Welcome to Scribd, the world's digital library. Read, publish, and share books and documents. See more ➡
Download
Standard view
Full view
of .
Add note
Save to My Library
Sync to mobile
Look up keyword
Like this
8Activity
×
0 of .
Results for:
No results containing your search query
P. 1
PEMBUANGAN BAYI

PEMBUANGAN BAYI

Ratings: (0)|Views: 3,084|Likes:
Published by Siti Noor Farhana

More info:

Published by: Siti Noor Farhana on Nov 04, 2010
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as PDF, DOC, TXT or read online from Scribd
See More
See less

03/10/2013

pdf

text

original

 
PEMBUANGAN BAYI: MENCARI PUNCA DAN JALANPENYELASIAN
Membuang bayi adalah cara yang paling mudah dilakukan oleh pasangan yang melakukanpenzinaan dan hamil. Bagi kebanyakan kes, perempuan yang dipersalahkan dan terpaksamenanggung beban di atas perbuatan tersebut.Isu pembuangan bayi merupakan isu sejagat. Tidak sekadar berlaku di Malaysia malah di meratatempat. Di Brunei, seorang wanita dijatuhi hukuman penjara empat tahun kerana menyebabkankematian seorang bayi dengan meletakkannya di dalam karung sampah yang mengakibatkanbayi berkenaan mati kelemasan. Di Indonesia, seorang penduduk Bekasi melihat bendaberwarna kuning disyaki bayi terapung-apung di tepi sungai. Di China pula seorang bapamembuang anaknya yang berusia setahun ke dalam sungai kerana menyangka anaknya itu matisetelah tidak sedarkan diri kerana sakit perut. Manakala di Amerika Syarikat, seorang remajaperempuan berumur 19 tahun, Krystal Johnson dituduh membunuh setelah membuang bayinyake kawasan yang kotor.Di Malaysia, gejala ini terus berlaku dan menunjukkan aliran yang menaik. Umpamanya padatahun 1999, sebanyak 70 kes telah dilaporkan dan pada tahun 2001, ia meningkat kepada 97kes. Peningkatan bilangan kes ini memerlukan langkah-langkah penyelesaian dari akar umbipunca tersebut.Bagaimanakah bayi dibuang, tempat pembuangan dan siapa yang membuangnya?Tempat yang sering dicari ialah di dalam tandas, rumah kosong, tempat pelupusan sampah,saluran tangki najis, sungai, tepi pantai, longkang atau di rumah ibadat. Selain itu, tempat-tempat tumpuan awam seperti gerai makan, stesen kereta api dan pintu pagar klinik kesihatanturut menjadi pilihan.Kepelbagaian tempat pembuangan memberi gambaran kepada kita sejauh mana tahap simpatipelakunya. Ada sesetengah kes yang pelaku menunjukkan kekejaman dan kezaliman, bayi akandipam masuk ke dalam saluran tangki najis bagi menghilangkan bukti kelahiran. Pelaku yangmasih ada simpati dan rasa bersalah akan menghormati bayi mereka dengan menyelimut, diberisusu dan diletakkan di tangga surau atau di hadapan rumah orang yang berpengaruh.Pelaku membuang bayinya di tempat-tempat tertentu kerana tidak tahu apa yang perlu dibuatdengan kelahiran malah ia lebih malang jika perempuan berkenaan berumur 14 atau 15 tahunkerana keadaan mental dan fizikal mereka belum bersedia untuk menerima kelahiran tersebut.Pembuangan bayi melibatkan banyak faktor. Kita tidak boleh membuat tuduhan atau menudingjari kepada satu-satu pihak kerana menyebabkan kehamilan luar nikah yang bertambah,sebaliknya melihat punca tersebut daripada pelbagai aspek. Kajian yang dilakukan oleh PakarPsikologi Kanak-kanak dan Remaja dari Universiti Kebangsaan Malaysia, Dr. Khaidzir Ismailmelalui “Kajian Profil Remaja Perempuan Risiko Tinggi terhadap kalangan remaja perempuanberisiko tinggi atau bermasalah” memberi pendedahan betapa punca sebenar terletak padakeluarga yang bermasalah. Pengaruh rumah tangga memberi kesan ke atas pembentukanpersonaliti anak-anak khususnya apabila mereka meningkat remaja. Konflik dalam keluargamenendang keluar remaja untuk mencari tempat dan rakan yang boleh membantu mengatasikeadaan hidup dan pada masa yang sama memenuhi keperluan kewangan, hiburan danperkembangan emosi mereka. Tanpa pengawasan, anak-anak menjadi liberal, bersikap kurang
 
ajar dan merencana kehidupan mengikut kehendak hati.Masalah akan membiakkan masalah jika tidak disekat. Pembuangan bayi adalah satu masalahyang wujud sebagai impak kepada masalah lain yang wujud lebih awal. Pergaulan bebas,pengaruh dadah, capaian yang mudah terhadap bahan-bahan lucah dan pengaruh kawan adalahantara punca yang sering kali diperkatakan. Namun, jarang kita membuat analisis terhadapperubahan yang berlaku dalam masyarakat akibat daripada proses sosialisasi.Masyarakat membentuk sistem nilai berasaskan proses sosiolisasi yang menunjuk ajarbagaimana untuk bertingkah laku. Sosiolisasi merujuk kepada pengaruh keluarga, sekolah,institusi agama, pertubuhan bukan kerajaan dan politik, pengalaman kerja, media massa dankumpulan rakan sebaya. Nilai-nilai dipelajari dan dinyatakan melalui perlakuan dan komunikasi.Nilai memberi hala tuju tindakan terakhir yang boleh dijangkakan dan membantu mengenalpasti baik atau buruk, betul atau salah.Nilai yang dikongsi bersama oleh masyarakat akan mengelakkan sesuatu konflik berlaku keranafungsi nilai ialah mengehadkan ruang dan peluang untuk konflik daripada merebak danmengganggu sistem nilai, perpaduan dan kesejahteraan masyarakat.Kemodenan menyebabkan perubahan yang sangat ketara dalam proses sosiolisasi. Nilai-nilaitradisi masyarakat tradisional seperti gotong-royong, ziarah-menziarahi dan bantu-membantusemakin luntur di dalam masyarakat moden. Gotong-royong umpamanya, tidak lagi kedapatansecara meluas di bandar-bandar sebaliknya digantikan dengan perkhidmatan berbayar.Peredaran masa menyebabkan nilai-nilai tersebut merosot dengan teruknya dan digantikandengan nilai kontemporari yang disesuaikan dengan kehidupan moden. Sistem pendidikanadalah elemen yang sangat mustahak untuk mengukuhkan nilai-nilai yang dikehendaki bagimenggantikan nilai-nilai yang tidak menyumbang kepada kemajuan.Justeru, dalam kes pembuangan bayi, negara-negara Barat mengambil pendekatanmemperkenalkan pendidikan seks di sekolah. Jerman adalah di antara negara yang berusahamengatasi masalah ini dengan pelbagai cara. Selain pendidikan seks, Jerman memperkenalkan“Baby’s Craddle” untuk mereka yang tidak tahu ke mana hendak membuang bayi yang barulahir. Kaedah ini dipraktikkan di tempat terpilih khususnya hospital dan dipantau oleh kameralitar tertutup sepanjang masa. Sasaran uatama ialah ibu muda yang ketakutan dan panik supayaanak yang dilahirkan akan diberi penjagaan kesihatan yang sewajarnya. Bayi yang diletakkan di“Baby’s Craddle” akan diambil oleh jururawat bertugas dalam masa dua minit. Ibu mudaberkenaan diberi tempoh lapan minggu untuk menuntut anaknya dan tempoh ini cukup untukmenstabilkan emosi dan fizikalnya.Di Amerika Syarikat, kerajaan membantu ibu muda untuk meletakkan bayi yang baru dilahirkandi tempat-tempat terpilih seperti hospital, balai bomba, agensi kebajikan swasta, agensi anakangkat dan gereja. Ibu atau orang yang meninggalkan bayi tersebut tidak perlu memberi butirterperinci. Penjagaan seterusnya diambil alih oleh kerajaan. Jika ibu atau bapa tidak menuntutbayi berkenaan dalam tempoh tiga bulan, hak ibu bapa boleh ditamatkan dan anak tersebutboleh diberi kepada keluarga angkat.Rasional kebenaran seperti ini untuk mengelakkan bayi dibuang di merata tempat yang bolehmembahayakan diri dan mengelakkan mati sebelum dijumpai. Dalam kebanyakan kes, mayatbayi dijumpai di tempat yang yang sangat menyedihkan. Melalui undang-undang “Safe Haven”yang diperkenalkan, ibu muda dibenarkan untuk meningggalkan bayi mereka tanpa dikenakantuduhan jenayah. Pada masa yang sama mendidik masyarakat untuk menghargai nyawa dankehidupan tanpa mengira siapa dan di mana. Kesedaran masyarakat terhadap undang-undang“Safe Haven” ini turut dibantu oleh jaringan ibu bapa yang menyedari keperluan memberibantuan dan sokongan kepada remaja yang terlibat. Salah satu daripadanya ialahwww.robynsnest.com/.
 
Melihat penyelesaian yang dilaksanakan oleh masyarakat Barat, hasil akhir yang dijangka ialahbayi yang ditinggalkan akan diserahkan kepada keluarga angkat. Masyarakat Malaysiamenentang langkah yang diguna pakai oleh Barat kerana dikhuatiri menggalakkan pembuanganbayi secara berleluasa. Namun apakah kita mahu melihat adanya kes buang bayi di dalamlongkang, pagar masjid atau di hadapan rumah kita?Penyelesaian yang terbaik ialah menutup punca kepada masalah ini. Pendidikan yangmenekankan kesucian hubungan lelaki dan perempuan perlu didedahkan sejak kecil di sampingpencegahan daripada institusi agama dan budaya masyarakat. Penguatkuasaan sepatutnyadiguna pakai untuk menjadi pengajaran kepada ahli masyarakat tetapi peningkatan kes buangbayi dari setahun ke setahun menimbulkan persoalan sejauh mana keberkesanan hukumansedia ada ini?
PUNCA-PUNCA GEJALA PEMBUANGAN BAYI
SATURDAY, 21. AUGUST 2010, 05:01:25MASALAH SOSIAL, GEJALA SOSIAL,PEMBUANGAN BAYI
Malaysia dengan bangganya menuju ke alaf baru yang berorientasikan sains dan teknologi.Namun mereka alpa dengan perkembangan sosial di negara ini. Saban hari, terdapat laporanbayi yang dijumpai di dalam tandas, di tepi longkang, dan lain-lain tempat tanpa ada perasaanperikemanusiaan.Punca yang paling jelas berlakunya gejala pembuangan bayi ini adalah kerana berlakunya anakluar nikah. Tatkala ingin menyembunyikan perbuatan dusta itu mereka sanggup membuang bayidengan harapan diberi peluang menjalani kehidupan baru. Hal ini turut diakibatkan olehmereka tidak sanggup diejek dan dicaci oleh masyarakat setempat.Di samping itu sikap masyarakat. Yang tidak prihatin, hanya berpeluk tubuh, dan mengabaikanisu itu turut menjadi punca gejala ini menjadi-jadi. Mereka bersikap demikian keranamenganggap isu ini adalah sesuatu yang memalukan.Terdapat juga, ahli masyarakat yang hanya menuding jari terhadap golongan remaja. Padapandangan mereka inilah pencetus berlakunya pembuangan bayi kerana pergaulan bebas.Lebih-lebih lagi remaja yang suka melepak dan membuang masa dengan sia-sia dianggapsebagai sampah masyarakat. Sebagai masyarakat, kita sepatutnya memberi teguran membinakepada remaja tersebut. Selain itu kesilapan yang paling nyata ialah sikap wanita dan lelakiyang melakukan perzinaan sesuka hati. Mereka tergolong dalam kalangan yang kurangpendidikan agamanya. Selepas itu, masing-masing hilang rasa tanggungjawab ke atas apa yangmereka lakukan hingga sanggup mengorbankan anak.Hukuman yang kurang berat juga menggalakkan kes-kes pembuangan bayi ini. Ibu bapa mangsabayi yang dibuang tidak dikesan bersungguh-sungguh sehingga masalah penjagaan bayidiserapkan bulat-bulat kepada pihak hospital dan Jabatan Kebajikan Masyarakat. Hukumanyang dikenakan hanya penjara dan denda yang mampu dllaksanakan oleh pesalah.Galakan daripada badan tertentu yang sanggup memelihara mangsa ini juga menggalakkan ibubapa membuang anak-anak mereka. Mereka berpendapat terdapat golongan yang menyayangianak mereka dan memelihara anak mereka dengan baik. Kebanyakan ibu bapa yang menyayangianak-anak mereka berperasaan demikian.

Activity (8)

You've already reviewed this. Edit your review.
1 hundred reads
1 thousand reads
Nur Zaz liked this
Suriyah Vathanee liked this
Ying Zhi Wee liked this
Ying Zhi Wee liked this
Zainah Kun liked this

You're Reading a Free Preview

Download
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->