Professional Documents
Culture Documents
3. Pembuatan Wau
Sayap
Torek atau pinggang
Ekor Wau
Teknik Pembuatan Wau Tradisional
Antara bahan-bahan mentah yang diperlukan untuk membuat
wau ialah buluh, kulit rotan, gam daripada pokok kayu dan
lain-lain keperluan yang bersesuaian untuk menghasilkan
sebuah wau.
Selain daripada itu, kepakaran dan kemahiran juga merupakan
aspek utama untuk menghasilkan sebuah wau yang bermutu
seperti kepakaran dalam pemilihan bahan mentah, kemahiran
kraftangan serta pengetahuan di dalam bidang aerodinamik.
Bagi memastikan wau yang akan dihasilkan mempunyai
kualiti, bahan mentah seperti buluh terutamanya perlu dipilih
dengan lebih teliti.
Oleh itu terdapat beberapa petua serta pantang-larang yang
terlibat semasa ingin menebang dan menyimpan buluh tersebut.
Petua dan Pantang Larang Pemilihan Buluh
Mencari dan Menebang Buluh
1. Rumpun buluh mestilah di kawasan yang tinggi dan lapang,
bukan di dalam semak atau dusun.
2. Pilih buluh yang kelihatan kering, seelok-eloknya di tengah
rumpun.
3. Jangan tebang buluh yang mempunyai pucuk muda kerana
buluh tersebut mempunyai banyak kanji dan mudah diserang
serangga perosak.
4. Buluh yang condong ke arah matahari naik adalah lebih baik
kerana mempunyai semangat yang kuat menurut kepercayaan
orang tua-tua.
5. Keadaan cuaca kering dan panas adalah sangat sesuai untuk
menebang buluh seperti di waktu tengahari.
6. Jika menebang buluh pada waktu pagi, pastikan penebang
menindih bayangnya.
7. Sebelum menebang buluh, digalakkan membaca doa dan
selawat terlebih dahulu
8. Adalah lebih baik buluh yang sudah ditebang dipotong di situ
juga.
9. Petua orang tua-tua di Kelantan pula semasa membawa balik
buluh yang sudah ditebang, akan meninggalkan pesan kepada
Sang Bubuk iaitu, “Wahai Sang Bubuk, hak aku tinggal ini adalah
hak mu, hak aku wat kelik ni ialah hak aku, mu tok sah ikut
akulah, mu make hok sini”.
Penyimpanan Buluh
Buluh akan disimpan dahulu sekurang-kurangnya setahun sebelum
diraut menjadi rangka wau. Biasanya tempat penyimpanan
mestilah tinggi untuk mengelakkan buluh daripada dilangkah
manusia.
Antara petua-petua yang digunapakai untuk memastikan
buluh tersebut tahan dan kuat ialah :-
1. Buluh disimpan di dalam paya atau direndam di dalam
selut.
2. Buluh ditanam di dalam pasir dan dinyalakan unggun api
di atasnya selama satu jam.
3. Menyalai kepingan buluh pada bara api.
Meraut Buluh
Buluh perlu diraut untuk membuang bahagian-bahagian yang
tidak diperlukan seperti ruas dan kulit. Selain itu tujuannya
adalah untuk memberi keseimbangan pada bentuk dan berat
bahagian sayap wau. Pisau khas digunakan untuk meraut dan
mestilah benar-benar tajam bagi memastikan kerja-kerja
tersebut dapat dijalankan dengan mudah dan mengelakkan
daripada kesilapan.
Antara bahagian buluh yang perlu diraut adalah seperti :-
1. Bahagian tulang belakang diraut sehingga 1.0 sentimeter
dengan kadar lembut dan sederhana keras.
2. Bahagian bilah sayap di kedua-dua bahagian diraut sehingga
1.5 sentimeter dan semakin halus di hujung bilah tersebut iaitu
sebesar lidi kelapa.
3. Bahagian ekor yang mempunyai dua bahagian juga perlu
diraut sehingga 0.5 sentimeter
4. Raut bilah-bilah buluh untuk bahagian pinggang
dan bulatan berbentuk bulan. Rautan di bahagian
tersebut adalah lebih nipis dan bersaiz kecil 0.5
sentimeter untuk memudahkan ia dibentuk.
Selepas semua buluh diraut, proses seterusnya ialah
semua bilah tersebut akan digosok pula dengan
kertas pasir.
Membuat Bingkai
Bingkai wau terdiri daripada beberapa bahagian
utama iaitu tulang belakang, tulang rentas sayap,
rangka sayap dan rangka ekor. Buluh yang sudah
diraut akan dipotong mengikut ukuran wau yang
dikehendaki iaitu dua keping buluh untuk sayap,
satu keping untuk tulang belakang dan dua keping
lagi untuk rangka ekor. Kepingan buluh yang
hendak dibuat sayap perlulah diseimbangkan
dengan menandakan di tengah-tengah kepingan
buluh.
Proses Mengikat Rangka Bingkai Wau
Wau Merak
Wau Boleh Diperolehi dari :-
Pelbagai jenis dan bentuk wau seperti Wau
Bulan (yang paling terkenal), boleh
didapati di kedai Wau Tradisi, Kuala
Lumpur. (M51, Tel. : 03-22741906).
Harga setiap wau dari RM198 (US$52)
hingga RM500 (US$132)
Kesimpulan
Wau tradisional mempunyai keunikannya
yang tersendiri. Warisan tradisional ini
haruslah dikekalkan kerana ia adalah
identiti budaya bangsa Melayu dan juga
sebuah negara. Kini permainan wau mulai
popular di kalangan masyarakat bandar dan
tidak lagi terhad di luar bandar sahaja.
Bukan itu sahaja, permainan wau ini juga
telah dimodenkan dan mula memasuki
peringkat antarabangsa. Selain wau,
layang-layang juga amat diminati sebagai
salah satu aktiviti pada waktu terluang.
Rujukan