You are on page 1of 13

Pengurusan Pendidikan Jasmani dan Sukan.

DEFINISI PENGURUSAN.

Pengurusan boleh di definisi dan di tafsir oleh pengamal dan ahli akademik dari pelbagai
sudut yang berbeza. Berikut adalah beberapa definisi pengurusan yang boleh membantu
anda memahami maksudnya:

(a) Pengurusan adalah merupakan satu proses integrasi sumber dan tugasan dan
tanggungjawab ke arah mencapai matlamat yang telah ditetapkan oleh organisasi.

(b) Pengurusan adalah merupakan satu proses menetapkan objektif dan pengelolaan
sumber ke arah mencapai matlamat yang telah ditetapkan dan keberkesanannya
akan dinilai bagi membantu pengamal mengambil langkah-langkah perlu di masa
hadapan.

(c) Pengurusan adalah satu proses yang melibatkan pengarahan satu-satu kumpulan
yang terlibat ke arah mencapai matlamat yang telah ditetapkan oleh organisasi.

(d) Pengurusan adalah satu proses yang melibatkan perancangan, pengelolaan,


memotivasikan dan pengawalan dengan tujuan untuk menghasilkan satu hala tuju
dan matlamat bagi sesebuah organisasi.

(e) Pengurusan adalah satu proses perancangan, pengelolaan, memimpin dan


pengawalan usaha-usaha anggota sesebuah organisasi serta menggembleng
sumber-sumber yang ada dalam organisasi bagi mencapai objektif yang telah
ditetapkan.

KEPERLUAN MENGURUS
Bagi memastikan aspek pengurusan itu berfungsi dengan baik, tiga aspek penting yang
berikut perlu dipenuhi, iaitu:
(a) Perlu wujudnya sebuah organisasi yang formal.
(b) Organisasi perlu jelas dan memiliki matlamat atas kewujudannya.
(c) Organisasi itu perlu memiliki struktur pengurusan yang di ketuai oleh seseorang
yang diberi kepercayaan memimpin.
PERANAN AKTIVITI PENGURUSAN

Menurut Theory Mintzberg terdapat sepuluh peranan utama yang perlu dipikul sebagai
seorang pengurus yang baik dan berkesan

AKTIVITI DALAM PENGURUSAN

Berikut adalah tugas yang sering dilakukan oleh seseorang pengurus:


 Merancang
 Mengambil pekerja
 Memecat
 Menilai
 Memulakan
 Mengawal
 Membuat keputusan
 Koordinasi
 Menyemak
 Mereka
 Selesai masalah
 Mengurus masa
 Ke hadapan
 Melaksana
 Memulakan
 Menganggar
 Memperbaiki
 Berkomunikasi
 Memotivasikan
 Mengarah
 Membetulkan
 Mengelola
 Mentafsir
 Mendisiplinkan
 Mengurus Kakitangan
 Memuji
 Menggalakkan
 Pencetus
 Mengetuai
 Menjadualkan
 Beri keutamaan

PROSES-PROSES DALAM PENGURUSAN

Dalam konteks pengurusan masa kini fungsi utama pengurusan:


( Basic Process of management)
(a) Perancangan (Planning)
(b) Pengelolaan (Organising)
(c) Memimpin (Leading)
(d) Pengawalan (Control)
(a) Perancangan (Planning)
 satu aktiviti penetapan matlamat dan objektif yang dirangka secara tersusun dan
sistematik.
 Perancangan yang baik dan berkesan adalah yang tidak bermasalah dan mudah
untuk dilaksanakan.

Kategori perancangan:
(i) Perancangan Strategik
dirangka bagi memenuhi objektif organisasi
merangkumi pelan tindakan dan aktiviti yang menjurus kepada kepentingan
kewujudan organisasi tersebut. (Master plan)
(ii) Perancangan Operasi
dirangka secara terperinci untuk melaksanakan plan strategik.
(iii) Perancangan Jangka panjang dan Jangka Pendek
Melibatkan tempoh masa, boleh jadi satu tahun atau kurang/lebih
ditentukan berdasarkan objektif ingin yang dicapai.
(iv) Perancangan Berfungsi
bersifat bertindan dan ianya berkaitan antara
rancangan-rancangan lain yang telah sedia ada.
contoh:
􀄆 Perancangan sumber manusia
􀄆 Perancangan kewangan
􀄆 Perancangan program pembangunan atlet sekolah

*perancangan program pembangunan atlet sekolah:


- memerlukan kewangan
- sumber manusia

Langkah2 dalam merangka sesuatu perancangan:


(a) Memikirkan idea yang baik
(b) Memilih idea yang terbaik
(c) Mengenal pasti sumber yang boleh menyumbangkan kepada idea
(d) Menjalankan kajian yang terperinci dan mengumpul maklumat penting
(e) Menyemak semula semua idea dan pelan alternatif yang ada dan boleh diguna pakai
(f) Mencari dan memilih kaedah yang terbaik untuk memulakan tindakan perancangan
(g) Menentukan tempoh masa yang perlu dicapai
(h) Kenal pasti masalah yang bakal dihadapi terlebih dahulu
(i) Menentukan struktur organisasi
(j) Menyediakan garis panduan yang boleh diguna pakai sebagai contoh ketika ingin
membuat sebarang keputusan penting panduan ini boleh digunakan
(k) Memikirkan kaedah pemantauan dan pengawalan yang terbaik
(l) Memastikan rancangan ini bertulis (Blueprint) dan sebaiknya dibukukan untuk
panduan mereka yang terlibat
(m) Melaksanakan rancangan
(n) Menilai keberkesanan perancangan untuk tujuan pembaikan dan rujukan di masa
hadapan
Faedah Perancangan

(a) Membantu memberikan hala tuju


(b) Membantu organisasi menentukan masa hadapannya
(c) Membantu organisasi dalam pemantauan dan pengawalan
(d) Membantu menjadikan organisasi berjaya dalam aspek pengurusannya

(b) Pengelolaan (Organising)

Langkah-langkah dalam Melaksanakan Pengelolaan

(i) Membahagikan Tugas Secara Spesifik

Keberkesanan dalam pengelolaan banyak bertumpu kepada pembahagian tugasan


secara spesifik kepada mereka yang dipertanggungjawab.

Faedahnya - individu yang menjalankan tugasan yang spesifik dan sama akan lebih
mahir
- membantu mempertingkatkan kemahiran dan menjamin pencapaian
matlamat

(ii) Pembahagian Tugas Berdasarkan Kumpulan /Unit Kecil

- dapat membantu ketua memantau anggota di bawahnya berdasarkan kumpulan


yang telah ditetapkan.
- bekerjasama dengan anggota lain serta memantau pelaksanaan tugas.

(iii) Memberikan Autoriti dan Tanggungjawab

- berdasarkan portfolio masing-masing


- Ketua memiliki autoriti yang boleh dikaitkan dengan pemilikan kuasa
- kuasa yang wujud dari pihak atasan dan diturunkan mengikut keperluan tugas.
- Tanggungjawab merupakan satu bentuk akauntibiliti terhadap tugasan yang
diterima.

(iv) Menentukan Span of Management

bermaksud jumlah anggota yang akan ditugaskan bagi satu-satu kumpulan atau
unit. Jumlah anggota menentukan kejayaan sesuatu tugasan.
 terlalu sedikit anggota akan mengurangkan keberkesanan kerja,
 terlampau ramai ketua hilang kawalan terhadap anggota bawahan

(v) Mengkoordinasi Sumber Organisasi

- usaha kolektif yang dilakukan bagi memenuhi objektif organisasi.


- Koordinasi merujuk kepada kaedah penggabungan, integrasi dan keseragaman
di antara kumpulan dan unit-unit lain.
Faedah Pengelolaan

(i) Tindakan yang diambil akan lebih berkesan


(ii) Menggunakan segala sumber yang anda dengan lebih efektif dan efisien
(iii)Membantu dan memudahkan proses meletak tugasan dan tanggungjawab kepada
individu yang berkenaan
(iv) Membantu mewujudkan satu sistem pelaksanaan dan pengawalan yang berkesan
SEMAK KENDIRI 5.2

(c) Memimpin (Leading)

Memimpin adalah satu proses mempengaruhi dan memujuk anggota bawahan untuk
bekerja secara bersama untuk mencapai sesuatu matlamat yang diinginkan.

Ketua
- memotivasikan anggotanya ke arah mencapai objektif.
- mempunyai kekuatan dalam hubungan sesama manusia dan komunikasi.

Kuasa Memimpin dalam Organisasi

Kuasa - satu bentuk keupayaan di mana seseorang itu


boleh mengarah atau menyuruh orang lain melakukan sesuatu tugasan atau
kerja.
- bagaimana ia menggunakan kuasa untuk melakukan
sesuatu tindakan untuk dirinya dan orang lain.

Kepimpinan boleh dijelaskan melalui :

(i) suatu kuasa yang menghubungkan pemimpin dengan pengikutnya dan mendorong
pengikutnya supaya mengerah tenaga secara tersusun menuju objektif yang di
rumus secara kolektif.

(ii) memberikan perwatakan dan menerima perwatakan daripada media, persekitaran


dan iklim di tempat ia berfungsi. Interaksi pemimpin, ahli, masyarakat dan suasana
sekitaran sentiasa berlaku.

(ii) sentiasa aktif dan berubah-ubah mengikut peringkat, kekuatan, atau had. Tiada
pemimpin: tiada pengikut Tiada anggota : tiada kumpulan. Sama ada dinamik atau
tidak ada langsung.

(iv) Kepimpinan mengambil prinsip-prinsip, kaedah dan sistem mengikut kadar yang pasti
dan tetap secara yang disengajakan. Prinsip-prinsip ini termaktub dalam undang-
undang tubuh atau perlembagaan.
Kepimpinan dan Pengurusan

(i) Pemimpin mementingkan kualiti kerja agar layanan yang diberi adalah saksama,
mempunyai fokus jangka panjang, tumpuan lebih kepada perubahan dan memberi
aspirasi serta memotivasikan orang lain untuk menyelesaikan masalah mereka

(ii) Pengurus pula mementingkan kepada melakukan sesuatu perkara dilakukan


dengan betul, punyai fokus jangka pendek, mengekalkan status quo, bertindak
menyelesaikan masalah orang lain.

Peranan Pemimpin dalam organisasi:

(i) Wujudkan kecenderungan terhadap kecepatan dan tindakan


(ii) Sedia berinovatif atau mengalami kepupusan
(iii) Runtuhkan segala halangan
(iv) Menggunakan semua sumber tenaga kerja anda, segala kemahiran, masa untuk
keberkesanan organisasi.
(v) Wujudkan perspektif dan asas pengetahuan (Budaya ilmu)
(vi) Wujudkan Organisasi Pembelajaran berteraskan rohani dan jasmani
(vii) Bertindak Proaktif
(viii) Mengurus perubahan
(ix) Membuat tinjauan dan pemantauan berterusan
(x) Merujuk kepada mesyuarat atau perbincangan
SEMAK KENDIRI 5.3
(d) Pengawalan (Control)

Pengawalan berfungsi untuk memberikan maklumat kepada pengurus. Melalui maklumat


yang diterima akan membantu pengurus dalam membuat keputusan. Peranan pengawalan
bertujuan untuk menyesuaikan cara kerja kepada sesuatu standard yang telah ditetapkan.
usaha yang positif dan bukannya bermaksud untuk menghukum, mencari kesalahan
ataupun sebaliknya tetapi aktiviti ini perlu dilihat sebagai satu pendekatan yang membina
dan korektif bagi tujuan mencapai objektif sebuah organisasi.

Proses dalam Pengawalan

(i) Menetapkan Standard atau Piawai

ditetapkan berdasarkan matlamat dan objektif asal sesebuah organisasi. Standard


merupakan garis panduan yang tetap dan perlu dipatuhi, sebagai contoh untuk kelayakan
menghantar pasukan hoki ke sebarang kejohanan di peringkat negeri, pasukan yang dipilih
perlu sekurang-kurangnya menjadi johan peringkat zon atau pun daerah. Untuk
memberikan nilai kepada aktiviti pengawalan ianya perlu diterjemahkan kepada satu
kaedah yang boleh diukur (measurable) dan mudah difahami oleh mereka yang terlibat
dalam satu proses pengawalan.

Standard juga perlu mempunyai ciri-ciri seperti berikut:


􀄆 Memiliki objektif
􀄆 Mudah diukur
􀄆 Relevan kepada matlamat sesebuah organisasi

ii) Pemantauan dan Pemeriksaan

􀄆 Mengukur atau Menilai Prestasi


Kaedah yang boleh digunakan mengukur prestasi terdiri dari kaedah seperti kaedah
kualitatif, kuantitatif ataupun gabungan kedua-kedua kaedah ini.

Mengukur jumlah perlawanan antarabangsa yang disertai dan menepati standard


dikategorikan sebagai Kuantitatif manakala mengukur keupayaan pemain junior
menyesuaikan diri dengan pasukan atau permainan dikategorikan sebagai kualitatif.
Contoh
bagi kaedah gabungan pula prestasi seorang pengurus diukur pula berdasarkan
prestasinya menguruskan kewangan dengan berkesan dan tindak-tanduknya dalam
menaikkan prestasi atlet melalui pengurusan kewangannya yang berkesan.

􀄆 Membandingkan Prestasi dengan Standard yang Telah Ditetapkan Perbandingan


yang dilakukan ini perlu memenuhi keperluan standard yang telah ditetapkan
adakah ianya gagal dipenuhi atau menjangkau lebih dari yang telah ditetapkan.
Tindakan Pembetulan
Tindakan pembetulan ini hanya dijalankan jika standard yang diinginkan tidak
tercapai. Sesuatu tindakan yang diambil perlu dianalisis di mana berlaku
kepincangannya, mencari punca ataupun mungkin standard yang telah ditetapkan
sukar dicapai atau tidak realistik.
Proses Pengawalan
Faedah Pengawalan

Berikut adalah faedah diperolehi melalui pengawalan yang berkesan:

(i) Membantu untuk pencapaian objektif dalam tempoh masa yang telah ditetapkan
secara efektif dan efisien.
(ii) Mengurangkan risiko berhadapan dengan masalah yang rumit.
(iii) Membantu bertindak jika berlaku sebarang kesilapan ataupun aktiviti pengurusan
yang lembap.

SEMAK KENDIRI 5.4

Pengurusan Sumber Manusia

Organisasi merupakan satu sistem yang mana sumber manusia merupakan salah satu
fungsi yang menggerakkan sistem berkenaan. Pengurusan sumber manusia perlu memiliki
hubungan selari dengan strategi-strategi organisasi yang telah dirancang. Ini bermakna
dalam setiap pengurusan sumber manusia ianya perlu dilaksanakan secara terancang bagi
membantu perlaksanaan strategi-strategi organisasi. Aktiviti yang dilaksanakan ini
merupakan satu proses yang berterusan (ongoing) dan perlu melalui proses-proses,
seperti menentukan keperluan sumber manusia dalam organisasi, mendapatkan calon
yang berkelayakan, membangunkan pekerja dan mengekalkan pekerja yang berkelayakan.
Menentukan Keperluan Sumber manusia • Perancangan sumber manusia

Menarik minat calon berkelayakan • Pengrekrutan/Pengambilan


• Pemilihan
Pembangunan pekerja berkelayakan • Orientasi
• Latihan
• Penilaian Prestasi
Mengekalkan pekerja berkelayakan • Ganjaran kewangan dan manfaat
pekerjaan
• Pemisahan pekerja

Proses pengurusan sumber manusia

Keperluan menentukan keperluan sumber manusia bagi sesebuah organisasi perlu


dirancang secara teliti dan mengambil kira pelbagai faktor yang berkaitan dengan
perancangan sesebuah organisasi. Jadual di atas menunjukkan bagi mendapatkan
(pengambilan dan pemilihan), membangunkan (orientasi, latihan dan penilaian prestasi)
dan mengekal atau memisahkan pekerja (pemberian ganjaran dan pemisahan) merupakan
satu senario yang saling memerlukan antara satu sama lain. Situasi akan dapat diurus
dengan baik jika adanya perancangan yang tersusun rapi dalam mengendalikan proses ini.
Oleh yang demikian, keperluan kepada perancangan sumber manusia bagi organisasi
pendidikan jasmani dan sukan amatlah diperlukan.

Motivasi

Motivasi juga perlu dilihat sebagai satu proses. Melalui proses ini bermula dari kehendak
dan bertukar kepada motif yang mempengaruhi tingkah laku dan diakhirinya anda perlu
menerima keadaan di mana, anda akan berasa berpuas hati atau sebaliknya. Sebagai
contoh jika anda sedang dalam latihan bola sepak dan berasa sangat dahaga (kehendak)
dan ketika latihan anda ingin untuk minum (motif). Anda kemudiannya dapat minum air
yang anda inginkan (tingkah laku) dan akhirnya anda dapat memenuhi kehendak anda
(keputusan) dan pastinya anda berasa cukup puas dengan minuman itu. Ini merupakan
satu proses yang boleh anda kaitkan mengenai motivasi.

Williams (2000), motivasi ialah kuasa-kuasa yang berupaya menggerakkan, mengarah dan
membolehkan seseorang itu tekun dalam usaha mereka untuk mencapai matlamat yang
telah ditetapkan. Sebagai contoh, seorang jurulatih bola sepak mungkin bermotivasi untuk
bekerja dengan kuat bagi menghasilkan kemenangan setiap kali perlawanan manakala
jurulatih bola sepak pasukan lain mungkin hanya bermotivasi hanya melaksanakan latihan
sekadar yang dikehendaki oleh pengurus pasukan.

Kehendak ialah keperluan secara fizikal dan psikologikal yang perlu dipenuhi bagi
memastikan kewujudan dan kesejahteraan. Apabila kehendak tidak dipenuhi, seseorang itu
akan mengalami ketegangan pada peringkat dalaman tetapi sebaik sahaja sesuatu
kehendak tersebut dipenuhi, ia akan mendapat kepuasan dan merasakan diri mereka
bermotivasi. Seterusnya keperluan yang telah dipenuhi tidak lagi dapat memotivasikan
individu tersebut dan apabila keadaan ini berlaku, individu akan beralih kepada keperluan-
keperluan lain yang belum dipenuhi.

Komunikasi

Komunikasi adalah merupakan salah satu aspek penting pengurusan dalam setiap
organisasi. Peranan pengurus dalam bidang pendidikan jasmani dan sukan tidak banyak
beza di antara pengurus di sektor lain. Kedua-duanya memiliki matlamat yang sama untuk
melaksanakan sebarang perancangan yang telah dibuat dengan efektif dan efisien. Untuk
memastikan kesemua perancangan itu diterjemahkan kepada pelaksanaan, idea dan
hasrat sesuatu perancangan itu perlu disampaikan kepada anggota untuk mereka fahami
dan hayati bersama. Medium penyampaian yang terbaik ialah melalui komunikasi.

Berikut adalah beberapa definisi komunikasi:


(a) Proses menyampaikan maklumat atau pendapat kepada individu atau kumpulan
yang melibatkan pertukaran mesej dengan tujuan mencapai maksud yang sama.
(b) Komunikasi melibatkan minimum dua individu, satu pihak yang menghantar mesej
dari satu pihak lagi menjadi penerima mesej tersebut.
(c) Dalam komunikasi yang efektif, mesej tersebut perlu memberi makna yang sama
kepada penghantar dan penerima.
Proses Komunikasi

Komunikasi boleh dilihat sebagai suatu proses yang melibatkan tujuh elemen penting
seperti berikut:

Proses komunikasi

(a) Penghantar atau Penyampai


Merupakan Individu yang Memulakan Komunikasi Tersebut
(b) Menterjemah (Enkod)
Sebelum mesej dihantar, penghantar akan menterjemah maksud kepada perkataan
dan gerak anggota adalah takluk kepada faktor kemahiran mengkod, penilaian
kemahiran mengkod, penilaian kebolehan penerima untuk memahami simbol yang
digunakan, dan judgment tentang kepatuhan simbol tersebut, pengalaman lepas,
status, pendidikan dan keadaan emosi ketika komunikasi dimulakan.
(c) Mesej
Mesej mempunyai simbol lisan dan bukan lisan yang digunakan untuk
menyampaikan maksud kepada penerima. Mesej boleh dihantar melalui pelbagai
medium, yang pentingnya ialah pemilihan medium yang bersesuaian untuk tujuan
komunikasi

(d) Penerima. Individu yang Ditujukan Sesuatu Mesej

(e) Dekod
Setelah menerima mesej, penerima akan mentafsir simbol yang digunakan
untuk memahami maksud penghantar mesej tersebut. Komunikasi efektif berlaku
apabila penerima dan penghantar mesej mempunyai kefahaman yang sama
daripada mesej. Perselisihan faham berlaku apabila maksud penghantar
disalahtafsirkan oleh penerima.

(f) Gangguan
Gangguan adalah sebarang faktor dalam proses komunikasi yang mengganggu
pertukaran mesej dan pencapaian maksud bersama. Gangguan berlaku di mana-
mana dalam proses tersebut, contohnya gangguan semasa mengkod mesej, statik
dalam talian telefon, keletihan, dan simbol yang digunakan.

(g) Maklum Balas


Maklum balas ialah respon penerima terhadap mesej yang telah ditafsirkan. la
melibatkan pembalikan proses komunikasi di mana penerima menjadi penghantar
dan menghantar mesej atau maklum balas kepada penghantar yang kini menjadi
penerima. Maklum balas amat penting bagi membantu pengurus mentafsirkan
keberkesanan komunikasi mereka.
SEMAK KENDIRI 5.4

You might also like