You are on page 1of 6

Assalamualaikum semua,

Satu kisah benar yang menarik dan berguna untuk


renungan kita bersama. Kisah ini diceritakan oleh
Ustaz Shamsuri dalam salah satu siri-siri ceramah
beliau mengenai kebajikan anak-anak yang soleh kepada
ibu mereka yang telah meninggal dunia. Mungkin ada
yang telah mendengarnya dan sama-samalah kita
renungkan sejauh mana kebaktian kita kepada kedua-dua
ibubapa
kita.

Kisah menarik ini adalah tentang diri Ustaz Harun Din


dan adik beradik beliau. Memang telah diketahui umum,
bahawa Ustaz Harun Din dan adik beradik beliau
mempunyai pegangan dan ilmu agama yang tinggi hasil
didikan ibubapa mereka yang telah berjaya mencernakan
roh Islam ke dalam diri anak-anak mereka hingga
menjadi alim ulama, tempat rujukan umat Islam di
negara ini, malah di tempat lain juga.

Diceritakan bahawa, ibu Ustaz Harun telah meninggal


dunia semasa dalam solat Asar. Sebelum kematian ibu
beliau, pada kebiasaannya, ibu beliau akan
bersembang-sembang dengan jiran selepas solat Asar. Tetapi pada hari itu, selepas solat
Asar, ibu Ustaz Harun tidak keluar ke beranda rumah untuk beramah
mesra dan bertanya khabar dengan jiran-jiran. Para
jiran tertanya-tanya ke manakah gerangan si ibu itu,
kalau dikatakan pergi ke rumah anak-anak, tidak pula.

Setelah agak lama dengan ketiadaan si ibu itu, lalu


jiran-jiran
mensyaki sesuatu telah berlaku terhadap ibu Ustaz Harun.
Mereka
kemudian menjenguk ke dalam rumah sambil memberi salam,
tetapi tiada jawaban. Mereka kemudian memberanikan diri untuk masuk ke
dalam rumah dan alangkah terperanjat para jiran itu apabila mendapati ibu
Ustaz Harun telah pun meninggal dunia semasa dalam solat Asar.
Mereka terus menghubungi anak-anak allahyarhamah. Pada
kebiasaannya, apabila berlaku satu-satu kematian, di mana-mana pun akan
kita dapati jenazah itu diuruskan oleh orang-orang kampung atau jamaah
masjid,jenazah lelaki, oleh jamaah lelaki, manakala jenazah
perempuan oleh jamaah perempuan. Tetapi berlainan pula dengan jenazah ibu
Ustaz Harun Din ini.
Beliau sendiri beserta dengan adik beradik beliau
(Ustaz Abu Hassan Din dan Ustaz Ishak Din) menguruskan
jenazah ibu mereka. Dengan penuh belaian kasih saying dan penuh hormat
mereka memandikan ibu mereka, mengkafankan, serta menunaikan solat
jenazah yang diimamkan sendiri oleh Ustaz Harun Din. Walaupun
diminta oleh orang-orang kampung untuk melaksanakan
urusan jenazah tersebut, Ustaz Harun dan adik beradik
mereka dengan penuh sopan mengatakan kepada
orang-orang kampung bahawa ini adalah ibu mereka yang
telah berjasa melahirkan, memberi makan minum serta
mendidik mereka sehingga menjadi anak-anak yang
berguna. Oleh itu, sebagai penghormatan yang terakhir
dan tanda kasih sayang anak-anak terhadap ibu mereka,
biarlah mereka sendiri yang menguruskan jenazah ibu
mereka itu.

Maka ramailah orang-orang kampung yang mengalirkan


airmata mereka, mengenangkan tentang kebaikan dan
kesolehan anak-anak hasil didikan tangan si ibu yang
berjaya mendidik anak-anak dengan cahaya iman.

Sehinggalah ke saat pengkebumian jenazah, urusan ini


ditangani
sendiri oleh Ustaz Harun adik beradik. Sungguh menarik dan
mengharukan kisah ini. Tanyalah diri kita sendiri. Bagi yang
masih
mempunyai ibu dan bapa, bagaimana nanti peranan kita semasa
jasad ibubapa kita terbujur kaku. Adakah kita juga ingin
menghulurkan bakti zahir yang terakhir sebagai tandah hormat kita kepada
kedua-dua ibu bapa kita? Ataukah kita hanya menyerahkan bulat-bulat urusan
itu kepada orang-orang kampung atau jamaah masjid untuk
menguruskan jenazah mereka, tanpa ingin mengambil
peluang terakhir untuk berbakti. Inilah bakti zahir
yang terakhir yang dapat kita lakukan, disamping doa
dan amalan-amalan baik kita yang kita hadiahkan kepada
ibubapa kita.

Bagaimana pula peranan kita sebagai ibu dan bapa


kepada anak-anak kita yang sedang membesar? Bagi yang
telah bergelar ayah/papa/bapa/walid/baba dan
ibu/mama/emak/ummi dan sebagainya, bagaimana nanti agaknya perlakuan anak-anak
kita setelah jasad kita pula terbujur kaku, menanti waktu untuk diuruskan
pengkebumian? Adakah anak-anak kita akan berebut-rebut untuk
menguruskan, atau bertempiaran lari kerana takut atau hina
memandang jenazah kita yang telah kaku?

Sama-samalah kita renungkan ke arah mana diri kita


sebagai anak dan juga sebagai ibu dan bapa kepada
anak-anak yang sedang memerlukan didikan agama dari
kita. Kita berilah didikan agama yang sebaiknya kepada
anak-anak kita agar menjadi orang-orang yang beriman dan berguna kepada
agama, bangsa dan negara, seperti contoh yang telah dipertuturkan
di atas tadi.

Wallahu'alam.

Sebenarnya ada seperkara lagi,


Apabila manusia meninggal dunia, ada empat perkara yg
masih ada hubungan dengannya dan salah satunya ialah
anak-anaknya.
Tanggungjawab anak masih belum habis terhadap kedua-dua
ibubapanya
walaupun ibubapa mereka meninggal dunia, Selepas meninggal
dunia,
hendaklah anak-anaknya yang memandikan dan
menyembahyangkannya. Dan selepas itu pula hendaklah selalu ia beramal dengan
menyedekahkan pahalanya dan berdoa untuk mereka. Disamping memelihara
hubungan baik dgn saudara-saudara dan sahabat-sahabatnya.
Kalau kita buat perkara-perkara yg melanggar syarak
pun ibubapa kita juga mendapat habuan juga kerana dia
yang mendidik kita. Jadi siapa yg ibubapa yang dah tak
ada itu, ingatlah mereka dalam doa selepas sembahyang
dan selalulah berzikir utk mereka.
Petikan ini di terima dari seorang
sahabat... renungkanlah agar kita mengambil iktibar
dari apa yang diceritakannya.
Aku mempunyai ibu yang hebat. Beliau menyayangiku
dengan sepenuh hatinya. Beliau berkorban dan
membantuku dalam segala hal. Ibuku membesarkan aku
seperti menatang minyak yang penuh. Ibu menguruskan
pengajianku dan berkorban apa saja demi memenuhi keperluaanku dan
permintaanku. Hari
ini, wanita yang hebat itu telah kami semadikan untuk
selama-lamanya.

Dapatkah anda bayangkan perasaanku suatu hari aku pergi ke


bilik ibuku dan aku telah terjumpa serangkap sajak yang terlipat
sepi di dalam laci mejanya. Sajaknya berbunyi begini.
INILAH MASANYA

JIKA KAU INGIN MENYINTAI IBU


CINTAILAH IBU SEKARANG SUPAYA IBU TAHU
KEINDAHAN DAN KELEMBUTAN KASIH
YANG MENGUKIR KUDUS DARIPADA SANUBARIMU
CINTAILAH IBU SEKARANG
SEMASA IBU MASIH HIDUP
USAH TUNGGU SEHINGGA IBU TELAH PERGI
KEMUDIAN BARULAH DIUKIR DI BATU NISAN
DENGAN KATA-KATA INDAH PADA SEKUJUR BATU YANG SEPI

JIKA KAU MEMILIKI INGATAN MANIS BUAT DIRI IBU


TUNJUKLAH PADA IBU SEKARANG
JIKA KAU TUNGGU SEHINGGA IBU MATI
SUDAH PASTI IBU TAK DAPAT MENDENGAR
KERNA KITA DIBATASI KELEMAHAN

OLEH ITU, JIKA KAU MENYINTAI IBU


WALAUPUN HANYA SECEBIS
DARIPADA LAUTAN HIDUPMU
LAFAZKAN DAN BUKTIKAN SEKARANG
SEMENTARA IBU MASIH HIDUP
AGAR IBU DAPAT MENIKMATI DAN MENYANJUNGINYA

Sekarang ibu sudah pergi dan aku menderita dengan rasa


bersalah sebab aku tidak pernah nyatakan betapa besar nilai ibuku selama
ini. Malah aku tak pernah melayan ibuku dengan wajarnya. Perasaan
bersalah sering menghantui hidupku. Aku layani semua orang untuk
semua urusan, tetapi aku tak pernah meluangkan masa yang cukup untuk ibuku
sendiri. Sebenarnya aku mampu menuangkan air ke dalam cawannya,
kemudian memeluknya ketika bersarapan, tetapi aku lebih mengutamakan
urusanku, rakan-rakanku dan pekerjaanku.
Sekarang baru aku terpikir... ... ... ... pernahkan
rakan-rakanku melayaniku seperti ibuku ? Aku tahu jawapanya. Apabila aku
menelefon ibu, aku sentiasa lakukan tergesa-gesa, cepat dan ringkas.
Aku benar-benar berasa kesal dan malu apabila mengingati
tindakan masa lampauku terhadap ibu. Aku masih ingat
berapa banyak masa dan pengorbanan ibu yang diberikan
untuk aku dan masa yang aku berikan padanya serta
banyak manakah masa aku biarkan ibu kesepian dan hari
tuanya berlalu begitu sahaja. Aku sedar dan mengerti.

Sekarang bahawa aku terlalu kritikal, aku diburu rasa


kesal dan bersalah. Dunia ini dipenuhi oleh anak-anak
seperti ku. Aku berharap kepada rakan-rakanku... ... ..insaflah dan mengambil
iktibar dan manfaat daripada surat ini. Aku sudah terlambat
dan kini sedang dilanda derita dan penyesalan.

Renungkanlah dan fikir-fikirkanlah!!!!!... .. pernah


kita bertindak sedemikian ? pernah kita merasa
kesal dengan tindakan kita itu??andainya kita
pernah melayan sedemikian rupa terhadap ibu kita,
ubahlah sebelum terlambat

Bukankah pepatah mengatakan "syurga itu dibawah


telapak kaki ibu" ... mulia sungguh islam meletakkan
wanita yang bergelar ibu ...

Sabda Rasulullah saw:

Tiada seorang muda yang menghormati seorang tua,


melainkan Allah Ta'ala akan mentakdirkan seorang lain
menghormatinya, apabila dia menjadi tua

You might also like