You are on page 1of 24

FAKULTI SAINS DAN TEKNOLOGI

PROGRAM PENDIDIKAN SAINS (KIMIA)

ANJURAN :

PEGAWAI RELA DAERAH SLIM RIVER

DENGAN KERJASAMA :

PELAJAR-PELAJAR UPSI

TARIKH :

4 – 5 FEBRUARI 2006

TEMPAT :

FELDA BESOUT 2
KERTAS KERJA
“EPILOG KASIH”
ANJURAN
PELAJAR KURSUS HUBUNGAN ETNIK
UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS

1.0 PENDAHULUAN

Program “ Epilog Kasih ” ini akan dijalankan selama dua hari di


Felda Besout 2 yang terletak di Sungkai, Perak. Program ini akan
melibatkan pelbagai pihak sekaligus dapat menjalankan hubungan baik
diantara penduduk kampung dengan pelajar-pelajar UPSI. Pelbagai aktiviti
yang akan dijalankan bagi menceriakan penduduk Felda Besout 2.

2.0 TUJUAN

Program ini adalah bertujuan untuk mengeratkan hubungan sesama


penduduk Felda dan untuk menjalinkan hubungan mesra dengan pelajar-
pelajar UPSI. Selain itu, program ini juga bertujuan untuk memberi suasana
ceria dan hiburan kepada penduduk dengan adanya pelbagai aktiviti. Pelajar
juga dapat didedahkan dengan aktiviti kemasyarakatan yang sekarang ini
pelajar kurang didedahkan dengan aktiviti-aktiviti sosial.Tujuan program ini
juga adalah untuk memupuk semangat kerjasama antara pelajar dengan
penduduk Felda.

3.0 LATAR BELAKANG

Pelajar-pelajar pada masa kini, kurang terdedah dengan aktiviti sosial


kemasyarakatan. Mereka lebih banyak menghabiskan masa dengan
mengulangkaji pelajaran. Oleh itu, program ini diadakan untuk
membolehkan pelajar-pelajar bersosial dengan penduduk luar. Selain itu,
pelajar-pelajar dan penduduk felda dapat saling mengenali dan dapat
berkongsi pengalaman masing-masing. Program ini juga dapat mendedahkan
pelajar-pelajar dengan kehidupan di luar bandar. Di samping itu, penduduk
felda juga dapat mengetahui kehidupan seharian pelajar di universiti.
Malahan pelajar-pelajar universiti dapat menjadi contoh yang terbaik
kepada kanak-kanak di felda da dapat meniupkan semangat kepada mereka
untuk berjaya dalam pelajaran hingga ke menara gading.
4.0 OBJEKTIF

Antara objektif program ini diadakan ialah:

4.1 Pelajar dapat menambah pengalaman dan pengetahuan mengenai


kehidupan
penduduk Felda.
4.2 Pelajar dapat menjalinkan hubungan silaturrahim dengan penduduk
Felda.
4.3 Pelajar dapat mewujudkan kerjasama pelajar dan penduduk Felda.
4.4 Penduduk Felda dapat didedahkan dengan kehidupan pelajar
universiti.
4.5 Kanak-kanak di Felda dapat menjadikan pelajar UPSI sebagai contoh
untuk
merealisasikan impian mereka ke menara gading.

5.0 JUSTIFIKASI BAGI MENGADAKAN PROGRAM

Antara matlamat lain dalam pelaksanaan program motivasi ini adalah


untuk menerapkan nilai-nilai murni di samping dapat menambah
pengalaman. Selain itu, program ini dapat menceriakan lagi suasana Felda
Besout 2. Pelajar-pelajar juga dapat mempelajari cara pengendalian sesuatu
program.

6.0 MAKLUMAT PELAKSANAAN

6.1 Tarikh : 4 - 5 Februari 2006


6.2 Masa : 8.30 pagi
6.3 Tempat : Dewan Serbaguna & Surau Tambahan Felda
Besout 2
6.4 Golongan sasaran : Penduduk Felda Besout 2
6.5 Perasmi : Tuan Haji Zahudin Bin Dat
Pengurus Felda Besout 2
7.0 PENGANGKUTAN DAN PERALATAN

7.1 Van
7.2 Hadiah & Cenderahati
7.3 Alat-alat gotong-royong ( alatan mengecat )
7.4 Alat-alat sukaneka
7.5 Alat-alat komunikasi dan perhubungan
7.6 Alat-alat LDK
7.7 Alat-alat promosi ( kain rentang,kad jemputan,kertas soal selidik )

8.0 JAWATANKUASA INDUK

Penaung :
Penasihat : En Samri Bin Sainuddin
Pengerusi : Fauzana Bt. Mohd Rohmatullah
Naib Pengerusi 1 : Syarifah Nurul Izzah Bt. Yulaim
Setiausaha : Syaza Safirah Bt.Zulkifli
Bendahari : Nurul Ainn Bt. A. Razak
Ahli Jawatankuasa Kecil :
Peralatan : Siti Nordalila Bt.Md Saad
Jamuan : Zaihasra Bt. Razali
Norita Bt. Mohd Sahidan
Keselamatan : Siti Ajar Bt.Saidin
Pengangkutan : Zaidah Bt. Adnan
Dokumentasi : Wan Nurul Azeanty Bt.Wan Mohd
Aturcara Majlis : Nurul Ainun Bt. Abdul Zabar
Norzee Bt. Asri
9.0 BELANJAWAN DAN JUSTIFIKASI

Pendapatan Jumlah Perbelanjaan Jumlah


Anggaran Pendapatan RM 1500 Anggaran Perbelanjaan RM1500

Jumlah Keseluruhan RM1500 Jumlah Keseluruhan RM1500

10.0 HARAPAN DAN PENUTUP

Semoga program “Epilog Kasih” akan mendapat sambutan daripada


semua pihak.Kami berharap ia akan menjadi harapan yang paling ceria di
sana. Dengan harapan, program ini dapat berjalan dengan sempurna dan
lancar

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

………………………… …………………
………….
(Fauzana Bt.Mohd Rohmatullah) (En Samri bin
Sainuddin)
Pengerusi Penasihat
Program “Epilog Kasih” Program
“Epilog Kasih”
Lampiran A

PROGRAM EPILOG KASIH

TENTATIF PROGRAM

TARIKH : 4 – 5 FEBRUARI 2006

TARIKH MASA PENGISIAN


SABTU 8.30 – 8.45 a.m Penduduk FELDA mengambil tempat
4 FEB 8.45 – 9.00 a.m Ketibaan Dif-dif terhormat
2006 9.00 – 10.00 a.m Majlis Perasmian
10.00 -10.30 a.m Jamuan Ringan
10.30 – 1.00 p.m Gotong-royong mengecat surau
1.00 – 2.30 p.m Rehat
2.30 – 4.30 p.m Sambungan gotong-royong mengecat surau
5.30 – 6.30 p.m LDK 1 (Ice Breaking)
6.30 – 8.00 p.m Rehat
8.00 – 10.00 p.m LDK 2
AHAD 8.30 – 9.00 a.m Pendaftaran sukaneka
5 FEB 9.00 – 11.00 a.m Acara Sukaneka
2006 11.00 – 12.30 p.m Majlis Penutup dan Penyampaian Hadiah
12.30 – 1.00 p.m Bersurai dan Jamuan Ringan
Lampiran B

PERASMIAN PROGRAM EPILOG KASIH

Masa : 1 Jam 30 minit


Tempat : Dewan Serbaguna
Perasmi : Tuan Haji Zahudin Bin Dat

Atur cara majlis

1. Semua penduduk felda mengambil tempat dalam dewan serbaguna


2. Ketibaan dif-dif kehormat
3. Pengerusi majlis mengalu-alukan kedatangan penduduk felda
4. Pengarah projek memberi kata-kata aluan dan menerangkan objektif dan hala tuju
kem diadakan
5. Ucapan oleh wakil RELA
6. Ucapan oleh Tuan Haji Zahudin dan merasmikan Program Epilog Kasih.
Lampiran C

TENTATIF SUKANEKA

OBJEKTIF :

i. Setiap aktiviti yang dilaksanakan bertujuan memupuk semangat kerjasama di


kalangan ahli kumpulan
ii. Memupuk semangat tidak berputus asa dan kesungguhan untuk mencapai
matlamat.
iii. Menguji kefokusan dan kepantasan untuk mencapai matlamat.
iv. Menguji tahap kekreatifan peserta dalam mencari jalan penyelesaian terbaik
bagi mencapai matlamat.
v. Menguji kesabaran peserta.
vi. Mengeratkan silaturrahim dan memupuk perhubungan mesra di kalangan
peserta.

Aktiviti 1 : KEMBANG SEMANGKUK


Masa : 15 minit
Alatan : Belon dan kerusi
Tempat : Padang
Peserta : 5 kumpulan (1 kumpulan 3 orang)
CARA-CARA PERMAINAN
1. Pemain pertama dikehendaki berlari ke check-point.
2. Pemain perlu meniup belon sehingga pecah
3. Apabila belon pemain pecah, pemain kedua terus berlari untuk meneruskan
permainan.
4. Begitulah seterusnya sehingga permainan tamat.

Aktiviti 2 : KERUSI KEJAM


Masa : 15 minit
Alatan : Radio dan 12 buah kerusi
Tempat : Padang
Peserta : 15 orang
CARA-CARA PERMAINAN
1. 12 buah kerusi diatur di dalam bulatan.
2. Permainan bermula sebaik sahaja muzik dimainkan.
3. Pemain dikehendaki mengelilingi kerusi sepanjang tempoh muzik dimainkan.
4. Sebaik sahaja muzik dimatikan, pemain dikehendaki berebut untuk duduk.
5. Peserta yang gagal untuk duduk, akan disingkirkan serta-merta.
6. Untuk permainan seterusnya dua kerusi akan dikeluarkan.
7. Begitulah seterusnya sehingga permainan tamat.
Lampiran C

Aktiviti 3 : DETECTIVE CONAN


Masa : 15 minit
Alatan : Tepung, gula-gula, pinggan dan kerusi
Tempat : Padang
Peserta : 5 kumpulan ( 1 kumpulan 3 orang)
CARA-CARA PERMAINAN
1. Pemain pertama dikehendaki berlari ke check-point.
2. Pemain perlu mencari gula-gula dalam tepung dan mengambilnya dengan
menggunakan mulut.
3. Tanpa menggunakan tangan, penyertaan serta-merta dibatalkan jika peserta
menggunakan tangan.
4. Apabila peman berjaya mendapatkan gula-gula tersebut, pemain dikehendaki
meletakkannya ke dalam pinggan kosong yang telah disediakan.
5. Permainan diteruskan dengan pemain seterusnya.

Aktiviti 4 : MENADAH GERIMIS


Masa : 15 minit
Peralatan : Air, botol, baldi dan span
Tempat : Padang
Peserta : 5 kumpulan ( 1 kumpulan 3 orang)
CARA-CARA PERMAINAN
1. Pemain dikehendaki mengisi air ke dalam botol dengan menggunakkan span.
2. Setiap pemain hanyan dibenarkan mengisi air ke dalam botol dengan hanya
sekali perahan.
3. Langkah ini dilakukan secara bergilir-gilir sehingga kuantiti air mencapai
kuantiti yang ditetapkan.

Aktiviti 5: NYAM-NYAM YUMMY


Masa : 15 minit
Peralatan : Biskut Cracker, 12 buah pinggan, gula, 12 buah kerusi dan 12 botol air
mineral.
Tempat : Padang
Peserta : 4 kumpulan (1 kumpulan 3 orang)
CARA-CARA PERMAINAN
1. Pemain dikehendaki memakan 3 keping biskut di setiap check-point.Terdapat
3 check-point yang disediakan.
2. Langkah yang sama akan diulang sebaik sahaja peserta sebelumnya
menghabiskan biskutnya di check-point ketiga.
Lampiran C

Aktiviti 6 : SLEEPING BEAUTY


Masa : 15 minit
Peralatan : Benang, jarum, kerusi dan bekas jarum.
Tempat : Padang
Peserta : 4 kumpulan (1 kumpulan 3 orang)
CARA-CARA PERMAINAN
1. Bekas berisijarum akan diletakkan di bahagian tengah lorong di antara pemain
dan pengadil.
2. Benang dibekalkan kepada setiap pemain.
3. Pemain Dikehendaki berlari ke empat bekas berisi jarum dan memaskkan
benang ke dalam jarum tersebut.
4. Apabila pemain berjaya memasukkan benang ka dalam jarum, pemain
dikehendaki menunjukkannya terlebih dahulu kepada pengadil di hujung
lorong.
5. setelah disahkan barulah pemain seterusnya boleh meneruskan permainan.

Aktiviti 7 : FISHINGMAN
Masa : 15 minit
Alatan : Kayu, botol, tali dan paku
Tempat : Padang
LANGKAH-LANGKAH MELAKSANAKAN AKTIVITI
1. Setiap kumpulan dibekalkan dengan sebatang kayu yang diikat dengan tali
dan paku.
2. Pemain pertama dikehendaki berlari ke check point di mana botol di
tempatkan.
3. Pemain perlu memancing botol tersebut dan meletakkannya ke dalam baldi
yang telah disediakan.
4. Kemudian, pemain perlu memberikan kayu tersebut kepada pemain yang
seterusnya untuk meneruskan permainan.

Aktiviti 8 : ABE AYANG


Masa : 15 minit
Alatan : Kain pengikat kaki
Tempat : Padang
LANGKAH-LANGKAH MELAKSANAKAN AKTIVITI
1. Terdiri daripada 5 pasangan lelaki dan perempuan.
2. Setiap pasangan dikehendaki mengikat kaki secara mengiring.
3. Mereka dikehendaki berlari ke garisan penamat.
Lampiran C

Aktiviti 9 : BETIK
Masa : Sepanjang sukaneka berlangsung
Alatan : Buah betik
Tempat : Padang
LANGKAH-LANGKAH MELAKSANAKAN AKTIVITI
1. Peserta dikehendaki meneka bilangan biji betik.
2. Satu borang hanya untuk satu tekaan sahaja.
3. Jawapan atau tekaan yang paling hampir dengan bilangan sebenar biji betik akan
dikira sebagai pemenang.
4. Pemenang akan diumumkan pada majlis penyampaian hadiah.
SYARAT-SYARAT PENYERTAAN
1. Borang penyertaan akan dibuka sebelum sukaneka bermula.
2. Peserta adalah terhad kepada 200 peserta sahaja.
3. Setiap penyertaan dikenakan bayaran sebanyak RM0.50 sahaja.
4. Peserta tidak dihadkan kepada satu penyertaan sahaja.
5. Pertandingan ini terbuka kepada semua peringkat umur.
Lampiran D

LDK 1

Aktiviti : ICE BREAKING


Alatan : Kertas A4, pen
Tempat : Dewan Serbaguna
Masa : 1 jam

OBJEKTIF:

i. Mengeratkan silatulrahim sesama peserta.


ii. Membina keyakinan diri di kalangan para peserta..
iii. Meningkatkan kreativiti para peserta.
iv. Memupuk semangat berpasukan.

LANGKAH-LANGKAH MELAKSANAKAN AKTIVITI

1. Fasilitator memperkenalkan diri masing-masing.


2. Fasilitator memberi arahan tentang aktiviti yang bakal dijalankan
3. Fasilitator mengedarkan peralatan ( kertas A4 dan pen ) kepada para
peserta.
4. Para peserta diberikan masa 15 minit untuk melakar perkara yang
melambangkan diri mereka sendiri.
5. Setiap peserta dikehendaki memperkenalkan diri dan menerangkan
perkara yang mereka lakar tadi.
6. Fasilitator menerangkan objektif LDK 1 kepada para peserta.
7. Para peserta diminta mereka tepuk semangat dan memberi nama kepada
kumpulan
Lampiran D

LDK 2

Stesen 1

Aktiviti : STANDING IN THE EYES OF THE WORLD.


Alatan : Penyedut minuman, selofan tip
Tempat : Dewan Serbaguna
Masa : 15 minit

OBJEKTIF:

v. Membentuk semangat kerjasama di kalangan peserta.


vi. Merangsang kreativiti di kalangan para peserta.
vii. Memupuk persaingan yang sihat di kalangan peserta.

LANGKAH-LANGKAH MELAKSANAKAN AKTIVITI

8. Instruktur memberi arahan kepada para peserta supaya mereka sesuatu


dengan menggunakan penyedut minuman.
9. Para peserta diberi masa 15 minit untuk menyiapkan rekaan tersebut
10. Para peserta diminta menerangkan mengapa mereka memilih rekaan
tersebut.
11. Setelah selasai aktiviti ini para peserta diminta untuk bergerak ke stesen
seterusnya.
Lampiran D

Stesen 2

Aktiviti : WAJAH IMPIAN


Alatan :Kad manila, marker, kain
Tempat : Dewan Serbaguna
Masa : 15 minit

OBJEKTIF

i) Memupuk semangat bekerjasama.


ii) Membentuk para peserta supaya mengikut arahan yang diberikan.
iii) Membina insan yang teliti dalam melakukan sesuatu pekerjaan.
iv) Membentuk insan yang suka memberi pertolongan kepada insan lain yang
memerlukan.

LANGKAH-LANGKAH MELAKSANAKAN AKTIVITI

1. Instruktur memberi penerangan kepada para peserta tentang cara-cara


permainan ini.
2. Instruktur mengedarkan peralatan kepada para peserta.
3. Salah seorang daripada peserta diminta menutup mata dengan menggunakan
kain.
4. Manakala peserta yang lain diminta memberikan arahan kepada peserta yang
menutup mata tersebut untuk melakar wajah impian mereka di atas kertas
manila yang telah disediakan.
5. Semua peserta diminta memberi pendapat masing-masing terhadap hasil wajah
impian yang telah mereka hasilkan.
6. Para peserta diminta untuk bergerak ke stesen yang seterusnya.
Lampiran D

Stesen 3

Aktiviti : DADU UNDUR MAJU


Alatan : Dadu yang diperbuat daripada kad manila, maskin tip
Masa : 15 minit
Tempat : Dewan Serbaguna

OBJEKTIF

i. Memupuk semangat bekerjasama di kalangan para peserta.


ii. Melihat sejauh mana kesabaran para peserta untuk terus maju ke hadapan
walaupun dengan melalui pelbagai halangan.
iii. Memupuk jati diri supaya tidak menyalahkan orang lain sepanjang permainan
berlangsung.

LANGKAH-LANGKAH MELAKSANAKAN AKTIVITI

1. Instruktur memberi arahan kepada para peserta supaya beratur.


2. Peserta pertama diminta membalingkan dadu.
3. Jika dadu yang dibaling adalah berwarna hitam, para peserta diminta untuk maju
ke hadapan mengikut nombor pada dadu tersebut.
4. Sebaliknya, jika dadu yang dibaling adalah berwarna merah para peserta diminta
undur mengikut nombor pada dadu tersebut.
5. Peserta seterusnya diminta membalingkan dadu.
6. Para peserta diinta membalingkan dadu sehingga sampai ke garisan penamat.
Lampiran D

Stesen 4

Aktiviti : CAP KALICAP


Alatan : -
Masa : 15 minit
Tempat : Dewan Serbaguna

OBJEKTIF

i. Melatih peserta supaya peka terhadap gerakan yang telah dilakonkan oleh peserta
yang lain.
ii. Mewujudkan semangat berpasukan di kalangan para peserta.
iii. Sebagai satu hiburan kepada para peserta ketika menjalankan aktiviti LDK ini.

LANGKAH-LANGKAH MELAKSANAKAN AKTIVITI

1. Instruktur menerangkan cara permainan yang bakal dilakukan.


2. Para peserta pertama diminta untuk membuat satu gaya mereka yang tersendiri.
3. Manakala peserta yang kedua diminta meniru gaya peserta kedua dan seterusnya
sambil menyanyikan lagi yang telah ditetapkan.
4. Permainan ini berakhir sehingga semua peserta tidak dapat meniru gaya peserta
yang lain.
Lampiran E

PENUTUPAN PROGRAM EPILOG KASIH

Masa : 1 Jam 30 Minit


Tempat : Dewan Serbaguna
Penutupan kem
Oleh : Wakil Felda Besout 2

Atur cara majlis

1. Kesemua penduduk felda berkumpul di dewan


2. Pengerusi berucap dan mengalu-alukan kesudian penduduk felda
3. Pengerusi mempersilakan Ketua Kampung untuk berucap
4. Sesi penyampaian hadiah sukaneka, yang disampaikan oleh Wakil Felda Besout 2
5. Wakil Felda Besout 2 menutup secara rasmi Program Epiloq Kasih
6. Pengerusi program diiringi Timbalan Pengerusi, memberikan cenderahati kepada
Wakil Felda Besout 2
7. Majlis ditutup.
Lampiran F

BELANJAWAN PROGRAM EPILOG KASIH

TARIKH : 4 – 5 FEBRUARI 2006

1) BELANJAWAN MAKANAN

BELANJAWAN ANGGARAN KOS ANGGARAN KOS 100 ORANG


SEORANG PESERTA
Makan pagi RM 1.50 RM 150.00

Makan tengahari RM 3.00 RM 300.00

Makan malam RM 1.00 RM 100.00

Makan pagi RM 1.50 RM 150.00

Jumlah kesuluhan RM 7.00 RM 700.00

2) PENGANGKUTAN

Sewa Van – RM200.00

3) PERALATAN GOTONG-ROYONG

i. Cat (1tin) : RM50.00


(4 tin) : RM50.00 X 4 = RM200.00

4) PERALATAN SUKANEKA

i. Belon : RM10
ii. Tepung : RM2.00
iii. Gula-gula : RM2.00
iv. Pinggan kertas : RM5.00
v. Air mineral : RM12.00
vi. Span : RM5.00
vii. Biskut : RM6.00
viii. Benang : RM1.00
ix. Jarum : RM2.00
x. Tali : RM2.00
xi. Paku : RM0.20
xii. Wisel : RM3.00
xiii. Tali rafin : RM4.00
____________

jumlah ____________

5) PERALATAN LDK

6) PERALATAN PROMOSI
Fauzana Binti Mohd. Rohmatullah,
Pengarah Program Epilog Kasih,
Universiti Pendidikan Sultan Idris,
39500 Tanjong Malim,
Perak Darul Redzuan.

Pegawai RELA Daerah Slim River,


Perak Darul Redzuan. 13 Januari 2006

Melalui.
En.Samri
Tuan,

Memohon Kerjasama Untuk Menjayakan Program Epilog Kasih

Merujuk kepada perkara diatas, saya sebagai wakil mahasiswa- mahasiswi yang akan
mengadakan satu program di FELDA Besaout 2 iaitu Program Epilog Kasih, pihak tuan
untuk memberi kerjasama bagi menjayakan program ini.

1. Untuk pengetahuan pihak tuan, Program Epilog Kasih ini akan melibatkan semua
penduduk dan pelajar Tahap 2 di FELDA Besout 2.

2. Selain daripada itu, kami juga ingin memohon jasa baik pihak tuan untuk
menghulurkan bantuan tenaga kerja daripada ahli-ahli RELA Daerah Slim River.

3. Untuk makluman pihak tuan, program ini akan berjalan selama tiga hari dua
malam iaitu pada hari Jumaat, Sabtu dan Ahad bersamaan 3, 4 dan 5 Februari
2006.

Kami berharap pihak tuan dapat mempertimbangkan permohanan yang diusulkan.


Segala budi bicara tuan, kami dahului dengan ucapan terima kasih.

Yang Benar,

……………….
( Fauzana Binti Mohd. Rohmatullah )
Pengarah Program

Disahkan oleh,

……………….
(Samri Bin Sainuddin )
Penyelaras Kursus Hubungan Etnik
Fauzana Binti Mohd. Rohmatullah,
Pengarah Program Epilog Kasih,
Universiti Pendidikan Sultan Idris,
39500 Tanjong Malim,
Perak Darul Redzuan.

Tuan Haji Zahudin Bin Dat,


Pengurus Felda Besout 2,
Perak Darul Redzuan. 13 Januari 2006

Tuan,

Memohon Kebenaran Mengadakan Program Epilog Kasih

Merujuk kepada perkara diatas, saya sebagai wakil mahasiswa- mahasiswi yang akan
mengadakan satu program di felda tuan iaitu Program Epilog Kasih, pihak tuan untuk
memberi kebenaran mengadakan program ini.

2. Untuk pengetahuan pihak tuan, Program Epilog Kasih ini akan melibatkan semua
penduduk dan pelajar Tahap 2 di felda tuan.

3. Selain daripada itu, kami juga ingin memohon jasa baik pihak tuan untuk
menggunakan peralatan dan infrastruktur felda seperti dewan dan surau.

4. Untuk makluman pihak tuan, program ini akan berjalan selama tiga hari dua malam
iaitu pada hari Jumaat, Sabtu dan Ahad bersamaan 3, 4 dan 5 Februari 2006. Oleh yang
demikian, pihak kami berharap mendapatkan kebenaran untuk bermalam di dewan felda
tuan memandangkan akan terdapat aktiviti pada waktu malam.

Kami berharap pihak tuan dapat mempertimbangkan permohonan yang diusulkan. Segala
budi bicara tuan, kami dahului dengan ucapan terima kasih.

Yang Benar,

……………….
( Fauzana Binti Mohd. Rohmatullah )
Pengarah Program

Disahkan oleh,

……………….
( Samri Bin Sainuddin )
Penyelaras Kursus Hubungan Etnik
Fauzana Binti Mohd. Rohmatullah,
Pengarah Program Epilog Kasih,
Universiti Pendidikan Sultan Idris,
39500 Tanjong Malim,
Perak Darul Redzuan.

Pegawai RELA Daerah Slim River,


Perak Darul Redzuan 13 Feb 2006

Tuan,

Memohon Sumbangan Kewangan

Merujuk kepada perkara diatas, saya sebagai wakil mahasiswa- mahasiswi memohon
sumbangan kewangan daripada pihak tuan untuk mengadakan satu program di FELDA
Besaout 2 iaitu Program Epilog Kasih.

1. Untuk pengetahuan pihak tuan, Program Epilog Kasih ini akan melibatkan semua
penduduk dan pelajar Tahap 2 di FELDA Besout 2.

2. Di antara aktiviti-aktiviti yang akan di jalankan :

i) Gotong-royong mengecat dan membersihkan surau


ii) Latihan Dalam Kumpulan bersama pelajar-pelajar Tahap 2 di FELDA
Besout 2.
iii) Sukaneka bersama penduduk FELDA Besout 2.

3. Untuk makluman pihak tuan, pihak kami juga menyediakan jamuan makan untuk
peserta sepanjang program ini dijalankan.

4. Bersama-sama surat ini, pihak kami lampirkan belanjawan untuk program ini.

Kami berharap pihak tuan dapat mempertimbangkan permohanan yang diusulkan.


Segala budi bicara tuan, kami dahului dengan ucapan terima kasih.

Yang Benar, Disahkan oleh,

………………. ……………….
( Fauzana Binti Mohd. Rohmatullah ) ( Samri Bin Sainuddin )
Pengarah Program Penyelaras Kursus Hubungan Etnik
Fauzana Binti Mohd. Rohmatullah,
Pengarah Program Epilog Kasih,
Universiti Pendidikan Sultan Idris,
39500 Tanjong Malim,
Perak Darul Redzuan.

Tuan Haji Zahudin Bin Dat,


Pengurus Felda Besout 2,
Perak Darul Redzuan. 13 Januari 2006

Tuan,

Memohon Sumbangan Kewangan

Merujuk kepada perkara diatas, saya sebagai wakil mahasiswa- mahasiswi memohon
sumbangan kewangan daripada pihak tuan untuk mengadakan satu program di FELDA
Besaout 2 iaitu Program Epilog Kasih.

2. Untuk pengetahuan pihak tuan, Program Epilog Kasih ini akan melibatkan semua
penduduk dan pelajar Tahap 2 di FELDA Besout 2.

3. Di antara aktiviti-aktiviti yang akan di jalankan :

i) Gotong-royong mengecat dan membersihkan surau


ii) Latihan Dalam Kumpulan bersama pelajar-pelajar Tahap 2 di FELDA
Besout 2.
iii) Sukaneka bersama penduduk FELDA Besout 2.

4. Untuk makluman pihak tuan, pihak kami juga menyediakan jamuan makan untuk
peserta sepanjang program ini dijalankan.

5. Bersama-sama surat ini, pihak kami lampirkan belanjawan untuk program ini.

Kami berharap pihak tuan dapat mempertimbangkan permohanan yang diusulkan. Segala
budi bicara tuan, kami dahului dengan ucapan terima kasih.

Yang Benar, Disahkan oleh,

………………. ……………….
( Fauzana Binti Mohd. Rohmatullah ) ( Samri Bin Sainuddin )
Pengarah Program Penyelaras Kursus Hubungan Etnik
s.k. Pengerusi JKKK

You might also like