OBJEKTIF JABATAN/PEJABATLATAR BELAKANG
Kokurikulum merupakan salah satu aktiviti yang boleh meningkatkaninteraksi dan integrasi di kalangan pelajar, membina sahsiah bersepadu darisegi psikomotor, kognitif dan afektif untuk melahirkan insan yang seimbangseperti termaktub dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Namun demikian, pelaksanaannya di sekolah kadang kala mengundang risiko kepada pihak pelaksana lantaran pengabaian terhadap prosedur pelaksanaan dan kecuaianatau sebagainya. Oleh hal yang demikian, rujukan terhadap manual prosedur kerja yang sempurna diharap dapat mengelakkan musibah tersebut daripada berlaku.
OBJEKTIF
1.Meningkatkan disiplin pelajar melalui penyemaian dan pemupukannilai dan sikap positif selaras dengan Falsafah PendidikanKebangsaan.
2.
Memberi kesempatan kepada pelajar-pelajar memperoleh pengetahuan, pengalaman, kemahiran asas, kebolehan mengurusdan kebolehan memimpin serta berdikari.
3.
Sebagai persediaan masa depan untuk pelajar-pelajar melibatkandiri dalam kegiatan kemasyarakatan.4.Menyedarkan dan mengukuhkan interaksi dan integrasi di kalangan pelajar melalui kegiatan-kegiatan tertentu untuk mencapaimatlamat perpaduan negara.
5.
Membantu mewujudkan masyarakat yang berilmu pengetahuan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapaikesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonianserta kemakmuran masyarakat dan negara.6.Untuk membolehkan lebih ramai lagi bilangan peserta sekolahmewakili daerah, negeri dan negara dalam gerak kerjakokurikulum.7.Menjadikan pelajar-pelajar individu-individu yang sentiasa bersifatinovatif dan kreatif dalam sebarang tugas.
8.
Meningkatkan suasana sekolah yang lebih menarik danmenggembirakan pelajar dalam usaha melahirkan budaya sekolahyang unggul.1