Welcome to Scribd, the world's digital library. Read, publish, and share books and documents. See more
Download
Standard view
Full view
of .
Save to My Library
Look up keyword
Like this
257Activity
0 of .
Results for:
No results containing your search query
P. 1
KERTAS KONSEP

KERTAS KONSEP

Ratings: (0)|Views: 6,625 |Likes:
Published by Siti Khadijah

More info:

Published by: Siti Khadijah on Nov 03, 2010
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOCX, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

08/21/2013

pdf

text

original

 
KERTAS KONSEPSELANGKAH KE PROGRAM INKUSIF BERKESAN : PERANAN GURU, IBUBAPA,SEKOLAH DAN PIHAK LUAR.
ABSTRAK 
Program inklusif merupakan program di mana pelajar pendidikan khas dimasukkan ke dalam pendidikan aliran perdana. Mereka dimasukkan ke dalam aliran perdana dimana merekamemasuki kelas aliran perdana, mengikuti silibus pendidikan pelajar aliran perdana danmengikuti pembelajaran dan pengajaran aliran perdana. Pelaksanaan program inklusif di sekolah bukanlah sesuatu yang mudah. Ia memerlukan penglibatan semua pihak samaada yang terlibatsecara langsung dan tidak langsung.Walaupun banyak isu berbangkit namun implikasi pendidikan inklusif banyak memberi faedah kepada murid berkeperluan khas. Objektif kertaskerja ini adalah ingin merungkai setiap satu masalah berkaitan dengan perlaksanaan programinklusif yang berkesan. Permasalahan ini banyak berkaitan dengan kekeliruan peranan yangdihadapi oleh setiap pihak dalam pendidikan inklusif. Setiap individu di sekolah perlumemainkan peranan penting bagi menjamin keberkesanan program inklusif yangdilaksanakan.Namun kekeliruan dan kekurangan maklumat tentang bidang tugas dan peranansetiap pihak menyebabkan banyak isu yang dibangkitkan. Antara isu yang sering diutarakanialah burn-out dikalangan guru aliran perdana mengajar pendidikan khas. Oleh itu kertas kerja inidiharap dapat mengupas isu apakah peranan-peranan yang perlu dimainkan oleh guru, ibu bapa,sekolah dan pihak luar dalam menjayakan program inklusif yang berkesan di sekolah.
PENGENALAN
Definisi pendidikan inklusif ialah keadaan dimana murid berkeperluan khas duduk dan belajar  bersama murid aliran perdana di dalam kelas aliran perdana. Memasukkan murid pendidikankhas ini ke dalam kelas aliran perdana tidaklah mudah jika dilihat sekadar luaran sahaja. Jalanmenuju ke arah inklusif bukanlah mudah. Menurut John Charema (2010) ianya melibatkan perubahan sikap, perubahan nilai, perubahan program latihan perguruan dan perubahan sistem di
 
sekolah. Apabila perubaha ini melibatkan beberapa aspek dalam kehidupan, tidak semua orangsanggup dan selesa untuk berhadapan dengannya. Namun permintaan terhadap pendidikan inklusif semakin meningkat (John C, 2010). Iniadalah kerana masyarakat terutama sekali mula mengetahui tentang kepentingan programinklusif bagi murid berkeperluan khas. Kepentingan program inklusif ini boleh dinilai dari aspek akademik, sosial dan emosi murid pendidikan khas apabila mereka mula diinklusifkan.MenurutJennifer Katz & Pat Mirenda (2002) menyatakan dalam kajian mereka bahawa faedah pendidikan inklusif bukan sahaja kepada murid pendidikan khas namun turut jugamempengaruhi murid aliran perdana seperti pencapaian dalam akademik dan kemahiran bukanakademik seperti kemahiran asas kehidupan (seperti contoh komunikasi, kemahiran motor dankemahiran kefungsian hidup.Oleh itu adalah penting bagi guru, ibubapa, sekolah dan pihak luar memainkan perananmereka masing- masing dengan sewajarnya bagi menjamin keberkesanan program pendidikaninklusif di sekolah. Setiap pihak yang bertanggungjawab dalam menjayakan program pendidikaninklusif perlu sedar dan memahami peranan mereka amsing- masing bagi mengerakkan pendidikan inkusif ini ke arah kebaikan semua pihak.
PERANAN GURU
Peranan guru sebenarnya telah berubah secara dramatic sejak beberapa dekad ini, iaitu berubahdaripada individu yang menyampaikkan ilmu dengan pengajaran secara terus kepada fasilitator dan konsultan (Nancy D¶isa Turner, 2008). Ini adalah benar kerana sekarang guru bukan sahajasebagai penyampai maklumat namun melangkaui perhubungan yang lebih rumit dan mendalam.Guru menjadi bahan rujukan kepada beberapa aspek dalam kehidupan tidak kira dalam aspek  pendidikan mahupun rohani.Selepas keluarga, guru merupakan salah satu pihak yang paling berpengaruh dalam pendidikan murid pendidikkan khas. Mereka berperanan sebagai sumber sokongan yang berterusan kepada ibubapa( Eitan, Rachel & Zohar 2009). Ini adalah kerana sokongan dan
 
 perhatian yang guru berikan kepada murid pendidikan khas ini membuka mata ibubapa tentangkepentingan pendidikan inklusif dan memberi sokongan moral kepada mereka.Dalam melaksanakan pendidikan inklusif yang berkesan guru pendidikan khasmemainkan peranan penting kerana mereka perlu mempunyai pengetahuan unik sebagai amalanyang terbaik bagi membantu mereka di dalam sesi pengajaran dan konsultasi bersama guru aliran perdana (Lim Kilanowski et.al 2010). Pengetahuan dan pengalaman mereka berinteraksi dan berhubung dengan murid pendidikan khas memberikan mereka kelebihan dalam menjalinkanhubungan dengan guru aliran perdana. Mereka perlu selalu berbincang dan mendapatkan idea bagi mencari jalan penyelesaian tentang beberapa konflik pendidikan inklusif di dalam kelasaliran perdana.Pembelajaran kooperatif merupakan kaedah pembelajaran yang sinonim dengan pendidikan ink;usif. Ini disokong dengan dapatan yang dikaji oleh Lim Kilanowski et.al 2010yang menyatakan pembelajaran kooperatif merupakan model bagi amalan dalam inklusif yang paling berguna. Dalam pembelajaran kooperatif guru pendidikan khas dan guru aliran perdanaakan berkerjasama di dalam pengajaran dan pembelajaran namun mengikut gaya masing- masingdalam menyampaikan isi kandungan pembelajaran.Menurut Frederickson et. al 2004 mendapati adalah satu kebiasaan dalam memaparkandefinisi kejayaan inklusif di kalangan guru melibatkan proses inkusif. Guru mula beberapa bentuk sokongan dan program peningkatan kemahiran bagi masyarakat. Ini adalah penting bagimemastikan semua pihak yang berkenaan memndapat latihan dan pendedahan yang berterusanmengenai program inklusif yang berkesan. Guru juga memainkan peranan yang sangat pentingdalam kejayaan program inklusif (Burrack, Root et.al 1997) yang turut menyatakan ianya ada perkaitan program latihan perguruan yang mereka hadiri sebelum mula mengajar. Komitmenguru dan sekolah dalam menjayakan program inklusif adalah salah satu perkara yang paling penting dalam merealisasikannya. Ini disokong oleh Avramidis et.al 2000 yang menyatakan gurudengan sikap positif adalah disebabkan ilmu pendidikan inklusif dan pendidikan khas yangmereka perolehi semasa program latihan penguruan.Selain itu para guru juga perlu dibina secara professional dan bersedia secara psikologi,social dan sikap supaya dapat menghadapi situasi yang memerlukan mereka menyokong

You're Reading a Free Preview

Download
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->