Welcome to Scribd, the world's digital library. Read, publish, and share books and documents. See more
Download
Standard view
Full view
of .
Look up keyword
Like this
31Activity
0 of .
Results for:
No results containing your search query
P. 1
Peristiwa Majlis Tahkim semasa khalifah Abu Bakar as-Siddiq

Peristiwa Majlis Tahkim semasa khalifah Abu Bakar as-Siddiq

Ratings:

4.6

(10)
|Views: 3,758 |Likes:
Published by onemahmud

More info:

Categories:Types, Research
Published by: onemahmud on Jul 27, 2008
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

05/09/2014

pdf

text

original

 
PERISTIWA TAH.KI-M ANTARA ‘ALI-DAN MU‘A- WIYAH (TAHUN 36 H)75
 Jurnal Teknologi 
, 38(E) Jun. 2003: 75–92© Universiti Teknologi Malaysia 
PERISTIWA TAH.KI-M ANTARA
C
ALI-DAN MU
C
A-WIYAH(TAHUN 36 H) : SUATU KAJIAN DAN PENGAJARAN
NURAZMALLAIL MARNI*
Abstrak.
 Tulisan ini membincangkan Peristiwa Tah.ki-m iaitu persetujuan antara Saidina 
c
 Ali-danMu‘a - wiyah pada tahun 36 H untuk menerima keputusan wakil-wakil yang dilantik dalammenyelesaikan perselisihan antara mereka. Objektif kajian ini ialah untuk memberikan penjelasanmenangani peristiwa tersebut. Kajian ini meliputi perbincangan dari beberapa aspek seperti faktorpendorong Peristiwa Tah.ki-m, gambaran peristiwa pada peringkat permulaan dan peringkat perhimpunan wakil kedua pihak. Kajian ini juga membuat analisis terhadap faktor-faktor kegagalanSaidina 
c
 Ali-menangani isu Tahkim dan justifikasi pendirian beberapa sahabat mengenai perlantikan‘Ali sebagai khalifah. Fokus utama kajian tertumpu pada sejauhmana kebenaran cerita yang mengatakanbahawa wakil pihak Mu
c
- wiyah iaitu
c
 Amr ibn Al-
c
 A-s.telah memperdayakan wakil pihak Saidina 
c
 Ali-iaitu Abu-Mu-sa -al-As.h
c
ari-hingga berjaya melucutkan jawatan khalifah daripada Saidina 
c
 Ali-dan mengekalkan kedudukan Mu
c
- wiyah. Kajian mendapati pendapat yang menerima cerita penipuan
c
 Amr ibn Al-
c
 A-s.dalam majlis Tah.ki-m lebih berdasarkan sumber riwayat, sementara pendapat yang menolak kesahihannya adalah berdasarkan hujah akal yang disokong oleh beberapa riwayat yang menjelaskan realiti sebenar peristiwa. Ini bermakna pandangan yang mengatakan bahawa Abu-Mu-sa -al-As.h
c
ari-adalah seorang yang bodoh sementara 
c
 Amr ibn Al-
c
 A-s.adalah seorang penipu, kurang pegangan agama dan tidak menepati janji merupakan pandangan yang salah dan perlu dijauhi.
 Kanta kunci 
:Peristiwa Tahkim, Saidina 
c
 Ali-, Muawiyah,
c
 Amr ibn Al-
c
 A-s., Abu-Mu-sa -al-As.h
c
ari-
Abstract.
 This article focusses on the event of tahkim; an agreement between Caliph
c
 Ali-andMuawiyah to enable their representatives discuss and find solution for their dispute. A thoroughexplanation is important in order to clear untruthful narration that surrounded the event. The discussion will include factors that led to the event, the developments of the event, and the meeting itself. Thisresearch will also focus on the factors which led to Caliph
c
 Ali-’s failure in the tahkim as well as justifications of the companions on the appointment of 
c
 Ali-as caliph. The main focus will be on whether
c
 Amr ibn Al-
c
 A-s.manipulated and cheated
c
 Ali-’s representative, Abu-Mu-sa -al-As.h
c
ari-loosing 
c
 Ali-which led to his position as the caliph to Muawiyah. This research suggests that the current perceptions of Muslims on the issues are baseless and should be avoided.
 Key word 
:Event of Tahkim, Caliph
c
 Ali-, Muawiyah,
c
 Amr ibn Al-
c
 A-s., Abu-Mu-sa -al-As.h
c
ari-
1.0PENGENALAN
Penulisan sejarah Islam khususnya mengenai peristiwa yang berlaku pada zamanawal Islam mudah terdedah kepada beberapa elemen negatif yang mungkin
*Pusat Pengajian Islam & Pembangunan Sosial, Universiti Teknologi Malaysia, Skudai, Johor,MALAYSIA.
JT38E[6B].pmd 02/16/2007, 21:3075
 
NURAZMALLAIL MARNI76
mencemarkan kesucian imej Islam dan peribadi mereka yang terlibat. Keadaan inimungkin dipengaruhi oleh gaya penulisan sejarawan terdahulu yang kelihatannya lebih cenderung kepada metodologi penceritaan melalui riwayat dan kurang perbahasan mengenai kesahihannya dari sudut riwayat dan logik.Kekeliruan mengenai isu-isu kontroversial zaman awal Islam juga disebabkan olehmusuh-musuh Islam yang berusaha untuk mencemar dan mengelirukan fakta sebenarsejarah. Tambah menyedihkan ialah terdapat sebilangan umat Islam yang membincangkan isu-isu tersebut tanpa mengkajinya dahulu lalu secara tidak sedarmereka telah menyebarkan fakta-fakta yang mengelirukan hasil ciptaan musuh. Antara peristiwa yang perlu diberikan perhatian dan perbahasan secara ilmiah ialahPeristiwa Tahkim yang berlaku pada tahun 36 Hijrah. Ini kerana Peristiwa Tahkimmelibatkan beberapa orang sahabat Nabi seperti Saidina 
c
 Ali-ibn Abi Ta -lib, Mu
c
- wiyah ibn Abi-Sufya -n, Abu-Mu-sa al-Ash
c
ari-dan
c
 Amr ibn al-
c
 A-s..Peristiwa Tah.ki-m merupakan salah satu peristiwa yang bersifat kontroversial danmenarik untuk dikaji. Terdapat pelbagai pandangan dan tafsiran mengenai peristiwa ini lantaran kesan dan pengaruhnya yang begitu besar kepada sejarah hingga membawa kepada kemunculan beberapa golongan seperti Khawa -rij dan Syiah.Melalui penulisan ini penulis berharap dapat memberikan suatu penjelasan yang lebihmenyeluruh mengenai Peristiwa Tah.ki-m di samping membetulkan beberapa kekeliruan terhadapnya.
2.0DEFINISI TAH.KI-M
Perkataan ‘
al-tah.ki -m’ 
dari sudut bahasa adalah masdar atau kata nama terbitan bagi
‘h.akkama’ 
yang bermaksud melantik seseorang menjadi hakim untuk mengadilisesuatu perkara.
1
Selain itu, istilah ‘
al-h.ukumah’ 
turut digunakan sejarawan untukmerujuk kepada perkataan
tah.ki -m
atau pengadilan.
 
Menurut Kamus Dewan,
tah.ki -m
didefinisikan sebagai perihal melantik hakim, pengangkatan hakim; bertahkimbermaksud memakai hakim dalam pertelingkahan.
2
Dari sudut istilah pula,
al-tah.ki -m
didefinisikan sebagai persetujuan kedua pihak yang bertelagah untuk menerima keputusan pihak tertentu dalam menyelesaikanperselisihan mereka.
3
Berdasarkan kepada definisi ini, maksud Peristiwa Tah.ki-m disini secara lebih khusus ialah persetujuan pihak Saidina 
c
 Ali dan pihak Mu
c
- wiyah yang bertelagah untuk menerima keputusan kedua-dua hakim atau pengadil yang dilantik dalam menyelesaikan perselisihan antara mereka.
1
Ibra -him Ani-s & rakan-rakan, (t.th),
al-Mu
c
 jam al-Wasi -t.
, Beirut: Da -r al-Ma 
c
rifah, hlm. 190.
2
 Kamus Dewan
. 2000. Ed. ke-3, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, hlm. 1344.
3
Qal
c
aji-& Qunaybi-, 1988,
 Mu
c
 jam Lughat al-Fuqaha-’ 
, Beirut: Da -r al-Nafa -’is, hlm. 123.
JT38E[6B].pmd 02/16/2007, 21:3076
 
PERISTIWA TAH.KI-M ANTARA ‘ALI-DAN MU‘A- WIYAH (TAHUN 36 H)77
3.0FAKTOR UTAMA PERISTIWA TAH.KI-M
Sebelum kita melangkah lebih jauh lagi, adalah lebih baik jika kita tinjau dahulubeberapa faktor yang menjadi pendorong utama sehingga berlakunya Peristiwa  Tah.ki-m. Umumnya terdapat dua faktor utama yang membawa kepada tercetusnya Peristiwa Tah.ki-m iaitu:(i)Cadangan
c
 Amr ibn al-
c
 As agar Peperangan Siffin diberhentikan dengan cara menjulang al-Qur’an dan menyeru kepada 
tah.ki -m
.(ii)Desakan majoriti pengikut Saidina 
c
 Ali-supaya menerima cadangan
tah.ki -m
lantaran Peperangan Siffin telah berlangsung dalam tempoh yang terlalu lama,iaitu 110 hari dengan 90 siri pertempuran tanpa berkesudahan. Selain itu, mereka  juga telah kehabisan bekalan makanan dan alat-alat senjata serta jumlah tentera  yang cedera semakin banyak.
4
Idea menjulang mashaf untuk memberhentikan Peperangan Siffin dan seruankepada 
tah.ki -m
merupakan suatu strategi daripada 
c
 Amr ibn al-
c
 A-s.yang menyokong Mu
c
- wiyah. Objektif utama strategi
c
 Amr ibn al-
c
 A-s.adalah untuk mengelak daripada mengalami kekalahan di tangan tentera Saidina 
c
 Ali-. Di samping itu, langkah inidapat memecahbelahkan tentera Saidina 
c
 Ali-melalui perselisihan pendapat sesama mereka dalam membuat keputusan sama ada menerima 
tah.ki -m
atau menolaknya.
5
Ekoran daripada itu, kebanyakan pengikut Saidina 
c
 Ali-telah bersetuju untukmenerima 
tah.ki -m
bahkan sebahagian mereka telah memaksa Saidina 
c
 Ali-agarmenerimanya. Ibn
c
 Abba -s dan Ma -lik ibn H.-rith al-Ashtar turut bersependapat denganSaidina 
c
 Ali-yang tidak mahu menerima 
tah.ki -m
dan ingin meneruskan peperangankerana mereka sudah hampir mencapai kemenangan.
6
Perselisihan pendapat timbul sekali lagi ketika membuat pemilihan
al-hakam
atau wakil Saidina 
c
 Ali-ke majlis
tah.ki -m
. Hasil desakan yang kuat daripada al-Ash
c
as ibnQays yang disokong oleh kumpulan
al-Qurra-
7
maka Abu-Mu-sa al-Ash
c
ari-telah
4
al-Mas
c
u
-
di-, Abu
-
al-Hasan
c
 Ali-ibn H.usayn ibn ‘Ali-al-Mas
c
u
-
di, 1970,
 Muru
-
 j al-Dhahab wa Ma
c
a-din al- Jawhar,
 jld. 3, Beirut: Barbih De Minar & Bafih De Kirtai, hlm. 143; Mahayudin Yahya, 1989,
 Ensiklopedia Sejarah Islam
, 1990, jld. 5, Penerbit UKM Bangi. hlm. 1418.
5
al-T.abari-, Abu Ja 
c
far Muh.ammad ibn Jari-r, 1988,
Ta-ri -kh al-Umam wa al-Mulu
-
k
, jld. 3,Beirut: Da -r al-Kutub al-
c
Ilmiyyah, hlm. 101; al-Bala -dhuri-, Ah.mad ibn Yah. ya -, 1996,
 Ansa-b al-Ashra- f 
, jld. 3, Beirut:Da -r al-Fikr, hlm. 103.
6
Ibn T.iqt .aqa -, Muh.ammad ibn
c
 Ali-ibn T.aba -.iba -, 1966,
al-Fakhri -fi -al-Ada-b al-Sult.a-niyyah wa al- Duwal al-Isla-miyyah
, Beirut: Da -r Bayru-t, hlm. 91.
7
 Ahl al-Qurra-
’ ialah golongan yang kuat beribadah dan membaca al-Qur’an tetapi mereka tidakbegitu memahami tafsiran isi kandungannya kecuali secara zahir sahaja.
JT38E[6B].pmd 02/16/2007, 21:3077

Activity (31)

You've already reviewed this. Edit your review.
Juraini Jurz liked this
1 thousand reads
1 hundred reads
Myra Slavina liked this
Mohamad Zamri liked this
Ibn Mohd liked this
Nazmi Zul liked this
Syed Azmy liked this

You're Reading a Free Preview

Download
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->