Welcome to Scribd, the world's digital library. Read, publish, and share books and documents. See more
Download
Standard view
Full view
of .
Save to My Library
Look up keyword
Like this
1Activity
0 of .
Results for:
No results containing your search query
P. 1
Paleolitik & Neolitik

Paleolitik & Neolitik

Ratings: (0)|Views: 704|Likes:
Published by Nur Hasanah

More info:

Published by: Nur Hasanah on Oct 30, 2010
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOCX, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

10/30/2010

pdf

text

original

 
Zaman PaleolitikPendahuluan :Zaman prasejarah dikatakan sebagai sebahagian masa silam manusia yang tidak dicatatkan dalam bentuk tulisan iaitu sebelum sejarahataupun sejarah silam manusia sebelum wujudnya rekod-rekod bertulis. Bukti-bukti zaman prasejarah diperolehi melalui kajian terhadapartifak dan fosil-fosil yang dilakukan oleh ahli-ahli arkeologi. Zaman Paleolitik merupakan zaman prasejarah. Zaman Paleolitik dikatakanbermula sekitar tahun 500,000 SM hingga 10000 SM dan dibahagikan kepada dua iaitu Zaman Paleolitik Awal dan Zaman Paleolitik Akhir.Empat spesies manusia yang penting pada zaman ini ialah Pithecanthropus Erectus ( Jawa Man ), Sinanthropus Pekinensis ( Peking Man ),Fontechevade dan Homo Neanderthalensis.Isi-isi :Tempat Tinggal / Petempatan :Masyarakat zaman Paleolitik hidup secara berpindah randah atau nomad dan bergantung hidup kepada sumber-sumber alam sekitar.Mereka tinggal di dalam gua, lubang bawah tanah dan pondok-pondok yang mereka bina daripada ranting-ranting kayu. Sebagaicontohnya, penempatan masyarakat Paleolitik terletak di Gua Niah ( Sarawak ), Kota Tampan ( Perak ) dan Gua Tingkayu ( Sabah )Kegiatan Ekonomi Utama :Masyarakat zaman Paleolitik adalah merupakan pengguna kepada sumber-sumber alam sekitar. Mereka hidup secara nomad danmengembara untuk mencari makanan. Dalam hal ini, mereka menjalankan aktiviti mengutip hasil hutan, memburu binatang danmenangkap ikan. Mereka memburu dalam kumpulan kecil hasil buruan akan dikongsi bersama. Secara umumnya, mereka adalahmerupakan parasit persekitaran dan menjalankan sistem ekonomi bercorak saradiri.Teknologi peralatan :Masyarakat pada zaman Paleolitik mempunyai kemahiran dalam membuat peralatan daripada batu, kayu dan tulang-tulang haiwan.Sebagai contohnya, kapak genggam atau flaked tools digunakan untuk pelbagai tujuan dan berfunsi sebagai pisau, gergaji dan kapak. Alat-alat batu ini digunakan untuk memburu, mengutip hasil hutan, senjata dan mungkin sebagai perhiasan. Peralatan pada zaman iniadalahringkas dan kasar dari segi pembuatannya. Kaedah yang mereka gunakan adalah secara merepih. Fungsi peralatan batu ini adalah terhadsesuai dengan tahap teknologi masyarakat pada zaman itu yang masih lagi rendah atau primitif.Organisasi sosial :Masyarakat zaman Paleolitik belum lagi mempunyai organisasi sosial. Hal ini disebabkan mereka masih lagi hidup dalam keadaan nomaddan mengembara. Bagi memenuhi keperluan ekonomi, mereka berada dalam kelompok kecil yang terdiri daripada gabungan beberapakeluarga asas.Agama dan kepercayaan :Masyarakat berkebudayaan Paleolitik mempunyai dan mengamalkan kepercayaan berunsurkan animisme. Dalam hal ini merekaberanggapan semua benda terutamanya alam sekitar mempunyai kuasa dan roh. Oleh itu, mereka cukup takut kepada petir dan kilat danberpendapat unsur-unsur alam ini mampu mempengaruhi kehidupan mereka. Lantaran itu, mereka mula menyembah dan cuba berdamaidengan unsur-unsur alam atau animisme ini.Kesenian / kebudayaan :Ciri-ciri masyarakat zaman Paleolitik seterusnya adalah keseniaan dan kebudayaan. Masyarakat zaman Paleolitik mengamalkan kesenianbercorak idealisme. Dalam hal ini, Mereka mula mempunyai kemahiran melakar ukiran, melukis dan menghasilkan mural. Lukisan ataulakaran yang mereka hasilkan di dinding-dinding gua dan kulit-kulit pokok adalah gambar-gambar yang datangnya daripada binatang-binatang buruan mereka seperti rusa, harimau dan gajah. Bentuk-bentuk kesenian yang diamalkan oleh masyarakat zaman Paleolitik iniadalah berkaitan dengan kehidupan mereka sehari-hari. Ringkasnya, seni Paleolitik adalah berdasarkan realisme yang mereka lihat danalami sendiri.Corak hidup :Masyarakat Paleolitik mengamalkan corak hidup nomad atau berpindah randah. Hal ini adalah untuk memenuhi keperluan ekonomimelalui aktiviti memburu, mengutip hasil hutan dan menangkap ikan secara berkumpulan. Oleh kerana mereka menjalankan kehidupanyang mudah dan simple maka mereka tiada barang-barang perhiasan dan tidak mempunyai memiliki harta. Sebagai buktinya, merekahanya tinggal di gua-gua dan hanya bergantung sepenuhnya kepada sumber-sumber alam sekitarPengkhususan pekerjaanMasyarakat zaman Paleolitik tidak mempunyai pengkhususan kerja. Semua pekerjaan dilakukan sendiri oleh mereka secara bersama-samadalam kumpulan kecil. Jumlah mereka yang sedikit dan sering berpindah randah menyebabkan pengkhususan pekerjaan tidak wujud dantidak praktikal.Kesimpulan :
 
Berdasarkan huraian di atas, jelas ternyata bahawa masyarakat zaman prasejarah telah mengalami satu kemajuan yang pesat dalampelbagai aspek kehidupan mereka. Bermula dengan masyarakat Paleolitik , yang merupakan masyarakat pengguna alam sekitar kepadamasyarakat pengeluar makanan yang lebih maju pada zaman Neolitik. Perkembangan Revolusi Pertanian telah mengubah hidupmasyarakat pada zaman Neolitik ke arah hidup yang lebih kreatif dan inovatif. Hal ini dapat dibuktikan dengan kemajuan yang dicapai olehmasyarakat ini dalam aspek sosial, ekonomi, politik , sosial dan sebagainya sehingga menjadi asas kepada kemunculan tamadun-tamadunawal manusia di Mesopotamia, Mesir, Mohenjo-Daro & Harappa dan Hwang Ho.Zaman NeolitikPendahuluan :Zaman prasejarah dikatakan sebagai sebahagian masa silam manusia yang tidak dicatatkan dalam bentuk tulisan iaitu sebelum sejarahataupun sejarah silam manusia sebelum wujudnya rekod-rekod bertulis. Bukti-bukti zaman prasejarah diperolehi melalui kajian terhadapartifak dan fosil-fosil yang dilakukan oleh ahli-ahli arkeologi. Zaman Neolitik adalah zaman prasejarah akhir. Zaman Neolitik dianggarkanbermula sekitar tahun 7000 SM apabila manusia mula bergantung kepada pertanian sebagai sumber makanan utama.Isi-isi :Tempat Tinggal / Petempatan :Berbeza dengan petempatan masyarakat Neolitik pula mereka tinggal secara tetap di kampung-kampung berhampiran dengan lembah-lembah sungai yang subur dan menjalankan aktiviti bercucuk tanam dan menternak binatang. Masyarakat zaman Neolitik ini sudah pandaimembina rumah daripada tanah liat dan pondok-pondok daripada ranting-ranting kayu Perkembangan petempatan ini melahirkanperkampungan sebagai contoh Gua Gomantong ( Sabah ) dan Jenderam Hilir ( Selangor )Kegiatan Ekonomi Utama :Dalam aspek kegiatan ekonomi, masyarakat Neolitik pula telah mengalami perubahan yang amat ketara jika dibandingkan denganmasyarakat zaman Paleolitik. Mereka bukan lagi sebagai pengguna kepada alam sekitar tetapi telah berubah kepada pengeluar makanan.Dalam hal ini, mereka telah mula menjalankan aktiviti pertanian seperti bercucuk tanam dan menternak binatang. Kehidupan secaranomad telah berhenti dan mereka telah mula hidup secara menetap di kampung-kampung berhampiran dengan lembah-lembah sungaiutama. Tercetusnya revolusi pertanian telah menyebabkan berlakunya lebihan dalam hasil-hasil pertanian dan ini telah menyebabkanmunculnya aktiviti perdagangan yang berkonsepkan sistem barter. Perkembangan sistem perdagangan telah menyebabkan berlakunyahubungan dengan masyarakat luar dan ini telah menyebabkan berlakunya pertukaran dan perkembangan idea dan teknologi baruTeknologi peralatan :Berbeza dengan teknologi peralatan dalam masyarakat zaman Neolitik yang telah mengalami perubahan yang ketara. Mereka telahmempunyai kemahiran dalam menghasilkan peralatan daripada batu yang lebih halus dan kompleks. Masyarakat zaman ini telah mampumembuat pelbagai alat yang terdiri daripada sabit, cangkul dan tenggala daripada batu yang mempunyai nilai-nilai teknologi dan estetikayang lebih tinggi daripada zaman sebelumnya. Penciptaan roda contohnya, telah memaju dan meningkatkan pengeluaran hasil makanandan memudahkan urusan harian. Teknologi pembuatan tembikar pula telah menandakan satu gejala perubahan baru dalam kehidupanmasyarakat dan alatan ini digunakan untuk menyimpan bijirin, makanan, air dan memasak. Di samping itu, penemuan dan penggunaanlayar telah menyebabkan aktiviti perdagangan dapat dimajukan dan berkembang dengan pesat.Organisasi sosial :Berbeza dengan masyarakat zaman Neolitik yang tellah mula membentuk organisasi sosial yang mudah. Kesan daripada RevolusiPertanian telah menyebabkan masyarakat pada zaman ini mula hidup secara menetap dan bilangan penduduk di sesuatu kawasan telahsemakin ramai. Dalam hal ini, telah wujud ketua keluarga dalam setiap rumah dan di peringkat kampung telah diadakan jawatan ketuakampung yang berperanan menjaga ketenteraman dan keamanan kampung serta menyelesaikan masalah yang berkaitan dengankegiatan pertanian dan sebagainya. Kewujudan pengkhususan kerja pada zaman ini telah memulakan pembentukan masyarakat kelasatasan dan bawahan.Agama dan kepercayaan :Manakala agama dan kepercayaan masyarakat zaman Neolitik mula berubah dan berkembang maju. Dalam hal ini, masyarakat zamanNeolitik mula belajar untuk menguasai alam sekeliling terutamanya unsur-unsur alam sekitar. Perbagai amalan atau upacara ritual telahdiadakan dan yang pentingnya ialah mereka dapat berdamai dengan alam sekitar bagi mengelakkan bencana alam seperti banjir dankemarau serta wabak penyakit. Sebagai contohnya, mereka menjalankan upacara penyembahan dewa-dewi bagi menjamin kelangsunganbekalan makanan dan supaya hasil pertanian yang mereka usahakan akan bertambah berlipat kali ganda. Mereka juga mula tahubagaimana untuk menguruskan mayat saudara mara mereka yang telah meninggal dunia. Mayat-mayat dikendalikan dengan teliti dandikebumikan dengan sempurna. Hal ini menunjukkan bahawa masyarakat zaman Neolitik telah mula maju dalam aspek kepercayaan danturut memberikan sumbangan dan kesan kepada kepercayaan zaman tamadun-tamadun awal yang bercorak politiesme.Kesenian / kebudayaan :Kesenian zaman Neolitik adalah berbeza sekali dengan zaman Paleolitik. Ini dapat dibuktikan dengan kesenian pada zaman Neolitik yangbercorak simbolisme serta mempunyai unsur-unsur abstrak. Hal ini dapat dilihat dan ditunjukkan pada permukaan tembikar-tembikar

You're Reading a Free Preview

Download
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->