You are on page 1of 16

KEPELBAGAIAN SOALAN

PERBANDINGAN NOVEL

-TERMINAL TIGA
-SETEGUH KARANG
Jelaskan dua persamaan perwatakan watak utama dalam dua buah
novel yang anda pelajari. [8 markah]

Novel yang saya kaji ialah Seteguh Karang dan Terminal


Tiga. Watak utama dalam novel Seteguh Karang ialah Awanis.
Watak utama dalam novel Terminal Tiga pula ialah Rimpa.

Antara persamaan perwatakan Awanis dengan Rimpa


ialah mereka bersifat penyayang. Buktinya, Awanis mengasihi
Anita walaupun Anita hanyalah adik angkatnya. Rimpa pula
sangat menyayangi ibunya yang tinggal di pedalaman Sabah.

Selain itu, persamaan yang lain ialah Awanis dan Rimpa


gigih menuntut ilmu. Buktinya, Awanis sanggup menduduki
peperiksaan SPM semula demi mencapai cita-citanya untuk ke
menara gading. Rimpa pula sanggup meninggalkan kampung
halaman untuk meneruskan pelajaran di Akademi Seni
Kebangsaan.
Jelaskan dua persoalan yang mempunyai persamaan berdasarkan dua
buah novel yang anda pelajari. Kemukakan contoh yang sesuai.

Novel yang saya pelajari ialah Seteguh Karang dan Terminal Tiga.

Antara persoalan yang sama berdasarkan kedua-dua buah novel


tersebut ialah ketabahan menghadapi dugaan. Buktinya, dalam Terminal
Tiga, Rimpa berusaha mencari wang untuk membiayai perbelanjaannya
untuk meneruskan pelajaran di Akademi Seni Kebangsaan. Dalam novel
Seteguh Karang pula, Awanis yang gagal dalam peperiksaan SPM sanggup
mendudukinya buat kali kedua.
Persoalan lain yang mempunyai persamaan ialah tolong menolong
sesama insan. Buktinya, dalam novel Terminal Tiga, Bang Maily membantu
Rimpa meneruskan pengajian dengan berusaha mendapatkan biasiswa
untuknya. Dalam novel Seteguh Karang pula, Kak Nor menawarkan tempat
tinggal kepada Awanis semasa Awanis menjalani latihan praktikal di
Terengganu.

Kasih sayang dalam keluarga juga merupakan persoalan yang ada


dalam kedua-dua buah novel tersebut. Buktinya, dalam novel Terminal Tiga,
Rimpa sangat mengasihi ibunya yang tinggal di Sabah. Dalam novel
Seteguh Karang, Awanis sangat mengasihi Anita walaupun Anita hanyalah
adik angkatnya.
Jelaskan satu peranan watak sampingan dalam
membantu watak utama berdasarkan dua buah novel yang
anda pelajari.
Terminal Tiga: Seteguh Karang:

-Bang Maily membantu Rimpa -Kak Nor membenarkan Awanis


mendapatkan bantuan tinggal di rumahnya semasa
kewangan /biasiswa untuk Awanis menjalani latihan
untuk membolehkannya praktikal di Terengganu
meneruskan pengajian di
Akademi Seni Kebangsaan
Jelaskan satu konflik yang berlaku dalam setiap novel yang anda
pelajari. Terangkan cara watak utama menanganinya.

Terminal Tiga: Seteguh Karang:


(konflik) (konflik)
-Rimpa cemas kerana sukar -Anita kecewa setelah
mendapatkan sumber mengetahui bahawa dia
kewangan untuk melanjutkan hanyalah anak angkat dalam
pelajaran di Akademi Seni keluarga Awanis
Kebangsaan

(cara menangani) (cara menangani)


-Rimpa mendapatkan -Awanis membantu Anita
pertolongan Bang Maily untuk mencari ibu dan bapa
memperoleh bantuan kandungnya
kewangan
Jelaskan tiga perbezaan latar masyarakat dalam dua buah novel
yang anda pelajari.

Terminal Tiga: Seteguh Karang:

-masyarakat Kadazan Dusun -masyarakat Melayu

-masyarakat petani -masyarakat buruh ladang

-masyarakat yang -masyarakat yang suka menjaga


mengamalkan semangat tepi kain orang
kejiranan
Berikan contoh unsur suspen berdasarkan dua buah
novel yang anda kaji.

Terminal Tiga: Seteguh Karang:

-pembaca tertanya-tanya sama -pembaca tertanya-tanya sama


ada Rimpa akan dapat ada ayah kandung Anita / Encik
berjumpa dengan ayahnya di Lee mahu menerima
Nabawan kehadirannya sebagai anak
atau tidak
Jelaskan peristiwa yang menggambarkan klimaks cerita
dalam dua buah novel yang anda kaji.

Terminal Tiga: Seteguh Karang:

-Rimpa menerima panggilan -Awanis menerima panggilan


telefon daripada Ruzaini telefon daripada Anita
memberitahu bahawa bahawa dia sudah tahu akan
ayahnya sudah pulang ke kedudukannya sebagai anak
rumah angkat. Dia lari dari rumah
setelah bertengkar dengan
Maysarah.
Jelaskan persamaan nilai murni berdasarkan dua buah
novel yang anda pelajari
kasih sayang
Terminal Tiga Seteguh Karang
Rimpa amat kasih akan ibunya Awanis kasih akan adik angkatnya iaitu
Anita
kegigihan
Rimpa gigih mencari ayahnya Awanis gigih berusaha menjatuhkan
yang sudah 10 tahun buah kelapa sawit
menghilangkan diri
berdikari
Rimpa ke Kuala Lumpur seorang Awanis mendaftar seorang diri di
diri untuk mendaftar di Akademi Institut Teknologi Mara cawangan Arau
Seni Kebangsaan
bersimpati
Ruzaini bersimpati terhadap Awanis sanggup membiayai kos
keluarga Rimpa yang sudah 10 penghantaran pulang jenazah Budi ke
tahun ditinggalkan oleh ayahnya Indonesia
Jelaskan dua persamaan latar masyarakat berdasarkan dua buah
novel yang anda pelajari

masyarakat yang tabah menghadapi dugaan hidup

Terminal Tiga Seteguh Karang


Ibu Rimpa menguruskan Awanis reda menerima hakikat bahawa
keluarga seorang diri selepas ibu bapanya maut dalam kemalangan
ditinggalkan suami jalan raya

masyarakat yang prihatin akan masalah orang lain

Bang Maily membantu Awanis membantu Anita mencari


meringankan beban kewangan keluarga kandungnya
Rimpa untuk meneruskan
pengajian di ASK
Jelaskan bahagian peleraian dalam dua buah novel yang
anda pelajari.

Terminal Tiga: Seteguh Karang:

-Rimpa pulang ke kampung -Awanis pergi ke Hospital Ipoh


untuk berjumpa dengan untuk menziarahi Maysarah.
ayahnya. Selepas itu dia balik Maysarah insaf dan mengakui
semula ke Kuala Lumpur bagi kesilapannya selama ini.
meneruskan pengajiannya. Keluarga Awanis bersatu
semula.
Jelaskan perbezaan latar tempat berdasarkan dua buah novel yang
anda pelajari.

Terminal Tiga: Seteguh Karang:

-Sabah -Terengganu

-Kuala Lumpur -Ipoh

-Akademi Seni Kebangsaan -Pejabat Pertubuhan Peladang

-Nabawan -Kuantan
Jelaskan persamaan watak utama berdasarkan dua buah
novel yang anda pelajari
pelajar
Terminal Tiga Seteguh Karang
Rimpa belajar di Akademi Seni Awanis belajar di Institut Teknologi
Kebangsaan, Kuala Lumpur Mara di Arau, Perlis
gigih
Rimpa gigih mencari ayahnya Awanis gigih belajar walaupun pernah
yang sudah 10 tahun gagal dalam peperiksaan SPM
menghilangkan diri
berdikari
Rimpa ke Kuala Lumpur seorang Awanis mendaftar seorang diri di
diri untuk mendaftar di Akademi Institut Teknologi Mara cawangan Arau
Seni Kebangsaan
degil
Rimpa tetap mahu meneruskan Awanis tetap mahu menjatuhkan buah
hasrat belajar di Kuala Lumpur kelapa sawit walaupun dilarang oleh
walaupun dibantah oleh ibu Encik Johari
Jelaskan perbezaan antara watak utama berdasarkan
dua buah novel yang anda kaji.

Terminal Tiga - Rimpa: Seteguh Karang - Awanis:

-lelaki -perempuan
-anak sulung -anak kedua
-ibu bapa masih hidup -ibu bapa sudah meninggal
-anak orang miskin dunia
-anak orang berada
Jelaskan persamaan teknik penceritaan berdasarkan dua buah
novel yang anda pelajari
dialog

Terminal Tiga Seteguh Karang


Rimpa berbual-bual dengan Awanis berbual-bual dengan Budi
Bang Maily tentang masalah tentang pekerjaannya
pengajiannya

kejutan

Pembaca tidak menduga bahawa Pembaca tidak menduga bahawa


Ruzaini akan mengikut kumpulan Maysarah berani menelan pil tidur
pendakwah berlebihan untuk lari daripada masalah
SEKIAN, TERIMA KASIH.

Budi Bahasa
Budaya Kita

You might also like