1.0Pendahuluan.
Manusia berkongsi seluruh ruang di planet bumi dengan semua benda danhidupan lain. Manusia ialah makhluk yang mempunyai akal dan budi yang paling tinggiberbanding semua benda hidup yang lain. Manusia daripada bangsa yang berlainanmempunyai perbezaan dari segi rupa bentuk fizikal seperti saiz, warna kulit dankebudayaan seperti bahasa, norma, nilai, institusi (sistem) dan kepercayaan. Namunbegitu, semua manusia mempunyai persamaan biologi yang tergolong di dalam satusepsis yang dinamakan ‘
Homo Sapiens’
.Mengikut perbezaan ciri-ciri rupa bentuk, manusia dapat dikelaskan kepada 4kumpulan iaitu Mongoloid, Negroid, Kaukasoid dan Astraloid. Mongoloid tersebar dirantau Asia dan mereka mempunyai kepala yang berbentuk sfera, berambut lurus,hidung sederhana besar, mata berkelopak tunggal, warna kulit kekuningan dan matayang berwarna perang. Kebanyakkan Negroid terdapat di Afrika Tengah dan merekamempunyai kepala yang panjang, dahi tinggi dan licin, bibir tebal berambut kerintingdan pendek, sedikit bulu di muka dan badan, hidung kemek dan luas, serta kulit danmata berwarna hitam.Sebagai perbandingan yang ternyata, Kaukasoid pula terdapat di Eropah danmereka mempunyai hidung yang panjang dan mancung, berambut hitam atau perang,badan berbulu banyak, berkulit putih dan mata berwarna biru. Astraloid merupakanorang asli di Australia dan mereka mempunyai dai sempit, dagu yang luas, berambutkerinting, hidung kemek dan luas, badan diliputi dengan bulu dan berkulit hitam.Di antara kumpulan manusia itu terdapat banyak ras dan bangsa di seluruh dunia.Semenjak masa purba sampai ke zaman moden, manusia lazimnya hidup dalamkelompok secara sosial dan mempunyai kebudayaan tersendiri seperti berpakaian,makanan dan pendidikan.
1