juga pentadbir-pentadbir yang tidak lokek memberikan pujian kepada guru-guru yangmencapai sesuatu kejayaan dalam sebarang aktiviti yang mereka ceburi. Namun begitu jika dilihat dari sudut kawalan pengurusan(management control) yang melibatkan arahandan penyeliaan kerja seperti yang disebutkan oleh John Child dalam bukunya
Organization- A Guide To Problems And Practice
, pihak pentadbir perlu memberikan penerangan yang jelas kepada guru-guru tentang halatuju dan matlamat yang ingindicapai pada sesuatu masa agar dapat mereka bekerja seiring dengan kehendak pihak pentadbir. Selain itu mewujudkan persekitaran kerja yang kondusif merupakan suatu bentuk motivasi yang amat diperlukan oleh guru-guru kerana ini akan dapatmenimbulkan perasaan ‘sense of belonging’ yang dapat menggerakkan mereka untuk bekerja lebih gigih lagi. Satu lagi bentuk motivasi yang dilakukan oleh pentadbir ialahmewujudkan hubungan interpersonal yang mesra serta bertolak ansur dalammenyelesaikan sesuatu masalah mahupun konflik yang timbul.Walaupun kesan motivasi yang diterapkan oleh pentadbir amat sukar untuk diukur dari segi ‘performance’ guru-guru kerana ia bersifat subjektif namun ia dapatditerjemahkan dalam bentuk pencapaian pelajar-pelajar dalam peperiksaan umum dan juga pencapaian mereka dalam pertandingan kokurikulum. Sekolah-sekolah yangmempunyai guru-guru yang bermotivasi tinggi akan mencapai keputusan peperiksaanyang lebih baik daripada sekolah-sekolah yang mempunyai guru-guru yang kurang bermotivasi kerana kumpulan guru-guru yang bermotivasi tinggi sanggup berusaha ketahap yang maksimum seperti mengadakan kelas-kelas tambahan secara sukarela,menyediakan bahan-bahan pengajaran yang berkualiti kepada pelajar-pelajar, memantaukeputusan pelajar-pelajar, mengadakan kelas-kelas pemulihan dan pengayaan sertamempunyai sifat empati terhadap pelajar-pelajar. Begitu juga dalam bidang kokurikulum,guru-guru yang bermotivasi tinggi sanggup mengadakan latihan kokurikulum di luar waktu persekolah secara konsisten dan begitu mengambil berat tentang pelajar-pelajar yang mereka bimbing. Kesemua ini akan menghasilkan keputusan yang baik khususnyadalam peperiksaan umum yang menjadi agenda utama persekolahan masakini.Jika dilihat keperluan motivasi dalam organisasi sekolah pada masakini amat jelaskepada kita bahawa pentadbir sekolah perlu memahami keperluan motivasi di kalangan pelajar dan guru ke arah mencapai matlamat sekolah yang telah ditetapkan. Pengetahuan3