You are on page 1of 5

KERTAS CADANGAN

KAJIAN TINDAKAN

PROGRAM PENINGKATAN KEMAHIRAN MENGENAL HURUF DENGAN


MENGGUNAKAN KAEDAH KALAM
(KUASAI ABJAD LANTAS ARIF MEMBACA)

PENYELIDIK:
NAMA: AZRINA BT MOHAMAD RADZI
NAMA SEKOLAH: SEK. KEB TAMAN JOHOR JAYA 3
JLN TERATAI 50,TAMAN JOHOR JAYA
81100 JOHOR BAHRU

16 APRIL 2009
1. REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN LALU

Masalah mengenal huruf merupakan satu masalah yang dihadapi oleh murid-murid
prasekolah yang lambat menguasai abjad. Apabila murid-murid ini tidak mengenal huruf maka
akan timbul pula masalah lambat atau tidak boleh membaca. Ini akan menimbulkan masalah
kepada murid tersebut apabila mereka melangkah kaki ke tahun 1 nanti.
Apabila saya mengajar di dalam kelas, saya sering menggunakan kaedah soal jawab
untuk membuat pemerhatian ke atas murid-murid saya seterusnya membuat penilaian sama
ada mereka telah menguasai abjad atau sebaliknya.
Terdapat beberapa orang murid telah menguasai abjad dan telah dapat membaca ayat-
ayat pendek.Yang menjadi masalah ramai murid yang masih belum menguasai abjad. Apabila
saya menyuruh mereka menyebut huruf abjad murid yang tidak tahu akan mendiamkan diri.
Masalah inilah yang menyebabkan saya memikirkan kaedah yang sesuai untuk
dilaksanakan ke atas murid-murid prasekolah ini agar mereka semua dapat menguasai abjad
lantas arif membaca.

2. FOKUS KAJIAN

Walaupun saya mendapati murid-murid prasekolah ada yang masih belum mengenal nombor, tetapi
saya hanya akan memfokuskan kepada masalah mengenal abjad seterusnya dapat membaca ayat pendek.
Antara masalah yang timbul dalam menguasai abjad adalah mereka keliru untuk menyatakan huruf b,d,
m, n, p, q, dan sebagainya. Murid-murid yang lemah ini hanya pandai menghafal ABC dengan mengikut
urutan tetapi jika ditanya mereka tidak tahu menyatakan yang mana A atau B.

3. TUJUAN / OBJEKTIF KAJIAN

Selepas selesai kajian ini, diharapkan murid-murid prasekolah dapat mencapai objektif berikut:

a) OBJEKTIF UMUM – Meningkatkan peratus murid-murid yang dapat menguasai abjad


dan membaca.

b) OBJEKTIF KHUSUS
i) Murid prasekolah dapat menyebut setiap abjad.
ii) Murid prasekolah dapat menyebut setiap abjad dengan mengikut urutan.
iii) Murid prasekolah dapat menulis setiap abjad.
iv) Murid prasekolah dapat membaca sukukata mudah.
v) Murid prasekolah dapat membaca perkataan mudah.
vi) Murid prasekolah dapat membaca ayat-ayat pendek.

4. KUMPULAN SASARAN

Kajian ini melibatkan sasaran yang terdiri daripada 25 orang murid prasekolah yang berbangsa
Melayu.

5. TINDAKAN YANG DICADANGKAN

5.1. Tinjauan Masalah


Sebelum langkah-langkah yang seterusnya diambil, tinjauan terhadap masalah yang dikenal
pasti akan dibuat bertujuan untuk memahami dengan lebih mendalam masalah tersebut. Tinjauan
dilakukan dengan mengutip data seperti yang berikut:
i) Sesi bacaan lisan setiap murid.
ii) Soaljawab semasa p & p.
5.2. INTERVENSI / AKTIVITI (Jenis dan cara melaksana).

Saya merancang akan menjalankan tindakan seperti berikut:

i) AKTIVITI 1: Menyanyi lagu ABC dengan menggunakan bongkah abjad.


Langkah 1
Guru menyediakan bongkah abjad yang dihasilkan daripada manila kad.
Langkah 2
Murid memegang bongkah abjad tersebut dengan sebelah tangan, manakala sebelah
tangan lagi menunjukkan jari ke arah abjad yang dinyanyikan.
Langkah 3
Murid menyanyi lagu ABC bersama-sama guru dan rakan-rakan.

ii) AKTIVITI 2: Membaca BUKU KALAM 1 (Kuasai abjad).


Langkah 1
Murid membaca buku Kalam 1 yang dimulakan dengan mengenal abjad. Kaedah
bacaan di dalam buku ini adalah berpandukan pembacaan Iqra’ iaitu kaedah
mengenal sukukata hijaiyah.

iii) AKTIVITI 3 : Proses mengenal diikuti dengan membentuk abjad.


Langkah 1
Teknik menulis hendaklah dimulakan dari titik besar diikuti dengan titik kecil.
Langkah 2
Membuat latihan mudah iaitu mewarna gambar dan suaikan dengan abjad.

iv) AKTIVITI 4: Membaca BUKU KALAM 2 ( Awal Membaca)


Langkah 1
Murid memulakan program bacaan dimulai dengan sukukata a hingga za.
Langkah 2
Murid perlu diajar mengeja kemudian menyebut setelah mereka mahir bolehlah
galakkan mereka menyebut sukukata sahaja.
Langkah 3
Berikan contoh-contoh perkataan yang melibatkan sukukata yang diajar.
Langkah 4
Galakkan murid-murid mengeja dan membunyikan perkataan. Sekiranya murid telah
mahir mengeja bolehlah mereka menyebut sahaja perkataan.

v) AKTIVITI 5: Membaca BUKU KALAM 3 (Mudah Membaca)


Langkah 1
Program membaca diteruskan dengan mengenal perkataan yang melibatkan sukukata
tertutup.
Langkah 2
Berikan contoh-contoh perkataan dalam bentuk yang menarik seperti bunga dan
galakkan mereka mengeja dan menyenaraikan perkataan berdasarkan jadual diberi.
Langkah 3
Dedahkan murid-murid dengan perkataan-perkataan yang lebih panjang atau
petikan-petikan pendek yamg lebih mencabar.

Aktiviti-aktiviti ini akan diubahsuai mengikut keperluan setelah saya melaksanakan tinjauan awal.

6. JADUAL PELAKSANAAN KAJIAN

Bil Aktiviti Tempoh


Pelaksanaan
1 Mengenal pasti masalah dan pengumpulan data awal 1 minggu
2 Menulis proposal kajian 2 minggu
3 Merancang tindakan – individu/kumpulan 1 minggu
4 Melaksanakan tindakan – aktiviti 1,2,3 4 minggu
5 Membincangkan masalah yang timbul dalam tindakan 1,2,3 2 minggu
6 Melaksanakan tindakan – aktiviti 4 4 minggu
7 Membincangkan masalah yang timbul dalam tindakan 4 2 minggu
8 Melaksanakan tindakan – aktiviti 5 4 minggu
9 Membincangkan masalah yang timbul dalam tindakan 5 2 minggu
10 Ujian untuk mengesan perubahan murid 1 minggu
11 Refleksi kajian 1 minggu
12 Menulis laporan kajian 2 minggu
13 Pembentangan dapatan kajian untuk makluman panitia/sekolah. 1 minggu

7. BAHAN YANG DIPERLUKAN

1. 1 set buku Kalam.


2. Kad manila.
3. Gam.
4. Gunting.

8. KOS KAJIAN

BIL JENIS BAHAN KUANTITI x JUMLAH KOS


HARGA SEUNIT
1. 1 Set buku Kalam 25 set x RM 20 RM 500.00
2. Kad Manila 7 keping x RM 0.70 RM 4.90
3. Gam 1 botol x RM 3.00 RM 3.00
5. Gunting 25 set x RM 1.20 RM 30.00
JUMLAH RM 537.90

You might also like