You are on page 1of 8

PENGENALAN ANATOMI DAN FISIOLOGI MANUSIA

DEFINISI

Anatomi merupakan satu bidang sains yang berkaitan dengan struktur tubuh manusia yang turut
dikenali sebagai morfologi atau sains bentuk. Telah bermula sejak 2300 tahun yang lalu dan
merupakan disiplin dalam bidang biologi pada awal abad ke-19. Anatomi ialah bidang sains yang
luas skopnya dan merangkumi beberapa subdisiplin seperti anatomi kasar (gross) dan
mikroskopik. Anatomi kasar mengkaji tentang struktur tubuh yang dapat dilihat dengan mata
kasar. Dalam bahasa ’Greek’ anaomi bermaksud ”memotong atau membelah anggota badan”
untuk melihat strukturnya. Fisiologi pula memberi maksud kajian mengenai fungsi struktur
tubuh.

Anatomi kasar terbahagi kepada tiga iaitu, anatomi kawasan (regional), anatomi
bersistem (systemic) an juga anatomi permukaan (surface).

i) Anatomi kawasan (regional) – struktur dalam bahagian atau kawasan tubuh yang
dikaji secara berkumpulan. Contohnya anatomi bahagian abdomen atau kepala.
ii) Anatomi bersistem (systemic) – Kesemua organ yang berfungsi dan berkaitan antara
satu sama lain akan dikaji bersama. Contohnya, seandainya sistem otot yang ingin
dikaji maka kesemua komponen sistem otot perlu dikaji. Anatomi jenis ini sesuai bagi
melihat perhubungan antara struktur dengan fungsinya.
iii) Anatomi permukaan (surface) – Melibatkan struktur – struktur tubuh yang dapat
dilihat dan dirasa pada permukaan tubuh.

Anatomi mikroskopik atau histologi ialah kajian tisu dengan bantuan mikroskop, dan
penajian mikroskopik adalah penting kerana banyak proses fisiologi dan penyakit berlaku pada
aras sel.
ORGANISASI STRUKTUR MANUSIA

molekul Sel otot licin


Aras Sel

Terdiri daripada molekul


atom

Aras Kimia Tisu otot licin

Atom bergabung
membentuk molekul
Aras Tisu

Salur darah Mengandungi sel


yang sama jenis
manusia (organ)
Tisu epitheral
Sistem kardiovaskular
Tisu otot licin

Tisu penghubung
Aras Organisma Aras organ

Terdiri daripada Terbentuk daripada tisu


pelbagai sistem organ yang berlainan jenis
Aras sistem organ

Mengandungi organ-organ
yang berlainan yang bekerja
bersama-sama

Rajah 1. Aras kompleksiti Struktur Manusia.

Sumber : Martini. F. (1989). Fundamentals of Anatomy and Physiology.

Berdasarkan rajah di atas, tubuh kita mempunyai banyak struktur aras yang kompleks. Tubuh terbentuk
daripada unit-unit kecil iaitu :

i) Atom berada pada aras pertama struktur manusia, iaitu pada aras kimia yang kemudiannya
bergabung sesama sendiri membentuk molekul seperti CO₂ (karbon dioksida) dan H₂O (air).
ii) Penggabungan molekul akan membentuk molekul makro seperti karbohidrat, lipid, protein
dan asid nukleik. Molekul makro ini akan menjadi pada aras sel.
iii) Sel merupakan benda hidup terkecil yang berada dalam badan manusia dan mempunyai
pelbagai fungsi antaranya ialah sebagaipengangkut nutrien dan oksigen, menjalankan tindak
balas metabolisme dan mengeluarkan CO₂ daripada tubuh.
iv) Pada aras tisu, tisu merupakan sekumpulan sel yang menjalankan fungsi khusus yang sama
secara bersama. Ada 4 jenis tisu dalam badan manusia iaitu tisu epitelium, tisu penghubung,
tisu saraf dan juga tisu otot. Setiap tisu mempunyai peranan tersendiri contohnya,
a) Tisu epitelium – menutupi bahagian luar kulit dan membuat garisan garisan pada
bahagian luar kulit.
b) Tisu penghubung – sebagai penyokong dan menyambung tisu-tisu antara otot dan tulang
(tendon) dan tulang ke tulang (ligamen)
c) Tisu otot – menggerakkan tulang
d) Tisu saraf – alat komunikasi dalam badan yang beroperasi secara berterusan secara
impuls elektrik.
v) Organ merupakan struktur diskrityang terbentuk daripada hasil gabungan dua tisu atau lebih,
kebanyakkan orang mempunyai keempat-empat jenis tisu tersebut, organ yang terlibat adalah
hati, ginjal dan jantung.
vi) Aras sistem terbentuk daripada hasil gabungan beberapa organ yang berbeza bagi
menghasilkan tugas-tugas tertentu. Contohnya, organ respiratori, paru – paru, trakea, bronkiol
dan yang lain bagi mempastikan udara yang keluar masuk daripada paru – paru boleh
meresap oksigen ke dalam darah dan karbon dioksida dikumuhkan.
vii) Aras organisma merupakan aras tertinggi yang merangkumi kesemua aras yang berfungsi
bagi menjaminkesejahteraan hidup.

PENGENALAN KEPADA SISTEM TUBUH

SISTEM BAHAGIAN DALAM FUNGSI SISTEM


SISTEM

1. Integumentari Kulit 1.Melindungi tisu-tisu dalaman tubuh daripada


kecederaan.
2. Bersifat kalis air, membantu mencegah
kehilangan air dalam badan.
3. Peka kepada rangsangan sakit, sejuk,
kepanasan, tekanan dan sentuhan.
4. Menyingkirkan bahan kimia semasa
perpeluhan seperti air, asid urik dan garam
mineral berlebihan.

2. Rangka Tulang 1. Menyokong berat badan.


- Kartilej 2. Melindungi organ-organ lembut di dalam
- Ligamen tubuh seperti otak, saraf tunjang (spina korda),
- Sendi jantung dan paru-paru.
3. Memberi bentuk dan mengekalkan bentuk
badan.
4. Menyediakan tempat untuk pelekatan otot-
otot rangka.
5. Tuas untuk pergerakan badan.
6. Menghasilkan sel-sel darah merah dan sel
darah putih dan platelet di dalam sumsum
merah tulang.

Otot 1. Mengekalkan postur tubuh.


3. Otot - Tendon 2. Menghasilkan pergerakan
3. Menghasilkan haba melalui
aktiviti sel di dalam otot.
4. Menstabilkan sendi.
5. Mengartikulasi antara otot
dengan tulang.

4. Saraf Otak Mengesan, menerima dan bergerak balas


Saraf tunjang terhadap rangsangan yang diterima.
Saraf periferi 2. Menyimpan maklumat yang diterima.
􀁸 Organ reseptor 3. Mengawal dan menyelaras aktiviti tubuh.

5. Endokrina Kelenjar seperti pituitari, Mengawal dan menyelaraskan fungsi tubuh


tiriod melalui hormone yang dirembeskan ke dalam
dan adrenal aliran darah.

6. Kardiovaskular Jantung 1. Jantung mengepam darah ke seluruh badan.


Salur darah 2. Mengangkut gas-gas respiratori, nutrien,
hormone dan bahan buangan .

7. Limfatik Nodus limfa 1. Sebagai sistem imunisasi tubuh kerana


Salur limfatik mempunyai sel darah putih (leukosit).
Timus 2. Menghasilkan limfosit
Organ limfoid 3. Mengangkut bahan kumuh dari tisu ke
Tonsil sistem darah untuk diuraikan oleh hati.
4. Mengangkut hasil pencernaan untuk diserap
ke dalam lakteal.

8. Respiratori Hidung 1.Membekalkan oksigen ke dalam darah dan


Farinks menyingkirkan karbon dioksida.
Trakea 2. Pertukaran gas oksigen dan karbon dioksida
Bronkus antara paru-paru.
Paru-paru 3. Mengekalkan keadaan dan
persekitaran dalaman tubuh yang stabil
(homeostasis).

9. Pencernaan Mulut 1.Memecahkan makanan kepada unit-unit


Esofagus yang ringkas untuk diserap ke dalam darah
Perut untuk kegunaan aktiviti sel.
Pankreas 2. Mengkumuhkan sisa pencernaan sebagai
Hepar bahan najis.
Ileum
Usus besar
Rektum
10. Urinari Ginjal 1. Menyingkirkan bahan kumuh daripada
Ureter darah.
Pundi kencing 2. Mengawal isipadu dan komposisi bahan
Uretra kimia.
3. Mengimbangkan paras asid dan alkali
dalam darah.

11. Reproduktif 1. Menghasilkan zuriat.


2. Menghasilkan hormon seks.

(a) Lelaki
􀁸 Penis
􀁸 Testes
􀁸 Vesikel semen
􀁸 Kelenjar prostat
􀁸 Uretra

(b) Perempuan
􀁸 Ovari
􀁸 Tiub faliopio
􀁸 Uterus
􀁸 Vagina
HUBUNGKAIT SISTEM TUBUH

Setiap sistem mestilah berfungsi dengan berkesan dan bertindak secara harmoni dengan sistem lain
untuk kemandirian organisma. Ketidakstabilan terhadap sistem dalam tubuh akan memberi kesan
kepada sistem-sistem lain.
Hubungkait sistem rangka dengan sistem yang lain.
1. Sistem Integumentari

Sistesis vitamin D penting untuk penyerapan normal kalsium


dan fosforus (tumbesaran tulang)

2. Sistem otot

- bekal kalsium untuk penguncupan otot

- Bertindak sebagai tuas bagi hasilkan pergerakan tubuh

- stabilkan kedudukan tulang

- ketegangan tendon merangsang tumbesaran tulang

3. Sistem saraf

- bekal kalsium

- lindung otak saraf tunjang

- reseptor sendi beri maklumat kedudukan tubuh

- kawal kedudukan tulang dengan penguncupan otot

4. Sistem Kardiovaskular
Untuk semua
sistem - sedia kalsium untuk otot kardiak menguncup

-Beri sokongan - hasilkan sel darah dalam sum-sum merah tulang


mekanikal
- bekal oksigen da kumuh karbon dioksida
-Stor tenaga

- stor kalsium 5. Sistem Respiratori


dan fosfat
- pergerakan tulang rusuk penting untuk pernafasan

- rangka mengelilingi dan melindungi paru-paru

- bekal oksigen dan kumuh karbon dioksida

6. Sistem endokrina

- lindung organ-organ endokira, khususnya dalam otak, dada


dna kaviti pelvic

8. sistem urinari - tumbesaran tulang dikawal atur oleh homon tumbesaran,


tiroid dan seks
- lindun ginjal dan ureter
Mobilasi kalsium dikawal oleh hormon-hormon
- pundi kencing dan uretra proksimal parathormon dan kalsitonin
dilindungi oleh pelvic
7. Sistem pencernaan
- kalsium dan fosfat pulihara
tumbesaran tulang - hepar dan usus dilindungi oleh tulang rusuk
- kumuh baan sisa - bekal nutrient, kalsium dan fosfat

You might also like