You are on page 1of 5

Senaman Kacip Fatimah

Pada zaman dahulu, wanita-wanita yang mengambil berat untuk menjaga kelangsingan badan
dan kesuburan serta mutu anggota mereka mengamalkan berbagai petua termasuklah menjaga
makan dan bersenam di waktu pagi. Terdapat gerakan-gerakan senaman yang cukup baik
untuk wanita dan biasanya ia diamalkan di waktu pagi selepas bangun tidur. Kepentingan
melakukan senaman ini kepada seiap wanita akan meningkat terutamanya apabila badan
merasa lemah-lemah dan umur semakin meningkat.

Semasa tidur, sebanyak 30 hingga 50 peratus darah kembali ke hati dan pankreas. Keadaan
ini membahayakan kesihatan dan ia menjadi sebab mengapa ‘stroke’ kerap menyerang pada
awal pagi, dan ini berpunca dari bangun pagi secara tergesa-gesa dan gopoh-gapah tanpa
memberi peluang kepada tubuh untuk jadi cukup bersedia.

Saya telah berpeluang belajar Senaman Kacip Fatimah untuk wanita dari seorang tukang urut
yang berasal dari Yong Peng, Johor. Beliau pergi mengurut ke merata tempat dan akan
mengajarkan kepada wanita-wanita yang diurutnya itu gerakan-gerakan senaman ini. Gerakan
senaman yang beliau ajarkan adalah serupa dengan gerakan yang diajarkan oleh seorang lagi
wanita Melayu yang berasal dari Johor Bahru, menunjukkan bahawa gerakan senaman ini
adalah satu ilmu yang tua.

Berdasarkan rujukan-rujukan saya terhadap senaman tradisi India dan Cina, didapati bahawa
banyak dari gerakan Senaman Kacip Fatimah ini unik, walaupun terdapat sedikit sebanyak
persamaan di sana sini. Pada saya, gerakan-gerakan senaman ini adalah amat bernilai sebagai
khazanah bangsa Melayu dan patut diketahui oleh generasi yang kemudian.

Asal Usul Nama Kacip Fatimah

Orang-orang Melayu zaman dahulu (setelah kedatangan Islam di Nusantara) telah


menjadikan Saidina Ali dan Saidatina Fatimah (Siti Fatimah) sebagai contoh teladan (role-
model) pasangan suami isteri yang bahagia. Nama Saidina ‘Ali telah disempenakan untuk
menamakan sejenis akar yang dianggap sebagai permata kelelakian di alam Melayu (Tongkat
Ali) dan nama Saidatina Fatimah pula disempenakan untuk sejenis tumbuhan kecil yang
dianggap permata kewanitaan (Kacip Fatimah). Kacip pula adalah sejenis alat untuk
membelah dan meracik pinang, digunakan oleh orang Melayu sejak zaman berzaman (sejak
dari zaman Hindu di Nusantara).

Kacip Fatimah (nama saintifiknya Labisia pumila) banyak ditemui dalam hutan-hutan di
Malaysia. Ramuan yang didapati hasil merebus tumbuhan ini dalam air membantu
memudahkan ibu-ibu bersalin. Selepas bersalin pula, ia masih diminum oleh wanita untuk
memulihkan kekuatan dan mengubati luka-luka. Ia juga berkhasiat mengubati sakit kelamin
wanita (gonorrhoea) serta mengeluarkan angin dari dalam tubuh.

Gerakan Senaman Kacip Fatimah


Saya akan mencatatkan gerakan senaman ini. Ianya terdiri dari berbagai petua tradisional
Melayu. Disamping itu juga saya telah merujuk kepada petua-petua tradisional India dan
Cina untuk membuat perbandingan:

1. Halus Pandangan

Faedah: Menurut petua orang tua-tua Melayu, senaman mata ini mengelakkan diri anda dari
mudah pusing mata dan dapat menajamkan fokus mata.

Gerakan: Apabila terjaga dari tidur, pejamkan kedua mata. Baring terlentang dalam keadaan
santai tenang. Gerakkan bola mata seolah-olah anda memandang ke arah kepala anda, kaki,
kiri dan kanan. Kemudian pusingkan bola mata itu mengikut arah jarum jam. Ulangi perkara
yang sama tapi kali ini melawan arah jarum jam.

2. Angin Tunggal

Faedah: Gerakan ini membantu mengeluarkan angin dari dalam perut, mengurut dan
menyengkak rahim serta menyempitkan anggota sulit wanita.

Gerakan: Baring terlentang, lunjurkan kedua-dua kaki. Tarik nafas. Kemudian angkat kaki
kanan lurus ke udara. Bengkokkan lutut anda dan bawa ia ke arah dada sambil anda lepaskan
nafas. Selepas itu, dalam keadaan nafas biasa, paut lutut yang dibengkokkan itu
menggunakan kedua-dua tangan anda ke arah dada dan tahankan posisi ini selama 7 saat.
Tukar kaki dan ulangi proses yang sama.

3. Angin Kembar

Faedah: Membantu mengeluarkan angin serta mengurut pinggul serta merampingkan


pinggang wanita.

Gerakan: Baring terlentang. Angkat kedua-dua kaki anda tegak ke udara. Tarik nafas.
Kemudian bengkokkan kedua-dua lutut anda itu ke dada sambil lepaskan nafas. Dalam
keadaan nafas biasa pula, pautlah kedua lutut itu ke arah dada dengan kedua-dua tangan anda.
Tahankan posisi ini selama 7 saat.

TUBUH WANITA YANG MENGGHAIRAHKAN LELAKI

Betis dan Lutut


Wanita yang apabila berjalan bergesel betis dan lututnya amat disukai lelaki, walaupun
wanita ini tidak begitu menggoyang pinggulnya. Cara berjalan sebegini membayangkan
bahawa faraj wanita itu kecil dan sempit, dan sempitnya faraj wanita menjadi kesukaan
lelaki.

Pinggang
Lelaki lebih tertarik pada pinggang yang ramping kerana ianya mudah digoyang sewaktu
berjimak. Goyangan sewaktu jimak dilakukan oleh wanita, dayungan biasanya dilakukan
oleh lelaki. Goyangan ini memberikan kenikmatan yang lebih tinggi kepada lelaki.

Pipi
Ciuman yang melazatkan penciumnya berada pada sasaran pipi yang licin, bersih dan
halus, oleh kerana itu ramai lelaki lebih menyukai wanita yang berpipi licin.
Dada dan Payudara
Terdapat pertalian antara bidangnya dada wanita dengan payudaranya. Jika dadanya
bidang, maka payudaranya tidak begitu nyata bentuknya. Sekiranya dada kecil,
payudara adalah lebih jelas bentuknya dan tampak membengkak dan naik. Keadaan
inilah yang menarik oerhatian lelaki.

Alis Mata
Sekiranya alis mata wanita halus tersusun rapi, ia dianggap sebagai kesukaan kaum
lelaki.

Dahi
Apabila dahi wanita luas, ia dianggap dahi yang sempurna oleh lelaki. Dahi wanita
adalah tempat di mana lelaki akan menemukan dahinya.

Bibir dan Lidah


Lelaki lebih menyukai bibir yang nipis dan lidah yang lonjong kerana ia dianggap
menikmati kucupan semasa istimta’ mahupun jimak. Pada zaman ini, kucupan lidah
lebih disukai dan membangkitkan syahwat 3 kali ganda berbanding dengan ciuman ke
pipi, dua alis mata, antara 2 lubang hidung dan pada tengkuk wanita yang mampu
membangkitkan syahwat sebanyak 25 peratus.

Faraj
Pada lelaki, bentuk faraj wanita tidaklah menjadi persoalan besar. Tetapi ramai lelaki
lebih sukakan wanita yang mempunyai lubang faraj yang kecil kerana ia dianggap dapat
memegang dan menyepit zakar lelaki dengan lebih utuh tatkala jimak. Walaupun begitu,
seni kemutan dianggap lebih penting dari besar atau kecilnya lubang faraj, kerana ini
dianggap lebih memberi kesan kenikmatan kepada lelaki.

PETUA BADAN RAMPING

JIKA sukar mengikuti pelbagai diet untuk menurunkan berat badan panduan berikut boleh diikuti
untuk mereka yang mahukan bentuk badan ramping serta menikmati gaya hidup yang lebih
menyihatkan.

- Berjalan kaki, sekurang-kurangnya 15 minit setiap hari. Jika asyik naik lif untuk sampai ke rumah,
cubalah naik dan turun rumah dengan tangga.

- Minum air kosong lapan gelas sehari. Ia membantu membuang toksin daripada badan. Segelas air
kosong juga boleh diambil sebelum makan kerana ia memberikan rasa kenyang sekali gus
menghindarkan diri daripada rasa lapar berlebihan.

- Sarapan setiap pagi usah diabaikan. Mereka yang tidak bersarapan cepat lapar dan mendorong diri
untuk makan lebih banyak pada waktu tengah hari.

- Banyakkan pengambilan buah-buahan dan sayur-sayuran kerana ia baik untuk sistem pencernaan
serta dapat menurunkan kadar kolesterol badan.

- Usah makan hingga perut sudah kenyang. Jika sayang makanan berlebihan, ia boleh disimpan.
- Kawal diri supaya tidak makan makanan berlemak dan bergoreng secara berlebihan. Makanan
dikukus atau direbus lebih elok untuk kesihatan.

- Kajian Universiti Chicago mendapati tidur dapat mempercepatkan kadar metabolisme badan
sebanyak 40 peratus. Oleh itu, pastikan anda mendapat tidur secukupnya setiap hari.

Berjaga hingga larut malam untuk menonton televisyen atau bercakap di telefon berjam-jam ada
kalanya mengasyikkan tetapi apalah guna bangun dalam keadaan letih keesokan hari.

- Senaman sesuai mengikut bahagian badan elok dilakukan setiap kali bangun di waktu pagi.

- Apabila bangun pagi, rajinkan tangan membersihkan rumah. Mungkin ia tidak sehebat senaman di
luar tetapi aktiviti berkenaan tetap membantu dari segi pembakaran kalori dalam badan.

Sambung Baca: http://anizyn.blogspot.com/2008/03/petua-badan-ramping.html#ixzz14C8SVEUH

Elak perut buncit

Ambil sedikit kapur sirih, sedikit minyak kayu putih dan beberapa titis perahan limau nipis.
Gaulkan campuran tadi hingga rata, kemudian bolehlah lumurkan keseluruh bahagian perut
dan pinggang. Biarkanlah ia kering dan pakailah bengkung selama beberapa jam sehari.
Lakukan setiap pagi dan petang. Nanti pasti ramai yang mencemburui pinggang anda yang
ramping itu.

Petua Buah Dada (Teknik Urutan Payudara)

1. Sapu minyak atau krim pada tangan dahulu, diikuti dengan sapuan pada payu dara
pasangan anda. Sapukan sedikit pada kedua-dua belah payu dara.
2. Pastikan sapuan dilakukan pada bahagian bawah
dahulu dan perlahan-lahan naik ke atas menghampiri puting payu dara pasangan anda.

3. Elakkan minyak atau krim terkena puting buah dada.

4. Setelah minyak atau krim meliputi payu dara pasangan anda, mulakan urutan pada payu
dara kanan dahulu.

5. Tekan jari perlahan-lahan pada buah dada dengan gerakan ke atas sehingga menghampiri
puting buah dada .

6. JANGAN GELOJOH.

7. Ulangi sehingga 3 atau 5 kali kemudian beralih kepada buah dada sebelah kiri.

8. Lakukan selingan antara buah dada kanan dan kiri berulang-ulang kali.

9. Lakukan urutan serentak pada kedua-dua buah dada dengan menggunakan teknik tadi.

10. Setelah memastikan pasangan anda teransang (puting buah dadanya sudah keras atau pun
naik ke atas), sentuh kedua-dua tangan dan pekup payu dara bahagian bawah pasangan anda.

11. Urut dengan putaran mengikut arah jam dengan gerakan menaik ke arah puting.

12. Pastikan anda tidak menyentuh puting buah dada pasangan anda.

13. JANGAN GELOJOH.

14. Ulangi langkah-langkah ini sehingga pasangan anda benar-benar teransang.

You might also like