You are on page 1of 19

1.

0 PROFIL PELAJAR

Nama: Amy Anak Tabol

No. Kad Pengenalan: 921121-13-5793

Alamat: Tr. Api Nanga Terusa, Katibas, 96850 Song, Sarawak.

No. Telefon: 014-5806378

Hobi: Melayari internet dan mendengar lagu

Motto: Buat Lebih Baik Dari Yang Sebelumnya.

1
Nama: Marcus Anak Gundi

No. Kad Pengenalan: 920611-13-5177

Alamat: Munggu Sawa Lingga, 95000 Sri Aman,Sarawak.

No. Telefon:014-8864741

Hobi: Memancing dan bermain

Motto: “Do The Best From Better”

2
2.0 PENGHARGAAN

Syukur kepada Tuhan kerana dengan limpah kurnia-Nya Kerja Kursus Pendek
(KKP) Pendidikan Moral ini akhirnya dapat disiapkan. Tidak ketinggalan juga kepada
guru pembimbing saya iaitu Encik kerana sudi memberikan tunjuk ajar dan nasihat
kepada kumpulan kami sepanjang KKP ini dijalankan.

Tidak lupa juga kepada rakan-rakan yang telah banyak membantu dalam
menyiapkan KKP ini. Penulis ingin mengucapkan terima kasih kepada rakan-rakan
penulis kerana sudi berkongsi maklumat dan membantu penulis untuk mencari
maklumat.

Penulis juga mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan ribuan terima kasih
penulis kepada ayahanda dan ibunda tercinta yang telah memberi sokongan moral dan
kewangan kepada penulis untuk menyiapkan KKP Pendidikan Moral ini.

Akhir sekali, sekalung terima kasih penulis ingin sampaikan kepada semua pihak
baik pihak yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung yang telah banyak
membantu penulis untuk menyiapkan KKP ini.

3
3.0 PENGENALAN

Vandalisme adalah satu masalah sosial yang sedang melanda negara kita kini.
Ianya tidak hanya berlaku di Malaysia tetapi juga di luar negara.Golongan remaja
adalah golongan yang paling ramai terlibat didalam gejala ini. Masalah tersebut kian
menjadi- jadi dan ini kadar peningkatan masalah ini amat membimbangkan. Kami
memilih tajuk vandalisme untuk kerja kursus pendidikan moral ini adalah untuk
mengupas permasalahan ini secara lebih mendalam lagi. Kami ingin mengkaji punca-
punca berlakunya gejala ini. Adakah punca-punca tersebut datang dari ibu bapa remaja
tersebut ataupun pengaruh rakan sebaya? Di sini, kami ingin mendalami masalah ini
dengan lebih mendalam demi untuk mencari penyelasaian yang berkesan dan efektif
kepada masalah ini. Siapakah yang bertanggungjawab bagi menangani masalah ini?
Adakah tanggungjawab menyelasaikan masalah ini harus dipikul oleh pihak kerajaan
semata- mata sahaja atau ibu bapa remaja yang terlibat harus memainkan peranan
dalam membanteras gejala ini. Kami disini ingin mencari jalan penyelesaian yang
berkesan.

4
4.0 DEFINISI

Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, perkataan ‘vandalisme’ didefinisikan


sebagai perbuatan membinasakan atau merosakkan harta benda awam atau
persendirian.

Sementara itu, menurut satu laman web wikipedia, ‘vandalisme’ dedefinisikan


sebagai ‘tabiat seseorang membinasakan harta benda awam dan juga harta benda
orang lain’.

Secara ringkasnya, perkataan ‘vandalisme’ ini bolehlah ditakrifkan sebagai


perbuatan memusnahkan harta benda tanpa mengira harta benda tersebut harta benda
awam ataupun harta benda individu itu sendiri.

5
5.0 PUNCA VANDALISME

Terdapat beberapa punca yang mendorong kepada jenayah vandalisme.


Antaranya ialah pengaruh rakan sebaya, ibu bapa dan ahli keluarga, media massa dan
juga sikap masyarakat.

Dewasa ini, rakan sebaya merupakan orang yang paling dekat dengan remaja.
Kebanyakkan masa para remaja dihabiskan bersama dengan rakan sebaya mereka di
sekolah mahupun di luar sekolah. Memang tidak dinafikan hubungan remaja sekarang
dengan rakan sebaya mereka bagai isi dan kuku. Dari sinilah wujudnya jenayah
vandalisme.

Jenayah vandalisme ini biasanya dilakukan secara berkumpulan dan jarang


sekali dilakukan secara individu.biasanya, jenayah ini melibatkan sekumpulan remaja.
Golongan muda terutamanya golongan remaja memang mudah terpengaruh dengan
dan meniru perbuatan rakan sebaya mereka. Setiap perkara yang dilakukan oleh rakan
sebaya mereka pasti akan ditiru kerana mereka malu dengan ejekan rakan sebaya
yang mengatakan mereka takut, lurus bendul dan sebagainya.

Selain itu, peranan ibu bapa dan keluarga juga mempengaruhi perlakuan remaja.
Contohnya, masalah ibu bapa yang bercerai. Masalah yang terjadi dalam keluarga
menyebabkan remaja menjadikan rakan mereka sebagai tempat berteduh dan
bergantung. Ironinya, mereka menjadi liar dan terdorong untuk melakukan jenayah
seperti vandalisme.

Di samping itu, media massa juga merupakan salah satu faktor terjadinya
jenayah vandalisme. Sejak akhir-akhir ini, media massa di negara kita sering
memaparkan filem-filem yang berunsurkan keganasan yang melibatkan adegan
memecahkan harta benda. Filem-filem seperti ini memang mudah menarik minat para
remaja untuk menontonnya. Hal ini secara tidak langsung menyebabkan para remaja
terikut-ikut apa yang ditonton oleh mereka di kaca televisyen.

Sikap masyarakat setempat yang tidak ambil peduli tentang isu sosial yang
berlaku di sekeliling mereka juga turut menyebabkan terjadinya jenayah vandalisme.

6
Masyarakat sekarang lebih mengutamakan harta benda dan mereka tidak ambil peduli
isu-isu sosial yang berlaku di sekeliling mereka. Hal ini menyebabkan remaja
merasakan diri mereka bebas untuk melakukan apa sahaja tanpa perasaan takut.

7
5.1 PENGURUSAN GRAFIK

Pengaruh Peranan ibu


rakan sebaya bapa dan ahli
keluarga

PUNCA VANDALISME

Pengaruh Sikap tidak


media massa peduli
masyarakat

8
6.0 KESAN

Jenayah vandalisme yang berlaku di negara kita telah mendatangkan keburukan


kepada negara kita. Imej negara akan tercemar di mata dunia. Keadaan negara kita
yang tercemar dengan perbuatan vandalisme sudah pasti akan menggangu aktiviti
perlancongan di negara kita. Para pelancong sudah pasti menginginkan tempat
perlancongan yang indah dengan prasarana yang lengkap dan bersih. Apabila melihat
prasarana di negara kita yang sudah rosak dan kotor, sudah pasti para pelancong tidak
lagi menjadikan negara kita sebagai salah satu destinasi pelancongan pilihan mereka.
Hal ini sekaligus akan menjejaskan ekonomi negara kita.

Selain itu, jenayah vandalisme ini juga menimbulkan kesusahan kepada


masyarakat terutamanya pada waktu-waktu kecemasan. Contohnya, vandalisme yang
dilakukan ke atas telefon awam menyebabkan telefon awam tersebut tidak dapat
digunakan. Walaupun kini penggunaan telefon awam sudah berkurangan, masyarakat
perlu memikirkan golongan yang masih memerlukannya. Mungkin penggunanya
seorang pelajar, pekerja asing, suri rumah mahupun warga emas yang benar-benar
mempunyai keperluan menghubungi seseorang. Jika telefon awam tersebut tidak dapat
digunakan, ia pasti mendukacitakan lebih-lebih lagi jika dalam keadaan kecemasan.

Di samping itu, vandalisme juga menyebabkan kerugian kepada kerajaan negara


kita. Kerugian akibat vandalisme yang direkodkan pada tahun 2000 yang dialami oleh
Projek Usahasama Transit Automatik Sdn. Bhd (PUTRA) ialah RM354,550. Jumlah ini
sangat banyak dan jika digunakan untuk membina kemudahan awam yang baru sudah
pasti banyak yang dapat dibina untuk manfaat kita bersama.

9
6.1 PENGURUSAN GRAFIK

 Menyebabkan  Menggangu
kerugian ekonomi
kepada negara
negara

KESAN
VANDALISME

 Menimbulkan
kesusahan pada
waktu kecemasan
 Meruntuhkan
akhlak remaja

10
7.0 LANGKAH- LANGKAH UNTUK MENGATASI VANDALISME

Vandalisme merupakan masalah sosial yang kian hari kian mendapat liputan
media massa tempatan dan luar negara dan menjadi tajuk utama di dada akbhar. Jika
keadaan ini dibiarkan berterusan oleh masyarakat dan pihak berkuasa kita maka secara
tidak langsung negara kita mendapat malapetaka yang besar untuk melahirkan modal
insan yang yang berdisplin dan merupakan harapan negara.Wawasan 2020 merupakan
visi dan misi negara untuk melahirkan negara maju,moden dan bebas dari segala
masalah sosial seperti vandalisme. Persoalannya disini ialah apakah langkah-langkah
yang sesuai untuk mengatasi vandalisme dalam kalangan rakyat negara kita lebih-lebih
lagi golongan remaja?

Undung-undang merupakan peraturan yang ditetapkan dan harus dipatuhi.Oleh


yang demikian,penguatkuasaan undang –undang merupakan satu langkah yang harus
diambil sebagai cara mengatasi vandalisme.Pihak berkuasa perlu menguatkuasakan
undang-undang dari semasa ke semasa.Tindakan tegas perlu dikenakan kepada
pesalah agar menjadi teladan kepada masyarakat yang melakukannya.Telah
dinyatakan di bawah Akta Kerajaan Tempatan 9 Undang-undang Kecil Vandalisme
1991,sesiapa yang merosakkan harta benda awam boleh didenda sebanyak RM2000
atau dipenjarakan tidak lebih setahun jika disabit kesalahan harus diperketatkan
lagi.Hukuman khidmat masyarakat juga harus dikenakan.Hukuman khidmat masyarakat
ini haruslah mempunyai kaitan dengan harta benda awam seperti
membersihkan,mengecat pondok-pondok telefon,mencuci stesen bas,dan
sebagainya.Hal ini harus dijalankan agar mereka yang melakukan masalah vandalisme
lebih memahami bertapa pentingnya menjaga harta benda awam. Justeru,undang-
undang merupakan akta yang penting bagi menjamin kesejahteraan negara.

Ibu bapa juga penting dalam memainkan peranan bagi mengelakkan gejala
vandalisme daripada terus berleluasa.Kesedaran awal tentang menjaga harta benda
awam perlu didedahkan kepada remaja oleh ibubapa sejak dari mereka kecil lagi bagi
membentuk jiwa remaja yang sihat dan berfikiran matang sebelum melangkah ke alam
yang lebih dewasa.Bak kata pepatah melentur buluh biarlah dari rebungnya.Ibubapa

11
perlu mendampingi anak-anak dan memberikan kasih sayang sepenuhnya,agar mereka
merasakan lebih disayangi dan tidak mudah terjerumus kedalam masalah sosial.

Selain itu, peranan masyarakat dan pihak sekolah juga langkah mengatasi
vandalisme.Setiap anggota masyarakat perlu prihatin dan jangan memandang sebelah
mata terhadap isu-isu sosial disekeliling mereka.Anggota masyarakat harus melaporkan
kepada pihak berkuasa jika terlihat kejadian masalah vandalisme dan juga masalah
sosial yang boleh membawa kesan buruk kepada negara.Perkembangan pimikiran
remaja bermula semasa di peringkat sekolah.Oleh itu,pihak sekolah harus memainkan
peranan mendisplinkan pelajar.Memperketatkan undang-undang di sekolah dapat
mengurangkan masalah vandalisme dalam kalangan remaja.Penerapan nilai moral
dalam pembelajaran juga menghalang masalah vandalisme daripada berterusan kerana
nilai moral dapat mengajar pelajar tidak mudah terpengaruh dengan ajakan yang dapat
mewujudkan masalah.Secara tidak langsung,anggota masyarakat dan pihak sekolah
juga penting dalam membawa keharmonian.

Disamping itu juga,media massa juga penting dalam membanteras isu sosial
seperti vandalisme.Media massa mempunyai pengaruh yang kuat dari segi menanam
kesedaran kepada masyarakat supaya menjaga harta benda awam seadanya.Pihak
media massa harus memaparkan rancangan yang yang dapat memberikan kesan yang
efektif bagi memupuk perasaan cinta akan tanah air dan menjaga kepentingan bersama
seperti stesen –stesen bas.

Menghapuskan vandalisme merupakan satu kerja yang sukar tanpa strategi atau cara
yang berkesan.Sesungguhnya langkah-langakah di atas merupakan jalan yang terbaik
bagi mengatasi gejala sosial seperti vandalisme ini.Undang-undang yang merupakan
tonggak utama dalam menyekat pergerakan yang melepasi batasan hak asasi manusia
dengan memberikan pengajaran.Begitu juga dengan ibubapa,anggota masyarakat dan
pihak berkuasa. Oleh yang demikian,bersama-samalah kita mengurangkan kadar
vandalisme dalam negara kita.

12
7.1 PENGURUSAN GRAFIK

PENGUATKUASAAN UNDANG-
UNDANG
PERANAN
IBUBAPA

LANGKAH-LANGKAH MENGATASI
VANDALISME

PERANAN MEDIA
MASSA
PERANAN ANGGOTA
MASYARAKAT DAN PIHAK
SEKOLAH

13
8.0 REFLEKSI

AMY ANAK TABOL

Sebagai salah seorang pelajar kelas Pendidikan Moral, saya telah diarahkan
untuk menjalankan satu Kerja Kursus Pendek (KKP) yang perlu dijalankan secara
berkumpulan. Ahli kumpulan saya terdiri daripada saya sendiri, Marcus anak Gundi dan
Trevor Gordon. Tajuk tugasan kami ialah vandalisme.

Tugasan yang diberikan kepada kami ini perlu disiapkan dalam masa dua
minggu. Pada mulanya, kami membahagikan tugasan sesama sendiri. Saya telah
ditugaskan untuk mencari maklumat tentang kesan vandalisme menggunakan internet.
Sementara itu, Marcus dan Trevor pula masing-masing mencari maklumat berkaitan
dengan punca-punca jenayah vandalisme dan langkah-langkah mengatasi jenayah
vandalisme.

Kami telah mengumpulkan maklumat yang diperoleh dan bersama-sama


menganalisis maklumat yang telah diperoleh agar dapat digunakan dalam KKP kami.
Pada mulanya, kerja kumpulan kami telah siap sebanyak 50 peratus. Tetapi, tanpa
diduga, fail kerja yang kami buat tiba-tiba dijangkiti virus komputer dan kesemua kerja
yang telah dibuat hilang begitu sahaja. Keadaan bertambah kritikal lagi apabila tarikh
untuk menghantar KKP tersebut semakin singkat. Kami telah meminta pensyarah
pembimbing kami untuk menangguhkan tarikh penghantaran KKP kami. Pada mulanya,
beliau tidak ingin menangguhkan tarikh penghantaran KKP tersebut. Tetapi, pada
akhirnya beliau terpaksa bersetuju dengan permintaan kami memandangkan hampir
semua fail pelajar dalam kelas kami telah dijangkiti virus komputer.

Kumpulan kami terpaksa membuat KKP tersebut semula. Kami terpaksa mencari
semula maklumat untuk menyiapkan KKP tersebut. Kemudian, kumpulan kami
menghadapi satu lagi masalah iaitu masalah perhubungan. Kebetulan pula pada waktu
tersebut kami telah bercuti untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri. Kedua-dua rakan saya
telah pulang ke kampung halaman masing-masing dan hanya saya sahaja yang masih
tinggal di kampus. Kami terpaksa berhubung melalui internet dan telefon bimbit.

14
KKP ini telah menyedarkan saya bertapa pentingnya semangat bekerjasama
dalam kumpulan. Kerjasama penting dalam sesuatu kumpulan agar kerja yang
diamanahkan kepada sesuatu kumpulan itu dapat dijalankan dengan sempurna.
Kemudian, saya mempelajari bahawa sistem pengurusan masa yang berkesan amat
perlu dalam menjalankan setiap kerja kursus agar kerja yang hendak dijalankan dapat
disiapkan mengikut jadual. Selain itu, pengurusan masa juga penting agar kita tidak
terburu-buru menyiapkan kerja pada saat-saat akhir sehingga menyebabkan tugasan
yang diberikan tidak memberikan hasil yang diinginkan.

Kesimpulannya, saya mendapat banyak pengalaman dan pengajaran baru


sepanjang menjalankan KKP ini. Pengalaman dan pengajaran yang saya perolehi
sepanjang menjalankan KKP ini akan saya jadikan dorongan untuk melakukan tugasan
yang lebih baik pada masa akan datang.

15
MARCUS ANAK GUNDI

Saya Marcus anak Gundi berasa amat gembira kerana dapat menyiapkan kerja
kursus pendek ini dengan sempurna. Semasa menjalankan kerja kursus pendek (KKP)
ini saya dan kawan-kawan saya mendapat banyak halangan dan cabaran. Namun,
dengan kesungguhan dan keinginan kami berhasil juga menyiapkan KKP ini. Antara
masalah yang kami hadapi ialah masalah dengan bahan untuk membuatnya seperti
computer riba kerana lupa di bawa. Virus juga merupakan masalah yang melanda kerja
yang kami jalankan sehingga kehilangan kandungan atau isi penting berkaitan dengan
kerja saya.

Saya menjalankan tugas ini dengan penuh semangat. Setalah berjaya


menyiapkan tugas ini saya mendapat banyak maklumat yang berkaitan tentang tugasan
yang saya cari.Tajuk tugas saya bersama dengan dua orang lagi kawan saya ialah
gejala sosial vandalisme dalam kalangan masyarakat kita.Dalam tugasan ini saya
mengetahui kesan-kesan,punca-punca vandalisme kepada maasyarakat kita dan
langkah-langkah untuk mengatasinya.

Kami menjalankan tugasan ini dengan teratur serta tersusun kerana ada
pembahagian tugasan untuk setiap seorang.Walaupun kami diagihkan tugas namun
perbincangan tetap juga diperlukan bagi meneliti dan memastikan setiap isi yang dibuat
adalah betul dan tepat.Beralih kepada vandalisme saya lebih memahami apakah
vandalisme yang selalu menjadi buah mulut orang ramai.

Dalam kerja kursus ini juga, saya lebih mengenali apakah maksud usaha dalam
diri seorang pelajar.Saya akan lebih berusaha untuk menjalankan tugas yang diberikan
dengan sepenuh hati selepas ini.

Kerja kursus pendek ini juga sememangnya banyak mengajar saya tentang
pentingnya kerjasama dalam menghasilkan sebuah tugasan dengan baik.

16
TREVOR GORDON ANAK BAKAR

Selepas menjalani kerja kursus ini, saya mendapati bahawa masalah


vandalisme ini adalah satu masalah yang serius dan perlu ditangani segera. Masalah
ini perlu ditangani segera kerana ia banyak member masalah kepada negara dan
masyarakat.

Terdapat pelbagai faktor yang mendorong remaja untuk melakukan perbuatan


ini. Antaranya ialah pengaruh rakan sebaya, sikap ibu bapa yang tidak
bertanggunjawab, dan lain – lain lagi.

Gejala sosial ini member banyak masalah terhadap negara dan seterusnya
akan member kesan negatif kepada rakyat itu sendiri. Antara kesan – kesan yang
mungkin akan berlaku adalah ianya akan merugikan Negara, mengganggu ekonomi
Negara kita yang stabil ini. Selain itu, ianya menyusahkan rakyat Negara dan pelaku
pula aka mengalami keruntuhan moral.

Antara cara yang efektif untuk membanteras gejala ini adalah dengan
menguatkuasakan undang – undang. Ibu bapa juga memainkan peranan yang penting
kerana mereka adalah orang yang paling rapat dengan mereka. Selain itu, orang ramai
juga harus memainkan peranan yang penting bagi mengekang gejala ini daripada terus
merebak.

Akhir kata, saya ingin menekankan di sini bahawa gejala ini perlu ditangani
bersama supaya tindakan tersebut akan terlaksana dengan lebih berkesan dan efektif.

17
9.0 RUMUSAN

18
10.0 RUJUKAN

file:///C:/Users/user/Documents/vandalisme.htm dilayari pada 17 September 2010

http://aplikasi.kpkt.gov.my/akhbar.nsf/0/d574d2e2fe68c116482570b5001e373e?
OpenDocument dilayari pada 17 September 2010

http://vandalisme-vandalisme.blogspot.com/ dilayari pada 17 September 2010

19

You might also like