You are on page 1of 33

TEORI DAN PRINSIP PERANCANG BANDAR

PROGRAM PEMAHAMAN DAN BIMBINGAN


PTK 2008 (GRED J41)

30 APRIL 2008

KOH CHER SHEN


JABATAN PERANCANG BANDAR DAN DESA
PULAU PINANG
KANDUNGAN CERAMAH

Pengenalan
Rangka Perancangan Pembangunan
Negara
Akta 172
Garispanduan Perancangan
Penyertaan Awam
Pemantaun
PENGENALAN

‘Perancangan Bandar dan Desa’ sebagaimana yang ditakrifkan


oleh Lewis Keeble (1969) Sebagai ‘satu seni dan sains mengenai
cara mengatur kegunaan tanah dan cara meletakkan bangunan
serta laluan perhubungan agar memperolehi penjimatan,
keselamatan dan keindahan diparas yang praktik’

Secara asasnya ianya mengandungi elemen-elemen berikut:


• Melibatkan perancangan masa hadapan
• Mengutamakan kesejahteraan dan keselesaan manusia
• Melibatkan faktor-faktor ekonomi, sosial dan fizikal
Disiplin yang sepatutnya membuat hidup kita
senang ( ekonomi, sosial dan alam sekitar )
Disiplin yang menitik beratkan keputusan
yang adil dan saksama.
Disiplin yang telus, keputusan yang telus.
Disiplin yang melibatkan semua.
TEORI DAN MODEL GUNA
TANAH BANDAR
LATAR BELAKANG
Terdapat pelbagai teori dan model guna tanah yang menjelaskan tentang
corak dan ragam guna tanah bandar seperti persaingan, struktur, corak
dan kesan-kesan Pembanguanan terhadap reruang bandar
Diantara teori dan model tersebut ialah Burgess (1925), Hoyt (1939), Harris
Dan Ullman (1945) dan sebagainya.

PENDEKATAN TEORI DAN MODEL

E.W Burgess : Konsep Zon Berpusat

E.W Burgess (1925) telah memetakan guna tanah bandar Chicago dan
beliau telah merumuskan Struktur guna tanah bandar tersebut bersifat
berpusat (Konsentrik) – Rajah 1
1

2 Zon
3
1 - Daerah Perniagaan Berpusat
4 2 - Zon Peralihan
3 - Zon Perumahan Pekerja
4 - Zon Kediaman Terbaik
5 5 - Zon Berulang- alik

Rajah 1 E.W. Eurgess: Konsep Zon Berpusat


Burgess telah membentuk bandar dalam lima zon berpusat:
Zon I : Daerah Perniagaan Berpusat

 Gelung atau Daerah Perniagaan Berpusat (CBD) merupakan


tumpuan aktiviti guna tanah bagi perniagaan runcit dan
perkhidmatan serta termasuk pejabat, bank, hotel, panggung
wayang serta lain-lain aktiviti perdagangan.

Zon II : Zon Peralihan

 Merupakan kawasan perniagaan atau perindustrian ringan yang


tidak menggunakan ruang yang luas.
 Mempunyai sistem jalan raya atau keretapi yang merentangi atau
menghubungkan zon-zon lain.
 Mempunyai kawasan kediaman dalam bentuk rumah-rumah kedai
terutama bagi mereka yang menjalankan aktiviti perniagaan.
 Terdapat kawasan setinggan yang terletak di antara kawasan
perindustrian.
Zon III : Zon Perumahan Pekerja

 Sebahagian besarnya dipenuhi oleh rumah-rumah pekerja kilang, buruh kasar


dan mereka yang berpendapatan rendah dan miskin.

Zon IV: Zon Kediaman Terbaik

 Merupakan kawasan pinggir bandar yang didiami oleh mereka yang mempunyai
taraf hidup yang lebih baik.
 Diduduki oleh golongan atasan dan pertengahan.

Zon V: Zon Berulang - alik

 Merupakan kawasan luar dari sempadan bandar yang merupakan kawasan


perumahan komuniti pinggir bandar atau kawasan bandar satelit.
 Masyarakat terdiri dari golongan atasan dan pertengahan yang mempunyai
kenderaan sendiri.
 Apabila berlaku pertumbuhan bandar, tiap-tiap zon yang ditengah akan
menolak zon-zon yang diluarnya dan diikuti dengan proses ekologi manusia
seperti penaklukan, persaingan dan pengambilalihan.
Homer Hoyt: Konsep Model Bersektor

Dirumuskan oleh H.Hoyt (1939) berdasarkan kajian empirikal ke atas 142


buah bandar raya di Amerika Syarikat (Mewujudkan teori kegunaan tanah
bagi zon perumahan yang berpusat kepada kawasan yang mempunyai
kemudahan pengangkutan).

 Bertujuan menjelaskan taburan sewa di dalam bandar.

 Menekankan kepada andaian faktor ekonomi seperti “accessibility” dan


pola pengangkutan.

 Kawasan yang mempunyai kadar sewa pertengahan terletak ditengah-


tengah antara sewa rumah yang rendah dengan yang tinggi.

 Kawasan kadar sewa yang rendah terletak di tengah-tengah kawasan


yang berhampiaran dengan pusat bandar.
Zon

1- Daerah Perniagaan Berpusat


2- Pemborongan dan Industri Ringan
3- Perumahan Kelas Rendah
4- Perumahan Kelas Pertengahan
5- Perumahan Kelas Atasan

Rajah 2 Homer Hoyt : Konsep Model Bersektor


C.D. Harris & E.L. Ullman : Konsep Pelbagai Pusat atau Nukli

 Mengandaikan bahawa kebiasaan pola guna tanah di bandar bukan


sahaja wujud atau berlaku di persekitaran pusat bandar tetapi juga
meliputi kawasan pusat bandar (nukli) lain yang ditentukan oleh
faktor ekonomi.

 Jumlah dan fungsi setiap pusat bandar adalah berbeza dari sebuah
bandar metropolitan dengan bandar yang lain.

 Pusat bandar wujud dengan jelas dari satu nukli.


 Nukli-nukli yang lain wujud dalam bentuk perindustrian dimana
terdapat aktiviti ekonomi.

 Kemudian wujud pusat membeli belah dan institusi pengajian


tinggi.

 Akhirnya wujud masyarakat pinggir kota dan diikuti dengan


masyarakat satelit.
Zon

1 - Pusat Perniagaan Daerah


2 - Jualan Borong dan Industri Ringan
3 - Perumahan Kelas Bawahan
4 - Perumahan Kelas Pertengahan
5 - Perumahan Kelas Atasan
6 - Industri Berat
7 - Kawasan Perniagaan Luar
8 - Perumahan Pinggir Kota
9 - Industri Pinggir Kota

Rajah 3 : C.D. Harris & E.L. Ullman : Konsep Pelbagai Pusat/ Nukli dialami oleh
Industri Besar yang Teguh dari Segi Pengeluaran dan Pasaran
RANGKA PERANCANGAN
PEMBANGUNAN NEGARA

WAWASAN 2020

PERINGKAT 1 : PERANCANGAN NEGARA

RANCANGAN MALAYSIA RANCANGAN FIZIKAL DASAR/ RANCANGAN


5 TAHUN NEGARA SEKTORAL

PERINGKAT 2 : PERANCANGAN WILAYAH/NEGERI

PELAN PEMBANGUNAN RANCANGAN WILAYAH/ DASAR/ RANCANGAN


NEGERI STRUKTUR NEGERI SEKTORAL

PERINGKAT 3 : PERANCANGAN TEMPATAN

RANCANGAN RANCANGAN KAWASAN


TEMPATAN KHAS
AKTA 172
Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 (Akta 172)
memberi kuasa dan keseragaman undang-undang
mengenai perancangan bandar dan desa di Semenanjung
Malaysia.
Pihak Berkuasa Negeri dipertanggungjawapkan untuk
menggubal dasar am berkenaan dengan perancangan
pemajuan and penggunaan semua tanah dan bangunan
dalam kawasan tiap-tiap pihak berkuasa tempatan di
dalam negeri.
Akta ini mengandungi sembilan bahagian dan lima puluh
seksyen.
Akta ini terdiri dari tiga elemen asas iaitu sistem
pentadbiran perancangan (Bhg. II), sistem rancangan
pemajuan (Bhg. III) dan sistem kawalan perancangan
(Bhg. IV).
GARISPANDUAN PERANCANGAN

Merupakan kenyataan bertulis yang mengandungi


panduan yang menjadi rujukan dalam memajukan
pembangunan. Ianya digunakan oleh pihak berkuasa
perancang tempatan (PBPT) dalam mengawal
pembangunan agar bersifat seragam, selesa dan
selamat dalam aktiviti guna tanah.
Implementasi dasar dan kawalan perancangan yang
berkaitan dengan rancangan pemajuan perlulah
disokong oleh garispanduan perancangan fizikal yang
berkesan.
Ia juga akan membantu dalam perancangan
pembangunan yang lebih mampan.
GARISPANDUAN PERANCANGAN

Garispanduan yang dikeluarkan oleh JPBD boleh dibahagikan kepada


kategori berikut :

1. Alam Sekitar (4)
2. Kawasan Lapang & Rekreasi (6)
3. Kemudahan Masyarakat (4)
4. Perindustrian (2)
5. Perniagaan (3)
6. Pengangkutan (3)
7. Perumahan (5)
8. Perancangan dan Pembangunan Sejagat (1)
9. Program Rakan Muda (1)
10. Rekabentuk Imej Bandar (1)
11. Utiliti (6)
12. Garis Panduan Publisiti dan Penyertaan Awam
(Rancangan Pemajuan) (1)*
GARISPANDUAN PERANCANGAN

Garispanduan mengikut kategori adalah seperti :

1. Alam Sekitar :
• Kawasan Pantai
• Pembangunanan Fizikal Pulau-pulau
• Pemeliharaan Topo Semulajadi
• Rizab Sungai
2. Perniagaan :
• Hypermarket
• Kawasan Perdagangan
• Kawasan Kafe Terbuka
GARISPANDUAN PERANCANGAN
JABATAN LAIN

MANUAL SISTEM SALIRAN MESRA ALAM (MASMA)


 Mengalir air lebihan secepat mungkin
• (Rapid discharge)

 Mengawal air lebihan pada punca


• (Control at Source, attenuated flow)
– Kurangkan air larian melalui :
» Storan
» Tinggikan penyerapan
» Melambatkan aliran
GARISPANDUAN PERANCANGAN
JABATAN LAIN
MANUAL SISTEM SALIRAN MESRA ALAM (MASMA)
KEBAIKAN :
 Mesra Alam
 Selamat
 Mengelak pengumpulan sampah-sarap
 Memperlahankan/mengurangkan aliran air ke sungai
 Kawasan lapang yang lebih luas

Kejadian Banjir boleh dikawal apabila siapnya projek-projek


tebatan banjir (curative).
Kaedah “control at source” diperlukan untuk pembangunan baru
(preventive).
PENYERTAAN AWAM

Dalam perancangan, penglibatan kumpulan sasaran


amatlah penting dalam memastikan kejayaan
pelaksanaannya.
Hasrat ini juga dikenalpasti dan diterjemahkan dalam
Seksyen 6B, 9 dan 13, Akta 172 serta Garis Panduan
Publisiti dan Penyertaan Awam (Rancangan Pemajuan)
yang terkini.
Dalam skop yang lebih luas, KPKT telah melaksanankan
Local Agenda 21 dalam programnya.
LOCAL AGENDA 21 (LA21)

Local Agenda 21 (LA21) ialah suatu program untuk masyarakat,


sektor swasta dan pihakberkuasa tempatan (Majlis Daerah,
Majlis Perbandaran, Majlis Bandaraya dan Dewan Bandaraya)
bekerjasama untuk merancang dan menguruskan kawasan
persekitaran mereka ke arah pembangunan mampan.
Melalui Local Agenda 21, masyarakat tempatan boleh melibatkan
diri untuk mengenalpasti dan mengkaji isu-isu pembangunan
mampan,  membentuk pelan tindakan untuk menangani isu-isu
tersebut dan melaksanakan pelan tindakan itu. 
Pendekatan asas program ini ialah pendekatan "bottom-up",
atau dari akar umbi ke atas.  Ini bermakna, penduduk-penduduk
tempatan sendiri akan terlibat dalam menentukan pelan tindakan
bagi kawasan masing-masing.
LOCAL AGENDA 21 (LA21)

Sumber : KPKT
LOCAL AGENDA 21 (LA21)

Secara ringkas, pembangunan mampan ialah pembangunan yang


memenuhi keperluan semasa tanpa menjejas keperluan generasi-generasi
masa hadapan.
Pembangunan mampan ialah pembangunan yang mengimbangkan
pembangunan ekonomi dengan keperluan-keperluan sosial dan alam
sekitar.
LOCAL AGENDA 21 (LA21)

CIRI-CIRI PEMBANGUNAN MAMPAN:


Alam Sekitar
 Pembangunan yang benar-benar mengambilkira akibat
kegiatan manusia terhadap alam sekitar dan kesihatan.
Kesaksamaan sosial
 Pembangunan yang menyumbang kepada pemerolehan
dan kawalan sumber yang lebih wajar.
Ekonomi manusia
 Pembangunan sosial dan ekonomi yang membantu
masyarakat memenuhi keperluan asas.
LOCAL AGENDA 21 (LA21)

Masa hadapan
 Memastikan bahawa keputusan yang diambil tidak
merosakkan atau menjejaskan kepentingan generasi
masa depan.
Penyertaan
 Proses yang membolehkan seluruh masyarakat terlibat.
Tindakan tempatan/impak global
 Pembangunan tempatan yang menyumbang kepada
resolusi isu global.
PEMANTAUAN

Pemantaun adalah satu proses yang penting dalam sistem


perancangan kerana ia memberi maklumat tentang proses
dan sasaran.
Bagi tujuan ini, indikator-indikator digunakan untuk
mengukur kemajuan dan pencapaian.
Kebaikan indikator adalah :
i. kuantifi maklumat,
ii. memudahkan pemahaman maklumat
iii. memberi maklumat
Bagi JPBD beberapa proses pemantauan dijalankan
seperti bagi RSN/RT, Dasar Perbandaran Negara dan
MURNInet.
MURNInet
:
Malaysian Urban Indicators Network
Merupakan pendekatan yang dapat mengukur serta menilai
tahap kemampanan sesebuah bandar dan kawasan
gabungannya melalui penggunaan Petunjuk Bandar.
Objektif :
• Mengenalpasti isu, masalah, kelemahan dan kekuatan
sesebuah bandar berdasarkan Petunjuk Bandar
Malaysia.
• Menyediakan cadangan dan tindakan untuk tingkatkan
tahap kemampanan sesebuah bandar.

38 Data Perisian Kemampanan


Petunjuk MURNInet Bandar
DEFINISI BANDAR MAMPAN
Bandar mampan mengikut definisi ‘United Nations Centre For Human
Settlements’ (HABITAT) dalam Program Bandar Mampan adalah
“Bandar yang mampu mengekalkan pencapaian dalam
pembangunan sosial, ekonomi dan fizikal untuk selama-lamanya”.

DEFINISI PEMBANGUNAN MAMPAN


Mengikut Laporan ‘Our Common Future’ yang diterbitkan oleh ‘The
World Commission on Environment and Development’ (WCED), 1987,
pembangunan mampan adalah “pembangunan yang memenuhi
keperluan generasi masa kini tanpa mengabaikan keupayaan
generasi akan datang untuk memenuhi keperluan mereka’

DEFINISI PEMBANGUNAN BANDAR MAMPAN MURNInet


Pembangunan Bandar dan Kawasan Gabungannya yang diukur
menggunakan Petunjuk Bandar Malaysia dan mencapai tahap
minima kualiti Kemampanan Bandar (>80%).
PELAKSANAAN PROGRAM
BANDAR UTAMA 2004 2005 2006 2007
1. KANGAR X X X X
2. ALOR SETAR X X X X
3. IPOH X X X X
4. SHAH ALAM X X X X
5. MELAKA X X X X
6. SEREMBAN X X X X
7. KUALA TERENGGANU X X X X
8. KOTA BHARU X X X X
9. GEORGETOWN X X X
10. JOHOR BAHRU X X X
11. KUANTAN X X X
12. KUCHING UTARA X X X
13. KUCHING SELATAN X X X
14. KOTA KINABALU X X X
JUMLAH BANDAR 8 14 14 14
PELAKSANAAN PROGRAM 2007

BANDAR KEDUA
1. SUNGAI PETANI 14. KULAI
2. LANGKAWI 15. PASIR GUDANG
3. KULIM 16. TEMERLOH
4. SEBERANG PERAI 17. BENTONG
5. PORT DICKSON 18. CAMERON HIGHLANDS
6. NILAI 19. KEMAMAN
7. JELEBU 20. PASIR MAS
8. ALOR GAJAH 21. MIRI
9. JASIN 22. SIBU
10. BATU PAHAT 23. PEDAWAN
11. JOHOR BHARU TENGAH 24. SANDAKAN
12. KLUANG 25. TAWAU
13. MUAR

JUMLAH BANDAR = 25 ( BANDAR ke 2 NEGERI )


INDIKATOR SEKTORAL
Bil. Sektor Perancangan

1. Demografi
2. Perumahan
3. Ekonomi Bandar
4. Utiliti dan Infrastruktur
5. Kemudahan Masyarakat dan Rekreasi
6. Alam Sekitar
7. Sosiologi dan Impak Sosial
8. Guna Tanah
9. Pelancongan dan Warisan
10. Pengangkutan dan Aksessibiliti
11. Pengurusan dan Kewangan
KRITERIA PENENTUAN
PETUNJUK BANDAR MAMPAN

1. Boleh digunakan untuk semua hirarki dan saiz bandar.


2. Boleh diukur dengan menggunakan data sekunder.
3. Data sekunder yang mudah dikumpul di peringkat tempatan.
4. Mudah diukur & dapat menunjukkan magnitud masalah yang
dihadapi.

1 2 DATA 3 PIAWAIAN TAHAP


PETUNJUK
KEMAMPANAN

● Boleh diukur ● Data Sekunder


● Menentukan ● Hasil
● Mengukur Isu ● Mudah Sasaran Piawaian pencapaian
yang berbeza diperolehi (benchmarking) Petunjuk

You might also like