Welcome to Scribd, the world's digital library. Read, publish, and share books and documents. See more
Download
Standard view
Full view
of .
Save to My Library
Look up keyword
Like this
67Activity
0 of .
Results for:
No results containing your search query
P. 1
ANALISIS PENGARUH BARAT DALAM LAPORAN BERITA

ANALISIS PENGARUH BARAT DALAM LAPORAN BERITA

Ratings:

4.17

(6)
|Views: 6,300 |Likes:
Published by narisegypt

More info:

Categories:Types, Research
Published by: narisegypt on Jul 26, 2008
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOC, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

01/08/2013

pdf

text

original

 
ANALISIS PENGARUH BARAT DALAM LAPORAN BERITA
1.
PENDAHULUAN
Alat komunikasi merupakan satu aset yang penting dalam kehidupan manusia pada zaman yang penuh moden pada masa sekarang. Manusia sering berhubungan di antara satu sama lain di dalam pelbagai bentuk untuk menyampaikan mesej atau menerimanya. Kewujudan sistem teknologi modenseperti berbentuk media elektronik yang terdiri daripada radio, cakera padat, komputer, telefon bimbit, internet dan television serta media cetak yang terdiri daripada buku, surat dan majalah adalah pendorong kepada perhubungan dan penyebaran maklumat terkini.Kalau di imbas kembali manusia pada zaman dahulu, mereka saling berhubungan dengan pelbagai cara berbanding pada masa sekarang. Pukulan gendang, kepulan asap, loceng dansebagainya adalah teknik atau cara yang digunakan oleh mereka dalam menyampaikan maklumat.Perubahan teknik penyebaran dan komunikasi sering berubah dari masa ke semasa untumenghasilkan sistem komunikasi maklumat manusia yang termoden untuk melahirkan dunia barutanpa sempadan maklumat.Melalui hasil penerokaan manusia dalam teknologi moden telah memberi kemudahanterhadap manusia dalam berhubung dan menyebarkan maklumat dengan pantas dan mudah keseluruh dunia. Jika kita lihat pada masa sekarang sistem media masa adalah di pelopori oleh kuasaBarat di dalam penyiaran maklumat terkini. Pengaruh media Barat yang begitu luas telahmenimbulkan beberapa kesan yang positif dan negatif terhadap pelbagai golongan masyarakat duniayang terdiri daripada berbagai bangsa, budaya dan agama.Sebahagian media Barat banyak memainkan peranan di dalam memberikan pengaruhterhadap masyarakat dunia tanpa batasan samada sosiol budaya, bangsa dan agama dalam menyalur nilai-nilai Barat terhadap masyarakat dunia terutamanya golongan remaja dengan unsur-unsu perilaku negatif. Masyarakat Islam seluruh dunia pada masa kini telah menerima kecaman yang begitu hebat dari Barat melalui sistem penyiaran media masa mereka sehingga Islam di pandang1
 
tearoris oleh sebilangan masyarakat dunia pada masa sekarang. Melalui kertas ini, penulis akanmengupas dan membahaskan beberapa perkara mengenai pengaruh Barat dalam laporan beritasebagai maklumat ilmiah terhadap pembaca semua. Semoga Allah s.w.t mempermudahkan segalahasil penemuan kajian ini demi mencapai matlamatnya yang sebenar.2.
PENGERTIAN BERITA
Menurut definisi “Berita” di dalam bahasa Inggeris ialah “
 News
” yang bermaksud: laporan tentangsesuatu kejadian yang terbaru atau informasi yang baru tentang suatu peristiwa. Terdapat sebilanganwartawan Barat telah menyatakan definisi Berita kepada beberapa bentuk, antaranya ialah Dean M.Lyle Spencer, dalam bukunya “
 News Writing 
” iaitu berita merupakan suatu kenyataan atai idea yang benar dapat menarik perhatian sebahagian besar dari pembaca. Manakala Dr. Willard C. Bleyer,dalam bukunya “
 Newspaper Writing 
 
and Editing 
”, berita merupakan sesuatu terbaru yang dipiliholeh wartawan untuk dimuatkan ke dalam surat khabar kerana ia dapat menarik atau mempunyaimakna bagi pembaca surat khabar atau ia dapat menarik pembaca-pembaca tersebut.Berikutan menurut William S. Maulsby, dalam bukunya
Getting The News
”, beritamerupakan suatu pertuturan secara benar dan tidak memihak dari fakta-fakta yang mempunyai erti penting dan baru terjadi, yang dapat menarik perhatian para pembaca surat khabar yang memuatkan berita tersebut. Di samping itu, menurut C. Hepwood, Redaktur Cleveland Plain Dealer jugamenyatakan bahawa berta adalah laporan pertama dari kejadian yang penting yang dapat menarik  perhatian umum (Dja’far H. Assegafi, 1983: 23).Berdasarkan pelbagai pengertian perkataan “Berita” yang telah dinyatakan oleh wartawanBarat telah memaparkan beberapa ciri persamaan dan perbezaan yang tidak begitu ketara mengenaifakta-fakta berita yang hendak di sampaikan kepada pembaca dan pendengar yang bergantungkepada situasi kejadian samada berita terkini atau yang lalu dalam menarik perhatian umum. Jesteruitu, pengertian “Beritamenurut perspektif Islam sememangnya terdapat perbezaan dari segi perspektif Barat di mana al-Qur’an telah menerangkan kepada umat manusia dalam pelbagai bentuk  berita seperti “
 Khabīr 
” yang terdapat lebih daripada 40 perkataan yang terkandung dalam al-Qur’an2
 
di mana Allah s.w.t adalah sebagai sumber utama berita yang di sampaikan melalui perantaraan para Nabi dalam bentuk wahyu seperti firman Allah s.w.t,
Maksudnya: “Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui dengan mendalam akan apa yang kamu lakukan
(Surah ali-Imran, 3: 8)
 Namun demikian, berdasarkan dalam al-Qur’an juga terdapat beberapa perkataan yang turutmembawa pengertian yang sama iaitu “
an-Nabā
” di mana Allah s.w.t telah berfirman,
Maksudnya: “Tentang berita yang besar (berita kebangkitan manusia hidup semula menerimabalasannya).”
(Surah An-Nabā, 78: 2)
Menurut sarjana tempatan telah menyatakan disini bahawa;
“Islam menggariskan terdapat dua jenis berita iaitu berita yang diwahyukan dan yang berlaku dalampengalaman hidup manusia. Berita yang diwahyukan merujuk kepada perkara yang lepas, sedang berlaku (imlpikasinya) dan juga yang dijangka akan berlaku.”
 
(Zulkiplee Abd. Ghani , 2003: 9)
Oleh yang demikian, penyampaian berita yang di sampaikan oleh Allah kepada para Rasulmempunyai perkhabaran secara langsung dalam memperkukuhkan keimanan umat manusia sejagat.Islam juga turut menyatakan konsep berita menurut perspektif Islam iaitu menegah daripadamenyebarkan berita palsu dan yang bertujuan untuk merosakkan kehidupan masyarakat di manaAllah s.w.t telah berfirman;
Maksudnya: “Sesungguhnya orang-orang yang sebenar-benarnya beriman hanyalah orang yang  percaya kepada Allah dan RasulNya, kemudian mereka (terus percaya dengan) tidak ragu-ragu lagi, serta mereka berjuang dengan harta benda dan jiwa mereka pada jalan Allah mereka itulah orang-orang yang benar (pengakuan imannya)”
 
(Surah al-Hujaraat 49: 15)
3

Activity (67)

You've already reviewed this. Edit your review.
1 hundred reads
1 thousand reads
Nor Aishah liked this
Raqib Sofian liked this
Nurul Azwa Azizi liked this
Anwar Mupangat liked this
Jenny Ling liked this
j敏 liked this

You're Reading a Free Preview

Download
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->