Read without ads and support Scribd by becoming a Scribd Premium Reader.
 
 
 
 PROLOG
PRINCE CHARMING!
Menurut fakta, Prince Charming adalah watak yang lahir dalamcerita legenda atau hikayat-hikayat zaman dahulukala. Contohnya seperti hikayatCinderella
 ,
Snow
 
White
 ,
Sleeping Beauty dan sebagainya. Itu adalah salah satu contohhikayat dongeng dari negara Barat yang telah menarik minat kanak-kanak membaca danhikayat-hikayat tersebut masih lagi segar diperkatakan sehingga ke hari ini. Hikayat-hikayat Melayu juga tidak ketinggalan memperlihatkan watak Prince Charming sebagaiwatak utama. Prince Charming dan hikayat memang tidak boleh dipisahkan.
 
Putera Idaman. Pada zaman sekarang, bukan hanya putera sahaja yang bolehdinobatkan sebagai putera idaman. Putera Idaman juga bukan mesti seseorang lelaki yangberketurunan diraja. Namun begitu, masyarakat zaman sekarang lebih suka mentabalkanseseorang yang kacak, kaya, bijak, bergaya dan sempurna sebagai Putera Idaman atauPrince
 
Charming
.
Lelaki daripada golongan inilah yang selalu menjadi rebutan gadis-gadis zaman sekarang.Rupa dan kekayaan sering menjadi ukuran bagi seseorang gadis mencari puteraidaman mereka. Walaupun mereka menafikan sekeras-kerasnya, tapi dalam diam mereka juga menyimpan keinginan itu. Namun, mereka lupa tentang sesuatu. Sesuatu yangmengaburi mata mereka semua.Manusia. Prince
 
Charming atau Putera Idaman adalah manusia. Mereka bukanmalaikat. Mereka juga bukan Tuhan yang mencipta alam ini. Mereka hanyalah manusia
 
biasa ciptaan Tuhan. Cuma yang bezanya adalah watak mereka dalam dunia ini. Merekacuma kacak, berduit, bergaya dan bijak. Tapi, adakah mereka ini benar-benardikategorikan sebagai Prince
 
Charming?Mungkin ramai antara kita tidak menyedari hakikat ini kerana kita semua telahdisogok dengan cerita-cerita dongeng yang memperlihatkan putera raja atau lelakiidaman sebagai seorang yang sempurna. Hanya lelaki daripada golongan itu sahaja yanglayak diberi gelaran Prince
 
Charming.Tahukah anda, bahawa tidak semua lelaki yang bijak, kaya, berpelajaran tinggidan berkerjaya itu dianggap Prince
 
Charming? Dan, tahukah anda juga seseorang lelakiitu boleh ditabalkan sebagai Prince
 
Charming biarpun dia tidak memiliki syarat-syaratPrince
 
Charming?
Ramai yang tidak menyedarinya…
 
Search History:
Searching...
Result 00 of 00
00 results for result for
  • p.
  • Notes
    Load more