Professional Documents
Culture Documents
KANDUNGAN
KANDUNGAN v
PENDAHULUAN ix
1.16 Teks 9
1.16.1 Rujukan Dalam Teks 9
1.16.2 Petikan Dalam Teks 10
1.16.3 Jadual Dalam Teks 10
1.16.4 Rajah Dalam Teks 11
1.17 Rujukan 12
1.18 Lampiran 12
3 FORMAT RUJUKAN 19
3.1 Am 19
3.2 Sistem Pengarang dan Tahun (Sistem Harvard) 19
3.2.1 Kaedah Menulis Rujukan Dalam Teks 19
3.2.2 Panduan Menulis Senarai Rujukan Mengikut
Sistem Pengarang Dan Tahun (Sistem
Harvard) 21
3.2.3 Panduan Menulis Nama Pengarang Dalam
Senarai Rujukan 21
vii
Lampiran A - Y
viii
PENDAHULUAN
Edisi ini juga memuatkan panduan penyediaan salinan e-thesis. Panduan ini
telah diluluskan oleh Jawatankuasa Tetap Senat Pengajian Siswazah (Peperiksaan)
Bil. 14/2002/2003 yang bersidang pada 7 November 2002.
BAB 1
Maksud sebutan "tesis" dalam buku ini ialah hasil pelajaran ilmiah bagi pengajian
siswazah di peringkat sarjana dan doktoral secara penyelidikan dan juga disertasi peringkat
sarjana dan doktoral secara kerja kursus dan penyelidikan.
Tesis mengandungi beberapa bahagian yang disusun mengikut urutan seperti Jadual
1.1.
Pengesahan status tesis dibuat melalui borang Pengesahan Status Tesis, iaitu borang
PSZ 19:16 (Pind. 1/97) (lihat contoh di LAMPIRAN A). Sekiranya pada borang
Pengesahan Status Tesis ditandakan dengan [P] pada kotak Sulit/Terhad, maka surat
2
pengesahan daripada pihak atau organisasi yang mengkelaskan maklumat dalam tesis ini
sebagai sulit/terhad hendaklah disertakan. Pengesahan ini hendaklah menyatakan:
(i) sebab tesis perlu dikelaskan sebagai Sulit/Terhad;
(ii) tempoh tesis perlu dikelaskan sebagai Sulit/Terhad.
Tempoh lazim sesuatu tesis dikelaskan sebagai sulit/terhad adalah tiga (3) tahun
tetapi tidak boleh melebihi lima (5) tahun.
Sekiranya borang ini tidak disertakan atau tidak lengkap diisi, Universiti akan
menganggap tesis ini tidak sulit/terhad dan Perpustakaan juga akan menganggap pelajar
memberi kebenaran kepada Perpustakaan membuat salinan tesis sebagai bahan pertukaran
penerbitan akademik dengan universiti/institusi lain.
Kertas Kosong - - -
Tesis
1.4 Pengesahan
Halaman judul mestilah mempunyai maklumat yang disusun mengikut urutan berikut:
§ Judul lengkap tesis;
§ Nama penuh pelajar seperti dalam kad pengenalan atau pasport
(antarabangsa);
§ Pernyataan tujuan tesis (seperti contoh di LAMPIRAN E );
§ Nama Fakulti/Institut/Pusat tempat pelajar berdaftar;
§ Nama Universiti; dan
§ Bulan dan Tahun diserahkan (Jika keputusan peperiksaan mengkehendaki
supaya tesis dirombak dan diserah semula untuk peperiksaan kali kedua,
maka Bulan dan Tahun penyerahan yang baru hendaklah digunakan).
5
Pernyataan dedikasi hendaklah ringkas, iaitu tidak lebih daripada satu perenggan
dan tidak mengandungi sebarang nombor, carta atau gambar. Sila lihat contoh di
LAMPIRAN G .
6
Halaman ini hendaklah ditulis dalam satu halaman sahaja. Penghargaan dirakamkan
kepada orang perseorangan atau organisasi yang telah memberikan sebarang bantuan
dalam penyediaan tesis. Sila lihat contoh di LAMPIRAN H.
1.10 Abstrak
Abstrak hendaklah ditulis dalam dua bahasa iaitu Bahasa Melayu dan diikuti oleh
terjemahannya dalam Bahasa Inggeris di halaman yang berikutnya. Abstrak mestilah
ringkas, ditulis dalam satu paragraf serta tidak melebihi 300 perkataan dalam satu halaman
sahaja. Abstrak tidak sama dengan sinopsis atau ringkasan tesis. Abstrak boleh ditulis
satu langkau atau satu setengah langkau. Ia hendaklah menyatakan dengan ringkas bidang
kajian tesis, masalah yang hendak diselesaikan, cara penyelesaian, proses penyelidikan dan
keputusan yang diperolehi. Sila lihat contoh di LAMPIRAN I (Bahasa Melayu) dan
LAMPIRAN J (Bahasa Inggeris).
Bagi pelajaran yang dibuat dalam Bahasa Inggeris, abstrak hendaklah dalam
bahasa tersebut dan diikuti dengan terjemahannya dalam Bahasa Melayu.
§ Kajian Literatur;
§ Objektif Penyelidikan;
§ Eksperimen atau pengumpulan data;
§ Dapatan dan Perbincangan; dan
§ Kesimpulan.
Senarai ini mengandungi semua tajuk jadual yang dimuatkan dalam tesis. Nombor
halaman tempat jadual diletakkan hendaklah dicatatkan dalam senarai ini. Urutan nombor
jadual hendaklah dibuat mengikut bab. Sila lihat contoh di LAMPIRAN L .
Rajah merangkumi gambarajah, fotograf, lukisan, graf, carta dan peta. Seperti
senarai jadual, nombor halaman dan tempat rajah diletakkan hendaklah dicatatkan dalam
senarai rajah. Urutan nombor rajah hendaklah dibuat mengikut bab. Sila lihat contoh di
LAMPIRAN M .
8
Halaman ini menyenaraikan simbol atau singkatan atau tatanama atau istilah yang
terdapat dalam teks. Urutan susunan adalah seperti berikut:
Huruf Roman - ikut abjad
Huruf Greek - ikut abjad
Superskrip - ikut abjad
Subskrip - ikut abjad
Pelajar dinasihat supaya merujuk Gaya Dewan terbitan Dewan Bahasa dan
Pustaka, 1995 bagi mendapatkan keterangan lanjut berkenaan ejaan dan kata singkatan.
Pada halaman ini disenaraikan semua lampiran yang dimuatkan dalam tesis dengan
memberi perhatian kepada perkara berikut:
(a) Tesis tidak semestinya mengandungi lampiran. Sekiranya perlu, data
kajian, jadual, contoh soal- selidik, peta, gambar dan sebagainya yang
terlalu panjang untuk dimasukkan ke dalam teks atau yang tidak diperlukan
secara langsung bagi menjelaskan perkara yang dibincangkan dalam teks
bolehlah disertakan sebagai lampiran.
(b) Lampiran boleh diberi nama seperti Lampiran A, Lampiran B dan
seterusnya bergantung kepada jenis dan banyaknya bahan yang disertakan
sebagai lampiran. Lampiran juga boleh diberi tajuk-tajuk tertentu.
1.16 Teks
Teks dalam tesis hendaklah mengandungi bab-bab yang diberi judul dan setiap
judul hendaklah membayangkan kandungan. Setiap bab hendaklah dimulakan pada
halaman baru. Bab boleh dipecahkan kepada bahagian yang diberi judul kecil. Judul dan
judul kecil bab mestilah dinomborkan.
Pelajar dinasihat untuk merujuk Gaya Dewan terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka,
1995 bagi memastikan pengunaan ejaan dan tatabahasa yang betul. Pelajar yang perlu
membuat transliterasi juga dinasihat merujuk Gaya Dewan tersebut di atas dan Pedoman
Transliterasi terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka.
Apabila maklumat atau idea atau nukilan diambil daripada sesuatu sumber, pelajar
hendaklah menyatakannya dalam teks. Rujukan dalam teks ini hendaklah ditulis mengikut
10
salah satu daripada kaedah yang ditetapkan dalam BAHAGIAN TIGA: PANDUAN
MENULIS RUJUKAN .
Petikan dalam teks hendaklah ditulis dalam perenggan yang berasingan. Petikan
yang ditulis dalam bahasa lain hendaklah menggunakan huruf condong. Contoh cara
menulis petikan diberi dalam LAMPIRAN P .
Jadual yang dimuatkan ke dalam teks hendaklah dinomborkan dengan angka Arab.
Setiap jadual diberi tajuk yang diletak di atas jadual tersebut pada jarak satu baris. Tajuk
hendalah diketengahkan bagi tajuk satu baris. Tajuk yang panjang hendaklah dicetak
santak ke kiri selari dengan lebar jadual dan dicetak seimbang. Nombor jadual hendaklah
dikaitkan dengan bab (Contohnya Jadual 4.3 bagi jadual yang ke-3 dalam Bab 4) (Lihat
contoh di LAMPIRAN Q ).
Jadual sebaik -baiknya diletak selepas sahaja dirujuk bua t kali pertama dalam teks.
Jika tidak, jadual hendaklah dikumpulkan pada satu tempat yang sesuai. Semua jadual
hendaklah disenaraikan dalam halaman Senarai Jadual seperti dalam LAMPIRAN L .
11
Bahan ilustrasi contohnya peta, carta, lukisan, graf, gambarajah dan fotograf
disebut "Rajah". Setiap rajah hendaklah jelas dan bermutu tinggi dan diberi nombor angka
Arab. Tajuk rajah diletak di bawah bahan ilustrasi tersebut pada jarak satu baris. Tajuk
hendalah diketengahkan bagi tajuk satu baris. Tajuk yang panjang hendaklah dicetak
santak ke kiri selari dengan lebar jadual dan dicetak seimbang. Nombor rajah hendaklah
dikaitkan dengan bab (Contohnya Rajah 4.3 bagi rajah ke-3 dalam Bab 4) (Lihat contoh di
LAMPIRAN R ).
Rajah sebaik-baiknya diletak selepas sahaja dirujuk buat kali pertama dalam teks.
Jika tidak rajah hendaklah dikumpulkan pada satu tempat yang sesuai. Semua rajah
hendaklah disenaraikan dalam halaman Senarai Rajah seperti dalam LAMPIRAN M .
Bahan ilustrasi dalam bentuk disket, slaid atau seumpamanya hendaklah dimuatkan
ke dalam poket yang dibuat khas dan diletak di bahagian dalam kulit belakang. Bahan
ilustrasi dalam bentuk pelan, peta, carta, graf dan sebagainya yang berukuran besar,
hendaklah dikecilkan supaya dapat dimuatkan ke dalam satu halaman. Bahan ilustrasi
tertentu hendaklah memenuhi syarat berikut:
(i) Fotograf
Peta dan fotograf udara yang hendak dimuatkan ke dalam tesis perlu
mendapat kebenaran bertulis Ketua Pengarah Pemetaan Negara. Permohonan
hendaklah dibuat menggunakan borang PPN 14 yang boleh didapati daripada
Perpustakaan. Lihat contoh di LAMPIRAN S .
1.17 Rujukan
1.18 Lampiran
Gunakan kertas simili 80 gram berwarna putih dan bermutu tinggi dan bersaiz A4
(210 mm × 297 mm).
2.2 Jidar
Pada amnya jidar adalah sama bagi setiap halaman, iaitu 4 cm di sebelah kiri (untuk
memudahkan penjilidan) dan 2.5 cm di sebelah atas, kanan dan bawah.
Nomborkan halaman mengikut urutan seperti yang ditetapkan dalam Jadual 1.1.
Nombor halaman hendaklah ditulis di sudut atas sebelah kanan, 1.25 cm dari tepi atas dan
2.5 cm dari tepi sebelah kanan digit terakhir nombor berkenaan. Penomboran halaman
hendaklah memenuhi syarat berikut:
14
(i) Bahagian permulaan tesis, bermula dari halaman judul, hendaklah dinombor
dengan angka kecil Roman (i, ii, iii, dsn); bahagian teks dan selepasnya
hendaklah menggunakan angka Arab (1, 2, 3, dsn).
(ii) Halaman pertama tesis ialah halaman judul, dianggap sebagai halaman "i"
tetapi tidak ditaip.
(iii) Halaman pertama bahagian teks dianggap sebagai halaman "1" tetapi
nombornya tidak ditaip. Begitu juga bagi halaman pertama setiap
permulaan Bahagian atau Bab, tidak ditulis nombor halamannya tetapi
diambilkira bagi menomborkan halaman berikutnya.
(iv) Jika tesis terdiri daripada beberapa bahagian, halaman pemisah bahagian
boleh dimasukkan tetapi tidak dinomborkan dan tidak dikira dalam
penomboran halaman.
Jika Judul Bab atau sub-judul pada mana-mana tahap tersebut di atas melebihi satu
baris, maka langkaunya adalah sama dengan langkau dalam teks.
Sub-judul seterusnya boleh diberi nombor dengan huruf abjad. Contoh halaman
dalam Bab ditunjukkan dalam LAMPIRAN T dan LAMPIRAN U .
15
2.5 Penaipan
Penaipan tesis hendaklah menggunakan komputer dan ditaip dengan huruf biasa
(tidak dibenarkan huruf yang berbunga-bunga). Pelajar dinasihatkan supaya menggunakan
satu jenis huruf yang tetap dan “standard” sahaja pada keseluruhan tesis (kecuali yang
melibatkan penggunaan bahasa asing ditaip menggunakan huruf condong). Saiz (tinggi)
huruf yang digunakan dalam teks tidak kurang daripada 0.2 cm bagi huruf besar dan 0.15
cm bagi huruf kecil. Jika anda menggunakan perisian Words 6.0 atau versi yang lebih
terkini, sila gunakan jenis huruf (font) "Times New Roman", bersaiz 12 atau lebih besar.
Jarak di antara baris dalam teks ialah satu setengah langkau (1.5 spacing). Teks dalam
tesis hendaklah ditaip pada sebelah halaman sahaja.
Judul bab hendaklah ditaip dengan huruf besar dan diletak di tengah-tengah antara
jidar kiri dengan kanan. Setiap bab hendaklah dimulakan di atas halaman yang baru. Bab
dan bahagian dalam bab hendaklah diberi judul. Judul boleh ditaip dengan huruf tebal dan
tidak perlu digariskan. Huruf pertama setiap perkataan dalam sub-judul hendaklah huruf
besar. Lihat contoh dalam LAMPIRAN T dan LAMPIRAN U.
(ii) Jarak di antara nombor bab dengan judul bab, dan di antara judul bab
dengan baris pertama teks ialah empat (4) baris;
(iii) Jarak di antara sub -judul dengan baris terakhir teks sebelumnya ialah
empat (4) baris;
(iv) Jarak di antara sub-judul dengan baris pertama teks selepasnya ialah dua
(2) baris;
(v) Jarak di antara perenggan ialah dua (2) baris;
(vi) Mulakan sub-judul berserta nombornya dari jidar kiri;
(vii) Mulakan baris pertama perenggan dengan ensotan (indent) sebesar 1.27
cm (atau 0.5 inci) dari jidar kiri;
(viii) Jangan mulakan baris pertama perenggan baru di sebelah bawah halaman;
(ix) Jarak di antara ayat terakhir dengan Jadual, Rajah atau Ilustrasi ialah dua
(2) baris.
(x) Jarak antara nokhtah (.) dengan huruf pertama ayat berikutnya (dalam
paragraf yang sama) ialah dua (2) huruf.
(xi) Jarak selepas koma (,) ialah satu (1) huruf.
Pelajar hendaklah menaip tesis dengan menggunakan komputer kerana cara ini
membolehkan pembetulan dibuat dengan cepat dan mudah. Cetakan tesis hendaklah
dibuat menggunakan mesin cetak "laser" atau kualiti cetakan yang setaraf.
2.8 Penghurufan dan Lukisan
Penghurufan dan lukisan hendaklah jelas dan boleh dibuat salinan dengan
memuaskan tanpa kehilangan sebarang maklumat.
17
Had maksimum ini tidak termasuk lampiran, jadual, gambar rajah dan lain-lain
ilustrasi. Pelajar yang tesisnya akan melebihi had ini, hendaklah memohon kelulusan bertulis
daripada Dekan Sekolah Pengajian Siswazah (atau Dekan Fakulti berkenaan bagi Projek
Sarjana Muda) melalui Penyelia masing-masing.
2.10 Penjilidan
Semua tesis hendaklah dijilid dengan sempurna. Tesis boleh dijilid sementara
(spiral binding) bagi tujuan peperiksaan. Selepas peperiksaan dan peperiksaan lisan atau
pembentangan serta pembetulan (jika berkenaan), tesis hendaklah dijilid kekal berkulit
keras.
Tesis yang hendak diserahkan kepada Universiti hendaklah yang telah dijilid kekal
(penuh) dengan kulit jenis "buckram" dan bertulisan emas dengan saiz minimum 18 poin.
Warna kulit (kod warna) tesis telah ditetapkan seperti berikut:
18
Pada kulit depan hendaklah ditulis tajuk tesis, nama pelajar dan Universiti
Teknologi Malaysia dengan huruf besar seperti contoh di LAMPIRAN V.
Pada tulang belakang tesis hendaklah ditulis nama pelajar, nama ringkas ijazah
dalam Bahasa Melayu, tahun tesis ditulis dan UTM seperti contoh di LAMPIRAN W .
BAB 3
FORMAT RUJUKAN
3.1 Am
Rujukan yang dinukil dalam teks, sama ada sumber rujukan itu telah diterbitkan
atau tidak, hendaklah direkodkan. Nukilan dalam teks hendaklah dihubungkan dengan
senarai rujukan mengikut salah satu sistem yang ditetapkan. Dua sistem penulisan rujukan
yang lazim digunakan ialah (i) Sistem Pengarang dan Tahun (Sistem Harvard), dan (ii)
Sistem Nombor.
(b) Jika nama pengarang tidak perlu ditulis dalam ayat, maka tuliskan nama
dan tahun dalam kurungan. Contoh:
(c) Sekiranya bahan sumber yang dirujuk dihasilkan oleh dua pengarang,
tuliskan nama kedua-dua pengarang. Contoh:
Bagi tiga pengarang atau lebih, tuliskan et al. selepas nama pengarang
pertama. Contoh:
(d) Gunakan huruf kecil (a,b,c), untuk mengenalpasti dua atau lebih penerbitan
oleh pengarang yang sama dan dikeluarkan pada tahun yang sama. Contoh:
(e) Rujuk silang (cross reference) tidak dibenarkan dalam penulisan tesis.
Pelajar hendaklah merujuk kepada sumber bahan rujukan yang asal.
3.2.2 Panduan Menulis Senarai Rujukan Mengikut Sistem Pengarang dan Tahun
(Sistem Harvard)
Semua bahan yang dirujuk dalam tesis hendaklah disenarai dalam Senarai Rujukan
yang diletak di bahagian akhir teks.
Susunan rujukan dalam senarai rujukan hendaklah mengikut abjad. Bagi pengarang
yang sama yang mempunyai dua penerbitan atau lebih, nyatakan secara kronologi, misalnya
penerbitan 1964 oleh Scholfield didahulukan sebelum penerbitannya pada 1967.
Walaupun pada umumnya nama pengarang ditulis mengikut sistem nama keluarga
diikuti oleh singkatan nama lain, bagi sistem nama yang tidak mempunyai nama keluarga
boleh ditulis mengikut kelaziman kelompok berkenaan.
Contoh:
nama : John Neville Pavlovic
ditulis : Pavlovic, J. N.
22
Contoh:
nama : Mohd Noor Abdullah
ditulis : Mohd Noor Abdullah
Gunakan nama keluarganya atau nama pengarang jika tiada nama keluarganya.
Mulakan dengan nama keluarganya. Nama keluarga bagi nama Cina terletak di
hadapan.
Contoh:
nama : Tan Beng Keat
ditulis : Tan, Beng Keat
Contoh:
nama : Srinivasan Venkataraman
ditulis : Srinivasan Venkataraman
Contoh:
nama : S. N. Gupta
ditulis : Gupta, S. N.
Contoh:
nama : Pretam Singh
ditulis : Pretam Singh
(ii) Penyunting/Penyusun
Contoh:
Martin, A. M. ed. (1991). Peat as an Agent in Biological Degradation of
Waste. London: Elsevier. 314–362.
Contoh:
Engineers Joint Council (1969). Thesaurus of Engineering and Scientific Terms.
New York: Engineers Joint Council.
Dalam penulisan tesis, pelajar akan merujuk berbagai jenis bahan sumber. Contoh
berikut adalah sebagai panduan untuk menulis bahan rujukan mengikut jenisnya ke dalam
senarai rujukan.
(i) Buku
Nama penulis (Tahun). Judul Buku. Edisi. Tempat terbit: Penerbit. hlm.
Contoh:
Theusen, G. J. and Fabrycky, W. J. (1984). Engineering Economy. 6th ed.
Englewood Cliffs, N. J.: Prentice-Hall. 150–178.
Nama pengarang artikel (Tahun). Judul Artikel. Dlm. Nama pengarang buku. Judul
Buku. Tempat terbit: Penerbit. hlm.
Contoh:
Sukiman Sarmani (1987). Pencemaran Radioaktif. Dlm. Ahmad Badri Mohamad.
Perspektif Persekitaran. Petaling Jaya: Fajar Bakti. 71 - 87.
Contoh:
Billings. S. A. (1980). Identification of Nonlinear Systems: A survey. Proc. Instn
Contoh:
Sheta, A. F. and De Jong, K.(1996). Parameter Estimation of Nonlinear Systems
in Noisy Environments Using Genetic Algorithms. Proceedings of the 1966
IEEE International Symposium on Intelligent Control. September 15-18.
Dearborn, Michigan: IEEE, 360-365.
(v) Tesis
Contoh:
Ahmad Zaki Abu Bakar (1989). Pemprosesan Teks Bahasa Melayu Untuk
Pemahaman Komputer. Universiti Teknologi Malaysia: Tesis Doktor
Falsafah.
(vi) Perundangan
Contoh:
Malaysia (1983). Perintah Monumen Lama dan Tapak Tanah Bersejarah. :
P.U.(A)41 1983.
(vii) Piawai
Contoh:
British Standards Institution (1987). Tongued and Grooved Software Flooring.
London, BS 1297.
(viii) Paten
Contoh:
Lindgren, E. A. (1960). Screen Room Air Inlet and Wave Guard. (U.S. Patent
2, 925, 457).
Contoh:
Howick Partitioning Ltd. (1984). Howick: Partitioning in Business. Redhill
(U.K.): Trade Brochure.
Contoh:
Zairul Azidin Badri (1980). Rumah Kutai Haji Sahak, Kampung Tanjung,
Kampung Gajah, Perak. UTM: Lukisan Terukur.
Tuliskan mengikut format sama seperti di atas, tetapi ditulis Tidak diterbitkan
diakhirnya.
Contoh Senarai Rujukan mengikut Sistem Pengarang dan Tahun diberi dalam
LAMPIRAN X .
Jika menggunakan Sistem Nombor, setiap satu rujukan yang digunakan diberi
nombor mengikut angka Arab. Bagi penulisan dalam teks, gunakan salah satu kaedah
berikut:
(i) Jika nama penulis disebut dalam ayat, masukkan nombor rujukan dengan
tanda kurung sama ada ( ), [ ] atau superskrip selepas penyebutan nama
penulis yang dirujuk, contohnya:
“Menurut Paredis (1) sebilangan besar masalah utama penjadualan dalam pelbagai
bidang seperti ekonomi dan kejuruteraan tergolong ke dalam kelas masalah
pengoptimuman kekangan.”
ATAU
“Menurut Paredis [1] sebilangan besar masalah utama penjadualan dalam pelbagai
bidang seperti ekonomi dan kejuruteraan tergolong ke dalam kelas masalah
pengoptimuman kekangan.”
29
ATAU
Bagaimanapun, nombor tidak semestinya ditulis selepas nama penulis, ada kalanya
nombor rujukan ditulis selepas akhir ayat.
(ii) Sekiranya tidak memerlukan nama pengarang dalam ayat, tuliskan nombor
rujukan sahaja. Contoh:
“Oleh itu penyelidikan terhadap kaedah penyelesaian yang berkesan bagi masalah
pengoptimuman kekangan ini menjadi suatu bidang kajian yang popular dewasa ini (1).”
ATAU
“Oleh itu penyelidikan terhadap kaedah penyelesaian yang berkesan bagi masalah
pengoptimuman kekangan ini menjadi suatu bidang kajian yang popular dewasa ini [1].”
ATAU
“Oleh itu penyelidikan terhadap kaedah penyelesaian yang berkesan bagi masalah
pengoptimuman kekangan ini menjadi suatu bidang kajian yang popular dewasa ini1 .”
(i) Buku
Nama penulis. Judul Buku. Edisi (bukan pertama). Tempat terbit: Penerbit. hlm;
Tahun
Contoh:
Theusen, G. J. and Fabrycky, W. J. Engineering Economy. 6th. edition..
Englewood Cliffs, N. J.: Prentice-Hall. 150–178; 1984
Nama pengarang artikel. Judul Artikel. dlm. Nama pengarang buku. Judul Buku.
Tempat terbit: Penerbit. hlm.; Tahun
Contoh:
Sukiman Sarmani. Pencemaran Radioaktif. Dlm.: Ahmad Badri Mohamad.
Perspektif Persekitaran. Petaling Jaya: Fajar Bakti. 71 – 87; 1987
Nama penulis. Judul Artikel. Judul Jurnal. Tahun; Jilid (nombor): hlm.
Contoh:
Billings. S. A. Identification of Nonlinear Systems: A Survey. Proc. Instn Electr.
Contoh:
Sheta, A. F. and De Jong, K. Parameter Estimation of Nonlinear Systems in Noisy
(v) Tesis
Contoh:
Ahmad Zaki Abu Bakar. Pemprosesan Teks Bahasa Melayu Untuk
Pemahaman Komputer. Tesis Doktor Falsafah. Universiti Teknologi
Malaysia; 1989
(vi) Piawai
Contoh:
British Standards Institution. Tongued And Grooved Software Flooring.
London, BS 1297. 1987
(vii) Paten
Contoh:
Lindgren, E. A. Screen Room Air Inlet and Wave Guard. U.S. Patent 2, 925,
457. 1960.
32
Contoh:
Howick Partitioning Ltd. Howick: Partitioning in Business. Redhill (U.K.): Trade
brochure. 1984.
Contoh:
Zairul Azidin Badri. Rumah Kutai Haji Sahak, Kampung Tanjung, Kampung
Gajah, Perak. UTM: Lukisan Terukur. 1980.
Contoh senarai rujukan menggunakan Sistem Nombor adalah seperti dalam LAMPIRAN
Y.
Walaupun internet menyediakan sumber rujukan yang amat luas, namun maklumat
dalam internet biasanya tidak kekal dan sentiasa mengalami pembaharuan dari semasa ke
semasa. Keadaan ini menjadikannya sumber rujukan yang tidak “reliable” untuk jangka
panjang. Oleh itu internet hendaklah dijadikan sebagai alat bagi mendapatkan sumber asal
sesuatu rujukan.
BAB 4
Nota ialah maklumat tambahan yang dimuatkan dalam sebuah penulisan. Nota
seperti nota kaki, nota akhir dan sebagainya, pada sesuatu halaman tertentu tidak
dibenarkan bagi penulisan tesis dalam bidang Sains dan Teknologi.
Walau bagaimanapun penggunaan nota kaki yang terhad dibenarkan bagi penulisan
tesis dalam bidang Sains Sosial dan Kemanusiaan. Nota kaki diletakkan di bahagian
bawah sesuatu halaman. Ia digunakan untuk menerangkan atau memberi maklumat
tambahan mengenai perkara yang terdapat dalam kandungan teks pada halaman
berkenaan. Nota kaki dicatatkan mengikut angka Arab dan menurut urutan iaitu 1, 2, 3
dan sebagainya.
Cara penulisan nota kaki berbeza dengan penulisan rujukan dalam aspek
penyebutan nama penulis dan penggunaan jenis tanda bacaan. Dalam nota kaki, nama
penulis ditulis menurut sebutan dan susunan semula jadi nama berkenaan. Tanda bacaan
34
koma atau tanda kurung digunakan untuk memisahkan nama penulis, judul artikel dan
maklumat penerbitannya. Dalam penulisan rujukan, tanda noktah digunakan bagi tujuan ini.
Saiz taip huruf nota kaki adalah dua (2) poin lebih kecil daripada saiz font teks. Perbezaan
antara nota kaki dengan rujukan dapat dilihat daripada format berikut:
Contoh:
10 Mary Duncan Carter, Wallace John Bonk, dan Rose Mary Magrill,
“Building Library Collections.” Edisi keempat (Metuchen, N. J.:
Scarecrow Press, 1974), m.s. 61 - 66.
Contoh:
(ii) Sekiranya penulis perlu menggunakan nota kaki, maka penulisannya hendaklah
seragam dan standard.
BAB 5
5.1 Pengenalan
Oleh itu semua bentuk Tesis, Disertasi dan Lapuran Projek Sarjana perlu dihantar
dalam bentuk digital di samping salinan tesis berjilid.
Panduan ini telah diluluskan oleh Jawatankuasa Tetap Senat Pengajian Siswazah
(Peperiksaan) Bil. 14/2002/2003 yang bersidang pada 7 November 2002.
36
Tesis dan Disertasi Elektronik atau TDE ialah dokumen yang menukilkan hasil
penyelidikan atau kesarjanaan seseorang graduan. Dokumen ini disediakan dalam bentuk
yang boleh dicapai melalui internet dari mana-mana tempat dalam dunia. TDE adalah
serupa dengan dokumen kertas asal yang telah melalui panel pemeriksa dan diluluskan
oleh Senat Universiti.
Tesis yang telah melalui proses peperiksaan dan diperakukan oleh Jawatankuasa
Tetap Senat Pengajian Siswazah (Peperiksaan) (JTSPS(Pep)) dan disahkan oleh Senat
perlu disalin ke bentuk digital dan serahkan kepada SPS. Pihak SPS akan menyerahkan
tesis berjilid dan digital kepada Perpustakaan Universiti untuk tujuan arkib dan capaian.
Carta alir proses penyediaan TDE ditunjukkan dalam Rajah 5.1.
Pengguna
PSZ
TDE terdiri daripada 2 fail iaitu fail pra-capaian dan fail teks penuh.
Fail Teks Penuh terdiri daripada semua kandungan tesis yang telah diluluskan
oleh Senat Universiti Teknologi Malaysia. Ini termasuklah semua halaman awalan,
halaman kandungan utama tesis serta semua lampiran sepertimana yang telah
dikemukakan kepada Panel Pemeriksa dan diluluskan oleh Senat Universiti. Format
penulisan hendaklah dikekalkan sama seperti naskah asal mengikut manual Panduan
Menulis Tesis, Universiti Teknologi Malaysia, 2001. Semua kandungan ini disimpan
dalam satu fail sahaja.
i. Versi elektronik yang dihasilkan mestilah sama dengan versi terakhir tesis
berjilid yang telah diluluskan oleh Senat Universiti.
ii. Tukarkan tesis ke format PDF. Gunakan PDFMaker Adobe Acrobat versi
terkini. Document security TIDAK disetkan. Ini akan dilakukan oleh PSZ.
iii. Semua halaman yang terdapat tandatangan pelajar dan penyelia perlu diimbas.
iv. Jika status tesis SULIT atau TERHAD, versi elektronik masih perlu dihantar
tetapi borang pengistiharan perlu dipenuhi.
39
v. Setiap tesis terdiri daripada dua fail. Fail pertama bertujuan untuk pra-capaian
yang boleh dicapai oleh umum. Fail kedua terdiri daripada semua halaman
teks tesis yang telah diluluskan oleh Senat Universiti. Namakan fail sebagai
<nama>xxxxxxxxpttssc.pdf
Penerangan kod
<nama> ialah nama penuh pelajar tanpa nama bapa
Contoh 1:
Wan Ahmad Nazri bin Wan Abdullah, pelajar sarjana di FKM, UTM, graduan
tahun 2002 dan tesis beliau terhad, maka nama fail ialah
wanahmadnazrimm100123d02thp.pdf (fail pra-capaian)
wanahmadnazrimm100123d02tht.pdf (fail teks penuh)
40
Contoh 2:
Wong Ah Seng, staff utm yang menuntut di universiti selain dari UTM. Tesis
Ph.D. graduan tahun 2002 dan tesis beliau tidak terhad, maka nama fail ialah
wongahsengxxxxxxxxl02ttp.pdf (fail pra-capaian)
wongahsengxxxxxxxxl02ttt.pdf (fail teks penuh)
xxxxxxxx ialah nombor matriks mengikut format peperti dalam Jadual 5.2.
Jadual 5.2 Nombor Matriks Staff yang menuntut diluar dari UTM
M – sarjana
P- doctor A – FKA 1 – kerja
falsafah B – FAB kursus
L – diploma C – FSKSM 2 – Kerja
lanjutan D – PPD kursus dan
E – FKE penyelidikan
F – UTM – KTU 3-
G – FKSG penyelidikan
H – FPPSM
K – FKKKSA
M – FKM
N – UTM- ALM
P – FP
S – FS
Z – UTM- (ATMA)
41
Jika beliau staff Fakulti Pendidikan dan nombor pekerja ialah 7878, maka
nombor matriks xxxxxxxx ialah
pp37878
Kaedah menamakan fail secara terperinci boleh dilihat dalam Bahagian 5.6.
vi. Jika status tesis SULIT atau TERHAD, fail *p.pdf. (fail pra-capaian) hanya
mengandungi maklumat yang boleh disebarkan sahaja. Fail *t.pdf (fail teks
penuh) masih perlu disediakan tetapi hanya untuk simpanan universiti.
vii. TDE perlulah dihantar dalam bentuk CD. CD yang digunakan mestilah jenis
yang bermutu tinggi. Kesahihan menukar fail ke bentuk PDF dengan
mengikuti panduan penyediaan ini perlulah disahkan oleh penyelia sebelum
disemak oleh SPS.
viii. Dua keping CD berserta 3 naskah tesis berjilid dan borang pengesahan perlu
dihantar ke SPS. Contoh borang pengesahan dalam LAMPIRAN Z.
Contoh pemberian nama fail kepada TDE yang dihasilkan di UTM adalah seperti
berikut.
42
Contoh 1
Jenis
Ahmad Bin Kategori Kod Tahun pangajian Angka Tesis 2002 Sulit (SU) Pra-
Abdullah Kursus Fakulti Daftar Giliran Dalam (D) (02) Terhad(TH) capaian
Tidak (P)
Terhad (TT) Teks
penuh(T)
AHMAD M C 99 1 023 D 02 TH P
Contoh 2
Jenis
Meor Abdul Aziz Kategori Kod Tahun pangajian Angka Tesis 2002 Sulit (SU) Pra-
bin Meor Ahmad Kursus Fakulti Daftar Giliran Dalam (D) (02) Terhad capaian
(TH) (P)
Tidak Teks
Terhad (TT) penuh(T)
MEORABDULA P M 98 3 023 D 02 TT P
ZIZ
Contoh pemberian nama fail kepada TDE yang dihasilkan oleh staf UTM yang belajar di
luar daripada UTM. adalah seperti berikut.
Norfaezah Binti Kategori Kod Jenis Angka Tesis Luar 2001 Sulit (SU) Pra-
Ishak (Norfaezah) Kursus Fakulti Pengajia Giliran (L) (01) Terhad (TH) capaian
n Tidak Terhad (P)
(TT) Tekspe
nuh (T)
NORFAEZAH P E 3 7171 D 01 SU P
Fail untuk tesis yang dihasilkan oleh staf UTM yang lulus dari universiti selain UTM dan
dikemukakan kepada PSZ dinamakan seperti berikut:
1. NORFAEZAHPE37171D01SUP.pdf (Preview)
2. NORFAEZAHPE37171D01SUT.pdf (Teks Penuh)
Kod Fakulti/Bidang
A – Fakulti Kejuruteraan Awam
B – Fakulti Alam Bina
C – Fakulti Sains Komputer & Sistem Maklumat
44
Jenis Pengajian
1 – Kerja Kursus
2 – Kerja Kursus & Penyelidikan
3 – Penyelidikan
45
Psychological Association. 3rd edition. West Consine, USA: George Banta Comp.
Dewan Bahasa dan Pustaka (1990).: Gaya Dewan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka.
Modern Language Association (1977). MLA Handbook for Writers of Research Papers,
Theses and Dissertations. New York: Modern Language Association.
Universiti Teknologi Malaysia (1989). Panduan Penulisan Tesis Untuk Pelajar UTM.
Perpustakaan Sultanah Zanariah.
Pustakawan
Perpustakaan Sultanah Zanariah
UTM, Skudai
Johor
Saudara,
Sukacita dimaklumkan bahawa tesis yang tersebut di atas bertajuk "The Design and
Development of a Voltammetric System" mohon dikelaskan sebagai terhad untuk
tempoh tiga (3) tahun dari tarikh surat ini memandangkan ia mempunyai nilai dan
potensi untuk dikomersialkan di masa hadapan.
Yang benar,
“Saya/Kami* akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan
saya/kami* karya ini adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan
penganugerahan ijazah Sarjana Muda/Sarjana/Doktor Falsafah
……………………..”.
Tandatangan : ....................................................
Nama Penyelia I : ....................................................
Tarikh : ....................................................
Tandatangan : ....................................................
Nama Penyelia II : ....................................................
Tarikh : ....................................................
Tandatangan : ....................................................
Nama Penyelia III : ....................................................
Tarikh : ....................................................
Adalah disahkan bahawa projek penyelidikan tesis ini telah dilaksanakan melalui
kerjasama antara _______________________ dengan _______________________
Disahkan oleh:
Tandatangan : Tarikh :
Nama :
Jawatan :
(Cop rasmi)
2.5 cm
X 2.5 cm
4 cm
Fakulti Sains
Universiti Teknologi Malaysia
SEPTEMBER, 1985
2.5 cm
2.5 cm
LAMPIRAN E
Contoh pernyataan tujuan tesis
“Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan
yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya”.
Tandatangan : ....................................................
Nama Penulis : ....................................................
Tarikh : ....................................................
LAMPIRAN G
Contoh halaman dedikasi
2.5 cm
PENGHARGAAN
4 baris
4 cm 2.5 cm
Penghargaan juga ditujukan kepada semua yang terlibat sama ada secara
langsung atau tidak langsung membantu menjayakan projek penyelidikan ini.
2.5 cm
2.5 cm
LAMPIRAN I
Contoh abstrak dalam Bahasa Melayu
2.5 cm
ABSTRAK
4 baris
Penggunaan pengairan menitis sejak dua dekad yang lalu telah menarik minat
para penyelidik dan petani terutamanya dengan lebih banyak kawasan yang kering
dibuka untuk pertanian tetapi menghadapi masalah kekurangan air. Namun, cuma
sedikit ciri-ciri aliran yang diketahui daripada beberapa kajian yang dilakukan.
Kajian tesis ini tertumpu kepada penganalisaan ciri hidraulik aliran dan nyahcas di
sepanjang garisan pengairan. Kaedah berangka digunakan untuk menganalisis
alirannya. Pekali keseragaman merupakan parameter utama untuk mengawal 2.5 cm
4 cm
keberkesanan penggunaanya kerana ia mempengaruhi keseragaman nyahcas yang
disebabkan oleh perubahan tekanan di sepanjang garis aliran. Penggunaan pemancar
jenis orifis bukan sahaja menjadi keadah pengairan ini lebih ekonomik tetapi juga
telah memudahkan proses penggunaanya. Lengkungan reka bentuk disediakan bagi
mendapatkan aliran yang diperlukan untuk setiap tanaman yang berlainan.
2.5 cm
2.5 cm
LAMPIRAN J
Contoh abstrak dalam Bahasa Inggeris
2.5 cm
ABSTRACT
4 baris
2.5 cm
2.5 cm
LAMPIRAN K
Contoh halaman kandungan
2.5 cm
KANDUNGAN
KANDUNGAN v
PENDAHULUAN ix
RUJUKAN 35
Lampiran A - Y 37 - 62
2.5 cm
2.5 cm
LAMPIRAN L
Contoh halaman senarai jadual
2.5 cm
SENARAI JADUAL
4 baris
ruang ini
sistem paip secara graviti berbanding dengan
perubahan Nombor Reynold 37 2.5 cm
4 cm
5.1 Perhubungan antara anjakan dan pusingan
pengawal imbang 45
5.2 Perhubungan antara pusingan dan voltan 48
5.3 Perhubungan antara pusingan dan arus 50
5.4 Perhubungan antara anjakan sarung dengan bukaan
injap 52
5.5 Perhubungan antara bukan injap dengan kadar alir 54
5.6 Nilai pekali kesusutan injap pada bukaan sudut yang
berbeza 57
5.7 Perhubungan antara kadar alir dengan voltan yang
dihasilkan 60
2.5 cm
2.5 cm
LAMPIRAN M
Contoh halaman senarai rajah
2.5 cm
SENARAI RAJAH
4 baris
2.5 cm
2.5 cm
LAMPIRAN N
Contoh halaman senarai simbol/singkatan/tatanama/istilah
2.5 cm
SENARAI SIMBOL
4 baris
D, d - Garis pusat
e - Dimensi kekusutan
f - Kekusutan turus bagi paip
F - Daya
g - Graviti = 9.81 m/s
H - Jumlah kesusutan turus
4 cm
I - Momen inertia 2.5 cm
k - Angkali kekusutan
l - Panjang
m - Jisim
M - Jisim sarung
N - Halaju pusingan
P - Tekanan
Q - Kadar alir
r - Jejari
T - Daya kilas
Re - Nombor Reynold
V - Halaju
w - Halaju sudut
x - Anjakan
z - Ketinggian
θ - Sudut
2.5 cm
2.5 cm
LAMPIRAN O
Contoh halaman senarai lampiran
2.5 cm
SENARAI LAMPIRAN
4 baris
2.5 cm
2.5 cm
LAMPIRAN P
Contoh petikan dalam teks
Nota:
[81] ialah sumber rujukan.
2.5 cm
2.5 cm
LAMPIRAN Q
Contoh jadual dalam teks
Jadual 4.3 : Perbandingan keputusan antara makmal dan simulasi komputer
4 cm 2.5 cm
1.000 1.00 1.000
2.5 cm
2.5 cm
LAMPIRAN R
Contoh halaman ilustrasi atau rajah
35
Kelajuan
30 Kecekapan
Saiz (000's)
25
20
4 cm 2.5 cm
Nilai (unit)
15
10
0
Model 1 Model 2 Model 3 Model 4 Model 5
1 baris
Rajah 4.3 Perbandingan keputusan beberapa model dalam aspek kelajuan,
kecekapan dan saiz
2.5 cm
LAMPIRAN S
Contoh borang permohonan kebenaran mencetak fotograf udara/peta siri
Malaysia
Borang PPN 114
PENGARAH PEMETAAN NEGARA MALAYSIA
Jalan Gurney, 50578 Kuala Lumpur
SEMENANJUNG MALAYSIA
3. Tujuan Penerbitan:
Purpose of Publication:
__________________________________________________________________________________
__________________________________________________________________________________
__________________________________________________________________________________
__________________________________________________________________________________
__________________________________________________________________________________
__________________________________________________________________________________
__________________________________________________________________________________
__________________________________________________________________________________
5. Foto Udara/Peta-peta & Ukuran: (sila sertakan salinan foto sebenar yang akan dicetak
Air photo/maps & size: (please enclose photo of actual map to be printed)
__________________________________________________________________________________
__________________________________________________________________________________
__________________________________________________________________________________
__________________________________________________________________________________
__________________________________________________________________________________
__________________________________________________________________________________
__________________________________________________________________________________
__________________________________________________________________________________
__________________________________________________________________________________
2.5 cm
LAMPIRAN T
Contoh halaman penomboran bab dan sub-judul dalam bab
2.5 cm
BAB 2
4 baris
X X
JUDUL BAB
4 baris
4 cm 2.5 cm
4 baris
2.1 Sub-Judul
2 baris
Teks bermula di sini dan bersambung ke jidar kiri. Teks hendaklah ditaip
menggunakan jarak langkau 1.5.
4 baris
Teks bermula di sini dan bersambung ke jidar kiri. Teks hendaklah ditaip
menggunakan jarak langkau 1.5.
2.5 cm
2.5 cm
LAMPIRAN U
Contoh halaman sambungan muka surat
Teks dari halaman sebelum ini disambung di sini.
4 baris
2.5 Sub-Judul
2 baris
Teks di bawah bermula di sini .....
dan disambung di sini.
4 baris
2.5 cm
2.5 cm
LAMPIRAN V
Contoh catatan pada kulit depan tesis
2.5 cm
4 cm 2.5 cm
2.5 cm
2.5 cm
LAMPIRAN W
Contoh catatan pada tulang belakang tesis
5 cm 5 cm
5 cm 5 cm
Ahmad Zaki Abu Bakar (1989). Pemprosesan Teks Bahasa Melayu Untuk
Pemahaman Komputer. Universiti Teknologi Malaysia: Tesis Doktor Falsafah.
American Chemical Society ed. (1978). Handbook for Authors of American
Chemical Society Publications. Washington, D. C.: American Chemical Society.
Billings. S. A. (1980). Identification of Nonlinear Systems: A survey. Proc. Instn
____________________________________________________________
____________________________________________________________
Ijazah: _____________________________________
Fakulti: _____________________________________
Sesi Pengajian: _____________________________________
Saya ________________________________________________________________________
(HURUF BESAR)
mengaku telah menyediakan salinan e-thesis sama seperti tesis asal yang telah diluluskan oleh panel
pemeriksa dan mengikut panduan penyedian Tesis dan Disertasi Elektronik (TDE), Sekolah Pengajian
Siswazah, Universiti Teknologi Malaysia, November 2002.
_______________________ ___________________________________
(Tandatangan pelajar) (Tandatangan penyelia sebagai saksi)
_________________________
_________________________
Nota: Borang ini yang telah dilengkapi hendaklah dikemukakan kepada SPS bersama penyerahan
CD.