You are on page 1of 1

1) DOA MUSTAJAB WAKTU BERBUKA

Antara waktu yang mustajab untuk berdoa adalah sebelum berbuka puasa. Tapi saat
ini sering diabaikan oleh kebanyakan orang kerana ghairah menghadap menu berbuka
yang menyelerakan. Luangkanlah masa beberapa minit sebelum waktu berbuka untuk
berdoa dan memohon apa-apa sahaja yang kita hajatkan. Ingat, Allah swt Maha
Pemurah. Setiap doa yang kita panjatkan, pasti didengar.
2) PELUANG TURUNKAN BERAT BADAN
Berat badan adalah antara faktor sukar hamil. 50% Pesakit PCOS didapati juga men
galami gejala berat badan berlebihan. Kajian menunjukkan bahawa dengan setiap 5%
penurunan berat badan, dapat meningkatkan peluang kehamilan sebanyak 30%. Sebab
itulah, antara cadangan yang diberikan oleh doktor adalah supaya menurunkan ber
at badan terlebih dahulu
Sekarang kita di bulan Ramadan, peluang ini harus diambil untuk menurunkan
sedikit berat badan dengan mengawal makan, terutamanya waktu berbuka.
3) BANYAKKAN ISTIGHFAR DAN SELAWAT
Bulan Ramadan ini hati manusia lembut, Syaitan dirantai. Kalau anda perasan, pen
gunjung-pengunjung masjid semakin bertambah di bulan Ramadan. Ramadan adalah bul
an untuk beramal.
Nabi saw pernah anjurkan seorang sahabat supaya banyakkan sedekah dan
beristighfar bagi mereka yang belum dikurniakan zuriat.
Berikut kami berikan petikan hadis tersebut
"Abu Hanifah Rah. meriwayatkan di dalam musnadnya dari Jabir Bin Abdullah R.A
bahawa seorang lelaki pernah datang kepada Nabi s.a.w dan bertanya;
Ya Rasulullah, sudah lama saya menikah, tapi belum dianugerahi oleh seorang anak
pun.
Nabi s.a.w pun menjawab dengan sabdanya;
Di mana(keadaan) engkau dengan banyak ISTIGHFAR dan banyak BERSEDEKAH, kerana du
a hal ini boleh menganugerahi buah hati(anak)"
4) KURMA DAN KESUBURAN?
Kurma adalah sangat sinonim dengan bulan Ramadan. Khasiatnya memang terkenal.
Dari segi kesuburan, maklumat yang kami dapati adalah 'DEBUNGA KURMA'
(ada juga orang panggil 'serbuk kurma') yang dipercayai dapat membantu memulihka
n
masalah kesuburan wanita dan lelaki.

You might also like