You are on page 1of 3

Program Inkubator Usahawan Belia Tani (IUBT)

Iklan IUBT 2011


BORANG MEMASUKI PROGRAM INKUBATOR
Latar Belakang 

Program Inkubator Usahawan Belia Tani (IUBT) merupakan satu program yang memberi latihan kepada belia
tani, bertujuan untuk membimbing dan memberi pengalaman secara ‘hands-on’ berkenaan ilmu pertanian di
ladang. Program ini telah dimulakan seawal tahun 2003 dengan melibatkan hanya 2 buah pusat program.
Berikutan daripada penting dan berfaedahnya program ini dalam menjana pertumbuhan sektor pertanian negara,
sehingga kini sebanyak lima (5) buah pusat telah dipertanggungjawabkan untuk mengadakan program inkubator
usahawan belia tani ini.

Mereka yang terpilih untuk menjadi peserta program akan melalui satu tempoh ‘incubation’ selama lapan bulan,
sebelum menceburkan diri dalam projek komersial sendiri di Projek Taman Kekal Pengeluaran Makanan (Projek
TKPM) Jabatan Pertanian atau tanah sendiri. Di bawah Projek TKPM, bekas peserta inkubator akan diberi
peluang untuk mengusahakan sendiri projek pertanian seperti penanaman buah-buahan dan sayur-sayuran.
Adalah dijangka, di akhir tempoh projek nanti, peserta akan memperolehi kemahiran teknikal, kemahiran
keusahawanan dan juga dapat membangunkan ‘networking’ dan kontak perniagaan di kalangan usahawan.
Lokasi-lokasi bagi program Inkubator Usahawan Belia Tani ini adalah:

 Institut Pertanian Serdang, Selangor


 Pusat Kecemerlangan Serdang, Selangor
 Institut Pertanian Kuala Lipis, Pahang
 Institut Pertanian Titi Gantong, Perak
 Pusat Latihan Pembangunan dan Pengembangan, Besut, Terengganu.
Sehingga kini, seramai 268 orang lepasan Program Inkubator Usahawan Belia Tani ini telah berjaya dihasilkan .

Objektif Program
 Peserta mendapat bimbingan dan pengalaman secara ‘hands-on’ di ladang.
 Peserta menjadi usahawan tani yang berkeyakinan, berkemahiran dan berdaya saing.

Kumpulan Sasar

      Graduan Institut Pertanian


      Graduan IPTA/IPTS
      Belia Tani
      Orang awam yang berminat
      Pesara tentera / polis
Syarat Kemasukan
 Warganegara Malaysia berumur di antara 18 hingga 35 tahun (kecuali pesara tentera)
 Mempunyai sijil SPM atau SPMV atau setaraf dengannya.
Jangkamasa Program

Program ini dijalankan secara sepenuh masa dan para peserta perlu mengambil masa 8 bulan bagi melengkapi
program ini.

Kemudahan 

      Tempat tinggal dan makan disediakan.


      Elaun sara hidup diberi.
Kandungan Latihan  
      Pengenalan Program Inkubator.
      Pelan Perniagaan.
      Jentera/mesin kecil pertanian.
      Pelaksanaan projek tanaman terbuka.
      Pelaksanaan projek tanaman sistem fertigasi dan struktur pelindung hujan.
      Pelaksanaan projek tanaman menggunakan struktur kalis serangga.
      Rekod ladang.
      Pemasaran Keusahawanan.
      Lawatan sambil belajar.
      Penyediaan cadangan projek selepas kursus

Prosedur Permohonan
Pengambilan peserta program akan diiklankan di akhbar utama tempatan sekali setiap tahun. Mereka yang
berminat boleh memohon setelah iklan dikeluarkan. Borang permohonan boleh diperolehi secara percuma di:

 Bahagian Pembangunan Sumber Manusia, Jabatan Pertanian, Putrajaya


 Institut-institut Pertanian Semenanjung Malaysia
o Institut Pertanian Serdang, Selangor
o Institut Pertanian Bumbong Lima,
o Institut Pertanian Titi Gantong, Perak
o Institut Pertanian Kuala Lipis
o Institut Pertanian Ayer Hitam
 Ibu Pejabat, Jabatan Pertanian Negeri.

Borang permohonan boleh diperolehi di:

Pengarah
Bahagian Pembangunan Sumber Manusia
Jabatan Pertanian, Aras 13, Wisma Tani
Lot 4G2, Presint 4
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62632 Putrajaya
(U. P : Timbalan Pengarah,  Seksyen Latihan Kemahiran)

Pemohon yang layak untuk ditemu duga  dan berjaya menyertai program ini akan dimaklumkan melalui surat
tawaran.

Sebarang pertanyaan berkenaan Program Inkubator Usahawan Belia Tani ini, bolehlah menghubungi:

1. Encik Nik Man Faizal Bin Nik Ismail


Penolong Pengarah,
Seksyen Latihan Kemahiran,
Bahagian Pembangunan Sumber Manusia
Aras 13, No. 30, Persiaran Perdana, Presint 4,
62624, Putrajaya,
No. Telefon   : 03-88703259
E-mail:nikman@doa.gov.my
2. Encik Abdul Rani Bin Shahudin,
Penolong Pegawai Pertanian,
Seksyen Latihan Kemahiran,
Bahagian Pembangunan Sumber Manusia
Aras 13, No. 30, Persiaran Perdana, Presint 4,
62624, Putrajaya,
No. Telefon   : 03-88703228
E-mail: rani@doa.gov.my
 

You might also like