Professional Documents
Culture Documents
SMK MATANG
21700 KUALA BERANG
1.0 PENGENALAN
Pusat Sumber merupakan nadi ilmu bagi sesebuah sekolah. Perpustakaan salah satu
daripada cabang unit yang membentuk pusat sumber. Oleh itu murid-murid perlu
mengenali dan sentiasa mendampingi pusat sumber. Aktiviti-aktiviti yang dijalankan
mempunyai kaitan yang rapat dengan pengetahuan tentang pusat sumber sempena Bulan
Membaca PSS 2010. Oleh yang demikian, bulan Julai merupakan bulan membaca. Oleh
itu, Kempen Membaca telah dilaksanakan secara rasminya pada tahun 1995 melalui
sambutan Bulan Membaca Kebangsaan dengan slogan “Mari Membaca Bersama”.
Pelbagai aktiviti dan program berkaitan pembacaan dan ilmu telah dilaksanakan di
seluruh negara sepanjang bulan Ogos yang berlangsung sehingga ke tahun 2000. Program
ini telah diubah kemudiannya pada bulan Julai dari tahun 2001 hingga 2005 bagi
mengelakkan pertindihan dengan sambutan bulan kemerdekaan. Kempen Membaca telah
dijadikan sebagai agenda tahunan bertujuan untuk melahirkan masyarakat Malaysia yang
berilmu dan bermaklumat dengan menjadikan amalan membaca sebagai budaya
terutamanya di kalangan warga SeMAT..
3.0 ANJURAN
Unit Perpustakaan SMK Matang
4.0 MATLAMAT
Melahirkan pelajar yang cakna akan bidang pembacaan, Di dalam literasi maklumat juga
seseorang harus berupaya mengenal pasti sumber-sumber maklumat yang terdiri daripada sumber
primer, sumber sekunder dan sumber tertiari bagi memudahkan skop pencarian maklumat dengan
menggunakan strategi pencarian maklumat yang tepat.
5.0 VISI
Ilmu Membangunkan Tamadun
6.0 MISI
Memupuk Budaya Membaca Sepanjang Hayat
8.0 OBJEKTIF
Diharapkan murid-murid dapat:
1. Mengenal Pusat Sumber dengan lebih dekat lagi
2. Meminati dan mencintai buku
3. Menarik penyertaan murid dalam program dan aktiviti berkaitan pembacaan bagi
menyuburkan minat membaca
4. Memupuk kesedaran betapa pentingnya membaca sepanjang hayat, mengamalkan
membaca dari pelbagai sumber bahan bacaan dan menjadikan membaca sebagai budaya
5. Memperluaskan kesedaran kepada masyarakat tentang kepentingan membaca sebagai
kunci ilmu pengetahuan yang tidak terbatas .
6. Memupuk minat dan tabiat membaca sebagai satu gaya hidup masyarakat Malaysia pada
masa kini dan akan datang
7. Mempertingkatkan penglibatan masyarakat dalam aktiviti-aktiviti berkaitan pembacaan
dan keilmuan .
8. Merapatkan warga SeMAT dengan bahan bacaan dan memupuk minat membaca di
kalangan rakyat Malaysia
9. Menanam budaya membaca ke arah melahirkan masyarakat berpengetahuan, pemikir dan
kreatif
9.0 TEMPOH PELAKSAAN
9.1 Tarikh cadangan : 1 Julai – 31 Julai 2010
9.2 Tarikh kemuncak Perasmian : 11 Julai 2010
10.0 TEMPAT
10.1 SMK Matang
13.0 SASARAN
13.1 Murid dan guru SMK Matang.
JUMLAH RM 489.60
Kerjasama dan komitmen dari semua pihak amat diharapkan semoga program ini dapat dilaksanakan
dengan sempurna dan jayanya. Semoga jasa dan sumbangan tuan-tuan dan puan-puan mendapat
balasan dan keredhaan daripada Allah S.W.T. Diharapkan melalui aktiviti yang akan dijalankan akan
dapat meningkatkan pengetahuan murid dan menimbulkan minat mereka untuk mengunjungi Pusat
Sumber Sekolah.
Deskripsi Pertandingan
a. Pertandingan ini dibuka untuk penyertaan semua murid SMK Matang secara individu.
b. Tema : i- Bangsa Membaca Bangsa Berjaya
ii- Membaca Santapan Minda Sekeluarga
c. Tempat : Kelas
d. Tarikh : Sepanjang bulan Julai - 2 waktu
e. Masa : Semasa Kelas Pendidikan Seni
f. Hakim Pertandingan: Guru-guru Seni (mengikut kelas)
g. Pelajar dikehendaki membawa sendiri peralatan melukis
h. Pemenang: Satu, dua, dan tiga.
Deskripsi Pertandingan
Deskripsi Pertandingan
Deskripsi Pertandingan
a. Pertandingan ini dibuka untuk penyertaan semua murid MENENGAH RENDAH/MENENGAH
ATAS SMK Matang secara Individu.
b. Murid dikehendaki mencipta Logo Bulan Membaca yang berbahan menarik dan kreatif.
c. 1 logo = 1 penyertaan. Setiap pelajar HANYA boleh menghantar SATU sahaja penyertaan
sepanjang tempoh pertandingan.
d. Semua hasil kreativiti yang dihasilkan oleh murid adalah harta intelek murid dan sekolah.
e. Tarikh tutup untuk penghantaran hasil kerja adalah sebelum 30 Julai 2010. Semua keputusan
pengadil pertandingan adalah muktamad. Semua hasil kerja mestilah asli dan bukan diciplak atau
disalin dari mana-mana sumber.
f. Masa : Semasa Kelas Pendidikan Seni
g, Hakim Pertandingan: Guru-guru Seni (mengikut kelas)
h. Pelajar dikehendaki membawa sendiri peralatan melukis
i. Pemenang: Satu, dua, dan tiga.
Deskripsi Pertandingan
a. Setiap kelas akan diberikan satu set silang kata yang merangkumi 5 bidang: Bahasa
Malaysia, Bahasa Inggeris, Geografi, Sejarah, dan Pengetahuan Am.
b. Pelajar perlu berbincang dalam kumpulan (kelas) untuk melengkapkan silang kata yang
disediakan.
c. Pemenang dikira berdasarkan jumlah betul yang paling banyak.
d. Markah dan jawapan akan dipaparkan.
e. Pemenang berdasarkan kelas.
Deskripsi Pertandingan
a. Setiap kumpulan akan diberikan surat khabar, majalah lama, gam, gunting dan kad
manila.
b. Setiap kumpulan perlu memilih satu tajuk/ topik dan mencari maklumat dalam bahan
yang sedia ada.
c. Pelajar perlu menghasilkan hasil kerja mereka dalam bentuk kad manila.
d. Pemenang akan dipilih berdasarkan kumpulan.
Deskripsi Pertandingan
a. Pertandingan ini dibuka untuk penyertaan semua murid MENENGAH RENDAH SMK Matang
secara Individu.
b. Murid dikehendaki membuat bacaan NILAM sepanjang tempoh Bulan Membaca.
c. Buku NILAM diagihkan kepada setiap pelajar.
d. Setiap pelajar diwajibkan menghasilkan sekurang-kurangnya 3 rekod bacaan NILAM
dalam masa yang disediakan.
e. Buku NILAM dikutip selepas aktiviti dan dikira semula.
Deskripsi Pertandingan
a. Pertandingan ini dibuka untuk penyertaan semua murid MENENGAH RENDAH/MENENGAH
ATAS SMK Matang secara Individu.
b. Murid boleh meminjam buku seberapa banyak sepanjang tempoh Bulan Membaca dan ianya akan
dinilai sebagai pemenang yang layak.