You are on page 1of 10

Pendidikan Sivik & Kewarganegaraan

Tingkatan 4

SEKOLAH MENEGAH LODGE,KUCHING

LAPORAN KHIDMAD MASYARAKAT

TEMA:MALAYSIA NEGARA
BERDAULAT

Tajuk projek:Kajian Tentang Sumbangan


Pemimpin

Nama Pelajar: ADRIAN CHUA

Tingkatan: 4C

Nama Guru: Cikgu Vera Then

Tarikh:
1
ISI KANDUNGAN

Butir m/s

1.Kulit Depan

2.Isi Kandungan

3.Pengenalan

4.Objektif

5.Isi

6.Penghargaan

7.Rujukan

2
PENGENALAN

Nama saya Adrian Chua dari Tingkatan 4C, Sekolah Menengah Lodge, Kuching,
Sarawak. Bagi memenuhi keperluan mata pelajaran Pendidikan Sivik dan
Kewarganegaraan (PSK), setiap pelajar dikehendaki menjalankan sebuah kajian yang
bertemakan “Malaysia Negara Berdaulat” serta menghasilkan sebuah laporan khidmat
masyarakat. Tajuk kajian saya ialah “Kajian Tentang Sumbangan Pemimpin”. Kajian ini
telah dihasilkan dalam bentuk folio.

Saya membuat keputusan untuk membuat kajian tentang sumbangan pemimpin kerana
ingin mengenali dengan lebih mendalam pemimpin tunku abdul razak yang mencerminkan
imej rakyatnya. Saya juga memilih tajuk tersebut kerana semangat cinta akan negara dalam
diri saya yang lantas mendorong keinginan memupuk perasaan yang sama dalam kalangan
rakyat yang berbilang kaum. Secara tidak langsung, maklumat yang berjaya dikumpulkan ini
diharapkan dapat dijadikan rujukan yang berguna kepada para pelajar mahupun guru.

Kajian tersebut telah saya jalankan dengan matlamat untuk mempelajari


kemahiran manganalisis serta menyampaikan dalam bentuk laporan teori yang diajar
mengenai lambang negeri dan negara di dalam kelas Pendidikan Sivik dan
Kewarganegaraan serta menjalankan kajian dengan lebih mendalam untuk mendapat
maklumat tambahan menerusi sumber lain seperti internet.

Melalui penghasilan folio ini, jelaslah kenyataan bahawa pemimpinlah yang menjadi
lambang perpaduan rakyatnya wajar diketahui oleh penduduknya bagi menunjukkan
semangat cinta terhadap tanah air mereka.

3
OBJEKTIF

4
ISI
ABDUL RAZAK HUSSIEN

Y.A.B Tun Abdul Razak bin Dato Hussein merupakan Perdana Menteri Malaysia
yang kedua. Beliau menggantikan Y.T.M Tunku Abdul Rahman dan memimpin Negara dari
tahun 1970 hingga 1976. Beliau memulakan tugasnya sebagai Perdana Menteri pada 22
September 1970. Y.A.B. Tun Abdul Razak dilahirkan di Pulau Keladi, Pekan Pahang pada 11
Mac 1922. Y.A.B. Tun Abdul Razak merupakan anak sulung kepada Dato Hussein bin Mohd
Taib dan Hajah Teh Fatimah bt Daud.

Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Kampung Jambu Langgar dan
seterusnya melanjutkan pelajaran di Kolej Melayu Kuala Kangsar pada tahun 1934 dan
merupakan seorang pelajar yang cemerlang. Selepas menamatkan pengajian di Kolej Melayu
Kuala Kangsar, beliau bertugas dengan Perkhidmatan Pentadbiran Tanah Melayu. Pada tahun
1939, beliau diberi biasiswa untuk melanjutkan pelajarannya di Kolej Raffles, Singapura
pada 1940. Pembelajarannya di kolej tersebut tergendala disebabkan tercetusnya Perang
Dunia Kedua.

Lantaran itu, Y.A.B. Tun Abdul Razak telah menyertai Angkatan 136 (Force 136)
yang merupakan gabungan askar yang dilatih oleh Pegawai British untuk mengambil semula
Tanah Melayu daripada Jepun. Pada tahun 1947, melalui biasiswa Malayan Union, Y.A.B.
Tun Abdul Razak melanjutkan pelajarannya dalam bidang undang-undang di Britain. Pada
tahun 1950, beliau menerima ijazah undang-undangnya daripada Lincoln's Inn di London.
Y.A.B. Tun Abdul Razak merupakan ahli Parti Buruh British dan pemimpin pelajar Kesatuan

5
Melayu Great Britain yang terkenal. Beliau juga merupakan salah seorang "King Scolar".
Selain itu, beliau telah menubuhkan Malayan Forum yang dipengaruhi oleh Parti Buruh
British untuk memberi kesedaran politik kepada pelajar-pelajar Malaya. Beliau juga
menganggotai Persatuan Fabian dan Malayan Students Union.

Sekembalinya ke tanahair, Y.A.B. Tun Abdul Razak telah dilantik menggantikan


bapanya yang telah meninggal dunia sebagai Orang Kaya Indera Syahbandar dan pada masa
yang sama turut menyertai Perkhidmatan Awam Malaya. Y.A.B. Tun Abdul Razak juga mula
bergiat aktif dalam bidang politik. Ini terbukti apabila pada tahun 1950, beliau telah dilantik
menjadi Ketua Pemuda Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO). Dua tahun
kemudian, beliau berkhidmat sebagai Penolong Setiausaha Negeri Pahang dan pada Februari
1955, beliau telah dilantik sebagai Pemangku Ketua Menteri Pahang. Beliau seterusnya
dilantik menjadi Menteri Pendidikan selepas beliau memenangi pilihan raya umum negara
yang pertama pada Julai 1955.

Y.A.B. Tun Abdul Razak juga merupakan salah seorang ahli rombongan ke London
bagi menuntut kemerdekaan daripada British pada Februari 1956. Selepas pilihanraya umum
1959, beliau menjadi Menteri Pembangunan Luar Bandar di samping memikul tugas sebagai
Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Pertahanan. Beliau merupakan seorang pemimpin
yang memberi sumbangan besar kepada sistem pendidikan kebangsaan, pembangunan
infrastruktur, pertahanan dan sosioekonomi. Maka gelaran "Bapa Pembangunan" yang
diberikan kepada beliau amatlah tepat.

Kejayaan yang dicapainya termasuk merangka satu dasar pembangunan yang meliputi
setiap aspek keperluan negara. Ini dikenali sebagai "Buku Merah" dan dilengkapi pula
dengan "Bilik Gerakan" yang mencatit butir-butir rancangan di setiap tempat termasuk segala
kemajuan dan kegagalan rancangan-rancangan tersebut. Beliau berusaha dengan gigihnya
untuk menjamin supaya petani-petani mendapat pendapatan yang setimpal dengan usaha-
usaha mereka. Antara lain, ini diuruskan melalui Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan dan
Negeri-negeri.

6
Y.A.B. Tun Abdul Razak juga dikenali sebagai orang yang bertanggungjawab dalam
melancarkan Dasar Ekonomi Baru (DEB) pada tahun 1971. DEB meletakkan dua matlamat
asas iaitu untuk mengurangkan dan menghapuskan kemiskinan tanpa mengira kaum dan
menyusun semula masyarakat. DEB merupakan projek pembangunan negara yang dijalankan
secara berperingkat melalui Rancangan-rancangan Malaysia dari tahun 1970-1990. Beliau
turut menubuhkan Barisan Nasional pada 1 Januari 1973 untuk menggantikan parti
memerintah, Parti Perikatan. Beliau telah berjaya menambah bilangan ahli parti dan menjana
perpaduan untuk membentuk ketahanan nasional melalui kestabilan politik.

Pada 13 Mei 1969, berlakunya peristiwa 13 Mei dan perlembagaan negara telah
digantung, parlimen dibubarkan dan darurat diistiharkan di seluruh negara. Majlis Gerakan
Negara (MAGERAN) telah ditubuhkan dan mengambil alih pentadbiran kerajaan. Y.A.B.
Tun Abdul Razak telah dilantik oleh Tuanku Abdul Rahman Putra Al-Haj sebagai Pengarah
MAGERAN dan di bawah MAGERAN, ketenteraman awam berjaya dipulihkan semula.
MAGERAN dibubarkan pada tahun 1971 dengan pemulihan Parlimen.

Pelbagai kurniaan dan darjah kebesaran dianugerahkan kepada Y.A.B.. Tun Abdul
Razak dalam dan luar Negara. Sebagai tanda inspirasi jasa dan perkhidmatan beliau kepada
pembangunan bangsa dan negara beliau diberi gelaran "Bapa Pembanguan Malaysia". Y.A.B.
Tun Abdul Razak mengahwini Toh Puan Rahah Tan Sri Hj Mohd Noah pada bulan
September 1952 dan mempunyai lima orang anak lelaki. Pada masa itu, beliau masih lagi
memegang jawatan sebagai Setiusaha Kerajaan Negeri Pahang. Y.A.B. Tun Abdul Razak
meninggal dunia di London pada 14 Januari 1976 ketika berusia 54 tahun. Jenazah beliau
telah dikebumikan di Makam Pahlawan, Masjid Negara, Kuala Lumpur. Pemergian beliau
merupakan satu kehilangan besar bagi seluruh rakyat Malaysia.

Bagi memperingati segala jasa dan sumbangan Allahyarham kepada negara, kerajaan
telah membina Memorial Tun Abdul Razak yang terletak di Jalan Perdana, Kuala Lumpur.
Memorial ini pada asalnya merupakan bekas kediaman rasmi beliau dan keluarga semasa

7
hayatnya. Momorial ini siap dibina pada bulan Oktober 1961 sebagai kediaman rasmi beliau
dan kemudiannya diubahsuai menjadi sebuah memorial pada tahun 1994. Memorial ini
menempatkan bahan-bahan pameran seperti gambar potret, dokumen-dokumen, buku-buku,
bahan-bahan pandang dengar, hadiah-hadiah dan anugerah-anugerah kebesaran dan
memorabilia kepunyaan dan mengenai Allahyarham Tun Abdul Razak sejak kecil sehingga
akhir hayat beliau. Kenderaan seperti speedboat dan golf cart yang pernah diguna oleh beliau
turut dipamerkan di sini. Keseluruhan perabut dan bilik tidur Allahyarham masih lagi
dikekalkan untuk tatapan generasi sekarang dan akan datang.

Tun Abdul Razak semasa hayat beliau telah banyak mencurahkan tenaga dan usianya
kepada perjuangan menegakkan kedaulatan negara, kesejahteraan rakyat dan keamanan
dunia. Jasanya yang tidak ternilai ini diharapkan dapat dicontohi serta diteladani oleh semua
pemimpin-pemimpin dan juga seluruh rakyat Malaysia. Penubuhan Memorial Tun Abdul
Razak ini dikira sebagai perintis usaha-usaha menghargai dan mengabdikan sumbangan-
sumbangan beliau dan juga pembuka jalan kepada kajian lebih mendalam untuk mengenali
beliau, pentadbirannya dan pasang surutnya politik.

PENGHARGAAN
8
Secara umumnya, keseluruhan projek tidak mungkin dapat disempurnakan denagn
lancar tanpa bantuan, sokongan dan kerjasama daripada beberapa pihak. Sebelum itu, saya
ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan
kepada Tuhan kerana dengan izinnya saya dapat menyiapkan tugasan ini. Serta di sini
saya ucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada kedua orang tua saya yang
telah memberi sepenuh bantuan dari segi kewangan dan dorongan kepada saya serta
memberi maklumat kepada saya mengenai serba-sedikit sumbangan pemimpin Tunku
Abdul Razak. Ibu bapa saya juga telah memberikan kebenaran dan sokongan dari mula
hingga akhir pelaksanaan projek ini.

Di sini juga setinggi penghargaan saya ungkapkan kepada guru mata pelajaran
Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan saya, Cik Vera Then atas tunjuk ajar, bimbingan
serta dorongan semangat beliau sepanjang saya menjalankan kajian ini. Selain itu, terima
kasih juga diucapkan kepada Tuan Pengetua Sekolah Menengah Lodge, Encik Ling Kwok
Huong, kerana memberikan kebenaran kepada saya untuk menjalankan kajian ini.

Tidak dilupakan kepada kawan-kawan saya yang telah banyak membantu saya
dalam hal kekemasan kertas kerja saya ini. Di samping itu, terima kasih saya ucapkan
kepada anggota keluarga saya yang lain kerana sudi memberi maklumat. Akhir sekali,
Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada guru-guru dan rakan-rakan kerana sudi
berkongsi bahan atau maklumat tentang sumbangan tunke abdul razak. Kerjasama, sokongan
dan semangat tinggi yang ditunjukkan oleh semua pihak ini telah memungkinkan terhasilnya
folio atau laporan yang berguna dan menarik untuk tatapan warga sekolah. Tanpa bantuan
mereka semua, saya tidak mungkin dapat menghasilkan kertas kerja ini.

RUJUKAN
9
1. Alif Aiman Nasaruddin dan Zarif Azfar Zanudin. Tokoh-tokoh Pemimpin Negara.
Selangor: Sabisa Media, 2009.

2. Nora Samat. Tokoh Pejuang Negara: Tun Abdul Razak. Kuala Lumpur: Goodmark
Enterprise, 2003.

3. Nurul Iman Ramli. Bapa Pembangunan Tun Abdul Razak. Selangor: Pustaka Penamas,
2006.

4. Tun Razak. Kuala Lumpur: Pustaka Peringatan Tun Abdul Razak, 1976.

10

You might also like