan
Lembah Kinta di Perak amat kaya dengan sumber bijih timah. Justeru itu ia menjadi
tarikan khususnya kepada migran-migran Cina bertumpu ke arahnya. Bagi
mempercepatkan pengeksploitasian sumber, penjajah telah memajukan kawasan ini
dengan sistem pengangkutan, kemudahan penempatan serta kemudahan-kemudahan asas
yang lain yang menyebabkan kawasan tersebut terus berkembang dengan pelbagai
kegiatan perniagaan dan perkhidmatan. Dengan wujudnya pelbagai jenis rantaian
ekonomi yang berkaitan dengan sektor perlombongan, maka ia membuka lebih banyak
peluang perkerjaan kepada penduduk yang seterusnya mempercepatkan pula proses
migrasi masuk penduduk. Akhirnya kawasan-kawasan perlombongan bijih timah
menjadi padat penduduk.

2. Peluang perkerjaan yang luas dalam sektor ekonomi moden khususnya dalam
bidang industri dan perkhidmatan. Sektor perindustrian khususnya yang berintensif buruh
juga tertumpu di pantai barat semenanjung berbanding dengan kawasan pantai timurnya.
Sebagai contoh kawasan lembah Kelang sendiri menempatkan hampir separuh daripada
sektor perindustrian di Malaysia. Dengan adanya pelbagai jenis dan peringkat industri
maka ia telah membuka peluang perkerjaan yang luas kepada penduduk. Disokong pula
oleh tawaran gaji yang lumayan menyebabkan penduduk di pantai timur semenanjung
berhijrah ke luar menuju ke negeri-negeri pantai barat khususnya ke Selangor dan
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Misalan di Lembah Kelang sahaja penduduknya
hampir 1.5 juta orang. Bagi negeri-negeri pantai timur pula migrasi keluar berterusan
berlaku dan amat sukar untuk dibendung disebabkan sektor ekonominya masih tertumpu
kepada sektor pertanian yang tidak menjanjikan pendapatan yang lumayan serta peluang
perkerjaan yang terhad. Justeru itu dualisme ekonomi yang ketara membolehkan proses
migrasi dalaman ini berlaku yang akhirnya menyebabkan ketidakseimbangan taburan
penduduk yang ketara di Semenanjung Malaysia.

3. Faktor sosial seperti kemudahan pembandaran, kemudahan pendidikan serta


kemudahan pengangkutan tertumpu di kawasan pantai barat semenanjung. Salah satu
tarikan utama yang mendorong migrasi ialah pengaruh pembandaran. Tidak dapat
dinafikan bandar-bandar besar dan moden serta lengkap dengan pelbagai kemudahan
adalah terletak di jaluran pantai barat semenanjung seperti Bandaraya Kuala Lumpur,
Shah Alam, Petaling Jaya, Seremban,Ipoh dan sebagainya. Bandar-bandar ini bukan
sahaja menawarkan kemudahan pembandaran yang lengkap malah ia juga menjadi pusat-
pusat pengajian tinggi. Dengan itu ia menggalakkan lagi migrasi penduduk khususnya
dari pantai timur semananjung. Selain itu, adanya sistem pengangkutan yang cekap telah
memangkinkan lagi migrasi keluar penduduk kerana darjah ketersampaian antara pantai
timur dengan barat menjadi lebih cepat dan mudah. Oleh itu tidak hairanlah jika pantai
barat semenanjung terus mengalami pertambahan dan kepadatan penduduk yang tinggi
sedangkan pantai timurnya semakin merosot dan semakin kurang penduduk.

4. Faktor fizikal seperti bentuk muka bumi dan keluasan negeri. Kawasan
pedalaman negeri Pahang, Terengganu dan Kelantan adalah berbukit bukau, bergunung
ganang serta berhutan tebal . Kawasan-kawasan ini juga tidak subur dan sukar dihubungi.
Oleh sebab itu ia tidak menjadi kawasan pilihan penduduk. Taburan penduduknya amat
jarang dan kebanyakannya didiami oleh orang-orang asli. Keadaan ini amat berbeza
dengan negeri-negeri pantai barat yang lebih landai,pamah,rata serta bertanah subur
untuk pelbagai jenis kegiatan pertanian. Saiz negeri juga mempengaruhi perbezaan
kepadatan penduduk. Bagi negeri yang luas seperti Pahang dan Terengganu akan
menghasilkan angka kepadatan yang sedikit berbanding dengan negeri Melaka dan
Negeri Sembilan yang kecil keluasannya yang akan menghasilkan nilai kepadatan yang
tinggi walaupun daripada segi jumlah penduduknya mungkin hampir sama sahaja. Hal ini
disebabkan oleh pengaruh formula pengiraan kepadatan penduduk itu sendiri.
1.1.5 c) Membina Peta Titik (Dot Map)

Konsep: Peta titik adalah peta yang paling mudah untuk menunjukkan taburan sesuatu
data geografi khususnya data penduduk. Tidak seperti peta koroplet yang menggunakan
data kepadatan, peta titik lazimnya mewakili data-data jumlah seperti jumlah penduduk di
sesuatu kawasan pentadbiran. Jumlah titik yang diplot akan mewakili jumlah sebenar
data yang diwakili. Justeru itu saiz titik, jumlah titik dan sebaran titik mestilah menepati
kuantiti sebenar data tersebut. Terdapat dua ciri penting dalam membina peta titik, iaitu;
pertama saiz titik mestilah seragam (sama besar) dan kedua sebaran titik/jarak antara
satu titik dengan satu titik yang lain juga mesti seragam. Dalam konteks ini jarak antara
satu titik dengan titik yang lain tidak perlu diukur, memadai dengan anggaran sahaja
asalkan ia kelihatan tersebar menyeluruh kawasan yang diwakilinya dan tidak berlonggok
di sesuatu tempat sahaja jika kawasan yang diwakilinya itu tidak dikenalpasti kawasan-
kawasan negatifnya.

Titik-titik diplot di atas peta melalui dua cara, iaitu:

1. Plotan subjektif: Jika peta yang mewakili sesuatu data itu tidak ditunjukkan
kawasan-kawasan negatif seperti kawasan paya, hutan tebal, tasik dan lain-lain
maka titik-titik diplot secara menyeluruh dan ditaburkan ke segenap kawasan.

2. Plotan Objektif: Jika peta yang mewakili sesuatu data itu ditunjukkan dengan
jelas kawasan-kawasan negatif, maka kawasan-kawasan negatif tersebut tidak
boleh diplot. Elakkan daripada meletakkan titik-titik di kawasan-kawasan
berkenaan. Secara logiknya adakah penduduk tinggal di kawasan paya serta di
dalam sungai?.

lihat contoh 6 di bawah.


Jadual 6 di bawah menunjukkan jumlah penduduk bagi setiap daerah di Pulau
Pinang pada tahun 1991.
Jadual 6: Jumlah Penduduk Bagi Setiap Daerah Di Pulau Pinang , 1991.

Daerah Jumlah Penduduk (Orang)


Seberang Perai Tengah 236, 270
Seberang Perai Utara 224, 647
Seberang Perai Selatan 84, 771
Daerah Timur Laut 395, 714
Daerah Barat Daya 122, 764

a) Dengan menggunakan jadual 6, lukis sebuah peta titik untuk menunjukkan


taburan penduduk bagi setiap daerah di Pulau Pinang pada tahun.1991.

Plotan Subjektif.

Langkah 1: Telitikan data yang diberi dalam soalan dan kenalpastikan nilai maksima
serta nilai minima.

Langkah 2: Pilih satu skala yang sesuai yang boleh meliputi semua data dan boleh
diplotkan di dalam peta kosong yang diberikan. Sebaiknya skala yang dipilih tidak terlalu
besar atau terlalu kecil sehingga mencacatkan kesan nampak (Visual impact) peta titik
yang dilukis itu seperti keadaan titik yang terlalu padat sehingga bertindih antara satu
sama lain. Dalam kes ini skala yang dipilih ialah:

Skala: 1 titik = 10,000 orang.

Langkah 3: Membuat pengiraan jumlah titik yang diperlukan bagi setiap daerah
berasaskan skala yang telah dipilih itu. Lihat jadual pengiraan di bawah:

Daerah Jumlah Penduduk Bilangan Titik Yang diperlukan


(Skala: 1 titik = 10,000 orang)
Seberang Perai Tengah 236, 270 236, 270 ÷ 10,000 = 23.6 = 24 titik
Seberang Perai Utara 224, 647 224, 647 ÷ 10, 000 = 22.4 = 22 titik
Seberang Perai Selatan 84, 771 84, 771 ÷ 10, 000 = 8.4 = 08 titik
Daerah Timur Laut 395, 714 395, 714 ÷ 10, 000 = 39.5 = 40 titik
Daerah Barat Daya 122, 764 122, 764 ÷ 10, 000 = 12.2 = 12 titik

Langkah 4: Membuat plotan iaitu menandakan titik-titik di atas peta yang disediakan.
Terdapat dua perkara yang perlu diingatkan semasa membuat plotan ini iaitu:

a) Saiz titik yang diplot mestilah sama besar.


b) Taburan titik (jarak antara titik-titik) mestilah seragam.

Langkah 5: Lengkapkan peta titik anda dengan tajuk, skala dan petunjuk. Tajuk
mestilah di tulis di ruang /bahagian atas peta, skala mestilah ditulis di bawah daripada
tajuk iaitu disebelah pepenjuru kiri manakala petunjuk boleh ditulis di ruang bawah peta.
Lihat peta titik yang dilukis di sebelah:

Peta titik menunjukkan taburan penduduk


bagi setiap daerah di Pulau Pinang pada tahun.1991.
Plotan Objektif.

Lihat Contoh 7 di bawah:

Jadual 7 di bawah menunjukkan jumlah penduduk di setiap daerah negeri Terengganu


pada tahun 1980.

Jadual 7: Jumlah penduduk setiap daerah di negeri Terengganu ,1980.

Daerah Jumlah Penduduk (Orang)


Besut 100, 830
Dungun 58, 360
Kemaman 64, 899
Kuala Terengganu 232, 730
Marang 24, 977
Hulu Terengganu 43, 459

Soalan:
Anda diberikan satu peta guna tanah negeri Terengganu (Peta 7 a) sebagai panduan. Di
atas peta kosong 7b yang disediakan, tunjukkan taburan penduduk di setiap daerah
negeri Terengganu pada tahun 1980 dengan menggunakan kaedah peta titik.

Penyelesaian: Plotan Objektif (Mengambil kira kawasan negatif yang tidak didiami
penduduk seperti kawasan hutan dan paya).

1. Tajuk: Peta Titik Menunjukkan Taburan Penduduk Mengikut Daerah di


Terengganu pada tahun 1980.

2. Skala: 1 titik = 1000 orang.

3. Pengiraan (Lihat jadual di bawah):

Daerah Jumlah Penduduk Bilangan titik yang diperlukan


(1 titik = 1000 orang)
Besut 100, 830 100, 830 ÷ 1000 = 101 titik.
Dungun 58, 360 58, 360 ÷ 1000 = 58 titik
Kemaman 64, 899 64, 899 ÷ 1000 = 65 titik
Kuala Terengganu 232, 730 232, 730 ÷ 1000 = 233 titik
Marang 24, 977 24, 977 ÷ 1000 = 25 titik
Hulu Terengganu 43, 459 43, 459 ÷ 1000 = 44 titik

4. Plotan: Sila lihat plotan secara objektif pada peta 7b.

5. Petunjuk: Simbol titik sebagai pelengkap peta.

Peta Titik Menunjukkan Taburan Penduduk Mengikut Daerah di


Terengganu pada tahun 1980.
1.1.5 d) Membina Peta Simbol Berkadar (Peta Bulatan Berkadar)

Peta simbol berkadar juga merupakan satu kaedah kartografi yang boleh digunakan
untuk menunjukkan taburan sesuatu fenomena geografi di atas ruang khususnya yang
berkaitan dengan taburan penduduk. Banyak simbol berkadar yang boleh diguna di atas
peta misalnya Peta Bulatan Berkadar, Segiempat Berkadar, Kiub Berkadar, Kon
Berkadar, Silender Berkadar dll. Tetapi yang lebih popular dan mudah digunakan ialah
Bulatan Berkadar serta Segiempat Berkadar . Perkataan berkadar sebenarnya merujuk
kepada penggunaan skala yang sama dan menunjukkan perubahan yang seragam apabila
plotan dibuat di atas sesebuah peta. Umpamanya katakan kita menggunakan simbol
bulatan berkadar pada skala jejari = 2cm. Bulatan pertama jejarinya = 2cm, bulatan ke
dua jejarinya = 4 cm, bulatan ketiga jejarinya = 6 cm, bulatan ke empat = 8cm dan
seterusnya kenaikan jejari pada nilai = 2cm.

Simbol-simbol berkadar yang diguna akan diplotkan di atas kawasan masing-masing.


Justeru peta ini akan dengan mudah dapat menunjukkan jumlah, taburan dan serakan
sesuatu data yang diwakilinya. Saiz bulatan berkadar yang dilukis dapat ditafsirkan
mewakili jumlah sesuatu data yang diwakili oleh kawasan-kawasan tersebut. Pembinaan
peta bulatan berkadar adalah seperti contoh 8 di bawah:

Jadual 8 di bawah menunjukkan bilangan penduduk di ibu-ibu negeri


Semenanjung Malaysia pada tahun 1991.

Jadual 8: Bilangan Penduduk di Ibu-Ibu Negeri Semenanjung Malaysia, 1991.

NO IBU NEGERI BILANGAN PENDUDUK (Orang)


1 Johor Baharu 214 104
2 Alor setar 125 026
3 Kota Baharu 58 703
4 Melaka 74 962
5 Seremban 72 590
6 Kuantan 85 798
7 Ipoh 301 263
8 Kangar 24 232
9 Georgetown 219 376
10 Shah Alam 101 733
11 Kuala Terengganu 66 886
12 Bandaraya Kuala Lumpur 1 145 075

Soalan:

Berdasarkan jadual 11 di atas dan di atas peta 11 yang disediakan tunjukkan bilangan
penduduk di ibu-ibu negeri semenanjung malaysia pada tahun 1991 dengan
menggunakan Kaedah Bulatan berkadar. Lengkapkan peta anda dengan tajuk dan
petunjuk
Gerakerja Membina Peta Bulatan Berkadar.

Langkah 1: Telitikan data yang diberi dalam soalan dan kenalpastikan nilai maksima serta
nilai minima.

Langkah 2: Mencari skala jejari. Calon perlu mempuncakuasaduakan setiap data yang diberi
bagi tujuan mencari nilai jejari. Apabila semua data sudah dipuncakuasaduakan maka nilai yang
diperolehi bukan lagi dalam unit biasa tetapi bertukar menjadi UNIT PUNCAKUASADUA. Lihat
jadual pengiraan di bawah:

No Ibu Negeri Bilangan Nilai Panjang Jejari


Penduduk Puncakuasadua (Skala 1cm = 400 unit
puncakuasadua )
1 Johor Baharu √ 214 104 462.7 462.7 ÷ 400 = 1.15cm
2 Alor Setar √ 125 026 353.6 353.6 ÷ 400 = 0.88cm
3 Kota Bharu √ 58 703 242.3 242.3 ÷ 400 = 0.60cm
4 Melaka √ 74 962 273.8 273.8 ÷ 400 = 0.68cm
5 Seremban √ 72 590 269.4 269.4 ÷ 400 = 0.67cm
6 Kuantan √ 85 798 292.9 292.9 ÷ 400 = 0.73cm
7 Ipoh √ 301 263 548.9 548.9 ÷ 400 = 1.37cm
8 Kangar √ 24 232 155.7 155.7 ÷ 400 = 0.38cm
9 Georgetown √ 219 376 468.4 468.4 ÷ 400 = 1.17cm
10 Shah Alam √ 101 733 318.9 318.9 ÷ 400 = 0.79cm
11 K.Terengganu √ 66 886 258.7 258.7 ÷ 400 = 0.64cm
12 Bandaraya √ 1 145 075 1 070.1 1070.1 ÷ 400 = 2.67cm
Kuala Lumpur

Langkah 3: Berdasarkan nilai puncakuasadua ini, pilih satu skala yang sesuai yang boleh diguna
untuk mengira panjang jejari setiap bulatan. Bahagikan nilai puncakuasa dua yang diperolehi
dalam langkah (2 ) di atas dengan nilai skala yang telah dipilih itu. Sebaiknya saiz bulatan yang
dibina janganlah terlalu besar atau terlalu kecil untuk menghasilkan kesan nampak yang baik.
Dalam kes ini skala jejari yang dipilih ialah:

1 CM = 400 Unit Puncakuasadua. (Lihat pengiraan panjang jejari dalam jadual di atas)
Langkah 4: Membuat plotan. Berdasarkan panjang jejari yang telah dikira bagi setiap bulatan
(dalam langkah 3 ), maka calon boleh membuat plotan bulatan di atas peta yang diberikan. Plotan
mestilah dibuat dengan menggunakan jangka lukis dan pusat bulatan mestilah berada di tengah-
tengah pusat bandar/ibu negeri atau poin yang diberikan dalam soalan/peta.

Langkah 5: Melengkapkan peta bulatan berkadar anda dengan tajuk, skala dan petunjuk. Tajuk
mestilah di tulis di ruang /bahagian atas peta, skala mestilah ditulis di bawah daripada tajuk iaitu
disebelah pepenjuru kiri manakala petunjuk boleh ditulis di bahagian bawah peta bulatan
berkadar anda itu. Petunjuk yang dibuat mestilah berkadar bentuknya dengan mewakili tiga nilai
yang berbeza – kecil, sederhana dan besar. Setiap bulatan dalam petunjuk mesti dinyatakan
jumlah yang diwakilinya. (Lihat Peta bulatan berkadar di sebelah)

Peta Bulatan Berkadar Menunjukkan Bilangan Penduduk


di Ibu-Ibu Negeri Semenanjung Malaysia, 1991.
1.1.5 e) Membina Peta Aliran.

Konsep: Peta aliran adalah sejenis peta statistik yang diguna untuk menunjukkan arah
dan isipadu (jumlah) pergerakan sesuatu barangan, perkhidmatan dan juga pergerakan
manusia. Misalnya pergerakan import-eksport, migrasi antarabangsa, migrasi
dalaman,ketibaan pelancong asing ke sesebuah negara, aliran masuk modal ke sesebuah
negara dan sebagainya. Terdapat dua elemen penting di dalam peta aliran iaitu, ketebalan
garis aliran yang mewakili jumlah yang bergerak ke sesuatu destinasi dan juga anak panah (arrow)
yang menunjukkan ke mana sesuatu barangan,perkhidmatan dan penduduk itu bergerak.

Lihat Contoh 9 di bawah:

Jadual 9 di bawah menunjukkan bilangan migran yang berpindah ke Selangor dan


Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur mengikut negeri asal pada tahun 1990.

Jadual 9 : Bilangan Migran yang berpindah ke Selangor dan Wilayah


Persekutuan Kuala Lumpur Mengikut Negeri Asal pada tahun 1990.

Negeri Asal Bilangan Migran yang berpindah ke Selangor dan Wilayah


Persekutuan Kuala Lumpur. (Orang)

Johor 7 768
Kedah 5 402
Kelantan 5 849
Melaka 6 128
Negeri Sembilan 6 157
Pahang 7 908
Pulau Pinang 4 177
Perak 17 865
Perlis 719
Terengganu 3 104

a) Dengan menggunakan jadual di atas, lukis sebuah peta aliran di atas peta
semenanjung Malaysia yang disediakan bagi menunjukkan pergerakan migran ke
Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur pada tahun 1990. Lengkapkan peta
anda dengan petunjuk dan tajuk yang sesuai.

Gerakerja Membina Peta Aliran:

Langkah 1: Telitikan data yang diberi dalam soalan dan kenalpastikan di mana dan ke
arah mana garis aliran perlu dibuat berasaskan kehendak soalan dan peta yang diberikan.
Dalam kes ini migran berpindah dari negeri asal menuju ke Selangor dan Wilayah
Persekutuan Kuala Lumpur. Oleh sebab itu anak panah aliran ialah Selangor dan Wilayah
Persekutuan Kuala Lumpur.
Langkah 2: Mencari skala ketebalan garis aliran. Terdapat dua kaedah yang boleh
diguna untuk mencari skala ketebalan garisan iaitu:

a) Skala aritmetik. Skala dalam unit biasa yang digunakan seperti 1CM =
1CM = 20,000 orang . Skala aritmetik digunakan sekiranya tidak terdapat perbezaan yang
terlalu besar antara nilai maksima dengan nilai minima di dalam data soalan yang diberi.

b) Skala geometri. Skala dalam unit puncakuasadua. Skala ini diguna


sekiranya terdapat perbezaan data yang terlalu besar antara nilai maksima dengan nilai
minima. Justeru untuk menyelaraskan data-data tersebut maka semua data perlu
dipuncakuasaduakan agar tidak terlalu ketara perbezaannya. Apabila semua data sudah
dipuncakuasaduakan maka nilai yang diperolehi bukan lagi dalam unit biasa tetapi
bertukar menjadi UNIT PUNCAKUASADUA. Dalam kes ini kaedah yang digunakan ialah
skala geometri kerana wujudnya perbezaan data yang besar iaitu antara 17 856 orang
dengan 719 orang. Lihat pengiraan di bawah:

Negeri Bilangan Migran Yang Puncakuasaduakan setiap Ketebalan garisan


Berpindah data mengikut negeri: (dalam CM) setelah
( Unit :Orang) (Unit Puncakuasadua) dibahagikan dengan
skala:
1CM = 150 unit √

Johor √ 7 768 88.14 0.59


Kedah √ 5 402 73.50 0.50
Kelantan √ 5 849 76.48 0.51
Melaka √ 6 128 78.28 0.52
Negeri Sembilan √ 6 157 78.47 0.52
Pahang √ 7 908 88.93 0.60
Pulau Pinang √ 4 177 64.63 0.43
Perak √ 17 865 133.66 0.90
Perlis √ 719 26.81 0.12
Terengganu √ 3 104 55.71 0.40
Langkah 3: Berdasarkan nilai puncakuasadua ini, pilih satu skala yang sesuai yang boleh
diguna untuk mengira ketebalan garis aliran. Bahagikan nilai puncakuasa dua yang
diperolehi dalam langkah (2 b) di atas dengan nilai skala yang telah dipilih itu. Sebaiknya
ketebalan garisan janganlah terlalu besar atau terlalu kecil untuk menghasilkan kesan
nampak yang baik. Dalam kes ini skala yang dipilih ialah:

1CM = 150 Unit Puncakuasadua

Langkah 4: Membuat plotan. Berdasarkan nilai ketebalan garisan yang telah dikira
dalam langkah 3 (Lihat jadual di atas) calon boleh membuat plotan garis aliran di atas
peta yang diberikan. Plotan mestilah mengikut syarat-syarat berikut:

a) Garis aliran mestilah sama tebal dari permulaan hingga ke destinasinya sekiranya
garis aliran tersebut dibuat secara berasingan bagi setiap negeri.

b) Sekiranya pelajar memilih teknik untuk menggabungkan garis aliran pastikan


ketebalan kepala aliran adalah mewakili kesemua jumlah ketebalan garisan
aliran yang telah digabungkan.

b) Arah aliran (arrow) bagi setiap garis aliran mesti ditunjukkan.

c) Antara garis aliran tidak boleh bertindih dan tidak boleh bersilang.

d) Untuk mengelakkan pertindihan garis aliran boleh dibuat melengkung atau


bergabung.

Langkah 5: Lorekan atau warnakan setiap garis aliran yang dibuat dan seterusnya
lengkapkan peta aliran anda dengan tajuk, skala dan petunjuk. Tajuk mestilah di tulis di
ruang /bahagian atas carta, skala mestilah ditulis di bawah daripada tajuk iaitu disebelah
pepenjuru kiri manakala petunjuk boleh ditulis di bahagian bawah peta aliran anda itu.
Petunjuk yang dibuat mestilah bertangga bentuknya mewakili tiga nilai yang berbeza.

Lihat Peta Aliran yang dilukis di sebelah:


Peta Aliran Menunjukkan Bilangan Migran Yang Berpindah
Ke Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. 1990
1.1.5 f) Menganalisis dan Mentafsir Peta Aliran.

Menganalisis peta aliran meliputi analisis pola aliran, isipadu aliran, sebab-sebab dan
kesan-kesannya.

Contoh Soalan

b) Berdasarkan kepada peta aliran yang telah anda lukis itu, mengapakah kadar
migrasi masuk ke Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur lebih tinggi
berbanding dengan negeri-negeri lain di Malaysia.

Soalan ini berfokus kepada menganalisis sebab. Antara sebab mengapa Selangor dan
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur mengalami kadar migrasi masuk yang tinggi ialah:

1. Faktor ekonomi iaitu peluang perkerjaan yang luas dengan pendapatan yang
lumayan dan stabil. Ini boleh dikaitkan dengan aliran migrasi luar bandar ke bandar atau
dari negeri yang kurang maju seperti Kelantan, Terengganu dan Pahang ke negeri yang
lebih maju seperti Negeri Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Kedua-dua
negeri ini adalah pesat membangun dengan sektor perindustrian dan perkhidmatan. Ia
telah menawarkan peluang perkerjaan yang banyak khususnya dalam operator
pengeluaran seperti di kilang elektronik,pemasangan,pembuatan dan sebagainya.
Penawaran gaji yang tetap dan lumayan disamping kemudahan yang banyak disediakan
seperti perumahan dan pengangkutan,perkhidmatan yang selesa serta suasana kerja yang
menyeronokkan telah menjadi daya tarikan utama untuk penduduk desa berubah sikap
meninggalkan sektor pertanian yang tidak begitu terjamin dan tidak glamour. Pada masa
yang sama sektor pertanian di luar bandar pula menjadi penolaknya seperti keadaan kerja
yang berpanas dan berhujan, memperolehi pendapatan yang kecil dan tidak tetap,
dibelenggu dengan kemiskinan, taraf hidup yang rendah, kemudahan asas yang tidak
mencukupi dan sebagainya. Justeru itu tidak hairanlah sejumlah besar migrasi datangnya
dari negeri-negeri yang masih bergantung kepada sumber pertanian seperti
Kedah,Kelantan,Terengganu dan Pahang.

2. Faktor sosial khususnya Peluang melanjutkan pelajaran/pendidikan ke institut


pengajian tinggi yang banyak terletak di bandar-bandar besar khususnya di Selangor
dan Kuala Lumpur seperti UM,UKM,UPM,UiTM dan lain-lain Berbanding dengan
kawasan luar bandar peluang pendidikan tinggi adalah amat terhad. Oleh sebab itu ramai
pelajar luar bandar terpaksa berhijrah ke bandar-bandar besar demi melanjutkan
pelajaran mereka. Sebahagian pelajar yang telah menamatkan pelajaran mungkin akan
bekerja dan menetap di bandar-bandar besar tersebut apabila bidang perkerjaan yang
sesuai dengan kelulusan mereka tidak terdapat di kawasan asal mereka/luar bandar,
sebaliknya hanya ada di bandar-bandar besar sahaja.

3. Faktor kemudahan pembandaran yang baik dan menarik seperti di metropolis


Kuala Lumpur. Bandar ini mempunyai kemudahan bandar yang lengkap seperti
kemudahan hiburan,perkhidmatan perhubungan (Pengangkutan dan telekomunikasi),
perkhidmatan kesihatan dan lain-lain yang jauh lebih baik dan selesa jika dibandingkan
dengan kawasan luar bandar dan juga negeri-negeri lain di Semenajung Malaysia. Faktor
ini sekali lagi telah menarik minat terutamanya golongan muda dan golongan profesional
untuk berhijrah ke bandar atau negeri tersebut. Bagi golongan profesional seperti
doktor,peguam,jurutera,pegawai bank dan lain-lain lagi mempunyai peluang yang luas
untuk mengembangkan perniagaan dan kerjaya mereka di bandar-bandar besar
berkenaan.

4. Faktor pemangkin ialah adanya sistem pengangkutan yang cekap dan jaraknya
yang dekat menghubungkan Selangor serta Kuala Lumpur dengan negeri-negeri berjiran
seperti Perak,Melaka,Negeri Sembilan dan Pahang. Bagi negeri Perak dan Melaka
migran boleh bergerak dengan cepat melalui Lebuh Raya Utara-Selatan, Bagi negeri
Sembilan pula jarak perjalanan hanya 45 minit sahaja antara Seremban dengan Kuala
Lumpur melalui Lebuh Raya Persekutuan manakala Lebuh Raya Kuala Lumpur-Karak
menyebabkan perhubungan dan pergerakan yang lebih cepat migran-migran dari Pahang.
Selain daripada rangkaian lebuh raya, sistem pengangkutan seperti bas dan teksi juga
banyak dan mudah didapati untuk ke negeri-negeri tersebut yang menjadikan darjah
ketersampaian ke negeri-negeri berkenaan adalah tinggi.

5. Faktor –faktor mikro. Faktor mikro adalah lebih bersifat keputusan peribadi
individu untuk melakukan migrasi atau tidak. Di antara faktor-faktor tersebut ialah seperti
faktor perkahwinan dan ikatan kekeluargaan misalnya isteri akan mengikuti suaminya
selepas berkahwin, faktor pertukaran tempat kerja/arahan majikan, faktor persaraan dan
lain-lain lagi.
Soalan Latihan:

Soalan 1

Jadual 1 di bawah menunjukkan kadar pertumbuhan penduduk tahunan (%) bagi beberapa buah
negara maju dan negara sedang membangun terpilih antara tahun 1995 hingga 1999.

Jadual 1: Kadar Pertumbuhan Penduduk Tahunan (%) bagi beberapa buah


negara maju dan negara sedang membangun terpilih 1995 - 1999

Negara Kadar Pertumbuhan Penduduk Tahunan (%)


1995 1996 1997 1998 1999
Amerika Syarikat 0.9 0.9 0.9 1.0 1.0
United Kingdom 0.4 0.3 0.4 0.3 0.3
Jepun 0.2 0.2 0.2 0.2 0.2
Indonesia 1.6 1.6 1.5 1.5 1.5
Filipina 2.3 2.3 2.3 2.2 2.2
Malaysia 2.8 2.3 2.3 2.3 2.4

a) Dengan menggunakan jadual 1, siapkan sebuah graf garis yang sesuai bagi
menunjukkan kadar pertumbuhan penduduk tahunan di beberapa buah negara maju dan
negara sedang membangun terpilih antara tahun 1995 hingga 1999. [11 Markah].

b) Berdasarkan graf yang telah anda lukis itu, jelaskan mengapa kadar pertumbuhan
penduduk tahunan di negara-negara maju berbeza dengan negara-negara sedang
membangun. [14 Markah].

Soalan 2

Jadual 2 di bawah menunjukkan jumlah penduduk mengikut struktur umur di Malaysia


pada tahun 1991 dan 2000.

Jadual 2: Jumlah penduduk mengikut struktur umur di Malaysia pada tahun 1991 dan 2000.

Struktur Umur Jumlah Penduduk 1991 Jumlah Penduduk 2000


(Orang) (Orang)
0 - 14 Tahun 6 900 000 7 740 000
15 - 64 Tahun 10 970 000 14 620 000
Lebih dari 65 Tahun 680 000 900 000

Berdasarkan jadual 2 di sebelah,

a) Lukis sebuah Rajah Bulatan Berbahagi untuk menunjukkan perubahan jumlah


penduduk mengikut struktur umur di Malaysia antara tahun 1991 hingga 2000.
[10 Markah]

b) Dengan merujuk kepada rajah yang telah anda lukis itu, berikan ulasan tentang
pertumbuhan penduduk dan jangka hayat penduduk Malaysia antara tempoh 1991 hingga
2000. [8 Markah]

c) Patutkah dasar 70 juta penduduk di Malaysia menjelang tahun 2100 diteruskan?.


Berikan hujah anda. [7 Markah]

Soalan 3

Jadual 3 di bawah menunjukkan struktur umur dan jantina penduduk Melayu di Negeri
Pahang pada tahun 2000.

Jadual 3: struktur umur dan jantina penduduk Melayu di Negeri Pahang pada tahun 2000.

Kumpulan Umur Lelaki Perempuan


(Tahun) (orang) ( orang).
0 - 9 115 258 109 714
10 - 19 81 492 79 257
20 - 29 52 778 55 284
30 - 39 47 391 47 425
40 - 49 32 601 28 180
50 - 59 18 364 16 501
60 - 69 8 273 8 774
70 dan lebih 5 102 5 311

Berdasarkan jadual 3 di sebelah,


a) Siapkan sebuah rajah piramid bagi menunjukkan struktur umur dan jantina
penduduk Melayu di Negeri Pahang pada tahun 1999. [12 Markah]

b) Berasaskan rajah tersebut, jelaskan ciri-ciri utama kependudukan Melayu di


negeri Pahang pada tahun 1991. [13 Markah]

Soalan 4:

Jadual 4 di bawah menunjukkan kepadatan penduduk bagi negara-negara Asia Tenggara


pada tahun 1996.

Jadual 4: Kepadatan Penduduk Negara-Negara


Asia Tenggara, 1996.

Negara Kepadatan Penduduk


(Orang/KM²)
Berunai 48
Filipina 240
Indonesia 104
Kemboja 59
Laos 20
Malaysia 64
Myanmar 66
Singapura 4 839
Thailand 117
Vietnam 227

Berdasarkan jadual 4,

a) Sediakan sebuah Peta Choropleth (Peta Lorek) bagi menunjukkan kepadatan


penduduk negara-negara Asia Tenggara pada tahun 1996 di atas peta kosong yang
disediakan. [12 Markah]

b) Mengapakah negara-negara Asia Tenggara mempunyai nilai kepadatan penduduk


yang berbeza-beza ?. [8 Markah].

c) Pilih sebuah negara di Asia Tenggara yang mempunyai taburan penduduk yang
tidak seimbang, cadangkan langkah-langkah yang boleh diambil bagi menyeimbangkan
taburan penduduknya. [7
Markah] .
Soalan 5

Jadual 5 di bawah menunjukkan jumlah penduduk di bandar-bandar terpilih di Sabah


dan Wilayah Persekutuan Labuan pada tahun 1997.

Jadual 5: Jumlah Penduduk di beberapa buah bandar


Terpilih di Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan , 1997.

Bandar Jumlah Penduduk (orang)


Kota Kinabalu 160 184
Sandakan 156 675
Lahad Datu 44 614
Tawau 124 943
Wilayah Persekutuan Labuan 26 271

Berdasarkan jadual 5 dan di atas peta yang disediakan,

a) Tunjukkan jumlah penduduk di bandar-bandar terpilih di Sabah dan Wilayah


Persekutuan Labuan pada tahun 1997 dengan menggunakan kaedah simbol berkadar yang
sesuai. [10 Markah]

b) Huraikan peranan bandar-bandar berkenaan terhadap pembangunan ekonomi dan


sosial negeri Sabah dan serantaunya. [10 Markah ]

c) Nyatakan kesan ke atas persekitaran manusia akibat proses pembandaran yang


pesat yang dialami oleh bandar Kota Kinabalu. [ 5 Markah]
Soalan 6:

Jadual 6 di bawah menunjukkan jumlah migrasi keluar penduduk dari negeri-negeri di


Semenanjung Malaysia ke Rancangan Pembangunan Wilayah JENGKA sehingga tahun
1980.

Jadual 6: Jumlah migrasi keluar penduduk dari negeri-negeri di Semenanjung Malaysia


ke Rancangan Pembangunan Wilayah JENGKA sehingga tahun 1980.

Negeri-Negeri Di Semenanjung Jumlah Migran Yang Berpindah Dari Setiap Negeri ke


Malaysia Wilayah JENGKA (Orang)
Perlis 1263
Kedah 11 409
Pulau Pinang 3697
Perak 14 368
Selangor 11 300
Negeri sembilan 6517
Melaka 4166
Johor 6899
Terengganu 5754
Kelantan 12 140

Berdasarkan jadual 6 di atas,

a) Lukis sebuah peta aliran di atas peta kosong Semenanjung Malaysia yang
disediakan bagi menunjukkan jumlah migrasi ke luar penduduk dari setiap negeri di
Semenanjung Malaysia ke Rancangan Pembangunan Wilayah JENGKA sehingga tahun
1980. [10 Markah]

b) Jelaskan mengapa berlakunya aliran migrasi di atas?. [10 Markah]

c) Nyatakan kesan ke atas kemajuan ekonomi dan sosial yang dialami oleh Wilayah
Jengka akibat aliran migrasi di atas. [ 5 Markah]
‫نجليوين‬

You might also like