1.1
OBJEKTIF DIPERKENALKAN ALAT MUZIK PERKUSI BAGIPRASEKOLAH.
Terdapat beberapa objektif di sebalik pengenalan alat muzik perkusi bagiprasekolah. Objektif yang pertama adalah untuk membolehkan seseorang kanak-kanakitu memperolehi pengetahuan, kemahiran dan pengalaman dalam penggunaan alatmuzik perkusi. Objektif yang kedua pula adalah bagi membolehkan kanak-kanakmelahirkan perasaan melalui aktiviti-aktiviti yang dijalankan. Objektif yang seterusnyapula adalah untuk membina koordinasi gerakan anggota badan kanak-kanak. Selain itu,penggunaan alat muzik perkusi dapat menguatkan daya konsentrasi dan ingatankanak-kanak.Seterusnya, objektif diperkenalkan alat muzik perkusi bagi prasekolah adalahuntuk membina semangat kerjasama, bertolak ansur, berdisplin arahan, menjaga danmenepati masa, serta bertanggungjawab terhadap alat muzik di kalangan kanak-kanak.selain itu juga, melalui penggunaan alat muzik perkusi kanak-kanak dapat bertindakbalas secara individu atau kumpulan terhadap muzik.Di samping itu juga, dengan pengenalan alat muzik perkusi ianya dapatmelahirkan idea-idea yang kreatif dalam pelbagai ‘mood’ semasa sesi pengajaran danpembelajaran. Kanak-kanak turut dapat bergembira dengan kegiatan muzik yangdiperkenalkan oleh guru. Selain itu juga, dengan memperkenalkan alat muzik perkusi diprasekolah ianya diharap dapat mengisi masa lapang kanak-kanak secara teratur danberfaedah. Objektif yang terakhir adalah alat muzik perkusi turut menggunakan bahanbuangan untuk kegiatan muzik yang diamalkan. Perkara ini secara jelas dapat dilihatdapat memelihara budaya dan muzik muzik bangsa.Dalam permainan alat perkusi juga, murid-murid diberikan peluang belajar membaca skor perkusi yang terancang. Mereka dapat belajar beberapa perkara sepertimenunggu giliran mengikut skor, menyebut menepuk dan mengetuk bersama-sama,memainkan alat dan berhenti mengikut arahan, mula dan berhenti bersama-samamengikut skor muzik serta dapat merasai situasi bermain seperti sebuah orkestra yangpenuh dengan peraturan dan disiplin.
2