P. 1
BM 1 Akademik - KERJA LENGKAP

BM 1 Akademik - KERJA LENGKAP

Ratings: (0)|Views: 655 |Likes:
untuk rujukan morfologi dan sintaksis
untuk rujukan morfologi dan sintaksis

More info:

Published by: Fathul Khair Mohd Dahlan on Nov 04, 2010
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

07/19/2013

pdf

text

original

 
1
 
1.0 PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan 
Tatabahasa merupakan salah satu daripada cabang ilmu yang mempelajari danmengkaji mengenai bahasa. Tatabahasa juga merupakan bidang ilmu yangmempelajari kaedah-kaedah yang mengatur penggunaan bahasa. Menurut KamusDewan Edisi Keempat (2006), tatabahasa didefinisikan sebagai pengetahuan ataupembelajaran tentang pembentukan dan proses pembinaan ayat seperti penyusunankata dalam ayat dan penggolongan kata dalam sesuatu ayat. Ilmu ketatabahasaansangat penting dalam mana-mana bahasa yang terdapat di dunia kerana ilmu inimampu menjadikan bahasa itu menjadi lebih mantap dan dominan mengikutperedaran zaman.Tinjauan terhadap bidang tatabahasa ini kebiasaannya dilakukan dari dua segi.Segi pertama merupakan proses perkataan yang dibentuk daripada bunyi-bunyibahasa. Segi kedua ialah perkataan yang disusun menjadi satu ayat lengkap. Dalamkajian ilmu linguistik, proses perkataan yang dibentuk daripada bunyi-bunyi bahasadikenali sebagai bidang morfolgi. Manakala, perkataan yang disusun menjadi satuayat lengkap dikenali sebagai bidang sintaksis.Menurut Abdullah Hassan (2006), morfologi merupakan satu bidang ilmu yangmengkaji bentuk perkataan. Dalam bidang kajian ini, para ahli bahasa amatmenitikberatkan dua unsur yang terdapat dalam bidang ini, iaitu morfem dan kata.Menurut Nik Safiah Karim
et al.
(1997), sintaksis didefinisikan sebagai satucabang ilmu bahasa yang mengkaji bentuk, struktur, dan binaan ayat. Sintaksisbukan sahaja mengkaji ayat, tetapi hukum-hukum yang menentukan bagaimana ayatdisusun.
 
2
 
2.0 FRASA
2.1 Definisi Frasa 
Asmah Hj. Omar (1982), menerangkan dalam tatatingkat nahu atau tatabahasa,frasa menduduki setingkat lebih tinggi daripada kata dan setingkat lebih rendahdaripada klausa.Rajah 1.1: Tingkatan NahuPendefinisian frasa mestilah bergantung kepada teori yang mendasari hujah.Dalam konteks ini, frasa ialah suatu unit tatabahasa dalam tatatingkat atau tetingkatsintaksis sesuatu bahasa. Frasa juga merupakan satu komponen atau tunjangterpenting dalam bidang sintaksis. Selain itu, frasa juga memainkan peranan ataufungsi-fungsi tertentu dalam binaan sesuatu ayat.Merujuk kepada Azhar Bahari (2009), frasa berpotensi untuk berkembang dandiperluas. Frasa boleh juga terdiri daripada satu perkataan dan dapat dikembangkanmenjadi unit yang mengandungi dua perkataan atau lebih. Lihat rajah di bawah:
Frasa Nama
KucingSeekor kucingSeekor kucing jantanSeekor anak kucing jantanKLAUSAFRASAKATAMORFEM
 
3
 
Melalui seorang Tokoh Pejuang Bahasa Melayu Sepanjang Zaman, Asraf(2008) dalam buah fikiran beliau,
Petunjuk Tatabahasa Bahasa Melayu 
, frasamerupakan sepatah kata atau lebih daripada sepatah kata yang berfungsi sebagaisubjek dan predikat serta menjadi objek dalam sesuatu ayat. Dalam tatabahasabahasa Melayu, terdapat empat jenis frasa lazim, iaitu Frasa Nama (FN), Frasa Kerja(FK), Frasa Adjektif (FA) dan Frasa Sendi Nama (FSN). Melalui Asraf juga, sesebuahayat semestinya mempunyai subjek dan predikat. Lihat rajah di bawah:
Ayah seorang guru.
Subjek Predikat
Ayah Seorang guruHabibah dan Hasnah (2010) mentakrifkan frasa sebagai satu unit yang terdiridaripada satu susunan lengkap yang mempunyai sekurang-kurangnya duaperkataan, ataupun satu perkataan yang boleh diperluas menjadi dua perkataan danlebih.
Frasa
KucingSeekor kucingSeekor anak kucingSeekor anak kucing jantanAbdullah Hassan (2008), dalam catatan beliau yang berbunyi,
Tatabahasa Pedagogi Untuk Sekolah Menengah 
, frasa ialah satu unsur yang menjadisebahagian daripada ayat. Beliau juga berpendapat bahawa frasa terdiri daripadasatu perkataan ataupun satu kumpulan perkataan yang digabungjalinkan mengikutrumus tatabahasa bahasa Melayu bagi membawa sesuatu makna. Dalam hal ini,dapat kita lihat bahawa, frasa boleh bertindak sebagai pelengkap dalam sesuatu ayatyang boleh membawa sesuatu makna sama ada ayat itu pendek mahupun panjang.Seekor anak kucing jantan
FrasaFrasaFrasa
 Rajah 1.2: Binaan Frasa

Activity (34)

You've already reviewed this. Edit your review.
1 hundred reads
1 thousand reads
Julitah Angusi liked this
Usaila Md Jori liked this
Rin Erda liked this
Zamzamila Johari liked this
Shida Jainal liked this
Aruna Madasamy liked this
Zalkhairi Daud liked this

You're Reading a Free Preview

Download
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->