Pengurusan Pendidikan Jasmani dan Sukan.
DEFINISI PENGURUSAN.
Pengurusan boleh di definisi dan di tafsir oleh pengamal dan ahli akademik dari pelbagaisudut yang berbeza. Berikut adalah beberapa definisi pengurusan yang boleh membantuanda memahami maksudnya:(a) Pengurusan adalah merupakan satu proses integrasi sumber dan tugasan dantanggungjawab ke arah mencapai matlamat yang telah ditetapkan oleh organisasi.(b) Pengurusan adalah merupakan satu proses menetapkan objektif dan pengelolaansumber ke arah mencapai matlamat yang telah ditetapkan dan keberkesanannyaakan dinilai bagi membantu pengamal mengambil langkah-langkah perlu di masahadapan.(c) Pengurusan adalah satu proses yang melibatkan pengarahan satu-satu kumpulanyang terlibat ke arah mencapai matlamat yang telah ditetapkan oleh organisasi.(d) Pengurusan adalah satu proses yang melibatkan perancangan, pengelolaan,memotivasikan dan pengawalan dengan tujuan untuk menghasilkan satu hala tujudan matlamat bagi sesebuah organisasi.(e) Pengurusan adalah satu proses perancangan, pengelolaan, memimpin danpengawalan usaha-usaha anggota sesebuah organisasi serta menggemblengsumber-sumber yang ada dalam organisasi bagi mencapai objektif yang telahditetapkan.
KEPERLUAN MENGURUS
Bagi memastikan aspek pengurusan itu berfungsi dengan baik, tiga aspek penting yangberikut perlu dipenuhi, iaitu:(a) Perlu wujudnya sebuah organisasi yang formal.(b) Organisasi perlu jelas dan memiliki matlamat atas kewujudannya.(c) Organisasi itu perlu memiliki struktur pengurusan yang di ketuai oleh seseorangyang diberi kepercayaan memimpin.